Anda di halaman 1dari 22

PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

TAJUK 1 KONSEP PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

1.0 SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan tentang konsep pengujian, pengukuran, ciri-


ciri penting pengukuran, penilaian, perbezaan antara pengujian, pengukuran
dan penilaian dan tujuan penilaian.

1.1 HASIL PEMBELAJARAN

Setelah membaca tajuk ini pelajar akan dapat menguasai tentang:

1. konsep pengujian.
2. konsep pengukuran.
3. Ciri-ciri penting pengukuran.
4. konsep penilaian.
5. Perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian.
6. Tujuan penilaian.

1.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

KONSEP

PENGUJIAN PENGUKURAN PENILAIAN


PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

1.3 Pendahuluan

Penilaian memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Contohnya


sebelum anda dianugerah Ijazah Perguruan, anda akan diuji dan dinilai dari aspek
teori dan amali. Tahukah anda apa yang dimaksudkan pengujian, pengukuran dan
penilaian.

1.4 Pengujian

Pengujian adalah merujuk kepada teknik untuk mendapatkan maklumat tentang


perubahan tingkah laku seseorang indiividu. Ia terdiri daripada satu set soalan atau
tugasan yang berkehendakkan murid memberi satu set tindakbalas. Calon ujian
mungkin diminta menyelesaikan sesuatu masalah seperti mendefinisikan sesuatu
perkataan, menyusun ayat-ayat al quran, menyatakan dalil atau hujjah sesuatu
kenyataan dan sebagainya. Ujian merupakan alat pengukuran yang membenarkan
kita mengukur pencapaian pelajar khususnya dalam bentuk markah.

Berikut adalah antara tujuan pengujian:


a) Mengesan pencapaian hasil pembelajaran yang telah diperolehi.
b) Mengesan kemajuan yang telah dicapai tentang pencapaian hasil-hasil
pembelajaran yang lain.
c) Mengesan masalah-masalah yang dihadapi oleh calon ujian.

Proses pengujian biasanya dimulakan dari peringkat persediaan soalan,


kemudian peringkat pelaksanaan dan seterusnya peringkat pemeriksaan. Melalui
proses pengujian guru dapat mengesan sejauh mana murid dapat menguasai satu-
satu kemahiran yang telah dipelajari.

Proses pembelajaran murid tidak berakhir dengan menamatkan pelajaran oleh


para guru sahaja, malah di akhir sesuatu ujian pihak guru seharusnya mengetahui
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

sejauh mana sesuatu pelajaran itu telah diterima oleh pelajar mereka. Justeru,
penilaian sangat penting dalam konteks pembelajaran.

1.5 Pengukuran

Suatu proses menentukan kuantiti atau takat pembelajaran murid dan keberkesanan
pengajaran guru. Guru mungkin menggunakan alat pengukuran yang mungkin
terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai semak, inventori atau sesuatu skala.
Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian
kualitatif atau membuat keputusan.

Fungsi pengukuran adalah seperti berikut :


a) Mengesan hasil-hasil pembelajaran yang telah dicapai.
b) Mengesan jenis-jenis kemahiran yang diperolehi.
c) Mengesan kemajuan-kemajuan yang telah dicapai dalam aspek-aspek
pembelajaran yang lain.
d) Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid
e) Bagi mendapatkan maklumat untuk :
i. Bimbingan.
ii. Kecekapan guru.
iii. Rekod prestasi dan profil murid, khususnya sebagai maklum balas
kepada murid dan ibu bapa.

Pengukuran dalam bidang pendidikan biasanya dijalankan dalam dua tahap. Tahap-
tahap ini adalah seperti berikut (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986):
a) Menempatkan pangkatan murid mengikut pencapaian mereka seperti memilih
10 orang murid yang terbaik daripada satu darjah dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam. Untuk ini, guru memerlukan alat pengukuran yang dapat
membeza dan menempatkan kedudukan murid dari segi kebolehan
Pendidikan Islam. Untuk pengukuran di tahap ini, guru tidak perlu mengetahui
sebanyak mana pengetahuan Pendidikan Islam bagi setiap 10 orang murid
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

terbaik itu atau perbezaan kebolehan Pendidikan Islam bagi 10 orang murid
yang terpilih berbanding dengan murid-murid lain. Skel yang digunakan di
tahap ini ialah skel urutan sahaja (skel ordinal).
b) Di tahap kedua, khususnya untuk kegunaan analisa perangkaan, pengukuran
jenis ini menggunakan skel selang. Guru harus menyediakan ujian yang
memberi unit markah yang sama besarnya (seperti 100% dan di tahap 1%
adalah sama berat nilainya). Dari maklumat seperti ini, kesemua murid bukan
sahaja dapat diberi pangkatan, malahan perbezaan antara murid dapat dikira.

1.5.1 Ciri-ciri Penting Pengukuran

Berikut adalah ciri-ciri penting pengukuran:


a) Pengukuran tidak melibatkan proses menilai (seperti sesuatu itu dihargai,
dianggap baik, buruk, memadai dan sebagainya). Apabila guru mengukur
kebolehan murid contohnya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, yang
dinyatakan ialah sebanyak mana atau setinggi mana pengetahuan
Pendidikan yang telah dicapai oleh murid tersebut. Kebolehan atau
pengetahuan murid tidak dikaitkan dengan nilai baik, lemah dan sebagainya.
Pertimbangan tentang nilai seperti ini dibuat dalam proses penilaian.
b) Pengukuran membandingkan markah seseorang murid dengan satu skel atau
dengan satu standard. Dalam hampir semua pengukuran di bidang
pendidikan atau psikologi, skel atau standard yang digunakan ialah
pencapaian murid lain. Dengan kata lain, Pengukuran dalam pemdidikan
adalah untuk membandingkan pencapaian semua murid atau tentang
perbezaan antara murid. Skel atau standard yang mutlak dan sentiasa tetap
tidak dapat digunakan kerana pengukuran dalam pendidikan membandingkan
seseorang murid dengan rakan sebayanya dan memberi interpretasi
pencapaian murid tersebut berdasarkan pencapaian semua rakan sebayanya
(Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986).
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

1.6 Penilaian

Penilaian ditakrifkan sebagai proses mentaksir perubahan tingkahlaku


berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif. Ia melibatkan proses menentu,
mendapat dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat
pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Dalam konteks pendidikan,
penilaian adalah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti
mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang
sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya
dengan cara yang lebih berkesan.

Proses penilaian melibatkan melibatkan tiga langkah berikut:


a) Mendapatkan maklumat melalui cara mengukur.
b) Menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran.
c) Membuat sesuatu pentaksiran atau pertimbangan tentang hasil
pengukuran.

Prosedur penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran,


penganalisaan dan penyimpulan. Berikut adalah lima prosedur penilaian secara
ringkas:
a) Peringkat persediaan ujian.
b) Peringkat pentadbiran ujian.
c) Peringkat pemeriksaan dan pengukuran.
d) Peringkat analisis.
e) Peringkat interpretasi dan tindakan.
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

Dari segi konsep, penilaian merupakan konsep yang paling luas dan
gambarannya boleh dilihat seperti rajah berikut:

Pengujian
W

Pengukuran

Penilaian

Rajah 1.1 Perhubungan di antara penilaian, pengukuran dan pengujian

1.7 Perbezaan antara Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

Perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian boleh dilihat dari


pelbagai aspek seperti berikut:
a) Takrif.
Pengujian ialah teknik mengukur perubahan tingkah laku individu.
Pengukuran pula ialah proses memperoleh nilai kuantitatif bagi
menentukan pencapaian pembelajaran individu. Manakala penilaian ialah
proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan data kuantitatif dan
kualitatif.
b) Fungsi.
Pengujian berfungsi mengesan hasil pembelajaran yang diperoleh.
Pengukuran juga mengesan hasil pembelajaran, jenis-jenis kemahiran
dan kemajuan. Penilaian berfungsi membuat pentaksiran tentang
pencapaian murid untuk tujuan pemulihan atau peggredan.
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

c) Masa diberi.
Kesemua pengujian, pengukuran dan penilaian dilaksanakan sebelum,
semasa dan selepas pengajaran.
d) Cara.
Pengujian dijalankan melalui item-item (soalan-soalan) ujian. Pengukuran
dijalankan melalui berbagai cara memperoleh data kuantitatif. Penilaian
dijalankan melalui ujian dan alat-alat lain seperti soal selidik, rekod
anekdot dan senarai semak.
e) Fokus.
Pengujian dan pengukuran difokuskan kepada satu-satu unit
pembelajaran atau beberapa unit pembelajaran. Penilaian pula adalah
berdasarkan kepada maklumat pengujian dan data kualitatif dari
pemerhatian, soal selidik atau senarai semak.
f) Hasil.
Pengujian menunjukkan pencapaian murid dalam satu atau beberapa unit
pembelajaran. Penilaian pula menunjukkan pencapaian dalam segmen
pelajaran yang diukur. Manakala Penilaian menunjukkan pencapaian dan
tingkah laku murid secara keseluruhan.

1.8 Tujuan Penilaian

Penilaian dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan


pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan
pengajaran guru.

Melalui penilaian, guru dapat :


a) mengesan perkembangan murid secara menyeluruh;
b) mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran
lebih awal dari semasa ke semasa;
c) mengetahui keberkesanan pengajarannya;
d) merancang dan mengubahsuai pengajarannya; dan
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

e) menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.

Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu


murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat
awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Di samping itu
kekuatan murid yang telah menguasai pula diperkukuh dan diperkaya. Melalui
aktiviti tindakan susulan yang berkesan guru dapat membantu murid
meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh
pencapaian cemerlang dalam penilaian di peringkat pusat.

Latihan
Nyatakan perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian?

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit


ini dengan jayanya!
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

TAJUK 2 PENILAIAN FORMATIF DAN SUMATIF

2.0 SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan tentang konsep penilaian formatif, penilaian


sumatif diikuti dengan perbezaan antara ujian formatif dengan ujian sumatif.

2.1 HASIL PEMBELAJARAN

Setelah membaca tajuk ini pelajar dapat menguasai:


1. konsep penilaian formatif
2. konsep penilaian sumatif
3. perbezaan antara ujian formatif dengan ujian sumatif.

2.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

PENILAIAN

FORMATIF SUMATIF

2.3 Jenis Penilaian


Secara umumnya terdapat dua jenis penilaian di sekolah iaitu penilaian formatif
dan penilaian sumatif:
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

2.4 Penilaian Formatif

Penilaian formatif melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan


murid-murid setelah mereka mencapai hasil pembelajaran tentang satu bahagian
pengajaran yang terhad, misalnya satu unit pelajaran atau satu bab di dalam
buku teks. Keputusan yang diperoleh digunakan untuk memperbaiki
pembelajaran dan bukanlah untuk memberikan gred atau kedudukan di dalam
kelas. Objektif ujian formatif ialah untuk mengesan kejayaan dan kegagalan
pembelajaran murid-murid. Dengan itu kaedah dan isi pelajaran boleh
disediakan. Sekiranya terdapat sejumlah besar murid-murid gagal dalam
sesuatu unit pelajaran, unit itu akan diajar semula dengan kaedah yang sesuai
seperti kaedah kumpulan. Pencapaian murid akan dicatat dalam laporan
prestasi dan maklumat ini akan membantu guru merancang akitivit-aktiviti
pemulihan serta mengubah strategi pengajarannya jika perlu.

Contoh-contoh penilaian formatif ialah seperti lembaran kerja dan ujian


bulanan. Secara lebih dekat lagi lihat contoh berikut, guru mengajar mata
pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 1, bab 1, bahagian Tilawah Al Quran
Sumber Kejayaan. Di akhir pengajaran guru mengedar soalan-soalan seperti
berikut:
a) Jawap soalan-soalan berikut berpandukan surah Al Baqarah ayat
1-5:
i. Nyatakan ciri-ciri orang yang bertakwa.
ii. Terangkan maksud perkara ghaib serta berikan dua contoh.
iii. Nyatakan tiga pengajaran yang dapat diambil daripada ayat
di atas.

2.5 Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun.
Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. Penilaian
dirancang dan dilaksanakan oleh guru secara berterusan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran harian. Maklumat tentang perkembangan murid
yang diperoleh dari semasa ke semasa melalui penilaian berterusan dapat
membantu guru mengambil tindakan susulan yang sewajarnya jika perlu.
Penilaian boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-
aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat. Penilaian secara berpusat iaitu
UPSR, PMR dan SPM dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian
Pendidikan Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi
maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara. PKS dan penilaian
berpusat saling melengkapi dalam sistem penilaian.

Sebagai contoh penilaian sumatif, cuba lihat soalan peperiksaan SPM


bagi mata pelajaran Pendidikan Islam Ulum Syariah seperti berikut:
a) Soalan 1
i. Jelaskan pengertian Islam.
ii. Sebutkan dalil naqli pengiktirafan Allah terhadap Islam.
b) Soalan 2
i. Mengapakah ilmu pengetahuan dianggap penting.
ii. Apakah akibat jika ilmu pengetahuan tidak diamalkan.
c) Soalan 3
i. Terangkan maksud poligami dalam Islam.
ii. Ceritakan dengan ringkas riwayat hidup Ibn Rushd.

2.6 Perbezaan antara Ujian Formatif dengan Ujian Sumatif

Perbezaan antara ujian formatif dengan ujian sumatif boleh dilihat dari beberapa
aspek seperti berikut:
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

a) Fungsi.
Ujian formatif menghasilkan maklumat balik kepada murid dan guru
tentang kemajuan murid. Ia dapat mengesan punca-punca kelemahan
untuk kegunaan dalam pendidikan pemulihan. Ujian sumatif digunakan
untuk pensijilan atau penggredan murid di akhir kursus.
b) Masa diberi.
Ujian formatif diberi sepanjang pengajaran, manakala ujian sumatif diberi
pada akhir satu-satu unit atau kursus.
c) Tekanan dalam penilaian.
Ujian formatif memberi penekanan kepada tingkah laku kognitif,
psikomotor dan afektif. Ujian sumatif menekankan kepada tingkah laku
kognitif sahaja.
d) Fokus pengukuran.
Ujian formatif difokuskan kepada satu-satu segmen. Ujian sumatif
difokuskan kepada objektif kursus.
e) Sifat sampelan.
Ujian formatif terhad kepada tugasan pembelajaran.berubah-ubah
mengikut segmen. Ujian sumatif adalah beraneka jenis.
f) Kesukaran item.
Ujian formatif berubah-ubah mengikut segmen. Ujian sumatif
kesukarannya terdapat pada semua peringkat, ada yang sangat senang
dan ada pula yang sangat susah.
g) Jenis alat.
Alat pengukur formatif dibentuk secara khusus. Pengukur ujian sumatif
adalah pada peperiksaan akhir tahun.
h) Jenis-jenis skor.
Ujian formatif dijadikan ujian rujukan kriteria. Ujian sumatif biasanya
merupakan ujian rujikan norma, tetapi boleh juga digunakan sebagai ujian
rujukan kriteria.
i) Cara melapor skor.
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

Skor dalam ujian penilaian formatif adalah gagal atau lulus. Dalam ujian
sumatif, jumlah skor diambil kira.
j) Contoh.
Contoh ujian formatif adalah ujian bulanan dan lembaran kerja. Contoh
ujian sumatif termasuklah peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM dan
seumpamanya.

Latihan
Terangkan konsep penilaian formatif dan sumatif beserta dengan
contoh.

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit


ini dengan jayanya!
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

TAJUK 3 BENTUK PENILAIAN

3.0 SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan tentang bentuk penilaian yang terdiri daripada
penilaian secara pemerhatian, penilaian secara lisan, instrumen penilaian lisan,
penilaian secara penulisan, instrumen penilaian penulisan dan akhir sekali
contoh perkataan atau frasa untuk membuat penilaian.

3.1 HASIL PEMBELAJARAN

Setelah membaca tajuk ini pelajar dapat menguasai:

1. Konsep penilaian secara pemerhatian.


2. Konsep penilaian secara lisan.
3. Instrumen penilaian lisan.
4. Konsep penilaian secara penulisan.
5. Instrumen penilaian penulisan
6. Mengenal pasti contoh perkataan atau frasa untuk membuat penilaian.

3.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

BENTUK
PENILAIAN

TULISAN LISAN PEMERHATIAN


PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

3.3 Pendahuluan

Penilaian terhadap hasil pembelajaran yang telah dikenal pasti boleh dinilai
dengan menggunakan kaedah:
a) Pemerhatian.
b) Lisan.
c) Penulisan.

Pemilihan kaedah penilaian bergantung kepada:


a) Hasil pembelajaran yang hendak dinilai.
b) Kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai.

Kaedah-kaedah ini boleh dilaksanakan secara berasingan atau digabungkan


untuk mendapatkan maklumat penilaian yang lebih jelas dan tepat mengenai
kebolehan, perkembangan dan kemajuan murid. Ketiga-tiga kaedah ini boleh
digunakan untuk :
a) Mengesan serta-merta.
b) mengesan penguasaan hasil pembelajaran dengan serta-merta dalam
pengajaran harian dan tidak memerlukan instrumen yang khusus.
c) Mengesan kemajuan.
d) mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran.
e) perlu dirancang secara individu atau kumpulan.
f) menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran kerja,
ujian bertulis.
g) Mengesan pencapaian.
h) mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada akhir
program.
i) perlu dirancang secara individu.
j) dijalankan dengan menggunakan senarai semak, skala kadar, ujian
bertulis dan ujian lisan.
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

3.4 Penilaian Secara Pemerhatian

Penilaian secara pemerhatian digunakan untuk menilai aspek-aspek yang sukar


dikesan melalui kaedah lisan dan penulisan seperti:
a) sikap.
b) perlakuan/amalan.
c) Amali.
d) kemahiran manipulatif.
e) kemahiran bersosial.
f) kemahiran belajar.
g) kemahiran kinestetik.
h) kemahiran literasi komputer.
i) kemahiran mereka cipta.

Pemerhatian proses dan hasil kerja murid seperti lukisan, buku skrap, kraf
tangan dan kerja kursus membolehkan guru menilai sikap serta penguasaan
sesuatu kemahiran.

Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu guru melengkapkan gambaran


mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan
penulisan. Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala
kadar.

3.5 Penilaian Secara Lisan

Penilaian secara lisan digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku


interaksi antara:
a) murid dengan guru.
b) murid dengan murid.
c) murid dengan bahan pembelajaran.
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

Antara aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah:


a) kefahaman konsep.
b) pengetahuan fakta.
c) kecekapan mendengar.
d) penggunaan bahasa yang tepat.
e) kefasihan menghafaz.
f) sebutan dalam berbahasa.
g) kecekapan mencongak.
h) gaya persembahan.
i) pertuturan dan sikap.

3.5.1 Instrumen Penilaian Lisan


Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:
a) bacaan kuat.
b) Syarahan.
c) Perbahasan.
d) Bercerita.
e) Perbincangan.
f) Hafazan.
g) temu bual.
h) soal jawab.
i) Nyanyian.
j) deklamasi sajak.
k) mendengar dan memberi respon secara lisan

Penilaian lisan membolehkan guru :


a) mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar
dan bertutur secara gramatis.
b) mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman
murid.
c) mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

d) mengesan kelancaran dalam sebutan.


e) mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.

Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan, ia merangkumi soalan dan


aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan. Dalam menyediakan
instrumen tersebut guru perlu memastikan:
a) soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan
mudah difahami.
b) aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
c) pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan
untuk merangsang murid berfikir.
d) aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

3.6 Penilaian Secara Penulisan

Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa


tugasan dan hasil penulisan murid seperti yang berikut:
a) karangan.
b) laporan projek/kerja kursus/folio.
c) latihan dan ujian bertulis.
d) huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.

3.6.1 Instrumen Penilaian Penulisan

Instrumen Penilaian Penulisan digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa


dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut:
a) kemahiran menulis.
b) menyusun idea.
c) penggunaan tanda baca.
d) perbendaharaan kata.
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

e) Mengaplikasi.
f) Mentafsir.
g) Menilai.

Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara yang berikut mestilah


diambil kira:
a) soalan menepati kemahiran yang akan diuji.
b) bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami.
c) bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan.
d) aras kesukaran soalan dipelbagaikan.
e) skema pemarkahan disediakan.

Soalan yang digunakan dalam penilaian penulisan yang biasa dijalankan


ialah:
a) soalan subjektif.
b) soalan objektif.

Guru perlu mempelbagaikan soalan yang merangkumi soalan kognitif


peringkat rendah dan peringkat tinggi. Soalan yang berperingkat dapat menilai
peningkatan tahap pemikiran murid.

Soalan peringkat rendah dan bertumpu dapat mengesan penguasaan


pengetahuan asas murid. Soalan peringkat tinggi yang bercapah boleh
merangsang murid untuk memperkembang apa yang telah dipelajari dan
difahami secara kritis dan kreatif.
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

3.6.2 Contoh Perkataan atau Frasa Untuk Membuat Penilaian

Aras Kemahiran Domain Cadangan frasa atau perkataan


Kognitif untuk objektif perlakuan yang boleh
diukur

Mengetahui - Mengingati kembali


- Mentakrif
Menguji kebolehan calon - Memerihal
mengingat kembali fakta- - Mengenal pasti
fakta sfesifik, istilah, - Melabel
kaedah atau prosedur, - Menyenarai
konsep asas dan prinsip - Melakar
- Memadan
- Menama
- Menyatakan
- Melukis
- Menulis

Memahami - Menterjemahkan bahan atau idea


daripada satu bentuk ke bentuk
Menguji kebolehan calon lain;
untuk memahami, - mentafsir bahan atau idea;
menterjemah dan - merangkakan trend masa depan
menginterpretasi fakta, - mengubah
konsep dan prinsip. - menganggar
- menerangkan
- memberi contoh
- mengukur
- menyukat
- menentukan
- menukar
- membanding dan membeza
- menambah
- meramalkan
- membuat inferens
- menghubungkait
- mencirikan
- mengelas
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

Aras Kemahiran Domain Cadangan frasa atau perkataan


Kognitif untuk objektif perlakuan yang boleh
diukur

Mengaplikasi - menggunakan bahan atau idea


dalam situasi yang baru dan
Menguji kebolehan calon konkrit:
menggunakan konsep, - mengira
prinsip, hukum atau fakta - menunjuk cara
asas. - mengubahsuai
- menghitung
- menjana idea
- menjelaskan dengan contoh

Menganalisis - mengasingkan maklumat kepada


komponen-komponennya untuk
Menguji kebolehan calon memahami struktur organisasinya
untuk mencerakinkan dan perhubungan antara
idea-idea besar kepada komponen.
bahagian-bahagian kecil, - mencerakin
membuat perbandingan - menjelaskan melalui contoh
dan menghuraikan - memilih
perhubungan. - mengasingkan
- membuat andaian
- menghuraikan
- mengawal pembolehubah
- membuat urutan
- menyusun mengikut keutamaan
- menggunakan perhubungan ruang
dan masa
- membuat kesimpulan
- menyelesaikan masalah
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM)

Aras Kemahiran Domain Cadangan frasa atau perkataan


Kognitif untuk objektif perlakuan yang boleh
diukur

Mensintesis - Menggabungkankomponen-
komponennya untuk menghasilkan
Menguji kebolehan calon keseluruhan idea atau struktur
untuk mengabungkan yang baru dan kreatif.
idea-idea kecil, mentafsir - menggabungkan
dan membuat suatu - merancang
rumusan. - meringkaskan
- membina
- merangkakan
- berkomunikasi
- mengeksperimen
- menganologi
- mereka cipta
- mengkonsepsikan
- membuat gambaran mental
- mendefinisikan secara operasi
- membuat hipotesis
- mereka bentuk

Menilai - Menilai idea/bahan maklumat/


kaedah berdasarkan criteria yang
Menguji kebolehan calon spesifik untuk tujuan yang tertentu.
untuk membuat - Menaksir
pertimbangan nilai bagi - Mengkritik
sesuatu fikiran, tugasan - Mentafsir
atau kaedah. - Mewajarkan
- mengesan kecondongan
- membuat keputusan
- menyokong

Fikirkan dan buat satu peta minda yang boleh menyatakan perbezaan
antara aras kemahiran domain kognitif (mengetahui, memahami,
mengaplikasi….dll) dan sertakan contoh frasa atau ayat untuk
membuat penilaian.

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit


ini dengan jayanya!
Tamat.

Anda mungkin juga menyukai