Anda di halaman 1dari 3

EDU3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

NILAI-NILAI PROFESIONAL GURU


PENDAHULUAN
Sebelum kita membicarakan lebih lanjut tentang nilai profesionalisme guru, kita harus
tahu apakah yang dimaksudkan dengan profesionalisme mengikut Kamus Dewan edisi
ketiga menjelaskan bahawa profesionalisme bermaksud sifat-sifat (kemampuan,
kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya
terdapat pada atau dilakukan oleh orang profesional. Menurut Mok Song Sang(1996),
konsep profesionalisme boleh dirumuskan sebagai satu pekerjaan yang khusus dan
dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup
bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, yang
mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang telah ditetapkan oleh
organisasinya
.
Daripada tugas-tugas pengurusan yang dilaksanakan iaitu sebagai Setiausaha
Kokurikulum, Ketua Panatia dan Setiausaha Panatia Sains berikut ialah nilai-nilai
profesional

guru yang boleh dipertingkatkan dengan melaksanakan tugas-tugas

tersebut.
Meningkatkan rasa kebertanggungjawapan seseorang guru kepada pelajarnya.
Bagi memenuhi tanggungjawab guru terhadap pelajar, guru perlulah bersikap adil
terhadap pelajar tanpa mengira faktor keturunan, agama, politik, dan lain-lain. Guru
perlu lebih mengutamakan kebajikan pelajar daripada hal-hal lain . Contoh dalam
membuat agihan pelajar mengikut kelab dan Persatuan dimana semua pelajar berhak
dan tidak sesekali menidakkan hak pelajar. Keperluan berpesatuan atau unit beruniform
mengikut kesediaan pelajar dan pakaian seragam yang dimiliki samada dari abang atau
kakak.
Melalui tugas dan tanggungjawab guru ia dapat meningkatkan nilai-nilai
profesionalisme guru dengan melahirkan guru yang versatil iaitu guru yang sanggup
dan dapat melakukan apa sahaja yang diminta dalam skop yang telah ditetapkan tanpa
sebarang rungutan di belakang. Peredaran masa membawa perubahan dan cabaran
terhadap profesion keguruan termasuk pengubahsuaian fungsi dan peranan guru.
11

EDU3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan kepada pelajar telah bertukar
kepada guru sebagai pemudahcara dalam p&p, agen perubahan dan sumber inspirasi
kepada pelajar. Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem penyampaian
p&p menjadi efektif, menarik dan menyeronokkan. Kerajaan dan guru itu sendiri
memainkan peranan penting dalam meningkatkan profesion perguruan.
Daripada tugas-tugas pengurusan ia dapat meningkatkan kegigihan

guru

bekerja keras dalam usaha mereka mendidik anak bangsa serta memenuhi aspirasi
Negara.
Dengan melaksanakan tugas-tugas seperti Setiausaha Kokurikulum ianya dapat
meningkatkan kemahiran berkomunikasi semasa berhubung dengan pelajar, ibu bapa
dan pihak pengurusan sekolah. Mempunyai kemahiran fizikal seperti mahir dalam
sesuatu aktiviti sukan atau mana-mana unit beruniform bertujuan untuk melatih pelajar
melibatkan diri dalam kokurikulum yang penting untuk pembentukan jati diri pelajar dan
berkualiti dari segi emosi. Aspek-aspek yang perlu ada dalam diri seorang guru yang
berkualiti dari segi emosi ialah sentiasa menghayati nilai-nilai murni, norma dan etika
perkhidmatan. Terdapat 12 nilai murni teras etika kerja perkhidmatan awam yang juga
dikenali sebagai tonggak 12 yang perlu diamalkan.

12

EDU3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

Antara nilai profesionalisme yang dapat dipertingkatkan dengan melaksanakan


tugas tersebut ianya dapat meningkatkan pemikiran yang positif dalam menjalankan
tugasnya iaitu menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja
mengajar sebagai suatu ibadat tanpa sebarang rungutan.Selain itu

dengan

melaksanakan dan memikul tugas tersebut menjadikan kita sebagai seorang guru yang
sangat menghargai masa. Tugastugas pengurusan menjadikan masa seorang guru
itu padat dan sebagai guru kita harus bijak mengurus masa justeru itu dengan
melaksanakan tugas-tugas pengurusan ini meningkatkan lagi kecekapan mengurus
masa dengan aktiviti yang berkualiti.

13

Anda mungkin juga menyukai