Anda di halaman 1dari 2

1)

a) Nyatakan DUA faktor yang mempengaruhi kecerunan keluk IS dan jelaskan bagaimana faktor
tersebut mempengaruhi kecerunan keluk IS.

Kecerunan keluk IS dipengaruhi oleh perubahan fungsi J dan menyebabkan berlaku perubahan ke
atas kecerunan keluk IS. Semakin tingginya nilai (mutlak) i bermakna semakin anjalnya pelaburan
terhadap kadar bunga. Semakin landai keluk J, semakin landai keluk IS. Semakin rendahnya nilai
(mutlak) I bermakna semakin tidak anjalnya pelaburan terhadap kadar bunga. Semakin curam
keluk J, semakin curam keluk IS.

Selain itu, kecerunan Keluk IS dipengaruhi oleh perubahan nilai parameter. Semakin rendahnya
nilai parameter seperti t, m, semakin landai keluk W menyebabkan keluk IS juga semakin landai.
Semakin tingginya nilai parameter seperti t, m, semakin curam keluk W menyebabkan keluk IS
semakin curam.

b) Nyatakan EMPAT faktor yang mempengaruhi kedudukan keluk IS dan jelaskan bagaimana
perubahan dalam faktor tersebut mempengaruhi kedudukan keluk IS.

Perubahan fungsi J mempengaruhi kedudukan keluk IS. Penurunan nilai pembolehubah suntikan
autonomi (misalnya G*), keluk J akan beranjak ke kiri secara selari dan keluk IS beranjak ke kiri
secara selari juga. Peningkatan nilai pembolehubah suntikan autonomi (misalnya G*↑), keluk J
akan beranjak ke kanan secara selari dan keluk IS beranjak ke kanan secara selari.

Selain itu, perubahan fungsi W mempengaruhi kedudukan keluk IS. Perubahan dalam nilai
pembolehubah bocoran autonomi seperti T*, M*. Apabila pembolehubah M* bertambah keluk W
akan beranjak ke kanan secara selari dan keluk IS beranjak ke kanan secara selari. Keadaan yang
sebaliknya akan berlaku apabila pembolehubah M* menurun maka keluk W akan beranjak ke kiri
secara selari dan keluk IS beranjak ke kiri secara selari.

Seterusnya, dipengaruhi oleh perubahan dalam pembolehubah autonomi seperti I*, G*, T* dan
M*. Peningkatan pelaburan autonomous. Pelaburan autonomus ialah pelaburan yang tidak berkait
dengan kadar bunga dan merupakan faktor eksogen. Andaikan berlaku peningkatan pelaburan
autonomus dan pemboleh ubah lain tidak berubah. Hal ini menyebabkan pendapatan keseimbangan
turut meningkat. Dalam pada itu , peningkatan dalam pelaburan autonomus juga menyebabkan
keluk IS beranjak ke kanan dan sebaliknya akan berlaku sekiranya pelaburan autonomus jatuh.
Anjakan keluk adalah secara selari

Akhir sekali, peningkatan cukai sekaligus oleh kerajaan menyebabkan keluk IS beranjak ke kiri secara
selari. Peningkatan cukai sebegini menyebabkan keluk IS juga beralih ke kiri tetapi menjadi semakin
curam. Perubahan dalam pendapatan yang diakibatkan oleh cukai autonomus dan cukai teraruh
adalah berbeza iaitu lebih kecil disebabkan saiz pengganda berubah menjadi semakin kecil.

3) Nyatakan DUA tujuan utama wang diminta menurut Keynes. Bagi setiap tujuan tersebut, jelaskan
faktor yang mempengaruhinya.

Untuk tujuan urusniaga. Wang diminta untuk membeli barang yang diperlukan. Ianya
berhubungan positif dengan pendapatan. Permintaan wang untuk urusniaga dipengaruhi oleh
tingkat pendapatan. Semakin tinggi pendapatan, semakin banyak wang yang diminta/dipegang
untuk tujuan urusniaga dan sebaliknya.
Untuk kegunaan awasan/kecemasan. Ini bertujuan untuk kegunaan transaksi yang akan datang
secara tidak dirancang yang berupa kecemasan. Permintaan wang untuk awasan dipengaruhi oleh
tingkat pendapatan. Permintaan wang untuk awasan berhubungan positif dengan peningkatan
pendapatan individu.

Anda mungkin juga menyukai