Anda di halaman 1dari 3

Kemahiran Yang Perlu Ada Pada Seorang Pemimpin.

Mengikut Dr Robiah Sidin (1988), dalam bukunya Asas Pentadbiran


Pendidikan, beliau menegaskan bahawa secara umumnya ada dua jenis kuasa
yang boleh dipegang oleh seseorang pemimpin itu iaitu yang pertama, kuasa yang
datang dengan jawatannya di dalam organisasi itu dan kedua, kuasa yang berpunca
daripada keadaan dirinya sendiri atau kuasa individu. Kuasa yang bersangkut paut
dengan jawatan adalah penting kerana memberi kepercayaan kepada anggotaanggotanya. Walaubagaimanapun untuk seseorang itu kekal menjadi pemimpin dia
mesti juga mempunyai kuasa yang berunsurkan kebolehan tersendirinya. (Dr Robiah
Sidin (1988).
Antara kemahiran yang perlu ada pada seorang pemimpin ialah memberi
ransangan pada orang lain.Ini adalah kemahiran asas paling penting jika anda
mahu berada di tahap kepimpinan yang paling atas.Ia juga amat penting untuk
dimiliki oleh seorang usahawan agar segala keputusannya berjaya dilaksanakan
tanpa ada bantahan. Tetapi harus diingat memberi ransangan tidak sama dengan
memaksa. Usahawan bukan saja perlu meransang pekerja, malah usahawan perlu
juga berupaya meransang pelanggan, pelabur dan lain-lain individu berkaitan untuk
memberikan sokongan pada perniagaannya.
Selain

itu,

mempamerkan

integriti

juga

boleh

meransang

atau

mempengaruhi orang lain pada perkara buruk oleh orang yang buruk perangainya,
tidak akan dapat bertahan lama. Bila pekung terbuka, semua orang akan lari. Oleh
itu, integriti yang dihiasa dengan kejujuran perlu ada pada semua orang yang mahu
berjaya apatah lagi jika anda usahawan.Terutamanya pada usahawan yang mahu
bertahan lama dalam dunia keusahawanan.
Menjadi penyelesai masalah yang baik juga antara kemahiran yang perlu
ada pada seorang pemimpin. Hidup yang bermakna, dalam satu segi adalah sama
dengan aktiviti menyelesaikan masalah. Tak kira samada masalah diri sendiri
mahupun masalah orang lain. Selagi kita sanggup berhadapan dengan masalah dan
cari jalan untuk selesaikannya, kehidupan akan jadi lebih bermakna. Konklusinya
semakin tinggi tahap kepimpinan, semakin tinggi keupayaan menyelesaikan
masalah diperlukan. Oleh itu belajarlah jadi penyelesai masalah yang baik dan
bukannya menjadi pencetus masalah pada orang lain. Tambahan pula, seorang

usahawan adalah individu yang kerjanya menyelesaikan masalah pelanggan, tak


ada yang lebih penting untuk berjaya dalam perniagaan selain daripada keupayaan
menyelesaikan masalah dengan baik.

Permudahkan perubahan Pemimpin yang baik adalah agen kepada


perubahan.Perubahan amat perlu dari masa ke masa untuk pergi ke tahap yang
lebih baik. Tak kira sebagai seorang individu mahupun kepada sebuah organisasi.
Orang yang tak mahu berubah, biasanya tak akan ke mana-mana, dia akan kekal
pada tahap akhir kedudukannya berada. Mampu ubah diri sendiri masih tidak cukup
jika kita berada di dalam petak kepimpinan. Kita mesti mampu membantu orang lain
untuk berubah, barulah keseluruhan organisasi dapat berubah. Petua yang paling
baik untuk menjadi agen perubahan adalah sentiasa ingat akan perkataan
permudahkan. Permudahkan apa saja tugasan anda, permudahkan juga urusan
orang lain.
Berkomunikasi dengan jelas Ada orang yang jujur dan punyai integriti yang
hebat, tapi malangnya dia tak berupaya menjelaskannya pada orang lain. Ada juga
orang yang punya idea yang cukup hebat, dia bijak dan punyai banyak ilmu, tapi tak
berupaya berkomunikasi dengan baik. Itu merupakan masalah rakyat di negara kita
terutamanya pada majoriti pelajar yang tamat pengajian mereka di pusat pengajian
tinggi. Mereka bijak menghafal, malangnya tak dapat membuat penyampaian
dengan baik. Tidak ada kemahiran untuk berkomunikasi dengan baik dan jelas
hanya membuatkan segala keupayaan dan idea kita tertanam dalam kubur bersama
dengan jasad bila kita mati kelak. Pastikan kemahiran ini digarap dengan baik
sepanjang hidup kita. Ikuti latihan, buat pembacaan dan berlatihlah tanpa jemu
sehingga anda mampu berkomunikasi dengan jelas, baik dan ringkas dan tidak
menjemukan.

Bijak berkerjasama Bila dah namanya ketua, ertinya perlu bekerja dengan
ramai lagi orang lain di bawah. Ketua juga perlu mewakili kumpulannya untuk
berbincang dan bekerjasama dengan ketua kumpulan yang lain pula. Bijak
bekerjasama adalah kemahiran yang ada hubung kait dengan kejayaan seseorang

individu dalam melayari kehidupannya. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak


yang ramai kawan dan pandai bekerjasama dengan rakan-rakannya sejak kecil, bila
membesar biasanya lebih berjaya dalam kehidupan mereka dan menjadi ketua.
Kebijaksanaan untuk bekerjasama dengan orang lain juga adalah resepi untuk
menjadi usahawan yang berjaya ke peringkat yang lebih tinggi. Tak ada usahawan
boleh naik dan berjaya seorang diri tanpa adanya kerjasama dengan orang lain.

Kesimpulannya,

kepimpinan

ialah

perlakuan

seseorang

yang

boleh

menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa, bertindak dengan cara-cara


tertentu. Dalam hal ini seorang pemimpin harus mengetahui keperluan dan motif
orang-orang yang berkerja dengannya dan harus menitikberatkan pencapaian
matlamat kumpulan. Dia juga harus berjaya mengekalkan kekuatan yang ada pada
kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat masa depan.
Walaupun kepimpinan boleh dipelajari, tapi tidak semua orang dapat menjadi
pemimpin yang baik. Menjadi pemimpin yang baik memerlukan kesabaran,
kecekalan, pembelajaran yang berterusan, sikap cintakan ilmu, penguasaan
pelbagai kemahiran, disiplin diri yang tinggi, kesediaan untuk menerima teguran juga
kritikan dan sebagainya. Natijahnya seorang pemimpin organisasi yang baik bukan
sahaja

bergantung

kepada

jawatan

yang

disandang

tetapi

lebih

kepada

keupayaannya mengendalikan peranan-peranan dalam organisasi dengan berkesan


serta menguasai kemahiran-kemahiran yang dinyatakan dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai