Anda di halaman 1dari 121

1

Talak

Talak menurut definasi bahasa bermaksud melepaskan ikatan dan menurut


syarak pula, talak membawa maksud melepaskan ikatan perkahwinan
dengan lafaz talak dan seumpamanya. Talak merupakan suatu jalan
penyelesaian yang terakhir sekiranya suami dan isteri tidak dapat hidup
bersama dan mencari kata sepakat untuk mecari kebahagian
berumahtangga. Talak merupakan perkara yang dibenci Allah s.w.t tetapi
dibenarkan.

Dari Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi


wa Sallam bersabda: "Perbuatan halal yang paling dibenci Allah ialah
talak.

Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah. Hadits shahih menurut Hakim. Abu
Hatim lebih menilainya hadits mursal).

HUKUM TALAK

Wajib
a) Jika perbalahan suami isteri tidak dapat didamaikan lagi.

b) Dua orang wakil daripada pihak suami dan isteri gagal membuat kata
sepakat untuk perdamaian rumahtangga mereka.

c) Apabila pihak kadi berpendapat bahawa talak adalah lebih baik

d) Jika tidak diceraikan keadaan sedemikian, maka berdosalah suami

Haram

a) Menceraikan isteri ketika sedang haid atau nifas

b) Ketika keadaan suci yang telah disetubuhi


2

c) Ketika suami sedang sakit yang bertujuan menghalang isterinya


daripada menuntut harta pusakanya

d) Menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus atau talak satu
tetapi disebut berulang kali sehingga cukup tiga kali atau lebih

Sunat

a) Suami tidak mampu menanggung nafkah isterinya


b) Isterinya tidak menjaga maruah dirinya

Makruh

Suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang baik, berakhlak mulia dan
mempunyai pengetahuan agama

Harus

Suami yang lemah keinginan nafsunya atau isterinya belum datang haid atau
telah putus haidnya
3

Rukun talak

Suami

Berakal

Baligh

Dengan kerelaan sendiri

Isteri

Akad nikah sah

Belum diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya

Lafaz Ucapan yang jelas menyatakan penceraiannya

Dengan sengaja dan bukan paksaaan

Contoh lafaz talak

• Talak sarih

Lafaz yang jelas dengan bahasa yang berterus-terang seperti “Saya talak
awak” atau “Saya ceraikan awak” atau “Saya lepaskan awak daripada
menjadi isteri saya” dan sebagainya.

• Talak kinayah

Lafaz yang digunakan secara sindiran oleh suami seperti “Pergilah awak ke
rumah mak awak” atau “Pergilah awak dari sini” atau “Saya benci melihat
muka awak” dan sebagainya. Namun, lafaz kinayah memerlukan niat
suaminya iaitu jika berniat talak, maka jatuhlah talak tetapi jika tidak
berniat talak, maka tidak berlaku talak.
4

Jenis talak

Talak raj’i

Suami melafazkan talak satu atau talak dua kepada isterinya. Suami boleh
merujuk kembali isterinya ketika masih dalam idah. Jika tempoh idah telah
tamat, maka suami tidak dibenarkan merujuk melainkan dengan akad nikah
baru.

Talak bain

Suami melafazkan talak tiga atau melafazkan talak yang ketiga kepada
isterinya. Isterinya tidak boleh dirujuk kembali. Si suami hanya boleh
merujuk setelah isterinya berkahwin lelaki lain, suami barunya
menyetubuhinya, setelah diceraikan suami barunya dan telah habis idah
dengan suami barunya.

Talak sunni

Suami melafazkan talak kepada isterinya yang masih suci dan tidak
disetubuhinya ketika dalam tempoh suci

Talak bid’i

Suami melafazkan talak kepada isterinya ketika dalam haid atau ketika suci
yang disetubuhinya.

Talak taklik

Talak taklik ialah suami menceraikan isterinya bersyarat dengan sesuatu


sebab atau syarat. Apabila syarat atau sebab itu dilakukan atau berlaku,
maka terjadilah penceraian atau talak.

Contohnya suami berkata kepada isteri, “Jika awak keluar rumah tanpa izin
saya, maka jatuhlah talak satu.” Apabila isterinya keluar dari rumah tanpa
izin suaminya, maka jatuhlah talak satu secara automatik.
5

Ia juga boleh berlaku selepas akad nikah (ia dipraktikkan di Malaysia dan
wajib oleh semua pengantin lelaki untuk melafaznya), berkata, “Jika saya
menyeksa isteri saya dengan sengaja, atau saya meninggalkan isteri saya
selama empat bulan berterusan dengan sengaja tanpa kerelaannya, dan jika
ia mengadu kepada kadi atau naib kadi, apabila disabitkan oleh kadi atau
naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya.”

Menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah


Persekutuan) 1984, Cerai taklik (seksyen 50)

Taklik adalah perjanjian yang ditandatangani semasa pernikahan. Ia


membenarkan si isteri memohon perceraian sekiranya sisuami melanggar
mana-mana syarat yang terdapat dalam taklik tersebut, misalnya, jika dia
tidak membayar nafkah, atau sisuami menyebabkan kemudaratan dengan
mencederakan isteri. Mahkamah akan membuat siasatan akan kesahihan
kenyataan dan sekiranya berpuas hati mahkamah akan mengesahkan dan
merekodkan perceraian tersebut. Bukti seperti laporan polis dan laporan
hospital boleh membantu dalam hal ini

Contoh taklik berlaku dengan cara, “Jika saya menyeksa isteri saya dengan
sengaja, atau saya meninggalkannya selama empat bulan berterusan tanpa
kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi serta
membayar RM 1.00 sebagai tebus talak, apabila disabitkan oleh kadi atau
naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya dengan
6

Rujuk

Menurut bahasa rujuk boleh didefinisikan sebagai kembali. Manakala


menurut syarak, ia membawa maksud suami kembali semula kepada
isterinya yang diceraikan dengan ikatan pernikahan asal (dalam masa idah)
dengan lafaz rujuk.

Hukum Rujuk

Wajib
Bagi suami yang menceraikan isterinya yang belum menyempurnakan
gilirannya dari isteri-isterinya yang lain

Haram
Suami merujuk isterinya dengan tujuan untuk menyakiti atau
memudaratkan isterinya itu

Makruh

Apabila penceraian lebih baik antara suami dan isteri

Harus

Sekirannya rujuk boleh membawa kebaikan bersama

Rukun Rujuk

Suami

Berakal

Baligh

Dengan kerelaan sendiri

Telah disetubuhi
7

Berkeadaan talak raj’i

Isteri

Bukan dengan talak tiga

Bukan cerai secara khuluk

Masih dalam idah

Lafaz

Ucapan yang jelas menyatakan rujuk

Tiada disyaratkan dengan khiar atau pilihan

Disegerakan tanpa dikaitkan dengan taklik atau bersyarat

Dengan sengaja dan bukan paksaan

Contoh lafaz rujuk

Lafaz sarih

Lafaz terang dan jelas menunjukkan rujuk. Contoh : “Saya rujuk awak
kembali” atau “Saya kembali semula awak sebagai isteri saya.”

Lafaz kinayah

Lafaz kiasan atau sindiran. Contoh : “Saya jadikan awak milik saya semula”
atau “Saya pegang awak semula”. Lafaz kinayah perlu dengan niat suami
untuk merujuk kerana jika dengan niat rujuk, maka jadilah rujuk. Namun
jika tiada niat rujuk, maka tidak sahlah rujuknya.
8

AKTA 303

AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH


PERSEKUTUAN) 1984

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Seksyen 51. Hidup semula sebagai suami isteri atau ruju’

(1) Dalam seksyen ini “talaq raj‘i” ertinya perceraian dengan satu atau dua
talaq yang tidak diikuti dengan habis ‘iddah, dan “bersekedudukan semula”
ertinya hidup semula sebagai suami isteri dalam tempoh sebelum perceraian
menjadi tidak boleh diruju’kan.

(2) Jika, selepas sesuatu talaq raj‘i, persekedudukan semula berlaku dengan
persetujuan bersama, pihak-pihak itu hendaklah melaporkan hal
persekedudukan semula itu dan butir-butir lain yang berkaitan kepada
Pendaftar bagi kariah masjid di mana mereka bermastautin.

(3) Pendaftar hendaklah membuat apa-apa siasatan yang perlu dan, jika
berpuas hati bahawa persekedudukan semula telah berlaku mengikut
Hukum Syarak, hendaklah mendaftarkan persekedudukan semula itu
dengan membuat suatu pengendorsan pada catatan berhubungan dengan
perceraian itu dalam Daftar Perceraian, jika perceraian itu telah didaftarkan
olehnya, dan hendaklah meminta pihak-pihak itu menyerahkan kepadanya
surat perakuan cerai yang berkaitan dan hendaklah mengeluarkan kepada
mereka surat perakuan persekedudukan semula dalam borang yang
ditetapkan.

(4) Pendaftar hendaklah juga menyerahkan satu salinan surat perakuan


persekedudukan semula itu kepada Ketua Pendaftar yang mana hendaklah
mendaftarkan persekedudukan semula itu dengan membuat suatu
pengendorsan pada catatan berhubungan dengan perceraian itu dalam
Daftar Perceraian yang disimpan olehnya.
9

(5) Mana-mana pihak kepada suatu perkahwinan yang tidak melaporkan hal
persekedudukan semula sebagaimana dikehendaki oleh subseksyen (2)
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi
lima ratus ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-
duanya denda dan penjara itu.

(6) Jika perceraian itu tidak didaftarkan oleh Pendaftar yang kepadanya
laporan di bawah subseksyen (2) itu dibuat, dia hendaklah merekodkan
dalam surat perakuan cerai nombor siri dan butir-butir surat perakuan
persekedudukan semula itu dan hendaklah menghantar surat perakuan
cerai itu kepada Pendaftar yang telah mengeluarkannya bersama dengan
satu salinan surat perakuan persekedudukan semula itu, dan Pendaftar yang
satu lagi itu hendaklah selepas itu mendaftarkan persekedudukan semula
itu dengan membuat suatu pengendorsan pada catatan yang berhubungan
dengan perceraian itu dalam Daftar Perceraian dan hendaklah menyerahkan
salinan surat perakuan persekedudukan semula itu kepada Ketua Pendaftar
yang mana hendaklah mendaftarkan persekedudukan semula itu dengan
membuat pengendorsan pada catatan berhubungan dengan perceraian itu
dalam Daftar Perceraian yang disimpan olehnya.

(7) Jika talaq raj’i telah berlaku tanpa diketahui oleh isteri, suami tidak boleh
menghendaki atau meminta isteri supaya bersekedudukan semula
dengannya tanpa menzahirkan kepadanya hal perceraian itu.

(8) Jika selepas talaq raj’i suami melafazkan ruju’ dan isteri telah bersetuju
terhadap ruju’ itu, isteri boleh, atas permohonan suami, diperintah oleh
Mahkamah supaya hidup semula sebagai suami isteri, melainkan jika isteri
itu menunjukkan sebab yang baik mengikut Hukum Syarak sebaliknya, dan,
jika demikian halnya, Mahkamah hendaklah melantik suatu jawatankuasa
pendamai sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 47 dan seksyen itu
hendaklah dipakai sewajarnya.
(9) Jika selepas talaq raj’i suami melafazkan ruju’ tetapi isteri tidak bersetuju
terhadap ruju’ itu kerana sebab yang dibenarkan oleh Hukum Syarak, dia
10

tidak boleh diperintah oleh Mahkamah supaya hidup semula sebagai suami
isteri, tetapi Mahkamah hendaklah melantik suatu jawatankuasa pendamai
sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 47 dan seksyen itu
hendaklah dipakai sewajarnya.

PENGESAHAN PERCERAIAN DI LUAR MAHKAMAH

Apabila sesorang suami itu melepaskan talak di luar Makamah, maka adalah
menjadi tanggungjawab seseorang isteri itu untuk membuat pengaduan ke
Mahkamah Syarie dengan tujuan untuk mengesahkan perceraian
tersebut.Borang perceraian ini adalah borang perceraian biasa.
Kelazimannya seseorang suami akan mempertikaikan lafaz talak di luar
Mahkamah sekiranya beliau tidak berniat untuk menceraikan si isteri. Oleh
itu saksi –saksi dan bukti-bukti haruslah dikemukakan ke Mahkamah untuk
pengesahan perceraian.

Apabila berlaku lafaz cerai tanpa kebenaran mahkamah, ia perlu dirujuk ke


mahkamah bagi tujuan pengesahan dan ditentukan jumlah talak yang
dilafazkan serta baki talak. Ia sebagaimana diperuntukkan di bawah

Seksyen 55A. Pendaftaran perceraian di luar Mahkamah

(1) Walau apa pun seksyen 54, seseorang yang telah menceraikan isterinya
dengan lafaz talaq di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah,
hendaklah dalam masa tujuh hari dari pelafazan talaq itu melaporkan
kepada Mahkamah.

(2) Mahkamah hendaklah mengadakan siasatan untuk memastikan sama


ada talaq yang dilafaz itu adalah sah mengikut Hukum Syarak.

(3) Jika Mahkamah berpuas hati bahawa talaq yang telah dilafazkan itu
adalah sah mengikut Hukum Syarak, maka Mahkamah hendaklah, tertakluk
kepada seksyen 124 —
11

(a) membuat perintah membenarkan perceraian dengan talaq;


(b) merekodkan perceraian itu; dan
(c) menghantar salinan rekod itu kepada Pendaftar yang sewajarnya
dan kepada Ketua Pendaftar bagi pendaftaran.

Malah, lafaz cerai yang dibuat tanpa kebenaran mahkamah adalah satu
kesalahan di bawah enakmen sama, di bawah Seksyen 124. Perceraian di
luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah

Seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan melafazkan talaq dengan apa-


apa bentuk di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah itu maka dia
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi
satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-
duanya.

Oleh itu, bagi pasangan yang sudah bercerai di luar dan kemudiannya rujuk
kembali sebagai suami isteri, mereka perlu segera membuat pengesahan
cerai dan rujuk di mahkamah.

Tujuannya agar perceraian dan rujuk itu dapat direkodkan dan dijelaskan
kepada kedua-dua pihak baki talak yang masih tinggal.

Dalam masalah ungkapan suami, sekiranya perceraian yang dilafazkan


suami secara talak rajie (talak yang boleh dirujuk), maka suami berkuasa
merujuk isterinya selama tempoh idah.

Sekiranya perceraian yang diperintahkan bukan secara fasakh atau tebus


talak, maka ia tergolong dalam perceraian yang tidak boleh dirujuk iaitu talak
bain.

Talaq bain terbahagi kepada dua iaitu talak bain kubra dan talak bain
sughra.

Talaq bain kubra adalah talak yang berlaku kepada pasangan sebanyak tiga
kali iaitu suami menceraikan isterinya sebanyak tiga kali.
12

Pasangan tidak boleh rujuk atau bernikah semula buat selama-lamanya


melainkan isteri menikahi lelaki lain dan mereka hidup sebagai suami isteri
yang sah.

Jika ditakdirkan isteri berpisah atau suami keduanya meninggal dunia,


maka barulah suami pertama berhak menikahi bekas isterinya itu.

Kategori kedua adalah talak bain sughra. Ia adalah talak yang diucapkan
suami kurang daripada tiga kali, tetapi pasangan tidak boleh rujuk semula
melainkan dengan pernikahan baru walaupun isterinya dalam idah.

Sebahagian daripada talak bain sughra adalah:

1. Talak yang diputuskan oleh hakim.

2. Talak melalui khulu’.

3. Talak yang difasakhkan oleh hakim.

Seandainya suami sudah melafazkan talak kali kedua dan talak itu masih
berbaki dua atau satu talak, maka ia masih dikira sebagai talak rajie dan
pasangan boleh rujuk semula.

Jika suami enggan rujuk, status pernikahan terputus selepas tamatnya


tempoh idah.

Sebab itu, pasangan suami isteri yang bercerai dengan atau tanpa kebenaran
mahkamah perlu mengetahui jumlah talak dan jenis perceraian yang
berlaku.

Pasangan juga perlu memahami prosedur yang sah jika berlakunya


perceraian dan rujuk
13

Perceraian Biasa

AKTA 303

AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH


PERSEKUTUAN) 1984

Seksyen 47. Perceraian dengan talaq atau dengan perintah

(1) Seseorang suami atau seseorang isteri yang hendak bercerai hendaklah
menyerahkan suatu permohonan untuk perceraian kepada Mahkamah
dalam borang yang ditetapkan, disertai dengan suatu akuan mengandungi—
[Pin. Akta A902:s.13]

(a) butir-butir mengenai perkahwinan itu dan nama, umur dan jantina
anak-anak, jika ada, hasil daripada perkahwinan itu;
(b) butir-butir mengenai fakta yang memberi bidang kuasa kepada
Mahkamah di bawah seksyen 45;
(c) butir-butir mengenai apa-apa prosiding yang hal ehwal suami isteri
yang dahulu di antara pihak-pihak itu, termasuk tempat prosiding itu;
(d) suatu pernyataan tentang sebab hendak bercerai;
(e) suatu pernyataan tentang sama ada apa-apa, dan, jika ada, apakah
langkah yang telah diambil untuk mencapai perdamaian;
(f) syarat-syarat apa-apa perjanjian berkenaan dengan nafkah dan
tempat kediaman bagi isteri dan anak-anak daripada perkahwinan itu,
jika ada, peruntukan bagi pemeliharaan dan jagaan anak-anak
daripada perkahwinan itu, jika ada, dan pembahagian apa-apa aset
yang diperolehi melalui usaha bersama pihak-pihak itu, jika ada, atau,
jika tiada, suatu persetujuan tersebut telah tercapai, cadangan
pemohon mengenai hal-hal itu; dan
(g) butir-butir mengenai perintah yang dipohon.

(2) Selepas menerima sesuatu permohonan untuk perceraian,


Mahkamah hendaklah menyebabkan satu saman diserahkan
14

kepada pihak yang satu lagi itu bersama-sama dengan satu salinan
permohonan itu dan akuan berkanun yang dibuat oleh pemohon,
dan saman itu hendaklah mengarahkan pihak yang satu lagi itu
hadir di hadapan Mahkamah untuk membolehkan Mahkamah
menyiasat sama ada pihak yang satu lagi itu bersetuju atau tidak
terhadap perceraian itu.

(3) Jika pihak yang satu lagi itu bersetuju terhadap perceraian itu
dan Mahkamah berpuas hati selepas siasatan dan penyiasatan yang
wajar bahawa perkahwinan itu telah pecah belah yang tidak dapat
dipulihkan, maka Mahkamah hendaklah menasihatkan suami
supaya melafazkan satu talaq di hadapan Mahkamah.

(4) Mahkamah hendaklah merekodkan fakta satu talaq telah


dilafazkan itu, dan hendaklah menghantarkan satu salinan rekod
itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada
Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.

(5) Jika pihak yang satu lagi itu tidak bersetuju terhadap perceraian
itu atau jika Mahkamah berpendapat bahawa ada kemungkinan
yang munasabah bagi suatu perdamaian antara pihak-pihak itu,
Mahkamah hendaklah dengan secepat yang mungkin melantik
suatu jawatankuasa pendamai terdiri daripada seorang Pegawai
Agama sebagai Pengerusi dan dua orang lain, seorang untuk
bertindak bagi pihak suami dan seorang lagi bagi isteri, dan
merujukkan kes itu kepada jawatankuasa itu.

(6) Dalam melantik dua orang itu di bawah subseksyen (5),


Mahkamah hendaklah, jika boleh, memberi keutamaan kepada
saudara-saudara karib pihak-pihak itu yang mengetahui akan hal
keadaan kes itu.
15

(7) Mahkamah boleh memberi arahan kepada jawatankuasa


pendamai mengenai penjalanan pendamaian dan ia hendaklah
menjalankannya mengikut arahan itu.

(8) Jika jawatankuasa itu tidak dapat bersetuju atau jika


Mahkamah tidak berpuas hati mengenai penjalanan perdamaian
itu, Mahkamah boleh memecat jawatankuasa itu dan melantik
jawatankuasa lain bagi menggantikannya.

(9) Jawatankuasa itu hendaklah berusaha mencapai perdamaian


dalam tempoh enam bulan dari tarikh ia dibentuk atau dalam
tempoh yang lebih lama mengikut sebagaimana yang dibenarkan
oleh Mahkamah.

(10) Jawatankuasa itu hendaklah meminta pihak-pihak itu hadir


dan hendaklah memberi tiap-tiap seorang daripada mereka peluang
untuk didengar dan boleh mendengar mana-mana orang lain dan
membuat apa-apa penyiasatan yang difikirkannya patut dan boleh,
jika ia fikirkan perlu, menangguhkan prosidingnya dari semasa ke
semasa.

(11) Jika jawatankuasa pendamai itu tidak dapat mencapai


perdamaian dan tidak dapat memujuk pihak-pihak itu supaya
hidup semula bersama sebagai suami isteri, jawatankuasa itu
hendaklah mengeluarkan suatu perakuan tentang hal yang
demikian itu dan boleh melampirkan pada perakuan itu apa-apa
syor yang difikirkannya patut berkenaan dengan nafkah dan jagaan
anak-anak belum dewasa daripada perkahwinan itu, jika ada,
berkenaan dengan pembahagian harta, dan berkenaan dengan hal-
hal lain berhubungan dengan perkahwinan itu.

(12) Tiada seorang Peguam Syarie boleh hadir atau bertindak bagi
mana-mana pihak dalam apa-apa prosiding di hadapan sesuatu
16

jawatankuasa pendamai dan tiada sesuatu pihak pun boleh diwakili


oleh mana-mana orang, selain seorang ahli keluarganya, tanpa
kebenaran jawatankuasa pendamai itu.
(13) Jika jawatankuasa itu melaporkan kepada Mahkamah bahawa
perdamaian telah tercapai dan pihak-pihak itu telah hidup semula
bersama sebagai suami isteri, Mahkamah hendaklah menolak
permohonan untuk perceraian itu.

(14) Jika jawatankuasa mengemukakan kepada Mahkamah suatu


perakuan bahawa ia tidak dapat mencapai perdamaian dan tidak
dapat memujuk pihak-pihak itu supaya hidup semula bersama
sebagai suami isteri, Mahkamah hendaklah menasihatkan suami
yang berkenaan itu melafazkan satu talaq di hadapan Mahkamah,
dan jika Mahkamah tidak dapat mendapatkan suami itu hadir di
hadapan Mahkamah untuk melafazkan satu talaq, atau jika suami
itu enggan melafazkan satu talaq, maka Mahkamah hendaklah
merujuk kes itu kepada Hakam untuk tindakan menurut seksyen
48.

(15) Kehendak subseksyen (5) tentang rujukan kepada suatu


jawatankuasa pendamai tidak terpakai dalam sesuatu kes-

(a) di mana pemohon mengatakan bahawa dia telah ditinggal


langsung oleh pihak yang satu lagi itu dan tidak tahu di mana pihak
yang satu lagi itu berada;

(b) di mana pihak yang satu lagi itu bermastautin di luar


Semenanjung Malaysia dan dia tidak mungkin masuk ke dalam
bidang kuasa Mahkamah yang berkenaan itu dalam masa enam
bulan selepas tarikh permohonan itu;

(c) di mana pihak yang satu lagi itu sedang dipenjarakan selama
suatu tempoh tiga tahun atau lebih;
17

(d) di mana pemohon mengatakan bahawa pihak yang satu lagi itu
sedang mengidap penyakit mental yang tidak boleh sembuh; atau

(e) di mana Mahkamah berpuas hati bahawa ada hal keadaan yang
luar biasa yang menyebabkan rujukan kepada suatu jawatankuasa
pendamai tidak boleh dilaksanakan.

(16) Suatu talaq raj’i yang dilafazkan oleh suami melainkan


dibatalkan terlebih dahulu, sama ada secara nyata atau tafsiran,
atau dengan perintah daripada Mahkamah, tidak boleh berkuat
kuasa untuk membubarkan perkahwinan itu sehingga tamatnya
tempoh ‘iddah.

(17) Jika isteri hamil pada masa talaq itu dilafazkan atau pada masa
perintah itu dibuat, talaq atau perintah itu tidak boleh berkuat
kuasa untuk membubarkan perkahwinan itu sehingga berakhir
kehamilan itu. Seksyen 48. Timbang tara oleh Hakam

Seksyen 48. Timbang tara oleh Hakam

(1) Jika Mahkamah berpuas hati bahawa perkelahian (shiqaq)


sentiasa berlaku antara pihak-pihak kepada suatu perkahwinan,
Mahkamah boleh melantik, mengikut Hukum Syarak, dua orang
penimbangtara atau Hakam untuk bertindak bagi pihak suami dan
isteri yang berkenaan itu masing-masing.

(2) Dalam melantik Hakam di bawah subseksyen (1) Mahkamah


hendaklah, jika boleh, memberi keutamaan kepada saudara-
saudara karib pihak-pihak yang mengetahui akan hal keadaan kes
itu.
18

(3) Mahkamah boleh memberi arahan kepada Hakam mengenai


penjalanan penimbangtaraan dan mereka hendaklah
menjalankannya mengikut arahan itu dan Hukum Syarak.

(4) Jika Hakam tidak dapat bersetuju, atau jika Mahkamah tidak
puas hati dengan cara mereka menjalankan penimbangtaraan itu,
Mahkamah boleh memecat mereka dan melantik Hakam lain bagi
menggantikan mereka.

(5) Hakam hendaklah berusaha untuk mendapatkan kuasa penuh


daripada prinsipal mereka masing-masing dan boleh, jika kuasa
mereka membenarkan, melafazkan satu talaq di hadapan
Mahkamah jika dibenarkan sedemikian oleh Mahkamah, dan jika
demikian halnya, Mahkamah hendaklah merekodkan lafaz satu
talaq itu, dan menghantar satu salinan rekod itu yang diperakui
kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar
untuk didaftarkan.

(6) Jika Hakam berpendapat bahawa pihak-pihak itu patut bercerai


tetapi tidak dapat memerintahkan penceraian oleh kerana apa-apa
sebab, Mahkamah hendaklah melantik Hakam lain dan hendaklah
memberi kepada mereka kuasa untuk memerintahkan perceraian
dan hendaklah, jika mereka berbuat demikian, merekodkan
perintah itu dan menghantarkan satu salinan rekod itu yang
diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua
Pendaftar untuk didaftarkan.

(7) Melainkan jika dia adalah anggota keluarga terdekat pihak itu,
maka tiada seorang pun atau Peguam Syarie boleh dibenarkan hadir
atau mewakili mana-mana pihak di hadapan Hakam.
19

Perceraian Taklik

AKTA 303

AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH


PERSEKUTUAN) 1984

Seksyen 50. Perceraian di bawah ta’liq atau janji

(1) Seseorang perempuan yang bersuami boleh, jika berhak mendapat


perceraian menurut syarat-syarat surat perakuan ta’liq yang dibuat selepas
berkahwin, memohon kepada Mahkamah untuk menetapkan bahawa
perceraian yang demikian telah berlaku.

(2) Mahkamah hendaklah memeriksa permohonan itu dan membuat suatu


siasatan mengenai sahnya perceraian itu dan, jika berpuas hati bahawa
perceraian itu adalah sah mengikut Hukum Syarak, hendaklah
mengesahkan dan merekodkan perceraian itu dan menghantar satu salinan
rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua
Pendaftar untuk didaftarkan.

Maksud cerai taklik ialah lafaz cerai yang dikaitkan dengan suatu janji yang
telah dibuat oleh suami selepas akad nikah disempurnakan, seperti lafaz-
lafaz taklik yang ditetapkan oleh Undang-Undang Pentadbiran Negeri. Pada
lazimnya taklik tersebut menyebut antara lain :

a) Sekiranya suami meninggalkan isteri lebih daripada empat bulan


tanpa memberi nafkah zahir atau batin secukupnya; atau

b) Sekiranya suami memukul atau mendera isteri atau mendatangkan


mudarat kepada isterinya.

Isteri yang ditinggalkan atau dicederakan seperti di atas boleh mengadu


kepada Mahkamah Syariah di kawasan yang berhampiran dengan tempat
tinggalnya dan sekiranya pengaduan itu sabit dan disahkan oleh mahkamah,
maka terjadilah perceraian secara taklik.
20

Ringkasnya perceraian taklik dikaitkan dengan sesuatu sebagai syaratnya.


Ia tidaklah jatuh talak pada waktu itu juga (secara langsung) melainkan
apabila kaitan syarat itu telah terjadi. Sesuatu yang dijadikan syarat itu tidak
terjadi pada waktu diikrarkan taklik talak itu tetapi terjadi kemudian.

Perceraian taklik boleh juga berlaku apabila seorang suami membuat janji
atau memberi amaran kepada isteri supaya melaku atau meninggalkan
daripada melakukan sesuatu:

Contohnya :

(i) Suami berkata kepada isteri : “Aku akan belikan kamu pada bulan
hadapan dua pasang baju kebaya sutera dan jika aku tidak dapat
menyempurnakannya, kita berdua akan bercerai”. Sekiranya pada bulan
berkenaan suami tidak menyempurnakan janji tersebut, maka tertakluk
kepada pengesahan mahkamah, terjadilah perceraian secara taklik.

(ii) Suami berkata kepada isteri :

“Jika engkau keluar rumah ini tanpa kebenaranku, maka kau akan
tertalak”.

atau;

“Jika engkau pergi ke rumah saudaramu atau kawanmu pada hari ini
maka engkau akan tertalak”.

atau;

“Jika saya balik ke rumah dalam masa sebulan maka engkau tertalak”.
21

Jika berlaku perkara yang digantungkan dalam hal perkara di atas tadi
seperti isteri keluar rumah tanpa izin atau isteri pergi ke rumah saudaranya,
talak akan jatuh dan perceraian telah berlaku disebabkan berlakunya
perkara yang digantungkan dalam ucapan suami seperti di atas.

Walau bagaimanapun sama ada perceraian seumpama itu berlaku atau


tidak, bergantung kepada pengesahan mahkamah.

Kes-kes biasa bercerai taklik adalah kes dimana isteri telah tidak di beri
nafkah. Ada kes-kes di mana suami hadir ke mahkamah dan ada kes dia
tidak hadir. Terdapat juga kes di mana isteri menuntut cerai taklik atas
alasan dia dipukul oleh suami.
22

Perceraian Fasakh

AKTA 303

AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH


PERSEKUTUAN) 1984

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Seksyen 52. Perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk


fasakh

(1) Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah


berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau
untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan yang berikut, iaitu—

(a) bahawa tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui


selama tempoh lebih daripada satu tahun;

(b) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan
bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;

(c) bahawa suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun
atau lebih;

(d) bahawa suami telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang


munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh
satu tahun;
(e) bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih
lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa
suami telah mati pucuk;

(f) bahawa suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang
mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit
kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;
23

(g) bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali mujbirnya sebelum dia
mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai
umur lapan belas tahun, dan dia belum disetubuhi oleh suaminya itu;

(h) bahawa suami menganiayainya, iaitu, antara lain—


(i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita
disebabkan oleh kelakuan aniaya; atau
(ii) berkawan dengan perempuan jahat atau hidup berperangai
keji mengikut pandangan Hukum Syarak; atau
(iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah; atau
(iv) melupuskan harta isteri atau melarang isteri itu daripada
menggunakan haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu;
atau
(v) menghalang isteri daripada menunaikan atau menjalankan
kewajipan atau amalan agamanya; atau
(vi) jika dia mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak
melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak
Hukum Syarak;

(i) bahawa walau pun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum
disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan menyetubuhinya;
(j) bahawa isteri tidak memberi keizinan akan perkahwinan itu atau
keizinannya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan,
ketidaksempurnaan akal, atau hal keadaan lain yang diakui oleh
Hukum Syarak;

(k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguhpun


berkebolehan memberi keizinan yang sah, adalah seorang yang
kecelaruan mental, sama ada berterusan atau berselangan, dalam erti
Ordinan Sakit Otak 1952 [Ord. 31 tahun 1952] bagi Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, atau Ordinan Lunatik bagi Wilayah
24

Persekutuan Labuan [Sabah Bab 74] dan kecelaruan mentalnya adalah


daripada suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak
untuk berkahwin;

(l) apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan
perkahwinan atau bagi fasakh di bawah Hukum Syarak.

(1A) Mana-mana orang yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah


berhak mendapatkan perintah bagi pembubaran perkahwinan atau fasakh
atas alasan bahawa isteri menjadi tidak upaya yang menghalang
persetubuhan.

(2) Tiada apa-apa perintah boleh dibuat atas alasan dalam perenggan
(1)(c) sehingga hukuman itu telah dikemukakan dan suami telahpun
menjalani satu tahun daripada hukuman itu.

(3) Sebelum membuat suatu perintah atas alasan dalam perenggan


(1)(e) Mahkamah hendaklah, atas permohonan suami, membuat
suatu perintah menghendaki suami memuaskan hati Mahkamah
dalam tempoh enam bulan dari tarikh perintah itu bahawa dia tidak
lagi mati pucuk, dan jika suami memuaskan hati Mahkamah
sedemikian dalam tempoh itu, tiada sesuatu perintah boleh dibuat
atas alasan itu.

(4) Tiada apa-apa perintah boleh dibuat atas mana-mana alasan


dalam subseksyen (1) jika suami memuaskan hati Mahkamah
bahawa isteri, dengan mengetahui bahawa adalah terbuka
kepadanya untuk mendapatkan perkahwinan itu ditolak, telah
bertingkah laku terhadap suaminya dengan cara yang menyebabkan
suami mempercayai dengan munasabah bahawa isteri tidak akan
menolak perkahwinan itu, dan bahawa adalah tidak adil kepada
suami jika dibuat perintah itu.
25

Perceraian Tebus Talak (Khuluk)

Akta 303

AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH


PERSEKUTUAN) 1984

Seksyen 49. Perceraian khul’ atau cerai tebus talaq

(3) Jika jumlah bayaran tebus talaq tidak dipersetujui oleh pihak-pihak itu,
Mahkamah boleh mentaksirkan jumlah itu mengikut Hukum Syarak dengan
memberi pertimbangan kepada taraf dan sumber kewangan pihak-pihak itu.

(4) Jika suami tidak bersetuju bercerai dengan cara penebusan atau tidak
hadir di hadapan Mahkamah sebagaimana diarahkan, atau jika Mahkamah
berpendapat bahawa ada kemungkinan yang munasabah bagi suatu
perdamaian, Mahkamah hendaklah melantik suatu jawatankuasa pendamai
sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 47 dan seksyen itu
hendaklah dipakai sewajarnya.

Perceraian tebus talak atau khuluk ialah suatu perceraian yang diminta oleh
isteri daripada suaminya dengan memberi wang atau lain-lain harta benda
kepada suaminya. Sekiranya suami tidak bersetuju menjatuhkan talak
dengan kerelaannya sendiri, setelah isteri memohon perceraian, tetapi
kedua-dua pihak bersetuju bercerai dengan cara isteri memberi wang atau
lain-lain harta benda kepada suaminya, perceraian tersebut ialah perceraian
tebus talaq.

Di antara sebab-sebab yang membolehkan seseorang isteri mendapatkan


tebus talak daripada suaminya ialah :

a) Isteri tidak tertahan lagi tinggal dengan suaminya kerana suami


berperangai jahat;
26

b) Suami menyakiti hatinya menyebabkan isteri telah kehilangan kasih


sayang terhadap suami;

c) Kerana sebab-sebab lain yang membuat mereka tidak dapat bercampur


atau bergaul dengan aman dan harmoni;

Mahkamah mempunyai budicara untuk meluluskan permohonan perceraian


khuluk walaupun pihak suami tidak memberi persetujuan sekiranya
mahkamah berpendapat bahawa suami-isteri tersebut tidak dapat hidup
bersama dengan damai dan selaras dengan kewajipan mereka.
27

Cerai Li’an

Akta 303

AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH


PERSEKUTUAN) 1984

Seksyen 50A. Perceraian dengan li’an

(1) Jika pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan telah mengangkat sumpah


dengan cara li’an mengikut Hukum Syarak di hadapan Hakim Syarie, apabila
penghakiman, maka Hakim Syarie itu hendaklah memerintahkan mereka
difarakkan dan dipisahkan dan hidup berasingan selama-lamanya.

(2) Mahkamah hendaklah merekodkan perceraian dengan li’an itu dengan


sewajarnya dan menghantar suatu salinan rekod itu kepada Pendaftar yang
sesuai dan kepada Ketua Pendaftar bagi pendaftaran.

Jika seorang suami menuduh isterinya berzina, dia akan dikenakan


hukuman qadlif (Qadzaf), jika ia tidak dapat membuktikan tuduhan dengan
membawa 4 orang saksi. Dalam keadaan ini, suami boleh menggunakan
acara li'an untuk mengelakkan hukuman ke atasnya. Jika pihak-pihak
kepada suatu perkahwinan telah bersumpah secara li'an mengikut Hukum
Syarak di hadapan Hakim Syarie, dalam hukumannya. Hakim Syarie itu
akan memerintahkan mereka farak dan dipisahkan dan tinggal berasingan
selama-lamanya.

Perceraian secara li'an berlaku apabila suami menafikan anak yang


dilahirkan oleh isterinya atau anak di dalam kandungan isterinya sebagai
anaknya, atau menuduh isterinya berzina dengan lelaki lain tetapi tidak
dapat membuktikan melalui penyaksian empat orang saksi.

Sumpah li’an dilakukan oleh suami dengan menyatakan atas nama Allah, dia
bersumpah bahawa isterinya telah melakukan zina. Sumpah itu dinyatakan
28

sebanyak 4 kali oleh suami, dan pada sumpah kelima, suami menyatakan
dia siap menerima laknat Allah jika dia berbohong.

Demikian juga sebaliknya, isteri dapat melakukan sumpah balik (sumpah


nukul), atas nama Allah, dia bersumpah bahawa dia tidak melakukan zina.
Sumpah itu dinyatakan isteri sebanyak 4 kali dan pada sumpah kelima, isteri
menyatakan dia siap menerima laknat Allah jika tuduhan suaminya itu
benar.

Maka apabila pihak-pihak tersebut (suami dan isteri) telah mengangkat


sumpah dengan cara li'an, mengikut hukum Syara' di hadapan Hakim
Syar'ie, maka mereka akan difaraqkan.

Kesannya, kedua-dua pihak tidak boleh rujuk kembali atau berkahwin


semula.
29

NAFKAH EDDAH

Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan nafkah eddah?

Jawapan : Nafkah eddah bermaksud nafkah yang wajib diberikan oleh suami
kepada isterinya yang diceraikan dalam tempoh masa eddah selama 3 bulan
(tiga kali kitaran haid). Ianya meliputi nafkah untuk makan,minum pakaian
dan tempat tinggal iaitu rumah kelamin ataupun rumah sewa selepas
bercerai.

Namun jika suami bersetuju membayar nafkah untuk tempoh masa yang
lebih lama, tidak ada salahnya. Sebagai contoh ibu-ibu tunggal boleh
membuat perjanjian sebelum bercerai dengan suami untuk suami membayar
nafkah sehingga ibu tunggal tersebut berkahwin lain ataupun sehingga
suami meninggal dunia.

Tempoh masa pembayaran nafkah bagi wanita bukan Islam adalah sehingga
kematiannya atau suaminya dan sehingga wanita itu berkahwin lain.

Soalan : Bilakah hak nafkah eddah akan hilang?

Jawapan : Hak nafkah eddah akan hilang sesudah tamat tempoh eddah dan
jika didapati bersalah oleh Mahkamah Syariah melakukan Nusyuz.

Soalan : Apakah itu nusyuz dan kaitannya dengan nafkah eddah?

Jawapan : Tertakluk kepada hukum Syara’ dan pengesahan Mahkamah,


seseorang isteri tidak berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz iaitu
apabila dia cuba menjauhkan diri dari suaminya, meninggalkan rumah tanpa
izin dan membuat perkara yang bertentangan dengan kemahuan suami atau
enggan berpindah mengikut suami tanpa alasan yang sah mengikut
Syara.
30

Seksyen 59 AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM


(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984. Kuasa Mahkamah
memerintah nafkah bagi isteri, dan kesan nusyuz

Namun demikian apabila nusyuz itu terjadi akibat dari tindakan


atau berpunca dari suami, hak nafkah tidak gugur jika alasan itu
dibenarkan syara’. Sebagai contoh apabila isteri keluar rumah
untuk berkerja kerana suami tidak beri nafkah atau isteri keluar
rumah kerana dipukul dengan teruk oleh suami sehingga
membahayakan dirinya.

Soalan : Adakah nafkah eddah boleh dituntut walaupun telah lama


bercerai dan apabila bercerai nafkah eddah tidak dituntut?

Jawapan : Di dalam Perundangan Islam, prinsip hak adalah


membatasi masa. Hak ini boleh dituntut walaupun telah bercerai
bertahun-tahun lamanya namun lebih elok dituntut dalam tempoh
masa yang munasabah. Surah Al- Baqarah, sebahagian ayat 228
Allah telah berfirman bahawa seorang suami itu wajib memberi
nafkah kepada isterinya yang diceraikan dalam tempoh masa
eddah. Mahkamah Syariah mempunyai kuasa untuk
memerintahkan suami memberikan nafkah kepada isteri atau bekas
isterinya.

Soalan : Apakah jumlah atau kadar nafkah eddah yang boleh


dituntut?

Jawapan : Kadar nafkah eddah yang boleh dituntut akan


ditentukan oleh Hakim Mahkamah Syariah dan tiada panduan tetap
untuk menentukan kadarnya. Mahkamah akan mengasaskan
pentaksiran jumlah nafkah pada kemampuan suami dan keperluan
pihak-pihak dengan tidak mengira kadar nafkah itu berbanding
dengan pendapatan orang yang terhadapnya perintah itu dibuat.
31

Hak Menuntut Nafkah Anak

Untuk setiap anak, penjaga boleh menuntut jumlah nafkah yang diperlukan
untuk membiayai setiap anak, sehingga anak berumur 18 tahun jika anak
tidak menyambung pelajarannya selepas umur itu. Jika anak meneruskan
pelajaran, penjaga boleh menuntut pembiayaan wang pelajaran anak
tersebut. Nafkah anak perempuan sekiranya tidak berkerja bolehlah di
tuntut sehingga anak perempuan itu berkahwin. Tuntutan nafkah perlu
berasaskan kepada perbelanjaan sebenar. Tuntutan nafkah perlu terperinci
serta perlu dilampirkan segala resit dan dokumen untuk menyokong
tuntutan tersebut.

Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan nafkah anak?

Jawapan : Nafkah anak bermaksud nafkah yang wajib diberikan oleh bapa
untuk anak-anaknya walaupun selepas bercerai dengan ibu anak-anak
tersebut. Ianya meliputi nafkah untuk tempat tinggal, makanan, pakaian,
perubatan dan pelajaran buat anak-anaknya.

Soalan : Apakah jumlah atau kadar nafkah anak yang boleh dituntut?

Jawapan : Kadar nafkah anak yang boleh dituntut akan ditentukan oleh
Hakim Mahkamah Syariah dan tiada panduan tetap untuk menentukan
kadarnya.

Mahkamah akan mengasaskan pentaksiran jumlah nafkah atas kemampuan


dan keperluan pihak-pihak dengan mengira kadar nafkah itu berbanding
dengan pendapatan orang yang terhadapnya perintah itu dibuat.

Oleh itu ibu-ibu di galakkan untuk menuntut mengikut perbelanjaan sebenar


dengan memberikan bukti-bukti perbelanjaan seperti resit-resit asal dan
cuba dapatkan bukti pendapatan sebenar suami seperti slip gaji, salinan
photostat saham, buku akaun serta simpanan bank dan jika bekas suami
32

mempunyai syarikat sendiri ataupun merupakan pengarah syarikat,


dapatkan salinan pendaftaran dan penyata kira-kira.

Sekiranya terdapat kerelaan dan persetujuan bersama dari bekas suami


untuk membayar nafkah anak-anaknya, maka dinasihatkan agar
persetujuan itu dibuat secara bertulis dan boleh diajukan ke Mahkamah
semasa permohonan perintah persetujuan ini dibuat kelak. Perjanjian
bertulis penting untuk mengelakkan kekeliruan dan kesulitan yang mungkin
timbul kelak.

Soalan : Apakah yang perlu di buat apabila nafkah anak tidak mencukupi
selepas beberapa tahun berlalu?

Jawapan : Ibu-ibu boleh membuat permohonan kepada Mahkamah untuk


mengubah perintah nafkah yang telah diberi sebelumnya.

Mahkamah boleh atas permohonan seseorang yang ada kepentingan, pada


bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah, atau boleh pada bila-
bila masa membatalkan sesuatu perintah mengenai penjagaan atau nafkah
seseorang anak, jika Mahkamah berpuas hati bahawa perintah itu telah
diasaskan atas sesuatu salah pernyataan atau kesilapan fakta atau jika
sesuatu perubahan material telah berlaku tentang hal keadaan.

Seksyen 66. AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-


WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 Kuasa Mahkamah untuk mengubah
perintah nafkah

Ibu-ibu boleh memberikan bukti-bukti kepada Mahkamah bahawa suatu


perubahan material telah berlaku memandangkan anak-anak telah pun
membesar dan keperluan dan perbelanjaan anak juga telah meningkat dan
kadar nafkah yang diberikan selama ini tidak lagi cukup untuk menampung
perbelanjaan anak.
33

Soalan : Apakah yang perlu di buat apabila bekas suami gagal, enggan atau
dengan sengaja mengabaikan ataupun tidak mahu memberikan nafkah
anak?

Jawapan : Seorang bapa yang gagal atau sengaja tidak membayar nafkah
anak walaupun ada Perintah pembayaran nafkah dari Mahkamah telah
dengan sengaja mengingkari perintah Mahkamah tersebut dan telah
melakukan satu penghinaan Mahkamah.

Seksyen 69. Menuntut tunggakan nafkah

(1) Tunggakan nafkah yang tanpa jaminan boleh dituntut sebagai suatu
hutang daripada pihak yang mungkir itu dan, jika tunggakan itu terkumpul
kena dibayar sebelum suatu perintah penerimaan dibuat terhadap pihak
yang mungkir itu, tunggakan itu boleh dibuktikan dalam kebankrapannya
dan, jika tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum dia mati, tunggakan
itu hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar daripada harta
pusakanya.

(2) Tunggakan nafkah yang tanpa jaminan yang terkumpul kena dibayar
sebelum orang yang berhak kepadanya itu mati boleh dituntut sebagai suatu
hutang oleh wakil diri orang itu di sisi undang-undang orang itu.

Ibu-ibu boleh membuat permohonan kepada Mahkamah untuk Mahkamah


mengeluarkan perintah untuk mengenakan denda atau menjatuhkan
hukuman penjara ke atas bapa yang sengaja cuai mematuhi perintah nafkah
itu selama tempoh tidak melebihi satu bulan bagi tiap-tiap bulan nafkah yang
masih belum di bayar.

Selain dari itu, ibu-ibu juga boleh membuat permohonan kepada Mahkamah
untuk satu perlaksanaan perintah bagi mendapatkan nafkah anak. Perintah
perlaksanaan ini adalah untuk memastikan bahawa perintah nafkah yang
34

telah dikeluarkan oleh Mahkamah sebelum ini dilaksanakan oleh bekas


suami yang akan dikuatkuasakan oleh Mahkamah. Antara perintah
perlaksanaan yang boleh diminta adalah seperti berikut:

(i) Perintah Penyitaan dan Penjualan harta alih bekas suami untuk
membayar nafkah atau tunggakan nafkah anak.

(ii) Saman Penghutang Penghakiman iaitu suatu saman yang


dikemukakan kepada bekas suami untuk menerangkan kepada
Mahkamah mengapa bayaran nafkah itu tidak dibayar. Mahkamah
juga akan memberikan notis tunjuk sebab kepada bekas suami dan
boleh membuat sebarang perintah terhadap bekas suami untuk
membayar nafkah.

(iii) Prosiding Garnishmen- Mahkamah merampas barang-barang dari


bekas suami yang dalam milikan orang lain atau pihak ketiga untuk
diberikan kepada ibu-ibu sebagai bayaran nafkah anak.

(iv) Perintah Pengkomitan- Mahkamah merampas barang yang


diperintahkan supaya diserahkan kepada isteri sebagai bayaran
nafkah anak-anak.

(v) Perintah Penahanan Pendapatan- Perintah potongan gaji bekas


suami dari majikan sebagai bayaran nafkah anak-anak.

Namun demikian mengikut pengalaman dari kesemua pilihan-pilihan di atas,


hanya perintah pengkomitan ke penjara kerana menghina Mahkamah dan
perintah potongan gaji sahaja adalah perintah perlaksanaan yang boleh
dianggap sebagai efektif untuk mendapatkan nafkah anak dari suami yang
sengaja tidak mahu membayar nafkah anak.
35

Soalan : Apakah yang perlu di buat apabila bekas suami tidak mampu
memberikan nafkah anak, tidak berkerja, dalam penjara, tidak boleh
dikesan,hilang begitu sahaja atau telah mati?

Jawapan : Nafkah anak merupakan hak hakiki seorang anak yang dijamin
dalam Islam. Namun demikian sekiranya seorang bapa tidak mampu
memberikan nafkah anak, tidak berkerja, dalam penjara,tidak boleh
dikesan,hilang begitu sahaja atau telah mati, maka tanggungjawab ini harus
dipikul oleh waris lain bapa tersebut yang harus membantu.

Ibu-ibu boleh membuat permohonan kepada Mahkamah untuk Mahkamah


mengeluarkan perintah untuk seseorang yang bertanggungan dalam hukum
syara’ seperti bapa saudara atau datuk dari keluarga bapa supaya
menanggung nafkah, atau memberi sumbangan kepada nafkah kanak-kanak
jika bapa kanak-kanak itu telah mati atau tempat di mana bapanya berada
tidak diketahui atau jika dan setakat mana bapanya tidak berupaya
menanggung nafkah mereka.

Seksyen 72. Kewajipan menanggung nafkah anak

(1) Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah


memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang
lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam
jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan
bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, dan pelajaran
sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf
kehidupannya atau dengan membayar kosnya.

(2) Kecuali seperti tersebut di atas, adalah menjadi kewajipan seseorang yang
bertanggungan di bawah Hukum Syarak, supaya menanggung nafkah atau
memberi sumbangan kepada nafkah kanak-kanak jika bapa kanak-kanak itu
telah mati atau tempat di mana bapanya berada tidak diketahui atau jika
dan setakat mana bapanya tidak berupaya menanggung nafkah mereka.
36

MEMBUAT SAMAN DAN PENYATA TUNTUTAN

Permohonan untuk membuat tuntutan nafkah selalunya dibuat di


Mahkamah Rendah (Magistret) melalui saman.Seseorang ibu tunggal yang
ingin membuat tuntutan nafkah haruslah mengisi borang tuntutan nafkah
yang dibekalkan oleh pihak Mahkamah. Borang tersebut mengandungi
ruangan untuk butir-butir peribadi, Saman dan Penyata Tuntutan.Selepas
borang tersebut diisi berserta dengan Penyata Tuntutan yang lengkap,
salinan kad pengenalan pemohon (plaintif) dan salinan sijil cerai ianya
haruslah difailkan di Mahkamah untuk pihak Mahkamah menghantar
saman kepada bekas suami atau responden/defendan untuk hadir di
Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan.
37

CONTOH SAMAN
BORANG MS 2

AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH


(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998

(Perenggan 8(a))

SAMAN

(Tajuk Am)

Kepada ......................................................................................

(defendan yang dinamakan di atas) yang beralamat di


...................................................................................

Anda dengan ini disaman supaya hadir sama ada sendiri atau melalui
Peguam Syarie anda di hadapan Mahkamah .......................

Syariah di ................................................. pada hari


.................................... pada............................... hari
bulan..........................................

19 ..................................... pukul ........................................ pagi/petang,


untuk menjawab suatu tuntutan terhadap anda oleh plaintif yang
dinamakan di atas, yang butir-butirnya ada dinyatakan dalam pernyataan
tuntutan yang diendorskan di sini.

Ambil perhatian bahawa jika anda ingkar hadir di Mahkamah pada hari dan
masa yang ditetapkan, Mahkamah boleh terus mendengar dan
memutuskan kes tanpa kehadiran anda.
38

Dan ambil perhatian bahawa jika anda ingin membela diri terhadap
tuntutan itu, anda hendaklah memfailkan di Mahkamah ini yang
menyampaikan kepada plaintif suatu pembelaan dalam borang yang
ditetapkan sebelum tarikh yang tersebut di atas atau hadir di Mahkamah
pada tarikh itu.

Bertarikh................................................. hari bulan


........................................ 19 ...................
(Meterai)

.............................................
Hakim/Pendaftar
(Pengendorsan di belakang saman)
39

Penyata Tuntutan

Penyata Tuntutan haruslah ditandatangani oleh Pemohon atau boleh juga


dirujuk sebagai Plaintif dan/atau peguam syarienya. Ianya haruslah
mempunyai pernyataan yang ringkas lagi padat dalam perengan-perengan
yang bernombor. Ianya harus mengandungi fakta-fakta tentang butir-butir
tuntutan yang harus dijadikan sandaran dan kuasa tindakan tuntutan
tersebut. Butir-butir tuntutan yang dibuat haruslah mencukupi serta harus
disertakan dengan butir-butir relif-relif yang dituntut dan permohonan lain.

Pihak bekas suami atau atau boleh juga dirujuk sebagai responden/defendan
haruslah menfailkan satu Penyata Pembelaan di Mahkamah sekiranya beliau
mempertikaikan keseluruhan atau sebahagian tuntutan yang dipohon oleh
Pemohon/Plaintif dalam Penyata Tuntutannya. Satu salinan Penyata
Pembelaan juga haruslah diserahkan kepada pihak Pemohon/Plaintif.
40

PERBICARAAN DI MAHKAMAH

Menghadiri Pembicaraan

Jangkamasa pembicaraan bergantung kepada banyak faktor antaranya


seperti berikut:

- Pasangan mencari alasan untuk melengah-lengahkan dengan tidak


dapat hadir semasa pembicaraan; mengatakan surat memberitahu tarikh
pembicaraan tidak sampai.

- Peguam tidak dapat hadir kerana kerja atau kes lain

- Pihak hakim bercuti, berkursus, sakit dan sebagainya.

- Pihak mahkamah menangguh tarikh pembicaraan atas berbagai sebab.

Semasa Pembicaraan Ditentukan:

a) Tepat pada masa dan tempat: Kelambatan boleh mengakibatkan


penangguhan dan keputusan dibuat tanpa kehadiran.

b) Pakaian yang bersesuaian. Pakaian yang tidak sesuai boleh membuat


pihak tertentu bias terhadap anda.

c) Membawa semua dokomen asal dan bukti, seperti resit, gambar,


laporan polis, laporan doktor, dan dokumen lain yang berkenaan yang cukup
untuk mengukuhkan semua tuntutan.

d) Buat persediaan terlebih awal tentang apa yang cara untuk membuat
tuntutan dalam mahkamah, dan berlatih beberapa kali untuk
mengurangkan perasaan gugup sekiranya anda membela diri sendiri.
41

e) Menyuarakan hak dengan tegas dan berani. Ulangi jika perlu untuk
menunjukkan kesungguhan dan kejujuran dari isi hati dalam membuat
tuntutan.

f) Jangan menggunakan perkataan kesat dan lucah terhadap mana-


mana pihak. Hanya gunakan perkataan yang tegas dan benar dengan jelas
dan penuh keyakinan dan perasaan.

Masalah yang sering di hadapi di peringkat ini adalah seperti berikut:-

- Pembicaraan yang seringkali ditangguh

- Perjalanan pembicaraan yang tidak berjalan seperti diharapkan.

- Keputusan mahkamah yang tidak memuaskan.

- Peranan peguam yang tidak memuaskan.


42

Saksi

Semua orang Islam adalah layak untuk memberikan keterangan syahadah


atau bayyinah sebagai saksi dengan syarat bahawa mereka adalah aqil
baligh, adil, mempunyai ingatan yang baik dan tidak berprasangka.

Syahadah bererti apa-apa keterangan yang diberikan di Mahkamah dengan


menggunakan lafaz “asyhadu” untuk membuktikan suatu hak atau
kepentingan.

Bayyinah bererti keterangan yang membuktikan suatu hak atau


kepentingan dan termasuklah qarinah (fakta yang berkaitan atau
“circumstantial evidence”). Ini termasuk keterangan seorang bukan Islam,
tidak adil, belum baligh, pelupa, mempunyai kepentingan dan orang yang
dirajui keterangannya kerana hubungan buruk dengan penentang.

Undang-undang keterangan Islam dalam kes tuntutan mutaah


memerlukan keterangan dari 2 saksi lelaki atau 1 lelaki dan 2 orang
saksi perempuan.

Saksi-saksi bagi kes Nafkah haruslah seseorang yang mempunyai


pengetahuan mengenai kehidupan pihak yang menuntut. Ibu-ibu
tunggal boleh memanggil ibu bapa, adik beradik, jiran, kawan dan
semua pihak di mana mereka mempunyai pengetahuan melalui aduan
dan keluhan seperti kawan dan/atau ketua kampung,JKK dan ahli
Persatuan Ibu Tunggal.
43

Sepina

Bagi pihak-pihak yang enggan untuk hadir sebagai saksi walaupun


mereka mempunyai pengetahuan atas sebab-sebab tertentu, mereka
masih boleh dipanggil untuk memberi keterangan apabila pihak yang
menuntut memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan sepina.

Sepina berfungsi seperti saman mahkamah di mana pihak tersebut


harus hadir ke Mahkamah dan sekiranya gagal waran tangkap boleh
dikeluarkan oleh Mahkamah.

AKTA 585
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH
PERSEKUTUAN) 1998

BAHAGIAN XIV - KETERANGAN


BAB 2 - SEPINA

Seksyen 102. Permintaan bagi pengeluaran sepina.

(1) Sebelum suatu sepina dikeluarkan suatu permintaan dalam Borang MS


20 bagi pengeluaran sepina itu hendaklah difailkan di Mahkamah; dan
permintaan itu hendaklah mengandungi nama dan alamat pihak yang
meminta sepina itu dikeluarkan jika dia bertindak secara sendiri, atau nama
firma dan alamat perniagaan Peguam Syarie pihak itu.

(2) Pengeluaran sesuatu sepina terlaksana sebaik sahaja sepina itu


dimeteraikan oleh seorang pegawai Mahkamah.

Seksyen 104. Sepina supaya dokumen dikemukakan.


44

Mana-mana orang yang kepadanya disampaikan sepina supaya dia


mengemukakan dokumen atau benda sahaja telah mematuhinya dengan
secukupnya jika dia menyebabkan dokumen atau benda itu dikemukakan
tanpa hadir sendiri.

(3) Sesuatu sepina hendaklah mengikut salah satu bentuk dalam Borang MS
21, MS 22 atau MS 33, mengikut kehendak kes.

Seksyen 110. Penawaran perbelanjaan.

Seseorang saksi tidak boleh dipaksa hadir berdasarkan suatu sepina


melainkan jika sejumlah wang yang munasabah telah ditawarkan kepadanya
untuk menampung perbelanjaannya pergi ke Mahkamah, berada di
Mahkamah dan balik dari Mahkamah.

Seksyen 111. Afidavit mengenai penyampaian sepina.

Suatu afidavit yang difailkan bagi maksud membuktikan penyampaian


sesuatu sepina mestilah menyatakan bila, di mana, bagaimana dan oleh
siapa penyampaian itu telah dilaksanakan.
45

Ikatan Dokumen

Ikatan Dokumen- Ikatan dokumen adalah salinan segala dokumen


yang telah di failkan di Mahkamah oleh Plaintif. Dokumen ini haruslah
di ikat bersama atau binding dan di failkan di Mahkamah sebelum
perbicaraan. Ikatan dokumen adalah terdiri dari dokumen seperti
berikut
i) Saman dan Penyata Tuntutan
ii) Penyata Pembelaan ( di failkan oleh Defenden
iii) Jawapan kepada Penyata Pembelaan (sekiranya ada)
iv) Segala salinan resit-resit perbelanjaan (disusun dan
ditanda sebagai exhibit 1 dan seterusnya secara teratur)
v) Segala lapuran polis atau perubatan (sekiranya ada dan
disusun dan ditanda sebagai exhibit 1 dan seterusnya
secara teratur)
vi) Lain-lain salinan dokumen yang berkenaan
46

CONTOH PENYATA TUNTUTAN


TUNTUTAN NAFKAH EDDAH

PENYATA TUNTUTAN

DI DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI MALAYSIA


DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
SAMAN NO: 14001- 02-01- TAHUN 2019

Antara

Plaintif Sofia binti Husin

Dengan

Defendan Suhaimi bin Daud

PENYATA TUNTUTAN

1.Saya Plaintif dalam tuntutan ini.


2.Saya mempunyai alamat untuk penyampaian di No.100, Jalan
Cukai, Kg Baru Kuala Lumpur Wilayah Perseketuan.
47

3.Saya telah bercerai dengan Defendan Suhaimi bin Daud pada 2hb
Februari 2019 melalui perceraian taklik yang telah disabitkan di
Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan pada tarikh tersebut.

4.Perintah Perceraian Taklik yang diberikan oleh Mahkamah yang


mulia ini tidak memperuntukkan sebarang nafkah eddah ataupun
nafkah anak.

5.Saya ingin untuk membuat permohonan nafkah eddah terhadap


Defendan yang telah gagal, enggan atau cuai untuk membayar nafkah
eddah ini yang telah tertunggak sejak dari tarikh kami bercerai.

6.Kami semasa berkahwin telah dikurniakan 3 orang anak iaitu


seorang anak lelaki Azrul bin Suhaimi berumur 17 tahun, Affendi bin
Suhaimi berumur 6 tahun dan Aminah binti Suhaimi berumu r 12
tahun.

7.Pihak Defendan telah tidak langsung membayar duit nafkah eddah


sejak kami bercerai iaitu pada 2hb Februari 2009.

8,Defendan menyatakan (yang saya nafikan) bahawa saya tidak layak


mendapat nafkah kerana telah nusyuz apabila saya keluar berkerja dan
lari meninggalkan rumah. Saya mohon Defendan mengemukakan bukti
kukuh terhadap tuduhan tidak berasas ini.

9, Saya akan buktikan di Mahkamah ini dengan keterangan saksi-saksi


bahawa saya bukan isteri yang nusyuz kerana saya terpaksa berkerja
kerana Defendan tidak membayar duit perbelanjaan rumah dan lari
dari rumah apabila teruk dipukul oleh Defendan dan bimbangkan
keselamatan saya dan anak-anak. Tuduhan nusyuz ini tidak berasas
dan hanya bertujuan untuk menafikan hak saya untuk mendapat
nafkah yang wajib diberikan oleh seorang suami yang menceraikan
isterinya.
48

10. Saya melampirkan disini penyata perbelanjaan bulanan saya


sebagai asas untuk tuntutan nafkah eddah

PENYATA PERBELANJAAN BULANAN

Penyata Perbelanjaan Bulanan Sofia binti Husin (Plaintif )

(i) Perbelanjaan untuk Makanan Dan Keperluan Dapur

RM 722.00 sebulan

(dikira berdasarkan resit rasmi Pasaraya Maidin (dilampirkan


resit asal sebagai ekshibit WK 1) untuk jumlah sebanyak
RM180.50 seminggu. Jumlah perbelanjaan bulanan secara
purata adalah RM 180.50 X 4 minggu = RM 722.00.

(ii) Perbelanjaan Tempat Tinggal Sewa Rumah

RM 400.00 sebulan

(dikira berdasarkan resit rasmi bayaran sewa (dilampirkan


sebagai ekshibit WK 2) untuk jumlah sebanyak RM 400.00
sebulan (dilampirkan salinan yang diakui sah perjanjian
penyewaan sebagai ekshibit WK 3).

(iii) Perbelanjaan sampingan ( kontigensi) yang tidak tetap

RM 100.00 sebulan

(dikira berdasarkan bayaran purata untuk perbelanjaan


sampingan yang tidak tetap seperti pakaian dan perubatan
49

dan/ atau sebarang perbelanjaan kecemasan( kontigensi) yang


mungkin ditanggung oleh Plaintif sepanjang tempoh nafkah)

JUMLAH NAFKAH EDDAH RM 1222.00 sebulan

11. Plaintif menuntut jumlah keseluruhan RM1222.00


sebulan untuk tempoh eddah selama 3 bulan (3 kali kitaran
haid) yang masih lagi tertunggak sehingga hari ini untuk
jumlah keseluruhan sebanyak RM 1222.00 X 3 bulan
berjumlah RM3,666.00
JUMLAH NAFKAH EDDAH TERTUNGGAK KESELURUHAN
RM3,666.00

12. Sehingga hari ini pihak Defendan masih tidak lagi menjelaskan
tungakkan nafkah eddah tersebut

Oleh yang demikian pihak Plaintif memohon dari Mahkamah yang


mulia ini seperti berikut:

a) Nafkah Eddah tertunggak sebanyak RM3,666.00

b) Kos

c) Sebarang perintah yang difikirkan patut oleh Mahkamah


yang mulia ini.

Bertarikh hb 2020

Tandatangan Plaintif
50

CONTOH PENYATA TUNTUTAN

TUNTUTAN NAFKAH ANAK

PENYATA TUNTUTAN

DI DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI MALAYSIA


DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
SAMAN NO: 14001- 02-01- TAHUN 2019

Antara

Plaintif Sofia binti Husin

Dengan

Defendan Suhaimi bin Daud

PENYATA TUNTUTAN

1.Saya Plaintif dalam tuntutan ini.

2.Saya mempunyai alamat untuk penyampaian di No.100, Jalan


Cukai, Kg Baru Kuala Lumpur Wilayah Perseketuan.

3.Saya telah bercerai dengan Defendan Suhaimi bin Daud pada 2hb
Februari 2019 melalui perceraian taklik yang telah disabitkan di
Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan pada tarikh tersebut.
51

4.Perintah Perceraian Taklik yang diberikan oleh Mahkamah yang


mulia ini tidak memperuntukkan sebarang nafkah anak untuk tiga
orang anak saya

5.Saya ingin untuk membuat permohonan nafkah anak terhadap


Defendan yang telah gagal, enggan atau cuai untuk membayar nafkah
anak ini yang telah tertunggak sejak dari tarikh kami bercerai.

6.Kami semasa berkahwin telah dikurniakan 3 orang anak iaitu


seorang anak lelaki Azrul bin Suhaimi berumur 17 tahun, Affendi bin
Suhaimi berumur 6 tahun dan Aminah binti Suhaimi berumur 12
tahun.

7.Pihak Defendan telah tidak langsung membayar duit nafkah anak


sejak kami bercerai iaitu pada 2hb Februari 2019.

8. Defendan menyatakan (yang saya nafikan) bahawa beliau tidak


mampu untuk membayar nafkah anak ini.Saya mohon Defendan
mengemukakan bukti kukuh terhadap penyataan ini ini.

9, Saya akan buktikan di Mahkamah ini dengan keterangan saksi-saksi


bahawa Defendan memang mempunyai pendapatan dan simpanan yang
membolehkannya membayar nafkah anak tertunggak dan nafkah anak
bulanan

10. Saya melampirkan disini penyata perbelanjaan bulanan anak -anak


saya sebagai asas untuk tuntutan nafkah anak

PENYATA PERBELANJAAN BULANAN

Penyata Perbelanjaan Bulanan Anak-Anak (3 orang 17, 12 dan 6


tahun)
52

(a) Perbelanjaan untuk Makanan

RM 722.00 sebulan

(dikira berdasarkan resit rasmi Pasaraya Maidin untuk jumlah


sebanyak RM180.50 seminggu. Jumlah perbelanjaan bulanan
secara purata adalah RM 180.50 X 4 minggu = RM 722.00.

(b) Perbelanjaan Sewa Rumah

RM 400.00 sebulan

(dikira berdasarkan resit rasmi bayaran sewa untuk jumlah


sebanyak RM 400.00 sebulan.

(c) Perbelanjaan Persekolahan

RM 200.00 sebulan

(dikira berdasarkan resit rasmi bayaran tambang bas sekolah


sebanyak RM 50.00 seorang untuk 2 orang anak (dilampirkan
sebagai ekshibit WK 4) untuk jumlah sebanyak RM 100.00
sebulan dan resit rasmi bayaran tadika Baru sebanyak RM
50.00 untuk 1 orang anak (dilampirkan sebagai ekshibit WK
5). Plaintif menuntut bayaran tambahan RM 50.00 sebulan
secara purata untuk perbelanjaan duit belanja sekolah, buku
sekolah dan lain-lain perbelanjaan sekolah yang berkaitan
termasuk yuran sekolah dan PIBG)

(d) Perbelanjaan Insuran Takaful hayat dan pelajaran dan


tabungan anak-anak
53

RM 450.00 sebulan

(dikira berdasarkan resit rasmi bayaran Insuran Takaful


sebanyak RM 100.00 seorang untuk 3 orang anak (dilampirkan
sebagai ekshibit WK 6) untuk jumlah sebanyak RM 300.00
sebulan. Plaintif menuntut bayaran tambahan RM 150.00
sebulan secara purata untuk tabungan PTPN untuk anak-anak
demi menjamin masa hadapan anak-anak. Insuran Takaful
dan Tabungan anak-anak ini amat penting memandangkan
anak-anak ini adalah anak ibu tunggal. Hanya Insuran Takaful
dan Tabungan ini sahaja yang boleh membantu dan menjamin
masa depan mereka sekiranya sesuatu yang tidak diingini
terjadi pada Plaintif atau Defendan . Bayaran ini boleh dibayar
terus oleh Defendan ke akaun simpanan anak-anak secara
purata pada kadar tabungan sebanyak RM 50.00 seorang
untuk sebulan.).

(e) Perbelanjaan sampingan (kontigensi) yang tidak tetap


RM 150.00 sebulan

(dikira berdasarkan bayaran purata untuk perbelanjaan


sampingan yang tidak tetap seperti pakaian dan perubatan
dan/ atau sebarang perbelanjaan kecemasan( kontigensi) yang
mungkin ditanggung oleh Plaintif bagi pihak anak-anak
sepanjang tempoh nafkah pada kadar RM 50.00 seorang)
(f) Perbelanjaan Tahunan untuk hari keraian dan cuti
sekolah

RM 125.00 sebulan

(dikira berdasarkan bayaran purata untuk perbelanjaan


tahunan untuk hari keraian dan cuti sekolah untuk anak -anak
termasuk perbelanjaan persiapan Ramadan dan Hari Raya,
54

riadah dan percutian berjumlah RM 1500.00 setahun pada


kadar RM 500.00 seorang anak untuk setahun dan dibahagi
untuk 12 bulan untuk menyenangkan pihak Defendan
membuat bayaran bulanan sebanyak RM 125.00 sebulan),

JUMLAH NAFKAH ANAK (3 ORANG ANAK) RM 2047.00


sebulan

Plaintif menuntut jumlah nafkah anak bulanan yang


tertunggak dari tarikh perceraian pada 2.2.2019 sehingga hari
ini 18/6/2020 iaitu lebih kurang 16 bulan setengah pada
kadar RM 2047.00 sebulan yang masih lagi tertunggak
sehingga hari ini untuk jumlah keseluruhan sebanyak RM
2047..00 X 16.5 bulan berjumlah = RM 33,775.50 dan akan
berterusan sehingga tarikh Perintah Pembayaran Nafkah
tertunggak ini dibuat dan nafkah anak bulanan sebanyak RM
2047.00 dari tarikh Perintah Mahkamah untuk permohonan
ini dan berterusan sehingga tarikh tamat tempoh pembayaran
nafkah mengikut Syarak

JUMLAH NAFKAH ANAK TERTUNGGAK KESELURUHAN


RM 33,775.50

12. Sehingga hari ini pihak Defendan masih tidak lagi menjelaskan
tungakkan nafkah anak ini tersebut

Oleh yang demikian pihak Plaintif memohon dari Mahkamah yang


mulia ini seperti berikut:

A) Nafkah anak tertunggak sebanyak RM 33,775.50


55

B) Nafkah anak bulanan sebanyak RM 2047.00 dibayar terus


dengan potongan gaji Defendan ke akaun bank saya akaun CIMB
no: 4367000096 dari tarikh Perintah Mahkamah untuk
permohonan ini dan berterusan sehingga tarikh tamat tempoh
pembayaran nafkah mengikut Syarak.

C) Mahkamah memerintahkan kadar nafkah bulanan Anak Tersebut di


atas meningkat sebanyak lima peratus (5%) setahun ataupun
berdasarkan kadar inflasi tahunan.

D) Kos

E) Sebarang perintah yang difikirkan patut oleh Mahkamah yang


mulia ini.

Bertarikh hb 2021

PERBICARAAN SIMULASI DAN SKRIP PERBICARAAN SIMULASI


TUNTUTAN NAFKAH EDDAH DAN NAFKAH ANAK
PERBICARAAN SIMULASI (MOOT COURT)

PENGUMUMAN PENTING- PERBICARAAN SIMULASI INI DAN SKRIP


PERBICARAAN YANG DISEDIAKAN INI HANYALAH MERUPAKAN SATU
GARIS PANDUAN YANG DISEDIAKAN. IBU-IBU TUNGGAL YANG INGIN
MENGUNAKAN SKRIP DAN GARIS PANDUAN INI DISARANKAN UNTUK
MEMBUAT KAJIAN DAN RUJUKAN SENDIRI TERLEBIH DAHULU. IANYA
HANYA BERTUJUAN UNTUK MEMBANTU IBU-IBU TUNGGAL YANG TIDAK
56

MEMPUNYAI PEGUAM UNTUK MEMBUAT PERSIAPAN UNTUK MEMBELA


DIRI DI MAHKAMAH. KESEMUA WATAK-WATAK DAN FAKTA DALAM
KES INI ADALAH REKAAN SEMATA-MATA DAN TIDAK MEMPUNYAI
KAITAN DENGAN SEBARANG KES ATAU ORANG PERSENDIRIAN.

FAKTA-FAKTA DAN UNDANG-UNDANG YANG DIRUJUK HARUSLAH


DITELITI TERLEBIH DAHULU UNTUK MEMASTIKAN KESAHIHANNYA,
KESESESUAIANNYA DAN SAMADA IANYA BOLEH DIGUNAPAKAI DI
WILAYAH PERSEKETUAN BERDASARKAN UNDANG-UNDANG KELUARGA
ISLAM WILAYAH PERSEKETUAN. SEBARANG KESALAHGUNAAN TIDAK
BOLEH DISABITKAN KEPADA PENULIS YANG TIDAK MEMBERIKAN
SEBARANG JAMINAN TERHADAP KEBERKESANAN GARIS PANDUAN INI.

DISEDIAKAN OLEH: PROF HANIFAH SAYED MUHAMMAD LLB (HONS)


IIU, DSLP IIU.
57

PERMOHONAN TUNTUTAN NAFKAH DI NEGERI WILAYAH


PERSEKETUAN

LATARBELAKANG KES

Puan Sofia binti Husin dan Suhaimi bin Daud telah berkahwin di Wilayah
Perseketuan pada 19hb November 1989 dan masih lagi bermastautin
atau tinggal di Kuala Lumpur. Mereka berkahwin atas dasar suka sama
suka dan saling mencintai. Selepas berkahwin barulah Sofia menyedari
bahawa sebenarnya Suhaimi adalah seorang suami yang pemarah yang
suka memukul Sofia . Mereka sering bertengkar dan rumahtangga Sofia
tidak bahagia. Hasil dari perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan
tiga orang cahayamata iaitu seorang anak lelaki yang berumur 17 tahun
dan 16 tahun dan seorang anak perempuan berumur 12 tahun.

Selepas lebih kurang 20 tahun berkahwin, perangai Suhaimi masih lagi


belum berubah dan makin menjadi-jadi. Beliau langsung tidak
memperdulikan Sofia dan tidak memberikan wang perbelanjaan rumah
dan anak-anak walaupun mempunyai pendapatan yang agak besar. Beliau
sering menghabiskan wang gajinya dengan berpoya-poya dengan teman
wanita dan berjoli, sehingga Sofia terpaksa berkerja sebagai pengurus
kedai makan. Pada bulan Mei yang lepas, oleh kerana tidak tahan
menerima pukulan dari Suhaimi dan bimbangkan keselamatannya dan
anak-anak Sofia telah lari dari rumah dan tinggal menyewa dirumah
sewa berdekatan dengan rumah ibubapa Sofia di kampong Baru .

Sofia telah membuat permohonan untuk perceraian taklik di Mahkamah


Rendah Syariah Wilayah Perseketuan dan akhirnya telah menang kes
tersebut dan Mahkamah telah mensabitkan perceraian tersebut.
Walaubagaimanapun tidak ada sebarang perintah yang dibuat oleh
Mahkamah mengenai nafkah eddah dan nafkah anak. Sofia telah cuba
untuk meminta Suhaimi membayar nafkah eddah dan nafkah anak.
Suhaimi langsung tidak memperdulikan permintaan Sofia tersebut dan
58

menyatakan Sofia tidak layak untuk mendapat nafkah dan menuduh


Sofia sebagai seorang isteri yang nusyuz. Oleh kerana Suhaimi enggan
membayar nafkah, Sofia terpaksa menfailkan permohonan tuntutan
nafkah di Mahkamah Syariah Wilayah PerseketuanYP. Beliau tidak
mampu untuk mengambil peguam untuk mengendalikan kes tuntutan
nafkah ini dan tidak yakin dengan peguam dari Biro Bantuan Guaman
kerana mendengar banyak rungutan dari rakan-rakannya yang pernah
berurusan dengan pihak Biro dan juga kerana pendapatannya yang lebih
dari hak kelayakan Biro. Oleh yang demikian Sofia bertekad untuk
membela diri sendiri di Mahkamah.

WATAK-WATAK PENTING

PLAINTIF

Puan Sofia binti Husin seorang ibu tunggal yang telah cukup menderita.
Dahulunya beliau adalah seorang yang penakut dan pasif tetapi setelah
beliau berjaya mendapat perceraian taklik di Mahkamah tanpa bantuan
peguam, beliau telah menjadi lebih berani dan berkeyakinan. Beliau telah
menguatkan hati dan bertekad untuk mendapat hak nafkah eddah dan
nafkah anak-anak dari bekas suaminya dengan membela diri sendiri di
Mahkamah Syariah. Beliau telah mengikuti kursus tuntutan nafkah
anjuran KSWT dan bersedia untuk membela diri sendiri di Mahkamah.

DEFENDAN
Suhaimi bin Daud, suami kepada Plaintif . Seorang lelaki yang bengis dan
pendendam. Berkerja sebagai pengurus dan mempunyai pendapatan
tambahan tetapi berazam untuk tidak membayar nafkah serta
menyusahkan dan menyukarkan Plaintif dari mendapat nafkah atas
dasar dendam dan mahu Plaintif kembali rujuk dengan beliau sebagai
isteri dengan membuat tuduhan nusyuz palsu terhadap Plaintif untuk
menafikan hak nafkah untuk Sofia .
59

HAKIM
Datuk Wan Hasyim Al- Fansuri- Seorang hakim Mahkamah Syariah yang
adil dan berpengalaman dan juga terkenal dengan sikap tegasnya. Beliau
merupakan seorang hakim yang konservatif dan digeruni oleh oleh para
peguam syariah.

PEGUAM SYARIAH
Encik Hanifah Sayed Muhammad adalah peguam syariah kepada
Defendan . Beliau adalah seorang peguam yang tampan, berpengalaman
dan sangat licik. Beliau kerap mengunakan segala helah dan taktik-
taktik perundangan untuk menang kes.

SAKSI-SAKSI

1. Azrul bin Suhaimi- Anak kepada Plaintif dan Defendan . Hadir ke


Mahkamah sebagai saksi kepada ibunya.

2. Salman bin Khan- Ketua Kampung Baru dan juga jiran Plaintif dan
hadir ke Mahkamah sebagai saksi Plaintif

3. Zarina Awang- Isteri kepada Salman bin Khan dan juga jiran kepada
Sofia dan hadir sebagai saksi untuk menyokong keterangan Sofia

4. Zainal bin Ahmad- Pengurus besar Songket Wilayah Perseketuan


Sdn Bhd yang terpaksa hadir ke Mahkamah setelah di sepina oleh
Plaintif .

KAKITANGAN MAHKAMAH

1- Jurubahasa

2- Pegawai Polis Mahkamah


60

SKRIP PERBICARAAN

Hari Pertama : Sebutan Pertama

Hakim masuk ke dewan perbicaraan pada tepat pukul 9.00 pagi. Semua orang
harus berdiri dan hanya duduk selepas
Hakim mengucapkan salam dan duduk.

Jurubahasa : Assalamualaikum. Yang Arif, kes pertama pada hari


ini adalah kes mal bilangan 02- 01-2019 kes
permohonan tuntutan nafkah eddah antara Sofia binti
Husin iaitu Plaintif dan Suhaimi bin Daud sebagai
Defendan .

Jurubahasa memberikan fail kepada Hakim. Plaintif hadir dan mara


kehadapan. Defendan serta peguamnya tidak hadir.

Hakim : Boleh mula kes.

Plaintif : Assalamualaikum. Yang Arif, saya Sofia binti Husin


adalah Plaintif dalam tuntutan pada hari ini iaitu
Permohonan Tuntutan nafkah eddah. Yang Arif dengan
izin saya ingin memaklumkan bahawa saya juga ada
menfailkan satu permohonan tuntutan nafkah anak di
Mahkamah ini iaitu Kes Mal bilangan 03-02-2019
terhadap Defendan yang serupa. Oleh yang demikian
saya ingin memohon secara lisan kepada Mahkamah
yang mulia ini untuk kedua-dua kes ini digabungkan
atau dicantumkan mengikut peruntukkan dibawah
61

fasal 18 (1) Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah


(WILAYAH PERSEKETUAN) 1998..

Hakim : Permohonan Percantuman dibenarkan.

Plaintif : Terima kasih Yang Arif. Defendan iaitu suami saya


masih lagi tidak hadir. Saya bersedia untuk
meneruskan kes.

Hakim : Saman kepada Defendan tidak dapat disampaikan


kepadanya kerana Defendan tiada di rumah. Betul ke
alamat yang awak beri ini?

Plaintif : Betul Yang Arif, beliau tinggal di No. 1, Jalan Cukai.


Kuala Lumpur Wilayah Perseketuan.

Hakim : Sudah dua kali penghantar saman pergi kerumahnya,


tetapi Defendan tiada di rumah.Awak ada apa-apa
permohonan?

Plaintif : Ya, Yang Arif. Saya ingin memohon untuk saman


tersebut di tampal di alamat terakhir Defendan
sebagai penyampaian ganti Yang Arif. Saya akan
menfailkan permohonan ini yang disokong dengan
affidavit saya secepat mungkin mengikut peruntukkan
dibawah fasal 48 (1) dan (6) Akta Tatacara Mal
Mahkamah Syariah (WILAYAH PERSEKETUAN) 1998.

Hakim : Baik, permohonan penyampaian ganti dibenarkan.


Kes ini akan ditangguhkan ke18hb March 2020.
62

Plaintif : Yang Arif, 18 March 2020 ini terlalu lama iaitu 3


bulan dari hari ini. Saya mohon untuk tarikh yang
lebih dekat diberikan.

Hakim : Mahkamah ada banyak kes lain, bukan kes awak


sahaja. Walaubagaimanapun saya akan cuba. Baik kes
ini sekarang ditangguh pada 18/2/2020 dan saya
mahu awak melantik peguam pada perbicaraan akan
datang.

Plaintif : Terima kasih Yang Arif.

Hakim pun bangun dan semua orang juga bangun dan Hakim
kemudiannya meninggalkan dewan perbicaraan.
63

18/2/2020

Perbicaraan Kedua : Sebutan Kedua

Hakim masuk ke dewan perbicaraan pada tepat pukul 9.00 pagi. Semua orang
harus berdiri dan hanya duduk selepas Hakim mengucapkan salam dan duduk.

Jurubahasa: Assalamualaikum. Yang Arif, kes pertama pada hari


ini adalah kes mal bilangan 02- 01-2019
dicantumkan dengan kes kes mal bilangan 03-
02-2019 permohonan tuntutan nafkah eddah
dan nafkah anak antara Sofia binti Husin iaitu Plaintif
dan Suhaimi bin Daud sebagai Defendan .

Jurubahasa memberikan fail kepada Hakim. Plaintif hadir dan mara kehadapan.
Defendan serta peguamnya masih lagi tidak hadir.

Hakim : Boleh mula kes.

Plaintif : Assalamualaikum. Yang Arif, saya Sofia binti Husin


adalah Plaintif dalam tuntutan nafkah pada hari ini .
Defendan iaitu suami saya masih lagi tidak hadir.
Saya bersedia untuk meneruskan kes.

Hakim : Mana peguam awak? Macam mana nak mula kes?


64

Plaintif : Yang Arif, saya tidak mampu untuk mengambil


peguam. Lagipun saya bersedia untuk membela diri
saya sendiri.

Hakim : Awak boleh mohon peguam dari Biro bantuan


guaman.

Plaintif : Yang Arif, saya telah pergi ke Biro bantuan guaman


dan saya dapati mereka sangat sibuk dan tidak berapa
Iayan saya. Mereka juga menyatakan saya tidak layak
kerana mempunyai gaji lebih dari syarat. Yang arif,
saya mempunyai hak untuk membela diri sendiri
dalam Islam dan juga Undang-undang Keluarga
Syariah mengikut Akta Tatacara Mal Mahkamah
Syariah (WILAYAH PERSEKETUAN) 1998 Fasal 120
Bahagian Pendengaran yang menyatakan bahawa
mana-mana pihak boleh hadir sendiri atau melalui
Peguam Syarienya.

Hakim : Boleh ke awak buat kes sendiri? Awak tahu prosedur


ke? Kes ini kes susah, saya tidak mahu awak bazirkan
masa Mahkamah.

Plaintif : Yang Arif, saya telah bersedia dan telah mengambil


inisiatif untuk mempelajari undang-undang tuntutan
nafkah dalam Islam dan juga prosedur Mahkamah dari
buku-buku, akta dan juga bengkel persedian
perbicaraan Kelab Pembimbing Ibu Tunggal anjuran
KSWT

Hakim : Baik kalau awak nak buat sendiri, saya benarkan


tetapi pasal pihak Defendan tidak hadir saya
tangguhkan kes ini ke tarikh 18/5/2020.
65

Plaintif : Yang Arif, saya mohon untuk kes ini diputuskan tanpa
kehadiran Defendan dan sekiranya Mahkamah ini
masih ingin menangguhkan kes ini maka saya ingin
mohon kos diberikan kerana pihak Defendan tidak
hadir walaupun penyampaian ganti telah dibuat
secara menampal di alamat terakhirnya. Saya
terpaksa mengambil cuti pada hari ini dan bayar
tambang teksi ke sini. Saya mohon kos sebanyak
RM100.00 diberikan kepada saya dan dibayar pada
tarikh perbicaran akan datang.Saya juga ingin
memohon Mahkamah ini mengeluarkan waran
tangkap keatas Defendan kerana tidak hadir ke
Mahkamah dan ini adalah penghinaan kepada
Mahkamah yang mulia ini.

Hakim : Kita lihat pada tarikh akan datang samada Defendan


hadir atau tidak, barulah saya boleh keluarkan Waran
Tangkap. Pada hari ini Mahkamah tangguh kes ini
dengan kos.

Plaintif : Terima kasih Yang Arif.


Hakim pun bangun dan semua orang juga bangun dan Hakim
kemudiannya meninggalkan dewan perbicaraan.

18/5/2020

Perbicaraan Ketiga : Sebutan Ketiga

Hakim masuk ke dewan perbicaraan pada tepat pukul 9.00 pagi. Semua orang
harus berdiri dan hanya duduk selepas Hakim mengucapkan salam dan duduk.
66

Jurubahasa: Assalamualaikum. Yang Arif, kes pertama pada hari


ini adalah kes mal bilangan 02-01-2019 dicantumkan
dengan kes kes mal bilangan 03- 02-2019 kes
permohonan tuntutan nafkah eddah dan nafkah anak
antara Sofia binti Husin iaitu Plaintif dan Suhaimi bin
Daud sebagai Defendan .

Jurubahasa memberikan fail kepada Hakim. Plaintif hadir dan mara


kehadapan. Defendan serta peguamnya hadir.

Hakim : Boleh mulakan.

Peguam : Yang Arif, saya Hanifah Sayed Muhammad peguam kepada


pihak Defendan .

Plaintif : Yang Arif, saya Sofia binti Husin Plaintif dalam kes
ini. Saya bersedia untuk meneruskan kes.

Peguam : Yang Arif, saya baru sahaja dilantik dan baru sahaja
menerima saman. Saya harus menfailkan pembelaan.
Oleh itu, saya mohon kes ini ditangguhkan.

Hakim : Plaintif , ada bantahan?

Plaintif : Yang Arif, saya mahu kes diteruskan pada hari ini
juga.
67

Hakim : Atas dasar keadilan, dan disebabkan peguam baru


dilantik, maka saya tangguhkan kes ini ke tarikh
18/6/2020.

Plaintif : Yang Arif, atas dasar keadilan juga saya mohon tarikh
ini sebagai tarikh penangguhan terakhir dan saya
juga ingin maklumkan bahawa kos sebanyak
RM100.00 masih lagi belum dibayar kepada saya.

Hakim : Defendan baru datang mahkamah hari ini, bagi


peluang pada dia. Dia boleh bayar pada tarikh akan
datang.

Hakim pun bangun dan semua orang juga bangun dan Hakim
kemudiannya meninggalkan dewan perbicaraan.
68

18/6/2020

Perbicaraan Keempat : Sebutan Keempat

Hakim masuk ke dewan perbicaraan pada tepat pukul 9.00 pagi. Semua orang
harus berdiri dan hanya duduk selepas Hakim mengucapkan salam dan duduk.

Jurubahasa : Assalamualaikum. Yang Arif, kes pertama pada hari


ini adalah kes mal bilangan 02-01-2019 dicantumkan
dengan kes kes mal bilangan 03- 02-2019 kes
permohonan tuntutan nafkah eddah dan nafkah anak
antara Sofia binti Husin iaitu Plaintif dan Suhaimi bin
Daud sebagai Defendan .

Jurubahasa memberikan fail kepada Hakim. Plaintif hadir dan mara


kehadapan. Defendan serta peguamnya hadir.

Hakim : Boleh mulakan.

Plaintif : Assalamualaikum.Yang Arif, saya Sofia binti Husin


Plaintif dalam kes ini. Saya bersedia untuk
meneruskan kes.

Peguam : Assalamualaikum w.b.t. Saya Hanifah Sayed


Muhammmad, peguam bagi pihak Defendan dan saya
bersedia meneruskan kes.

Plaintif masuk ke dalam kandang saksi dan mengambil sumpah.


Sumpah dibacakan oleh Jurubahasa seperti berikut:
69

"Bismillahirrahmanirrahim, Saya Sofia binti Husin no. kad


pengenalan 670220-10-6231 dengan nama Allah dengan ini
berikrar akan bercakap benar tidak ada yang tidak benar kecuali
benar belaka".

Plaintif : Saya Sofia binti Husin yang beralamat di No.100,


Jalan Cukai, Kg Baru Kuala Lumpur telah bercerai
dengan Defendan Suhaimi bin Daud pada 2hb
Februari 2019 melalui perceraian taklik yang telah
disabitkan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah
Perseketuan pada tarikh tersebut. Saya lampirkan di
sini surat cerai saya yang asal (Plaintif beri surat
cerai asal kepada Jurubahasa).

Yang Arif, Perintah Perceraian Taklik yang diberikan


oleh Mahkamah yang mulia ini tidak
memperuntukkan sebarang nafkah eddah ataupun
nafkah anak. Saya lampirkan di sini Perintah
Perceraian Taklik tersebut. (Plaintif beri Perintah
Perceraian Taklik asal kepada Jurubahasa). Oleh yang
demikian saya hadir ke Mahkamah hari ini untuk
membuat permohonan nafkah eddah dan nafkah anak
terhadap Defendan yang telah gagal, enggan atau cuai
untuk membayar nafkah-nafkah ini yang telah
tertunggak sejak dari tarikh kami bercerai.

Yang Arif kami telah dikurniakan 3 orang anak iaitu


seorang anak lelaki Azrul bin Suhaimi berumur 17
tahun, Affendi bin Suhaimi berumur 6 tahun dan
Aminah binti Suhaimi berumur 12 tahun (dilampirkan
surat beranak anak-anak tersebut).
70

Yang Arif, pihak Defendan telah tidak langsung


membayar duit nafkah eddah dan nafkah anak sejak
dari tarikh kami bercerai iaitu pada 2hb Februari
2019. Apabila saya menelefon beliau dan meminta
bayaran nafkah sebagai duit perbelanjaan, beliau
langsung tidak mengendahkannya dan hanya beri duit
sedikit sahaja pada anak saya untuk belanja sekolah
sebanyak RM100 pada tiga bulan yang lepas. Beliau
menyatakan saya tidak layak mendapat nafkah kerana
telah nusyuz apabila saya keluar berkerja dan lari
meninggalkan rumah. Yang Arif, saya akan buktikan
di Mahkamah ini dengan keterangan saksi-saksi
bahawa saya bukan isteri yang nusyuz kerana saya
terpaksa berkerja kerana beliau tidak membayar duit
perbelanjaan rumah dan lari dari rumah apabila teruk
dipukul oleh beliau dan bimbangkan keselamatan
saya dan anak-anak. Tuduhan nusyuz ini tidak
berasas dan hanya bertujuan untuk menafikan hak
saya untuk mendapat nafkah yang wajib diberikan
oleh seorang suami.

Yang Arif, dengan izin saya ingin melampirkan


penyata perbelanjaan bulanan saya sebagai asas
untuk tuntutan nafkah eddah dan penyata
perbelanjaan bulanan anak-anak saya sebagai asas
untuk tuntutan nafkah anak. (Plaintif beri penyata
perbelanjaan bulanan kepada Jurubahasa).

PENYATA PERBELANJAAN BULANAN

Penyata Perbelanjaan Bulanan Sofia binti Husin (Plaintif )


71

a. Perbelanjaan untuk Makanan Dan Keperluan Dapur

RM 722.00 sebulan

(dikira berdasarkan resit rasmi Pasaraya Maidin (dilampirkan


resit asal sebagai ekshibit WK 1) untuk jumlah sebanyak
RM180.50 seminggu. Jumlah perbelanjaan bulanan secara
purata adalah RM 180.50 X 4 minggu = RM 722.00.

b. Perbelanjaan Sewa Rumah

RM 400.00 sebulan

(dikira berdasarkan resit rasmi bayaran sewa (dilampirkan


sebagai ekshibit WK 2) untuk jumlah sebanyak RM 400.00
sebulan (dilampirkan salinan yang diakui sah perjanjian
penyewaan sebagai ekshibit WK 3).

c. Perbelanjaan sampingan ( kontigensi) yang tidak tetap

RM 100.00 sebulan

(dikira berdasarkan bayaran purata untuk perbelanjaan


sampingan yang tidak tetap seperti pakaian dan perubatan
dan/ atau sebarang perbelanjaan kecemasan( kontigensi) yang
mungkin ditanggung oleh Plaintif sepanjang tempoh nafkah)

JUMLAH NAFKAH EDDAH RM 1222.00 sebulan


72

Plaintif menuntut jumlah keseluruhan RM1222.00 sebulan


untuk tempoh eddah selama 3 bulan (3 kali kitaran haid) yang
masih lagi tertunggak sehingga hari ini untuk jumlah
keseluruhan sebanyak RM 1222.00 X 3 bulan berjumlah
RM3,666.00

JUMLAH NAFKAH EDDAH TERTUNGGAK KESELURUHAN


RM3,666.00
73

PENYATA PERBELANJAAN BULANAN ANAK ANAK

Penyata Perbelanjaan Bulanan Anak-Anak (3 orang 17, 12 dan 6


tahun)

(g) Perbelanjaan untuk Makanan

RM 722.00 sebulan

(dikira berdasarkan resit rasmi Pasaraya Maidin untuk jumlah


sebanyak RM180.50 seminggu. Jumlah perbelanjaan bulanan
secara purata adalah RM 180.50 X 4 minggu = RM 722.00.

(h) Perbelanjaan Sewa Rumah

RM 400.00 sebulan

(dikira berdasarkan resit rasmi bayaran sewa untuk jumlah


sebanyak RM 400.00 sebulan.

(i) Perbelanjaan Persekolahan

RM 200.00 sebulan

(dikira berdasarkan resit rasmi bayaran tambang bas sekolah


sebanyak RM 50.00 seorang untuk 2 orang anak (dilampirkan
sebagai ekshibit WK 4) untuk jumlah sebanyak RM 100.00
sebulan dan resit rasmi bayaran tadika Baru sebanyak RM
50.00 untuk 1 orang anak (dilampirkan sebagai ekshibit WK
5). Plaintif menuntut bayaran tambahan RM 50.00 sebulan
secara purata untuk perbelanjaan duit belanja sekolah, buku
sekolah dan lain-lain perbelanjaan sekolah yang berkaitan
termasuk yuran sekolah dan PIBG)
74

(j) Perbelanjaan Insuran Takaful hayat dan pelajaran dan


tabungan anak-anak

RM 450.00 sebulan

(dikira berdasarkan resit rasmi bayaran Insuran Takaful


sebanyak RM 100.00 seorang untuk 3 orang anak (dilampirkan
sebagai ekshibit WK 6) untuk jumlah sebanyak RM 300.00
sebulan. Plaintif menuntut bayaran tambahan RM 150.00
sebulan secara purata untuk tabungan PTPN untuk anak-anak
demi menjamin masa hadapan anak-anak. Insuran Takaful
dan Tabungan anak-anak ini amat penting memandangkan
anak-anak ini adalah anak ibu tunggal. Hanya Insuran Takaful
dan Tabungan ini sahaja yang boleh membantu dan menjamin
masa depan mereka sekiranya sesuatu yang tidak diingini
terjadi pada Plaintif atau Defendan . Bayaran ini boleh dibayar
terus oleh Defendan ke akaun simpanan anak-anak secara
purata pada kadar tabungan sebanyak RM 50.00 seorang
untuk sebulan.)
(k) Perbelanjaan sampingan (kontigensi) yang tidak tetap

RM 150.00 sebulan

(dikira berdasarkan bayaran purata untuk perbelanjaan


sampingan yang tidak tetap seperti pakaian dan perubatan
dan/ atau sebarang perbelanjaan kecemasan( kontigensi) yang
mungkin ditanggung oleh Plaintif bagi pihak anak-anak
sepanjang tempoh nafkah pada kadar RM 50.00 seorang)

(l) Perbelanjaan Tahunan untuk hari keraian dan cuti


sekolah
75

RM 125.00 sebulan

(dikira berdasarkan bayaran purata untuk perbelanjaan


tahunan untuk hari keraian dan cuti sekolah untuk anak-anak
termasuk perbelanjaan persiapan Ramadan dan Hari Raya,
riadah dan percutian berjumlah RM 1500.00 setahun pada
kadar RM 500.00 seorang anak untuk setahun dan dibahagi
untuk 12 bulan untuk menyenangkan pihak Defendan
membuat bayaran bulanan sebanyak RM 125.00 sebulan),

JUMLAH NAFKAH ANAK (3 ORANG ANAK) RM 2047.00


sebulan

Plaintif menuntut jumlah nafkah anak bulanan yang


tertunggak dari tarikh perceraian pada 2.2.2019 sehingga hari
ini 18/6/2020 iaitu lebih kurang 16 bulan setengah pada
kadar RM 2047.00 sebulan yang masih lagi tertunggak
sehingga hari ini untuk jumlah keseluruhan sebanyak RM
2047..00 X 16.5 bulan berjumlah = RM 33,775.50 dan akan
berterusan sehingga tarikh Perintah Pembayaran Nafkah
tertunggak ini dibuat dan nafkah anak bulanan sebanyak RM
2047.00 dari tarikh Perintah Mahkamah untuk permohonan
ini dan berterusan sehingga tarikh tamat tempoh pembayaran
nafkah mengikut Syarak

JUMLAH NAFKAH ANAK TERTUNGGAK KESELURUHAN RM33,775.50

Plaintif : Yang Arif saya juga ingin membuat permohonan


untuk nafkah anak sementara untuk jumlah
sebanyak RM 2047.00 sebulan yang harus
berkuatkuasa serta merta dan terus berkuatkuasa
76

sehingga perintah kekal di buat oleh Mahkamah


mengikut peruntukkan Seksyen 70 Akta Undang-
Undang Keluarga Islam (WILAYAH PERSEKETUAN)
1984. Ini adalah disebabkan saya tidak tahu berapa
lama perbicaraan ini akan berlarutan sedangkan
anak-anak saya perlukan duit perbelanjaan itu
sekarang. Hak nafkah anak-anak tidak patut
ditangguhkan dan diabaikan oleh Defendan .

Hakim : ( Hanya menganggukkan kepala)

Plaintif : ( dengan nada tegas dan suara yang kuat) Yang Arif
saya ingin Mahkamah membuat keputusan untuk
permohonan untuk nafkah anak sementara ini
sekarang juga.

Hakim : Sabarlah sikit, saya akan buat keputusan di akhir


perbicaraan pada hari ini.

Plaintif : Terima kasih Yang Arif, dengan izin saya ingin


meneruskan keterangan saya

Hakim : Awak boleh teruskan keterangan.


Plaintif : Yang Arif pihak Defendan telah gagal membayar
nafkah eddah saya dan langsung tidak
memperdulikan nafkah eddah tertunggak ini
sehingga hari ini manakala nafkah anak hanya
dibayar RM 100 tiga bulan yang lepas apabila dia
melawat anak-anak buat pertama kali sejak kami
bercerai. Beliau langsung tidak mengendahkan
nafkah anak yang tertunggak ini.Oleh kerana itu saya
terpaksa bekerja di Restoran Alisan sebagai
pengurus kedai makan dengan gaji sebanyak
77

RM1000.00 sebulan dan mengambil upah menjahit


untuk menampung perbelanjaan anak-anak yang
sememangnya tidak mencukupi. Saya risaukan masa
depan anak-anak saya dan bertekad untuk menuntut
hak nafkah mereka dari Defendan yang tak
bertanggung jawab ini.

Yang Arif, pihak Defendan berkerja sebagai


pengurus di syarikat Jusuh Enterprise dan
mempunyai pendapatan sebanyak RM 6,000.00
sebulan, Saya lampirkan di sini salinan slip gaji
Defendan pada bulan Januari 2019 iaitu satu bulan
sebelum kami bercerai. (Plaintif beri salinan slip gaji
Defendan kepada Jurubahasa). Defendan juga
mempunyai pendapatan tambahan yang tidak tetap
dengan menjadi agen pemasaran sebuah kilang
songket iaitu WILAYAH PERSEKETUAN Songket Sdn
Bhd. Beliau pernah memberitahu saya bahawa beliau
mendapat komisyen jualan sebanyak lebih kurang
RM2,000 hingga RM 3,000 sebulan.

Yang Arif, saya pernah berjumpa dengan Encik


Zainal bin Ahmad, pengurus besar WILAYAH
PERSEKETUAN Songket Sdn Bhd Sdn Bhd untuk
mendapatkan penyata komisyen pihak Defendan
tetapi beliau enggan memberikan penyata-penyata
komisyen tersebut dan tidak berkerjasama dengan
saya. Oleh yang demikian saya telah membuat satu
permintaan kepada Mahkamah yang mulia ini untuk
mengeluarkan Sepina di bawah fasal 102 dan 104
Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (WILAYAH
PERSEKETUAN) 1998 kepada En Zainal untuk hadir
ke Mahkamah sebagai saksi dan membawa penyata
78

komisyen bulanan pihak Defendan ke Mahkamah


untuk saya membuktikan takat kemampuan dan
pendapatan Defendan .

Yang Arif, pihak Defendan memang mampu untuk


membayar nafkah tertunggak yang diminta oleh saya
kerana beliau mempunyai duit simpanan ASB yang
lebih dari RM 100,000.00. Saya pohon Mahkamah
yang mulia ini untuk memerintahkan Defendan
mengemukakan salinan slip gaji terkini, buku akaun
bank, salinan penyata kad kredit terkini dan buku
simpanan ASB beliau semasa beliau memberikan
keterangan kelak. Dengan pendapatan dalam
lingkungan RM8,000.00 hingga RM9,000.00 sebulan,
beliau dengan senang boleh membayar nafkah-
nafkah yang dipohon oleh saya pada hari ini. Tetapi
beliau dengan sengaja tidak membayar nafkah-
nafkah ini dengan alasan beliau tidak ada duit. Yang
sebenarnya beliau memang suka berjoli dan
mempunyai banyak teman wanita. Saya percaya
kalau beliau tidak ada duit adalah disebabkan beliau
berbelanja untuk tujuan yang tidak berfaedah.

Yang Arif, berdasarkan keterangan saya ini, saya


dengan ini memohon Yang Arif untuk memberikan
perintah untuk pihak Defendan membayar nafkah
eddah tertunggak saya berjumlah RM3,666.00 dan
nafkah anak-anak yang tertunggak berjumlah RM
33,775.50 dan membayar nafkah bulanan
anak berjumlah RM 2047.00 sebulan dengan cara
pemotongan gaji Defendan secara terus ke akaun
bank saya iaitu akaun CIMB bernombor
79

214459800025.Sekian sahaja keterangan saya yang


arif.

Hakim : En. Hanifah, ada soalan yang hendak ditanya pada


Plaintif ?

Peguam : Ya, Yang Arif, Puan Sofia , benarkah semasa


berkahwin dengan Defendan , awak telah keluar
berkerja walaupun di larang oleh Defendan ?

Plaintif : Ya, saya keluar berkerja kerana wang perbelanjaan


yang di beri oleh Defendan tidak mencukupi.

Peguam : Benarkah semasa berkahwin dengan Defendan , awak


selalu melanggar arahan beliau sebagai suami dan
bersikap kurang ajar malah awak juga telah lari dari
rumah dan membawa anak-anak tanpa kebenaran
suami?

Plaintif : Yang Arif, saya memang telah keluar rumah kerana


tidak tahan dipukul oleh pihak Defendan . Kalau saya
tinggal dalam rumah itu saya mungkin sudah mati
pada hari ini. Ya, memang kami ada bergaduh,
Apabila saja saya meminta duit beliau akan naik
darah dan terus membelasah saya.

Peguam : Puan Sofia , jawap ya atau tidak, Puan Sofia dipukul


kerana bersikap kurang ajar dan dipukul oleh
Defendan apabila Puan Sofia menghina beliau dan
mencakar beliau?

Plaintif : Tidak. Ini tidak benar.


80

Peguam : Puan Sofia juga selalu berleter, selalu saja mencari


gaduh dengan Defendan , tidak mendengar cakap
beliau, selalu keluar rumah tanpa kebenaran dan
telah tidak tinggal bersama Defendan selama 5 bulan
lsebelum kamu bercerai. Jawab betul atau tidak?

Plaintif : Tidak betul Yang Arif, saya dan anak-anak tak di beri
nafkah…..i

Peguam : Jawap ya atau tidak sahaja ! saya tak minta


penjelasan.

Plaintif : Apa yang dikatakan oleh peguam adalah tidak benar.

Peguam : Puan Sofia, awak tinggal di rumah besar dan serba


kemewahan. Awak tidak henti-henti menuduh
Defendan tidak memberikan nafkah sedangkan awak
berkahwin dengan dia sudah 20 tahun. Kalau benar
Defendan tak beri nafkah, saya rasa awak dan anak-
anak tak akan berada disini pada hari ini tetapi dah
mati kebuluran. Yang sebenarnya, awak sengaja
mencari pasal dengan Defendan . Apabila Defendan
menyuruh awak berhenti kerja untuk mengelakkan
fitnah, awak menuduh dia tidak beri nafkah dan
memukul awak. Awak sebenarnya suka berkerja
supaya awak dapat berpoya-poya dengan tuan punya
kedai makan itu. Tak hairanlah kalau awak dulu
pelayan tapi sekarang dah jadi pengurus. Apa yang
awak buat sampai naik pangkat begitu cepat hah.
Awak telah memenuhi kesemua kriteria seorang isteri
yang nusyuz Saya menghujahkan bahawa awak Puan
Sofia adalah seorang isteri yang nusyuz dan tak
layak mendapat nafkah eddah.
81

Plaintif : Yang Arif, tuduhan peguam ini adalah langsung


tidak benar dan tidak berasas sama sekali. Yang
sebenarnya tuduhan nusyuz ini bukan diungkitkan
buat kali pertama pada hari ini. Semasa perbicaraan
perceraian taklik saya dahulu soal nusyuz ini telah
dibangkitkan juga. Tetapi Mahkamah telah
mendapati saya tidak nusyuz. Saya tidak boleh
dibicarakan untuk tuduhan yang sama untuk dua
kali. Ini hanyalah helah peguam Defendan untuk
menafikan hak saya mendapat nafkah eddah. Peguam
ataupun Defendan tidak layak untuk menuduh saya
nusyuz, hanya Mahkamah yang boleh mensabitkan
saya nusyuz dan semasa perbicaraan perceraian
taklik saya, Mahkamah tidak pula mensabitkan saya
dengan nusyuz. Saya memohon Mahkamah yang
mulia ini melarang peguam dari membangkitkan soal
nusyuz ini lagi dan jika peguam masih berdegil, saya
mohon Mahkamah mensabitkan peguam dengan
tindakan menghina Mahkamah.

Peguam : Awak hanya jawap soalan, awak jangan hendak


pandai-pandai mengajar mahkamah ini.

Hakim : Encik Hanifah, ada tak sebarang penyabitan nusyuz


dikenakan pada Plaintif semasa perbicaran kes
perceraian dahulu?

Peguam : Tidak ada Yang Arif, tetapi itu hanya kes perceraian
dan bukan kes tuntutan nafkah eddah. Soal nusyuz
adalah sangat relevan untuk menentukan samada
Plaintif layak mendapat nafkah eddah atau tidak.
82

Hakim : Saya dapati tidak ada penyabitan nusyuz di buat


walaupun soal ini telah dibangkitkan dahulu . Kalau
Defendan tidak puas hati dan mahu isu ini disiasat,
satu pengaduan rasmi harus dibuat kepada
Pendakwa Syarie. Buat masa ini awak jangan
bangkitkan soal nusyuz ini lagi. Teruskan soalan.

Peguam : Puan Sofia , awak memohon nafkah eddah sebanyak


RM 1222.00 sebulan. Bukankah ini keterlaluan
sedangkan awak juga memohon nafkah anak
sebanyak RM 2047.00 . Jadi semuanya berjumlah
RM3269 .00 sebulan. Lepas itu awak tuntut
tunggakan nafkah berpuluh ribu pula. Awak ingat
Defendan ini tauke balak ke? Awak ingat Mahkamah
ini tempat awak mengikis harta dan awak ingat
Defendan tidak ada perbelanjaan lain ke?

Plaintif : Yang Arif, tuntutan –tuntutan nafkah ini adalah


berdasarkan pada perbelanjaan sebenar yang saya
sokong dengan resit-resit rasmi. Perbelanjaan ini
adalah perbelanjaan yang perlu dan penting sahaja
tanpa ada unsur-unsur kemewahan atau
pembaziran. Ini adalah hak nafkah saya dan anak-
anak yang mengikut peruntukkan syarak dan
undang-undang keluarga Islam. Saya juga akan
buktikan bahawa pihak Defendan mampu untuk
membayar tuntutan nafkah ini dengan keterangan
saksi serta bukti pendapatan.

Peguam : Tetapi bukti resit Pasaraya Maidin serta lain -lain


resit ini, tidak semestinya betul. Saya juga bol eh
lampirkan resit sebarang pasaraya dan kata ini
perbelanjaan sebenar saya. Awak boleh kutip resit ini
83

ditepi jalan dan kata ini perbelanjaan sebenar awak,


sedangkan ianya adalah resit palsu. Bukankah begitu
Puan Sofia

Plaintif : Resit-resit ini adalah asli dan bukan palsu. Kalau


perlu saya boleh buktikan dengan keterangan saksi.
Resit sewa rumah, tadika dan bas sekolah jika perlu
saya boleh mendapatkan keterangan bersumpah dari
tuanpunya yang mengeluarkan resit tersebut
ataupun jika Mahkamah mengarahkan saya boleh
panggil mereka datang ke Mahkamah sebagai saksi.
Tetapi yang arif resit Pasaraya Maidin dan Insuran
Takaful takkan saya kena panggil kerani kaunter
untuk datang ke Mahkamah. Entah dia ingat saya
atau tidak. Resit ini hanya boleh saya buktikan
dengan keterangan saksi saya iaitu anak saya.

Peguam : Puan Sofia, Insuran dan tabungan bukanlah nafkah


yang diperuntukkan oleh syarak. jawab betul atau
tidak.

Plaintif : Tidak benar Yang Arif. Tabungan adalah merupakan


simpanan untuk perbelanjaan pengajian tinggi
anak-anak manakala Insuran Takaful pula
adalah perbelanjaan saradiri anak-anak
sekiranya sesuatu berlaku pada Defendan . Ini
adalah sebahagian dari nafkah yang perlu
diberi oleh Defendan .

Peguam : Awak jangan berlagak pandai. Bukankah tabungan


itu adalah untuk perbelanjaan masa depan yang
belum tentu. Macammana Defendan nak bayar
untuk perbelanjaan yang beliau tidak tahu
84

tujuannya. Entah-entah awak pula yang akan


habiskan duit itu nanti. Defendan boleh menabung
untuk anak-anak beliau sendiri jika beliau mahu.
Ianya lebih selamat dari jatuh ke tangan awak.
Defendan juga tidak payah bayar nafkah sekiranya
beliau telah meninggal dunia kerana tempoh
pembayaran nafkah tamat selepas seseorang itu
meninggal. Jadi soal Insuran ini tak timbul. Saya
hujahkan permohonan awak untuk Tabungan dan
Insuran ini ditolak oleh Mahkamah yang mulia ini
kerana ianya bukanlah nafkah yang diperuntukkan
oleh syarak.

Plaintif : Yang Arif, tabungan boleh dibuat dalam bentuk


simpanan tetap PTPN atau ASB atas nama anak-
anak. Insuran hanya untuk menjamin masa depan
anak-anak. Saya akan hujahkan dengan lebih lanjut
lagi semasa pengulungan kes nanti yang Arif.

Peguam : Puan Sofia , apa pula bendanya ini nafkah untuk


keraian dan riadah. Awak ingat orang bayar nafkah
untuk awak berjoli? Nafkah anak hanya untuk
keperluan asas sahaja. Awak tidak boleh
membebankan Defendan dengan tuntutan yang
bukan-bukan yang merupakan pembaziran dan
bermewah-mewah. Islam mengalakkan umatnya
hidup dalam kesederhanaan. Saya hujahkan nafkah
untuk keraian dan riadah ini ini tak perlu. Nafkah
asas untuk makan, minum dan pakaian sahaja
sudah cukup menepati syarak.
85

Plaintif : Yang Arif, saya tidak setuju. Nafkah untuk hari


keraian dan riadah ini bukan bermakna kami hendak
berjoli. Ini adalah perbelanjaan sebenar yang akan
ditanggung oleh semua orang semasa hari keraian
seperti hari Raya. Anak-anak saya juga perlu untuk
membeli baju raya semasa hari Raya dan menikmati
juadah di pasar Ramadan. Mungkin anak-anak
peguam tak pakai baju raya tapi anak-anak saya
perlu dan saya rasa ini adalah tanggungjawab
Defendan sebagai bapa. Ianya juga sudah menjadi
lumrah untuk orang pergi bercuti akhir tahun.
Adakah anak ibu tunggal tidak layak untuk bercuti?
Yang Arif saya hanya memohon nafkah untuk anak -
anak saya hidup seperti insan-insan biasa yang lain
tanpa kekurangan. Ini bukan bermakna saya hendak
berjoli atau bermewah jauh sekali untuk menunjuk-
nunjuk. Saya menuntut nafkah berdasarkan
keperluan anak-anak dan cara hidup rakyat Malaysia
yang biasa dan normal dan juga melihat pada
kemampuan Defendan . Nafkah-nafkah untuk
keraian dan riadah ini pernah diberi oleh Mahkamah
Syariah sebagai nafkah anak. Jadi soal nafkah asas
tidak timbul jika Defendan mampu dan saya akan
buktikan di Mahkamah ini bahawa Defendan
memang mampu.

Peguam : Puan Sofia , awak menuntut nafkah eddah


tertunggak, sedangkan awak yang lari dari rumah.
Kenapa Defendan harus bayar nafkah ini. Kalau awak
kembali taat dan rujuk dengan Defendan sudah tentu
awak tidak merempat macam ini.
86

Plaintif : Yang Arif, saya mohon Mahkamah menegur peguam


kerana menggunakan perkataan kesat. Beliau
langsung tidak ada rasa hormat kepada Mahkamah.

Peguam : Awak hanya jawab soalan. Awak jangan hendak


pandai-pandai perintah Mahkamah yang bukan-
bukan.

Hakim : Di dalam Mahkamah semua orang mesti mengunakan


bahasa yang baik dan bukan bahasa kesat.
Mahkamah bukan tempat untuk bergaduh. Peguam
jangan gunakan bahasa kasar lagi, Plaintif awak
boleh jawab soalan

Plaintif : Yang arif Defendan mesti menerima hakikat bahawa


beliau dan saya sudah bercerai dan saya tidak ingin
untuk rujuk dan hidup kembali dengan beliau.
Nafkah eddah adalah nafkah yang diberi oleh suami
untuk isteri yang bercerai. Soal saya tak layak pasal
lari dari rumah tidak timbul kerana saya lari selepas
dipukul teruk dan bimbangkan keselamatan saya dan
anak-anak. Malah saya juga sudah buat repot polis
dan telah mendapat Perintah Perlindungan
Sementara atau IPO dari hakim Mahkamah sivil.
Yang penting nafkah eddah ini belum dibayar dan
masih tertunggak sehingga hari ini.

Peguam : Nafkah anak yang awak minta ini keterlaluan. Nafkah


ini juga takkan tertunggak kalau anak-anak ada
dengan Defendan . Awak bawa lari anak, lepas itu
awak nak tuntut nafkah anak pulak. Kalau awak tak
87

mampu pulangkan sahaja anak-anak kepada


Defendan !
Plaintif : Yang arif, saya sudah jelaskan bahawa nafkah ini
dituntut berdasarkan perbelanjaan sebenar tetapi
peguam masih berpura-pura tidak faham. Pihak
Peguam dan Defendan cuba untuk menafikan hak
nafkah anak-anak saya sedangkan ini adalah
tanggungjawab pihak Defendan sebagai bapa.
Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Perseketuan
juga memerintahkan bapa untuk membayar nafkah
anak tanpa mengira siapa yang menjaga anak itu.
Jadi soal sama ada saya mampu atau tidak bukanlah
persoalan utama. Pihak Defendan tidak boleh lari
dari tanggungjawab membayar nafkah ini dan nafkah
tertunggak anak-anak saya adalah hutang yang
harus dilangsaikan oleh Defendan .

Peguam : Tetapi Defendan tidak mampu. Walaupun beliau


berkerja tetapi beliau ada banyak perbelanjaan dan
hutang. Macam mana nak bayar kalau beliau tidak
ada duit. Awak hendak beliau bergolok gadai?

Plaintif : Yang arif, sekali lagi saya jelaskan bahawa Defendan


mampu berdasarkan pendapatan beliau. Nafkah anak
harus dilangsaikan walau dengan apa cara sekalipun.

Peguam : (mengeleng kepala) saya tidak ada soalan lain Yang


Arif.

Hakim : Plaintif , Awak ada saksi lain.

Plaintif : Ya, Yang Arif. Saya ada empat orang saksi.


88

Hakim : Oleh kerana, hari dah petang, maka saya akan


tangguhkan kes ini ke tarikh lain. Saya juga
benarkan permohonan pihak Plaintif untuk nafkah
sementara anak yang berkuatkuasa dengan serta
merta untuk jumlah bulanan sebanyak RM 2047.00
seperti yang diminta. tetapi jumlah ini hanya jumlah
sementara sahaja yang perlu dibayar sehingga
keputusan untuk Perintah kekal di akhir perbicaraan
ini. Jumlah nafkah sebenar akan saya tentukan
diakhir perbicaraan ini Saya tangguhkan kes ke tarikh
!8 hb Julai 2020.

Plaintif : Terima kasih yang arif, tetapi sebelum Mahkamah


bersurai saya ingin Mahkamah memerintahkan
untuk Defendan mengemukakan salinan slip gaji
terkini, buku akaun bank, salinan penyata kad kredit
terkini dan buku simpanan ASB beliau semasa beliau
memberikan keterangan kelak di perbicaraan akan
datang.

Hakim : Peguam sila pastikan

Peguam : Ya, Yang Arif.


89

18/7/2020

Perbicaraan Hari Kedua

Hakim masuk ke dewan perbicaraan pada tepat pukul 9.00 pagi. Semua orang
harus berdiri dan hanya duduk selepas Hakim mengucapkan salam dan duduk.

Jurubahasa : Assalamualaikum. Yang Arif, kes pertama pada hari


ini adalah kes mal bilangan 02-01-2019 dicantumkan
dengan kes kes mal bilangan 03- 02-2019 kes
permohonan tuntutan nafkah eddah dan nafkah anak
antara Sofia binti Husin iaitu Plaintif dan Suhaimi bin
Daud sebagai Defendan .

Jurubahasa memberikan fail kepada Hakim. Plaintif hadir dan mara


kehadapan. Defendan serta peguamnya hadir.

Hakim : Boleh mulakan.

Plaintif : Assalamualaikum, Yang Arif, hari ini untuk sambung


perbicaraan dan saya ingin panggil saksi pertama
saya Azrul bin Suhaimi.

Pegawai polis keluar dari kamar mahkamah dan melaungkan nama Azrul bin
Suhaimi . Saksi masuk ke mahkamah dan pergi ke kandang saksi. Beliau
memberikan kad pengenalan kepada jurubahasa dan mengambil sumpah.

Peguam : Yang Arif, saya bantah kerana saksi ini adalah anak
kepada Plaintif dan Defendan . Ini akan menjejaskan
90

perhubungan baik antara bapa dan anaknya dan


ianya juga adalah tidak adil kepada anak ini kerana
terpaksa memberi keterangan terhadap bapa
kandungnya sendiri. Ini adalah prejudis dan atas
dasar keadilan saya memohon untuk saksi ini tidak
dibenarkan untuk memberi keterangan.

Hakim : Plaintif awak ada apa-apa nak cakap?

Plaintif : Yang Arif saya merujuk kepada Akta Keterangan


Mahkamah Syariah (WILAYAH PERSEKETUAN) 1997
Fasal 85 (2) yang mengatakan keterangan seorang
anak bagi ibubapanya boleh diterima sebagai
Syahadah dan Bayinnah. Atas dasar tersebut saya
mohon mahkamah membenarkan saksi ini iaitu anak
saya memberikan keterangan.

Hakim : Boleh teruskan kes.

Plaintif : Azrul bin Suhaimi .

Saksi Plaintif Azrul bin Suhaimi dipanggil.

SAKSI 1 : AZRUL BIN SUHAIMI

Plaintif : Beritahu nama, no. kad pengenalan dan alamat.

Saksi : Saya Azrul bin Suhaimi , No. k/p 930210-10-4321


beralamat No. 100, Jalan Cukai, Kg Baru , Kuala
Lumpur

Plaintif : Apakah hubungan awak dengan saya?


91

Saksi : Emak saya.

Plaintif : Tahu tujuan hadir ke Mahkamah hari ini?

Saksi : Menjadi saksi bagi kes tuntutan nafkah antara emak


dan ayah.

Plaintif : Awak tahu berapa nafkah yang diberi oleh bapa


selepas emak dan bapa bercerai dan adakah ianya
mencukupi?

Saksi : Bapa hanya beri RM100.00 pada saya lebih kurang 3


bulan lepas dan ianya tidak mencukupi untuk beli
barang keperluan rumah dan kos kehidupan harian.

Plaintif : Adakah awak selalu ikut emak untuk beli barang


keperluan rumah?

Saksi : Ya, saya selalu ikut emak pergi ke Pasaraya Maidin


seminggu sekali.

Plaintif : Awak tahu lebih kurang berapa perbelanjaan emak di


Pasarraya Maidin dan apakah barang-barang yang di
beli oleh emak?

Saksi : Kalau tidak silap lebih kurang RM 700 sebulan dan


barang-barang yang dibeli merupakan barang-barang
keperluan dapur seperti beras, ikan ,ayam, minyak
dan lain-lain barang.

Plaintif : Bagaimanakah awak pergi sekolah bersama adik


perempuan awak?
92

Saksi : Saya naik bas sekolah bersama adik.

Plaintif : Awak tahu berapa emak bayar kos tambang bas


sekolah?

Saksi : RM 50 seorang untuk sebulan.

Plaintif : Adakah adik lelaki awak pergi tadika dan berapa kos
tadika itu jika ada?

Saksi : Ya, adik saya pergi tadika Baru dan kosnya lebih
kurang RM 50 juga sebulan.

Plaintif : Adakah awak tahu samada emak ada ambil insuran


untuk awak dan adik-adik?

Saksi : Ya, saya tahu kerana saya yang selalu tolong emak
bayar insuran takaful dikaunter takaful, Jalan Cukai
, K.T untuk 3 orang anak sebanyak RM 300.

Plaintif : Siapakah yang bayar duit belanja sekolah awak dan


adik-adik, yuran sekolah dan lain-lain perbelanjaan
adik-adik awak?

Saksi : Emak

Plaintif : Awak tahu di mana bapa awak berkerja dan berapa


gaji beliau?

Saksi : Ayah berkerja di Jusuh Enterprise dan agen


pemasaran diWILAYAH PERSEKETUAN Songket Sdn
Bhd. Gaji di Jusuh Enterprise kalau tak silap saya
93

lebih kurang RM6.000.00. Komisyen jual songket


saya tak tahu kerana tak tetap tapi beribu ringgit
juga.

Plaintif : Awak rasa bapa awak mampu bayar nafkah awak dan
adik-adik yang berjumlah lebih kurangi RM 2047.00?

Saksi : Kalau berdasarkan pendapatan ayah, memang


mampu

Plaintif : Adakah pernah bapa awak bayar untuk perbelanjaan


awak dan adik-adik awak selepas bercerai dengan
emak?

Saksi : Setahu saya tidak ada kerana emak selalu merunggut


ayah lupa tanggungjawabnya. Emak juga pernah
menyuruh saya menelefon ayah untuk minta duit
tetapi ayah kata dia sengket dan berjanji akan bayar
bila dia dapat duit komisyen jual songket, tapi
sampai hari ini tak pernah bayar.

Plaintif : Adakah awak dan adik-adik perlukan baju raya


apabila hari raya menjelang dan awak rasa adakah
perlu untuk awak dan adik-adik pergi melancong
sekali sekala semasa cuti sekolah?

Saksi : Sudah tentu, walaupun bukan untuk saya tetapi


untuk adik-adik. Mereka masih kecil dan tidak tahu
susahnya emak mencari duit

Plaintif : Terima kasih , saya tidak ada soalan lain Yang Arif.
94

SESI SOAL BALAS

Hakim : Encik Hanifah, ada soal balas?

Peguam : Ya, Yang Arif.

Peguam : Bagaimana awak tahu bapa tidak memberi nafkah?

Saksi : Emak beritahu saya.

Peguam : Jadi yang sebenarnya awak tidak tahu samada bapa


awak ada beri duit terus kepada emak. Bukankah
begitu En Azrul

Saksi : Ya, saya tak tahu tapi setahu saya bapa tak beri duit
terus kepada emak

Peguam : Jawab tahu atau tidak? Jangan nak cakap berbelit-


belit

Saksi : Saya tak tahu.

Peguam : Mana awak tahu bil Pasaraya Maidin itu RM700


sebulan. Saya hujahkan awak telah diberitahu
mengenai perkara ini oleh emak awak sebelum awak
hadir ke Mahkamah hari ini? Awak juga telah berlatih
menjawab soalan-soalan emak awak sebelum ini.
Sebab itu awak boleh jawab dengan jelas. Bukankah
begitu Azrul.
95

Saksi : Tidak benar, saya tahu kerana saya ikut emak ke


Pasaraya Maidin dan tolong emak angkat barang. Saya
tahu jawapan kepada semua soalan kerana saya ambil
tahu sebagai anak lelaki sulong di dalam rumah yang
tidak ada bapa.

Peguam : Awak hanya tahu tentang gaji ayah awak tapi awak
tak tahu tentang perbelanjaannya bukan dan awak
juga tak tahu sama ada dia mampu bayar untuk
nafkah sehingga dua ribu lebih ringgit sebulan untuk
awak dan adik-adik awak? Adakah awak dan adik-
adik awak benar-benar perlukan lebih kurang dua
ribu ringgit sebulan untuk hidup sedangkan kos
hidup awak sebelum ini sangat rendah ataupun emak
awak hanya tuntut nafkah ikut suka hati dia sahaja/

Saksi : Saya tak tahu perbelanjaan ayah sekarang kerana tak


tinggal bersamanya. Tetapi saya rasa kalau emak
tuntut lebih kurang RM 2000 untuk nafkah saya dan
adik-adik, mungkin itu adalah perbelanjaan
sebenarnya kerana sebelum ini pun hanya emak
sahaja yang tahu tentang perbelanjaan kami kerana
dia yang bayar.

Peguam : Kalau betullah bapa awak tak bagi duit kepada emak
awak, awak rasa kenapa agaknya beliau bersikap
begitu?
96

Saksi : Saya tak tahu. Tetapi saya rasa walau apa sebabpun
ayah patut bayar nafkah untuk saya dan adik-adik.
Saya kasihankan emak saya dan adik-adik.

Peguam : Yang sebenarnya, ayah awak mahukan awak dan


adik-adik awak tinggal dengan dia. Emak awak bawa
awak dan adik-adik lari tanpa kebenaran ayah awak.
Sebab itu dia tak bagi duit supaya bila emak awak
rasa susah dia akan pulangkan awak dan adik-adik
awak kepadanya.

Saksi : Ini tak adil. Mengapa kami yang jadi mangsa?


Mengapa kalau emak dan ayah bergaduh, duit nafkah
kami pula tidak dibayar?

Peguam : Sebab ayah awak sayangkan awak dan mahu awak


dan adik-adik awak kembali kepadanya. Lagipun
hidup awak susah bersama ibu awak.

Saksi : Biar kami susah tapi kami tetap ingin bersama emak.
Emak sudah banyak menderita

Peguam : Saya tidak ada soalan lain Yang Arif.

Plaintif : Yang Arif, saya ada satu soalan tambahan.

Hakim : Silakan.

Plaintif : Adakah awak rasa patut untuk bapa awak untuk tidak
membayar nafkah hanya atas dasar dia mahukan
awak dan adik-adik kembali tinggal dengan dia.?
97

Saksi : Memang tidak patut. Kalau rindu sangat boleh datang


berjumpa dengan kami tapi jarang datang pulak. Ini
hanya alasan untuk menyusahkan emak.

Plaintif : Saya tidak ada soalan lain Yang Arif.

Hakim : Saksi dibebaskan.

Saksi keluar dari kandang saksi dan terus keluar dari bilik Mahkamah
kemudian Plaintif memanggil saksi kedua Salman bin Khan. Pegawai poils
keluar dari kamar mahkamah dan melaungkan nama Salman bin Khan. Saksi
masuk ke mahkamah dan pergi ke kandang saksi. Beliau memberikan kad
pengenalan kepada jurubahasa dan mengambil sumpah.

SAKSI 2 : SALMAN BIN KHAN

Plaintif : Beritahu nama, no kad pengenalan dan alamat.

Saksi : Salman bin Khan No. K/P 500410-10-6543


beralamat di No102, Jalan Cukai, Kampung
Baru , Kuala WILAYAH PERSEKETUAN.

Plaintif : Apakah hubungan Encik dengan saya?

Saksi : Saya adalah jiran sebelah rumah awak dan juga


ketua kampung Baru

Plaintif : Tahu tujuan hadir ke Mahkamah hari ini?

Saksi : Menjadi saksi bagi kes tuntutan nafkah antara awak


dan suami awak.
98

Plaintif : Bagaimanakah perhubungan Encik dengan saya?

Saksi : Perhubungan awak dengan saya rapat kerana awak


kawan kepada isteri saya dan hidup berjiran. Saya
juga anggap awak sebagai anak angkat saya dan juga
sebagai ketua kampung awak banyak memberitahu
saya dan isteri tentang masalah awak menuntut
nafkah dari suami.

Plaintif : Adakah Encik kenal dengan Respondan.

Saksi : Tak berapa kenal, tapi saya tahu beliau adalah suami
awak.

Plaintif : Adakah Encik tahu samada respondan ada memberi


nafkah kepada saya dan anak-anak?

Saksi : Saya tahu nafkah dari segi duit tidak diberi kerana
awak selalu meminta bantuan dari saya dan isteri.

Plaintif : Adakah Encik percaya dengan apa yang diberitahu


oleh saya?

Saksi : Ya, saya percaya dan yakin dengan apa yang


dikatakan awak kerana awak telah memberitahu saya
dan isteri mengenai perkara ini sejak 1 tahun lepas
dan saya juga diberitahu mengenai perkara ini oleh
anak-anak awak.
99

Plaintif : Adakah awak tahu perbelanjaan rumah saya?

Saksi : Secara terperinci saya tak tahu, tapi awak beli barang
rumah dari Pasaraya Maidin kerana isteri saya selalu
ikut awak. Anak awak dua orang pergi sekolah naik
bas sekolah dan awak hantar anak kecil awak ke
tadika Baru .

Plaintif : Secara kasar dengan melihat gaya hidup saya dan


anak-anak, awak rasa berapa perbelanjaan saya dan
anak-anak?

Saksi : Saya rasa mesti lebih dari RM 2,000, kerana awak ada
2 orang anak yang bersekolah. Perbelanjaan saya dan
isteri pun lebih kurang banyak itu, sedangkan kami
hanya hidup berdua.

Plaintif : Saya tidak ada soalan lain.

Hakim : En Hanifah, ada soalan balas?

Peguam : Ya, Yang Arif.

Peguam : Sejak bila Defendan tidak memberi nafkah


bagaimana awak tahu mengenai perkara ini?

Saksi : Sejak satu tahun lepas dan saya hanya diberitahu


oleh Plaintif .

Peguam : Jadi yang benarnya awak tidak tahulah samada


Defendan betul-betul tidak memberi nafkah?

Saksi : Ya, saya tidak tahu.


100

Peguam : Awak ada ikut Plaintif pergi Maidin ke untuk awak


tahu perbelanjaannya?

Saksi : Tidak, saya hanya mengagak sahaja dengan


membandingkan dengan perbelanjaan rumah saya.

Peguam : Awak bukan akauntan bertauliah untuk tahu


perbelanjaan dengan hanya melihat cara hidup
seseorang itu.

Saksi : Alah, apa yang susahnya, kami hidup berjiran


mestilah tahu lebih kurang gaya hidup jiran kita. Tak
payah jadi akauntan untuk tahu

Peguam : Awak sudah berkahwin kan En. Salman?

Saksi : Ya, nama isteri saya Zarina Binti Zaki.

Peguam : Berapa umur isteri awak?

Saksi : Lebih kurang 60 tahun.

Peguam : Awak sangat rapat dengan Plaintif . Isteri awak tak


cemburu ke awak baik dengan janda anak tiga?

Saksi : Tak lah, apa nak cemburu, saya pun dah jadi datuk.
Plaintif macam anak saya juga.

Peguam : Saya hujahkan bahawa sebenarnya awak merancang


untuk mengambil Plaintif sebagai isteri kedua awak.
101

Sebab itu awak beria-ia untuk menolong Plaintif dan


datang ke Mahkamah untuk menjadi saksi Plaintif .

Saksi : (Beristifar) Plaintif seperti anak saya sendiri. Saya


langsung tidak ada niat lain selain dari mendapatkan
keadilan untuk beliau. Sebagai Ketua Kampung saya
mempunyai tanggungjawab moral untuk menolong
ibu-ibu tunggal. Saya datang ke Mahkamah hari ini
kerana Plaintif meminta saya tolong untuk menjadi
saksi kerana beliau tidak ada saksi lelaki. Kes nafkah
macam ini memerlukan 2 saksi lelaki yang tidak
berkepentingan. Saya rela datang Mahkamah kerana
saya mempunyai pengetahuan sendiri mengenai kes
in dan mahu keadilan ditegakkan. Saya tidak ada niat
lain. Awak patut malu dengan diri sendiri. Pantang
kita tolong perempuan dia kata ada niat lain.

Peguam : Tidak ada soalan lain.

Hakim : Plaintif , ada soalan lain?

Plaintif : Tidak ada Yang Arif.

Hakim : Saksi dibebaskan.

Saksi keluar dari kandang saksi dan terus keluar dari bilik Mahkamah
kemudian Plaintif memanggil saksi ketiga Zarina binti Zaki. Pegawai polis keluar
dari kamar mahkamah dan melaungkan nama Zarina binti Zaki. Saksi masuk
ke mahkamah dan pergi ke kandang saksi. Beliau memberikan kad pengenalan
kepada jurubahasa dan mengambil sumpah.
102

SAKSI 3 : ZARINA BINTI ZAKI

Plaintif : Beritahu nama, no. kad pengenalan dan alamat.

Saksi : Saya Zarina binti Zaki, no. k/p 490611-02-6743


beralamat di No102, Jalan Cukai, Kampung
Baru , Kuala WILAYAH PERSEKETUAN.

Plaintif : Apakah hubungan kakak dengan pihak saya?

Saksi : Awak adalah rakan saya sejak dari 1 tahun lepas dan
juga merupakan iiran sebelah rumah saya.

Plaintif : Tahu tujuan hadir ke Mahkamah hari ini?

Saksi : Menjadi saksi bagi kes tuntutan nafkah antara awak


dan suami..

Plaintif : Kakak tahu ke mengenai kes saya ini?

Saksi : Ya saya tahu kerana perhubungan awak dengan saya


rapat macam adik beradik. Awak banyak
memberitahu saya dan suami tentang masalah awak
dengan bekas suami dan anak-anak.

Plaintif : Adakah Kakak kenal dengan Defendan ?

Saksi : Saya diberitahu bahawa beliau adalah suami awak.

Plaintif : Adakah Kakak pernah mengikut saya pergi ke


Pasaraya Maidin untuk beli barang rumah saya.?
103

Saksi : Ya, saya selalu mengikut awak kerana saya


menumpang kereta awak berbelanja di Maidin Bagus
beli barang di Maidin kerana semua barang ada dan
harganya pun murah.

Plaintif : Jadi Kakak tahulah berapa lebih kurang perbelanjaan


saya jika ke Maidin?

Saksi : Dalam RM 150 hingga RM 200 seminggu. Sebulan tu


lebih kurang RM700 lah..

Plaintif : Adakah kakak tahu tentang perbelanjaan saya yang


lain?

Saksi : Tak pasti, saya rasa hanya perbelanjaan untuk anak-


anak macam duit belanja sekolah anak-anak dan duit
tadika. Awak pun jarang keluar makan hanya makan
di rumah saja

Plaintif : Adakah kakak tahu samada respondan ada memberi


nafkah kepada saya dan anak-anak?

Saksi : Mana dia ada beri! Semuanya awak kena tanggung


sendiri

Plaintif : Adakah kakak percaya bahawa saya tak dapat nafkah


dari bekas suami?
104

Saksi : Ya, saya percaya dan yakin. Sejak satu tahun lepas
saya melihat awak bertungkus lumus ambil upah
menjahit untuk menampung perbelanjaan anak-
anak. Saya pun tak pernah lihat bekas suami awak
datang untuk menjengok anak-anak. Apa punya
manusia macam ini!

Plaintif : Saya tidak ada soalan lain Yang Arif.

Hakim : En Hanifah, ada soalan balas?

Peguam : Ya, Yang Arif.

Peguam : Sejak bila Defendan tidak memberi nafkah dan


bagaimana kakak tahu mengenai perkara ini?

Saksi : Satu tahun lepas, kan saya dah cakap si Sofia tu


dengan saya macam adik beradik, mestilah dia
berkongsi masalah dengan saya.

Peguam : Mana Kakak tahu kalau dia berbohong. Mungkin


Defendan masukkan duit dalam akaunnya

Saksi : Saya tak percaya.

Peguam : Saya hujahkan bahawa sebenarnya kakak hanya ingin


menolong Plaintif sebab dia kawan kakak. Sebab itu
Kakak tidak sedar bahawa dia telah mempermainkan
kakak dan menggunakan kakak untuk
membusukkan nama bekas suaminya. Lebih baik
kakak berhati-hati. Janda anak tiga ni tak boleh
105

dipercayai, kalau dia boleh tinggalkan suaminya


mungkin dia juga boleh rampas suami kakak.

Saksi : Awak cakap baik-baik. Awak ingat semua ibu tunggal


gilakan suami orang. Plaintif adalah orang yang
jujur. Hanya tuhan sahaja yang tahu susahnya
membesarkan anak-anak tanpa suami. Awak jangan
buat fitnah kalau tidak ada bukti. Buruk padahnya
nanti. Saya tolong dia sebab saya kasihankan dia tak
ada saksi. Apa guna kita berjiran kalau tidak tolong
menolong..

Peguam : Saya tidak ada soalan lain.

Hakim : Plaintif ada soalan lain?

Plaintif : Tidak ada Yang Arif.

Hakim : Saksi dibebaskan.

Saksi keluar dari kandang saksi dan terus keluar dari bilik Mahkamah
kemudian Plaintif memanggil saksi ke empat Zainal bin Ahmad. Pegawai poils
keluar dari kamar mahkamah dan melaungkan nama Zainal bin Ahmad. Saksi
masuk ke mahkamah dan pergi ke kandang saksi. Beliau memberikan kad
pengenalan kepada jurubahasa dan mengambil sumpah.
106

SAKSI 4 : ZAINAL BIN AHMAD

Plaintif : Beritahu nama, no kad pengenalan dan alamat.

Saksi : Zainal bin Ahmad No. K/P 650220-01-4567 beralamat


di Songket WILAYAH PERSEKETUAN Sdn Bhd, Lot
112, Kg Industri Losong, WILAYAH PERSEKETUAN .

Plaintif : Tahu tujuan hadir ke Mahkamah hari ini?

Saksi : Tak tahu, saya kena sepina untuk hadir di Mahkamah


pada hari ini dan bawa penyata pendapatan Suhaimi
Awang.

Plaintif : Boleh beritahu Mahkamah di mana awak berkerja dan


apa jawatan awak

Saksi : Saya adalah Pengurus Besar di Songket WILAYAH


PERSEKETUAN Sdn Bhd.

Plaintif : Adakah awak kenal dengan Respondan?

Saksi : Ya, dia adalah salah seorang agen pemasaran part


time di syarikat saya.

Plaintif : Boleh awak beritahu Mahkamah berapa pendapatan


Defendan ?

Saksi : Pendapatannya tak tetap, dia hanya menerima


komisyen tertakluk pada jumlah bisnes yang dia
bawa. Mengikut penyata pendapatan ini jumlah
komisyen dia bulan lepas lebih kurang RM3000.
107

Plaintif : Penyata pendapatan Defendan ini untuk berapa


lama?

Saksi : Penyata ini untuk rekod komisyen sepanjang tahun


ini.

Plaintif : Bagaimana cara awak bayar komisyen ini?

Saksi : Saya bayar secara tunai pada akhir bulan. Dia datang
ambil sendiri..

Plaintif : Boleh tak awak serahkan salinan penyata pendapatan


Defendan kepada Mahkamah untuk rekod
Mahkamah?

Saksi : Kalau Mahkamah minta, saya bagi tapi saya tak mahu
bertanggung jawab kerana penyata pendapatan ini
adalah rahsia. Nanti saya pulak yang kena saman.

Hakim : Mahkamah ada kuasa untuk mendapatkan apa


sahaja dokumen. Awak jangan bimbang kerana ini
adalah bidang kuasa Mahkamah.

Jurubahasa mengambil salinan penyata pendapatan dan


menyerahkan pada hakim.

Plaintif : Sekiranya Mahkamah menyuruh awak membayar


komisyen pihak Defendan kepada saya, adakah awak
ada bantahan?
108

Saksi : Kalau Mahkamah perintahkan apa saya boleh buat


tetapi saya hanya akan patuh jika Suhaimi masih
berkerja dengan saya.

Plaintif : Saya tidak ada soalan lain.

Hakim : En Hanifah, ada soalan balas?

Peguam : Ya, Yang Arif.

Peguam : Encik Zainal mengikut penyata pendapatan , ini ada


bulan-bulan yang pihak Defendan langsung tidak
ada komisyen. Awak bersetuju

Saksi : Ya, pada bulan Mei dan Jun yang lepas Defendan
langsung tak ada sales.

Peguam : Jadi penyata ini tak tetap dan tidak boleh dijadikan
sebagai rujukan pendapatan sebenar Defendan .
Adakah awak bersetuju dengan saya?.

Saksi : Ya, saya bersetuju.

Peguam : Tidak ada soalan lain.

Hakim : Plaintif , ada soalan lain?

Plaintif : Tidak ada Yang Arif.

Hakim : Saksi dibebaskan.


109

Hakim : En Hanifah, awak boleh mula dengan saksi pertama


awak.

Peguam : Terima kasih Yang Arif. Saksi pertama saya adalah


Defendan , Encik Suhaimi bin Daud.

Defendan pergi ke kandang saksi. Beliau memberikan kad pengenalan


kepada jurubahasa dan mengambil sumpah.

DEFENDAN : SUHAIMI BIN DAUD

Peguam : Nyatakan nama, no. kad pengenalan dan alamat

Saksi : Saya Suhaimi bin Daud, no. kad pengenalan 670510 -


10-4232 beralamat di No. 1, Jalan Cukai Kuala
Lumpur, WILAYAH PERSEKETUAN.

Peguam : Encik Suhaimi , adakah awak pernah memberikan


nafkah eddah kepada Plaintif selepas awak bercerai
dan jika tidak pernah kenapa awak tak bagi?

Saksi : Saya tidak bagi kerana bagi saya dia tak layak dapat
nafkah eddah dan merupakan isteri yang nusyuz?

Peguam : Encik Suhaimi , kenapa awak kata dia nusyuz


sedangkan awak tidak ambil apa-apa tindakan
terhadap dia?

Saksi : Tak ambil tindakan tak bermakna dia tak nusyuz.


Saya tak ambil tindakan terhadap dia kerana tidak
mahu memalukan anak-anak saya. Saya kasihankan
110

anak-anak pasal orang akan mengata tetapi dia


memang isteri yang nusyuz pasal selalu tak dengar
cakap, bergaduh dengan saya dan keluar rumah
tanpa kebenaran.

Peguam : Kenapa pula awak tak bagi nafkah kepada anak-anak?

Saksi : Sebab dia bawa lari anak. Saya mahu dia pulangkan
anak-anak saya. Bukan soal saya tak boleh bagi
makan untuk anak-anak saya sendiri. Saya mampu
tanggung anak-anak. Saya ingat kalau dia susah bagi
makan anak dia akan pulangkan anak-anak saya. Dia
pulak hasut anak-anak saya untuk bencikan saya.
Saya takut anak-anak saya rosak akhlak macam dia.
Saya sanggup ambil balik anak-anak malah sanggup
terima dia balik sebagai isteri saya kerana saya tidak
mahu dia hidup bergelumang dengan dosa dan
rosakkan anak-anak saya..

Peguam : En Suhaimi , bukankah lebih senang kalau En


Suhaimi bagi sahaja duit kepada dia sebagai nafkah
anak?

Saksi : Duit saya takkan bagi pasal saya syak dia akan
gunakan duit itu untuk dia berpoya-poya bukan
untuk perbelanjaan anak. Lagipun dia minta banyak
sangat. Macam mana saya nak bayar? Saya nak bayar
duit rumah, duit kereta dan macam-macam
perbelanjaan lain. Kalau susah sangat, bagi sahaja
anak-anak pada saya, tahulah saya nak tanggung
mereka.

Peguam : En Suhaimi , berapa pendapatan En Suhaimi ?


111

Saksi : Pendapatan kasar saya di Jusuh Enterprise adalah


lebih kurang RM 6,000 tetapi lepas tolak EPF, income
tax dan tolak hutang saya pada syarikat tinggal
dalam lebih kurang 4,000 lebih sahaja tapi lepas
bayar semua perbelanjaan, tinggal cukup- cukup
untuk makan sahaja sehingga saya kena kerja part
time di Songket WILAYAH PERSEKETUAN. Itupun
dapat komisyen sahaja kalau saya ada sales dan
pendapatannya tak tetap kadang –kadang dapat
RM1,000 hingga RM 2000 tapi kadang-kadang habuk
pun tak ada..

Peguam : Berapakah perbelanjaan En Suhaimi dalam sebulan


dan apakah perbelanjaannya.

Saksi : Saya kena bayar duit rumah dalam RM1000 sebulan ,


duit kereta dalam RM800 sebulan, duit kad kredit
dalam RM 1500 sebulan, duit petrol tol dan lain -lain
perbelanjaan dalam RM500 sebulan , itu tak masuk
lagi duit makan saya dan perbelanjaan peribadi saya
yang lain. Saya juga kena bayar duit personel loan
sebanyak RM 500. Dalam satu bulan saya mesti
belanja lebih kurang RM 5000 hingga RM 6000. Dapat
gaji hanya cukup untuk bayar bil sahaja.

Peguam : Benarkah En Suhaimi ada simpanan dalam


RM100,000 dalam ASB.
112

Saksi : Tak benar, sekarang ini tinggal dalam RM 50,000


sahaja. Yang lain saya dah belanja.

Peguam : Awak setuju duit simpanan ASB ini dibayar untuk


tunggakkan nafkah?

Saksi : Tak setuju pasal duit ini adalah duit yang saya dapat
dari harta pusaka arwah bapa saya. Duit ini bukan
duit harta sepencarian yang dia boleh rampas dari
saya.Lagipun saya simpan duit ini untuk masa depan
anak-anak saya.

Peguam : En Suhaimi , Plaintif menuntut tunggakkan nafkah


Eddah sebanyak RM3,666.00
tunggakkan nafkah anak sebanyak RM 33,775.50
RM 29,147.25 dan nafkah anak bulanan sebanyak
RM 2047.00 sebulan . Adakah En Suhaimi bersetuju
dengan tuntutan ini dan adakah En Suhaimi mampu
untuk membayar nafkah-nafkah ini.

Saksi : Saya tak setuju, ini dah melampau sangat. Nampak


sangat Plaintif nak kikis duit saya dan buat saya jadi
bangkrab. Dia sahaja nak balas dendam dengan saya.

Peguam : En Suhaimi , Plaintif tuntut bayaran untuk Insuran


Takaful dan Tabungan anak-anak, katanya untuk
simpanan masa depan anak. Adakah En Suhaimi rasa
bayaran ini patut di bayar sebagai nafkah.
113

Saksi : Saya tak setuju, saya sendiri dah ada Insuran, kalau
apa-apa terjadi pada saya, anak-anak saya boleh
dapat duit insuran itu. Tabungan juga tak perlu
kerana saya dah ada simpanan ASB untuk masa
depan mereka. Lagipun ini bukan nafkah yang saya
patut bayar mengikut syarak

Peguam : Kalau En Suhaimi tak setuju dengan tuntutan-


tuntutan Plaintif , berapakah yang En Suhaimi
mampu untuk bayar ?

Saksi : Tunggakkan nafkah Eddah saya tak nak bayar pasal


macam saya cakap, bagi saya dia sudah nusyuz
dalam Islam dan tak layak dapat nafkah. Tunggakkan
nafkah anak saya dah reserve dalam simpanan ASB
saya, jadi tak payah bagi dia, tak selamat, biar saya
simpan duit ini untuk anak-anak saya., nafkah anak
pula saya hanya mampu bagi RM400 ringgit sebulan
untuk setiap anak.

Peguam : Bermakna En Suhaimi bersedia bayar lebih kurang


RM1,200 sebulan untuk nafkah anak ? Adakah
jumlah ini mencukupi?

Saksi : Cukuplah itu, biar anak-anak pandai menghargai


duit dan tidak boros dan membazir.
Peguam : Saya tidak ada soalan lain.

Hakim : Plaintif , awak boleh soal saksi ini.


114

SOALAN BALAS

Plaintif : Awak kata saya nusyuz, boleh terangkan kenapa?

Saksi : Pasal selalu tak dengar cakap, saya suruh berhenti


kerja tapi awak tak mahu. Saya hanya nak
mengelakkan fitnah tapi awak tak nak dengar, lepas
itu bergaduh dengan saya dan lari dari rumah bawa
anak-anak.

Plaintif : Awak tak bagi nafkah sebab itu saya kerja nak bagi
anak-anak makan, awak pukul saya macam
binatang, saya ada bukti surat doktor, polis repot dan
IPO. Awak juga pernah dipenjara satu hari kerana
mencederakan saya. Semasa kes perceraian taklik
dengan awak, Mahkamah pun tidak mengistiharkan
saya nusyuz. Jadi saya hujahkan awak hanya
bangkitkan soal nusyuz ini untuk lari dari tanggung
jawab membayar nafkah eddah.Setuju atau tidak.

Saksi : Tidak setuju, awak memang nusyuz..

Plaintif : Selepas bercerai, awak tak pernah bayar nafkah


eddah pada saya. Betul atau tidak.

Saksi : Buat apa saya nak bayar , awak tak layak.

Plaintif : Sama ada saya layak atau tidak bukan untuk awak
menentukan tapi Mahkamah. Ada tak Mahkamah
Syariah yang pernah mengistiharkan saya nusyuz.
115

Saksi : Tidak , tapi Mahkamah tak tahu. Saya lagi tahu pasal
awak. .

Plaintif : Ada tak awak bawa Penyata Gaji awak, buku akaun
bank,buku ASB dan penyata kad kredit awak.

Saksi : Ada,

(peguam memberikan satu salinan pada Plaintif dan satu salinan


pada hakim).

Plaintif : Mengikut penyata gaji awak selepas ditolak potongan


EPF dan Income tax, awak ada gaji bersih, sebanyak
RM5,200. Betul atau tidak

Saksi : Betul tapi itu tak masuk hutang saya pada syarikat.

Plaintif : Awak ada bukti bahawa awak hutang dengan


syarikat.

Saksi : Tak, ini pinjaman peribadi dari bos saya tapi kena
potong gaji secara ansuran

Plaintif : Ada bos awak datang Mahkamah hari ini?

Saksi : Tak ada , takkan bos saya pun kena datang


Mahkamah

Plaintif : Kalau awak tak ada bukti, awak jangan cakap


banyak. Di Mahkamah semua keterangan mesti ada
bukti. Mengikut penyata kad kredit awak, awak
habiskan lebih kurang tiga ribu ringgit sebulan di
pusat-pusat hiburan. Betul atau tidak
116

Saksi : Betul tapi itu sebab saya bawa klien nak dapat
projek.

Plaintif : Jadi awak boleh minta duit ini balik dari syarikat?

Saksi : Tak boleh, syarikat mana nak bagi

Plaintif : Awak nak bayar nafkah anak, awak bukan main


kedekut lagi, nak bagi RM1,200 saja tapi kalau nak
pergi berjoli beribu-ribu habis pun takpa. Saya
hujahkan awak menghabiskan duit awak dengan
berjoli untuk keseronokan awak sendiri tapi tidak
mahu bayar nafkah anak lebih walaupun awak
mampu kononnya untuk mengajar anak supaya tidak
membazir. Betul atau tidak

Saksi : Tak setuju, saya terpaksa pergi sana dengan klien


pasal nak dapatkan projek.

Plaintif : Awak masih ada RM 50,000 dalam ASB, jadi sebelum


awak habiskan kenapa awak tak bayar nafkah eddah
dan nafkah anak tertunggak?

Saksi : Mana boleh itu duit pusaka arwah bapa saya bukan
duit harta sepencarian yang awak boleh kikis,
lagipun itu simpanan saya untuk anak-anak..

Plaintif : Awak tahuke tuntutan saya pada hari ini adalah


untuk nafkah eddah, nafkah anak dan tunggakkan
nafkah bukan tuntutan harta sepencarian. Lagipun
117

duit itu sekarang kepunyaan awak, Jadi awak boleh


bayar tunggakkan dan nafkah anak dengan duit itu.
Awak telah belanjakan lebih kurang 50,000 ringgit
dalam masa dua bulan mengikut buku ASB awak tapi
awak kata itu simpanan untuk anak-anak. Saya tak
percaya duit itu akan kekal lama mesti awak
habiskan dengan berjoli. Setuju atau tidak

Saksi : Tak setuju.

Plaintif : Saya hujahkan awak mampu untuk bayar


tunggakkan nafkah tapi awak sengaja tak mahu
bayar. Adakah awak tahu bahawa adalah wajib bagi
lelaki membayar nafkah eddah dan tahukah awak
bahawa awak boleh dipenjarakan kerana tak bayar
nafkah anak?

Saksi : Awak jangan cuba nak takutkan saya! Saya ada sebab
tak bayar nafkah

Plaintif : Saya juga hujahkan bahawa awak adalah lelaki dayus


kerana tak mahu bayar nafkah anak sedangkan awak
mampu dengan alasan remeh bahawa awak tak bayar
nafkah kerana nakkan anak kembali kepada awak.
Bila kali terakhir awak melawat anak awak?

Saksi : Lebih kurang tiga bulan lepas, pasal saya sibuk kerja
tapi saya masih nakkan mereka tinggal dengan saya
118

Plaintif : Nak tengok anak pun tak ada masa tapi masih mahu
mereka tinggal dengan awak.Adakah awak tahu
bahawa awak masih kena bayar nafkah anak sebagai
bapa walaupun tak kira siapa penjaga mereka kerana
ini adalah hak anak-anak?

Saksi : ( hanya membisu)

Plaintif : Boleh awak beritahu Mahkamah, perbelanjaan mana


dari penyata perbelanjaan anak yang saya tuntut
yang awak kata melampau, boros dan membazirkan?

Saksi : Awak tuntut macam-macam, insuranlah, tabungan


lah sampai cuti anak pun awak nak saya bayar.
Bukankah itu melampau

Plaintif : Anak awak tak payah ada jaminan masa depan ke,
awak kaki joli, macam mana nak percaya awak akan
simpan duit untuk masa depan anak-anak, Awak ni
memang manusia tak guna dan tak layak menjadi
bapa

Saksi : Awak jangan cuba nak malukan saya dalam


Mahkamah ini.

Peguam : Yang arif, saya mohon Mahkamah melarang Plaintif


dari buat tuduhan dan tohmahan yang menghina
anak guam saya. Dia ini dah melampau

Hakim : Plaintif , awak hanya tanya soalan bukan buat


kenyataan menghina dalam mahkamah ini.
119

Saksi : Maaf yang Arif, Boleh beritahu Mahkamah, selepas


tolak semua perbelanjaan awak lebih kurang RM
5,000, awak masih ada dalam lingkungan 2 ribu
hingga 3 ribu lagi kan?

Saksi : Ya tapi bukan tetap

Plaintif : Boleh beritahu Mahkamah kenapa awak hanya nak


bayar RM1200 sebulan untuk nafkah anak 3 orang
sedangkan perbelanjaan sebenar mereka adalah lebih
dari RM 2,000 sebulan dan bolehke awak beritahu
Mahkamah perbelanjaan mana yang saya boleh
jimatkan atau hapuskan dari perbelanjaan anak-
anak. Anak awak kena jalan kaki ke sekolah,ataupun
tak payah pergi tadika ataupun tak payah pergi
bercuti atau beraya?

Saksi : Awak pandai-pandailah berjimat

Plaintif : Saya tidak ada soalan lain.

Hakim : En. Hanifah awak ada soalan lain?

Peguam : Tidak ada.

Hakim : Awak ada saksi lain?

Peguam : Tidak ada Yang Arif.

Hakim : Plaintif , awak boleh buat penggulungan kes.

Plaintif : Yang Arif saya ingin buat penggulungan kes secara


bertulis.
120

Hakim : En. Hanifah, awak setuju?

Peguam : Saya tidak ada bantahan Yang Arif.

Hakim : Saya tangguhkan kes ini untuk keputusan pada


18/12/2020 dan Plaintif serta Defendan harus
menghantar penghujahan bertulis 2 minggu sebelum
tarikh tersebut.

Plaintif : Terima kasih Yang Arif.

PENGGULUNGAN KES BERTULIS

Kes mal bilangan 02-01-2019 kes permohonan tuntutan nafkah antara


Sofia binti Halim iaitu Plaintif dan Suhaimi bin Daud sebagai
Defendan .

Yang Arif,

(Penggulungan kes bermakna Plaintif harus menyediakan


penghujahan kes bertulis berdasarkan keterangan Plaintif, saksi-
saksi dan keterangan Defendan dan merumuskan perjalanan kes
secara ringkas untuk memudahkan Mahkamah membuat keputusan
yang memihak kepada Plaintif. Plaintif bebas untuk menambah
fakta-fakta dan hujah-hujah lain yang relevan dan bernas. Adalah
sangat disarankan bahawa Penghujahan Bertulis diselitkan dengan
petikan ayat-ayat Al-Quran dan Hadith yang relevan serta
peruntukkan-peruntukkan Undang-undang Keluarga Islam
WILAYAH PERSEKETUAN yang relevan serta dirujuk pada kes-kes
tuntutan nafkah di WILAYAH PERSEKETUAN yang boleh
menguatkan hujah-hujah Plaintif . Pihak Plaintif juga akan
dibekalkan dengan Penghujahan Bertulis peguam Defendan dan
121

mempunyai peluang untuk membalas dan mempertikaikan hujahan


peguam Defendan dengan membuat Penghujahan Balasan dan
difailkan di Mahkamah)

8HB Januari 2021 : KEPUTUSAN

(Berdasarkan perbicaraan simulasi di atas, adakah Plaintif di


dalam kes ini akan mendapat keputusan dalam kes ini akan
mendapat keputusan yang adil mengikut tuntutan-tuntutan
beliau? Apa pendapat anda? Sesungguhnya walaupun apa jua
keputusan yang diberikan oleh Yang Arif Hakim, Plaintif di dalam
kes ini akan berpuas hati kerana beliau telah memperjuangkan hak
beliau dan anak-anak dengan berani dan waja tanpa bantuan
peguam. Proses perbicaraan ini telah memberikan beliau satu
anugerah yang sangat bernilai iaitu keperkasaan diri.Adalah
diharapkan semua ibu-ibu tunggal akan berjaya mengharungi
proses perbicaraan ini dengan dibantu oleh skrip perbicaraan
simulasi ini dengan waja dan tabah. Insya Allah)

DISEDIAKAN OLEH: PROF HANIFAH SAYED MUHAMMAD LLB (HONS)


IIU, DSLP IIU.

Anda mungkin juga menyukai