Anda di halaman 1dari 10

Apakah bentuk nafkah yang perlu disediakan oleh suami kepada isteri yang

diceraikan?

Pemberian nafkah kepada isteri yang diceraikan tertakhluk kepada


keadaan isteri yang diceraikan sama ada talak rajie atau bain atau perceraian
sebelum persetubuhan.

i) Sekiranya seseorang isteri diceraikan oleh suaminya dengan talaq rajie maka
menjadi tanggungjawab ke atas suami menyediakan nafkah berikut kepada
isterinya selama ia di dalam iddah:

Menyediakan makanan yang sepatutnya.


Menyediakan pakaian yang sepatutnya.
Menyediakan tempat tinggal untuk isteri yang diceraikan itu.
Menyediakan apa-apa yang patut kepada seorang isteri seperti belanja
perubatan dan sebagainya.

ii) Sekiranya ia diceraikan oleh suaminya dengan talaq bain, maka isteri tersebut
hanya layak mendapat kemudahan tempat tinggal daripada suaminya selama ia di
dalam iddah. Tetapi sekiranya ketika diceraikan ia sedang hamil maka dia juga
layak mendapat keempat-empat kemudahan seperti perempuan yang diceraikan
dengan talaq rajie.

iii) Sekiranya isteri yang diceraikan belum lagi disetubuhi maka dia tidak layak
mendapat apa-apa nafkah daripada suaminya.

Pemberian nafkah akan gugur dengan sendirinya apabila suami meninggal


dunia ketika isterinya di dalam iddah.

Perempuan yang nusyuz tidak berhak mendapat nafkah daripada


suaminya semasa di dalam iddah.
Apakah hikmat disyariatkan iddah?

Iddah ialah suatu tempoh masa yang perlu dinanti oleh seseorang
perempuan yang diceraikan oleh suaminya bagi mengetahui bersih rahimnya
daripada mengandung untuk mengharuskan dirinya berkahwin dengan lelaki lain.
Ia tidak boleh berkahwin dengan lelaki lain sehinggalah tamat tempoh iddah
tersebut.

Iddah hukumnya wajib. Jika seseorang perempuan yang masih di dalam


iddah, berkahwin dengan lelaki yang lain, maka perkahwinan itu hukumnya tidak
sah pada syarak dan wajib difasakhkan serta merta. Antara hikmat disyariatkan
iddah ialah:

 Untuk mempastikan kesucian rahim perempuan.


 Perkara ta'abbud (ibadat).
 Memberi peluang kepada suami supaya berfikir semula dan kembali
merujuk isterinya semasa d dalam iddah. Hal ini tertakhluk kepada kes
talaq rajie sahaja.

Apakah yang dimaksudkan dengan nusyuz?

Nusyuz ertinya isteri enggan mentaati perintah atau permintaan suami


yang sah di sisi syarak iaitu antara lain:

apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya;


apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan
suaminya;
apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau
tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak.
Setakat manakah bidangkuasa Mahkamah melayani tuntutan perceraian?

Mahkamah mempunyai bidang kuasa melayani tuntutan perceraian jika:

Perkahwinan didaftarkan menurut undang-undang;


Perkahwinan adalah sah mengikut Hukum Syarak; dan
Permohonan hendaklah dikemukakan di tempat tinggal salah satu pihak
kepada perkahwinan.

Bagaimana untuk menentukan jenis talak untuk sesuatu penceraian jika


isteri ingin memohon penceraian?

Dalam perkara ini, walaupun suami tidak bersetuju untuk bercerai secara
baik, isteri tetap mempunyai hak untuk memfailkan tuntutan perceraian di
Mahkamah Syariah berdasarkan peruntukan hukum Syarak dan undang-undang
yang berkuatkuasa ke atas pengadu.

Berdasarkan Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam di setiap


Negeri, pembubaran perkahwinan boleh berlaku melalui pelbagai cara iaitu secara
talaq, ta’liq, khulu’, fasakh dan li’an. Huraian secara ringkasnya berhubung
dengan jenis-jenis perceraian tersebut adalah seperti berikut :

(a) Perceraian Secara Talaq

Perceraian secara talaq berlaku apabila kedua-dua pihak suami dan isteri
bersetuju untuk bercerai secara baik, atau suami membuat keputusan untuk
menceraikan isteri dengan lafaz talaq. Perceraian jenis ini perlulah dibuat
permohonan terlebih dahulu di Mahkamah dan didaftarkan untuk direkodkan.
Perceraian secara talaq ini di peruntukkan dalam Akta /Enakmen Undang-undang
Keluarga Islam Negeri-negeri;

(b) Perceraian Secara Ta'liq

Ta'liq didefinisikan mengikut Undang-undang Keluarga Islam sebagai


lafaz perjanjian yang dibuat oleh suami selepas 'aqad nikah. Pengamalan
perundangan Keluarga Islam di Malaysia mengklasifikasikan perceraian secara
ta'liq berlaku apabila suami melanggar ta'liq yang dibuat olehnya semasa upacara
'aqad nikah. Amalan ta'liq ini walaupun tidak wajib mengikut hukum Syara', tetapi
ia boleh diterima pakai berdasarkan kepada persetujuan kedua-dua pihak. Hal ini
dihujahkan oleh Hakim Tan Sri Mohamed Azmi dalam kes Fakhariah bte Lokman
lawan Johari bin Zakaria. Lafaz ta'liq yang dibuat oleh suami semasa upacara
'aqad nikah ini berbeza mengikut negeri. Peruntukan perceraian secara ta'liq ini
turut dinyatakan di dalam Akta /Enakmen Undang-undang Keluarga Islam
Negeri-negeri;

(c) Perceraian Secara Khulu'

Perceraian secara khulu' merupakan salah satu alternatif perceraian yang


turut diperuntukkan di dalam Undang-undang Keluarga Islam yang diamalkan di
Malaysia. Perceraian secara khulu' boleh berlaku dengan penawaran oleh pihak
isteri untuk bercerai dengan suaminya dengan menawarkan sejumlah wang atau
harta sebagai pampasan. Perceraian berlaku dengan lafaz talaq oleh suami apabila
dia bersetuju dengan pampasan tersebut. Perceraian jenis ini juga termasuk dalam
kategori talaq ba’in sughra, oleh itu ia tidak boleh dirujuk;

(d) Perceraian Secara Fasakh

Fasakh merupakan pembubaran perkahwinan melalui kuasa yang


diberikan kepada Hakim (judicial decree). Walaupun hak untuk memohon fasakh
terpakai kepada kedua-dua suami dan isteri, namun secara amalannya hak fasakh
diberikan kepada isteri memandangkan suami mempunyai hak untuk melafazkan
talaq. Perceraian secara fasakh boleh berlaku apabila hakim memutuskan untuk
memfasakhkan perkahwinan tersebut dengan alasan yang boleh memudaratkan
pihak-pihak dalam perkahwinan tersebut dan ia tidak dapat diselamatkan lagi.
Peruntukan mengenai fasakh ini turut dinyatakan di dalam undang-undang
Keluarga Islam negeri-negeri; dan
(e) Perceraian Secara Li'an

Perceraian secara li'an berlaku apabila suami menafikan anak yang


dilahirkan oleh isterinya atau anak di dalam kandungan isterinya sebagai anaknya,
atau menuduh isterinya berzina dengan lelaki lain tetapi tidak dapat membuktikan
melalui penyaksian empat orang saksi. Maka apabila pihak-pihak tersebut (suami
dan isteri) telah mengangkat sumpah dengan cara li'an, mengikut hukum Syara' di
hadapan Hakim Syar'ie, maka mereka akan difaraqkan. Kesannya kedua-dua
pihak tidak boleh rujuk kembali atau berkahwin semula. Peruntukan mengenai
li'an turut diperuntukkan dalam Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri.

Sebelum pihak isteri berhasrat untuk memfailkan permohonan perceraian,


adalah menjadi suatu keutamaan bagi pihak isteri untuk meneliti terlebih dahulu
alasan-alasan yang sesuai, tepat dan munasabah bagi mewajarkan sesuatu
permohonan itu dibuat. Ini adalah bagi memastikan permohonan tersebut tepat
dan selaras dengan kehendak hukum syarak dan undang-undang, Peraturan serta
Arahan Amalan yang berkuat kuasa. Sekiranya fakta atau alasan-alasan yang
dikemukakan itu tidak menepati maksud perceraian yang dipohon sama ada secara
ta’liq, fasakh dan sebagainya, kemungkinan besar kes tersebut akan ditolak oleh
mahkamah.

Untuk mendapatkan kepastian yang lebih lanjut, pihak isteri adalah


dinasihatkan agar mendapatkan khidmat pandangan daripada pihak-pihak yang
berautoriti di Bahagian Undang-Undang Keluarga di Jabatan Agama Islam Negeri
atau mahkamah syariah yang berdekatan.

Bagaimanakah cara/prosedur sekiranya ingin bercerai?

Cerai adalah perkara harus yang paling di benci oleh Allah, oleh itu
jadikan cerai sebagai langkah terakhir menyelesaikan masalah.

Saya nasihatkan agar Puan solat istikharah mohon pertunjuk Allah untuk
tabahkan hati untuk memohon perceraian, jika cerai adalah baik bagi Puan,
keluarga dan baik di sisi Islam mohonlah kekuatan untuk Puan tabah
mengusahakannya sebaliknya jika terus hidup bersama dengan suami adalah yang
terbaik di sisi Allah maka mohonkan kekuatan untuk menjadi isteri solehah
sehingga mampu memimpin suami agar menjadi suami soleh seterusnya hidup
bahagia seterusnya.

Jika telah nekad ingin bercerai Puan boleh terus ke Mahkamah Syariah
berhampiran (di mana Puan tinggal). Contohnya, kalau Puan tinggal di Putrajaya
pergilah ke Mahkamah Syariah Putrajaya, jika di Shah Alam pergilah ke
Mahkamah Rendah Shah Alam.

Bagi tujuan pendaftaran kes, hanya Pemohon sama ada suami atau isteri
perlu hadir ke Mahkamah memandangkan ia hanya untuk mendaftarkan kes.

Dapatkan borang mohon untuk bercerai dan isi. Bawa bersama surat nikah,
surat beranak anak-anak, kad pengenalan dll yang berkaitan jika nak pasti apa
perkara perlu sila berhubung dahulu (telefon) mahkamah berkenaan.

Selepas hantar borang Tuan/Puan akan diberi tarikh panggilan ke


mahkamah (sebutan/bicara) dalam tempoh 21 hari. Tuan/Puan juga boleh
dapatkan khidmat rundingan dari Pegawai Sulh. apabila di perlukan (kalau perlu
kena mohon hadir majlis sulh). Biasanya terus sebutan/bicara. Kalau suami setuju
cerai biasanya kes ringkas dan diakhiri lafaz cerai, namun jika tidak mungkin
puan perlu pinda kes kepada mohon cerai taklik atau fasakh mengikut alasan yang
berkaitan. Alasan taklik ikut lafaz taklik di belakang surat nikah, alasan fasakh
lihat seksyen 52 Akta Keluarga .
Seksyen 52. Perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh

(1) Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak
mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas
satu atau lebih daripada alasan yang berikut, iaitu:

(a) bahawa tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui selama tempoh
lebih daripada satu tahun;

(b) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi
nafkahnya selama tempoh tiga bulan;

(c) bahawa suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih;

(d) bahawa suami telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah,
kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;

(e) bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi
sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati
pucuk;

(f) bahawa suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap
penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam
keadaan boleh berjangkit;

(g) bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali mujbirnya sebelum dia mencapai
umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun,
dan dia belum disetubuhi oleh suaminya itu;

[Pin. Akta A902:s.16]

(h) bahawa suami menganiayainya, iaitu, antara lain:

(i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh


kelakuan aniaya; atau
(ii) berkawan dengan perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut
pandangan Hukum Syarak; atau

(iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah; atau

(iv) melupuskan harta isteri atau melarang isteri itu daripada menggunakan
haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu; atau

(v) menghalang isteri daripada menunaikan atau menjalankan kewajipan atau


amalan agamanya; atau

(vi) jika dia mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri
yang berkenaan secara adil mengikut kehendak Hukum Syarak;

(i) bahawa walau pun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi
oleh kerana suami bersengaja enggan menyetubuhinya;

(j) bahawa isteri tidak memberi keizinan akan perkahwinan itu atau keizinannya
tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau
hal keadaan lain yang diakui oleh Hukum Syarak;

(k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguhpun berkebolehan memberi
keizinan yang sah, adalah seorang yang kecelaruan mental, sama ada berterusan
atau berselangan, dalam erti Ordinan Sakit Otak 1952 [Ord. 31 tahun 1952] bagi
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, atau Ordinan Lunatik bagi Wilayah
Persekutuan Labuan [Sabah Bab 74] dan kecelaruan mentalnya adalah daripada
suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin;

[Pin. Akta A828:s.5]

(l) apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan
atau bagi fasakh di bawah Hukum Syarak. (1A) Mana-mana orang yang
berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapatkan perintah bagi
pembubaran perkahwinan atau fasakh atas alasan bahawa isteri menjadi tidak
upaya yang menghalang persetubuhan.
[Mas. Akta A902:s.16]

(2) Tiada apa-apa perintah boleh dibuat atas alasan dalam perenggan (1)(c)
sehingga hukuman itu telah dikemukakan dan suami telahpun menjalani satu
tahun daripada hukuman itu.

(3) Sebelum membuat suatu perintah atas alasan dalam perenggan (1)(e)
Mahkamah hendaklah, atas permohonan suami, membuat suatu perintah
menghendaki suami memuaskan hati Mahkamah dalam tempoh enam bulan dari
tarikh perintah itu bahawa dia tidak lagi mati pucuk, dan jika suami memuaskan
hati Mahkamah sedemikian dalam tempoh itu, tiada sesuatu perintah boleh dibuat
atas alasan itu.

(4) Tiada apa-apa perintah boleh dibuat atas mana-mana alasan dalam subseksyen
(1) jika suami memuaskan hati Mahkamah bahawa isteri, dengan mengetahui
bahawa adalah terbuka kepadanya untuk mendapatkan perkahwinan itu ditolak,
telah bertingkah laku terhadap suaminya dengan cara yang menyebabkan suami
mempercayai dengan munasabah bahawa isteri tidak akan menolak perkahwinan
itu, dan bahawa adalah tidak adil kepada suami jika dibuat perintah itu.

Semoga jawapan saya dapat menjelaskan dan membantu puan membuat


keputusan yang tepat.

Apakah hak-hak yang boleh dituntut di Mahkamah Syariah selepas


penceraian?

Nafkah eddah
Mut’ah
Sepencarian
Hadhanah (Hak Jagaan Anak)
Nafkah Anak
Tunggakkan Nafkah
Hak tempat Tinggal
Berapa lamakah tempoh penyelesaian kes penceraian?

Selepas berlaku sesuatu perceraian, sekiranya perceraian tersebut telah


disahkan oleh Mahkamah Syariah dan suatu keputusan telahpun dibuat, maka
pihak suami atau isteri perlulah mengambilnya dari pihak Mahkamah.

Setelah diperolehi keputusan tersebut pula, maka puan atau bekas suami
hendaklah mengemukakannya kepada Pejabat Agama Islam untuk didaftarkan
oleh Pendaftar Nikah, GCerai dan Rujuk.

a) Untuk keputusan cerai : di Mahkamah Syariah

b) Untuk daftar cerai : di Pejabat Agama Islam

Kebiasaannya tempoh yang diambil untuk mendapatkan sijil cerai tersebut


adalah 2 minggu dari tarikh pendaftaran penceraian di pejabat agama tersebut.
Untuk keterangan lanjut, pihak tuan adalah dinasihatkan untuk menghubungi
pejabat agama yang berdekatan.

Apakah hukumnya sekiranya suami isteri tetap tinggal serumah walaupun


sedar telah cerai secara taklik?

Seseorang isteri yang telah diceraikan suami sekiranya masih dalam


tempoh eddah, adalah masih berada di dalam tanggungjawab suami termasuklah
tempat tinggal. Walau bagaimanapun, masing-masing tidak boleh tinggal bersama
kecuali telah berlaku rujuk antara keduanya.

Rujuk adalah boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu dengan lafaz atau
dengan perbuatan, walau bagaimanapun menurut Mazhab Shafie, rujuk hendaklah
dilakukan melalui lafaz.

Anda mungkin juga menyukai