Anda di halaman 1dari 2

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PENGURUS BANGUNAN DALAM

MENINGKATKAN PELABURAN HARTANAH DI MELAKA

1.0 PENGENALAN
“pengurus harta” ertinya seseorang, sesuatu firma atau sesuatu
syarikat yang, bagi pihak pemunya mana-mana tanah, bangunan
dan apa-apa kepentingan dalamnya, menguruskan dan mengawal
tanah, bangunan dan kepentingan itu untuk memelihara atau
menambah pelaburan dalam, atau nilai fizikal, harta itu;

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN


Kebanyakkan bangunan di Malaysia mempunyai potensi pelaburan yang tersendiri.
Oleh itu, dalam menentukan prestasi pelaburan hartanah khususnya di Melaka
melibatkan seseorang yang pakar dalam menguruskan hartanah tersebut. Justeru itu,
pengurus bangunan memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju
pelaburan hartanah sama ada berada dalam tahap yang baik atau tidak. Disamping itu,
ianya akan melihat sejauh manakah peranan pengurus bangunan dalam mengekalkan
pelaburan bagi tuan empunya bangunan pada masa kini.

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN


Pelaburan hartanah sangat berkaitan rapat dengan sewaan. Oleh itu, pengurusan sewa
yang lemah dan kegagalan melunaskan caj perkhidmatan boleh menyebabkan nilai
hartanah tersebut merosot. Dalam pada masa yang sama prestasi pengurus bangunan
yang kurang pakar dalam menguruskan bangunan juga menjadi salah satu punca
pelaburan hartanah mengalami kemerosotan.

1.3 PERSOALAN KAJIAN


1. Apa yang menjadi persoalan dalam kajian saya adalah sejauh manakah peranan
pengurus bangunan dalam memelihara pelaburan hartanah.
2. Persoalan saya yang kedua ialah cabaran yang dihadapi pengurus bangunan dalam
mengekalkan pelaburan hartanah.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN


1. Mengenalpasti peranan pengurus bangunan dalam menentukan keupayaan
pelaburan hartanah.
2. Mengkaji cabaran yang dihadapi pengurus bangunan dalam pelaburan hartanah
3. Mengkaji tahap prestasi pengurus bangunan dalam memelihara pelaburan hartanah

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN


Kajian ini dijalankan dengan harapan dapat memberi suntikan semangat kepada bakal
pengurus harta dalam menentukan tahap pelaburan yang baik dan pada masa yang
sama dapat meneliti serta membuat penambahbaikkan terhadap kajian ini.

1.6 METADOLOGI KAJIAN


1. Temubual
2. Soal selidik
3. Semakan dokumen berkaitan

1.7 PERIHALAN KAJIAN


Kajian ini lebih mengutamakan peranan seorang pengurus bangunan dalam
bagaimana untuk mengekalkan nilai hartanah disamping meningkatkan prestasi dalam
menguruskan sesebuah bangunan diatas tanggungjawab dan kepercayaan yang telah
diberikan oleh tuan empunya hartanah.

Anda mungkin juga menyukai