Anda di halaman 1dari 6

Pengekosan ABC Disediakan oleh:

Soalan Peperiksaan F.H. Chay, B.Acc(Hons)UUM


MBA (UK) 012-5190905

Syarikat MK Bhd mengeluarkan tiga jenis produk dengan menggunakan pengekosan overhed tradisi untuk menghitung
kos pengeluaran produk-produknya.
Maklumat terperinci mengenai produk adalah seperti berikut:
Produk A Produk B Produk C
Unit Pengeluaran 1,040unit 1,500unit 1,000unit
Unit pengeluaran seunit
Bahan langsung @ RM9.00/kg 7.50kg 6.00kg 4.50kg
Buruh langsung @ RM14/ jam buruh 4 jam 5 jam 4 jam
Jam mesin 3 jam 6 jam 6 jam
Overhed pengeluaran untuk tempoh berkenaan ialah RM258,375 dan diserap berasaskan jam buruh langsung.
Syarikat MK Bhd kini bercadang untuk menghitung kos overhed berasaskan pengekosan ABC.
Maklumat tambahan berkaitan dengan kos overhed operasi adalah seperti berikut:
Aktiviti Kos yang dilibatkan(RM) Penggerak Kos (Cost Driver)
1. Penyediaan Mesin 31,500 Bilangan Operasi Pengeluaran
2. Penggunaan mesin 67,500 Bilangan Jam Mesin
3. Pemeriksaan 43,200 Bilangan Operasi Pengeluaran
4. Pembungkusan 37,125 Bilangan Pesanan
5. Penyediaan Bahan 79,050 Kuantiti bahan digunakan
258,375
Maklumat-maklumat lain:
Produk A Produk B Produk C
Bilangan operasi pengeluaran 15 20 25
Bilangan pesanan 150 175 225
Dikehendaki:
a) Kirakan kos pengeluaran per unit bagi setiap produk dengan kaedah pengekosan overhed tradisi.
b) Kirakan kos pengeluaran per unit bagi setiap produk dengan kaedah pengekosan overhed ABC.

1
a) Kos per unit berasaskan kaedah pengekosan tradisi
Produk A Produk B Produk C
RM RM RM
Bahan langsung (RM9 X 7.5kg) 67.50 (RM9 X 6kg) 54.00 (RM9 X 4.5kg) 40.50
Buruh langsung (RM14 X 4jam) 56.00 (RM14X5jam) 70.00 (RM14X4jam) 56.00
Overhed Pengeluaran* (RM16.50 X4jam) 66.00 (RM16.50 X 5 jam)82.50 (RM16.50 X 4jam) 66.00
Kos Produk seunit 189.50 206.50 162.50
 Kadar Overhed pratentu = RM258,375/ 15660 jam buruh
= RM16.50/ jam buruh langsung
Jumlah Jam Buruh Langsung = (1040unit X 4jam) +(1,500unitX 5jam) + (1,000unit X 4 jam)
= 15660 jam buruh

b) Kos perunit berasaskan kaedah pengekosan ABC


Kaedah ABC

Penggerak Kos/ Pemacu Kos yang dilibat (RM) Tahap Aktiviti Kadar per Aktiviti(RM)
Penyediaan mesin 31,500 60 operasi pengeluaran 31,500/60 = 525/operasi
Penggunaan mesin 67,500 18,120 jam mesin 67,500/18120 = 3.73/jam mesin
Pemeriksaan 43,200 60 operasi pengeluaran 43,200/60 = 720/operasi
Pembungkusan 37,125 550 pesanan 37,125/550 = 67.50/ pesanan
Penyediaan Bahan 79,050 21,300kg 79,050/21,300 = 3.71/kg
Jumlah operasi = 15 + 20 + 25 = 60 operasi
Jumlah jam mesin = (1040unit X 3jam) +(1,500unit X 6 jam) + (1,000 unit X 6 jam) = 18,120 jam mesin
Jumlah pesanan = 150 + 175 + 225 = 550 pesanan
Jumlah Kuantiti bahan digunakan = (1040unit X 7.5kg)+(1,500unitX6kg)+(1000unit X 4.5kg) = 21,300kg
Produk A Produk B Produk C
RM RM RM
Bahan langsung (RM9 X 7.5kg) 67.50 (RM9 X 6kg) 54.00 (RM9 X 4.5kg) 40.50
Buruh langsung (RM14 X 4jam) 56.00 (RM14X5jam) 70.00 (RM14X4jam) 56.00
Overhed Pengeluaran
i. Penyediaan mesin (15 X RM525)/1040 7.57 (20X525)/1500 7.00 ( 25X525)/1000 13.13
ii.Penggunaan mesin (3jm X 3.73/jm) 11.19 (6jm X 3.73/jm) 22.38 (6jm X 3.73/jm) 22.38
iii. Pemeriksaan (15X720)/1040 10.38 (20 X 720)/1500 9.60 (25 X 720)/1000 18.00
iv. Pembungkusan (150 X 67.50)/1040 9.74 ( 175X 67.50)/1500 7.88 (225 X 67.50)/1000 15.19
v. Penyediaan Bahan (7.5kg X RM3.71/kg) 27.83 (6kg X RM3.71/kg) 22.26 (4.5kg X RM3.71/kg)16.70
66.71 69.12 85.40
Kos per unit 190.21 193.12 181.90

2
c) Perbezaan antara kaedah pengekosan

Kaedah Tradisi (RM) Kaedah ABC (RM) Perbezaan (RM)


Produk A
Jumlah Kos Overhed RM66 X 1040unit= 68,640 RM66.71 X 1040unit = 69,378 (738)
Kos Overhed seunit 66.00 66.71 (0.71)

Produk B
Jumlah Kos overhed RM82.50 X 1500unit= 123,750 RM69.12X1500unit= 103,680 20,070
Kos Overhed Seunit 82.50 69.12 13.38

Produk C
Jumlah Kos Overhed RM66 X 1000 unit = 66,000 RM85.40 X1000 unit = 85,400 (19,400)
Kos Overhed seunit 66.00 85.40 (19.40)

3
Soalan Pengukuhan 1
Keuntungan operasi SureGood Sdn Bhd adalah tidak menentu dalam beberapa tahun ini. Polisi harga sebuah kabinet telah
ditetapkan bersamaan 120 peratus daripada jumlah keseluruhan kos produk. Maklumat lengkap mengenai tiga produk dan
maklumat berkaitan adalah seperti berikut untuk satu tempoh:
Produk Aluminium Besi tahan karat Besi tempa
Pengeluaran(unit) 600 720 240
Kos bahan langsung (per unit) RM120 RM170 RM270
Jam buruh langsung (per unit) 4 jam 6 jam 6 jam
Jam mesin(per unit) 4 jam 6 jam 8 jam
Jam buruh langsung adalah dibayar sebanyak RM15 sejam. Anggaran overhed pengeluaran
pada masa ini diperuntukkan dengan menggunakan kadar jam mesin, dan jumlah anggaran
overhed pengeluaran untuk satu tempoh telah dianalisis seperti berikut:
Kos persediaan RM68,000
Penerimaan RM47,000
Pemeriksaan/ kawalan kualiti RM27,000
Pengurusan dan penghantaran bahan RM60,000

Pengarah pengurusan kos telah mengkaji sistem pengekosan berasaskan aktiviti(ABC) dan mengenalpasti beberapa
penggerak aktiviti yang akan digunakan untuk menghitung kos overhed:

Aktiviti Penggerak kos


Kos persediaan Bilangan kali pengeluaran
Penerimaan Bilangan tuntutan dibuat
Pemeriksaan/kawalan kualiti Bilangan kali pengeluaran
Pengurusan dan penghantaran bahan Bilangan tempahan
Maklumat tambahan diperolehi ke atas proses pengeluaran seperti
berikut:
Aluminium Besi tahan karat Besi tempa
Saiz kelompok bagi sekali pengeluaran (unit) 20 20 10
Bilangan tuntutan dibuat 6 12 6
Bilangan dalam satu tempahan (unit) 20 20 20

Dikehendaki:
(a) Andaikan SureGood Sdn Bhd terus menggunakan jam mesin sebagai asas untuk memperuntukkan kos overhed kepada
produk.
(i) Kirakan kadar overhed pratentu [2 markah]
(ii) Kirakan kos produk seunit bagi setiap produk. [6 markah]
(b) Andaikan pihak syarikat memutuskan untuk menggunakan pengekosan berasaskan aktiviti untuk memperuntukkan kos
overhed kepada produk.
(i) Kirakan kadar aktiviti bagi setiap aktiviti. [4 markah]
(ii) Dengan menunjukkan overhed seunit bagi setiap aktiviti, kemudian kirakan kos seunit produk Aluminium .
[ 8 markah]

4
Soalan Pengukuhan 2

Syarikat Fenis Bhd mengeluarkan almari kalis api untuk dijual kepada pemborong peralatan pejabat. Syarikat
mengamalkan pengekosan ABC dalam pembuatan keputusan. Syarikat mempunyai dua jabatan yang melibatkan kos
overhed iaitu:

Overhed pengilangan RM500,000


Overhed pentadbiran dan pemasaran RM300,000
RM800,000
Berikut merupakan pusat pengumpulan kos mengikut aktiviti dan asas aktiviti dihitung:
Pusat Pengumpulan Kos Asas Pengukuran Pusat Kos
Pemasangan Bilangan unit dipasang
Pemerosesan Pesanan Bilangan pesanan
Perkhidmatan Pelanggan Bilangan pelanggan
Lain-lain Tidak dapat dikenal pasti
Kos yang diagihkan kepada Lain-lain tidak dapat dikenal pasti tingkat aktiviti. Kos ini merupakan kos yang dilibatkan
kerana kapasiti terbiar.

Syarikat Fenis Bhd mengagihkan kos pengeluaran overhed dan kos overhed pentadbiran dan pemasaran kepada tingkat
aktiviti seperti berikut:

Pengagihan Kos Overhed kepada pusat pengumpulan kos berasaskan aktiviti

Pemasangan Pemerosesan Perkhidmatan Lain-lain Jumlah


Pelanggan
Kos Overhed pengilangan 50% 35% 5% 10% 100%
Kos Pentadbiran dan Pemasaran 10% 45% 25% 20% 100%
Jumlah aktiviti 1,000unit 250 pesanan 100 pelanggan -

Dikehendaki:
(a) Tunjukkan pengagihan kos overhed kepada pusat kos dengan kaedah langsung
(b) Hitungkan kadar per aktiviti pada setiap pusat pengumpulan kos.
(c) Syarikat Alatan Pejabat OfficeMart telah memesan 4 kali pesanan pada tahun lepas. Syarikat ini telah memesan
80 unit almari sepanjang tahun lepas.
(d) Hitungkan kos overhed yang diperumpukkan kepada Syarikat Alatan Pejabat OfficeMart.
(e) Harga jualan almari kalis api ini ialah RM595. Kos bahan langsung RM180 seunit dan kos buruh langsung RM50
seunit. Apakah margin keuntungan daripada Syarikat Alatan Pejabat OfficeMart?
Jawapan:
Kadar per aktiviti (a) Pemasangan RM280 (b) Pemerosesan RM1,240 per pesanan (c) RM1,000 per pelanggan
Margin keuntungan RM840 Nor/300

5
Soalan Pengukuhan 3

Pengeluar kelengkapan alat sukan PRECOR sedang mempertimbangkan penggunaan kaedah pengekosan tradisi dan
pengekosan ABC dalam laporan kerja No. 123. Maklumat kos seperti berikut:

Bahan mentah RM55 500


Jam buruh langsung 820 jam
Kadar buruh langsung RM18.00 per jam

Dalam kaedah tradisi, pihak pengurusan telah menentukan kadar overhed pratentu 300% atas kos buruh langsung
Dalam kaedah pengekosan ABC, data yang berkaitan seperti berikut:

Kelompok kos Pemacu Kos kadar overhed berasaskan aktiviti Jangkaan aktiviti
Kos rekabentuk jam jurutera RM30 per jam 330 jam
Penyediaan mesin bilangan penyediaan RM200 setiap penyediaan 22 kali penyediaan
Penggunaan mesin jam mesin RM25 per jam 732 jam mesin
Pemasangan bilangan pemasangan RM8 per pemasangan 1 500 pemasangan
Bungkusan jam membungkus RM15 per jam membungkus 152 bungkusan
Ruang kilang jam mesin RM6 per jam 732 jam
Dikehendaki:

Hitungkan kos kerja No. 123


a) mengikut kaedah pengekosan tradisi b) mengikut kaedah pengekosan ABC
c) bandingkan pengekosan kedua-dua kaedah.

Anda mungkin juga menyukai