Anda di halaman 1dari 6

Rukun talak 1.

Orang Yang Menjatuhkan Talak (Suami) Syarat-syarat bagi suami yang menjatuhkan talak itu mestilah,
o o o o

Seorang suami yang mukallaf (berakal dan baligh) Tidak dipaksa atau didesak oleh mana-mana pihak. Talak yang dilakukan dengan kehendak sendiri. Tidak dalam keadaan gila, pitam atau hilang akal.

2. Lafaz Talak Lafaz talak pada hukum syara terbahagi kepada dua bahagian iaitu lafaz yang terang dan jelas (lafaz soreh) dan lafaz secara sindiran atau kiasan (lafaz kinayah). Talak jenis ini tetap jatuh sekalipun diucapkan dengan tanpa niat.
o

Lafaz yang terang dan ielas (lafaz soreh) ialah kata-kata yang diucapkan dan dapat difahami dengan jelas yang membawa maksud perceraian seperti kata suami, 'kamu aku ceraikan' atau 'kamu aku talak' atau 'kamu tertalak'.

Lafaz secara sindiran atau kiasan (lafaz kinayah) ialah kata-kata yang diucapkan yang boleh membawa kepada 2 maksud iaitu sama ada maksud talak ataupun tidak bermaksud untuk talak. Contoh seperti kata suami, 'Kamu lain.' Kata-kata ini boleh diertikan sebagai 'Kamu bukan isteriku lagi,'ataupun boleh juga diertikan sebagai, 'Kamu berlainan dari biasa.' Kata-kata sindiran dan kiasan seperti ini bergantung kepada niat individu yang mengucapkannya. Jika niatnya bukan untuk talak maka tidak jatuh talak itu tetapi iika memang dia berniat untuk talak maka jatuhlah talak tersebut.

3. Orang Yang Dijatuhkan Talak (Isteri) Wanita yang dijatuhkan talak ke atasnya itu mestilah seorang isteri yang sah walaupun mereka masih belum bersatu atau masih belum bersetubuh.

PENGERTIAN TALAQ Talaq dari segi bahasa bererti melepaskan ikatan. Dari segi syara ialah melepaskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz talaq atau seumpamanya. DALIL HARUS TALAQ Firman Allah subhanahu wataala: Maksudnya: Cerai (talaq) itu dua kali, selepas itu peganglah isteri kamu (ruju dan kekallah) dengan cara yang baik atau lepaskanlah dengan cara yang baik. (Surah Al-Baqarah, 2:229) Hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar radhiyallahu anh yang bermaksud: Rasulullah sallallahu alayhi wasallam telah menceraikan isterinya Hafsah kemudian Baginda meruju`nya semula. (Riwayat Abu Daud, An-Nasai dan Ibnu Majah) RUKUN DAN SYARAT TALAQ 1. Suami. Syarat-syarat suami ialah: a) Mestilah seorang lelaki itu telah menjadi suami melalui perkahwinan yang sah, tidak jatuh talaq jika belum berkahwin atau setelah bercerai dan habis iddah. b) Hendaklah dalam keadaan sedar, tidak jatuh talaq jika sekiranya gila, pengsan, mengigau dan pitam kecuali mabuk yang disebabkan meminum minuman keras dengan sengaja. c) Baligh. d) Dengan rela hati dan tidak dipaksa, tidak jatuh talaq jika diugut menceraikan isteri. 2. Isteri. Syarat-syarat isteri: a) Perempuan yang diceraikan hendaklah menjadi isteri yang sah semasa diceraikan. b) Talaq akan bertambah lagi jika suami mentalaqkan isteri yang di dalam iddah perceraian talaq satu. 3. Sighah (lafaz). Sighah talaq terbahagi kepada dua: a) Lafaz sarih (terang), iaitu yang diucapkan dengan terang dan jelas. Lafaz sarih ini terbahagi kepada tiga ucapan seperti berkata: Aku ceraikan engkau talaq satu, Aku lepaskan kau dan Aku talaqkan kau. Talaq dengan lafaz yang seperti ini akan jatuh talaqnya walaupun tanpa niat.

b) Lafaz kinayah (lafaz kiasan), iaitu cerai yang dilafazkan menggunakan bahasa sindiran seperti berkata: Engkau haram atas diriku atau Pergilah balik ke rumah emak bapak kamu. Lafaz kinayah ini akan jatuh talaq jika suami berniat menceraikan isterinya. 4. Qasad (niat). HUKUM TALAQ Hukum menjatuhkan talaq pada asalnya diharuskan dalam Islam, tetapi ia akan berubah menjadi: 1. Wajib: Setelah rumahtangga itu gagal diperbaiki dengan keputusan hakim atau suami telah bersumpah untuk menceraikan isterinya. 2. Haram: Menceraikan isteri semasa isteri di dalam waktu haidh atau ketika suci tetapi baru disetubuhi. 3. Sunat: Jika suami tidak dapat menyempurnakan nafkah batin. 4. Makruh: Boleh menjadi haram jika menceraikan isteri tanpa sebab yang munasabah. Islam menetapkan hanya suami sahaja yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan talaq. Walaubagaimanapun, isteri juga diberikan hak untuk memohon cerai dengan cara fasakh atau khul (tebus talaq).

PEMBAHAGIAN TALAQ Talaq terbahagi kepada dua jenis iaitu: 1. Talaq raji, iaitu talaq yang boleh diruju kembali tanpa perlu akad nikah iaitu ketika isteri dalam waktu iddah (sebelum tiga kali suci daripada haidh). 2. Talaq bain, ia terbahagi kepada dua: a) Bain sughra ialah talaq yang tidak boleh diruju oleh suami kecuali diadakan akad nikah semula iaitu perceraian sama ada melalui fasakh, khul atau talaq isteri yang belum disetubuhi. c) Bain kubra ialah talaq yang tidak boleh diruju kembali dengan cara biasa melainkan setelah syarat berikut dipenuhi: i. Setelah selesai iddah si isteri. ii. Bekas isteri berkahwin dengan suami lain. iii. Suami lain menyetubuhi bekas isteri itu dan berlaku perceraian. iv. Selesai iddah dari suami yang lain itu.

Syarat Berkaitan dengan Orang yang akan Mentalak Pertama: Yang mentalak adalah benar-benar suami yang sah. Syarat ini maksudnya adalah antara pasangan tersebut memiliki hubungan perkawinan yang sah. Seandainya tidak ada nikah, lalu dikatakan, Saya mentalakmu, seperti ini termasuk talak yang tidak sah. Atau belum menikah lalu mengatakan, Jika menikahi si fulanah, saya akan mentalaknya. Padahal ketika itu belum nikah, seperti ini adalah talak yang tidak sah. Dari Amr bin Syuaib, dari ayahnya, dari kakeknya, ia berkata, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda, Tidak ada nadzar bagi anak Adam pada sesuatu yang bukan miliknya. Tidak ada membebaskan budak pada budak yang bukan miliknya. Tidak ada talak pada sesuatu yang bukan miliknya.[1] Begitu pula Allah Taala berfirman, Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu menikahi perempuan- perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka .... (QS. Al Ahzab: 49). Dalam ayat ini disebut kata talak setelah sebelumnya disebutkan nikah. Ini menunjukkan bahwa yang mentalak adalah benar-benar suami yang sah melalui jalan pernikahan. Seandainya ada yang kumpul kebo (sebutan untuk sepasang pria wanita yang hidup bersama tanpa melalui jalur nikah), lalu si pria mengajukan cerai, seperti ini tidak jatuh talak sama sekali. Kedua: Yang mengucapkan talak telah baligh. Ini bisa saja terjadi pada pasangan yang menikah pada usia belum baligh. Mayoritas ulama berpandangan bahwa jika anak kecil yang telah mumayyiz (bisa membedakan bahaya dan manfaat, baik dan jelek) atau belum mumayyiz menjatuhkan talak, talaknya dinilai tidak sah. Karena dalam talak sebenarnya murni bahaya, anak kecil tidaklah memiliki beban taklif (beban kewajiban syariat). Dalam hadits Aisyah, Rasullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda, Pena diangkat dari tiga orang: orang yang tidur sampai ia bangun, orang yang hilang ingatan sampai kembali ingatannya dan anak kecil sampai ia dewasa.[2] Ulama Hambali berpandangan bahwa talak bagi anak kecil tetap sah. Mereka berdalil dengan hadits, Setiap talak itu boleh kecuali talak yang dilakukan oleh orang yang kurang akalnya.[3] Namun hadits ini mauquf (hanya perkataan sahabat).

Pendapat mayoritas ulama (jumhur), itu yang lebih tepat. Wallahu alam. Ketiga: Yang melakukan talak adalah berakal. Dari sini, tidak sah talak yang dilakukan oleh orang gila atau orang yang kurang akal. Yang menjadi dalil adalah hadits Aisyah yang disebutkan di atas. Talak yang tidak sah yang dimaksudkan di sini adalah yang dilakukan oleh orang yang gila atau orang yang kurang akal yang sifatnya permanen. Jika satu waktu hilang akal, waktu lain sadar. Jika ia mentalaknya dalam keadaan sadar, maka jatuh talak. Jika dalam keadaan tidak sadar, tidak jatuh talak. Dalam pembahasan ini, para ulama biasa menyinggung bagaimanakah ucapan talak yang diucapkan oleh orang mabuk, orang dalam keadaan tidur, dan yang hilang kesadaran semacam itu. Insya Allah pembahasan tersebut akan kami kaji dalam serial berikutnya. Alhamdulillahilladzi bi nimatihi tatimuush sholihaat.

Referensi: Shahih Fiqh Sunnah, Syaikh Abu Malik Kamal bin As Sayid Salim, terbitan Al Maktabah At Taufiqiyah, hal. 235-237.

http://kammigresikonly.multiply.com/journal/item/30?& show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem

Anda mungkin juga menyukai