Anda di halaman 1dari 3

1.

Sejarah pemakaian Sistem Torrens di Negeri-Negeri Selat (NNS) seperti Pulau Pinang, Melaka, dan
Singapura bermula pada tahun 1791 di Pulau Pinang setelah Negeri tersebut diperoleh oleh Francis
Light, wakil Syarikat Hindia Timur Inggeris melalui Pemajakan Pulau Pinang dari Sultan Kedah
dimana ia diserahkan secara sewaan kepada Inggeris. Menurut Kes Fatimah v Logan (1871),
pemakaian undang-undang tempatan iaitu Undang-Undang Islam dan adat melayu diiktiraf dan
dikuatkuasakan. Manakala, undang-undang yang dibawa Inggeris tidak wajar diiktiraf sebagai
undang-undang negeri ini.

Manakala bagi Negeri Melaka, ianya bermula pada tahun 1861 apabila pentadbir Inggeris di negeri
tersebut meluluskan undang-undang tanah yang baharu. Maka, Melaka dan Pulau Pinang secara
rasminya telah menerima pakai sistem Surat Ikatan Inggeris (deed system). Pelaksanaannya
bermula pada 1807 di Pulau Pinang melalui Piagam Keadilan Pertama. Seterusnya diikuti Melaka
dan Singapura pada tahun 1861 melalui Piagam Keadilan Kedua. Akhirnya, ia dimansuhkan pada
tahun 1965 apabila digantikan oleh sistem Torrens dimana penguatkuasaan Kanun Tanah Negara
1965 berlaku.

Bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) seperti Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan
Pahang, berlaku pada 1873, dimana bermulanya sistem Residen di Perak melalui Perjanjian Pangkor
1873. Secara khusunya, pada tahun 1882 melalui Peraturan Tanah Am dikuatkuasakan di Selangor
sebagai undang-undang yang berasaskan sistem Torrens. Seterusnya, pada tahun 1891, melalui
tergubalnya Peraturan Pendaftaran Hak Milik 1891, merupakan undang-undang Torrens pertama
yang dilaksanakan di Selangor, seterusnya menjadi contoh buat NNMB yang lain. British juga telah
memperkenalkan sistem ini secara berperingkat dimana;

I. Peraturan Tanah Am yang seragam dikuatkuasakan di Selangor (1882), Negeri Sembilan (1887),
Pahang (1888) dan Perak (1897).

Ii. Peraturan Pendaftaran Hak Milik yang seragam dan dibaik pulih di Selangor (1891), Perak dan
Pahang (1897), dan Negeri Sembilan (1898).

Seterusnya, pada tahun 1911, dua enakmen telah diperkenalkan buat NNMB iaitu Enakmen Tanah
NMB 1911 dan Enakmen Pendaftaran Hak Milik NMB 1911 dan telah dikuatkuasakan, lantas
memansuhkan undang-undang yang berasingan terdahulu. Kemudian, pada tahun 1928, Kanun
Tanah dikuatkuasakan dan memansuhkan enakmen-enakmen tersebut. Akhir sekali, kanun Tanah
1928 dimansuhkan dengan penguatkuasaan Kanun Tanah Negara 1965.

Bagi Negeri Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) pula iaitu Negeri Kedah, Kelantan,
Terengganu, dan Pahang mula menerima pakai Sistem Torrens apabila termeterainya Perjanjian
Bangkok 1909. Negeri-Negeri tersebut telah menerima penasihat British setelah Perjanjian tersebut
dimeterai. Johor pula menerima sistem ini apabila British telah melantik penasihat British di Negeri
tersebut. Penguatkuasaan undang-undang tersebut berlaku secara rawak di NNTB. Sebagai contoh,
Negeri Kedah mula menerima pakai sistem Torrens pada tahun 1906 melalui Enakmen Tanah 1906
yang kemudian dipinda pada tahun 1912 dan Enakmen Konsesi pada tahun 1909. Johor pula mula
menerima sistem ini pada tahun 1910 melalui penguatkuasaan Enakmen Tanah 1910. Bagi Negeri
Kelantan pula, bermula pada tahun 1926, iaitu ketika penguatkuasaan Enakmen Tanah 1926.
Seterusnya, Negeri Terengganu iaitu pada tahun 1929 melalui penguatkuasaan Enakmen Tanah
1929. Akhir sekali, Negeri Perlis dimana penguatkuasaan sistem ini berlaku pada tahun 1938 melalui
penguatkuasaan Enakmen Tanah 1938.
Namun, kesemua enakmen tersebut telah dimansuhkan melalui penguatkuasaan Kanun Tanah
Negara 1965.

2. Ciri-ciri Undang-Undang Islam dan adat Melayu yang dipakai di Tanah Melayu sebelum kedatangan
penjajah Inggeris ialah melalui undang-undang Islam dan Undang-Undang Adat.

Kaedah undang-undang Islam yang dipraktikkan ialah kaedah “ihya al-mawat” dimana pemilikan
keatas tanah dengan cara memajukan tanah yang gersang, membuka tanah hutan dan
meneroka tanah yang belum diterokai. Namun demikian, pemilikan ini ialah tidak mutlak dan
hanya bagi menerima manfaat keatasnya sahaja dan kaedah ini diperkenalkan sejak zaman
Rasulullah s.a.w memerintah lagi. Hal ini demikian kerana, anggapan bahawa Tanah ialah Hak
Allah dan hanyalah boleh diambil manfaatnya sahaja buat umat Islam. Melalui kaedah ini, jika
tanah yang sudah dimiliki tidak dimanfaatkan dengan baik malah menjadi gersang, maka
penguasa boleh mengambilnya kembali. Hal ini seperti yang dilakukan ketika zaman Khulafa’
Ar-Rasyidin ke-2, iaitu Sayyidina Umar Al-Khattab Al-Farouq dimana beliau telah mengambil
semula tanah Bilal bin Harith yang dahulunya diberikan oleh Baginda Nabi Muhammad s.a.w
kepada Sayyidina Bilal, namun beliau tidak mengusahakannya. Kaedah Islam juga menetapkan
bayaran “ ‘Usyur “ iaitu cukai bagi pengusaha tanah.

Bagi Undang-Undang Adat yang dipraktikkan ialah, tanah merupakan tanah ihya’, iaitu
pemberian Raja kepada rakyatnya. Namun demikian, rakyat hendaklah membayar cukai
penerokaan, pengusahaan dan pertanian sebanyak 10% daripada hasil kepada Raja. Selain itu,
terdapat juga urusan pembelian tanah dengan kaedah “ Bai’ Al-Wafa’ “ iaitu jual janji.

3. Struktur perundangan berkaitan hal ehwal tanah dapat dilihat didalam Perlembagaan Persekutuan,
Perkara 74 dan Senarai 2 dalam Jadual Kesembilan iaitu Senarai Negeri dimana dengan jelan
memperuntukkan bahawa bidang kuasa perundangan dan pentadbiran tanah terletak dibawah Kerajaan
Negeri.
Menurut Perkara 76 (4) pula, Kerajaan Pusat dibenarkan untuk menggubal undang-undang di
Parlimen bagi tujuan menyeragamkan undang-undang pentadbiran tanah negeri.

4. Terdapat 2 Mahkamah yang berbidang kuasa terhadap hal ehwal tanah.


Pertama; Mahkamah Tinggi Malaya, iaitu berdasarkan Seksyen 5 Kanun Tanah Negara.
Kedua, Mahkamah Syariah, iaitu berlandaskan Seksyen 42 (1A) Kanun Tanah Negara iaitu
berkaitan dengan bidang kuasa mahkamah syariah seperti harta sepenceraian, alang dan hibah,
yang mana kesemua ini perlulah berkaitan dengan tanah.

5. Struktur pentadbiran hal ehwal tanah di Malaysia adalah berdasarkan seksyen 40 Kanun Tanah
Negara, iaitu Pihak Berkuasa Negeri (PBN) berhak ke atas seluruh tanah Negeri tersebut
sehingga sempadannya. Hal ini diuruskan oleh Jabatan Tanah dan Galian Negeri
masing-masing bagi urusan-urusan seperti pendaftaran urusniaga, kelulusan kaveat,
pengurusan pengambilan tanah dan lain-lain. Setiap Daerah juga mempunyai Pejabat Tanah
Daerah masing-masing. Selain itu, Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Tanah Negara
berperanan dalam menasihati dan menyelaras tindakan PBN. Kerjasama diantara PBN dan
Kerajaan Persekutuan dapat dilihat berdasarkan peranan Jabatan Tanah Persekutuan dibawah
Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi dimana berkait rapat dengan urusan bersama
Jabatan Tanah dan Galian Negeri.
6. Latar belakang KTN berdasarkan pengenalan dan pelaksanaannya pada tahun 1966
dimana ia dikuatkuasakan dengan serta merta memansuhkan 7 undang-undang
berkaitan tanah serta 36 undang-undang lain yang berkaitan. Kanun ini turut dikenali
sebagai Akta 828, dan ditubuhkan dibawah Perkara 76 (4), Perlembagaan Persekutuan,
dimana tujuannya adalah untuk menyeragamkan undang-undang berkaitan pentadbiran
tanah seperti pemegangan tanah, pendaftaran hak milik dan urus niaga.

Anda mungkin juga menyukai