Anda di halaman 1dari 1

Ruj.

kami: JEA8012/700-7/1 ( )
Tarikh: 04 April 2017

Perbadanan Taman Negara Johor


Aras 1 Bangunan Dato Muhammad Salleh Perang
Kota Iskandar
79100 Nusajaya
Johor Darul Tazim

Tuan / Puan / Dato / Datin,

MEMOHON KEBENARAN MENDAKI GUNUNG LEDANG

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan, Kelab Rakan Muda bersama-sama Kelab Pelancongan dan


Pendidikan Luar SMK Bandar Putra akan mengadakan aktiviti penjelajahan lasak bagi
memenuhi syarat penganugerahan pingat gangsa kepada ahli Kelab Rakan Muda. Berikut
adalah keterangan aktiviti yang akan dijalankan;

Tarikh : 27 hingga 29 April 2017


Tempat : Taman Hutan Lagenda, Gunung Ledang
Peserta : 30 orang murid dan guru

3. Sehubungan dengan itu, kami memohon kebenaran untuk memasuki Taman Negara
Gunung Ledang bagi menjalankan aktiviti yang dirancang. Bersama-sama ini disertakan senarai
peserta yang akan terlibat dalam aktiviti tersebut.

4. Besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat memberi kebenaran bagi menjalankan
aktiviti yang dirancang. Segala kerjasama yang diberikan, kami dahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian Terima Kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

Anda mungkin juga menyukai