Anda di halaman 1dari 13

BAB 3

PROSEDUR KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Ujian Perkembangan Motor Ulrich adalah ujian kemahiran aktiviti fizikal suaian dan
kebiasaannya kemahiran ini diuji kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dan sindrom down.
Namun sekarang, Ujian Perkembangan Motor Ulrich lazim dijalankan kepada kanak-kanak yang
berumur daripada 3 tahun sehingga 10 tahun. Ujian ini dilaksanakan kepada 12 kemahiran motor
kasar kanak-kanak dimana kemahiran ini akan dibahagi kepada dua iaitu enam Kemahiran
Lokomotor dan enam Kemahiran Manipulatif. Melalui Ujian Perkembangan Motor Kasar Ulrich,
subjek dapat mengenalpasti tahap pencapaian mereka dengan Kemahiran Lokomotor dan
Kemahiran Manipulatif.

3.2 KEMAHIRAN LOKOMOTOR

Kandungan yang terdapat dalam Kemahiran Lokomotor adalah ujian lari, gallop, lompat
sebelah kaki, lenting, lompat jauh berdiri dan lari sisi. Berikut dibawah merupakan prestasi
kriteria yang perlu dipenuhi untuk mencapai tahap pencapaian dalam Kemahiran Lokomotor.

3.2.1 Ujian Kemahiran Lokomotor

Kemahiran Prestasi Kriteria


a. Wujud koordinasi tangan-kaki dengan keadaan siku fleksi.
b. Kedua-dua kaki tidak menjejak bumi untuk seketika.
1. Lari
c. Kaki tidak flat-flooted.
d. Kaki belakang fleksi pada anggaran sudut tepat.
a. Siku fleksi dan berada di paras pinggul pada fasa lonjakkan.
b. Langkahan kaki hadapan diikuti oleh langkahan kaki
belakang.
2. Gallop
c. Kedua-dua kaki tidak jejak bumi untuk seketika.
d. Mampu mengekalkan ritma pergerakan sekurang-kurangnya 4
ulangan aksi.
3. Lompat a. Keseluruhan kaki bebas dihayunkan ke hadapan untuk
Sebelah Kaki menghasilkan daya.
b. Bahagian bawah kaki bebas sentiasa tidak melebihi bahagian
aksis badan (trunk).
c. Siku fleksi dan dihayunkan ke hadapan untuk penghasilan
daya.
d. Lonjak dan mendarat 3 kali berturut-turut dengan kaki kanan.
e. Lonjak dan mendarat 3 kali berturut-turut dengan kaki kiri.
a. Lonjak dengan sebelah kaki dan mendarat dengan kaki yang
lain.
b. Kedua-dua tidak menjejak bumi untuk seketika (lebih lama
4. Lenting
berbanding berlari)
c. Posisi tangan mencapai kehadapan dalam keadaan
berkoordinasi dengan tangan.
a. Posisi sedia: Kedua-dua lutut fleksi dan tangan dalam
keadaan fleksi penuh dibelakang badan.
5. Lompat Jauh b. Tangan dihayunkan ke hadapan dan mencapai ekstensi penuh
Berdiri fasa layangan.
c. Lonjak dan mendarat dengan dua kaki secara serentak.
d. Tangan dibawah ke bawah ketika mendarat.
a. Posisi badan dan sisi mengikut arah pergerakan, bahu selari
dengan garisan.
b. Langkah sisi diikuti pergerakan kaki sokongan. Kaki
6. Lari sisi sokongan berabduksi dengan kaki yang memulakan
pergerakan.
c. Minimum 4 ulangan aksi sisi arah kanan.
d. Minimum 4 ulangan aksi sisi arah kiri.

3.2.2 Stesen Ujian Kemahiran Lokomotor

Jadual dibawah menunjukkan gambaran bagi setiap stesen ujian yang dilakukan dalam
Kemahiran Lokomotor. Pada masa yang sama, ia mengenalpasti jenis peralatan dan bentuk ujian
ini dilakukan.

Kemahiran Gambaran

1. Lari

2. Gallop
3. Lompat
Sebelah Kaki

4. Lenting

5. Lompat Jauh
Berdiri

6. Lari Sisi

3.3 KEMAHIRAN MANIPULATIF


Untuk Kemahiran Manipulatif, ia terdapat enam jenis ujian yang menggunakan peralatan
iaitu ujian memukul bola pegun, lantun bola, menangkap bola, menendang bola, membaling atau
melontar dan mengguling bola.Jadual dibawah menunjukkan prestasi kriteria bagi Kemahiran
Manipulatif.

3.3.1 Ujian Kemahiran Manipulatif

Kemahiran Prestasi Kriteria


a. Ketika memegang pemukul: Tangan dominan berada diatas
tangan bukan dominan.
b. Bahagian badan yang bukan dominan menghadap ke arah
1. Memukul Bola bayangan.
Pegun c. Rotasi pinggul dan bahu ketika fasa hayunan.
d. Berlaku pemindahan berat badan secara melangkah dengan
kaki ke hadapan.
e. Berlaku fasa kontak pemukul-bola.
a. Kontak bola dengan sebelah tangan: paras pinggul.
b. Bola dilantun dengan jari.
c. Kontak bola berlaku dihadapan badan/kaki pada sebelah
2. Lantun Bola
tangan yang melantun bola.
d. Mampu mengawal 4 kali lantunan tanpa perubahan pada
posisi kaki.
a. Fasa persedian: siku fleksi dengan kedudukan tangan di
3. Menangkap hadapan badan.
Bola b. Ekstensi lengan semasa hendak menangkap bola.
c. Tangkapan dan kawalan bola menggunakan tangan sahaja.
a. Berlari anak ke arah bola dalam satu pergerakan yang
berterusan (tidak tersekat-sekat)
4. Menendang b. Langkah akhir dipanjangkan sebelum menendang.
Bola c. Posisi kaki bebas adalah bersebelahan atau berada sedikit di
belakang posisi bola.
d. Bola ditendang secara “instep” atau “tonjol”.
a. Tangan yang membaling memulakan ayunan daripada bawah
pinggul.
b. Rotasi bahu dan pinggul pada arah sasaran balingan.
5. Membaling
c. Pemindahan berat badan secara kaki (yang berlawanan
atau Melontar
dengan tangan membaling) melangkah ke hadapan.
d. Ikut lajak secara tangan yang membaling menyilang bahagian
hadapan badan.
6. Mengguling a. Tangan dominan hayun ke bawah dan ke belakang. Tangan
melepasi badan dan dada menghadap kon.
b. Langkah ke hadapan dengan kaki hadapan berkoordinasi
dengan tangan dominan.
Bola
c. Lutut difleksikan.
d. Bola dilepaskan rendah (aras permukaan lantai). Pastikan bola
tidak melantun melebihi paras buku lali.

3.3.2 Stesen Ujian Kemahiran Manipulatif

Kemahiran Gambaran

1. Memukul Bola
Pegun

2. Lantun Bola

3. Menangkap
Bola

4. Menendang
Bola
5. Membaling
atau Melontar

6. Mengguling
Bola

4.0 Prosedur Ujian

Sebelum:
1. Menyediakan borang rekod ujian perkembangan motor kasar ulrich.
2. Menyediakan borang ujian perkembangan motor kasar ulrich.
3. Mencari seorang kanak-kanak yang berumur antara 3 hingga 10 tahun untuk dijadikan
sebagai subjek.
4. Menyediakan borang permohonan/pemakluman tentang amali kepada ibu bapa subjek
untuk menggunakan anaknya pada hari kejadian.
5. Menyediakan alatan seperti kon, bola, pundi kacang dan alatan-alatan yang diperlukan
bagi melaksanakan amali perkembangan motor kasar ulrich yang terdiri daripada 2 ujian
iaitu:

 Ujian Kemahiran Lokomotor


- Lari
- Gallop
- Lompat Sebelah Kaki
- Lenting
- Lompat Jauh Berdiri
- Lari sisi

 Ujian Kemahiran Manipulatif Alatan


- Memukul Bola Pegun
- Lantun Bola
- Menangkap Bola
- Menendang Bola
- Membaling/Melontar
- Mengguling Bola
Semasa:
1. Subjek diminta melakukan warm-up sebelum melakukan ujian.
2. Seorang perakam video akan bersedia untuk merakam subjek bagi mendapatkan rakaman
lakuan subjek semasa ujian dijalankan.
3. Dua orang pembantu diperlukan bagi amali ini. Pembantu pertama akan berada disisi
subjek bagi membawa subjek ke setiap stesen dan membantu dalam memberi arahan dan
semangat kepada subjek.
4. Pembantu kedua akan memantau dan menjaga dihujung stesen ujian bagi memastikan
keadaan persekitaran amali dan subjek sentiasa dalam keadaan selamat.
5. Seorang demo akan menunjukkan demonstrasi bagi setiap lakuan yang akan dilakukan
subjek di setiap stesen. Demo yang dilakukan hanyalah sekali sahaja, sekadar untuk
menunjukkan lakuan yang perlu dibuat.
6. Subjek diberi 2 kali percubaan setiap ujian yang dibuat.
Selepas:
1. Ahli kumpulan melihat video rakaman subjek.
2. Memberikan 1 markah pada setiap kriteria yang dilakuakn manakala 0 markah pada
setiap kriteria yang tidak dibuat oleh subjek.
3. Jumlah skor yang diperolehi dan ditambah pada bahagian setiap kemahiran.
4. Ahli kumpulan akan melengkapkan biodata subjek seperti nama, jantina, tarikh lahir dan
umur kronologi.
5. Membuat kesimpulan terhadap prestasi kriteria subjek terhadap kesemua ujian kemahiran
yang dilakukan.
6. Akhir sekali, ahli kumpulan melihat balik kriteria yang tidak dipenuhi subjek dan
merancang ansur maju yang boleh dibuat.

1) Prosedur Bagi Ujian Kemahiran Lokomotor

Kemahiran Prosedur
 Letakkan dua kon dan jarak antara satu kon kepada satu
1. Lari kon ialah 50 kaki .
 Pastikan ada sekurang-kurangnya 8 hingga l0 kaki ruang di
luar kon kedua untuk jarak berhenti yang selamat.
 Suruh kanak-kanak tersebut berlari secepat yang dia
mampu dari satu kon kepada kon yang lain apabila anda
mengatakan "Pergi".
 Ulangi percubaan kedua

 Tandakan jarak 25 kaki dengan dua kon atau pita.


2. Gallop  Suruh kanak-kanak itu berlari dari satu kon ke kon yang
lain.
 Ulangi percubaan kedua dengan berlari kembali ke kon
asal.
 Beritahu kanak-kanak itu untuk melompat tiga kali pada
3. Lompat Sebelah kaki yang disukainya (ditetapkan sebelum ujian) dan
Kaki kemudian tiga kali pada kaki yang lain kaki.
 Ulangi percubaan kedua.
 Letakkan pundi kacang di atas lantai.
4. Lenting  Pasangkan sekeping pita di lantai supaya selari ke dan 10
kaki dari pundi kacang.
 Minta kanan-kanak itu berdiri di atas pita dan berlari dan
melompat ke atas pundi kacang.
 Ulangi percubaan kedua.

 Tandakan garis permulaan di lantai.


5. Lompat Jauh Berdiri  Minta kanak-kanak itu bermula di belakang garisan.
 Suruh kanak-kanak itu melompat semahu-mahunya.
 Ulangi percubaan kedua.

 Letakkan kon selebar 25 kaki di atas garis di lantai.


6. Lari Sisi  Suruh kanak-kanak itu berlari sisi dari satu kon ke kon yang
lain dan ke belakang.
 Ulangi percubaan kedua.
2) Prosedur Bag Ujian Kemahiran Manipulatif

Kemahiran Prosedur
1. Memukul Bola  Letakkan bola di tee pemukul pada paras pinggang kanak-
Pegun kanak itu.
 Suruh kanak-kanak itu memukul bola dengan kuat.
 Ulangi percubaan kedua.

2. Lantun Bola  Suruh kanak-kanak itu melantunkan bola empat kali tanpa
menggerakkan kakinya, menggunakan satu tangan, dan
kemudian berhenti dengan menangkap bola.
 Ulangi percubaan kedua.

3. Menangkap Bola  Tandakan dua garisan yang berjarak 15 kaki.


 Kanak-kanak itu berdiri di satu barisan dan melambung di
sebelah yang lain.
 Lemparkan bola ke bawah secara langsung kepada kanak-
kanak itu dengan busur kecil yang bertujuan menyasarkan
kepada dadanya.
 Suruh kanak-kanak itu menangkap bola dengan kedua
tangan.
 Kira lemparan yang ada di antara bahu dan tali pinggang
kanak-kanak tersebut.
 Ulangi percubaan kedua.
4. Menendang Bola  Tandakan satu baris 30 kaki dari dinding dan garis lain 20
kaki dari dinding.
 Letakkan bola di atas pundi kacang di garis terdekat dinding.
 Suruh anak berlari dan menendang bola dengan kuat ke arah
dinding.
 Ulangi percubaan kedua.

5. Membaling/Melonta  Pasangkan sekeping pita di lantai 20 kaki dari dinding.


r
 Minta kanak-kanak itu berdiri di belakang garis 20 kaki
menghadap ke dinding.
 Suruh kanak-kanak itu membaling bola dengan kuat ke
dinding.
 Ulangi percubaan kedua.
 Letakkan dua kon di dinding sehingga jaraknya 4 kaki.
6. Mengguling Bola  Pasangkan sekeping pita di lantai 20 kaki dari dinding.
 Suruh kanak-kanak itu mengguling bola dengan kuat
sehingga berada di antara kon.
 Ulangi percubaan kedua.
5.0 Analisis Skor

Ujian 1

Jenis Ujian Skor Mentah Skor Piawai AE


Lokomotor 13 3 4 tahun 8 bulan
Manipulatif 6 1 4 tahun 8 bulan
Jumalah Skor 19 4
Piawai
GMDQ 52

Ujian 2

Jenis Ujian Skor Mentah Skor Piawai AE


Lokomotor 10 2 4 tahun 8 bulan
Manipulatif 6 1 4 tahun 8 bulan
Jumalah Skor 16 3
Piawai
GMDQ 49

Anda mungkin juga menyukai