Anda di halaman 1dari 40

EPPD1023 MAKROEKONOMI 1

DR. MUSTAZAR MANSUR

Shahida Shahimi, Norain Mod Asri, Mohd Adib Ismail, Norlida Hanim
Mohd Salleh,Wook Endut, Md. Zyadi Md. Tahir, Noreha Halid

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Keluk permintaan agregat dapat diterbitkan daripada titik
keseimbangan IS-LM apabila berlakunya perubahan dalam:
a. Paras (tingkat) harga
b. Perubahan stok wang (penawaran wang) benar

Kesan perubahan harga

 Sekiranya berlaku perubahan harga, maka harga ini turut


mempengaruhi hubungan antara pemboleh ubah yang menentukan
keluk-keluk IS-LM.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Walaupun tingkat harga adalah berubah, namun kedudukan keluk
IS adalah tetap sama.
 Pembentukannya tidak dipengaruhi oleh pemboleh ubah benar
atau nominal.
 Bagi keluk LM pula, ia adalah keluk yang menunjukkan
keseimbangan permintaan dan penawaran wang.
 Permintaan wang adalah bebas daripada pengaruh tingkat harga.
 Bagaimanapun, penawaran wang benar adalah berubah dengan
perubahan paras harga.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Kesan pertambahan stok wang benar

 Kesan pertambahan stok wang benar apabila paras harga menurun


ialah penganjakan keluk LM ke kanan dan sebaliknya kesan jatuhan
stok wang benar apabila paras harga meningkat ialah penganjakan
keluk LM ke kiri.
 keluk AD adalah bercerun negatif yang secara langsung menunjukkan
bahawa keluaran negara (pendapatan negara benar) bertambah
apabila tingkat harga jatuh.
 Ini kerana apabila harga jatuh dan penawaran wang benar bertambah,
keluk LM akan beralih ke kanan dan menghasilkan kadar bunga yang
rendah.
 Kadar bunga yang rendah akan merangsang pertambahan pelaburan
dan seterusnya meningkatkan AD dan tingkat pendapatan benar.
EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Pertambahan stok wang nominal disini bermaksud
pertambahan kuantiti wang dengan andaian pemboleh ubah
paras harga tidak berubah. Sebaliknya kejatuhan stok wang
nominal pula bermakna kuantiti wang telah berkurangan,
juga dengan andaian paras harga adalah konstan.
 Pertambahan stok wang nominal ini yang menganjakan keluk
LM ke kanan

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Faktor benar akan mempengaruhi keluk IS.
 Ia meliputi :
i. Perbelanjaan kerajaan
ii. Cukai
iii. Pelaburan
iv. Perbelanjaan penggunaan autonomous bagi model ekonomi
tertutup
v. Eksport dan import bagi model ekonomi terbuka

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Peningkatan perbelanjaan kerajaan

 Peningkatan perbelanjaan kerajaan menyebabkan Keluk IS


beralih ke kanan.
 Peralihan keluk IS ke kanan dengan andaian keluk LM tidak
berubah menyebabkan berlaku peralihan keluk AD juga ke
kanan.
 Dan sebaliknya.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Peningkatan perbelanjaan penggunaan autonomous

 Peningkatan perbelanjaan pengunaan autonomus akan


mening-katkan pendapatan negara melalui proses pengganda.
 Ianya akan mengalih keluk IS ke kanan.
 Sekiranya berlaku kejatuhan dalam penggunaan autonomus,
maka keluk AD akan beralih ke kiri.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Peningkatan cukai sekaligus

 Peningkatan cukai sekaligus akan mengalih keluk IS ke kiri.


 Peralihan keluk IS ke kiri dengan andaian keluk LM tidak
berubah menyebabkan berlaku peralihan keluk AD juga ke
kiri.
 Dan sebaliknya.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Kejatuhan perbelanjaan pelaburan

 Keluk permintaan agregat akan berganjak ke kiri jika


berlaku kejatuhan dalam perbelanjaan pelaburan.
 Sebaliknya akan berlaku jika berlaku peningkatan dalam
perbelanjaan pelaburan.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Keluk permintaan agregat Keynesian diterbitkan melalui
model IS-LM, ini bermakna keluk permintaan agregat
Keynesian melibatkan kedua-dua pasaran barangan dan
pasaran wang.
 Keynes (Keynesian awal) berpendapat bahawa cuma dasar
fiskal yang berkesan untuk meningkatkan permintaan agregat
sekiranya ekonomi berada dalam keadaan kemelesetan atau
di bawah gunatenaga penuh.
 Sementara pengikut Keynes atau pemaham Keynesian pula
mempercayai kedua-dua dasar fiskal dan kewangan adalah
berkesan untuk meningkatkan permintaan agregat ke tahap
yang lebih tinggi kerana pembentukan keluk permintaan
agregatnya berlandaskan model IS-LM.
EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Keynes percaya dalam jangka pendek upah wang tidak berubah.
 Keynes juga percaya penawaran agregat (AS) tidak memainkan
peranan untuk menentukan tingkat keluaran dan guna tenaga
kerana ianya anjal sempurna dan harga keluaran dan upah wang
diandaikan tetap.
 Bentuk keluk penawaran agregat yang anjal sempurna ini
dikaitkan dengan masa kemelesetan ekonomi yang teruk di
mana pelbagai tingkat keluaran output negara boleh
dikeluarkan tanpa penigkatan paras harga input dan juga kos
atau upah buruh.
 Keadaan ini terjadi dengan andaian bahawa pelbagai jenis input
pengeluaran adalah tidak digunakan sepenuhnya dan juga ramai
buruh yang menganggur.
EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Keluk penawaran agregat Keynesian dengan harga berubah
dan upah wang tetap

 Keynes bersetuju dengan ahli Klasik mengenai syarat


memaksimumkan keuntungan, iaitu dengan menyamakan
upah wang dan nilai keluaran sut buruh, iaitu:

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Keluk penawaran agregat Keynesian dengan harga dan upah
wang berubah

 Dalam jangka masa panjang, model Keynesian menyatakan


penawaran dan permintaan buruh sama seperti yang berlaku
dalam model Klasik.
 Perbezaannya ialah kejatuhan dalam upah benar tidak
semata-mata didorong oleh tindak balas perubahan harga.
 Ini bermaksud kedua-dua tingkat harga dan upah wang
meningkat.
 Akan tetapi perubahan (kenaikan) dalam upah wang lebih
kecil daripada perubahan (kenaikan) harga dan ini membawa
kepada kejatuhan dalam upah benar
EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Bagi Keynesian, pekerja mementingkan upah wang dan tidak
mengetahui tingkat harga. Keputusan menawarkan buruh
bergantung kepada upah wang dan harga jangkaan. Oleh itu:

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Perbandingan keluk penawaran agregat Keynesian model
upah wang tetap dengan model upah wang berubah

 Keluk penawaran agregat Keynesian yang dihasilkan dengan


keadaan upah wang berubah adalah lebih curam daripada
keadaan upah wang tetap.
 Ini kerana perubahan harga yang diikuti perubahan upah
wang akan menyebabkan upah benar lebih tinggi
dibandingkan dengan sekiranya hanya harga berubah.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Terdapat 3 faktor penting yang mempengaruhi kedudukan
keluk AS, iaitu
 Jangkaan pekerja terhadap harga
 Perubahan harga input
 Perubahan teknologi serta produktiviti

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Selain daripada ketiga-tiga faktor di atas terdapat juga faktor
tambahan seperti pertambahan penduduk dan penemuan
sumber baru.
 Kesan pertambahan penduduk adalah penganjakan keluk pe-
nawaran agregat ke kanan. Sebagai contoh dasar pasaran
buruh yang dapat mengurangkan pengangguran struktur
akan membawa kepada peralihan AS dari AS0 ke AS1 dan
keluaran potensi meningkat dari Y0 ke Y1 , seperti terdapat
dalam gambarajah di atas.
 Manakala penemuan sumber baru pula, ia secara eksogen
boleh menyebabkan keluk penawaran agregat beralih.
Sebagai contoh, penemuan kawasan penggalian petroleum
baru dan lombong emas boleh mengalih keluk AS ke kanan.
EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Sekiranya kerajaan menjalan dasar pengurusan permintaan
agregat, iaitu menjalankan dasar fiskal dan dasar monetari
untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi di masa
kemelesetan dan mengurangkan kadar pertumbuhan pada
masa inflasi, ianya akan memberi implikasi ke atas output
atau pendapatan dan paras harga.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I

Anda mungkin juga menyukai