Anda di halaman 1dari 1

SOALAN

-Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi asas sumber inpirasi kepada semua rangka ke arah
pembangunan pendidikan. FPK mempunyai beberapa unsur-unsur penting yang perlu difahami oleh
setiap ahli masyarakat sama ada warga pendidik, para pelajar, mahupun sesiapa sahaja rakyat
Malaysia.

a. Terangkan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). ini contoh sebenar
soalan edup 3013.

Elemen-elemen yang ada dalam FPK adalah pendidikan suatu usaha berterusan. Yakni membawa
maksud proses pendidikan adalah proses sepanjang hayat tanpa henti yabg bermula daripada awal
kanak-kanak dan bersambung ke sekolah dan seterusnya mengikut peringkat. Justeru membolehkan
kita menghadapi pelbagai masalah serta mengikuti perkembangan semasa. Seterusnya, elemen
memperkembang potensi individu. Setiap individu mempunyai pelbagai keupayaan dan kemahiran
sejak lahir lagi tetapi usaha mencungkil dan memupuk bakat ini mesti dilaksanakan. Elemen ketiga
adalah perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu. Hal ini demikian kerana
perkembangan potensi individu tidak sempurna jika dilakukan secara berasingan. Elemen keempat
adalah membentuk insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis memiliki
kesedaran dan keinsafan terhadap tanggungjawab diri, kelarga dan negara. Seterusnya, elemen
kepercayaan kepada Tuhan, iaitu kepercayaan bahawa manusia dan alam sekitar tidak terjadi secara
sendirinya dan ada Pencipta. Elemen keenam adalah rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
elemen ini menyaran rakyat untuk memiliki sikap mencintakan ilmu pengetahuan intik manfaat diri
sendiri. Elemen ketujuh adalah rakyat Malaysia yang berketerampilan, iaitu rakyat yang
berkelayakan dengan tugas yang dipertanggungjawabkan. Selain itu, rakyat Malaysia yang berakhlak
mulia, dimana rakyat perlu mengetahui nilai baik dan buruk dan mengamalkan apa yang digalakkan
dan hinari perkara yang dikeji. Elemen kesembilan adalah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.
Bertanggungjawab disini bermaksud menyedari tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan
meningkatkan daya pengeluaran negara sama ada memajukan diri atau semudah mematuhi
peraturan negara. Elemen kesepuluh adalah rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati
kesejahteraan diri. Melalui perkembangan potensi individu secara menyeluruh, rakyat akan dapat
memiliki jiwa yang tenteram untuk memahami keperluan sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.
Elemen yang terakhir adalah rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan. Sumbangan yang
disebut adalah daya pengeluaran kearah pembangunan negara dengan menggunakan tenaga mahir
setelah melalui latihan.

b. Sebagai seorang guru, huraikan bagaimanakah anda tranformasikan sistem pendidikan selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan?

Sebagai seorang guru, cara saya mentransformasikan sistem pendidikan adalah dengan
menggunakan alat bantu mengajar yang lebih menarik dan inovatif standing dengan kemahuan
semasa. Guru perlu mempelbagaikan alat bantu mengajar yang sejajar dengan kehendak objektif
pelajaran. Guru perlu mempunyai kreativiti untuk mengajar dan menggunakan bahan yang sedia
ada. Selain itu, strategi pembelajaran akan disusun dan dibincangkan supaya dapat membina dan
mengukuhkan minat pelajar. Di samping, memastikan pelajar menguasai kemahiran yang sedia ada
serta menjadikan pembelajaran mereka sebagai sesuatu yang bermakna. Dengan mengaitkan aktiviti
pembelajaran dengan pengalaman dapat memudahkan murid untuk memahami topic pembelajaran.
Hal ini demikian kerana membolehkan mereka memahami konsep-konsep dengan mudah lagi.

Anda mungkin juga menyukai