Anda di halaman 1dari 5

1

SISTEM TORRENS

Sistem Torrens diperkenalkan oleh penjajah British bagi


meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pentadbiran
tanah.
Sistem Torrens ini menjadikan pendaftaran sebagai
elemen penting di dalam membuktikan fakta material
berkaitan dengan hak dan kepentingan seseorang ke atas
tanah.
Di bawah system Torrens, item penting dalam hak milik
meliputi nama pemilik, butir-butir mengenai tanah,
luas kawasannya, lokasi, pelan ukur dan had
sempadannya.

Terdapat dua prinsip kembar yang berkaitan dengan sistem


Torrens iaitu Prinsip Cermin dan Prinsip Tabir.

PRINSIP CERMIN
Prinsip ini bermaksud maklumat di dalam daftar hak milik
adalah seperti cermin yang dapat menunjukkan segala
maklumat yang penting dan perlu mengenai tanah kepada
mana-mana pihak yang memerlukan maklumat seperti bakal
pembeli atau bakal pemegang gadaian.

Melalui Prinsip Cermin, dokumen hakmilik disediakan dalam


DUA (2) salinan asal yang mana satu salinan disimpan di
Pejabat Tanah berkaitan (sama ada Pejabat Tanah Daerah

atau Pendafar Hakmilik Negeri) dan satu lagi akan disimpan


oleh pemilik tanah berkenaan.

Segala maklumat yang terdapat di dalam dokumen hakmilik


di Pejabat Tanah terdapat di dalam dokumen hakmilik yang
disimpan oleh pemilik hartanah yang bermakna segala
maklumat yang diingini oleh seseorang mengenai hartanah
berkenaan boleh diperolehi sama ada melalui salah satu
dokumen berkenaan sebagaimana prinsip cermin.

PRINSIP TABIR (curtain)


Prinsip yang kedua iaitu Prinsip Tabir pula bermaksud
daftar hak milik berperanan sebagai tabir. Mana-mana pihak
yang terlibat dengan transaksi berkaitan dengan tanah
hanya perlu bergantung kepada maklumat yang terdapat di
dalam daftar hak milik tidak perlu menyelak tabir untuk
mencari maklumat lebih jauh sebalik itu.

Prinsip Tabir juga bermaksud segala maklumat berkaitan


hartanah adalah dinyatakan di dalam dokumen hakmilik
berkenaan dan sesiapa sahaja boleh mendapatkan
maklumat berkenaan seperti jenis kegunaan tanah, saiz,
jenis pemilikan, syarat-syarta nyata dan pemilikan hartanah
berkenaan dan tidak perlu untuk menyiasat apa yang berada
di sebalik hakmilik tersebut.

KEBAIKAN SISTEM TORRENS

Tiap-tiap orang yang memiliki tanah akan memegang suatu


dokumen hakmilik yang jelas dan dijamin oleh Kerajaan.

Dokumen tersebut membentangkan segala maklumat


mengenai segala syarat-syarat dan kepentingankepentingan lain yang melibatkan tanah itu.

Tiap-tiap orang boleh memperniagakan tanah secara


pendaftaran dengan mudah tanpa perlu memeriksa
dokumen-dokumen yang dahulu termasuklah memeriksa hak
semua orang yang memegang pajakan atau gadaian dan
sebagainya.

CIRI-CIRI UNDANG TANAH DI MALAYSIA

1. Pendaftaran Adalah Segala-Galanya


Ciri utama undang-undang tanah di Malaysia yang
berasaskan sistem Torrens ini adalah pendaftaran adalah
segala-galanya.

2.

Pendudukan Haram Tidak Dibenarkan

KTN tidak mengiktiraf pendudukan di atas tanah yang tidak


dimiliki sendiri secara sah tanpa kebenaran samada tanah
itu milik kerajaan atau milik perseorangan.

3.
Tiada Hak Pemegangan Tanah Untuk Selamalamanya.

Tempoh pemegangan tanah yang


pengusaha tanah, dan kesungguhan
membangunkan tanah tidak dapat
seseorang pemegang tanah termasuk
pendudukan sementara (LPS/TOL).

lama, ketekunan
pengusaha tanah
menentukan hak
pemegang lesen

4.
Pemakaian Prinsip Ekuiti Digunapakai Mengikut
Kes
Prinsip ekuiti yang berasaskan undang-undang Inggeris
diterima di dalam undang-undang tanah di Malaysia. Prinsip
ini membenarkan pihak yang menuntut hak untuk
mendapatkan hak atau kepentingannya walau pun
kepentingannya tidak didaftarkan.

5.

Pemakaian Undang-Undang Adat Dipelihara

Beberapa prinsip undang-undang adat seperti jualjanji dan


harta sepencarian diiktiraf di dalam undang-undang tanah di
Malaysia seperti Tanah Adat negeri Sembilan, Melaka, Sabah
dan Serawak

6.

Tanah Boleh Diambil Balik oleh Kerajaan

Terdapat Akta Pengambilan Tanah 1960 yang membolehkan


kerajaan mengambil tanah untuk maksud tertentu dengan
pembayaran pampasan yang wajar kepada pemilik tanah.

7. Tanah Boleh Dikembalikan Kepada Negeri


Tanah beri milik boleh kembali menjadi milikan PBN dalam
keadaan tertentu seperti apabila tanah pajakan telah tamat

tempohnya, kecuali jika tempoh pajakan telah disambung


semula. Begitu juga jika pemiliknya meninggal dunia dan
tidak meninggalkan waris. Selain menggunakan Akta
Pengambilan
Tanah
1960,
PBN
juga
boleh
melucuthakkan/merampas
tanah
apabila
berlaku
pelanggaran syarat yang ditentukan.

8.

Pemilikan Hak Milik Strata Diiktiraf

KTN turut memperuntukkan kuasa PBN untuk mengeluarkan


dokumen hak milik strata untuk bangunan bertingkat seperti
kompleks pejabat, pangsa puri dan kondominium. Terdapat
Akta Hak Milik Strata 1985 yang mengendalikan secara
khusus peraturan berkaitan dengan hak milik strata.

9.

Hak Pemilikan Tanah Rizab Melayu dijaga

Undang-undang tanah mewujudkan perlindungan khusus


untuk kaum bumiputera melalui peruntukan Tanah Rizab
Melayu/
Tanah
Adat
yang
dinyatakan
di
dalam
Perlembagaan. Peraturan secara terperinci berkaitan dengan
TRM ini terkandung di dalam enakmen-enakmen negeri yang
berbeza di antara satu negeri dengan negeri yang lain.

Anda mungkin juga menyukai