Anda di halaman 1dari 6

Pendaftaran Perniagaan Francais

Perniagaan francais di Malaysia dikawal di bawah Akta Francais 1998. Akta ini terpakai bagi penjualan apa-apa francais di seluruh Malaysia. Mengikut akta, pendaftaran juga perlu dilakukan oleh syarikat yang sebelum ini telah berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri atau MECD.

Penjualan sesuatu francais adalah disifatkan di dalam Malaysia jika:

Suatu tawaran untuk menjual atau membeli francais Dibuat di dalam Malaysia dan diterima di dalam atau di luar Malaysia Dibuat di luar Malaysia dan diterima di dalam Malaysia Perniagaan yang difrancaiskan itu dikendalikan atau akan dikendalikan di dalam Malaysia

Di bawah Akta Francais 1998, terdapat empat (4) kategori pendaftaran seperti berikut;

Jenis Pendaftaran

Definisi Orang yang memberikan francais kepada pemegang francais

Francaisor

dan termasuk pemegang francais induk berkenaan dengan hubungannya dengan pemegang sub-francais Seseorang yang diberi hak oleh pemberi francais untuk

Francais Induk

mensubfrancaiskan kepada orang lain, atas perbelanjaannya sendiri, francais kepunyaan pemberi francais itu

Francaisi kepada Francaisor Asing

Seseorang yang diberi hak oleh pemberi francais asing tidak mensubfrancaiskan kepada orang lain Seseorang yang menjalankan perniagaan sebagai ejen atau wakil kepada mana-mana pemberi francais untuk menjual

Broker Francais

francais kepada manamana orang dengan balasan yang tertentu tetapi tidak termasuk mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja pemberi francais atau pemegang francais.

Permohonan Pendaftaran Francais

Seksyen 6, Akta Francais 1998 memperuntukkan bahawa, seseorang francaisor atau francaisi induk perlu membuat permohonan pendaftaran francais kepada Pendaftar Francais, KPDNKK, dengan mengemukakan permohonan tersebut kepada Pendaftar beserta dokumen-dokumen dan maklumat berikut:-

Dokumen penzahiran yang lengkap. Format dokumen penzahiran adalah seperti yang ditunjukkan di BAF1;

BAF 2 yang telah lengkap diisi (profil pemohon); Sampel perjanjian francais; Manual operasi yang telah terbukti dan lengkap (Bahasa Kebangsaan/Bahasa Inggeris);

Manual latihan (Bahasa Kebangsaan/Bahasa Inggeris); Salinan disahkan dokumen/sijil pendaftaran cap dagangan dari Malaysian Intellectual Property Office (MYIPO);

*sekiranya cap dagangan telah diserah hakkan kepada pemohon, salinan disahkan dokumen berkenaan perlu dikemukakan bersama.

Salinan disahkan sijil pemerbadanan syarikat (Borang 9 / 13, 24, 44 dan 49); Akuan teraudit terkini (3 tahun)berserta penyata kewangan, kunci kira-kira dan akaun untung rugi;

Unjuran kewangan francaisi 5 tahun; Gambar outlet prototaip; Brosur/pamplet/laporan tahunan syarikat; dan Sebarang maklumat atau dokumen tambahan yang diminta oleh Pendaftar bagi tujuan penilaian permohonan.

Seksyen 55, Akta Francais 1998 memperuntukkan bahawa, francaisi kepada francaisor asing perlu mengemukakan permohonan pendaftaran kepada Pendaftar Francais berserta dokumen-dokumen dan maklumat berikut:-

BAF 2 yang telah lengkap diisi (profail pemohon); Salinan disahkan perjanjian francais di antara francaisor asing dan francaisi yang telah ditandatangani dan disetemkan;

Salinan disahkan dokumen/sijil pendaftaran cap dagangan dari Malaysian Intellectual Property Office (MYIPO);

Salinan disahkan sijil pemerbadanan syarikat (Borang 9 / 13, 24, 44 dan 49); Brosur/pamplet/laporan tahunan syarikat; dan Sebarang maklumat atau dokumen tambahan yang diminta oleh Pendaftar bagi tujuan penilaian permohonan.

Perjanjian Francais

Perjanjian Francais mestilah bertulis. Perjanjian tersebut perlu mengandungi tetapi tidak terhad kepada perkara-perkara berikut: Nama/perihal keluaran & produk Identiti francaisor/hak francais induk Hak wilayah Fi Kewajipan francaisor Kewajipan francaisi Hak francaisi terhadap cap dagangan & harta intelektual Syarat francaisi menyerahhakkan hak Tempoh bertenang (tidak kurang 7 hari) Perihal mengenai cap atau apa-apa harta intelektual lain yang dipunyai oleh/berkaitan dengan francaisor yang digunakan dalam francais Jenis & butir-butir bantuan oleh francaisor Tempoh francais (sekurang-kurangnya 5 tahun) Terma pembaharuan francais Kesan penamatan /habis tempoh Manual operasi / latihan Penyelesaian pertikaian secara mediasi

Obligasi Selepas Pendaftaran

Di bawah Akta Francais 1998, francaisor/francaisi induk yang berdaftar wajib mengemukakan dokumen-dokumen berikut setiap tahun:-

Laporan Tahunan

Francaisor/master francaisi perlu mengemukakan laporan tahunan kepada Pendaftar dalam masa 30 hari dari tarikh ulang tahun pendaftaran. Laporan tahunan tersebut perlu dikemukakan menggunakan BAF 6 dan mesti mengandungi maklumat atau dokumen berikut: Bilangan/nama/alamat outlet francais berikut: Outlet syarikat Outlet francais Bumiputera Outlet francais Bukan Bumiputera Outlet francais luar Negara

Pulangan tahunan Dokumen penzahiran terkini Penyata kewangan teraudit terkini

Laporan yang dikemukakan perlu ditandatangani dan dimeterai oleh syarikat.

Penyata Kewangan Kumpulan Wang Promosi

Francaisor/francaisi induk yang mengenakan fi promosi ke atas francaisi perlu menubuhkan Kumpulan Wang Promosi yang diuruskan di bawah akaun yang berasingan dan hendaklah digunakan hanya bagi promosi keluaran di bawah francais itu. Francaisor/francaisi induk perlu mengemukakan penyata kewangan kumpulan wang tersebut. Penyata kewangan itu perlu diendors oleh akauntan awam berdaftar dan dikemukakan kepada Pendaftar Francais, KPDNKK setiap tahun dalam tempoh 30 hari selepas tamat penggal kewangan terakhir.

Permohonan bagi Kebenaran oleh Francaisor Asing Seksyen 54, Akta Francais 1998 memperuntukkan bahawa, francaisor asing yang ingin menawarkan francais di Malaysia atau kepada mana-mana warganegara Malaysia perlu mengemukakan permohonan bagi kebenaran dari Pendaftar Francais Malaysia, KPDNKK berserta dokumen-dokumen dan maklumat berikut: Surat iringan niat yang merangkumi: Tarikh pemerbadanan syarikat dan tarikh perniagaan mula dijalankan Konsep francais dan latar belakang syarikat Pengalaman dalam bidang francais (bilangan outlet milik syarikat dan outlet francais) Cadangan francaisi induk / francaisi (sekiranya telah dikenalpasti)

Salinan disahkan sijil pemerbadanan syarikat dari agensi berkenaan dari Negara asal;

Salinan disahkan dokumen/sijil perdagangan cap dagangan; Brosur/laporan tahunan syarikat dan gambar outlet; dan

Sebarang maklumat atau dokumen tambahan yang diminta oleh Pendaftar bagi tujuan penilaian permohonan.

Pengesahan Dokumen Salinan dokumen yang dikemukakan kepada Pendaftar Francais, KPDNKK bagi tujuan permohonan pendaftaran francais dan kebenaran perlu disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah/Notari Awam/Peguan/Majistret/Hakim.

Fi

Fi yang dikenakan adalah seperti berikut:Kategori Fi

Pendaftaran rancaisor / RM50.00 fi pemprosesan francaisi induk / francaisi Rm1,000.00 fi pendaftaran (setelah diluluskan) kepada francaisor asing / broker francais

Pendaftaran francais

broker RM50.00 fi pemprosesan

Pendaftaran pakej baru RM50.00 fi pemprosesan oleh francais berdaftar

Kebenaran Seksyen 54 Pindaan

di

bawah RM50.00 fi pemprosesan

ke

atas RM50.00 fi pemprosesan

dokumen penzahiran

Pembayaran perlu dibuat dalam bentuk wang pos atau deraf bank kepada Pendaftar Francais, KPDNKK.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Aras 1, Blok Menara, No. 13, Persiaran Perdana, 62623 Putrajaya Tel: 603-8882 5585 Faks: 603-8882 5583 http://www.kpdnkk.gov.my www.franchisemdtcc.gov.my

Anda mungkin juga menyukai