Anda di halaman 1dari 4

EDU3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU

Pengenalan
Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini mempunyai peranan dan tanggungjawab
masing.masing Setiap perbuatan manusia akan meninggalkan kesan sama ada baik
atau buruk kepada diri sendiri dan masyarakat keseluruhannya. Bermula dari rumah,
kehidupan berkeluarga hingga kepada kehidupan bermasyarakat, setiap individu itu
mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing dan setiap daripadanya saling
memberi dan saling menerima. Peranan yang berbeza-beza ini saling melengkapi
antara satu sama lain dan menjadikan kehidupan ini lengkap dan sempurna.
Sehubungan dengan itu, manusia itu perlu menerima pendidikan yang sempurna, yang
membekalkan dirinya dengan ilmu dan kemahiran bagi memastikan potensi dirinya
dapat dimanfaat. Guru ialah pihak yang dipertanggungjawabkan dalam membentuk diri
seseorang insan. Tugas dan tanggungjawab guru tidak hanya terbatas di dalam bilik
darjah semata-mata, sebaliknya tugas guru adalah melebihi batasan dan sempadan
sekolah.
Peranan dan Tugas-tugas Guru di Sekolah
Berdasarkan pengalaman mengajar saya selama hampir 18 tahun, tugas-tugas guru di
sekolah boleh dibahagikan kepada tugas umum dan khas . Berikut adalah tugas-tugas
umum guru sebagai seorang guru. Sebagai warga guru pasti melalui dan memikul
tanggungjawab dan tugas berikut .
Antara peranan dan tugas-tugas guru ialah merancang aktivti pengajaran
berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut
strategi pengajaran yang sesuai. Sebagai

penggerak

pembelajaran

dengan

membimbing murid-murid supaya mereka berusaha belajar secara individu ataupun


secara kumpulan. Manakala, guru harus mengurus bilik darjah seperti mengurus rutin
bilik darjah, menentukan corak penyusunan meja, kerusi dan peralatan untuk
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Bukan setakat itu
sahaja guru juga berperanan sebagai ibu bapa kepada murid-murid, demi menjaga
keselamatan dan kebajikan mereka. Peranan ini membantu murid-murid menyesuaikan
diri dalam sekolah sebagai sebahagian keluarga mereka.
1

EDU3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU

Tambah lagi, guru juga menjadi model hidup dimana tingkah laku guru menjadi
contoh teladan kepada murid. Nilai nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah
secara tidak langsung diterapkan dalam jiwa murid. Sebagai pembimbing dan kaunselor
guru dapat memberi nasihat dan bantuan kepada murid yang menghadapi masalah
dalam proses pembelajaran atau masalah peribadi. Seseorang guru sebagai pemeriksa
dan penilai seperti memeriksa buku kerja murid, kertas ujian , peperiksaan dan
berdasarkan hasil pemeriksaan, menilai perestasi murid serta mengenalpasti
kelemahan yang terdapat dalam pembelajaran mereka. Berdasarkan punca kelemahan
yang telah dikenalpasti guru dapat merancang aktiviti pemulihan untuk membantu murid
mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi.
Peranan dan tanggungjawab guru termasuk dalam sebagai kerani seperti
melakukan kerja-kerja menaip kertas-kertas soalan yang disediakan, merekod markahmarkah ujian,mengisi keputusan peperiksaan dalam buku kemajuan , menulis surat
kepada ibu bapa dan kerja-kerja kerani yang lain. Selain itu guru juga berperanan
pelajar dengan mengikuti kursus meningkatkan keilmuan profesionalisme keguruan dari
semasa ke semasa untuk meningkatkan mutu pengajarannya. Guru juga harus
mempunyai perhubungan sebagai pegawai di antara guru besar dengan murid, diantara
pihak sekolah dengan ibu bapa.
Secara khususnya pula guru berperanan dan bertanggungjawab sebagai
pengamal ilmu. Dalam erti kata lain guru mempunyai peranan yang utama lagi mulia
dalam memindahkan ilmu yang baik , meninggikan adab murid serta memberi petunjuk
kearah jalan yang benar sebagai pengamal ilmu.
Guru

sebagai

pengamal

kemahiran

profesional

harus

mempunyai

pengetahuan yang luas, kemahiran dan kaedah penyampaian yang cekap serta
mempunyai sahsiah yang elok dan bersikap dedikasi. Guru yang memperolehi
kemahiran profesioanal adalah bertauliah dan cekap menjalankan tugas-tugas seperti
pengajaran, bimbingan dan aktiviti ko-kurikulum berlandaskan amalan teori-teori
pendidikan. Seorang guru mesti mempunyai pengatahuan yang mendalam tentang
matapelajaran yang hendak diajarnya agar penyampaian dalam pengajarannya dapat
difahami oleh muri-murid.
2

EDU3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU

Guru sebagai agen sosialisasi. Sehubungan ini guru harus berperanan sebagai
penyebar ilmu kemasyarakatan serta membentuk sahsiah yang sesuai dengan norma
dan nilai masyarakat. Tambahan lagi guru juga membentuk masyarakat penyayang
serta menjadi rol model kepada muri dan masyarakat.
Guru juga berperanan sebagai agen perubahan. Sebagai agen perubahan guru
bertanggungjawab membentukkan akhlak mulia dan jati diri disamping membina
kekuatan minda dan kreativiti dikalangan murid dalam usaha mencapai matlamat
negara bagi menghadapi pelbagai cabaran dunia tanpa sempadan.
Guru sebagai pakar rujuk serta seorang profesional, wajarlah sentiasa belajar
dan meningkatkan keupayaan agar dapat menjadi pakar rujuk bukan sahaja kepada
murid tetapi juga kepada rakan sejawatan. Guru sebagai seoarang pakar rujuk perlu
memiliki ciri-ciri seperti kemerlangan peribadi, kecemerlangan pengetahuan dan
kemahiran,

kecemerlangan

dalam

kerja,

kecemerlangan

berkomunikasi

dan

mempunyai potensi untuk menyumbang tenaga kearah kejayaan sekolah dan negara.
Peranan guru sebagai pembimbing (mentor) ialah menutamakan kebajikan,
kemajuan dan keselamatan murid-murid daripada hal-hal lain. Guru juga harus
membimbing dan mengajar muri-murid dalam bilik darjah tanpa meminta hadiah atau
bayaran. Guru hendaklah membimbing murid-murid yang menhadapi masalah agar
mereka dapat membina sifat keyakinan diri dan menyertai aktiviti pembelajaran secara
aktif.
Guru sebagai penyelidik. Salah satu usaha utama ialah meningkatkan teknik
pengajaran bilik darjah. Di dalam bilik darjah, guru sedikit sebanyak pasti akan jumpa
masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapi, guru bolehlah berkerja sama dengan rakan-rakan sejawat untuk
menjalankan kajian dengan menggunakan kaedah penyelidikan tindakan .

EDU3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU

Anda mungkin juga menyukai