Anda di halaman 1dari 15

BMM3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

HURAIAN HASIL PEMBELAJARAN

PENDAHULUAN Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia.Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu diperingkat rendah juga bertujuan mewujudkan asas semangat kewarganegaraan. Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat. Selain itu,murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi. Sukatan pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Aktiviti kokurikulum Bahasa Melayu yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah penting sebagai sokongan bagi memantapkan kemahiran berbahasa murid.Sukatan Pelajaran memberikan gambaran menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu. Sukatan Pelajaran ini mengandungi matlamat, objektif, dan organisasi kandungan. Organisasi kandungan merangkumi Kemahiran Bahasa,Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum. Terdapat enam dokumen sampingan yang dikenali sebagai Huraian Sukatan Pelajaran untuk panduan guru

BMM3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

dalam pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran ini disediakan bagi setiap tahun, iaitu dari tahun satu hingga tahun enam.

MATLAMAT Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian. OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat : i. Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal ii. iii. Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi; Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara; iv Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis; v. Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan; vi. Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis; vii Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul

BMM3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

viii.

Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis;

ix.

Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu; dan

x.

Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme, dan perasaan cinta akan negara.

ORGANISASI KANDUNGAN Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan fokus kepada Hasil Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil Pembelajaran ini berteraskan kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Hasil Pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam Sistem Bahasa dan disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum.

HASIL PEMBELAJARAN Ditafsirkan daripada objektif kurikulum Bahasa Melayu Petunjuk tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid Membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran Dapat dicapai dengan menggabungjalinkan kemahiran bahasa, sistem bahasa, dan pengisian kurikulum Membantu guru membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid

1.0 KEMAHIRAN MEMBACA

BMM3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Kemahiran membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.Membaca adalah proses kebalikan daripada proses menulis.Membaca dapat membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang.

1.1 Membaca kuat.

Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi, dan gaya pembacaan yang sesuai. 4

BMM3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

1.2 Teks prosa

Prosa ialah sebarang bentuk tulisan atau karangan atau pengucapan yang tidak mempunyai corak atau irama yang tertentu. Prosa dapat dibahagikan kepada prosa tradisional dan prosa moden. Antara tulisan yang tergolong sebagai prosa tradisional termasuklah pelbagai cerita yang tergolong dalam cerita rakyat, misalnya cerita penglipur lara, cerita jenaka dan cerita asal usul dan epik.Antara tulisan yang tergolong sebagai prosa moden pula termasuk cerpen, novel dan skrip drama. Contoh prosa tradisional: Cerita jenaka. Cerita Pak Kaduk Pak Kadok tinggal di negeri Chempaka Sari di mana raja negeri itu bergelar Indera Sari. Baginda cukup gemar menyabung ayam. Pada suatu hari, Raja Indera Sari mahu adakan pesta menyabung ayam dan Pak Kadok hendak mengambil bahagian dalam pesta itu. Penduduk sering berkata ayam sabung Pak Kadok, Biring Si Kunani itu bertuah kerana ayam itu pasti menjadi juara. Pak Kadok membeli kertas dan menyuruh isterinya membuat baju dan seluar untuk ke pesta itu. Walaupun Pak Kadok miskin tetapi dia tetap suka bergaya. Mak Siti Segera menggunting baju dan seluar kertas itu. Tak usahlah dijahit, pakai pelekat saja, kata Pak Kadok.

Mak Siti mengikut sahaja kata suaminya itu dan selepas siap Pak Kadok pun memakai baju dan seluar kertas itu. Di atas kepalanya Pak Kadok memakai tengkolok helang menyonsong angin. Pak Kadok nampak bergaya sekali dan tampak kacak seperti juara yang mahir dalam hal sabung-menyabung ayam. Pak Kadok menangkap ayamnya Biring Si Kunani dan menuju ke gelanggang raja untuk menyabng ayam dengan raja.

BMM3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Pak Kadok pun dititah mengadap sebelum bermula. Baginda bertitah, Hai Pak Kadok, mari kita bertukar ayam. Ambillah ayam beta ini, elok, cuba lihat romannya jalak putih mata, dan ayam Pak Kadok, Biring Si Kunani sahaja tiada berapa tuahnya, titah baginda pula. Pak Kadok terharu mendengar kata-kata baginda itu maka tanpa berfikir panjang Pak Kadok pun setuju bertukar ayam dengan baginda raja. Baginda begitu gembira kerana dapat ayam Pak Kadok kerana baginda tahu ayam itu ayam yang bertuah. Maka titah baginda, "Hai Pak Kadok, apakah taruhnya kita menyambung ayam ini?" Pak Kadok pun berkata, "Ampun Tuanku patik bukanya berharta yang patik ada cuma perkampungan patik saja. Maka jika tidak keberatan izinkan patik gadaikan kampung untuk taruhan kali ni." Baginda pun bersetuju dengan taruhan Pak Kadok itu. Masing-masing pun melepaskan ayam. Bermula sabung menyabung antara SubmitBiring Si Kunani dan Jalak Putih dengan sengit sekali. Jalak Putih cuba untuk membalas serangan dari Biring Si Kunani tetapi tewas juga, Jalak Putih tersungkur di tengah gelanggang. Melihat situasi tersebut Pak Kadok bertepuk sorak, sambil melompat-lompat. Pak Kadok terlupa yang dia telah bertukar ayam dengan baginda tuanku dan kerana melompat-lompat terlalu kuat, baju dan seluar kertas Pak Kadok habis koyak-robak. Orang ramai menjadi riuh rendah melihat Pak Kadok bertelanjang bogel di tengah gelanggang dan kerana berasa amat malu dia terus lari pulang. Malang Pak Kadok, ayam menang, kampung tergadai! baginda titah.

Contoh prosa moden: Skrip drama Dialog : BABAK 1 Suasana di rumah tepat jam pukul 11.45 malam. Kelihatan Mieza dan Lieya di hadapan rumah Lieya. 6

BMM3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Lieya : Terima kasih Mieza sebab hantarkan aku ke rumah. Mieza : Sama-sama Lieya. Minggu depan kita keluar ke kelab lagi ya. Maaf, esok aku ada hal, tak dapat teman kau ke kelab dengan Sam. Lieya : Baik Mieza. Kelihatan Lieya berjalan perlahan-lahan masuk ke rumah dari pintu hadapan. Pak Samat : Lieya ! Apa kau buat tengah-tengah malam ni hah? Kau pergi mana lewat sebegini baru balik rumah? Dengan uniform sekolah tu lagi. Apa nak jadilah dengan kau ni Lieya. Lieya : Alaa, abah ni. Lieya baru balik dari rumah kawanlah. Kami baru habis study group tadi. Itupun nak bising-bising. (berjalan ke bilik dengan wajah yang masam) Pak Samat : Hisyyyhh budak ni. (mendengus sendiri) 1.3 Puisi Puisi ialah suatu bentuk tulisan atau pengucapan yang berirama yang dilahirkan melalui tanggapan yang penuh imaginatif daripada seseorang penulis atau penyair. Terdapat dua golongan puisi melayu iaitu Puisi Tradisional yang terdiri daripada Pantun dan Syair. Sajak pula dari golongan Puisi Moden Puisi Tradisional Contoh : Pantun dua kerat

Sudah gaharu, cendana pula, Sudah tahu bertanya pula.

Contoh : Pantun empat kerat

Pisang emas dibawa belayar, 7

BMM3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati;

Contoh : Syair

Ilmu itulah gemala sakti, Sinarnya cerah cahaya sejati, Asal puncanya lamun didapati, Sukar bercerai sehingga mati. Ilmu alat sangat berguna, Idaman orang yang bijaksana, Hamparnya luas amat saujana, Tepinya ajal sempadannya fana

Puisi Moden Contoh: Sajak cetusan minda Di dalam mentari terpercik misteri lambaian wajah umpama bidadari kucapai namamu tegak baiduri didalam lamunan kita menari mimpi pasti, datang dan pergi namun pepohon tetap teguh 8

BMM3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

walau berbuah ranting rapuh teguh matlamat jiwa utuh disimbah racun tidakkan luruh.

Sebutan dan Intonasi Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut perkataan dan ayat dengan betul serta memahami intonasi dan jeda. Kemahiran yang dipupuk ialah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supaya murid dapat menyampaikan sesuatu makna dengan tepat. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku. 1.4 Sebutan yang betul Sebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu kata dengan betul.sebutan Bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku.

Contoh 1: Saya dibaca mengikut ejaan dan sebutan bahasa Melayu baku iaitu [saya] bukan [saye].

Contoh 2: Perkataan rendang mempunyai lebih daripada satu maksud. Untuk tumbuhan bermaksud pohon yang rendah merimbun, Maksud yang lain pula sejenis makanan iaitu rendang iaitu sejenis masakan daripada daging ayam atau lembu..Sebutan yang betul akan memberi maksud yang jelas dan mudah difahami. 1.5 Intonasi yang betul Intonasi ayat bahasa Melayu hendaklah diajarkan mengikut pola yang berikut: 9

BMM3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

a. Jenis ayat i. ayat penyata ii. ayat Tanya iii. ayat seruan iv. ayat perintah

b. Susunan ayat i. Ayat biasa ii. Ayat songsang

c. Ragam ayat i. ayat aktif ii. ayat pasif 1.6 Membaca lancar dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet. Mengenal pasti pelbagai genre penulisan. Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks. Contoh: KAWAN YANG TIDAK JUJUR Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat bernama Ronnie. Ronnie ialah seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie pula seekor keldai yang kurang cerdik. Oleh itu, Joe sering mengambil kesempatan terhadap kawannya itu. Ia kerap menggunakan Ronnie bagi 10

BMM3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

mendapatkan makanan. Roni hanya menurut segala kata-kata dan arahan Joe. Pada suatu petang, Joe dan Ronnie berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor singa. Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat idea untuk melepaskan diri dari singa itu. Ia berpura-pura berani di hadapan kawannya itu. Kamu tunggu di sini. Biar aku pergi berunding dengan singa itu,kata Joe. Joe berjalan kearah singa. Hai, Encik Singa! Tolong jangan makan saya! Saya akan bawakan keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh menikmati dagingnya yang lazat itu di sana, kata Joe dengan lemah lembut. Baiklah, aku akan lepas kan kau! Tapi, kau mesti bertindak cepat! jawab singa dengan garang. Joe kembali menemui Ronnie. Singa itu tak mahu makan kita sekarang! Lebih baik kita pergi segera dari sini dan menyorok di dalam gua ketika rubah dan keldai itu masuk ke dalam gua, singa terus menerkam rubah. Kemudian, ia membaham keldai. Kedua-dua sahabat itu menjadi makanan singa. Daripada bacaan teks di atas, murid membaca dengan lancar dan memahami maklumat serta mengenal pasti isi utama cerita iaitu akibat sikap kawan yang tidak jujur akhirnya bukan sahaja kawannya menjadi mangsa kepada singa malahan dirinya juga turut menjadi makanan singa.

Aras 2.0 2.1 Bahan sastera 11

BMM3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan sastera mampu membentuk tamadun sesuatu bangsa kerana ia bukan sahaja mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat namun hal ini juga terlibat dengan pergolakan yang berlaku dalam masyarakat tersebut. Penggunaan bahan sastera boleh menarik minat dan memberi kesan yang positif. Ia boleh digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu mengikut peringkat yang sesuai dengan umur, minat, tahap pemikiran dan peringkat kesukaran pelajaran. Mengikut Abd. Rahman Shaari (1994) bahan sastera yang dimaksudkan dalam sukatan pelajaran ialah puisi (lama dan baharu), cerpen, novel, drama dan hikayat (prosa lama).

2.1.1 Menghuraikan maklumat Contoh bahan sastera yang dipilih ialah syair. Awal mulanya masuk sekolah Mengatur langkah jangan tersalah Salam dan selawat kepada Rasulullah Supaya kita diberkati Allah Tangan ibu dicium mesra Kerana dia melahirkan kita Dengarkan baik semua bicara Patuh dan taat menurut kata Dari malam menjelang subuh Jangan dibuang masa yang labuh Usah diamalkan perangai bertangguh Segeralah belajar bersungguh-sungguh 12

BMM3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Rajin dan Jujur Tunas Pengetahuan Hasil nukilan, Zainon Omar 2006

Murid melontarkan syair dengan sebutan dan intonasi yang betul. Berdasarkan syair nasihat yang dipilih, murid dapat menyatakan dan menerangkan nilainilai yang terdapat di dalam syair nasihat, contohnya pada syair nasihat yang dipilih ini nilai yang terdapat di dalamnya ialah di dalam kehidupan hendaklah selalu berselawat ke atas Nabi Muhammad saw supaya hidup kita sentiasa mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa. Selain itu, ibu hendaklah sentiasa dihormati dan disanjung kerana ibulah yang melahirkan dan membesarkan kita.

2.2

Bahan bukan sastera Bahan bukan sastera lebih menjurus kepada penggunaan bahasa yang bukan kreatif berbanding dengan cara penulisan bahan sastera.Ini kerana, isi maklumat yang ingin disampaikan itu lebih utama berbanding dengan cara penyampaian menggunakan bahasa kreatif. Bahan bukan sastera lebih terarah kepada bahan ilmiah, contonya kajian, kertas kerja, rencana, berita, syarahan dan pidato.

2.2.1 Menghuraikan maklumat Contoh bahan bukan sastera yang dipilih ialah berita. Berita: Banjir PAHANG, 16 NOVEMBER 2009 - Kampung Bangau Parit telah dilanda banjir. Tiga hari sebelum kejadian, hujan turun mencurah-curah di kebanyakan kawasan di daerah Temerloh. Penduduk kampung tersebut tidak menduga kampung mereka akan dilanda banjir kerana jarang sekali banjir berlaku di kampung mereka. Oleh itu, ramai yang tidak bersedia bagi menghadapi keadaan tersebut. 13

BMM3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Setelah air naik ke paras yang berbahaya, pihak penyelamat mengarahkan penduduk kampung mengemaskan barang-barang penting dan berharga untuk berpindah ke tempat yang selamat. Kanak-kanak pula dilarang bermain air banjir yang hampir mencecah lantai di kebanyakan rumah penduduk kampung. Banjir berpunca apabila air Sungai Pahang telah melimpah lalu menenggelami beberapa tempat di kampung tersebut. Penduduk kampung telah dipindahkan oleh pasukan penyelamat dengan motorbot dan ditempatkan di Dewan Serbaguna Datuk Harun sehingga banjir surut. Penduduk kampung dijangka akan mengalami kerugian besar kerana banyak tanaman dan haiwan ternakan mereka mati. Namun begitu, penduduk kampung bersyukur kerana setakat ini tiada kes kehilangan nyawa dilaporkan. Ketua kampung, Encik Anuar bin Abu Hassan memberitahu bahawa pihak kerajaan negeri akan menyumbangkan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban penduduk kampung yang terlibat. Selain itu, penduduk kampung juga dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dan berwaspada bagi menghadapi situasi banjir. Murid membaca petikan berita dengan kuat dan lancar. Berdasarkan petikan berita yang dibaca tadi, murid mengenalpasti isi-isi penting yang terdapat di dalam petikan berita. Contoh isi penting yang dicatat ialah banjir telah berlaku di Kampung Bangau Parit di Pahang pada 16 November 2009. Banjir berlaku disebabkan air Sungai Pahang telah melimpah keluar. Penduduk kampong telah dipindahkan dan ditempatkan sementara di Dewan Serbaguna Datuk Harun.

14

BMM3101 PENGAJIAN SUKATAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

15

Anda mungkin juga menyukai