Anda di halaman 1dari 6

Kemahiran Pentadbir

Perkara yang penting dalam aspek definisi pentadbiran pendidikan ialah:

1. Pengendalian

2. Matlamat

3. Kualiti/mutu

4. Keberkesanan

5. Merujuk kepada sumber fizikal dan manusia

Empat fungsi kemahiran pentadbir

1. Perancangan

2. Pengorganisasian

3. Kepimpinan

4. Pengawalan

1. Perancangan

 Melibatkan prosas menetapkan matlamat, mengenal pasti strategi dan membina


perancangan untuk menyelaraskan aktiviti.
 Memberikan hala tuju organisasi.
 Menyelaras dan mengorganisasi semua sumber yang perlu digunakan.
 Membantu bagi memfokuskan segala usaha dalam organisasi.
 Membantu pengurusan dalam pembuatan kepulusan.
 Mengawal dan menilai prestasi organisasi.

2. Pengorganisasian

 Proses penyusunan dan pengagihan sumber manusia dan sumber lain untuk
melaksanakantugas agar dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan dengan cekap dan
berkesan.
Pengorganisasian akan dapat:
a) Menjelaskan tugas - tugas setiap individu dalam organisasi.
b) Mengenal pasti siapa yang bertanggung jawab terhadap sesuatu tugas.
C) Membentuk saluran komunikasi yang formal.
 Contoh - Garta Ordanbasi

3. Kepimpinan

 Merupakan satu proses dimana seorang pemimpin cuba mempengaruhi pekerjanya dengan
cara berkomunikasi, memberikan motivasi dan menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan
tingkah laku perkerja untuk menyelesaikan sesuatu tugas.
 Kejayaan seseorang pemimpin bergantung kepada bagaimana da boleh menvelesaikan
sesuatu tugasan dengan baik tapa mendatangkan konflik dikalangan pekerja-pekerjanya.
 Kegagalan pekerja merupakan juga kegagalan pemimpin juga.

4. Pengawalan

 Matlamat organisasi melibatkan proses pemantauan prestasi dan aktiviti, menilai


pencapaian, membandingkannya dengan tahap standard dan mengambil tindakan jika perlu.

Kawalan boleh wujud dalam dua situasi:-

 Kawalan dalaman - wujud dari dalam individu tersebut bagaimana beliau mengawal dan
menentukan prestasi diri sendiri.
 Kawalan luaran - wujud apabila seseorang memberikan tekanan kepada prestasi dan
tugasan seseorang.

1. Kemahiran Konseptual Kemahiran

Konseptual ialah kebolehan mental atau minda untuk menganalisis dan mengdiagnosis setiap situasi
dan masalah, malah berupaya untuk menyelaras dan menyepadukan keseluruhan aktiviti organisasi
agar ia lebih sistematik dan efektif. Setiap organisasi sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran
dan saingan yang memerlukan kepada penentuan polisi dan strategi organisasi yang lebih berdaya
saing. Kemahiran konseptual yang tinggi sanggat diperlukan untuk membolehkan seseorang
pengurus memahami dengan sempurna dan rasional setiap peluang dan tindakan-tindakan yang
lebih strategik dari semasa ke semasa. Dengan yang demikian, organisasi akan dapat berfungsi
dengan lebih efektif sesuai dengan situasi dan kehendak semasa. Disamping itu, perlu dipahami
bahawa proses untuk mencapai matlamt organisasi melibatkan jumlah aktiviti yang banyak dan
pelbagai. Kesemuanya perlu di organisasi sejara efektif supaya wujud kelancaran beroperasi demi
untuk meminimumkan kos pengeluaran di samping akan dapat mencapai tahap produktiviti yang
tinggi serta berkualiti.

2. Kemahiran Kemanusiaan/Interpersonal

Kemahiran kemanusiaan merujuk kepada kebolehan seseorang pengurus untuk bekerja dan
memahami serta memotivasi para pekerja, sama ada secara individu mahupun secara kumpulan dan
pasukan. Sebahagian besar daripada urusan seharian para pengurus organisasi adalah bekerja
bersama-sama dengan para pekerja mereka. Malah, kejayaan seorang pengurus adalah bergantung
kepada sejauh mana mereka dapat merealisasikan matlamat syarikat melalui kerja-kerja yang
dijalankan oleh para pekerja mereka. Berdasarkan kepada hakikat ini, kemahiran kemanusiaan
amatlah kritikal kepada seorang pengurus. Antaranya, komunikasi, perundingan, motivasi dan
kepimpinan.

3. Kemahiran Teknikal

Kemahiran Teknikal merujuk kepada pengetahuan dan kebolehan seseorang pengurus mengaplikasi
segala teori, kaedah, teknik, prosedur dan alat-alat yang sesuai untuk melaksanakan sesuatu tugas
yang spesifik. Kemahiran teknikal ini amat mudah untuk diphami dalam dunia pekerjaan profesional
yang bersifat teknikal, seperti kerja seorang jurutera dan seorang doktor. Mereka mestilah
mempunyai kemahiran teknikal dalam bidang masing-masing untuk membolehkan mereka
melaksanakan tugas-tugas seharian mengikut keperluan dan piawaian yang ditentukan. Dalam
bidang pengurusan pula, seorang pengurus personel hendaklah mempunyai pengetahuan dan
kemahiran teknikal yang secukupnya dan terkini serta mahir dalam prosedur dan peralatan yang
digunakan untuk proses pengrekrutan, penstafan, latihan, pembangunan staf, penilaian prestasi,
pampasan dan sebagainya.

Kemahiran teknikal

Menyediakan belanjawan, merancang jadual pertandingan, merancang dan menyelia program


latihan, mengurus pejabat/organisasi, menilai program yang dijalankan dan menilai aspek
keselamatan.

- Contoh, mempunyai kemahiran teknikal olahraga, mampu mengetahui masa bila atlet pelari 800
meter boleh masuk ke lorong 1.

- Contoh, kerahiran mengira skor sukan menembak

- Contoh, kemahiran melakukan teknik lompat jauh

Kemahiran konseptual

- Berkeupayaan berlikir secara abstrak, memupuk idea dan memahami organisasi secara
keseluruhan.

- Idea yang bernas

- Mempunyai visi dan misi yang jelas dan boleh dicapai

-Berinovasi

-Contoh, Bapaimana TMJ berjaya memajukan pasukan JDT sehingga menjadi salah satu pasukan
yang terkuat di Malaysia pada masa ini.

Definisi Kemahiran Pengurusan

 Kemahiran pengurusan atau kebolehan mengurus adalah berhubung dengan proses


pengarahan, penyelarasan, atau pengawasan pekerjaan orang lain.
 Kepentingan kemahiran teknik tau kemahiran pengurusan bergantung kepada tingkat
pengurus itu berada dalam orpanisasi dan keadaan operasi yang dijalankan.
 Semakin rendah pangkat seseorang pengurus itu, semakin tinggi la memerlukan kemahiran
teknik untuk menjalankan tugas pada peringkat operasi.

Kepentingan Kemahiran Pengurusan

1. Membolehkan pengurus mengurus dengan berkesan

2. Membolehkan pengurus menyelaras kerja di dalam organisasi secara lebih baik dan berkesan.

3. Membolehkan pengurus membuat keputusan yang tepat bagi sesuatu situasi yang penting.

4. Membolehkan pengurus mengurus masa secara cekap dan berkesan.

5. Membolehkan pengurus berhubung dengan semua pihak secara berkesan


6. Membolehkan pengurus mengetahui dan menyelesaikan semua masalah secara cekan dan
berkesan.

7. Membolehkan pengurus mengenalpasti dan mengambil peluag yang wujud sama ada dari dalam
dan luar organisasi.

8. Membolehkan pengurus mengkoordinasikan semua semua secara cekap dan berkesan.

Ini bermakna prestasi dan kualiti sumber guna tenaga teknikal ditentukan oleh maklum balas yang
berlaku hasil daripada kesan yang wujud dalam situasi pekerjaan.

MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU

Model Konseptual Pendidikan Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan
Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang menekankan kepentingan tiga aspek asas iaitu pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang disepadukan merentasi semua disiplin mata pelajaran serta program yang
dirancangkan seperti gambar rajah di bawah: MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU Model
Konseptual Pendidikan Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah
Pendidikan Guru (FPG) yang menekankan kepentingan tiga aspek asas iaitu pengetahuan, kemahiran
dan nilai yang disepadukan merentasi semua disiplin mata pelajaran serta program yang
dirancangkan seperti gambar rajah di bawah:
Model konseptual pendidikan guru mengutamakan akauntabiliti guru kepada tiga dimensi utama
iaitu kendiri, kemasyarakatan dan ketuhanan. Citra ketiga-tiga dimensi ini dijelmakan dalam program
yang dirancangkan seperti berikut:

Ketuhanan: Menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu sebagai insan yang
percaya dan patuh kepada ajaran agama.

Kemasyarakatan: Menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan sebagai agen
perubahan.

Kendiri: Menjurus kepada pembinaan daya ketahanan, patriotisme, pemupukan budaya ilmu,
pembentukan sahsiah dan berpekerti mulia.

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru,model ini
menggambarkan suatu usaha membina kekuatan dan ketahanan diri guru berasaskan kepatuhan
kepada Tuhan dan kesejahteraan bermasyarakat. Hasrat ini dicapai menerusi pelaksanaan kurikulum
pendidikan guru yang menyepadukan aspek-aspek pengetahuan, kemahiran ikhtisas dan amalan
nilai-nilai keguruan.
Kurikulum Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah digubal dengan mengambil kira
usaha menterjemahkan ketiga-tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai secara bersepadu
yang diperjelas seperti berikut:

Pengetahuan: Merangkumi pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran KBSR dan
KBSM serta pengetahuan ikhtisas keguruan.

Kemasyarakatan: Merangkumi kemahiran ikhtisas yang menjurus kepada kemahiran berkomunikasi,


kemahiran belajar, kemahiran berfikir, literasi komputer dan pedagogi. Pembinaan dan pengukuhan
aspek "how to" dengan memberi tumpuan kepada pengintegrasian teknologi maklumat dalam
pelaksanaan kurikulum.

Nilai: Merujuk kepada penerapan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni keguruan yang
menampilkan sahsiah dan perlakuan sebagai guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan,
patriotik. inovatif, kreatif, berketrampilan dan berwibawa serta patuh kepada profesion perguruan.

Rujukan

Robiah Sidin (1998) Pemikiran Dalam Pendidikan. Fajar Bakti Sdn. Bhd.: Selangor

Stenberg, A. (2007) Comprehensive Education Or Vocational Training For TheUnemployed


International Journal of Manpower Volume 28

Julita Liwan (2002). Peranan Guru Kanan Mata pelajaran dan Masalah Dalam Perlaksanaan
Pengurusan Kurikulum di sekolah. Tesis Sarjana: Universiti Kebangsaan Malaysia

Jamaliah Abdul Hamid dan Norashimah Ismail. (2005). Pengurusan & Kepimpinan Pendidikan.
Teori, Polisi dan Pelaksanaan.Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia

Anda mungkin juga menyukai