Anda di halaman 1dari 52

Prosiding Tuntutan

Mutaah
LAW635 Prosedur Mal
1) FAIZNUR BINTI NORDIN 2023323725
2) SITI NURFAREHA BINTI AB AZIZ
2023783429
3) AMIRA NAJWAFITRI BINTI AMIR ARIF
2023992253
Definisi Mutaah
Ia adalah saguhati yang wajib diberikan dari suami kepada bekas isteri sebagai tanda
penghargaan kepada wanita tersebut untuk mereka memulakan hidup baru dan perceraian
tersebut bukan berpunca dari isteri. Ia wajib diberikan untuk menutup rasa malu yang
dialami isteri, menghindari fitnah dan sebagai asas untuk memulakan hidup bersendirian.
 
Ia telah dinyatakan dalam peruntukan seksyen 58 Enakmen undang-undang Keluarga Islam
(Selangor) 2003 dan hanya menyatakan hak isteri yang diceraikan terhadap mut’ah atau
pemberian saguhati daripada suaminya.
 
Seksyen 2 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 juga menyatakan bahawa
mut’ah adalah bayaran saguhati yang diberi dari segi Hukum Syara’ kepada isteri yang
diceraikan.
 
Definisi Mutaah
Seksyen 58 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 menyatakan bahawa
Selain daripada haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan
tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mut’ah atau pemberian saguhati
kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila
berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan
suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak. 

Secara umumnya dasar mutaah adalah keredhaan kedua-dua pihak tetapi jika tidak
mencapai persetujuan maka penentuan perlu dibuat oleh kadhi atau hakim.
 
Dalil Berkaitan Tuntutan Mutaah
Mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan suami, Allah swt telah menyatakan :
 
“Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu
dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan mereka. Dan jika mereka
(isteri-isteri yang sudah ditalak) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya
hingga mereka bersalin, kemudian jika mereka menyusu (anak-anak)mu untukmu maka
berikanlah kepada mereka upahnya dan musyawarahkanlah antara kamu (segala sesuatu)
dengan baik dan jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan
(anak itu)untuknya”.
( Surah at-Talak : 6 )

Demikian Allah memberi panduan mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan suami. Ini
bermakna tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak bukan sahaja
semasa hidup bersama tetapi juga selepas bercerai dengan isteri.
Dalil Berkaitan Tuntutan Mutaah
“Kepada wanita-wanita yang diceraikan (hendaklah diberikan oleh suaminya) Mutaah
menurut yang ma’aruf sebagai suatu kewajiban bagi orang-orang yang bertaqwa”.
(Surah Al-Baqarah : 241)
 

“Tidaklah kamu bersalah jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu
bercampur dengan mereka atau sebelum kamu menetapkan mas kahwin untuk
mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi Mutaah (pemberian saguhati)
kepada mereka iaitu suami yang senang menurut kemampuannya dan suami yang
miskin menurut kemampuannya sebagai pemberian saguhati menurut yang patut lagi
menjadi satu kewajiban atas orang-orang yang mahu berbuat kebajikan”.
(Surah Al-Baqarah : 236)
 
Dalil Berkaitan Tuntutan Mutaah

Firman Allah swt :

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan


yang beriman kemudian kamu ceraikan mereka sebelum menyentuhnya, maka tiadalah kamu
berhak terhadap mereka mengenai sebarang eddah yang kamu boleh hitungkan masanya.
Oleh itu, berilah Mutaah (pemberian saguhati) kepada mereka dan lepaskan mereka dengan
cara yang sebaik-baiknya”.
(Surah Al-Ahzab : 49)
Dalil Berkaitan Tuntutan Mutaah
Dalam Kitab “Mughni al-Muhtaj’, juzuk 3 muka surat 249
 
“maka apabila bertelingkah kedua pihak tentang kadar, Qadhi hendaklah menentukan
mengikut budi bicaranya dan mengambilkira apa yang sesuai dengan keadaan kedua-duanya
baik dari sudut kekayaan suami dan kesusahan dan keturunan perempuan dan sifatnya”
 
 
 Pengarang kitab I’anah at-Talibin, pada Juz 3, m/s 356 juga ada menyatakan bahawa
 
‘wajib ke atas suami membayar mut’ah kepada isteri yang sudah disentuh (dipersetubuhi)
walaupun ianya (isteri itu) seorang hamba, dengan sebab berlakunya penceraian yang bukan
kerana kematian salah seorang daripada kedua-dua mereka’.
 
01
Siapa Yang
Berhak Tuntut
Mutaah?
Setiap Isteri yang diceraikan berhak membuat tuntutan
mut’ah ke atas bekas suaminya kecuali:

01 02 03 04

Perempuan yang bertebus Perempuan yang Perempuan yang


Talaq (Khul); diceraikan oleh suaminya tercerai dengan sebab
di atas permintaannya keaiban yang ada pada
sendiri dirinya sendiri.
Terdapat beberapa syarat seorang isteri memohon mutaah
iaitu:

Wujud perkahwinan yang Berlaku perceraian hidup.


sah.

Berlaku perceraian bukan


berpunca dari isteri.

Berlaku persetubuhan. Perceraian bukan


disebabkan oleh suami
sangat miskin (papa)
Berapakah Jumlah
Mutaah yang boleh
dituntut daripada
bekas suami?
Hukum Syaraʹ menyatakan bahawa kadar Mut’ah
adalah tidak kurang dari tiga puluh dirham. Tiada
formula spesifik dalam pengiraan jumlah tetapi
merujuk kepada bentuk wang dalam jumlah yang
wajar

Di dalam kes Norbee lwn Ahmad Sanusi, Hakim


YA Haji Harussani bin Haji Zakaria telah
menyatakan bahawa penentuan kadar digariskan
oleh syarak dengan nilai kedudukan kaya miskinnya
suami dan sifat serta keadaan isteri. Sifat ialah
perwatakan dan keadaan pula ialah kedudukan
keluarga atau status keluarga dalam masyarakat.
Kaya dan miskin ialah nilai semasa dari segi
perolehan dan pemilikan.
Dalam kes Siti Asiah Bt Abdul Aziz lwn Abdul Ghafar B Hashim, Panel Rayuan Syariah telah
mengatakan Persekutuan iaitu Rokiah lwn Mohamed Idris (1989) 7 JH 111 bahawa dalam
mentaksir jumlah mutaah Mahkamah hendaklah menimbang apa yang adil dan munasabah
memandang kepada kedudukan kewangan dan social pihak-pihak itu dan bukan atas dasar
pembayaran harian untuk masa perkahwinan itu. Lembaga Rayuan telah menyatakan “beliau
berkata mutaah juga bertujuan menutup rasa malu yang dialami olehisteri, menghindarkan
nafkah dan sebagai asas untuk memulakan hidup bersendirian. Seorang isteri yang tercerai
akan merasa malu dan mungkin pula menerima prasangka buruk dari masyarakat
sekelilingnya. Untuk menghilangkan prasangka bahawa seseorang itu diceraikan bukanlah
kerana keaiban yang ada pada dirinya mak itulah mutaah diwajibkan ke atas isteri.

Terdapat kes dimana plaintif menggunakan formula kiraan RM untuk sehari/ sebulan dan
didarabkan dengan tempoh perkahwinan dan telah menjadi amalan yang biasa diguna pakai
dalam menilai jumlah tuntutan mutaah daripada pihak suami.
Mahkamah akan melihat kepada keadaan kedua‐dua belah pihak semasa perceraian berlaku,
dengan melihat kepada kesenangan dan kesusahan pihak suami (pendapatan bulanan dan
perbelanjaan) serta keturunan dan sifat‐sifat isteri (kedudukan dan status)
 
Dalam kes Norizam binti Mohd Lazim lwn Halim Azman bin Haji Sulaiman, Yang Arif
Kadi Besar telah merujuk kepada kltab l'anah al-Talibn,juzuk 3, halaman 357 yang
bermaksud:
"Sekiranya kedua-dua (suami isteri) tidak bersefahaman (bertelagah) tentang kadar
bayaran mutaah, Kadi hendaklah menyelesaikan mengikut budi bicaranya ..."
 
Oleh itu, Hakim bebas menentukan kadar mut'ah mengikut budi bicaranya tanpa satu
garis panduan yang khusus kerana tidak termaktub dalam Akta.
Beberapa faktor boleh diambil kira dalam menetukan kadar
mutaah yang sewajarnya:

Kemampuan suami. Taraf hidup pasangan


semasa perkahwinan.

Tempoh perkahwinan.

Sumbangan/Pengorbanan Taraf kedudukan dan sifat


isteri. isteri.
nikah pada suami
tahun 1982 dan mempunyai 4 lafazkan cerai
bercerai pada orang anak melalui telefon
tahun 2021

Fakta Ringkas

pernah failkan suami telah bersara


tuntut mutaah tuntutan mutaah semasa tuntutan
selepas setahun tetapi menarik balik mutaah difailkan &
perceraian. tuntutan pada 4 bulan tiada dokumen
selepas bercerai. pendapatan suami.
1. PERMOHONAN PERCERAIAN
 
Isu (a) : Suami telah melafazkan cerai melalui telefon.
 
Hukum penceraian melalui Whatsapp atau seumpanya adalah sah dan jatuh talaknya sekiranya ia memenuhi syarat-
syarat berikut:
 
i) Pengirim Whatsapp itu adalah dari suami;
ii) Penerima Whatsapp adalah isteri;
iii) Whatsapp itu dibaca oleh penerima;
iv) Suami memang berniat untuk menceraikan isteri;

Penceraian melalui SMS yang tidak memenuhi syarat-syarat dalam perkara di atas adalah tidak sah dan ianya
ditentukan oleh Mahkamah Syariah.
Penceraian melalui SMS adalah sama kaedahnya dengan penceraian melalui kata-kata yang tidak jelas (sindiran)
termasuk penulisan seperti surat, faksmili, telefon dan e-mail. Kesemuanya termasuk dalam talak kinayah.
Penceraian melalui SMS adalah perbuatan yang tidak sopan dan tidak beradab. Ianya seolah-olah merendahkan
martabat wanita itu sendiri.
Dalam kes ini, Ia adalah jatuh atas lafaz kinayah yang bermaksud semua lafaz
yang boleh ditafsirkan sebagai talak atau selain talak. Talak tersebut tidak jatuh
melainkan jika suami berniat menjatuhkan talak. Sebahagian ulama Islam telah
meletakkan cerai melalui aplikasi Whatsapp dengan niat lafaz cerai dan si suami
itu mengaku di hadapan hakim, baharulah dikira cerai yang sah.
Maka, cerai yang dilafazkan melalui telefon ini adalah sah selepas si suami
mengaku perceraian tersebut di hadapan hakim.
Isu (b) : Tuntut Mutaah selepas 1 tahun bercerai. Adakah isteri layak menuntut
Mutaah?

Berdasarkan kepada syarat-syarat yang ditetapkan, Si isteri layak mendapat


Mutaah kerana mengikut hukum syara’ ekoran perceraian dengan bekas
suaminya, kerana Mut’ah adalah pemberian yang tertanggung ke atas seorang
suami yang menceraikan isterinya. Tanggungan Mut’ah tidak gugur dalam
apapun jua perceraian yang berlaku kecuali jika perceraian berlaku disebabkan
keaiban di pihak isteri terhadap suaminya atau perceraian kerana mati.
PROSEDUR PEMFAILAN TUNTUTAN
 
Sebelum meneruskan tuntutan mutaah, seseorang pihak perlu membuat tuntutan
perceraian menurut ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI
SELANGOR) 2003.

a) Langkah Pertama :-
 
1) Sebelum tuntutan difailkan, pihak boleh membuat tuntutan secara persendirian
ataupun melantik peguam untuk mewakilinya.
2) Bagi pihak yang telah melantik peguam syarie, peguam perlu memfailkan satu wakalah
dalam Borang MS 5 (Seksyen 34) dan kemudiannya melafazkan wakalah di hadapan
Hakim.
 
3) Bagi mereka yang berpendapatan rendah, Hakim akan menasihatkan untuk
mendapatkan pandangan dan nasihat khidmat dan perundangan Jabatan Biro
Guaman.

4) Sekiranya perundingan gagal dicapai, permohonan ke Mahkamah Syariah akan


dilakukan.
SEBELUM PEMFAILAN TUNTUTAN MUTAAH DILAKUKAN :-

b) Langkah Kedua :-

Pengesahan perceraian tersebut perlu dilakukan dan Surat Perakuan Cerai perlu
dilampirkan bersama dalam permohonan tuntutan Mutaah.

Pemfailan tuntutan Mutaah dimulakan dengan Saman (Borang MS 2)(Seksyen 8) dan


Pernyataan Tuntutan (Seksyen 63) (yang perlu diisi dan difailkan sebelum diserahkan
kepada bekas suami/Defendan bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang wajib
dilampirkan untuk pemfailan dengan penggunaan kod kes 016.
Butir-butir yang perlu masuk dalam tuntutan

1) butir-butiran Plaintif dan Defendan


2) Alamat Defendan
3) Butiran pekerjaan
4) Tarikh Nikah
5) Tarikh Cerai
6) Butiran Anak hasil daripada perkahwinan
7) Amaun mutaah yang dituntut/atau dalam bentuk selain wang
8) Alasan permohonan mutaah
Apa perkara penting yang perlu dimasukkan dan diambil dalam
Pernyataan Tuntutan?

1) PENSABITAN MUTAAH
 
- Isteri perlu menjelaskan bahawa beliau diceraikan tanpa sebab yang
patut/wajar.

- Perceraian itu berlaku hendaklah bukan disebabkan oleh kecacatan


isteri (Alasan yang selalu dinyatakan adalah seperti suami mempunyai
hubungan sulit dengan wanita lain yang bukan mahram, suami gagal
memberikan naf kahsehingga isteri menanggung kesulitan, suami
mengabaikan rumah tangga dan lain-lain lagi)
2) KADAR PENENTUAN MUTAAH
 
- Butiran berkaitan sifat dan keturunan isteri iaitu latar belakang isteri seperti tahap
pendidikan"pencapaian" tahap dan taraf kehidupan - semakin tinggi tahap pendidikan
dan pencapaian maka semakin tinggi kadar mutaah yang akan diberikan.
 
- keturunan pula merujuk status keluarga isteri samada beliau berasal daripada keluarga
bangsawan, sederhana atau marhain, semakin tinggi status keluarganya maka
semakin tinggi kadar mutaah yang akan diperolehi
 
- Memasukkan butir-butir kemampuan suami membayar jumlah Mutaah yang dituntut
(apa-apa saja dokumen termasuk harta alih dan harta tidak alih)
c) Langkah Ketiga :-

i) Setelah memfailkan pernyataan tuntutan bersama-sama dengan dokumen


yang diperlukan yang dilampirkan sebagai ekshibit, Pernyataan Tuntutan
yang telah dimeterai perlu diserahkan kepada Defendan kepada alamat
yang dinyatakan.
ii) Sekiranya Defendan enggan untuk menerima serahan, boleh ditinggalkan
dengan orang tersebut ataupun orang yang dikenali ataupun diserahkan
kepada peguam lantikkannya yang telah memfailkan wakalah di
Mahkamah.
iii) Afidavit Penyampaian dan perakuan ekshibit perlu difailkan menurut
format tertakluk kepada Borang MS26.
 
iv) Sekiranya bekas suami/Defendan bersetuju dengan tuntutan tersebut boleh
teruskan dengan penghakiman persetujuan (Seksyen 131) dan sekiranya tidak
setuju, perlulah memfailkan pembelaan (Seksyen 64).

v) Sebelum memasukki perbicaraan, Mahkamah akan memberi peluang kepada pihak-


pihak mengadakan sulh melalui peguam masing-masing. Sekiranya Sulh tidak
berjaya, perbicaraan akan diadakan.
d) Langkah Keempat :-

i) Sekiranya tuntutan memasukki perbicaraan, kadar Mutaah akan ditentukan oleh


Hakim Mahkamah, dan ia tidak boleh dipertikaikan lagi.
ii) Sekiranya, Penghakiman telah diberikan dan bekas suami masih tidak dan ingkar
untuk membayar, perlulah membuat aduan kepada Mahkamah.
iii) Apabila disabitkan dengan kesalahan tersebut, Mahkamah boleh mengeluarkan
perintah supaya pihak defendan mematuhi keputusan yang telah dipersetujui
atau keputusan yang ditetapkan oleh Mahkamah.
KUASA MAHKAMAH DALAM MENGELUARKAN PERINTAH

i) supaya tahanan pendapatan tenaga ke atas pihak defendan oleh pihak majikan pekerja
atau bekerja sendiri seperti bemiaga dan sebagainya.
ii) supaya diambil harta pihak defendan senilai dengan kadar bayaran mut'ah yang telah
dipersetujui atau yang telah ditetapkan oleh Hakim.
iii) membuat perintah bagi pembayaran mut'ah secara ansuran dalam sesuatu bulan
tertentu. Ansuran itu mestilah di bayar pada hari pertama dalam bulan yang berikutnya
dan pada hari pertama dalam setiap bulan yang berturutan melaksanakan cagaran
terhadap harta yang dimillki oleh defendan.
iv) mengeluarkan perintah bahawa defendan telah membuat kecuaian dengan sengaja
untuk tidak mematuhi perintah mengikut seksyen 132.
v) Mahkamah boleh, jika perintah sedemikian menghendaki pembayaran apa-apa
amaun, menyarankan amaun yang kena bayar itu diberi mengikut cara yang
diperuntukkan oleh undang­ undang melalui denda yang dikenakan oleh mahkamah
atau boleh menjatuhkan hukuman pemenjaraan jika perintah pembayaran tiap-tiap
bulan masih belum dibayar atau dalam mana-mana hal yang lain.

Sekiranya Defendan tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah, boleh membuat
rayuan dalam tempoh 14 hari selepas perintah/penghakiman diberikan dengan alasan
yang munasabah.
Isu (c) : Isteri pernah memfailkan dan menarik balik tuntutan

Seksyen 95. Penarikan balik tuntutan


(1) Plaintif boleh, dengan kebenaran Mahkamah, pada bila-bila
masa sebelum penghakiman, menarik balik mana-mana
prosiding keseluruhannya atau sebahagiannya dengan
memberikan notis dalam Borang MS 19 kepada Mahkamah
dan menyampaikan satu salinan notis itu kepada defendan.
(2) Jika plaintif menarik balik mana-mana prosiding di bawah
subseksyen (1), defendan berhak mendapat kos prosiding itu.
 
Seksyen 96. Kesan penarikan balik ke atas prosiding selanjutnya
Jika plaintif telah menarik balik prosiding di bawah seksyen 95, dia tidak boleh
kemudiannya membawa tindakan bagi kausa tindakan yang sama, atau bagi kausa
tindakan yang pada matannya adalah sama melainkan jika Mahkamah telah
memberikan kebenaran untuk memulakan prosiding yang baru.
 
 
Dalam tindakan ini, Isteri telah memfailkan tuntutan Mutaah tetapi menarik balik
tuntutan pada 4 bulan selepas bercerai. Maka, dalam pendapat kami, sekiranya
kertas kausa telahpun diserahkan kepada Defendan, maka Defendan berhak untuk
mendapat kos seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 95.
 
Oleh kerana pemfailan pernah dilakukan sebelum ini, pemfailan kedua isteri atas
kausa tindakan yang sama boleh difailkan dengan kebenaran Mahkamah.
 
DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PEMFAILAN
 
1) Sekiranya seseorang isteri ingin memohon untuk mut’ah, dokumen-dokumen yang
berikut perlu dikemukakan:-
 
(a) butir-butir perkahwinan
• Surat perakuan cerai.
 
(b) butir-butir pihak kena tuntut
• Nama/alamat dan pekerjaan suami
• Nama dan alamat majikan suami.
 
(c) laporan-laporan berkaitan
• Penyata gaji/pendapatan suami
• Dokumen lain yang berkaitan
 
2) Tambahan pula, sekiranya seseorang isteri ingin mendapatkan khidmat Jabatan
Bantuan Guaman maka dokumen-dokumen yang dinyatakan di atas perlu
dikemukakan
1. Sekiranya isteri mempunyai kerjaya
 
Seseorang isteri hendaklah membuktikan bahawa bekas suami adalah seorang yang
berkemampuan untuk membayar jumlah yang dituntut tersebut, dengan
mengemukakan slip gaji bekas suami, geran tanah, atau apa-apa dokumen atau bukti
yang menunjukkan harta-harta beliau. Sekiranya seseorang isteri dan bekas suami boleh
mencapai persetujuan bersama untuk suatu amaun mut’ah, maka tidak perlu untuk kes
mut’ah tersebut difailkan di mahkamah. Jika sebaliknya berlaku dimana terdapat
pertelingkahan tentang mut’ah, kes tersebut perlu dibawa ke mahkamah bagi hakim
untuk menentukannya. Mempunyai pendapatan dan kerjaya sendiri tidak menghalang
seseorang isteri untuk menuntut mut’ah kerana ianya adalah hak seorang perempuan
apabila diceraikan.
 
Dalam kes *Tengku Anum Zaharah lwn Dato Dr. Hussein (1980, Jld.3 J.H.) Peguam bagi
pihak menuntut (isteri) telah merujuk kepada kes Hasan bin Ali bin Abi Talib yang mana
semasa beliau menjadi khalifah telah menceraikan isterinya dan memberi 10,000 dinar
sebagai Mutaah. Peguam iu berhujah pihak yang kena tuntut (suami) seorang yang
berkemampuan. Yang Arif Kadi Besar selangor (pada masa itu) telah merujuk surah Al-
Ahzab ayat 49 dan memutuskan pihak yang menuntut (isteri) berjaya menuntut Mutaah
sebanyak RM25,200 sebagaimana yang dituntutnya. Apa yang nyata berdasarkan kes ini,
walaupun seseorang wanita itu mempunyai pendapatan yang baik, ia tetap menuntut
haknya kerana perceraian itu atas kehendak suami.
Kes-kes yang
melibatkan mutaah
1) Rahaniah v. Hj Ujang (1983) 4 JH 270
 
 Isteri menuntut mut’ah sebanyak RM10,000.00 namun suami menawarkan
RM1,000.00. Ketua Kadi merujuk kepada Mughni Muhtaj, di mana apabila
terdapat pertikaian terhadap amaun mut’ah, kadi tersebut akan menentukan
atas budi bicaranya dan mengambil kira apa yang adil mengikut kemampuan
pihak-pihak, iaitu kemampuan kewangan suami dan sifat-sifat isteri.
 Mahkamah merujuk kepada Surah Al-Baqarah:231 dan memutuskan bahawa
suami membayar RM2,000.00.
 
2) Tg. Anum Zahrah v Dato Dr Hussein (1980) 3JH 125

• Isteri yang telah diceraikan menuntut mut’ah. Ia telah didapati bahawa suami yang memulakan
penceraian tersebut dan tiada bukti untuk menunjukkan bahawa isteri telah nusyuz.

• Rujukan dibuat kepada Surah Al Ahzab: 49. Mahkamah telah memutuskan bahawa suami
membayar RM25,200.00 sebagai mut’ah.

3) Maimunah v Abdullah v (1987) 7 JH 88

• Isteri memohon untuk penceraian. Hakim Mahkamah Syariah telah mendapati bahawa penceraian
tersebut disebabkan oleh isteri kerana tidak bekerjasama dan telah meninggalkan rumah. Permohonan mut’ah
isteri ditolak.
• Hakim Mahkamah Syariah bergantung kepada pendapat Imam Shafii bahawa walaupun isteri berhak
untuk mut’ah sekiranya isteri telah diceraikan oleh suami selepas melakukan persetubuhan dalam
perkahwinan tersebut, bayaran tersebut tidak wajib dibayar sekiranya penceraian tersebut disebabkan oleh
isteri, oleh sebab tujuan mut’ah adalah untuk meringankan beban isteri dan membantunya selepas penceraian
tersebut sekiranya beliau tidak bersetuju terhadap penceraian tersebut dan tidak berniat untuk menanggung
beban penceraitan tersebut.
• Permohonan mut’ah beliau sebanyak RM1,750.00 ditolak
 
4) Adnan Hawa bt Mohamad v Sapiee bin Muda [2014] 2 ShLR 45
 
 Plaintif memohon RM100,000.00 sebagai mut’ah daripada Defendan
 Defendan adalah seorang cikgu dengan gaji sebanyak RM3,066.22 sebulan dan mempunyai pendapatan
daripada ladang kelapa sawit dan pokok getah dalam anggaran sebanyak RM800.00 dan RM700.00. Pendapatan
sebulan Defendan adalah RM5,693.61 manakala liabiliti-liabiliti yang ditanggung oleh Defendan adalah
RM4,328.39 di mana bakinya adalah RM1,365.22 sebulan.
 Diputuskan: Amaun yang dituntut adalah amaun yang tidak munasabah berbanding dengan kemampuan
kewangan dan kekurangan wang oleh suami. Defendan bukannya seorang yang mempunyai kemampuan
kewangan yang kukuh oleh sebab beliau mempunyai liabiliti hutang.
 Defendan diperintahkan untuk membayar RM10,000.00 sebagai mut’ah kepada Plaintif
 
5) Ahmad Shah bin Ahmad Tabrani v Norhayati bt Yusoff [2004] 18 JH 33

• Plaintif menuntut sebanyak RM250,000.00 sebagai mut’ah daripada Defendan


• Defendan merupakan jurutera perunding dengan gaji minimum sebanyak RM16,000.00
• Defendan diperintahkan oleh Mahkamah untuk membayar sebanyak RM50,000.00 sebagai mut’ah
kepada Plaintif secara ansuran sebanyak RM1,000.00 sebulan
6) Norhayati bt Mamat v A Rahman bin Ismail [2012] ShLR 109

• Pihak-pihak telah berkahwin pada 30.3.1999 dan bercerai talak satu pada 3.6.2004. Pihak-
pihak tidak mempunyai cahaya mata daripada perkahwinan tersebut. Plaintif seorang suri
rumah dan Defendan seorang usahawan yang berjaya. Plaintif menuntut daripada Defendan
untuk mut’ah sebanyak RM100,000.00.

• Mahkamah memutuskan bahawa amaun mut’ah mestilah setimpal dengan kemampuan


Defendan, kedudukan dan keadaan social isteri tersebut, dan sama ada Plaintif daripada
keturunan terhina [is there a better translation for “disreputable lineage”?] atau sama ada beliau
ada apa-apa kecacatan.

• Defendan diperintahkan untuk membayar amaun sebanyak RM21,000.00 sebagai


mut’ah.
7) Almah v Mazlin [2017] ShLR 14

• Pihak-pihak telah berkahwin pada 14.1.1988 dan telah bercerai pada 27.3.2008.

• Plaintif menuntut mut’ah terhadap Defendan sebanyak RM500,000.00.

• Mahkamah telah menetapkan amaun sebanyak RM35,600.00 (dua kali ganda gaji
Defendan semasa penceraian tersebut) – gaji bulanan Defendan adalah sebanyak
RM17,809.23.

• Semasa penetapan amaun mut’ah tersebut, Mahkamah telah mempertimbangkan


bahawa tempoh perkahwinan tersebut hampir 20 tahun, Plaintif telah melalui kesusahan
dengan Defendan semasa tempoh perkahwinan tersebut, Plaintif mempunyai gaji sendiri dan
telah membantu dalam pengurusan keluarga.
8) Shahnaz bt Majid v Dato’ Sri Mahmud Abu Bekir Taib [2018] ShLR 15

• Pihak-pihak telah berkahwin pada 9 Januari 1992 dan telah bercerai pada 11 Mei 2011
melalui talak rajie.

• Plaintif menuntut mut’ah terhadap Defendan untuk jumlah sebanyak RM100 juta.

• Mahkamah Tinggi Syariah (Kuala Lumpur) menetapkan mut’ah untuk jumlah sebanyak
RM30 juta..

• Mahkamah telah bergantung pada mazhab Syafie di mana Mahkamah telah


menjelaskan bahawa tuntutan mut’ah adalah wajib bagi suami apabila penceraian tersebut
telah berlaku tanpa mengira jenis penceraian tersebut (kecuali penceraian tersebut berlaku
sebelum persetubuhan).
Mahkamah berpendapat bahawa saksi pakar (“expert witness”) dalam kes tersebut adalah
kompeten dan pernyataan-pernyataan oleh pakar tersebut boleh diterima dan relevan oleh
sebab saksi tersebut adalah pakar dalam bidang tersebut dan mempunyai pengalaman
dalam mengendalikan penilaian yang dibuat (I will check which expert witness was involved
later) Mahkamah telah berpuas hati bahawa fakta-fakta yang diberikan oleh saksi pakar
adalah konsisten dengan penilaian yang tulen atau sahih. Defendan gagal membuktikan atau
mencabar alegasi Plaintif berdasarkan pernyataan-pernyataan yang telah diberikan untuk
menafikan laporan yang telah dibuat oleh saksi pakar.

• Bagi kuantum mut’ah, walaupun tiada penilaian dan mekanisme yang khusus,
Mahkamah telah mempertimbangkan faktor keupayaan suami tersebut, kedudukan suami
dan isteri dan faktor-faktor lain yang relevan, seperti kesedihan isteri, rasa malu yang dialami
oleh isteri dan sebagainya.

• Lembaga Rayuan: Mengekalkan (“upheld”) keputusan Mahkamah Tinggi Syariah


9) Nordhiah Jury v Ahmad Zulkiflee [2018] 1 ShLR 32

• Plaintif dan Defendan telah berkahwin pada 1986 dan bercerai pada 2003. Plaintif telah
memfailkan tuntutan mut’ah terhadap Defendan untuk amaun sebanyak RM500,000.00. Isu-isu yang
berbangkit adalah sama ada Plaintif berhak terhadap mut’ah daripada Defendan, dan sekiranya ya,
berapakah amaun mut’ah tersebut yang Plaintif berhak menerima daripada Defendan?
• Mahkamah Tinggi Syariah (Shah Alam) menetapkan mut’ah sebanyak RM185,500.00
• Diputuskan: Peruntukan-peruntukan undang-undang tidak memperuntukkan panduan yang jelas
untuk Mahkamah menentukan amaun mut’ah yang betul dan sesuai. Berdasarkan pandangan mazhab
Syafie, amaun mut’ah bergantung pada tiga factor, iaitu kemampuan suami semasa penceraian
tersebut untuk membayar mut’ah tersebut; status isteri; dan keturunan isteri. Preseden kehakiman
(“judicial precedents”) menunjukkan bahawa ketiga-tiga factor tersebut telah dirujuk
• Gaji Defendan semasa penceraian tersebut pada 2003 adalah RM37,100. Sebagai doctor-doktor
klinikal, Plaintif dan Defendan sudah tentu dikenali oleh masyarakat dan penceraian tersebut mesti
telah memberikan kesan buruk terhadap reputasi Plaintif dan kesan tersebut tidak sama seperti status
isteri-isteri yang lain. Plaintif juga telah membuat sumbangan secara tidak langsung terhadap
kemajuan klinik dan perkara ini telah memberikan rangsangan kepada gaji Defendan sebagai suami.
Oleh itu, isteri berhak menerima lima kali ganda gaji Defendan tersebut
10) Kes Zakiah Idris V. Hasan Mohamad [2012] 1 CLJ (SYA) 298:-

a) Fakta Kes:-

Plaintif, seorang guru, telah berkahwin dengan defendan, seorang askar pencen, pada 11 April 1987.
Pada awalnya, kedua-dua pihak telah bercerai pada November 1999 dan kemudian merujuk semula
pada 8 Disember 1999. Selepas 22 tahun menempuh alam perkahwinan bersama dan dikurniakan tiga
orang anak, mereka akhirnya telah bercerai kali kedua pada 27 April 2009. Plaintif di dalam kes ini
telah menuntut pembayaran muta'ah sebanyak RM150,000 daripada defendan, jumlah mana, menurut
plaintif, adalah berdasarkan kemampuan defendan, tekanan perasaan yang dialami plaintif sehingga
menyebabkan plaintif menghidap sejenis penyakit kulit (psoriasis) serta tempoh perkahwinan yang
lama antara kedua-dua pihak. Defendan yang hanya hadir sekali pada kali pertama perbicaraan dan
tidak hadir pada perbicaraan seterusnya, tidak menafikan hak muta'ah itu dan telah menawarkan
RM2,500 sebagai tanda penghargaan atas sumbangan plaintif. Antara isu-isu yang berbangkit: (i) sama
ada defendan wajib membayar muta'ah, (ii) jika begitu, berapakah jumlah muta'ah munasabah yang
perlu dibayar; dan (iii) sama ada mahkamah boleh meneruskan perbicaraan dan membuat keputusan
tanpa kehadiran dan keterangan defendan.
b) Diputuskan (membenarkan tuntutan; mengurangkan jumlah kepada RM15,000):-

(1) Berdasarkan peruntukan s. 121(1) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri
Sembilan) 2003, mahkamah ini mempunyai kuasa untuk meneruskan perbicaraan dan
memutuskan kes ini dengan berpandukan keterangan dan dokumentar yang dikemukakan oleh
pihak-pihak.

(2) Dengan merujuk kepada s. 58 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan)
2003 serta ayat 49 surah al-Ahzab, plaintif berhak mendapat muta'ah dan defendan wajib
membayar muta'ah tersebut. (Piah Said lwn. Che Lah Awang, Rokiah Abdul Jalil lwn. Mohamed
Idris Syamsuddin & Norsiah Arshad lwn. Marsum Paing ).

(3) Walaupun tidak terdapat nas atau dalil yang menunjukkan bayaran muta'ah hendaklah
berpandukan tempoh sesebuah perkahwinan, ianya boleh dijadikan ukuran untuk
mempertimbangkan kadar jumlah bayaran muta'ah.
c) Rujukan dibuat kepada perenggan-perenggan yang berikut:-

[34] Mengenai kemampuan defendan, plaintif melalui penyata tuntutan telah menyatakan
bahawa defendan mempunyai pendapatan melebihi RM8,000 sebulan. Defendan dalam
pembelaannya telah menolak dakwaan itu dengan menyatakan bahawa gaji pokok beliau
hanyalah RM2,829.60. Setelah ditolak KWSP sebanyak RM311 berbaki RM2,518.60. Defendan
juga mendapat wang pencen sebanyak RM716.52 dan jumlah pendapatan sebenar ialah
RM3,235.12. Daripada jumlah tersebut defendan telah diperintahkan oleh Mahkamah Rendah
Syariah Seremban untuk memberi nafkah kepada anak-anak defendan sebanyak RM1,200
sebulan. Defendan juga menyatakan bahawa beliau harus membayar ansuran kenderaan anak
pertama yang berjumlah RM350 setiap bulan di samping yuran kelas. Jumlah gaji bersih yang
diterima defendan setiap bulan ialah dalam lingkungan RM1,700 dan belum lagi ditolak
sekiranya terdapat lain-lain keperluan anak-anak defendan. Jika dinilai pendapatan ini,
defendan bukanlah seorang yang berkemampuan untuk memenuhi jumlah tuntutan muta'ah
plaintif.
[39] Dilihat pula dari sudut sumbangan dan pengorbanan plaintif terhadap rumahtangga
selama 22 tahun, adalah tidak dinafikan plaintif banyak mencurahkan pengorbanan kepada
keluarga terutamanya kepada anak-anak. Plaintif dalam kenyataannya menyatakan bahawa
plaintif telah banyak berkorban demi membantu defendan menyara keluarga semasa dalam
tempoh perkahwinan seperti membuat kerja sambilan. Plaintif juga telah mengemukakan
seramai tiga orang saksi semasa dalam proses perbicaraan dan kesemua saksi tersebut
telah memberi keterangan bahawa plaintif seorang ibu dan isteri yang bertanggungjawab
dan banyak berkorban untuk keluarga. Plaintif dalam kenyataan juga menyatakan bahawa
beliau mengalami tekanan perasaan semasa dalam tempoh perkahwinan kerana sikap
defendan yang tidak jujur, tidak setia sehingga defendan berpoligami tanpa pengetahuan
plaintif. Akibat tekanan itu juga, plaintif menghidap sejenis penyakit kulit (psoriasis)
sepertimana dalam kenyataan plaintif. Sumbangan dan pengorbanan plaintif telah dibukti
dengan sempurna.
[40] Jadi berdasarkan alasan-alasan tersebut, saya berpendapat tuntutan muta'ah ini wajib
dibayar oleh defendan kepada plaintif. Mengenai jumlahnya pula saya berpendapat RM150,000
adalah suatu jumlah yang kurang munasabah jika dibandingkan dengan kemampuan defendan.

[43] Selepas mempertimbangkan permohonan plaintif dan setelah meneliti keterangan dan hujah
yang dikemukakan, maka mahkamah dengan ini memutuskan bahawa:
1. Adalah diperintahkan bahawa defendan, Hasan bin Mohamad, KP No. 640727-05-5623
difardhukan supaya membayar muta'ah kepada plaintif, Zakiah binti Idris, KP No. 611102-05-5452
sebanyak RM15,000 (Ringgit Malaysia).
2. Bayaran tersebut hendaklah dijelaskan oleh defendan dalam tempoh satu tahun dari hari ini.
3. Bayaran kos ganti rugi peguam, SP1 dan plaintif atas ketidakhadiran defendan pada 20 Mei
2010 sebanyak RM100 seorang dan berjumlah RM300 ditanggung defendan.
4. Kos tindakan dan peguam sebanyak RM5,587 ditanggung defendan.
Sekian,
terima kasih

Anda mungkin juga menyukai