Anda di halaman 1dari 13

PENILAIAN DAN PENGUKURAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

TOPIK 5

TOPIK 5

PENILAIAN DAN PENGUKURAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

PENGENALAN
Dalam pengajaran Pendidikan Jasmani (PENDIDIKAN JASMANI) penilaian dan pengukuran perlu dilaksanakan untuk: Mengenalpasti sejauh mana kejayaan telah dicapai melalui pengajaran dan pembelajaran. Penilaian dan pengukuran yang dijalankan merangkumi keberkesanan objektif pengajaran dan pembelajaran.

Kedua-duanya merupakan elemen yang saling berkaitrapat walaupun dari segi maksudnya yang berbeza.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. menghuraikan definisi, tujuan dan ciri-ciri penilaian dan pengukuran; menghuraikan dan mencirikan jenis ujian dan penilaian; menghuraikan dan mencirikan aspek penilaian dalam Pendidikan Jasmani; dan menghuraikan dan mencirikan elemen dalam pengukur.

60

OUM

TOPIK 5

PENILAIAN DAN PENGUKURAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

61

5.1

DEFINISI, TUJUAN DAN CIRI-CIRI PENILAIAN DAN PENGUKURAN

Penilaian ialah satu prinsip untuk mengukur pencapaian secara sistematik (Robiah Sidin 1992). Menurut Cozby, P.C (2001), bagi menjamin satu sistem berjalan dengan lancar dan mencapai objektif, penilaian memainkan peranan yang penting. Penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran perlulah sentiasa dilakukan kerana keberkesanan sesuatu proses pedagogi diketahui setelah penilaian dibuat. Bagi membina kefahaman tentang penilaian dan pengukuran. Pelajar perlulah mengetahui dan menghayati definisi, tujuan dan ciri-ciri penilaian dan pengukuran serta kepentingan dan kegunaan dalam bidang pendidikan secara praktikal.

5.1.1

Definisi Penilaian dan Pengukuran

Satterly (1989) memperihalkan penilaian dalam pendidikan sebagai satu terma yang merangkumi keseluruhan proses dan hasil yang berupaya memberikan gambaran akan kemampuan pelajar terhadap pembelajaran yang dilaluinya berlandaskan pencapaian objektif pengajaran dan persekitaran yang membantu pembelajaran. Menurut Rowntree (1977) penilaian dalam pendidikan pada asasnya adalah merupakan satu proses apabila seseorang itu terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memperoleh dan mentafsir maklumat yang bersifat ilmu dan juga merupakan satu kaedah bagi memahami kemampuan dan sikap orang lain. Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Ini seterusnya membolehkan guru membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Justeru, penilaian berbeza dengan pengukuran yang melibatkan hanya pemberian ukuran dalam bentuk nombor tertentu yang lebih bersifat kuantitatif. Sebelumnya, Popham (1975) menyatakan penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Penilaian boleh didefinisikan adalah satu proses yang berupaya memberikan maklumbalas terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran murid serta dapat membantu guru dan murid meletakkan asas keberkesanan pengajaran. Pengukuran boleh ditafsirkan sebagai satu kaedah yang bertumpu kepada pemerolehan keputusan yang bersifat angka atau kuantitatif. Selalunya apabila guru telah melaksanakan satu-satu pengukuran, keputusan pengukuran tersebut perlu ditafsirkan dengan bentuk keputusan yang bermakna. Sebagai contoh jika guru mengukur tahap kecergasan murid, apabila selesai, keputusan yang diperoleh murid perlu ditafisrkan kepada bentuk yang bermakna sebagai contoh memberikan anugerah emas bagi pencapaian dalam satu-satu komponen pengukuran. Bagi memastikan pengukuran dijalankan dengan berkesan, penilaian perlu dilaksanakan seiring dengan pengukuran. Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah penilaian di bahagikan kepada tiga kumpulan:

OUM

61

PENILAIAN DAN PENGUKURAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

TOPIK 5

1.

Penilaian Serta-merta Penilaian ini dijalankan semasa pengajaran berlaku didalam kelas. Melalui kaedah penilaian pemerhatian tindak balas dan kerja harian pelajar guru dapat menilai sama ada pelajar dapat memahami pelajaran yang hendak disampaikan. Penilaian Kemajuan Di jalankan selepas beberapa kemahiran di ajar. Penilaian ini bertujuan mengesan penguasaan pelajar terhadap kemahiran-kemahiran yang telah di dedahkan. Maklum balas penilaian ini biasanya di catatkan buku laporan prestasi dari semasa ke semasa. Penilaian Pencapaian Di adakan selepas beberapa unit pembelajaran di sampaikan. Markah yang di perolehi oleh pelajar di tukar menjadi gred dan seterusnya di catat dalam buku rekod profil. Penilaian pencapaian di jalankan pada hujung penggal persekolahan.

2.

3.

Latihan 5.1
Definisikan penilaian dalam Pendidikan Jasmani?

5.1.2

Tujuan Penilaian dan Pengukuran dalam Pendidikan Jasmani

Dalam Pendidikan Jasmani penilaian yang dijalankan akan dapat membantu guru menilai akan kemampuan murid serta dapat memberikan penanda aras bagi sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Antara tujuan utama penilaian dalam PENDIDIKAN JASMANI ini adalah seperti: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Menentukan aras kemampuan murid Tumpuan kepada murid Meransang dan memotivasikan murid Menilai keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Membantu dalam proses dokumentasi dan penyelidikan Menentukan kumpulan murid berasaskan kebolehan

5.1.3

Ciri-Ciri Penilaian dan Pengukuran yang Baik

Sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani anda akan senantiasa terlibat dalam penilaian pencapaian setiap murid dan menilai mereka dengan menggunakan pelbagai jenis ujian. Pemilihan ujian yang tidak bersesuaian dengan objektif penilaian adalah merupakan satu sikap yang tidak bertanggungjawab. Sebelum guru memilih satu-satu jenis ujian guru perlu mengetahui dan memikirkan dua aspek penting dalam penilaian dalam PENDIDIKAN JASMANI, iaitu: 1. Apakah jenis yang akan digunakan seperti penilaian berasaskan kriteria (criterionreference measurement) atau penilaian berasaskan norma (norm-reference).

62

OUM

TOPIK 5

PENILAIAN DAN PENGUKURAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

63

2.

Mengetahui apakah kriteria utama yang memastikan kebolehpercayaan dan kesahan terhadap sesuatu ujian.

5.2

JENIS UJIAN DAN PENILALIAN

Terdapat dua jenis ujian yang akan dibincangkan dalam topik ini. Dua jenis ujian yang dibincangkan ialah: 1. 2. Ujian berasaskan kriteria Ujian berasaskan norma

5.2.1

Ujian Berasaskan Kriteria

Ujian jenis ini akan digunakan apabila guru ingin menilai tahap prestasi kemajuan muridnya. Keputusan yang diperolehi dari ujian ini tidak akan dibandingkan dengan pretsasi kemajuan murid lain. Dalam penilaian jenis ini selalunya iannya digunakan bagi menilai tahap kecergasan berkaitan kesihatan. Dalam bidang pendidikan ujian ini melibatkan pengukuran terhadap seseorang murid yang diasakan dari jangkaan prestasi yang ada kepada murid yang dinilai. Contoh 1 Bagi memastikan seseorang murid itu berjaya dalam ujian larian 2.4km murid perlu memenuhi syarat yang ditetapkan seperti tamat dalam lingkungan 13:00 minit misalnya. Jika dalam ujian bertulis Pendidikan Jasmani murid sekurang-kurang perlu menjawab dengan betul sekurang-kurangnya 80% dari soalan yang ada. Contoh 2 Bagi menilai keupayaan murid dalam kemahiran bolasepak pelajar sekurang-kurangnya boleh menjawab 5 soalan dengan betul dalam ujian pengetahuan kemahiran. Ujian berasaskan kriteria ini juga ada tahap limitasinya dimana apabila tahap lulus/gagal digunakan dilihat tidak berupaya menilai sejauhmana baiknya kemahiran ataupun seburuk mana kemahiran seseorang murid itu.

5.2.2

Ujian Berasaskan Norma

Ujian ini digunakan apabila guru yang ingin mentafsir kemajuan prestasi dalam satu-satu ujian dan ianya berupaya membandingkan keputusan dikalangan murid dalam satu darjah ataupun kumpulan. Perbandingan ini dilakukan berdasarkan norma yang berupaya membandingkan keputusan di antara satu sama lain. Kaedah sering digunakan oleh guru untuk menentukan gred yang diperolehi oleh murid dalam satu-satu ujian. Norma dalam Pendidikan Jasmani sering dikaitkan dalam pengukuran berat, tinggi, umur dan aras gred. David (2006) mengatakan guru yang ingin menggunakan ujian dari jenis ini perlu mengambil kira beberapa faktor sepert berikut: 1. Saiz sampel yang digunakan untuk menentukan sesuatu norma itu perlu mencakupi jumlah yang besar.

OUM

63

PENILAIAN DAN PENGUKURAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

TOPIK 5

2.

Populasi yang digunakan untuk membentuk norma - sebagai contoh jika ujian kemahiran sukan bolasepak memiliki norma untuk satu tahap darjah maka ujian ini hanya boleh digunakan untuk tahap darjah yang sama sahaja. Bila norma itu dihasilkan - norma yang digunakan perlu dikemaskini sentiasa.

3.

Perbandingan antara Kedua Jenis Ujian Kedua-dua jenis ujian ini sama penting. Sekiranya seorang guru ingin membuat perbandingan pencapaian pelajar-pelajarnya, ujian rujukan norma adalah lebih sesuai. Sebaliknya bagi guru yang menekankan pada penguasaan kemahiran setiap pelajar tanpa masa yang di ambil ujian rujukan kriteria sesuai di gunakan.
Jadual 5.1: Perbandingan antara Ujian Rujukan Normal dengan Ujian Rujukan Kriteria Ujian Rujukan Normal Penggunaan Kayu pengukuran Disiplin Pelan Ujian Item Ujian Membandingkan pencapaian keupayaan individu. dan Ujian Rujukan Kriteria Membandingkan pencapaian dengan kriteria yang telah ditetapkan. Berdasarkan pencapaian dengan kriteria yang telah di tetapkan. Tertumpu kepada pembelajaran yang terhad. Kriteria terperinci ditentukan. Semua soalan mempunyai peringkat yang sama. Jadual yang telah terbina di gunakan untuk merujuk taraf pencapaian pelajar. tugasan

Berdasarkan perbezaan pencapaian individu. Mempunyai yang luas. disiplin matapelajaran

Jadual penentuan yang umum di gunakan. Soalan di susun pada kesukaran yang berbeza. peringkat

Pencapaian

Di ukur dari segi kedudukan dalam kumpulan.

5.2.3

Jenis-jenis Penilaian

Penilaian dalam Pendidikan Jasmani yang biasa digunakan di peringkat sekolah boleh dibahagikan kepada 2 bentuk iaitu: 1. Penilaian Formatif Bentuk penilaian ini digunakan bagi mengenalpasti perkembangan pembelajaran yang telah dilalui oleh murid semasa mereka mengikuti sebarang kelas pelajaran. Ianya juga dapat membantu guru membimbing pelajar yang agak ketinggalan supaya dapat dipertingkatkan kemajuannya secara tersusun. Melalui penilaian jenis ini guru akan akan dapat mengetahui keputusan yang berupaya menjelaskan sama ada objektif sesuatu pembelajaran itu pada suatu peringkat telah tercapai atau sebaliknya. Melalui maklumat yang diperolehi ianya berupaya mempengaruhi corak pengajaran dan pembelajaran seterusnya. Rujukan berasaskan kriteria atau criterion referenced sering digunakan dalam penilaian jenis ini.

64

OUM

TOPIK 5

PENILAIAN DAN PENGUKURAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

65

Contoh 1 Ketika guru sudah mengajar kemahiran sukan seperti tendangan asas dalam permainan bola sepak. Sebelum guru beralih kepada kemahiran asas seterusnya guru akan bertindak menguji semula latihan asas yang telah diberikan. Jika guru telah berpuashati bahawa kemahiran tersebut telah dikuasai oleh murid maka guru boleh beralih kepada kemahiran seterusnya berdasarkan maklumat ujian yang telah dilaksanakan leh guru itu sebelumnya. Jika keputusan yang diterima sebaliknya guru boleh mengulangkaji dan menambah latih tubi kemahiran itu ataupun bertindak memodifikasikan cara latihan yang sedang diamalkan. Contoh 2 Jika guru telah mengajar sesuatu topik yang berkaitan seperti Keselamatan ketika beraktiviti dan guru telah memperjelaskan semua isi kandungan pelajaran, guru boleh bertindak menguji secara lisan bagi melihat timbal-balas akan aras kefahaman murid. Bila guru telah berpuashati dengan aras kefahaman murid guru boleh melangkah ke topik pengajaran yang seterusnya. 2. Penilaian Sumatif Penilaian jenis ini sering digunakan pada peringkat akhir sesuatu topik pengajaran. Dalam sistem persekolahan dinegara ini ianya dilaksanakan apabila sesuatu topik itu telah dilaksanakan dengan jayanya dan sering dilaksanakan apabila sudah tiba akhir penggal persekolahan atau sudah berada pada peringkat akhir persekolahan. Tujuan utama penilaian ini dilaksanakan bagi mengetahui tahap penguasaan dan pencapaian murid bagi satu kelas atau kumpulan. Penilaian yang digunakan juga adalah berbentuk permarkahan yang mengutamakan aras gred atau diberikan pangkat kepada pencapaian yang dikuasai oleh murid. Ujian rujukan kriteria dan rujukan norma sering digunakan dalam ujian jenis ini. Contoh 1 Di akhir sesuatu pengajaran seperti kemahiran sukan hoki murid telah diajar semua kemahiran berkaitan, bagi tujuan penilaian guru boleh melaskanakan satu permainan hoki bagi menilai akan kemampuan penguasaan oleh murid. Guru bertindak memantau semua pengajaran yang telah disampaikan kepada murid adakah ianya dikuasai dengan baik oleh murid atau sebaliknya, Guru boleh menilai pelajar berasakan gred yang boleh digunakan seperti Baik, Sederhana dan Lemah. Contoh 2 Guru boleh menggunakan penilaian berbentuk bertulis bagi menguji kefahaman murid pada akhir penggal. Pelbagai soalan yang berbentuk objektif boleh digunakan dan ianya perlu meliputi semua topik pengajaran. Setelah pelajar menduduki ujian ini guru boleh memeriksa jawapan murid dan seterusnya menetapkan kemahiran murid berasaskan markah yang berjaya diperolehi oleh murid.

Latihan 5.2
Cirikan ujian berasaskan criteria.

OUM

65

PENILAIAN DAN PENGUKURAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

TOPIK 5

5.3

ASPEK PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI


Bidang Fizikal Pekara Dinilai Tahap Kecergasan Pemainan Psikomotor Olahraga Syarat Menilai kemajuan dalam meningkatkan tahap kecergasan. Menilai sekurang-kurangnya aktiviti pemainana setahun. 2

Menilai sekurang-kurangnya 1 acara olahraga yang meliputi 3 bidang iaitu larian, balingan dan lompatan. Menilai sekurang-kurang pendekatan setahun. 1

Pendidikan Pergerakan Ujian Kognitif Folio

80% markah bahagian kesihatan dan 20% markah bahagian jasmani. Menilai sekurang-kurangnya rekod amalan kecergasan murid, tugasan dan penjadualan masa. Meliputi semua amalan nilai dalam bidang fizikal dan psikomotor, pengetahuan nilai dalam kognitif dan pemerhatian guru.

Afektif

Amalan Nilai

5.3.1

Aspek Penilaian Tahap Fizikal

Bagi elemen penilaian tahap kecergasan fizikal ianya amat berkait rapat dengan tahap kesihatan, kecergasan kardiovaskular, ketahanan otot, kekuatan otot, kelenturan dan komposisi badan. Kesemua penilaian bagi komponen ini perlu menitik berat semua komponen yang telah digariskan dan perlu dijadikan objektif utama dalam penilaian di peringkat sekolah di negara ini. Guru-guru perlu bersedia untuk mengukur dan mentafsir semua komponen ini bagi tujuan membantu perkembangan kecergasan berkaitan kesihatan para murid. Keputusan dari ujian yang dijalankan ini boleh membantu mendidik murid terhadap konsep kecergasan, membantu memotivasi dan membantu murid memahami objektif mereka dalam mempertingkatkan kecergasan. Menurut Clark (1976), kecergasan fizikal seseorang invdividu boleh diukur dari aspek fisiologi ataupun ianya diukur ketika sedang melakukan beberapa aktiviti kecergasan berdasarkan perlakuan. Kecergasan fizikal dengan perlakuan juga turut melibatkan ujian terhadap kelajuan, kuasa dan ketangkasan. Kecergasan amat berkait rapat dengan faktor kesihatan. Komponen-komponen dalam kecergasan merupakan faktor-faktor yang menentukan tahap kesihatan dan kecekapan fisiologi manusia. Melalui kecergasan, masalahs individu boleh menghindari dari masalah kesihatan seperti obesiti, kardio dan darah tinggi. Kesemua jenis penyakit ini wujud akibat

66

OUM

TOPIK 5

PENILAIAN DAN PENGUKURAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

67

dari kurangnya penglibatan individu dalam aktiviti kecergasan. Kecergasan jasmani boleh dibahagikan kepada dua jenis: 1. 2. Kecergasan berkait dengan kesihatan Kecergasan berkait dengan perlakuan motor

Rajah 5.1: Carta pecahan kecergasan jasmani

5.3.2

Kecergasan Berkait dengan Kesihatan

Kecergasan kesihatan yang berkait dengan kesihatan dapat membantu seseorang individu itu bergerak dengan lebih mudah, efisien dan membantu melakukan tugasan harian dengan cekap dan dengan penggunaan tenaga yang minimum. Antara komponen tersebut adalah: 1. Daya Tahan Kardiovaskular (Cardiovascular Endurance) Ianya dikenali juga sebagai kecergasan aerobik. Daya tahan kardiovaskular ini merupakan satu elemen kecergasan yang bertumpu kepada fungsi kelicinan sistem jantung dan fungsi peredaran darah seseorang individu. Ianya juga mempuyai perkaitan yang rapat dengan sistem respiratori yang berfungsi membekalkan oksigen dalam tubuh badan supaya kerja yang melibatkan jangka masa yang agak panjang dapat diharungi dengan baik. Sebagai contoh lari 2.4 KM memerlukan kecergasan aerobik dan melibatkan masa yang panjang. Daya Tahan Otot (Muscle Endurance) Daya tahan otot didefinisikan sebagai tahap keupayaan individu melakukan kerja yang membebankan satu bahagian badan yang dilakukan secara berterusan. Tahap

2.

OUM

67

PENILAIAN DAN PENGUKURAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

TOPIK 5

daya tahan otot seorang individu juga berkait rapat dengan kekuatan ototnya. Sebagai contoh latihan memukul bola skuasy secara berulang-ulang. 3. Kekuatan Otot (Muscle Strength) Kekuatan otot berkait rapat dengan keupayaan salah satu bahagian otot menghasilkan daya (kerja) untuk mengharungi satu-satu rintangan. Kekuatan otot juga dapat mengelakkan atlet dari menerima kecederaan dan membantu menggandakan pergerakan serta memelihara postur yang baik. Sebagai contoh mengangkat dumbell yang berat dengan menggunakan tangan. Kelenturan Badan (Flexibility) Kelenturan badan atau fleksibiliti melibatkan keupayaan sesuatu sendi atau bahagian badan yang membolehkan sesuatu pergerakan dalam tempoh masa yang panjang dan sejauh mungkin dengan tidak sebarang melibatkan kecederaan kepada mana-mana bahagian otot. Anggota badan akan menjadi lebih fleksibel apabila individu melakukan senaman regangan dengan secukupnya. Sebagai contoh aktiviti duduk berlunjur sambil tangan cuba menjangkau hujung kaki. Komposisi Badan (Body Composition) Dalam tubuh manusia terdapat tiga komponen asas iaitu lemak, otot-otot dan tulang. Bagi menentukan komposisi badan seseorang ianya ditentukan oleh kadar peratusan lemak berbanding yang bukan lemak (otot dan tulang). Lebihan peratusan lemak badan bakal menimbulkan masalah obesiti yang boleh menggugat tahap kecergasan seseorang individu. Senaman dan latihan jasmani adalah kaedah yang paling sesuai bagi individu yang ingin mencapai kadar komposisi badan yang seimbang.

4.

5.

5.3.3

Kecergasan Berkait dengan Perlakuan Motor

Kecergasan yang berkait dengan perlakuan motor terdiri dari komponen-komponen yang mempunyai kesan dalam proses menghasilkan perlakuan yang bermutu. Antara komponennya adalah: 1. Kepantasan (Speed) Kepantasan merupakan kemampuan seseorang individu melakukan pergerakan pantas dalam tempoh yang singkat. Kepantasan yang dipamerkan oleh seseorang individu itu amat berkait rapat dengan kekuatan otot dan masa tidak balas. Kuasa (Power) Kuasa adalah kemampuan otot menghasilkan daya atau pergerakan yang mendadak (explosive) dalam tempoh singkat. Sebagai contoh pukulan yang kencang dalam fasa pukulan badminton. Ketangkasan (Agility) Kebolehan melakukan pergerakan yang berulang-ulang ke arah yang berbeza-beza dengan pantas dan efisien. Seseorang pemain yang tangkas berupaya melakukan penukaran posisinya ketika mengawal imbangan bola. Kaedah Side-step yang sering digunakan dalam teknik larian oleh pemain ragbi dalam mengelirukan lawan di mana pemain menukar arah secara tiba-tiba sambil membawa bola. Koordinasi (Coordination) Koordinasi adalah kebolehan seseorang individu menyelaraskan pergerakannya bagi mendapatkan tindakan yang diinginkan. Seseorang individu yang mempunyai

2.

3.

4.

68

OUM

TOPIK 5

PENILAIAN DAN PENGUKURAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

69

tahap koordinasi yang tinggi akan berupaya menguasai kemahiran bersukan dengan baik. Sebagai contoh memerhatikan bulu tangkis dan membuat pukulan balas. 5. Imbangan (Balance) Keupayaan seseorang individu mengimbangi dan mengekalkan keseimbangan badan ketika melakukan aktiviti pergerakan yang statik atau bergerak. Imbangan terdiri daripada dua iaitu statik dan dinamik. Imbangan statik ialah kebolehan seseorang individu itu mengekalkan kestabilan dalam tempoh jangka masa tertentu manakala imbangan dinamik ialah keupayaan mengimbangi badan ketika melakukan pergerakkan. Masa Tindak Balas Masa tindak balas pula adalah jangka masa yang diambil bagi seseorang individu bagi memulakan sesuatu tindakan atau pergerakan apabila ianya dirangsang untuk bertindak. Dalam aktiviti yang melibatkan sukan, masa tindak balas pemain dapat mempengaruhi keberkesanan tindakan pemain. Dalam permainan hoki padang keupayaan seseorang penjaga gol perlu mempunyai masa tindak balas yang efisien bagi mengagalkan serangan yang dibuat ke pintu gol. Begitu juga dengan permainan bola tampar pemain yang lambat bertindak tidak akan dapat menyambut pukulan yang kuat ke arah gelanggang yang dikawal olehnya.

6.

Penafsiran Maklum Balas Dewasa ini di sekolah, guru akan hanya menggunakan markah mentah, yakni markah yang diperoleh daripada jumlah jawapan yang ditanda dengan betul. Markah sebegini didapati kurang memberi pengertian dan memerlukan maklumat tambahan. Misalnya, apabila seseorang pelajar mendapat markah sebanyak 89%. Adakah dia dapat dianggap pelajar pandai berbanding dengan rakan-rakannya yang lain? Persoalan ini sukar dijawab jika hanya bergantung semata-mata kepada markah mentah. Markah ini tidak langsung membandingkan markah yang diperoleh oleh seseorang pelajar dengan pencapaian pelajar-pelajar lain. Ini menyetopikkan sukar bagi kita untuk menentukan pencapaiannya berbanding pelajar-pelajar lain. Maklum balas dalam berbagai bentuk seperti markah dan lain-lain perlu dikumpul, disusun, dianalisis, diinterpetasikan bagi melihat kesignifikanan sesuatu perkara. Penafsiran ini membolehkan pengkaji membuat tafsiran yang berkesan dan tidak berat sebelah. Pengubahsuaian Sekiranya penilaian itu gagal mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran guru perlu menganalisis punca kelemahan yang berlaku. Sementara sekiranya analisis yang di bina mencapai matlamat guru perlu memikirkan cara untuk lebih mencabar dan memberi kesan yang positif kepada guru.

Latihan 1.1
Kecergasan jasmani boleh dibahagikan kepada dua jenis nyatakan?

OUM

69

PENILAIAN DAN PENGUKURAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

TOPIK 5

5.4

ELEMEN DALAM PENGUKURAN


Elemen psikomotor Elemen kognitif Elemen afektif

Terdapat 3 elemen yang di ukur dalam Pendidikan Jasmani iaitu:

5.4.1

Elemen Psikomotor

Dalam menilai pengetahuan berbahasa, fakta, konsep dan prinsip maka ujian bertulis sesuai di gunakan. Namun bagi menilai gerakan, pelakuan dan kemahiran kaedah-kaedah pengukuran yang lebih ke arah dunia sebenar perlu dilakukan. Penyertaan dalam situasi sebenar seperti berlari masa berlari 100 meter untuk menguji kepantasan pelajar di lihat adalah cara yang terbaik untuk membuat ujian. Elemen psikomotor merupakaan satu komponen yang dinilai oleh guru dalam Pendidikan Jasmani. Ianya amat berkait rapat kepantasan, kelenturan, daya tahan, koordinasi saraf otot dan imbangan. Kesemua ini merupakan komponen yang amat penting diterapkan dalam pengusaan kemahiran psikomotor dan kecergasan murid. Bagi komponen ini agak mudah dilaksanakan kerana keputusanya mudah untuk dicapai.

5.4.2

Elemen Kognitif

Bagi elemen ini pula ianya bertumpu kepada tahap kefahaman dan pengetahuan murid dalam kesemua topik dalam Pendidikan Jasmani. Melalui ujian seperti ini guru perlu melihat murid-murid dari aspek kefahaman dan pengetahuan murid ketika murid sedang melaksanakan sesuatu bidang kemahiran. Murid juga perlu diterap dan dilatih untuk mentafsir, mengguna dan melaksanakan kemahiran berdasarkan teknik-teknik yang telah diajar oleh guru. Apabila murid mula mempraktikan sesuatu kemahiran, kefahaman dan tahap pengetahuan yang sedia ada pada murid ini boleh dijadikan kayu ukur kepada komponen kognitift. Saranan supaya diadakan pop-kuiz dan soaljawab lisan megenai sesuatu kemahiran boleh digunakan bagi membantu guru menilai kefahaman dan tahap pengetahuan yang ada pada murid.

5.4.3

Elemen Afektif

Mengukur pencapaian pelajar dari segi sikap dan nilai memerlukan pungutan data dari pelbagai cara. Cara ini merangkumi pemerhatian tingkah laku pelajar sewaktu mereka terlibat dalam aktiviti tertentu, mendengar komen mereka dan meminta mereka untuk mengisi soal selidik. Alat penilaian yang di gunakan untuk penilaian elemen afektif ialah: (i) (ii) (iii) (iv) (v) Senarai semak, permerhatian, tingkah laku pelajar-pelajar Rekod-rekod anekdot Temu duga Soal selidik aneka pilihan Skala pemerhatian

70

OUM

TOPIK 5

PENILAIAN DAN PENGUKURAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

71

Perkembangan afektif murid merupakan satu komponen yang telah digariskan dalam pengisian matlamat pendidikan dan ianya perlu diterapkan dalam diri setiap murid yang mengikuti pelajaran Pendidikan Jasmani. Isi kandungan pelajaran Pendidikan Jasmani yang penerapann nilai-nilai murni seperti semangat berkerjasama, mematuhi peraturan, disiplin, semangat kesukanan dan lain-lain merupakan asas penting dalam Pendidikan Jasmani. Memang sukar untuk mengukur tahap nilai-nilai murni yang ada pada murid dan merupakan satu pekara yang agak subjektif dalam pengukurannya. Walau bagaimananapun guru-guru perlu meneruskan usaha-usaha penerapan nilai-nilai murni ini dalam setiap pengajarannya agar perkembangan afektif dan sosial ini akan subur dalam perkembangan setiap murid.

Latihan 5.4
Cirikan elemen psikomotor dalam penilaian?

RUMUSAN
Topik ini membincangkan tentang proses penilaian dan pengukuran dalam Pendidikan Jasmani. Topik ini membincangkan tentang definisi, tujuan dan ciri-ciri proses penilaian dan pengukuran yang baik. Jenis ujian dan penilaian iaitu ujian berasas kriteria dan ujian berasaskan norma turut dibincangkan. Topik ini turut membincangkan aspek penilaian dalam Pendidikan Jasmani yang terdiri daripada aspek penilaian tahap fizikal, kecergasan berkait dengan kesihatan dan kecergasan berkait dengan perlakuan motor. Elemen dalam pengukuran yang terdiri daripada elemen psikomotor, kognitif dan afektif turut dibincangkan.

GLOSARI
Penilaian Suatu proses membuat keputusan secara subjektif atau objektif. Proses dimana maklumat dari ujian pengukuran dianalisis dan dinilai untuk memastikan tahap pencapaian sesuatu kriteria Pengukuran boleh ditafsirkan sebagai satu kaedah yang bertumpu kepada pemerolehan keputusan yang bersifat angka atau kuantitatif

Pengukuran

OUM

71

PENILAIAN DAN PENGUKURAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

TOPIK 5

UJIAN 1
1. 2. 3. 4. Definisikan pengukuran dalam Pendidikan Jasmani? Terdapat dua aspek penting dalam penilaian dalam Pendidikan Jasmani, huraikan? Cirikan dan beri contoh Penilaian Formatif. Kecergasan yang berkait dengan perlakuan motor terdiri dari komponen-komponen yang mempunyai kesan dalam proses menghasilkan perlakuan yang bermutu. Huraikan mana-mana 3 komponennya tersebut? Cirikan elemen afektif dalam penilaian?

5.

UJIAN 2
1. 2. 3. 4. Nyatakan tujuan utama penilaian dalam Pendidikan Jasmani? Cirikan ujian berasaskan norma. Cirikan dan beri contoh Penilaian Sumatif. Cirikan elemen kognitif dalam penilaian?

72

OUM

Anda mungkin juga menyukai