Anda di halaman 1dari 8

Kaedah Yang Digunakan

Tujuan : meningkatkan kekuatan otot tangan


Subjek : Atlet Hoki
Jenis Latihan : latihan menggunakan bebanan, latihan menggunakan getah rintangan, latihan
menggunakan bola segar

Jenis Latihan Otot Yang Terlibat


Latihan menggunakan bebanan
1) Pectoralis Major and Minor
 Bench Press 2) Anterior Deltoid
3) Lateral Deltoid
4) Posterior Deltoids
5) Triceps Brachii
6) Latissimus dorsi
 Dumbbell one-arm row
7) Trapezius
8) Rhomboids
9) Teres Major and Minor
10) Infraspinatus
11) Biceps
 Chest Crossover
12) Brachialis
13) Brachioradialis
14) Supraspinatus
15) Serratus Anterior

 Lateral Raise 16) Clavicular (Upper)


17) Levator Scapulae

 Barbell Seated Press


Jenis Latihan Otot Yang Terlibat
Latihan Menggunakan Getah Rintangan
1) Biceps Brachii
 Biceps Curl 2) Brachialis
3) Branchioradialis
4) Triceps Brachii
5) Deltoid
6) Trapezius

 Hammer Curl

 Wide Curl

 Single Lateral Raise

 Triceps Extension
Jenis Latihan Otot Yang Terlibat
Latihan Menggunakan Bola Segar
1) Triceps Brachii
 Bent Over Row 2) Deltoid
3) Trapezius
4) Biceps Brachii
5) Rhomboids
6) Glutes
7) Quads
8) Rectus Abdominis
9) Pectoralis Major and Minor
 Floor Toss

 Slams

 Triceps Extension
Keberkesanan Latihan

Latihan ini merangsang pelbagai perubahan pada otot dan meningkatkan kemampuan
otot agar dapat memberi respon dengan cepat dan kuat (Ishak, 2012).

Latihan ini dapat membantu meningkatkan ketahanan pergerakan di bahagian sendi,


menguatkan tulang-tulang rangka, otot, tendon, ligament dan dapat meningkatkan
kecergasan.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Mohd Muizzuddin Hassan, hasil kajiannya
mendapati bahawa latihan bola segar ini dapat meningkatkan tahap kekuatan otot
tangan dan ini selaras dengan kajian yang dilakukan oleh Mohd Anizu Mohd Noor
dan Mohd Nasir Lajewah (2011) yang turut mendapati bahawa program latihan bola
segar yang digunakan sebagai tambahan latihan dilihat releven dalam membangunkan
peningkatan kekuatan otot dan daya tahan otot subjek.

1) Dapat meningkat daya pukulan bola.

2) Dapat meningkatkan daya tolakan bola.


3) Dapat meningkatkan kekuatan tolakan bola semasa ‘drag flick’.

4) Dapat meningkatkan kawalan bola.

5) Dapat meningkatkan fleksibiliti.


6) Dapat mengurangkan tercederaan diri.

7) Dapat meningkatkan daya tahan kardiovaskular.


Apakah limitasi untuk meningkatkan komponan yang dipilih .
Limitasi adalah pekara yang menjadi kekangan dan halangan atau kekurangan ketika
menjalankan kajian. Oleh itu, dalam Latihan rintangan ini terdapat beberapa limitasi yang
dihadapi. Menurut Zahit Othman (2010) menyatakan bahawa setiap kajian ada limitasi yang
tersendiri. Oleh itu limitasi kajian perlu dilaporkan walaupun secara ringkas. Limitasi kajian
merujuk kepada kemungkinan wujudnya kelemahan kajian yang diluar kawalan anda yang
melibatkan parameter dalam metodologi kajian seperti pemilihan sampel bukan rawak, saiz
sampel yang kecil, kesan variabel luaran atau variabel moderator yang anda kenalpasti
mungkin memberi kesan kepada kajian anda. Jadi dalam Latihan yang dilakukan ini bagi
sukan hoki terdapat beberapa limitasi yang dihadapi.

Antara limitasi yang wujud dalam Latihan rintangan yang direka adalah hanya fokus
pada otot atas badan sahaja. Hal ini demikian kerana, latihan ini direka untuk memastikan
pemain hoki untuk dapat melakukan bebrapa gerakan yang diperlukan dalam sukan hoki
dengan lancar dan kuat. Oleh itu latihan ini di fokuskan kepada kekuatan badan atas sahaja.
Walaubagaiamanpun, keadaan ini menjadi limitasi kerana, dalam sukan hoki kekuatan bawah
badan juga diperlukan untuk membawa bola dan kestabilan semasa membuat pukulan dan
hantaran bola. Selain itu, latihan rintangan juga memerlukan pemain hoki untuk mempunyai
masa rehat yang cukup. Hal ini demikian kerana, latihan rintangan yang direka banyak
mengunakan tenaga dan badan memerlukan masa yang lama untuk mempunyai tenaga
semula. Jika pemain hoki tidak mengambil berat tentang pekara ini. Pekara buruk boleh
berlaku, seperti mengalami kecerderaan semasa latihan atau tidak bertenaga semasa latihan
dan kurang semangat akibat kurang rehat.

Seterusnya, adalah, bagi menguji kekuatan latihan rintangan yang dilakukan


memerlukan alatan yang mahal seperti Dynamometer. Hal ini menyebabkan berlakunya
limitasi dalam memperolehi barangan untuk menguji kekuatan yang tekah dilatih. Alatan ini
mahal dan sukar didapati oleh itu ia memerlukan dana yang tinggi untuk memilikinya. Alatan
ini penting bagi mengukur ketepatan pengukuran latihan yang telah dijalankan.

Kesimpulannya, dalam apa juga kajian atau latihan memang akan wujud limitasi
dalam kajian tersebut. Dalam latihan rintangan yang direka limitasi itu wujud tapi tidak
banyak kerana latihan ini tidak terlalu terperinci seperti, latihan ini hanya dijalankan kepada
pemain berpengalaman sahaja atau hanya pemain lelaki diuji. Oleh itu, tidak banyak limitasi
yang boleh dikaitkan.

Anda mungkin juga menyukai