Anda di halaman 1dari 12

DEFINISI EJENSI HARTA TANAH

Lecturer :
Tuti Haryati Binti Jasimin
Ext : 4768
Room no : LBP-01C
Email : tuti@ic.utm.my
Contents

DEFINISI EJENSI HARTA TANH


JENIS-JENIS EJENSI HARTA TANAH
KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN EJENSI
HARTA TANAH
PROSEDUR PENDAFTARAN EJEN
HARTA TANAH
DEFINISI EJENSI HARTA TANAH

• Definisi Ejen Harta Tanah (Real Estate Agent):

Sek 2, Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah, 1981:

Bertindak atau mengemukakan diri seseorang kepada orang ramai sebagai


bersedia bertindak untuk upah sebagai seorang ejen berkenaan dengan
sesuatu jualan atau lain-lain pelupusan tanah dan bangunan dan
mengenai apa-apa kepentingan di dalamnya atau lain-lain pengambilan
tanah dan bangunan dan mengenai apa-apa kepentingan di dalamnya atau
berkenaan dengan pemajakan atau penyewaan tanah dan bangunan dan
mengenai apa-apa kepentingan di dalamnya.
• Definisi Ejen Harta Tanah Tidak Sah (Illegal Estate Agent)

Sek 22C, Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah, 1981:

Tiada seseorang pun yang boleh menjalankan amalan sebagai Ejen Harta
Tanah, Ejen Perumahan, Ejen Harta, Ejen Tanah atau perkataan-perkataan
lain yang seperti dengannya melainkan ia seorang Ejen Harta Tanah
Berdaftar.
• Chamber Twentieth Century Dictionary mendefinisikan Ejen Harta Tanah sebagai
‘pengurus harta tanah’ atau ‘pihak tengah dalam penjualan harta tanah’ manakala
Ejensi Harta Tanah bermaksud ‘perniagaan yang dijalankan oleh pengurus harta
tanah ataupun perniagaan sebagai orang tengah dalam penjualan harta tanah’

• Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan disini bahawa Ejen Harta Tanah adalah
merupakan seseorang yang bertindak bagi pihak kliennya di dalam urusniaga atau
rundingan berkenaan dengan jualan, pembelian penyewaan atau pemajakan
melalui perjanjian.
JENIS-JENIS EJENSI HARTA TANAH
• Terdapat enam (6) jenis ejensi harta tanah:

i) Ejensi Eksklusif (Exclusive Agency)

• Merujuk kepada keadaan dimana hanya seorang ejen harta tanah berdaftar
dilantik oleh klien untuk mewakili pihaknya dalam urusniaga ke atas harta
tanahnya.

• Pihak klien boleh mengemukakan cadangan pihak yang berminat dengan


urusniaga tetapi akan menyerahkan proses penyempurnaan urusniaga
kepada ejen yang telah dilantik.
II) Ejensi Tunggal (Sole Agency)

• Ejensi ini adalah sama seperti Ejensi Eksklusif dimana hanya seorang ejen
harta tanah berdaftar yang dilantik.

• Walau bagaimanapun bagi Ejen Tunggal, pihak klien mempunyai hak untuk
menyempurnakan urusniasa di samping mengemukakan cadangan pihak
yang berminat dengan urusniaga.

• Perundingan juga boleh dibuat di bawah agensi ini untuk klien


mendapatkan diskaun ke atas yuran profesional yang dikenakan bilamana
klien memainkan peranan yang aktif dalam urusniaga.
III) Ejensi Gabungan Tunggal (Sole Joint Agency)

• Ejensi ini adalah merujuk kepada keadaan dimana hanya seorang ejen
harta tanah berdaftar dilantik dan klien bekerjasama dengannya sebaagi
satu kumpulan atau pasukan.

• Yuran profesional adalah dibahagikan mengikut formula yang telah


dipersetujui terlebih dahulu.

• Klien mempunyai kelonggaran untuk melantik ejen tambahan disamping


masih menikmati kelebihan memiliki seorang ejen di bawah
pengawalannya.
Iv) Ejensi Gabungan (Joint Agency)

• Jenis agensi ini adalah merujuk kepada keadaan di mana lebih daripada
seorang ejen harta tanah yang dilantik dan hanya ejen yang berjaya
menyerpurnakan urusniaga sahaja yang akan dibayar yuran profesional.

• Pada kebiasaannya jumlah bilangan ejen yang dilantik adalah terhad dan
setiap ejen yang dilantik mengetahui tentang perlantikan ejen-ejen yang
lain.
V) Berdasarkan Sementara (Ad Hoc Basis/ Open Listing)

• Ejensi jenis ini adalah merujuk kepada keadaan dimana jumlah ejen harta
tanah berdaftar yang dilantik adalah tidak terhad di atas “ad hoc”
(sementara).

• Bayaran yuran profesional hanya dibayar kepada ejen yang berjaya


menyempurnakan urusniaga.
Vi) Co-broking

• Dikenali juga sebagai co-agency.

• Ejen mendapatkan bantuan daripada ejen lain dan yuran profesional akan
dibahagikan bersama.

• Boleh dilakukan samada dengan ejen dalaman atau ejen luar.

• Pihak Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah, Malaysia maklum
akan jenis ejensi ini.

• Akan tamat berdasarkan perjanjian diantara kedua-dua pihak ejen ataupun


timbulnya salahlaku di antara salah satu pihak.
KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN EJENSI HARTA
TANAH
• Urusniaga yang melibatkan harta tanah • Transaksi harta tanah melibatkan sejumlah
adalah komplek sebagaimana wang yang banyak dan tidak semua orang
kompleknya sifat harta tanah itu mampu untuk memilikinya. Oleh itu,
sendiri. strategi pemasaran yang berkesa dan
• Harta tanah terdiri daripada pelbagai meluas serta penglibatan masa yang
jenis bermula daripada tanah panjang sebelum sesuatu transaksi boleh
pertanian, rumah kediaman disempurnakan menyebabkan klien
sehinggalah kepada kondominium dan memerlukan seseorang bertindak mewakili
kompleks pernigaan. pihaknya dalam urusan tersebut.
• Setiap harta tanah memerlukan • Keperluan ejen harta tanah yang
kepakaran tertentu terutamanya mempunyai pengetahuan luas dalam bidang
berkaitan dengan aspek perundangan yang disebutkan adalah diperlukan bagi
dan pentadbiran harta tanah, memastikan kepentingan pihak-pihak yang
kemahiran rundingan, sistem terlibat dalam transaksi adalah terjamin.
percukaian, polisi-polisi semasa
kerajaan dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai