Anda di halaman 1dari 3

DEFINISI PEMIMPIN

Mengikut Kamus Dewan, pemimpin ialah orang yang memimpin, membimbing,

menuntun, dan melatih. Kepimpinan pula membawa erti gelaran yang diberikan pada orang

yang berada di tempat pemimpin seperti pemimpin parti politik atau organisasi yang

berupaya memimpin atau mengarah sesebuah kumpulan atau organisasi. Di dalam bahasa

Arab, pemimpin boleh dipanggil khalifah, imam qa’id, ra’i dan sayyid.

Menurut istilah, berdasarkan pandangan Islam, pemimpin bermaksud orang-orang

yang dipertanggungjawabkan dengan urusan umat Islam secara umum seperti khalifah, ketua

tentera, kadi, menteri dan lain-lain orang yang bertanggungjawab dengan pengurusan negara

Islam. Mereka diberikan tugas untuk mengurus dan memimpin oleh umat Islam yang

memberikan kepercayaan kepada mereka agar dapat membimbing dan memimpin umat

Islam.

Kemahiran memimpin merupakan sesuatu yang boleh di pertingkatkan dari masa ke

semasa. Kemahiran bekerjasama amat di tekankan di dalam sesebuah organisasi bagi

mencapai kecemerlangan. Sebagai seorang pemimpin, mungkin mereka mampu memberi

arahan kepada orang lain tetapi adakah pengarahan ini di patuhi oleh orang yang menerima

arahan. Apabila diberikan perhatian yang sewajarnya kepada mereka, mereka akan berasa

silu untuk tidak patuh kepada arahan begitu juga dengan pemimpin. Mereka akan berasa berat

untuk tidak memberi kerjasama apabila telah diperlakukan baik kepadanya. Oleh yang

demikian, seseorang pemimpin perlulah mewujudkan sikap bekerjasama dengan pekerja di

dalam suatu organisasi bagi mencapai kecemerlangan.


KESIMPULAN

Kesimpulannya, untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi seorang pemimpin

perlu mempunyai nilai dan etika di mana ia perlu merumus, memperjelas dan menghayati

budaya kerja di dalam organisasi. Pemimpin itu juga mesti peka bagi menjadi teladan kepada

ahlinya dan memperkukuhkan amalan dan budaya kerja cemerlang. Justeru itu, panduan nilai

dan etika perlu dirangka bagi pemimpin tersebut supaya dapat membawa organisasinya ke

arah mencapai matlamat kecemerlangan yang diinginkan. Sesungguhnya, pemimpin

memainkan peranan utama dalam pengurusan organisasi untuk mencapai matlamat dalam erti

kata sebenarnya. Kepimpinan merupakan unsur dalaman dan kerohanian yang merupakan

faktor utama menyempurnakan faktor-faktor lain ke arah mencapai matlamat kecemerlangan

organisasi.

Akhir kata, kejayaan kecemerlangan organisasi bergantung kepada pemimpin yang menyelia

dan memberi perkhidmatan yang berkualiti dan menerapkan nilai-nilai murni di dalam

organisasi.
CADANGAN

I. Pihak pengurusan khususnya di Jakim perlu memastikan gaya kepimpinan yang lebih

bersifat timbangrasa lebih banyak diamalkan berbanding dengan sifat mengarah atau

mengatur kerja kakitangan bagi memastikan tahap kepuasan kerja kakitangan berada

di tahap tinggi. Jika gaya kepimpinan yang bersifat mengarah, mengatur atau

mementingkan soal hasil kerja, dalam masa yang sama ia perlu diseimbangkan

dengan sifat bertimbangrasa.

II. Bagi memastikan tahap kepuasan kerja kakitangan berada di tahap maksima, pihak

pengurusan perlu mempertingkatkan lagi imej kepimpinan organisasi melalui amalan

sifat-sifat kerja yang positif seperti kebertanggungjawaban (akauntabiliti) semasa

menjalankan tugas, melaksanakan inovasi dalam kerja dan lebih banyak

melaksanakan konsep penurunan kuasa dan memberi kepercayaan kepada pegawai

dalam melaksanakan tugas mereka. Pemimpin perlu menggabungkan ilmu-ilmu

keislaman yang ada pada mereka dengan kemahiran-kemahiran lain seperti kualiti

pengurusan, penggunaan teknologi terkini, menyesuaikan diri dengan perkembangan

semasa dan sebagainya bagi mempertingkatkan lagi tahap kepimpinan mereka.

III. Pihak pengurusan juga perlu mengenal pasti faktor-faktor lain yang boleh memberi

kesan kepada tahap kepuasan kerja kakitangan. Dalam masa yang sama pihak

pengurusan juga perlu menyediakan suasana kerja yang kundusif dengan membentuk

iklim organisasi yang boleh mempertingkatkan tahap kepuasan dan komitmen pekerja

terhadap organisasi.

Anda mungkin juga menyukai