Anda di halaman 1dari 17

TALAQ 101

PENGERTIAN TALAQ
Dari segi bahasa Arab bererti : melepaskan ikatan. Dari segi istilah syarak : melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talaq atau sebagainya.

2) DALIL-DALIL DISYARIATKAN TALAQ 1. 1. Firman Allah : Ertinya : Talaq itu dua kali, sesudah itu suami diberi kelonggaran untuk rujuk semula dengan baik atau (kalau tidak ingin rujuk semula) hendaklah dilepaskan dengan baik. (Surah Al-Baqarah : ayat 229) 2. Hadith Rasulullah SAW : Ertinya : Tidak ada sesuatu perkara yang halal yang paling dibenci oleh Allah selain dari talaq. (Riwayat Abu Daud)

3) HIKMAH TALAQ Di antara tujuan-tujuan perkahwinan ialah : 1. 1. Untuk hidup di dalam pergaulan yang sempurna. 2. 2. Sebagai satu jalan yang paling mulia untuk mengatur rumahtangga dan keturunan. 3. 3. Sebagai satu jalan yang amat teguh guna memperkukuhkan tali tersaudaraan di antara keluarga suami dengan kaum kerabat isteri, yang mana pertalian it akan menjadi satu jalan yang membawa kepada tolong menolong antara satu sama lain. .

Memandangkan kepada kemuslihatan atau kemudharatan di antara suami isteri, maka hukum talaq terbahagi kepada empat: 1. 1. Wajib Iaitu apabila terjadi perselisihan di antara suami isteri, sedangkan kedua-dua hakim (dari pihak suami dan isteri) yang menghakimkan perkara itu berpendapat mereka perlu bercerai. 2. Sunat Apabila suami tidak sanggup lagi menanggung nafkah isteri dengan cukup, atau pun isteri tidak menjaga kehormatan dirinya sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Ertinya : Seseorang lelaki datang menemui Nabi SAW lalu berkata: Bahawasanya isteriku tidak menolak akan tangan orang yang menyentuhnya, jawab Nabi SAW, hendaklah engkau ceraikan isteri engkau itu. 3. Haram (bidaah): Dalam dua keadaan : a. Menjatuhkan talaq di waktu isteri dalam haid. b. Menjatuhkan talaq sewaktu isteri suci yang telah disetubuhinya di waktu suci itu. Sepatutnya kalau hendak diceraikan jangan disetubuhi lagi selepas isteri suci daripada haid. 4. Makruh Iaitu jika menceraikan isteri yang baik dan tidak terdapat apa-apa kesalahan.

5) RUKUN TALAQ Rukun ada tiga perkara : 1. 1.Yang menjatuhkan talaq (suami). 2. 2. Isteri yang kena talaq. 3. 3. Lafaz talaq.

6) SYARAT-SYARAT SUAMI YANG MENJATUHKAN TALAQ 1. 1. Baligh tidak sah talaq dari suami yang masih kanak-kanak. 2. 2. Berakal tidak sah talaq dari suami yang gila atau yang hilang akal kecuali yang disengajakan, maka jatuhlah talaqnya. 3. 3. Dengan kehendak sendiri tidak sah talaq dengan paksaan sebagaimana sabda Rasulullah SAW : Ertinya : Tidak sah talaq dengan paksaan.

7) SYARAT-SYARAT SAH PAKSAAN 1. 1. Orang yang memaksa itu berkuasa untuk melaksanakan segala ugutan secara zalim. 2. 2.Yang kena paksa itu lemah atau tidak berdaya untuk mempertahankan diri samada dengan lari atau sebagainya. 3. 3. Dengan sengaja tidak sah talaq dengan tidak sengaja (tidak berniat) seperti terlanjur lidah bagi orang yang latah, atau guru yang mengucapkannya untuk mengajar murid-muridnya. 8) LAFAZ TALAQ Cara melafazkan talaq terbahagi kepada dua : 1. 1. Lafaz yang terang-terang menunjukkan talaq (sareh) iaitu lafaz yang digunakan itu adalah talaq atau cerai, seperti kata suami : aku talaq atau ceraikan engkau. 2. 2. Lafaz sindirian (kinayah) iaitu lafaz-lafaz yang mengandungi makna talaq dan makna yang lain berdasarkan kepada niat orang yang melafazkan seperti kata suami : berpisah kita, baliklah awak ke rumah ibu bapa awak dan sebagainya. Lafaz kinayah ini memerlukan niat untuk sah talaq itu, ertinya suami yang mengucapkan kata-kata seperti itu mestilah meniatkan yang ia bermaksud dengan kata-katanya itu sebagai talaq:

MasalahMasalah-masalah talaq
1. 2. 3. 4. 5.

6.

Tak sah talaq kecuali dgn berlafaz (sareh/kinayah) Lafaz talaq disyaratkan disebut dgn jelas sekdr terdengar kpd diri sendiri. (x sah klu suara perlahan smpai diri sendiri pun x dgr gak) Talaq dikira gugur walaupun dilafazkan x dihadapan isteri Talaq dikira gugur walaupun x dihdpn saksi Untuk jatuh talaq, lelaki itu mesti berakal, tidak gila dan bkn kanak2 riang. Talaq x boleyh digurau sendakan. Andainya seorg suami sesaja main2, dlm pentas lakonan MPAC, dan sebagainya dgn sengaja maka gugur la talaq keatas isterinya.

TALAQ SUNNI dan BIDI


1. Talaq Sunni : Iaitu isteri yang pernah disetubuhi kemudian dijatuhkan talaq ke atasnya ketika sedang suci dari haid dan tidak pula disetubuhi dalam masa sucinya itu, kerana demikian akan mempercepatkan selesai idahnya. 2. Talaq BidI : Iaitu menggugurkan talaq ke atas isteri yang pernah disetubuhi di waktu ia sedang dalam haid atau di waktu suci tetapi disetubuhi di dalam suci itu. Talaq ini ditegah, kerana menggugurkan talaq di waktu hadi menyebabkan panjangnya masa idah dan menggugurkan talaq di waktu suci yang disetubuhi mengakibatkan penyesalan bila didapati isteri itu hamil selepas itu.

TALAQ YANG BUKAN SUNNI DAN BIDI


1.0 Menggugurkan talaq ke atas isteri yang masih kecil dan belum haid. 2. 0 Menggugurkan talaq ke atas isterinya yang telah tua yang putus sama sekali daripada haid. 3. 0 Menggugurkan talaq ke atas isteri yang sedang hamil. 4.0 Isteri yang menebus talaq (khulu) tetapi belum pernah disetubuhi, kerana ia tidak perlu idah. Keempat-empat orang itu harus dijatuhkan talaqnya pada bila-bila masa sahaja.

BILANGAN TALAQ
Bagi suami yang merdeka (bukan hamba) berhak menggugurkan talaq terhadap isterinya dari talaq satu hingga tiga. Pada talaq satu atau dua, suami boleh dirujuk kembali sebelum habis idahnya, jika telah habis idahnya, suami masih boleh berkahwin semula dengan akad yang baru. y Adapun talaq tiga, tidak boleh rujuk kembali dan tidak boleh berkahwin semula melainkan perempuan (isteri) itu telah berkahwin dengan lelaki yang lain dan disetubuhi kemudian diceraikan pula oleh suami yang kedua itu serta selesai idahnya. y Dari itu terbuktilah bahawa suami yang pertama boleh berkahwin semula dengan bekas isterinya itu setelah itu diceraikan oleh suami yang kedua (selepas selesai idahnya) dengan syarat suami yang kedua itu mestilah bersetubuh dengan isterinya itu. Oleh itu tidaklah memadai berkahwin sahaja kemudian diceraikan tanpa disetubuhi.
y

CARA MENJATUHKAN TALAQ TIGA


1. Menjatuhkan talaq itu tiga kali pada masa yang berlainan seperti : suami menjatuhkan talaq satu terhadap isterinya. Kemudian dalam masa idah ditalaqnya satu lagi kemudian dalam masa idah kedua ditalaqnya lagi dengan talaq satu. 2. Suami menjatuhkan talaq satu terhadap isterinya kemudian selepas selesai idah dikahwininya semula kemudian ditalaqnya lagi, setelah selesai idah dikahwininya lagi, kemudian ditalaqnya lagi bagi kali yang ketiganya. Kedua-dua cara tersebut ulamak berpendapat bahawa talaq itu jatuh menjadi talaq tiga dan berlakulah hukum-hukum talaq tiga sebagaimana yang tersebut di atas tadi. 3. Cara yang ketiga suami menjatuhkan talaq seperti katanya: saya talaq awak dengan tiga talaq, atau katanya: saya talaq awak, saya talaq awak, saya talaq awak, dengan cara diulang-ulang perkataan tersebut berturut-turut tiga kali.

BEBERAPA PENDAPAT ULAMA MENGENAI CARA DI ATAS

1. 1. Jatuh talaq tiga dan berlakulah hukum-hukum talaq tiga padanya. 2. 2. Tidak jatuh talaq sama sekali, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Ertinya : Sesiapa yang mengerjakan sesuatu pekerjaan yang tidak menurut perintah kami maka pekerjaan itu ditolak. (Riwayat : Muslim) Talaq tiga bukan perintah Rasulullah malah dilarang oleh baginda.Talaq tiga cara di atas adalah ditolak sama sekali, maksudnya tidak sah. 3. 3. Jatuh talaq satu maka berlakulah hukum talaq satu padanya, bererti suami masih boleh rujuk semula selama isteri tersebut masih dalam idah atau boleh berkahwin semula jika telah selesai idahnya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Ertinya : Dari Ibnu Abbas sesungguhnya Raqanah telah menjatuhkan talaq ke atas isterinya dengan talaq tiga pada tempat yang satu kemudian beliau mereka terlalu sedih terhadap perceraian itu maka Nabi SAW bertanya kepadanya, kata baginda: bagaimana cara engkau mengugurkan talaq itu? Jawab Raqanah talaq tiga pada satu masa (sekali gus) kemudian Rasulullah SAW bersabda: sesungguhnya talaq yang demikian itu talaq satu maka rujuklah dia. (Akrajah Ahmad dan Yali Wasahih)

ISTISNA DALAM TALAQ ISTISNA


Istisna ertinya : mengurangkan maksud perkataan yang telah terdahulu dengan perkataan yang kemudian. Istisna dalam kalimah talaq hukumnya sah dengan syarat-syarat yang berikut : 1. Berhubung perkataan yang pertama dengan kedua, tidak diselangi perkataan asing yang tidak bersangkut paut dengan talaq atau diam yang lama lebih dari sekadar bernafas. 2. Kalimah yang kedua tidak menghabisi maksud kalimah yang pertama, misalnya : suami berkata kepada isteri: engkau tertalaq tiga melainkan satu gugur atau jatuh dua talaq, tetapi kalau ia berkata: engkau tertalaq tiga melainkan tiga hukumnya gugur talaq tiga, kerana kalimah yang kedua iaitu perkataan melainkan tiga menghabisi maksud kalimah pertama iaitu engkau talaq tiga.

16) TALIQ TALAQ Ertinya talaq yang digantung atau dikaitkan dengan sesuatu yang lain, andainya sesuatu yang lain, andainya sesuatu itu diperolehi atau dilakukan maka gugurlah talaq tersebut, misalnya suami berkata kepada isteri: kalau awak keluar dari rumah ini tanpa mendapat kebenaran dariku maka gugurlah talaq awak, atau sekiranya awak balik ke rumah ibu bapa awak maka gugurlah talaq awak dan sebagainya. 17) BEBERAPA CONTOH TALAQ TALIQ YANG LAIN Oleh kerana talaq yang ditaliqkan itu ada kalanya ditaliq dengan sesuatu waktu, syarat dan dengan perkara yang mustahil, di bawah ini dinyatakan contoh-contoh dan hukum-hukum taliq tersebut: 1. 1. Taliq dengan suatu waktu contohnya, suami berkata kepada isterinya: awak tertalaq pada bulan sekian (syawal dan sebagainya) atau pada awal bulan sekian (syawal dan sebagainya) atau pada awal bulan sekian, dengan kata-kata yang demikian gugurlah talaq isterinya pada awal juz malam pertama dari bulan tersebut. Ertinya pada malam satu haribulan sebaik sahaja ghurub matahari tiga puluh haribulan bagi bulan yang sebelumnya. Sekiranya suami berkata kepada isterinya:awak pada hari pertama dari bulan syawal, maka gugurlah talaq tersebut bermula dari terbit fajar (al-sidiq) pada hari pertama itu, dan kalau talaq itu ditaliqkan dengan akhir bulan, maka gugurlah talaq itu di akhir juz dari bulan tersebut ghurub matahari akhir bulan tersebut, kalau ditaliqkan pada pertengahan bulan, gugur talaq bila ghurub matahari pada hari yang kelima belas dari bulan tersebut. 2. 2. Taliq dengan sesuatu syarat contohnya: suami berkata kepada isteri: kalau awak masuk rumah itu maka awak tertalaq gugur talaq apabila isteri memasukki rumah itu. 3. 3. Taliq dengan sesuatu yang mustahil akan berlaku pada adat contohnya, kata suami kepada isteri: awak tertalaq kalau awak naik ke langit, atau ditaliq dengan sesuatu yang mustahil pada akal, seperti kata suami: awak tertalaq sekiranya awak boleh ketawa dan menangi serentak pada satu ketika. Cara ini tidaklah gugur talaq isteri tersebut, kerana talaq itu ditaliqkan dengan sesuatu yang mustahil akan berlaku.

18) ORANG YANG TIDAK SAH MENGUGURKAN TALAQ 1. 1. Budak sehingga dia baligh. 2. 2. Orang gila. 3. 3. Orang yang tidur. (mengigau kowt?)

Adapun talaq orang gila yang gilanya itu berpunca dari mabuk yang dibuatnya sendiri dengan sengaja memakan atau meminum minuman yang memabukkan adalah sah talaqnya. y Orang yang dipaksa supaya menceraikan isterinya, talaqnya tidak sah,
y

BEBERAPA MASALAH
1. Sekiranya lahir tanda-tanda yang menunjukkan bahawa yang dipaksa mengugurkan talaq isterinya dengan kemahuan atau pilihan sendiri maka gugurlah talaq isterinya itu, seperti suami itu dipaksa mengugurkan talaq tiga, tetapi dia mengugurkan talaq satu sahaja. 2. Sekiranya yang memaksa berkata : ceraikan isteri awak, kalau tidak saya akan bunuh awak besok hari, maka gugurlah talaq isterinya, kerana ugutan itu tidak dilaksanakan dengan segera dan serta merta. 3. Jika waris bagi yang dibunuh berkata kepada pembunuh: ceraikan isteri awak, kalau tidak saya bunuh awak, tiba-tiba diceraikannya, maka gugurlah talaq isterinya itu, kerana yang memaksa itu tidak dianggap seorang yang zalim, kerana ianya berhak menuntut bela berhadap pembunuh.

Anda mungkin juga menyukai