Anda di halaman 1dari 12

Perceraian dalam Islam

Di dalam Islam, penceraian merupakan sesuatu yang tidak disukai oleh Islam tetapi
dibolehkan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu. Penceraian boleh dilakukan dengan
cara talak, fasakh dan khuluk atau tebus talak.
Talak
Talak menurut bahasa bermaksud melepaskan ikatan dan menurut syarak pula, talak
membawa maksud melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak dan seumpamanya.
Talak merupakan suatu jalan penyelesaian yang terakhir sekiranya suami dan isteri tidak
dapat hidup bersama dan mencari kata sepakat untuk mecari kebahagian berumahtangga.
Talak merupakan perkara yang dibenci Allah s.w.t tetapi dibenarkan.
Hukum talak
Hukum Penjelasan
Wajib
a) Jika perbalahan suami isteri tidak dapat didamaikan lagi
b) Dua orang wakil daripada pihak suami dan isteri gagal membuat kata sepakat
untuk perdamaian rumahtangga mereka
c) Apabila pihak kadi berpendapat bahawa talak adalah lebih baik
d) Jika tidak diceraikan keadaan sedemikian, maka berdosalah suami
Haram
a) Menceraikan isteri ketika sedang haid atau nifas
b) Ketika keadaan suci yang telah disetubuhi
c) Ketika suami sedang sakit yang bertujuan menghalang isterinya daripada
menuntut harta pusakanya
d) Menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus atau talak satu tetapi disebut
berulang kali sehingga cukup tiga kali atau lebih
Sunat
a) Suami tidak mampu menanggung nafkah isterinya
b) Isterinya tidak menjaga maruah dirinya
Makruh
Suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang baik, berakhlak mulia dan
mempunyai pengetahuan agama
Harus
Suami yang lemah keinginan nafsunya atau isterinya belum datang haid atau telah
putus haidnya
Rukun talak
Perkara Syarat
Suami
Berakal
Baligh
Dengan kerelaan sendiri
Isteri
Akad nikah sah
Belum diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya
Lafaz
Ucapan yang jelas menyatakan penceraiannya
Dengan sengaja dan bukan paksaaan
Contoh lafaz talak
Talak sarih
Lafaz yang jelas dengan bahasa yang berterus-terang seperti Saya talak awak atau Saya
ceraikan awak atau Saya lepaskan awak daripada menjadi isteri saya dan sebagainya.
Talak kinayah
Lafaz yang digunakan secara sindiran oleh suami seperti Pergilah awak ke rumah mak
awak atau Pergilah awak dari sini atau Saya benci melihat muka awak dan sebagainya.
Namun, lafaz kinayah memerlukan niat suaminya iaitu jika berniat talak, maka jatuhlah talak
tetapi jika tidak berniat talak, maka tidak berlaku talak.

Jenis talak
Talak raji
Suami melafazkan talak satu atau talak dua kepada isterinya. Suami boleh merujuk kembali
isterinya ketika masih dalam idah. Jika tempoh idah telah tamat, maka suami tidak
dibenarkan merujuk melainkan dengan akad nikah baru.
Talak bain
Suami melafazkan talak tiga atau melafazkan talak yang ketiga kepada isterinya. Isterinya
tidak boleh dirujuk kembali. Si suami hanya boleh merujuk setelah isterinya berkahwin lelaki
lain, suami barunya menyetubuhinya, setelah diceraikan suami barunya dan telah habis idah
dengan suami barunya.
Talak sunni
Suami melafazkan talak kepada isterinya yang masih suci dan tidak disetubuhinya ketika
dalam tempoh suci
Talak bidi
Suami melafazkan talak kepada isterinya ketika dalam haid atau ketika suci yang
disetubuhinya.
Talak taklik
Talak taklik ialah suami menceraikan isterinya bersyarat dengan sesuatu sebab atau syarat.
Apabila syarat atau sebab itu dilakukan atau berlaku, maka terjadilah penceraian atau talak.

Contohnya suami berkata kepada isteri, Jika awak keluar rumah tanpa izin saya, maka
jatuhlah talak satu. Apabila isterinya keluar dari rumah tanpa izin suaminya, maka jatuhlah
talak satu secara automatik.
Ia juga boleh berlaku selepas akad nikah (ia dipraktikkan di Malaysia dan wajib oleh semua
pengantin lelaki untuk melafaznya), berkata, Jika saya menyeksa isteri saya dengan
sengaja, atau saya meninggalkan isteri saya selama empat bulan berterusan dengan
sengaja tanpa kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi, apabila
disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya.
Menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984
Malaysia, Cerai taklik (seksyen 50)
Taklik adalah perjanjian yang ditandatangani semasa pernikahan. Ia membenarkan siisteri
memohon perceraian sekiranya sisuami melanggar mana-mana syarat yang terdapat dalam
taklik tersebut, misalnya, jika dia tidak membayar nafkah, atau sisuami menyebabkan
kemudaratan dengan mencederakan isteri. Mahkamah akan membuat siasatan akan
kesahihan kenyataan dan sekiranya berpuas hati mahkamah akan mengesahkan dan
merekodkan perceraian tersebut. Bukti seperti laporan polis dan laporan hospital boleh
membantu dalam hal ini
Contoh taklik berlaku dengan cara, Jika saya menyeksa isteri saya dengan sengaja, atau
saya meninggalkannya selama empat bulan berterusan tanpa kerelaannya, dan jika ia
mengadu kepada kadi atau naib kadi serta membayar RM 1.00 sebagai tebus talak, apabila
disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya dengan nilai
tebus talak tersebut.

Fasakh
Erti fasakh menurut bahasa ialah rosak atau putus. Manakala menurut syarak pula,
pembatalan nikah disebabkan oleh sesuatu sifat yang dibenarkan syarak, misalnya,
perkahwinan suami isteri yang difasakhkan oleh kadi disebabkan oleh suaminya tidak
mempu memberi nafkah kepada isterinya. Fasakh tidak boleh mengurangkan bilangan
talaknya.
Fasakh hanya boleh dituntut oleh isteri sekiranya terdapat beberapa sebab atau kecacatan
yang terdapat pada pihak suaminya. Mengikut mazhab Shafie, seorang isteri boleh menuntut
fasakh melalui kadi atau mahkamah disebabkan oleh kekurangan suaminya seperti gila
(berkekalan atau sekejab); penyakit kusta; penyakit sopak; penyakit yang menghalang
mereka daripada melakukan persetubuhan; suami tidak mampu memberi nafkah belanja
kepada isterinya seperti makan dan minum serta tempat tinggal, pakaian, memberi mahar
dengan cara tunai sebelum bersetubuh kerana kepapaan atau muflis atau sebagainya;
suami tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan isterinya terlalu lama dan tidak
memberi khabar berita; suami yang menzalimi dan memudaratkan isterinya; suami yang
fasik serta melakukan maksiat terhadap Allah dan tidak menunaikan kewajipan kepada
Allah; dan murtad salah seorang (suami atau isteri).
Cara melakukan fasakh
Jika suami atau isteri mempunyai sebab yang megharuskan fasakh
Membuat aduan kepada pihak kadi supaya membatalkan perkahwinan mereka
Jika dapat dibuktikan pengaduan yang diberikan adalah betul, pihak kadi boleh
mengambil tindakan membatalkannya
Pembatalan perkahwinan dengan cara fasakh tidak boleh dirujuk kembali melainkan
dengan akad nikah yang baru.
DI Malaysia, ia jatuh di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1984. Cerai fasakh (seksyen 52)
Cerai fasakh adalah cara membubarkan perkahwinan berdasarkan sebab-sebab tertentu.
Menurut seksyen 52 (1), terdapat 12 sebab membolehkan membuat permohonan fasakh.
Antara sebabnya ialah :-
tempat suami berada tidak diketahui selama lebih daripada satu tahun;
suami tidak mengadakan peruntukan bagi nafkah selama tiga bulan;
suami dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih;
suami tidak menunaikan kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) tanpa sebab yang
munasabah selama tempoh satu tahun.
suami mati pucuk masa berkahwin hingga sekarang dan ini tidak diketahui puan;
suami telah gila selama dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta, vitiligo atau
penyakit kelamin yang boleh berjangkit;
jika perempuan dikahwinkan oleh wali mujbir perempuan sebelum baligh, perempuan
masih belum disetubuhi suami dan masih belum mencapai umur 18 tahun, kini
menolak perkahwinan itu.
Bagaimanapun permohonan cerai fasakh tertakluk oleh mahkamah dan mahkamah berhak
menolak sekiranya mendapati bahawa kesahihan alasan tersebut tidak terbukti.

Khuluk atau tebus talak
Perpisahan antara suami dan isteri melalui tebus talak sama ada dengan menggunakan
lafaz talak atau khuluk. Pihak isteri boleh melepaskan dirinya daripada ikatan perkahwinan
mereka jika ia tidak berpuas hati atau lain-lain sebab. Pihak isteri hendaklah membayar
sejumlah wang atau harta yang dipersetujui bersama dengan suaminya, maka suaminya
hendaklah menceraikan isterinya dngan jumlah atau harta yang ditentukan.
Hukum khuluk adalah berdasarkan surah al-Baqarah ayat 229 : Tidak halal bagi kamu
mengambil apa-apa yang telah kamu berikan kepada mereka suatu jua pun, kecuali jika
takut kedua-duanya tidak akan mengikut peraturan Allah s.w.t.. Jika kamu takut bahawa
tidak akan mengikut peraturan Allah maka tiadalah berdosa kedua-duanya tentang barang
yang jadi tebus oleh perempuan.

Ia biasanya dilakukan di depan hakim mahkamah syariah. Talak boleh jatuh dengan
menyebut Saya menceraikan kamu dengan bayaran RM 10,000, dan isterinya menjawab,
Saya menerimanya. Apabila suami melafazkan demikian, dan isterinya menyahut tawaran
itu, dengan serta-merta jatuhlah talak dengan khuluk dan isterinya wajiblah beridah. Suami
isteri hanya boleh merujuk dengan akad nikah baru sahaja.
Tujuan khuluk
Memelihara hak wanita
Menolak bahaya kemudaratan yang menimpanya
Memberi keadilan kepada wanita yang cukup umurnya melalui keputusan
mahkamah.

















Rujuk
Menurut bahasa rujuk boleh didefinisikan sebagai kembali. Manakala menurut syarak, ia
membawa maksud suami kembali semula kepada isterinya yang diceraikan dengan ikatan
pernikahan asal (dalam masa idah) dengan lafaz rujuk.
Hukum rujuk
Hukum Penjelasan
Wajib
Bagi suami yang menceraikan isterinya yang belum menyempurnakan gilirannya
dari isteri-isterinya yang lain
Haram
Suami merujuk isterinya dengan tujuan untuk menyakiti atau memudaratkan
isterinya itu
Makruh Apabila penceraian lebih baik antara suami dan isteri
Harus Sekirannya rujuk boleh membawa kebaikan bersama

Rukun rujuk
Perkara Syarat
Suami
Berakal
Baligh
Dengan kerelaan sendiri
Isteri
Telah disetubuhi
Berkeadaan talak raji
Bukan dengan talak tiga
Bukan cerai secara khuluk
Masih dalam idah
Lafaz
Ucapan yang jelas menyatakan rujuk
Tiada disyaratkan dengan khiar atau pilihan
Disegerakan tanpa dikaitkan dengan taklik atau bersyarat
Dengan sengaja dan bukan paksaan

Contoh lafaz rujuk
Lafaz sarih

Lafaz terang dan jelas menunjukkan rujuk. Contoh : Saya rujuk awak kembali atau Saya
kembali semula awak sebagai isteri saya.
Lafaz kinayah
Lafaz kiasan atau sindiran. Contoh : Saya jadikan awak milik saya semula atau Saya
pegang awak semula. Lafaz kinayah perlu dengan niat suami untuk merujuk kerana jika
dengan niat rujuk, maka jadilah rujuk. Namun jika tiada niat rujuk, maka tidak sahlah
rujuknya.
Talak taklik
Talak taklik ialah suami menceraikan isterinya bersyarat dengan sesuatu sebab atau syarat.
Apabila syarat atau sebab itu dilakukan atau berlaku, maka terjadilah penceraian atau talak.
Contohnya suami berkata kepada isteri, Jika awak keluar rumah tanpa izin saya, maka
jatuhlah talak satu. Apabila isterinya keluar dari rumah tanpa izin suaminya, maka jatuhlah
talak satu secara automatik.
Ia juga boleh berlaku selepas akad nikah (ia dipraktikkan di Malaysia dan wajib oleh semua
pengantin lelaki untuk melafaznya), berkata, Jika saya menyeksa isteri saya dengan
sengaja, atau saya meninggalkan isteri saya selama empat bulan berterusan dengan
sengaja tanpa kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi, apabila
disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya.
Menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984
Malaysia, Cerai taklik (seksyen 50)
Taklik adalah perjanjian yang ditandatangani semasa pernikahan. Ia membenarkan siisteri
memohon perceraian sekiranya sisuami melanggar mana-mana syarat yang terdapat dalam
taklik tersebut, misalnya, jika dia tidak membayar nafkah, atau sisuami menyebabkan
kemudaratan dengan mencederakan isteri. Mahkamah akan membuat siasatan akan
kesahihan kenyataan dan sekiranya berpuas hati mahkamah akan mengesahkan dan
merekodkan perceraian tersebut. Bukti seperti laporan polis dan laporan hospital boleh
membantu dalam hal ini.
Contoh taklik berlaku dengan cara, Jika saya menyeksa isteri saya dengan sengaja, atau
saya meninggalkannya selama empat bulan berterusan tanpa kerelaannya, dan jika ia
mengadu kepada kadi atau naib kadi serta membayar RM 1.00 sebagai tebus talak, apabila
disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya dengan nilai
tebus talak tersebut.

Syarat Taklik
1. Suami - Hendaklah mempunyai keahlian menjatuhkan cerai dengan melafazkan kata-
kata taliq.
2. Belum berlaku - Hendaklah taliq ke atas perkara yang belum berlaku atas perkara
yang mungkin berlaku.
3. Isteri - Hendaklah menjadi ahli cerai (masih menjadi isteri yang sah)









Peruntukan Undang-Undang Mengenai Taklik
Berdasarkan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002, Seksyen 50,
seseorang perempuan yang bersuami boleh jika berhak memohon penceraian menurut
syarat-syarat taliq yang dibuat selepas akad nikah. Kandungan lafaz taliq tersebut :
a. Meninggalkan isteri selama empat bulan berturut-turut.
b. Tidak memberi nafkah yang wajib selama empat bulan berturut-turut.
c. Menyakiti tubuh badan isteri.
d. Suami tidak mempedulikan isteri selama tempoh empat bulan berturut- turut.

Soal Jawab (Isu-Isu Berbangkit)
SOALAN PERTAMA:
Seseorang lelaki bila melafazkan akad nikah dan selepas itu membaca dan mendatangani
taklik maka selepas itu dia akan terikat dengan taklik tersebut.
Sebagai membuktikan kasih sayang pada isterinya, maka si lelaki itu melafaz taklik
tambahan maksud saya dia telah menulis satu taklik diatas kertas yg lafaznya berbunyi ;
sekiranya dia mempunyai kekasih lain atau melakukan zina dgn perempuan lain maka
jatuhlah talak 1 ke atas isterinya" taklik tersebut dilafaz dihadapan pegawai jabatan agama
dan salinan taklik itu juga ada disimpan oleh pegawai agama tersebut.
Persoalannya apakah taklik yang telah dibuat boleh dibatalkan sewenangnya contohnya
untuk taklik tambahan itu.
JAWAPAN :
Menurut pandangan jumhur (majoriti) ulamak termasuk imam-imam mazhab empat; Talak
secara taklik (yakni secara ikatan) adalah harus dan apabila berlaku perkara atau peristiwa
yang ditaklikkan (yakni yang diikat dengan talak), maka akan tertalak lah isteri jika memenuhi
syarat-syarat berikut;
1. Suami ada kelayakan untuk menjatuhkan talak
2. Wanita itu adalah miliknya (yakni berstatus isterinya)
3. Perkara atau peristiwa yang ditaklikkan kepada talak itu harus berlaku, bukan yang
mustahil berlaku atau digantungkan kepada kehendak Allah.
(Mabahis Fiqhiyyah Fi Masail al-Ahwal asy-Syakhsiyyah, Dr. Nasr Farid Wasil, hlm. 264).
Namun ada juga di kalangan ulamak yang berbeza pandangan dengan jumhur ulamak di
atas. Di antara mereka ialah Imam Ibnu Hazm dan Abi Abdurrahman (salah seorang murid
Imam Syafiie) yang berpandangan; talak atau cerai secara taklik tidak sah dan tidak jatuh
talak. Menurut mereka; talak tidak menerima taklik sebagaimana juga nikah. (Ighasah al-
Lahfan, Imam Ibnul-Qayyim, jil. 2. hlm. 81).
Sebahagian ulamak (antaranya Imam Ibnu Taimiyyah, Ibnul-Qayyim al-Jauzi dan Syeikh
Ahmad as-Syirbasi) membezakan antara dua keadaan;
1. Cerai/Talak secara taklik yang dilafazkan memang dengan niat untuk menceraikan,
iaitu seorang lelaki mengikat talaknya terhadap isterinya dengan suatu
peristiwa/perkara dan ia berniat dalam dirinya bahawa jika peristiwa/perkara itu
terjadi, maka isterinya tertalak. Cerai taklik sebegini akan membawa kepada jatuhnya
talak jika terjadi perkara/peristiwa yang ditaklikkan di dalam lafaz talak itu.
Contohnya; seseorang berkata kepada isterinya; Jika kamu menghalalkan baki
maskawin yang tertanggung atas ku, maka kamu aku ceraikan dengan ia berniat
menceraikan isterinya jika isterinya menghalalkan maskawin itu. Ataupun, ia berkata
kepada isterinya; Jika kamu keluar dari rumah, kamu aku ceraikan dan ia
sememangnya berniat talak jika benar isterinya keluar rumah.

2. Cerai taklik yang dilafazkan semata-mata untuk memberi dorongan atau ancaman
atau penegasan, bukan dengan niat menceraikan. Contohnya; seseorang itu berkata
kepada isterinya; Jika kamu pergi ke tempat itu, maka kamu tertalak dan tatkala ia
melafazkan ucapan ini, ia tidak bermaksud talak tetapi hanya sebagai ancaman
terhadap isterinya untuk menegahnya dari pergi ke tempat yang dimaksudkan. Taklik
sebegini lebih mirip kepada sumpah. Oleh itu, ia tidak menyebabkan jatuhnya talak,
akan tetapi wajib membayar kaffarah sumpah jika taklik itu dilanggari iaitu dengan
memberi makan 10 orang miskin atau memberi pakaian kepada mereka atau
membebaskan seorang hamba dan jika ke semua itu tidak mampu dilakukan,
hendaklah berpuasa tiga hari. Pandangan ini menjadi amalan dalam undang-undang
keluarga Islam di Mesir hari ini

SOALAN KEDUA:
Kata-kata daripada seorang si suami kepada si isteri. "Kalau awak keluar lagi bekerja
selepas ini,aku cerai kau dengan talak 1" Namun, selepas berbincang dan berbaik semula,si
suami akhirnya membenarkan isterinya kembali bekerja.
Apakah lafaz yang dikeluarkan boleh diterima pakai?
Jika lafaz tersebut sah,apakah yang patut dilakukan oleh kedua pasangan tersebut?
JAWAPAN
Apa yang yang berlaku adalah lafaz ta'liq cerai. Ini bermakna apabila ia menybeut demikian,
si isteri tidak dibenarkan sekali-kali untuk melanggarnya atau talaq akan jatuh secara pasti.
Adapun dalam konteks "setelah berbincang semula dengan suami, dan suami benarkan
pulak
Majoriti ( Jumhur) para ulama Islam silam ( termasuk ulama dari 4 mazhab) dan kini
menyebut bahawa lafaz ta'liq tidak boleh di batalkan lagi apabila telah diucapkan, niat si
suami juga tidak perlukan untuk dipastikan dalam konteks lafaz yang sebegini terang dan
jelas ( kecuali beberapa pandangan seperti Syeikhul Islam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim
yang menyebut kecuali jika lafaz ta'liq tadi diniatkan oleh suami sebagai lafaz sumpah untuk
menunjukkan tegahan yang amat amat serius dan bukan untuk menceraikan jika ia
melanggarnya. Bagaimanapun pengecualian ini sukar untuk dibayangkan berlaku di suasana
malaysia kerana ia adalah suasana orang Arab sahaja yang sememangnya kerap bermain
dengan sumpah seperti ini)
Kecuali terdapat satu pandangan dalam mazhab Hanbali yang MENGHARUSKAN
pembatalan talaq ta'liq sebagaimana di sebuat dalam kitab al-Furu' oleh Ibn Mufleh.
Hasilnya, menurut 4 mazhab ; apabila si isteri keluar bekerja selepas itu walaupun dengan
izin suami, talaq 1 tetap akan jatuh.
Wallahu a'lam dalam hal di Malaysia, Mahkamah Syariah di Malaysia juga mengambil
pandangan majoriti Mazhab. Iaitu talaq Ta'liq TIDAK BOLEH DI TARIK BALIK.

SOALAN KETIGA
Seseorang isteri yang mana merupakan isteri kedua dalam perkahwinan dan suami tidak
diredhai isteri pertamanya menyebabkan dia (isteri pertama) menfailkan cerai di mahkamah.
Namun, suami enggan menceraikannya. Oleh itu kes mereka selesai di luar mahkamah
tetapi isteri pertama itu memberi syarat bagi dia menarik balik kes cerai tersebut.
Syaratnya, suami perlu ceraikan isteri kedua tersebut sebagai contoh diberikan dalam
tempoh dua bulan dari tarikh kes ditarik balik, atau isteri pertama itu yang akan mohon
fasakh selepas itu. Suami setuju dengan syarat tersebut dan kes di mahkamah tersebut
selesai.
Hingga sekarang,isteri kedua dan suami masih hidup seperti suami isteri. Suami
memberitahu kepada isteri kedua bahawa dia bersetuju dengan syarat yang diberi oleh isteri
pertamanya itu bagi mengelakkan berlaku perceraian antara mereka yang melibatkan masa
depan anak-anak.
Isteri kedua tersebut meragui kedudukannya sekarang sama ada dirinya masih isteri yang
sah ataupun sudah dita'liqkan oleh suaminya walaupun dia tidak berniat untuk berbuat
demikian.
JAWAPAN
Perceraian dan taklik berlaku atas kehendak dan pilihan suami. Dalam hal ini, didapati suami
'terpaksa' menuruti kehendak isteri pertama untuk menjaga rumahtangga yang dibina sekian
lama di mana terdapat kepentingannya bagi mengelak kemudharatan rumahtangga mereka.
Oleh kerana pengakuan 'perceraian' yang dilakukan suami atas 'paksaan', ia tidaklah jatuh
talaknya. Suami kepada isteri tersebut sendiri menyedari hukum ini dan mengakuinya
sekadar melepaskan masalah pada ketika itu.




SOALAN KEEMPAT
Bagaimana nak bezakan antara lafaz ta'liq dan ugutan/ancaman? Lafaz ta'liq mesti
mengandungi perkataan talaq atau cerai ke? Merujuk soalan sebelum ini, bagaimana kalau
ia merupakan satu ugutan? adakah jatuh talak bila isteri melanggarnya?
JAWAPAN
Cerai taklik ialah cerai yang digantung ataupun disyaratkan dengan sesuatu. Contohnya
seperti suami berkata kepada isterinya, "Sekiranya kamu keluar dari rumah pagi ini ataupun
kamu pulang ke rumah ibu kamu tanpa izin saya, maka gugurlah satu talak". Jatuh satu talak
sekiranya isterinya melakukan perkara yang ditaklikkan itu. Lafaz taklik mesti mengandungi
perkataan yang membawa kepada maksud talak atau cerai.
Manakala ugutan pula ialah kata-kata yang bertujuan untuk menakut-nakutkan supaya
melakukan atau mematuhi sesuatu. Ia adalah ucapan yang umum dan tidak mengandungi
perkataan yang membawa kepada maksud talak atau cerai.
Dalam hal ini, berpandangan jika ugutan yang dibuat mengandungi perkataan yang
membawa kepada maksud talak atau cerai akan jatuh talak sekiranya isteri melanggarnya.
Jika ugutan tersebut mengandungi perkataan yang membawa maksud talak atau cerai,
dinasihatkan agar tuan membuat pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah yang
berhampiran dengan tempat tinggal bagi memastikan sama ada berlaku cerai atau
sebaliknya kerana pengesahan lafaz cerai terletak dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah.
Juga dinasihatkan agar jangan memandang ringan dan mengambil mudah tentang talak.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Tiga perkara yang disungguh-sungguhkan akan menjadi sungguh dan diacah-acahkan akan
menjadi sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk"

Prosedur-Prosedur Bagi Memohon Cerai Secara Taklik
Apabila berlakunya perlanggaran seperti mana dibelakang surat daftar nikah maka mengadu
kepada mana-mana mahkamah syariah dengan memulakan prosedur dengan saman yang
disertakan dengan pernyataan tuntutan yang menjelaskan secara terperinci mengenai
perlanggaran taklik talak. Saman hendaklah diserahkan kepada suami secara ke diri.
Dan apabila gagal boleh dikemukakan saman gantian seperti iklan diakhbar, lekat saman di
alamat terakhir dan surau atau masjid yang berdekatan dengan alamat suami serta papan
kenyataan mahkamah.
Apabila prosedur tersebut sempurna mahkamah akan menetapkan tarikh perbicaraan. Pada
masa tersebut isteri hendaklah memberikan keterangan dan membuktikan setakat mana
perlanggaran taklik talak tersebut berlaku. Saksi-saksi dikemukakan bagi menyokong
keterangan isteri.
Dan diakhir perbicaraan sumpah yamin istizhar ke atas isteri dan mahkamah akan
mensabitkan perceraian secara takliq sekiranya keterangan isteri diyakini oleh hakim bicara
tersebut sabit akan aduannya. Sekiranya suami hadir suami juga perlu memberi
keterangan dan dibawa dua saksi atau lebih. Mahkamah akan menilai keterangan pihak-
pihak dan berdasarkan syahadah dan qarinah mahkamah akan membuat keputusan sama
ada menerima atau menolak.
Antara halangan menyukarkan prosedur ini ialah :
a) Tiada saksi
b) Saksi tak mencukupi
c) Keterangan hanya dengar cakap (hearsay)
d) Pemohon dan saksi tak dhobit atau kuat lupa
e) Keterangan bercanggah dan tak konsisten
f) Menipu mahkamah
g) Isteri yang meninggalkan suami terlebih dahulu

Tempoh bagi satu kes cerai taklik dapat diselesaikan
Sekiranya melibatkan perbicaraan sebelah pihak secepat kes adalah 3 bulan atau 3 kali
sebutan dan selewatnya adalah 6 bulan atau 6 kali sebuatn dari tarikh kes difailkan.
Sekiranya kedua pihak hadir dan masing-masing bertikai dan tidak mahu menyelesaikan kes
paling awal dalam 6 bulan kes selesai dan selewatnya 2 ke 3 tahun kes akan selesai,
bergantung kepada keterangan pihak-pihak.
Namun sekiranya kedua pihak berkompromi dan untuk menyelesaikan kes secara sulh
dengan sekali sebutan sahaja iaitu dipinda perceraian taklik kepada seksyen 47 enakmen
keluarga islam perceraian persetujuan.

Wallahu alam.
Rujukan;
1. Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah az-Zuhaili, 7/447.
2. Yasalunaka Fid-Din Wal-Hayah, Dr. Syirbasi, 1/271.
3. Mukhtasar al-Fiqh al-Islami, at-Tuwaijiri, hlm. 185

Anda mungkin juga menyukai