Anda di halaman 1dari 6

KONSEP ASAS

FALSAFAH &
FALSAFAH
PENDIDIKAN
KONSEP FALSAFAH

Falsafah ialah suatu usaha untuk


berfikir secara rasional dan kritis
terhadap perkara-perkara yang
penting. (E.D Miller, 1984)
1. Bahaskan pandangan E.D.Miller
dengan memberikan contoh-contoh
yang sesuai.
E. D. Miller dalam bukunya Question That Matter
(1984), mendefinisikan falsafah sebagai usaha untuk
berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-
perkara yang penting. Hal ini bermaksud kita perlu
berfikir secara rasional hanya untuk perkara yang
penting sahaja. Contohnya, berkaitan dengan
pelajaran. Sewaktu kita belajar atau menerima ilmu,
kita perlu menolak ke tepi semua masalah atau
perkara yang tidak penting yang berlaku dalam
kehidupan kita agar dapat menerima segala
pelajaran atau ilmu yang dipelajari pada hari
tersebut. Sebagai seorang pelajar, sudah tentu kita
tidak boleh lari daripada menghadapi sebarang
masalah berkaitan pelajaran, kawan atau juga
keluarga dan sebagainya.
KONSEP PENDIDIKAN

Menurut Aristotle (384-322 SM) tujuan


pendidikan ialah memberikan setiap
warganegara segala peluang untuk
mencapai kebahagiaan hidupnya.
1. Bincangkan pandangan Aristotle
dengan merujuk pada aktiviti pendidikan
yang dilaksanakan di sekolah pada hari
ini.
Aristotle (384 – 322 SM), ahli falsafah Yunani yang terkemuka
selepas Plato, dalam bukunya Politik, menghuraikan pendidikan
sebagai ilmu yang bersifat etikal dan politikal. Mengikut pandangan
beliau, tujuan pendidikan adalah untuk memberikan setiap
warganegara segala peluang untuk mencapai kebahagiaan
hidupnya. Proses pendidikan dapat melatih warganegara mematuhi
peraturan-peraturan dan tingkah laku yang baik serta cekap dalam
pengurusan pentadbiran dan berupaya mempertahankan kedaulatan
negara. Seperti yang kita lihat pada hari ini, pelbagai aktiviti telah
diadakan di sekolah untuk meningkatkan lagi potensi seseorang
pelajar untuk lebih berjaya serta dapat memilih jalan yang lebih baik
dalam kehidupan mereka. Contohnya, pembentangan di dalam kelas
adalah untuk melatih pelajar bercakap di hadapan serta menjadi
ketua . Selain itu, aktiviti kerja kumpulan pula dapat mewujudkan
kerjasama antara pelajar atau meningkatkan hubungan sosial
mereka. Banyak lagi usaha kerajaan untuk mewujudkan pelajar yang
berkepimpinan tinggi serta berketerampilan.
~THE END~

Anda mungkin juga menyukai