Anda di halaman 1dari 2

METODOLOGI KAJIAN

Kajian yang telah dilaksanakan adalah bertujuan untuk meninjau sejauh mana
pengetahuan penduduk di Malaysia tentang konsep etika terhadap alam sekitar dari
pelbagai peradaban. Kaedah tinjauan temu ramah dan soal selidik telah digunakan
dalam penyelidikan ini. Temu ramah atau juga dipanggil ‘’interview’’ adalah satu
proses Interaksi dan komunikasi dua atau lebih orang iaitu diantara subjek dan objek.
Keadah ini dilalukan untuk mendapatkan maklumat secera terus dengan bertanya
langsung kepada responden. Di antara kaedah mengumpulkan data, temu ramah
adalah alat penyelidikan kualitatif yang penting dalam kajian ini. Teknik temu ramah
yang bersifat terbuka ini, disertakan terlebih dahulu dengan soalan yang ingin
dibangkitkan sebelum diajukan kepada pihak berpengaruh dalam sesebuah agama.

Secara umumnya, keadah temu ramah ini dilakukan menerusi talian telefon
secara langsung, ‘’WhatsApp’’, email dan mesej. Temu ramah telah dilakukan dari
tarikh 16 November 2020 sehingga 19 November 2020 dan tidak mengambil masa
yang lama untuk menghabiskan soalan dari pihak pengaju bagi setiap responden.
Antara wakil orang berpengaruh yang sudi meluangkan masa untuk soal selidik bagi
konsep etika terhadap alam sekitar ialah;

1. Wakil Agama Hindu


2. Wakil Agama Buddha
3. Wakil Agama Kristian
Beliau ialah Amos Chan berumur 58 tahun. Beliau berbangsa Cina dan
beragama Kristian. Beliau juga merupakan seorang pentadbir di salah
sebuah gereja di Pulau Pinang, Malaysia.
4. Wakil Agama Islam

Akhir sekali, beberapa buah buku dan laman sesawang telah digunapakai
untuk dijadikan sebagai rujukan kajian bagi mendapatkan rumusan analisis dari
kajian-kajian terdahulu. Oleh hal yang demikian, hadis dan ayat Al-Quran yang
bersesuaian turut digunakan untuk kajian yang telah dijalankan. Buku-buku yang
dijadikan sebagai rujukan juga merupakan sumber dari sistem atas talian (Online
System). Senarai buku-buku yang digunakan juga telah disenaraikan di bahagian
rujukan.

Anda mungkin juga menyukai