Anda di halaman 1dari 4

** KEMAHIRAN KEPIMPINAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Kebolehan menerima tanggungjawab Kebolehan mengambil kira pandangan berbeza individu lain Kebolehan merancang dan mengurus Kebolehan memberi arahan dan mengagihkan tugas Kebolehan membawa ahli kepada satu konsenses Kebolehan membuat keputusan tepat untuk kepentingan bersama Kebolehan mengenalpasti dan mengembangkan potensi ahli lain Kebolehan menyelesaikan satu tugasan multi dimensi ** http://samsudinabdkadir.blogspot.com/2010/03/kemahiran-kepimpinan.html

KEMAHIRAN KEPIMPINAN
Pengetahuan mengenai teknik dan kemahiran kepimpinan amat penting dalam menentukan pimpinan organisasi ialah kepimpinan yang berkesan. Oleh yang demikian untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan kemahiran-kemahiran berikut perlu ada kepada seseorang pemimpin. Antara kemahiran yang perlu bagi seseorang pemimpin ialah Kemahiran Pengurusan ataupun Pentadbiran. Robert L Katz menyenaraikan tiga aspek penting dalam kemahiran yang perlu dimahiri oleh seseorang pemimpin iaitu Kemahiran Konsep, Kemahiran Teknik dan Kemahiran Manusia. Kemahiran Konsep. Kemahiran konsep ialah kemahiran pengalaman dan boleh menentukan keberkesanan kepimpinan. Dalam kemahiran ini seseorang pemimpin akan mempunyai kebolehan mental untuk menyelaras dan menyatukan kepentingan dan aktiviti organisasi. Ia akan menentukan bagaimana bahagian-bahagian dalam sesuatu organisasi saling bergantungan antara satu sama lain. Hal ini penting kerana pengetahuan ini akan membantu seseorang pemimpin mengawal dan menyelia serta dapat bertindak dengan pantas untuk mencari penyelesaian jika terdapat sesuatu perkara yang perlu diambil tindakan segera. Hal ini dapat menyelamatkan organisasinya daripada terancam dan dapat melihat kekesanan sesuatu faktor yang boleh menjejaskan faktor lain dalam organisasi. Kemahiran Teknik. Dalam kemahiran ini seseorang pemimpin akan dapat memimpin sesuatu organisasi dengan lebih cemerlang jika mempunyai pengetahuan berkenaan dengan teknik atau cara mengendalikan sesuatu lapangan pentadbiran. Sebagai contohnya, seseorang pempimpin dalam bidang pendidikan perlu mengetahui akan teknik dan kaedah pengajaran, psikologi pelajar serta persekitaran yang mempunyai hubungkait dengan pendidikan, pelajar dan guru. Tanpa kemahiran ini kepimpinan

yang ditonjolkan tidak akan dapat dijalankan dengan berkesan. Kemahiran Manusia. Pengetahuan dan kebolehan dalam kemahiran manusia atau pengetahuan mengenai hubungan manusia boleh memberikan kelebihan kepada seseorang pemimpin. Kelebihan ini akan dapat membantu pemimpin menentukan pembentukan pengaruh dan mengenakan kuasa ke atas pengikut dengan lebih berkesan dan berdiplomasi. Kemahiran ini juga akan membolehkan pemimpin memberikan dorongan serta memahami kehendak pengikut untuk bekerja dalam satu kumpulan. Selain itu, ia juga membolehkan pemimpin dapat diterima oleh pengikut dalam sesuatu organisasi. Hal ini akan memudahkan mereka untuk mengurus dan memimpin organiasi. Sehubungan dengan itu, kemahiran ini lebih memberikan manfaat jika para pemimpin mempunyai gaya kepimpinan yang baik. Begitu juga melalui kemahiran ini pemimpin boleh memanipulasi manusia untuk memimpin organisasi dengan baik. Hal ini kerana manipulasi ialah satu unsure pengaruh yang amat penting dalam organisasi. Kemahiran ini juga memerlukan penguasaan dalam aspek Teori Motivasi seperti Teori Motivasi Maslow, Porter, dan Herberg. ** http://www.adap.com.my/info.php?id=616 DALAM usaha merealisasikan hasrat negara untuk memiliki masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama serta berdaya saing, kemahiran insaniah merupakan elemen yang penting dan perlu diterapkan dalam diri setiap individu terutamanya golongan pendidik seperti guru dan pensyarah. Kemahiran insaniah secara umumnya merupakan kemahiran yang dimiliki selain daripada bidang pengajian atau teknikal yang dipelajari di sekolah mahupun di pusat pengajian tinggi. Pengarah Pusat Inovasi dan Pembangunan Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, kemahiran ini terdiri daripada tujuh bahagian termasuklah komunikasi, kepimpinan, kerja berkumpulan, nilai dan etika, pembelajaran sepanjang hayat, keusahawanan, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah. ** http://infosky.wordpress.com/2007/09/17/kemahiran-dan-kualiti-kepimpinan-organisasi/

Organisasi: Kemahiran dan Kualiti Kepimpinan


Dalam sesebuah organisasi terdapat banyak aras kepimpinan. Aras kepimpinan ini biasanya ditentukan secara formal berasaskan tanggungjawab, peranan dan fungsi yang telah ditetapkan mengikut hiraki pada struktur perjawatan organisasi berkenaan. Secara mudah, lagi tinggi atau/dan penting fungsi jawatan seseorang, maka lagi tinggilah aras kepimpinannya. Namun begitu, samaada seseorang itu pemimpin atasan, pertengahan atau bawahan, ianya tetap juga seorang pemimpin yang mempunyai pengikut, tanggungjawab dan peranan tertentu yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Setiap pemimpin bertanggungjawab menentukan masa hadapan organisasi. Dalam hal ini, seorang pemimpin boleh diumpamakan seperti kapten kapal yang mengetuai satu misi pelayaran. Kapal sebagai oganisasi, kelasi sebagai para pengikut (pekerja) dan penumpang pula merupakan pelanggan yang mengharapkan perkhidmatan yang berkualiti. Untuk mempastikan semuanya selamat sampai ke destinasi yang dituju, serta dapat memenuhi hasrat penumpang, kapten perlu melaksanakan tugas-tugas kepimpinan, antaranya seperti menetapkan arah dan laluan yang perlu dilalui serta merancang tindakan-

tindakan yang perlu dilaksanakan semasa pelayaran dan pelbagai tindakan alternatif yang akan diambil sekiranya menghadapi masaalah di lautan yang bergelora. Dengan kata lain, sebagai pemimpin kapten tersebut perlu menentukan visi, misi dan matlamat, serta mempunyai perancangan strategi yang bersesuaian untuk mencapainya. Untuk itu, beliau perlu memiliki kemahiran dan kualiti kepimpinan yang bertepatan supaya dapat merangsang dan mempengaruhi para kelasi melaksanakan setiap tindakan yang dikehendakinya. Sementara dari aspek kepengikutan pula, para kelasi yang melaksanakan arahan-arahan tadi perlu melihat kapten tersebut sebagai seorang yang berkebolehan serta berkemampuan dalam memimpin mereka. Disini, mereka juga perlu mempunyai keyakinan bahawa kapten tersebut memiliki kemahiran dan kualiti kepimpinan yang bertepatan. Secara umum, kemahiran kepimpinan boleh dilihat sebagai gandaan daripada empat elemen utama, yang merupakan kebolehan-kebolehan yang perlu dimiliki oleh seseorang pemimpin, iaitu: ~ Kebolehan menggunakan kuasa dengan efektif dan bertanggungjawab. ~ Kebolehan memahami bahawa manusia memerlukan motivasi yang berbeza pada waktu dan situasi yang berlainan. ~ Kebolehan merangsang para pengikut. ~ Kebolehan bertindak dengan cara yang boleh menerbitkan suasana yang bermotivasi. Sementara kualiti kepimpinan pula (spt. dinyatakan oleh Warren Bennis The Leadership Advantage, 1999) boleh dilihat sebagai gabungan daripada tujuh elemen utama, yang merupakan attribut yang diperlukan pada seseorang pemimpin. Ringkasnya, tujuh elemen tersebut adalah: ~ Technical competence kepakaran dalam aktiviti / perniagaan organisasi. ~ Conceptual skill- fasiliti bagi pemikiran yang abstrak atau strategik. ~ Track record latarbelakang pengalaman dan kejayaan masa lalu. ~ People skills- kebolehan berkomunikasi, memotivasi dan mendelegasi. ~ Taste kebolehan mengenalpasti dan membangunkan bakat. ~ Judgement kebolehan membuat keputusan yang sukar dalam masa yang singkat dengan menggunakan maklumat yang terhad. ~ Character kualiti yang mencerminkan siapakah pemimpin tersebut.

Sesungguhnya, kemahiran dan kualiti kepimpinan adalah antara ramuan yang perlu dimiliki oleh setiap pemimpin. Melaluinya, pemimpin bukan sahaja berkebolehan memimpin, tetapi yang lebih penting ialah kepimpinan pemimpin tersebut diyakini serta diiktiraf oleh para pengikutnya, malah warga organisasi keseluruhannya.

Anda mungkin juga menyukai