Anda di halaman 1dari 2

Ahmad Ruzaini Bin Mohd Noor (JG 5097/11)

Pelajar Pendidikan Jarak Jauh (PJJ),


Universiti Sains Malaysia,
11800 Minden,
Pulau Pinang.

Jabatan Keselamatan,
Universiti Sains Malaysia,
11800 Minden,
Pulau Pinang.
(U/P : Tuan Firdaus) 26 Januari 2018

Tuan,

RAYUAN PEMBATALAN BAYARAN KOMPAUN KESELAHAN PARKIR

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pada Selasa (23 Januari 2018), saya telah diberikan pelepasan dengan kad
kebenaran dari unit keselamatan kira-kira pada pukul 8.00 P.M. untuk ke kolej kediaman
Restu pada musim Intensif bagi siding 2017/2018 ini berikutan hujan lebat yang
menyukarkan saya untuk pulang ke Kolej kediaman Restu. Saya juga tidak dapat
mengeluarkan kenderaan mengikut masa yang ditetapkan berikutan saya tidak
mempunyai kelas atau peperiksaan yang memerlukan saya keluar dari kolej kediaman
Restu sehingga pada Tarikh 25 Januari 2018 dimana saya mempunyai presentation di
Pejabat Pendidikan Jarak Jauh (RPJJ) pada pukul 3 P.M. Dan apabila saya
memulangkan kad kebenaran sementara tersebut untuk mendapatkan kembali kad
matriks saya, saya mendapati telah disaman oleh Jabatan Keselamatan USM Penang
akibat terlebih tempoh parkir.
3. Dengan ini, saya memohon jasa baik pihak tuan untuk membatalkan saman
terhadap saya itu atas factor lokasi kolej Restu itu sendiri yang jauh serta keadaan hujan
lebat dan saya tidak mempunyai masa untuk mengeluarkan kenderaan saya mengikut
ketetapan tuan. Diharap agar kesalahan saya ini dapat di maafkan serta saya berjanji
tidak akan mengulanginya lagi.
4. Diharap pihak tuan dapat mempertimbangkan rayuan saya ini dan mendapat
perhatian sewajarnya dari pihak tuan.

Sekian,

Yang benar,

-------------------------------------
(AHMAD RUZAINI BIN MOHD NOOR)
JG/5097/11

Anda mungkin juga menyukai