Anda di halaman 1dari 4

EDUP3013 TUTORIAL MINGGU 2 MC JACYNTHER L.MARX_G1.

4
Falsafah Pendidikan Islam adalah satu proses penyampaian ilmu yang berterusan
sehingga ilmu itu dapat dijiwai dan meresap dalam pemikiran, kelakuan dan tindakan terhadap diri
sendiri, sesama manusia dan alam sekeliling, sesuai dengan peranan manusia sebagai hamba
Allah, khalifah-Nya dan ulamak pewaris nabi.

Ciri-ciri Falsafah Pendidikan Islam mengetengahkan kesesuaian dengan roh Islam.


Seterusnya ia berkaitan dengan reality dan dibina dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman.
Falsafah Pendidikan Islam bersifat universal yang memerlukan sifat memilih dalam mendalami
sesuatu ilmu bagi memastikan ia berkekalan dan berguna. Namun Falsafah Pendidikan Islam
adalah bebas daripada percanggahan prinsip dan kepercayaan kepada Allah.

Meskipun begitu, sebilangan nasihat dalam falsafah ini semakin kurang relevan dengan
keadaan dunia dimana dalam sebilangan negara masih berlaku peperangan dan bencana dunia.
Ini kerana kanak-kanak yang lahir dalam negara yang berlaku peperangan, kelaparan, pergolakan
politik dan sebagainya tidak memilih untuk lahir dalam keadaan tersebut dan nasihat mereka perlu
berserah dengan ujian Allah adalah tidak relevan. Kita yang mempunyai kuasa dan berkeupayaan
untuk membantu mereka haruslah berjuang dalam membantu dan tidak seharusnya berserah
dengan keadaan sahaja.

Inilah yang dimaksudkan dengan penyediaan potensi manusia untuk membangun dan
membantu masyarakat yang teraniaya. Falsafah pendidikan Islam ini memberi kita pendidikan
yang memberi peluang kepada masyarakat untuk membantu sesama manusia.

Kesimpulannya, falsafah pendidikan Islam ini menekankan penyediaan potensi manusia


untuk memikul tugasnya sebagai hamba Allah di muka bumi ini.
EDUP3013 TUTORIAL MINGGU 2 MC JACYNTHER L.MARX_G1.4
[PMI]
EDUP3013 TUTORIAL MINGGU 2 MC JACYNTHER L.MARX_G1.4

 
Berdasarkan falsafah pendidikan Timur oleh Confucious, kita dapat melihat bahawa
Confucious menekankan bahawa pendidikan adalah semua tidak kira umur, bangsa, keturunan
atau sebagainya yang menghalang seseorang individu untuk mendpatkan akses pendidikan.
Confucious berpendapat bahawa pendidikan yang bermatlamat adalah pendidikan ynag mampu
menghasilkan individu berkebolehan serta bermoral tinggi. Kita dapat melihat bahawa individu
yang dimaksudkan oleh Confucious ini adalah individu yang seimbang. Ketinggian ilmu yang
diperolehi akan menyebabkan individu sentiasa merendah diri dan mampu untuk belajar dan
menimba ilmu sepanjang masa tanpa perasaan sombong akan ilmunya. Individu juga akan
sanggup untuk berkongsi buah fikiran dengan orang lain. Maka terhasillah individu yang
seimbang.

Confucius berpendapat bahawa tugas guru bukan sahaja mengajar anak murid tetapi
sebagai mentor atau fasilitator kepada murid dalam menimba ilmu. Oleh itu, tugas guru sebagai
penyampai ilmu yang baik akan memperlihatkan contoh dan sahsiah yang tinggi untuk dicontohi
oleh murid.

Manakala Rabindranath Tagore menyatakan dalam falsafahnya bahawa kekurang


pendidikan menyebabkan sesebuah masyarakat sukar untuk memajukan diri mereka.
Kepentingan pembelajaran subjek yang mampu menyediakan masyarakat untuk hidup mandiri
serta mampu mengaplikasikan pembelajaran mereka kepada kehidupan seharian. Pendidikan
yang seimbang seharusnya mampu menggalakkan kreativiti, kebebasan berfikir, membawa
kegembiraan dan kesedaran tentang warisan budaya. Kemampuan manusia untuk meneruskan
budaya mereka seterusnya memajukan diri mereka. Keadaan ini menjadi alat kepada mereka
agar mampu bersedia dalam menjalani kehidupan yang baik.

Pendidikan untuk perkhidmatan sosial dan kecekapan bertujuan untuk


membolehkan individu hidup dalam masyarakat dan berpegang kepada prinsip bekerjasama,
EDUP3013 TUTORIAL MINGGU 2 MC JACYNTHER L.MARX_G1.4
berbaik-baik dan menghormati di antara satu sama lain. Matlamat yang ingin dicapai oleh beliau
adalah menghasilkan individu yang menyeluruh melalui interaksi dan integriti dengan persekitaran
melalui kurikulum yang menekankan komponen ilmu dan aktiviti fizikal.

Rabindrananth Tagore ada menekankan tentang peranan guru sebagai pembimbing murid,
yang mampu menginspirasikan murid untuk menjadi lebih baik. Proses pembelajaran yang
berfokuskan buku teks tidak digalakkan oleh beliau kerana ia membunuh kreativiti dan
pembelajaran fizikal yang praktikal oleh murid. Pemikiran murid yang ditekankan beliau adalah
terarah kepada keamanan dan persahabatan secara global dan melibatkan semua manusia.

Anda mungkin juga menyukai