Anda di halaman 1dari 29

JABATAN ILMU PENDIDIKAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, 56000


KUALA LUMPUR

EDUP3023 & EDUP3013


Penulisan Akademik

Nama Pelajar MASTURINA BINTI MOHD NAWAWI


Angka Giliran 2020172340279
No Kad Pengenalan 010219-03-0132
Kumpulan / Unit G1.4
Kod Kursus EDUP3023 DAN EDUP3013
 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Nama Kursus  FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI
MALAYSIA
1. DR. LIZA ISYQI BINTI RAMLI
Nama Pensyarah
2. EN. MOHAMAD AQSA BIN HJ. HUSSIN

Tarikh Hantar 06 NOVEMBER 2020

Pengesahan Pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: ________________________ Tarikh: __________________

1
RUBRIK PEMARKAHAN
Penulisan Akademik

EDUP 3023: PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


PETUNJUK PEMARKAHAN
AMAT
GRED CEMERLANG CEMERLANG KEPUJIAN LULUS GAGAL

MARKAH [72 – 80] [60 – 71] [40 – 47] [40 – 47] [0 -39]

MARKAH : 80 WAJARAN: 40%


RUBRIK

KOMEN PENSYARAH

EDUP 3013: FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA


PETUNJUK PEMARKAHAN
AMAT
GRED CEMERLANG CEMERLANG KEPUJIAN LULUS GAGAL

MARKAH [56 – 60] [46 – 55] [36 – 45] [30 – 35] [0 -29]

MARKAH : 60 WAJARAN: 30%


RUBRIK

KOMEN PENSYARAH

2
ISI KANDUNGAN

NO. M/S

1.0 PENGHARGAAN 4

2.0 PENGENALAN 5

3.0 PROFIL KANAK-KANAK 6

4.0 ANALISIS DATA 8

5.0 FAKTOR PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KOGNITIF 13

5.1) FAKTOR GENETIK 13

5.2) FAKTOR PERSEKITARAN 14

6.0 TEORI PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KOGNITIF 15

6.1) TEORI PERKEMBANGAN FIZIKAL 15

6.2) TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF 15

7.0 HUBUNGKAIT PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KOGNITIF 16


TERHADAP KESEIMBANGAN MODAL INSAN KANAK-KANAK

8.0 IMPLIKASI-IMPLIKASI PERINGKAT FIZIKAL DAN KOGNITIF 18


TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

9.0 ANALISIS ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN 19

10.0 HUBUNGKAIT ISU-ISU PENDIDIKAN DAN PERKEMBANGAN 20


KOGNITIF DAN FIZIKAL MURID DARI ASPEK :

10.1) PERANAN SEKOLAH 20

10.2) PERANAN GURU 20

10.3) PERANAN IBU BAPA 21

10.4) PERANAN KOMUNITI 21

DALAM MEMBENTUK PERKEMBANGAN KESEIMBANGAN MODAL 21


INSAN

11.0 RUMUSAN 22

12.0 RUJUKAN 23

13.0 LAMPIRAN 24

3
1.0 ) PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, syukur ke hadrat ilahi kerana limpah kurnia dan
izinNya jua, saya, Masturina Binti Mohd Nawawi dapat menyiapkan tugasan yang diberikan
dengan jayanya. Tugasan ini akan memberikan banyak kebaikan kepada saya dari segi
pengetahuan dan pengalaman semasa menyiapkan tugasan ini serta pada masa yang akan
datang. Dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya juga banyak memperoleh nilai-nilai
murni yang perlu saya terap dalam diri iaitu sentiasa sabar dan ikhlas dalam melakukan
sesuatu.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pensyarah subjek Perkembangan


Kanak-Kanak (EDUP3023) dan Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia (EDUP3013) iaitu Dr.
Liza Isyqi Binti Ramli dan En. Mohamad Aqsa Bin Hj. Hussin yang banyak memberikan
bimbingan dan nasihat kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Penghargaan dan
ucapan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan dan ahli keluarga
saya yang banyak memberikan sokongan dan bantuan bagi melengkapkan lagi kerja kursus
ini. Tanpa sokongan daripada mereka, saya tidak mampu untuk menghadapi segala dugaan
dan cabaran yang dihadapi semasa menyiapkan tugasan dengan baik.

Akhir sekali, terima kasih, saya ucapkan kepada semua pihak yang telah banyak
membantu saya sama ada secara langsung ataupun tidak langsung bagi menyiapkan
tugasan ini. Sekian, terima kasih.

4
2.0) PENGENALAN

Berdasarkan tugasan ini, terdapat banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang
diperoleh. Sebagai contoh, pengalaman menemu ramah kanak-kanak yang berusia enam
hingga 12 tahun. Terdapat banyak kerenah dan masalah yang dihadapi semasa menemu
ramah mereka namun dapat diatasi dengan baik. Malah, melalui tugasan ini juga, kita dapat
mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan perkembangan fizikal dan kognitif kanak-
kanak tersebut serta isu-isu yang terdapat dalam pendidikan. Kita perlulah meahami tahap
perkembangan kanak-kanak terlebih dahulu sebelum menjadi seorang guru yang akan
mengajar kanak-kanak nanti

Selain itu, terdapat juga teori-teori yang menerangkan mengenai peringkat


perkembangan kognitif dan fizikal kanak-kanak. Malah, teori-teori tersebut juga amat penting
dalam melahirkan modal insan yang seimbang dan berguna kepada masyarakat. Hal ini
demikian kerana, kita perlulahmemupuk akhlak dan adab yang baik dalam diri kanak-kanak
sejak mereka kecil lagi kerana melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Oleh itu, kita mestilah
mendalami peringkat perkembangan tersebut agar dapat menghadapi segala masalah dan
kemungkinan yang akan berlaku di masa yang akan datang mengenai kanak-kanak apabila
bertugas sebagai guru di sekolah kelak.

Di samping itu, kita juga dapat mengetahui berkaitan isu-isu yang terdapat dalam
pendidikan serta hubungkait dengan perkembangan kognitif dan fizikal kanak-kanak yang
telah dipelajari tersebut. Seterusnya, melalui isu-isu tersebut, kita juga perlu mengetahui
tentang peranan sekolah, guru, ibu bapa serta masyarakat dalam membentuk
perkembangan keseimbangan modal insan.

Oleh itu, kita mestilah mengetahui teori-teori serta peringkat perkembangan kognitif
dan fizikal tersebut serta isu-isu berkaitan pendidikan tersebut agar dapat manangani segala
masalah atau situasi yang berlaku kelak berkaitan kanak-kanak.

5
3.0) PROFIL KANAK-KANAK

1.

NAMA : DHIYA ATIRAH BINTI MOHD AZRAI


UMUR : 7 TAHUN
JANTINA : PEREMPUAN
BANGSA : MELAYU
AGAMA : ISLAM
BIL. ADIK BERADIK : TIGA
ANAK KE : SATU
NAMA BAPA : MOHD AZRAI BIN CHE ASAHARI
UMUR BAPA : 39
PEKERJAAN BAPA : PENGAJAR PEMANDU
NAMA IBU : MADIRAH BINTI YUSOFF
UMUR IBU : 31
PEKERJAAN IBU : KERANI
ALAMAT : 1098, KG. PENGKALAN KUBOR SALOR, 15100 KOTA
BHARU, KELANTAN

6
2.

NAMA : ALYAA SYAZANA BINTI AHMAD YUSMAIZAN


UMUR : 12 TAHUN
JANTINA : PEREMPUAN
BANGSA : MELAYU
AGAMA : ISLAM
BIL. ADIK BERADIK : TIGA
ANAK KE : DUA
NAMA BAPA : AHMAD YUSMAIZAN BIN YUSOFF
UMUR BAPA : 38
PEKERJAAN BAPA : PENGAJAR PEMANDU
NAMA IBU : SALMIZATIE BINTI OMAR
UMUR IBU : 38
PEKERJAAN IBU : KERANI POLIS
ALAMAT : 1098, KG. PENGKALAN KUBOR SALOR, 15100 KOTA
BHARU, KELANTAN

7
4.0) ANALISIS DATA

PENGIRAAN :

BAHAGIAN A : KEMAHIRAN MOTOR KASAR

ALYAA DHIYA

JUMLAH MATA NILAI 2 + 3 + 3 + 3 + 2 + 3 + 2 = 18 3 + 2 + 3 + 1 + 3 + 3 + 2 = 17

PERATUS 2+3+3+3+2+3+2 3+2+3+1+3+3+2


(7 x 3) (7 x 3)
17 x 100
18 x 100 21
21 = 81%
= 86%

BAHAGIAN B : KEMAHIRAN MOTOR HALUS

ALYAA DHIYA

JUMLAH MATA NILAI 3+3+3+3+3+3+3+2+3+2 3+3+2+1+3+3+2+3+2+1


= 28 = 23

PERATUS 28 x 100 23 x 100


30 30
= 93% = 77%

BAHAGIAN C : PERHATIAN DAN TUMPUAN

ALYAA DHIYA

JUMLAH MATA NILAI 3+2+3+2+3+3+2+2+3 3+3+2+3+3+3+3+2+2


= 23 = 24

PERATUS 23 x 100 24 x 100


27 27
= 85% = 89%

8
BAHAGIAN D : MERANCANG/ MENYUSUN ATUR

ALYAA DHIYA

JUMLAH NILAI MATA 3+3+3=9 3+2+3=8

PERATUS 9 x 100 8 x 100


27 27
= 33% = 30%

BAHAGIAN E : PERSEPSI DALAM BENTUK DAN ANGKA VISUAL

ALYAA DHIYA

JUMLAH NILAI MATA 3 + 3 + 2 + 3 = 11 3 + 3 + 1 + 3 = 10

PERATUS 11 x 100 10 x 100


12 12
= 92% = 83%

BAHAGIAN F : MEMORI

ALYAA DHIYA

JUMLAH NILAI MATA 2+3+3+3+3+3+2+3+3+2 2+3+2+2+3+3+3+3+3+3


+ 3 = 30 + 2 = 29

PERATUS 30 x 100 29 x 100


33 33
= 91% = 88%

9
BAHAGIAN G : PEMAHAMAN BAHASA LISAN

ALYAA DHIYA

JUMLAH NILAI MATA 3 + 2 + 3 + 3 + 2 + 3 + 1 = 21 3 + 2 + 3 + 3 + 2 + 3 + 1 = 17

PERATUS 21 x 100 17 x 100


21 21
= 100% = 81%

BAHAGIAN H : PEMEROLEHAN KEMAHIRAN AKADEMIK

ALYAA DHIYA

JUMLAH NILAI MATA 3+3+3+2+3+2+3+3+3+3 2+3+1+3+2+2+3+3+3+3


3 + 3 =34 + 1 + 3 = 29

PERATUS 34 x 100 29 x 100


36 36
= 94% = 81%

BAHAGIAN I : MEMPELAJARI PERKARA BARU DAN MENERAPKAN PENGETAHUAN


DI SEKOLAH

ALYAA DHIYA

JUMLAH NILAI MATA 3 + 3 + 3 + 2 + 2 = 13 2 + 3 + 3 + 1 + 2 = 11

PERATUS 13 x 100 11 x 100


15 15
= 87% = 73%

10
BAHAGIAN J : PENYELESAIAN MASALAH DI SEKOLAH DAN PENDEKATAN UNTUK
SITUASI PEMBELAJARAN BARU

ALYAA DHIYA

JUMLAH NILAI MATA 3+3+3+2+3+3+3+2+3+3 1+3+3+3+3+3+3+3+2+3


= 28 = 27

PERATUS 28 x 100 27 x 100


30 30
= 93% = 90%

DATA YANG DIPEROLEH :

BAHAGIAN ALYAA (%) DHIYA (%)

A 86 81

B 93 77

C 85 89

D 33 30

E 92 83

F 91 88

G 100 81

H 94 81

I 87 73

J 93 90

11
GRAF :

PERATUS SKOR YANG DIPEROLEH BAGI SETIAP


BAHAGIAN
120

100
100 93 92 94 93
89 91 90
86 88 87
85 83
81 81 81
77
PERATUS SKOR (%)

80 73

60
ALYAA
40 33 DHIYA
30

20

12
5.0) FAKTOR PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KOGNITIF

Berdasarkan data daripada soal selidik di atas, kita dapat mengetahui peringkat
perkembangan kanak-kanak yang bernama Alyaa, lebih tinggi berbanding Dhiya. Hal ini
dikatakan demikian kerana perbezaan individu serta umur di antara kedua kanak-kanak
tersebut. Malah, perkembangan seseorang juga berbeza dalam setiap diri individu mengikut
cara pemikiran, persekitaran, keturunan serta pengaruh rakan. Setiap individu melalui
peringkat-peringkat perkembangan kognitif dan fizikal bermula daripada bayi sehinggalah ke
akhir hayat. Perkembangan juga akan berubah daripada umum kepada lebih spesifik.
Misalnya, kita dapat lihat bahawa bayi akan mengenggam objek yang ada di hadapan
mereka sebelum meneroka dan mempelajari tentang objek yang digenggam tersebut.

Semakin lama, perkembangan kognitif dan fizikal kanak-kanak akan berubah dan
bergantung kepada individu itu sendiri serta jantina. Contohnya, perubahan fizikal kanak-
kanak perempuan berlaku lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki seperti ketinggian,
baligh dan sebagainya. Selain itu, perkembangan kognitif seseorang juga bergantung
kepada seseorang individu itu sendiri. Seperti yang kita dapat lihat, kepandaian atau
kecerdasan seseorang bergantung kepada individu itu sendiri. Contohnya, seseorang kanak-
kanak yang pandai ketika berada di sekolah rendah tidak bermaksud dia akan pandai di
sekolah menengah. Manakala, kanak-kanak yang kurang pandai di sekolah rendah tidak
bermakna dia tidak akan pandai di sekolah menengah. Hal ini dikatakan demikian kerana
perkembangan kognitif setiap individu adalah berbeza dan bergantung kepada mereka
sendiri untuk berusaha untuk meningkatkannya atau mengabaikannya. Terdapat dua faktor
yang mempengaruhi perkembangan seseorang kanak-kanak, iaitu faktor genetik dan faktor
persekitaran. Kita mestilah mengetahui faktor yang mempengaruhi perkembangan mereka
kerana pada suatu masa akan datang, kita akan menjadi ibu bapa serta guru yang mengajar
kanak-kanak di sekolah.

5.1) FAKTOR GENETIK

Genetik atau baka merupakan ciri-ciri biologi atau perwarisan yang dimiliki oleh anak
daripada ibu bapa mereka. Contohnya, warna rambut, warna kulit, saiz fizikal dan
sebagainya. Hal ini dikatakan demikian kerana baka yang diperturunkan melalui gen-gen ibu
bapa kepada anak-anak mereka dan seterusnya dapat menguasai penyuburan fizikal dan
mental. Malah, baka yang diperturunkan juga dapat menentukan had keupayaan seseorang.
Misalnya kepandaian, aktif serta emosi. Seperti sedia maklum bahawa setiap individu
mempunyai tahap kecerdasan intelek yang berbeza. Terdapat sesetengah kanak-kanak

13
yang kurang menonjol saat waktu kecil tetapi bijak dan pandai apabila dewasa. Malah
terdapat juga yang pandai dan aktif ketika kecil dan kurang menonjol ketika dewasa. Hal ini
juga bergantung kepada kanak-kanak itu sendiri.

Kita juga pernah terdengar ungkapan bahawa ibu bapa yang bijak, anak juga bijak.
Namun, tidak semua hal ini terjadi kerana ia bergantung kepada individu itu sendiri serta
persekitaran mereka. Jika mereka dididik untuk sentiasa berdisiplin dan belajar mengikut
masa tertentu, kemungkinan kecerdasan mereka dapat dikekalkan. Malah, jika ibu bapa
lebih mementingkan pekerjaan dan didikan diserahkan sepenuhnya kepada guru atau
pengasuh, kemungkinan perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut juga menurun.

Seterusnya, emosi juga diperoleh daripada baka atau keturunan. Misalnya, jika ibu
bapa mempunyai sifat panas baran, emosi tidak stabil atau mudah marah. Maka, terdapat
juga anak mereka yang bersifat agresif dan autokratik. Namun, sifat tersebut boleh diubah
bergantung kepada individu itu sendiri mengikut kehendak dan kemahuan mereka kerana
emosi dapat dikawal dengan baik jika kita sendiri yang dapat menanganinya dengan baik.

5.2) FAKTOR PERSEKITARAN

Faktor yang seterusnya ialah faktor persekitaran. Faktor persekitaran ini bermaksud keadaan
atau suasana di mana berlakunya proses perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak. Jika
mereka dibesarkan dalam suasana dan keadaan keluarga yang baik dan ceria, kanak-kanak
tersebut juga dapat membesar dengan baik seperti yang kita semua harapkan. Namun
demikian, jika mereka dibesarkan dalam suasana perang atau keadaan keluarga yang huru
hara, maka perkembangan kanak-kanak juga akan terjejas akibat keadaan yang berlaku di
sekeliling mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana keluarga khususnya ibu bapa mereka
merupakan ‘role model’ bagi mereka. Setiap anak yang dilahirkan adalah bersifat suci dan
bersih tanpa sebarang cela yang diibaratkan seperti kain putih. Maka, ibu bapa ialah insan
yang perlu mencorakkan kain putih tersebut dengan warna warni akhlak dan adab yang
terpuji.

Seperti yang kita tahu bahawa pada masa kini, terdapat banyak isu kejatuhan akhlak
yang berlaku dalam kalangan remaja kita dan antara puncanya adalah daripada keluarga
yang berpecah belah seperti ibu bapa bercerai, keluarga yang selalu bergaduh dan
sebagainya. Hal ini berlaku kerana kanak-kanak menyukai keceriaan dan selalu bermain.
Apabila mereka melihat ibu bapa mereka bergaduh dan sebagainya, sudah tentu mereka
akan berasa sedih dan tidak dihargai. Oleh itu, sebagai ibu bapa, kita mestilah menunjukkan

14
contoh yang baik kepada anak-anak kerana mereka ialah anugerah yang tidak terhingga dan
tidak terganti.

6.0) TEORI PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KOGNITIF

Perkembangan fizikal ialah perkembangan motor yang merangkumi kemahiran-kemahiran


koordinasi otot untuk menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal. Misalnya, berjalan, berlari,
memanipulasi objek, duduk, melompat dan sebagainya. Selain itu, perkembangan fizikal
juga merangkumi perkembangan sensori, khasnya penglihatan dan pendengaran.

Manakala Maksud kognitif adalah berkait rapat dengan kognisi, iaitu aktiviti atau
proses memperolehi ilmu secara pemerhatian atau pemikiran melalui deria. Maka
perkembangan kognitf kanak-kanak adalah berkait rapat dengan perkembangan otak
mereka serta interaksi sosial. Hal ini bermaksud, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah
bergantung kepada perkembangan otak dan sensori motor iaitu fizikal serta interaksi dengan
orang yang lebih berpengalaman, iaitu perkembangan sosial.

Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan


pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku
dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya.

6.1) TEORI PERKEMBANGAN FIZIKAL

Robert Havighurst merupakan seorang psikologi Amerika terkenal dengan teori


perkembangan sosio budaya dan antropologi. Beliau berpendapat bahawa perkembangan
kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitarannya. Pada peringkat perkembangan fizikal ini,
institusi keluarga amat penting dalam mendorong kanak-kanak untuk membentuk personaliti
atau akhlak yang baik dalam diri mereka. Beliau juga menyenaraikan tugas-tugas
perkembangan kanak-kanak iaitu pada peringkat kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun.

Antara tugas-tugas perkembangan kanak-kanak pada peringkat ini ialah membentuk


fizikal untuk permainan. Pada ketika ini, kanak-kanak lebih cenderung untuk bermain atau
melakukan sesuatu aktiviti yang lebih menggunakan tenaga kerana kanak-kanak pada ketika
ini amat aktif. Oleh sebab itu, kanak-kanak memerlukan fizikal yang lebih kuat untuk
melakukan aktiviti-aktiviti dan permainan yang lasak. Selain itu, kanak-kanak ini juga mula
membentuk konsep diri yang sihat. Hal ini kerana badan yang aktif akan menjadikan tubah
badan kanak-kanak lebih sihat dan cergas. Malah, kanak-kanak juga mula berkomunikasi
bersama-sama rakan-rakan baru dan mula membentuk kemahiran sosial dan mula
membentuk kebebasan peribadinya. Seterusnya, kanak-kanak mula memperoleh kemahiran
membaca, menulis dan mengira yang biasanya diasah dan diajar oleh guru-guru ketika
15
belajar di sekolah. Oleh itu, ibu bapa perlulah membantu mereka dalam membentuk
keperibadian anak-anak mereka kerana merekalah yang akan memimpin negara pada suatu
masa akan datang.

Berdasarkan data yang diperoleh, peratus skor yang diperolehi dalam Bahagian A
bagi kanak-kanak bernama Alyaa lebih tinggi berbanding Dhiya iaitu 86% manakala Dhiya
memperolehi skor 81%. Perbezaan antara kedua-dua kanak-kanak tersebut ialah 6%. Dhiya
mendapat skor yang rendah kerana kemahiran motor kasarnya seperti menangkap dan
membaling bola masih lagi lemah berbanding Alyaa. Namun demikian, kemahiran motor
kasar Alyaa juga seperti masalah keseimbangan, lebih rendah berbanding Dhiya yang
berumur 7 tahun.

Manakala dalam Bahagian B pula, peratus skor Alyaa juga lebih tinggi berbanding
Dhiya iaitu 93% dan 77%. Dhiya memperoleh skor yang rendah kerana kadangkala
menghadapi masalah dalam kemahiran motor halus seperti sukar menggunting kertas
kepada kepingan yang halus, sukar untuk membutang baju dan tali kasut sendiri serta
menulis dalam keadaan perlahan dan sukar untuk dibaca.

6.2) TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF

Mengikut teori perkembangan Jean Piaget pula, persekitaran tidak membentuk kognitif
kanak-kanak tetapi kanak-kanak membina persekitarannya. Jean Piaget mencadangkan
supaya manusia sentiasa cuba memahami dunia luar melalui proses berfikir. Pada pendapat
Piaget juga, kanak-kanak lahir dengan tingkah laku refleks iaitu menangis, menghisap jari
dan mengapai. Seterusnya, tingkah laku bermatlamat, iaitu mereka mula meneroka dan
bermain dan kemudian tingkah laku menyelesaikan masalah Perkembangan kognitif kanak-
kanak terbahagi kepada empat peringkat iaitu Peringkat Deria Motor (0-2 tahun), Peringkat
Pra-Operasi (2-7 tahun), Peringkat Konkrit (7-12 tahun) dan Peringkat Operasi Formal (12
tahun ke atas).

Seterusnya, teori perkembangan Lev Vygotsky pula menekankan konstruktivisme


iaitu suatu fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan dan konsep secara aktif
berdasarkan pengetahuan sedia ada dan pengalaman. Teori konstruktivisme juga
mencadangkan bahawa manusia membina pemahaman dan pengetahuannya sendiri
tentang dunia di sekelilingnya dengan mengalami dan membuat refleksi ke atas pengalaman
tersebut.

Berdasarkan graf yang diperoleh di atas, peratus skor bahagian C bagi Dhia lebih
tinggi sebanyak 3% berbanding Alyaa yang memperoleh skor sebanyak 85%. Hal ini
16
dikatakan demikian kerana perkembangan kognitif Dhiya lebih tinggi berbanding Alyaa
walaupun usianya masih muda. Dhiya lebih suka membuat pemerhatian dan memberikan
tumpuan kepada seseorang yang bercakap atau sedang menceritakan sesuatu. Misalnya,
ketika guru mengajar dan sebagainya. Malah, kanak-kanak juga lebih suka memerhati dan
meniru aksi yang dilihat di sekeliling mereka. Oleh itu, ibu bapa serta guru perlulah
memainkan peranan dalam menunjukkan contoh yang baik kepada mereka agar dapat
memupuk sifat terpuji dalam diri mereka.

7.0) HUBUNGKAIT PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KOGNITIF TERHADAP


KESEIMBANGAN MODAL INSAN KANAK-KANAK

Perkembangan fizikal dan kognitif dikatakan mempunyai hubungkait dalam keseimbangan


modal insan kanak-kanak. Hal ini dikatakan demikian kerana perkembangan fizikal dan
kognitif dalam diri kanak-kanak melibatkan pengetahuan. Pada peringkat asas, kanak-kanak
perlulah menguasai keupayaan literasi dan numerasi. Hal ini demikian kerana pengetahuan
asas dalam diri kanak-kanak amat penting sebelum mereka meningkat ke peringkat yang
seterusnya. Misalnya, kanak-kanak perlulah menguasai subjek-subjek asas seperti Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan juga Sejarah.

Selain itu, jika kanak-kanak mempunyai perkembangan kognitif dan fizikal yang
tinggi, sudah tentu mereka juga mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi. Kemahiran
berfikir ini seperti mempelajari sesuatu pelajaran serta tekun dan gigih dalam menyelesaikan
masalah berkaitan pelajaran mahupun masalah harian. Setiap murid perlulah memupuk
kemahiran kognitif seperti penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif serta inovatif. Seterusnya,
pelajar juga dapat memupuk kemahiran memimpin. Kemahiran ini sangat penting dan perlu
dipupuk dalam diri kanak-kanak sejak mereka berada di sekolah rendah lagi. Hal ini
demikian kerana sifat kepimpinan melatih mereka untuk berani bercakap di hadapan
khalayak ramai serta tidak gugup dalam menyuarakan pendapat mereka. Kebolehan ini juga
sangat penting bukan sahaja di sekolah malah di alam pekerjaan juga.

Di samping itu, kemahiran dwibahasa juga amat penting dan perlu diajar kepada
kanak-kanak sejak mereka kecil lagi. Setiap murid perlulah menguasai sekurang-kurangnya
dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Hal ini dikatakan demikian kerana
terdapat banyak kelebihan yang akan diperoleh jika menguasai lebih daripada satu bahasa.
Malah, pusat pengajian tinggi dan pekerjaan akan terbuka luas kepada seseorang yang
berkebolehan dalam pelbagai bahasa. Bukan itu sahaja, kanak-kanak juga perlu diterap
dengan etika dan rohani seperti adab sopan serta didikan agama yang baik. Hal ini dapat
membantu mereka untuk membezakan antara perkara baik dan buruk sesuatu perkara.

17
Akhirnya, identiti nasional perlulah dijelaskan dan diterangkan kepada kanak-kanak. Setiap
murid perlulah berbangga kerana dikenali sebagai rakyat Malaysia tidak kira agama, bangsa,
warna kulit dan sebagainya.

8.0) IMPLIKASI-IMPLIKASI PERINGKAT FIZIKAL DAN KOGNITIF TERHADAP


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Berdasarkan teori-teori di atas, terdapat beberapa implikasi peringkat fizikal dan kognitif terhadap
pengajaran dan pembelajaran. Implikasi-implikasi ini dapat dibahagikan kepada dua aspek, iaitu
implikasi berdasarkan teori perkembangan fizikal dan teori perkembangan kognitif kanak-kanak.
Dalam aspek perkembangan fizikal, pembelajaran kanak-kanak adalah melalui pengalaman fizikal.
Contohnya, menulis, melukis, membaca buku dan sebagainya. Penguasaan motor kasar dan motor
halus terlibat dalam melakukan pergerakan tersebut. Malah, jika kanak-kanak melibatkan diri
dengan aktiviti berenang dan gimnastik, mereka dapat menguatkan otot, daya tahan serta membina
pergerakan yang lebih cekap.

Seterusnya, guru-guru juga dapat menyediakan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian mengikut


jantina atau umur pelajar. Misalnya, aktiviti lasak disediakan untuk kanak-kanak lelaki kerana mereka
lebih cenderung ke arah permainan lasak dan kasar. Bagi kanak-kanak perempuan pula, aktiviti yang
disediakan perlulah bersesuaian mereka. Seperti sedia maklum bahawa, perempuan bersifat pasif
jika dibandingkan dengan lelaki. Jadi, aktiviti yang sesuai amatlah penting bagi mereka. Sebagai
contoh, permainan bola jaring, bola baling, badminton dan sebagainya.

Manakala dari segi aspek kognitif pula, guru seharusnya memainkan peranan sebagai
fasilitator ataupun mentor dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Pdp). Guru hanya
menyediakan bahan kepada mereka dan murid-murid perlu menerangkan apa yang mereka faham
tentang sesuatu perkara tersebut. Selain itu, guru juga perlulah mengenali anak muridnya serta
mengetahui setiap kelebihan dan kelemahan yang ada pada anak murid mereka agar pengajaran
yang diajar dapat disampaikan dengan cara yang berkesan. Akhirnya, murid-murid perlulah
dibekalkan dengan bahan pembelajaran, aktiviti dan alatan yang bersesuaian serta selaras dengan
tahap kebolehan kognitif mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana peringkat kognitif setiap individu
adalah berbeza-beza dan guru perlulah memainkan peranan dalam membantu anak muridnya untuk
meningkatkan perkembangan kognitif mereka. Malah, murid-murid itu sendiri juga perlulah berusaha
untuk mencari ilmu dengan bertanya kepada guru mengenai apa yang mereka tidak fahami dan
sebagainya.

18
9.0) ANALISIS ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN

Pendidikan ialah proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu
yang tidak dapat dilihat tetapi lebih menjurus kepada pemberian pengetahuan,
pertimbangan, kemahiran dan kebijaksanaan. Salah satu asas matlamat pendidikan adalah
untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi. Pendidikan di Malaysia pula adalah suatu
usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini juga
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Namun
demikian, terdapat beberapa isu pendidikan yang perlu kita ketahui.

Antaranya ialah isu profesional standard pengajaran iaitu guru sebagai petugas
pendidikan tidak seharusnya berpuas hati dengan kemahiran yang dipelajari semasa di
kampus. Namun, mereka perlu menggali dan mencari kepakaran dalam bidang mereka iaitu
pendidikan. Hal ini dikatakan demikian kerana pengalaman mengajar di dalam kelas adalah
berbeza dengan apa yang kita pelajari berkaitan teori pengajaran dan sebagainya. Hal ini
bermaksud setelah kita memahami teori yang dipelajari, kita perlulah mengaplikasikannya
serta menggunakannya sewaktu mengajar di dalam kelas agar proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku dengan lancar.

Selain itu, isu yang sering berlaku pada hari ini ialah jurang pendidikan antara murid
yang tinggal di luar bandar dan murid di bandar. Hal ini berlaku kerana pihak terlibat tidak
mengambil peduli tentang keadaan sekolah di luar bandar atau pedalaman. Hal ini
menyebabkan sekolah tersebut berada jauh ke belakang berbanding sekolah-sekolah di
bandar. Sekolah di luar bandar atau pedalaman kebiasaannya mengalami masalah seperti
kekurangan tenaga pengajar, keadaan kelas yang tidak begitu selesa, kekurangan
kemudahan prasarana dan sebagainya. Hal ini sudah tentu memberikan ketidakselesaan
kepada guru-guru serta murid-murid yang mengajar di kawasan pedalaman. Pihak berwajib
perlulah mengambil tindakan segera kerana pelajar-pelajar dari kawasan pedalaman juga
memerlukan keselesaan dalam menerima ilmu dan bukan sahaja memberi tumpuan kepada
sekolah bandar sahaja agar prestasi sekolah bandar dan luar bandar menjadi lebih baik.

19
Seterusnya, isu guru yang mengajar subjek yang bukan opsyen atau di luar bidang
mereka. Hal ini terjadi kerana terdapat sesetengah sekolah yang mengalami kekurangan
tenaga pengajar dan menyebabkan guru mata pelajaran lain terpaksa mengambil alih untuk
mengajar subjek-subjek tertentu yang bukan bidang mereka. Jika kita tidak mengetahui atau
pakar dalam sesuatu bidang, sudah tentu kita tidak dapat menerangkan secara baik tentang
mata pelajaran tersebut kepada murid-murid. Oleh itu, kementerian pendidikan perlulah
menetapkan jumlah tenaga pengajar yang secukupnya mengikut subjek yang terdapat di
sesuatu sekolah agar masalah tersebut bukan lagi menjadi permasalahan utama yang
berlaku di setiap sekolah khususnya sekolah-sekolah yang berada di luar bandar.

Akhirnya, terdapat juga isu kesukaran untuk membiasakan diri dengan pembelajaran
abad ke-21. Hal ini dikatakan demikian kerana guru dan murid-murid masih belum terbiasa
dengan pembelajaran abad ke-21 tersebut kerana masih lagi baru dan mengambil masa
untuk membiasakan diri dengan cara pengajaran dan pembelajaran tersebut. Namun
sebenarnya terdapat banyak kelebihan pembelajaran abad ke-21 ini kerana suasana
pembelajaran menjadi lebih ceria dan guru hanya menjadi fasilitator dan mentor sahaja di
dalam kelas dan bukannya mengajar sepenuh masa untuk memberi peluang kepada murid
untuk membentang apa yang dipelajari. Malah dengan cara ini juga kita dapat memupuk
sikap berani dan yakin dalam diri para pelajar ketika berada di hadapan khalayak ramai.

10.0) HUBUNGKAIT ISU-ISU PENDIDIKAN DAN PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN


FIZIKAL MURID DARI ASPEK :

10.1) PERANAN SEKOLAH

Sekolah memainkan peranan yang penting dalam dalam menyediakan kemudahan, tenaga
pengajar dan sebagainya. Hal ini kerana keselesaan dapat menjadikan suasana
pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih menarik. Malah, perkembangan kognitif dan
fizikal kanak-kanak juga menjadi lebih lancar jika mereka belajar dalam suasana yang baik
dan kondusif. Mereka juga memerlukan keseronokan dalam belajar. Oleh itu, setiap kelas
perlulah dihias dengan baik dan cantik agar dapat menarik perhatian mereka untuk datang
ke sekolah dan belajar dengan tenang.

10.2) PERANAN GURU

Selain itu, guru juga memainkan peranan dalam menangani isu pendidikan tersebut dan
seterusnya membantu perkembangan kognitif kanak-kanak. Contohnya, guru boleh
mencuba dan belajar subjek selain daripada opsyen yang dipilih agar dapat mengajar semua
subjek walaupun bukan termasuk dalam bidang yang dipelajari semasa di kampus. Kanak-

20
kanak dapat mengembangkan kemahiran kognitif mereka jika guru juga berusaha untuk
mengajar mereka sehingga faham apa yang diajar. Hal ini dikatakan demikian kerana guru
juga masih dalam proses pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran mengajar mereka.
Oleh itu, guru perlulah berusaha untuk meningkatkan kemahiran pengajaran agar dapat
menyampaikan pengajaran kepada murid-murid dengan lebih berkesan.

10.3) PERANAN IBU BAPA

Ibu bapa juga perlulah bekerjasama dengan guru dan pihak sekolah seperti menganggotai
badan atau kesatuan ibu bapa di sekolah. Melalui organisasi tersebut, mereka dapat
menyumbang sedikit sebanyak kepada sekolah serta membantu meningkatkan prasarana
atau kemudahan kepada anak-anak mereka untuk belajar di sekolah. Mereka tidak boleh
membiarkan masalah yang berlaku terjadi begitu sahaja namun perlu turut bekerjasama atau
membantu pihak sekolah untuk turut serta dalam membangunkan atau menceriakan
sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana kawasan atau suasana yang baik di sekitar
sekolah sudah tentu dapat meningkatkan perkembangan kognitif dan fizikal kanak-kanak.

10.4) PERANAN KOMUNITI

Malah, komuniti atau masyarakat juga tidak terlepas daripada memainkan peranan dalam
menangani isu pendidikan tersebut kerana mereka juga perlu menyumbang kepada
pembangunan bangsa dan negara. Masyarakat perlulah ringan dalam menghulurkan
bantuan sama ada dalam bentuk tenaga atau kewangan bagi meningkatkan keselesaan di
sekolah. Walaupun murid-murid yang berada di sekolah tersebut bukan lah sesiapa bagi
mereka, namun sebagai masyarakat yang tinggal hampir dengan sekolah tersebut perlulah
memikirkan cara atau berusaha untuk membantu pihak sekolah kerana kanak-kanak
merupakan generasi yang akan menjadi pemimpin kita pada masa yang akan datang.

Kesimpulannya, semua pihak memainkan peranan yang penting dalam menangani isu-isu
pendidikan tersebut dan seterusnya membantu dalam meningkatkan perkembangan kognitif
dan fizikal kanak-kanak. Kita tidak boleh membiarkan sesetengah pihak sahaja yang
menjalankan tugas tetapi bekerjasama mengatur strategi bagi meningkatkan serta
membantu kanak-kanak dalam belajar kerana mereka masih lagi dalam proses mempelajari
sesuatu dan menjadi tanggungjawab orang dewasa untuk membentuk peribadi yang baik
dalam diri mereka. Pendidikan juga merupakan proses yang berlaku sehingga akhir hayat
kita. Oleh itu, ayuhlah sama-sama kita membangunkan prestasi pendidikan kita agar dapat
duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.

21
11.0) RUMUSAN

Terdapat banyak pengetahuan dan pengalaman baharu yang diperolehi melalui tugasan
yang diberikan. Contohnya, melalui data yang diperoleh, kita perlu menganalisis data,
menukarkannya ke bentuk yang lebih mudah difahami dan sebagainya. Malah, terdapat
banyak teori-teori perkembangan kognitif dan fizikal kanak-kanak yang perlu diketahui agar
dapat membantu mereka dalam mengalami proses perkembangan tersebut dengan lancar.
Guru-guru, ibu bapa serta masyarakat perlulah memainkan peranan dalam mendorong
kanak-kanak ke arah kemenjadian seorang modal insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani, jasmani dan sebagainya.

Kanak-kanak juga merupakan penerus atau generasi yang akan memimpin negara
kita pada suatu hari nanti. Oleh itu, mereka perlulah diberikan didikan yang secukupnya agar
dapat menjadi seorang insan yang berguna kepada bangsa dan negara kelak. Seterusnya,
kita juga perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam menangani segala masalah
yang datang berkaitan pendidikan kerana pendidikan amat penting kepada semua tidak kira
kanak-kanak mahupun tua. Pendidikan juga berlaku sepanjang hayat kerana setiap hari, kita
mempelajari sesuatu tidak kira daripada guru, buku dan sbagainya. Malah, mempelajari
sesuatu daripada pengalaman juga digelar sebagai pendidikan.

Tuntasnya, perkembangan kognitif dan fizikal kanak-kanak serta isu-isu pendidikan


perlulah diketahui oleh siswa guru kerana merekalah yang akan menjadi guru kepada kanak-
kanak kelak serta mengalami pelbagai masalah berkaitan pendidikan. Oleh itu, kita perlulah
mengetahui teori-teori serta isu tersebut dengan lebih mendalam agar dapat menangani
segala masalah yang akan datang dengan baik.

22
12.0) RUJUKAN

Jeffery. F. (2013). Konsep Dan Prinsip Perkembangan Kanak-Kanak. Diperoleh daripada :


https://www.slideshare.net/fanera91/konsep-dan-prinsip

Amelia. (2019). Analisis Perkembangan Kanak-Kanak (Teori Chomsky). Diperoleh daripada :


http://anyflip.com/xiibh/dbyf/basic

Fina Maula. (2015). Teori Perkembangan Kognitif: Jean Piaget Vs Lev Vygotsky. Diperoleh
daripada :
https://www.kompasiana.com/finamaula/553ba2946ea8348251da42e2/teori-
perkembangan-kognitif-jean-piaget-vs-lev
vygotsky#:~:text=Teori%20Jean%20Piaget%20ini%20memandang,sebagai%20pemb
elajaran%20lewat%20penemuan%20individual.&text=Vygotsky%20menekankan%20t
entang%20bagaimana%20proses,%2C%20dan%20alat%2Dalat%20ingatan.

Jeffery. F. (2013). Teori perkembangan kognitif jean piaget. Diperoleh daripada :


https://www.slideshare.net/fanera91/teori-perkembangan-kognitif-jean-piaget

Muhd Suhaimin Isnen. (2017). 6 Aspirasi Murid Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025. Diperoleh daripada :
http://www.cikgusuhaimin.com/2017/12/6-aspirasi-murid-dalam-pelan.html

Wikipedia. (2019). Pendidikan. Diperoleh daripada :


https://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan

Blog Master. (2009). DEFINISI PENDIDIKAN. Diperoleh daripada :


http://tapjip.blogspot.com/2009/07/definisi-pendidikan.html

Cikgu Oren. (2017). ISU-ISU SEMASA DALAM PENDIDIKAN. Diperoleh daripada :


http://cikgucikguoren.blogspot.com/2017/

23
13.0) LAMPIRAN

24
25
26
27
28
29

Anda mungkin juga menyukai