Anda di halaman 1dari 13


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

40
KERJA KURSUS
KOKURIKULUM - PERSATUAN
MPU3081
Nama : MOHAMAD SYAHIR SOLIHIN BIN
MOHAMAD SABRI
Angka Giliran : 2019202340097
No Kad Pengenalan : 001119-08-0525
Program : PISMP
Ambilan : JUN 2019
Kumpulan/Unit : PENDIDIKAN ISLAM / 3.03
Nama Pensyarah Kursus : PUAN VERONICA CHRISTOBEL A/P
ANTHONYSAMY
TARIKH TARIKH MARKAH
TUGASAN
MULA HANTAR WAJARAN
TUGASAN 2: LAPORAN KAJIAN KES 05/10/2020 19/10/2020 40
Jumlah

Saya mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas daripada pensyarah.
Tandatangan Pelajar: Tarikh:
ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN...............................................................................................................................2
PENGHARGAAN...............................................................................................................................3
1.0 Pengenalan..................................................................................................................................4
2.0 Latar Belakang Kajian...............................................................................................................5
3.0 Objektif Kajian............................................................................................................................5
4.0 Persatuan.....................................................................................................................................5
5.0 Objektif Persatuan.....................................................................................................................6
6.0 Aktiviti yang Dilaksana.............................................................................................................6
7.0 Dana dan Pengurusan Kewangan..........................................................................................6
8.0 Analisis SWOT............................................................................................................................8
8.1 Kekuatan..................................................................................................................................8
8.2 Kelemahan...............................................................................................................................9
8.3 Peluang...................................................................................................................................10
8.4 Ancaman................................................................................................................................10
9.0 Cadangan...................................................................................................................................11
10.0 Kesimpulan..............................................................................................................................11
11.0 Rujukan....................................................................................................................................12
12.0 Lampiran..................................................................................................................................13

2
PENGHARGAAN

Sekalung penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada PUAN VERONICA
CHRISTOBEL A/P ANTHONYSAMY, selaku pensyarah pembimbing yang memberi kuliah,
bimbingan dan motivasi sepanjang berhubung secara tidak bersemuka dalam menyiapkan
tugasan MPU 3081 Kokorikulum-Persatuan. Selain itu, terima kasih juga kepada pensyarah-
pensyarah yang sentiasa membimbing sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.

Selain itu, saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada ketua unit
Perpustakaan IPG Kampus Pendidikan Islam, En. Rashid serta staf-staf yang membantu
saya mencari bahan rujukan untuk menyiapkan tugasan ini.

Akhir kata, jasa dan bantuan anda semua tidak mungkin saya lupakan sepanjang
hayat saya. Justeru, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua
yang banyak membantu saya secara langsung mahupun tidak langsung untuk menyiapkan
kerja kursus ini.

3
1.0 Pengenalan
Analisis SWOT adalah sesuatu teknik yang mudah membuat pemeriksaan terhadap
Kekuatan dan Kelemahan dalaman organisasi dan persekitaran yang berkaitan dengan
Peluang dan Ancaman. Ianya merupakan satu alat yang secara umumnya digunakan
sebagai asas atau peringkat permulaan bagi membuat keputusan menghala ke arah
perancangan strategik sebagaimana yang diperkatakan oleh Johnson (1989): It is general
tool designed to be used in the preliminary stages of decision- making and as precursor to
strategic planning in various kinds of applications. Analisis SWOT boleh dilaksanakan oleh
pentabir secara individu atau pun secara kumpulan. Sungguhpun begitu, teknik secara
berkumpulan lebih efektif bagi menyediakan objektif, struktur, penerangan dan fokus
perbincangan tanpa dipengaruhi oleh politik dan kepentingan peribadi yang disebut oleh
Glass (1991): Group technique are particularly effective in providing structure, objectivity,
clarity and to discussions about strategy which might otherwise tend to wander or else be
strongly influenced by politics and personalities.

Peluang

4
2.0 Latar Belakang Kajian
Tugasan ini dilaksanakan pada 12 October sehingga 16 October 2020 iaitu pada tempoh
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Bagi tugasan ini, saya telah mencari senarai
persatuan dan kelab yang aktif di Sekolah Kebangsaan Meru Raya dan telah memilih Kelab
Doktor Muda, bagi melaksanakan kajian yang dikehendaki. Kelab ini berpusat di K Meru
Raya yang memudahkan pengumpulan maklumat yang diperlukan iaitu sejarah penubuhan,
tujuan persatuan serta pengumpulan dana bagi segala aktiviti yang dijalankan oleh
persatuan tersebut. Kelab ini antara yang paling aktif dalam melaksanakan aktiviti
membentuk tabiat kesihatan di kalangan murid sekolah rendah dengan meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan mereka agar mereka dapat mengamalkan cara
hidup sihat. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan dalam melaksanakan kajian ini
antaranya kaedah temu bual, pemerhatian dan dari sumber internet.

3.0 Objektif Kajian


Tujuan kajian ini dijalankan adalah atas beberapa objektif iaitu :

a) Mengenalpasti sejarah penubuhan Kelab Doktor Muda

b) Mengenalpasti matlamat dan objektif utama Kelab

c) Mengetahui bagaimana persatuan ini mengumpul dana bagi menjalankan aktiviti yang

dirancang

4.0 Persatuan
Bagi tugasan kali ini, saya telah memilih Kelab Doktor Muda di Sekolah Kebangsaan Meru
Raya yang dilaksanakan pada tahun 2018. Kelab ini baru ditubuhkan oleh kerana sekolah ini
merupakan sekolah yang baharu. Pada tahun 2000 Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjadikan Program Doktor Muda ini sebagai salah
satu program promosi kesihatan yang diterajui di peringkat kebangsaan. Perancangan,
penyelarasan dan pelaksanaan program ini ke seluruh negara dilaksanakan secara bersama
dengan Bahagian Sekolah, Kementerian. Pada Mei 2006, Kementerian Pelajaran Malaysia
telah menjadikan program Doktor Muda sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah
rendah dan dikenali sebagai Kelab Doktor Muda. Penerimaan Program Doktor Muda
sebagai aktiviti ko-kurikulum merupakan satu pengiktirafan Kementerian Pelajaran Malaysia
kepada program ini, yang sememangnya telah terbukti membawa faedah dan kebaikan
kepada murid sekolah.

5
5.0 Objektif Persatuan
Kelab ini mempunyai pelbagai objektif antaranya ialah:
1. Untuk membentuk tabiat kesihatan di kalangan murid sekolah rendah dengan
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan mereka agar dapat

o Mengamalkan cara hidup sihat

o Menjadi pembimbing dan pendorong kepada rakan sebaya dan anggota


keluarga ke arah mengamalkan cara hidup sihat.

o Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti


kesihatan di sekolah.

2. Menggalak ibu bapa atau penjaga supaya memberi perhatian wajar kepada
kesihatan anak-anak.

3. Memperkukuh penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam usaha meningkatkan
kesihatan pelajar.

4. Mempertingkat kerjasama antara Jabatan Kesihatan dengan Jabatan Pendidikan


dalam menggalakkan amalan kesihatan yang baik di kalangan murid sekolah rendah.

6.0 Aktiviti yang Dilaksana


Antara aktiviti yang dilaksana sepanjang penubuhan kelab doktor muda di Sekolah
Kebangsaan Meru Raya ialah ahli kelab harus menyampaikan maklumat kesihatan kepada
rakan sebaya serta membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan
selamat. Hal ini bertujuan untuk membentuk tabiat kesihatan di kalangan murid sekolah
rendah. Selain itu, mereka turut mengikuti ceramah kesihatan yang dianjurkan pihak sekolah
berkaitan dengan penyakit yang didatangi akibat tidak mengamalkan cara hidup yang sihat.
Seterusnya, ahli kelab doktor muda akan memberi ucapan yang berkaitan dengan kesihatan
pada perhimpunan rasmi seminggu sekali. Mereka turut juga membuat demonstrasi kepada
pelajar lain berkaitan cara membasuh tangan dengan betul dan sebagainya.

7.0 Dana dan Pengurusan Kewangan


Pengurusan kewangan yang cekap adalah bertujuan agar persatuan dapat menjana sumber
kewangan dan memastikan setiap program yang dirancang berjalan dengan lancar. Tanpa
sumber kewangan yang mencukupi maka perjalanan sesebuah persatuan akan bermasalah.
Pendapat ini disokong oleh Soaib Asimirin (2001) iaitu sumber kewangan merupakan faktor
dan pengawal utama kepada sistem pengurusan organisasi sekolah. Bertitik tolak daripada

6
itu, pengurusan kewangan haruslah diurus dengan cekap dan bersistematik seperti yang
telah ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996.

Kelab Doktor Muda ini mendapatkan sumber kewangannya melalui pelbagai sumber
antaranya termasuklah dana yang dikumpul adalah melalui bayaran yuran tahunan, yuran
pendaftaran. Manakala melalui temubual yang dijalankan bersama pengerusi kelab doktor
muda tersebut dana juga dikumpul melalui sumbangan dari pihak luar, hasil jualan daripada
gerai yang dibuka pada hari kantin. Mereka turut mendapatkan dana dari tajaan dari pihak
yang bekerjasama dengan pihak persatuan.

Bukan itu sahaja, Kelab Doktor Muda di sekolah ini juga bertindak meminta
sumbangan daripada pihak PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru). Sumbangan daripada
pihak PIBG ini digunakan sebaiknya untuk menyediakan bengkel, ceramah serta penyertaan
dalam program-program kesihatan di dalam dan di luar sekolah. Bayaran kepada
penceramah, penyediaan bahan serta tanggungan bagi menyertai program serta aktiviti-
aktiviti luar sedikit sebanyak dapat ditampung melalui wang ini. Hal ini seiring dengan
objektif kelab ini sendiri iaitu ingin mendedahkan murid dengan ilmu dan kemahiran
mengenai penjagaan kesihatan. Oleh hal yang demikian, jemputan dari pihak luar amat
dialu-alukan supaya akan berlakunya lagi kerjasama dan perkongsian ilmu yang belum
dikuasai oleh guru dan murid di sekolah ini Urusan pengeluaran wang ini dirancang dan
dikawal oleh penasihat persatuan ini sendiri bagi mengoptimumkan perbelanjaan persatuan.

7
8.0 Analisis SWOT

KELEMAHAN

KEKUATAN - Penglibatan guru dalam menjayakan


- - Mendapat galakan yang sepenuhnya program kurang memuaskan.
daripada pihak pentadbir sekolah. - Kurang galakan daripada ibu bapa
- Mempunyai guru yang berkemahiran dan murid.
berprestasi dalam bidang rawatan. - Kekurangan bahan dan alatan dalam
- Ahli kelab memberikan komitmen melaksanakan aktiviti.
sepenuhnya terhadap program yang - Kekangan masa untuk menjalankan
aktiviti
dilaksanakan.
harian Kelab Doktor Muda.
SWOT
PELUANG ANCAMAN

- Melakukan jualan dana di luar pagar - Penubuhan Kelab persatuan yang baru.
sekolah setelah habis waktu - Peruntukan dana yang tidak mencukupi
persekolahan. - Persaingan hebat daripada Kelab Doktor
- Melaksanakan aktiviti inovasi Muda sekolah lain.
- Mengadakan seminar yang berbayar.

8.1 Kekuatan
Hasil daripada maklumat yang telah dikumpul melalui sesi temu bual dan
pemerhatian, didapati bahawa kelab ini mendapat galakan yang sepenuhnya oleh
guru besar dan penolong kanan di Sekolah Kebangsaan Meru Raya selagi ianya
tidak mengetepikan hal-hal yang berkaitan dengan akademik. Dengan adanya ahli
yang ramai ini, segala program yang dirancangkan oleh guru dapat dijalankan
dengan lancar dan ahli-ahli memberikan komitmen yang sepenuhnya untuk
memastikan program berkala dan tahunan dapat dijalankan dengan lancar.
Sehubungan dengan itu, kelab ini ditubuhkan olek Kementerian Kesihatan Malaysia
yang bermula pada tahun 2000. Oleh itu, segala aktiviti berkaitan dengan Kelab
Doktor Muda dianjurkan oleh KKM dan mendapat sijil di peringkat kebangsaan.

Kekuatan lain yang mempunyai terhadap kelab muda mempunyai guru yang
berkemahiran dan berprestasi dalam bidang rawatan iaitu Pn W

8
an Aminah binti Zakaria . Guru ini sememangnya mempunyai kemahiran dan
bakat terpendam serta mengikuti kursus Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.
Jadinya, bakat yang ada pada guru ini boleh dimanfaatkan dan digunakan dalam
mengendalikan Kelab Doktor Muda ini supaya segala kecelakaan atau kemalangan
yang berlaku dapat diuruskan sendiri oleh guru pembimbing kelab ini. Ilmu yang
dimiliki oleh guru tersebut boleh dikembangkan dan diperturunkan kepada ahli-ahli
kelab supaya dapat melahirkan murid-murid yang hebat dan mampu menyelesaikan
masalah di mana-mana sahaja apabila berlaku kemalangan.

8.2 Kelemahan
Apabila sesuatu organisasi mempunyai kelebihan, sememangnya ianya akan
mempunyai kelemahan. Bagi kelab Doktor Muda ini, penglibatan guru dalam
menjayakan program yang dilaksanakan adalah kurang memuaskan. Selalunya
program yang dijalankan adalah atas usaha 2 atau 3 orang guru sahaja. Guru lain
banyak memberikan alasan tidak sempat untuk datang ke sekolah kerana
menguruskan hal keluarga dan sebagainya. Sememangnya masalah untuk
menguruskan keluarga ini akan berlaku, tetapi guru yang profesional akan pandai
untuk menguruskan masa mereka dan tidak mencampur adukkan urusan
rumahtangga dengan urusan pekerjaan.

Selain itu, kelemahan yang berlaku juga adalah kurang galakan daripada ibu
bapa murid. Tidak boleh disangkal lagi, apabila ibu bapa tidak mengetahui sesuatu
hal perkara tentang aktiviti yang memerlukan penglibatan anak mereka, mereka akan
berasa kurang bersetuju untuk melepaskan anak mereka untuk mengikuti program
luar sekolah seperti aktiviti kemasyarakatan dan program penanda aras yang
dirancangkan oleh organisasi kelab. Hal ini memerlukan guru memberikan
pendedahan kepada ibu bapa tentang objektif dan tujuan kelab ini ditubuhkan
supaya ibu bapa murid lebih memahami tentang program yang dilaksanakan oleh
pihak sekolah.

Kekurangan bahan dan alatan dalam melaksanakan aktiviti kelab juga


merupakan salah satu kelemahan yang dapat dikenalpasti. Oleh kerana aktiviti Kelab
Doktor Muda ini banyak melibatkan aktiviti ‘hands-on’, kekurangan bahan
menjadikan aktiviti tersebut tidak dapat berjalan dengan lancar seperti yang telah
dirancangkan. Tambahan lagi, kekangan dalam aspek pengurusan masa
menyebabkan perancangan takwim yang dirancang tidak dapat berjalan dengan
sempurna kerana pengurusan masa yang efisien membantu memudahkan aktiviti
kelab yang dijalankan.

9
8.3 Peluang
Peluang yang dapat dilihat adalah organisasi kelab merancangkan untuk
melakukan jualan dana di luar pagar sekolah semasa habis waktu persekolahan.
Peluang ini dapat dilihat adalah untuk mengutip dana daripada hasil jualan tersebut
supaya boleh melaksanakan segala program dan aktiviti yang dirancangkan dengan
sebaiknya. Aktiviti jualan ini dilakukan pada hari rabu dan khamis dimana pada hari
tersebut murid mempunyai kelas petang untuk diikuti pada sesi petang.

Seterusnya, aktiviti seperti aktiviti inovasi murid dapat dilihat boleh mendapat
pencapaian yang lebih tinggi seperti di peringkat negeri dan kebangsaan. Aktiviti dan
penglibatan murid pada peringkat yang tinggi ini mampu mengharumkan nama
sekolah dipersada dunia serta Sekolah Kebangsaan Meru Raya akan menjadi
sebutan dan lebih terkenal.

Selain itu, peluang yang dapat dilihat adalah dengan mengadakan sesuatu
program yang boleh meminta ahli membayar yuran untuk mengikuti program
tersebut. Program yang dijalankan adalah seminar pertolongan cemas. Seminar ini
memberikan pendedahan dan ilmu kepada murid tentang cara untuk memberikan
rawatan awal apabila berlakunya kecemasan secara langsung mahupun tidak
langsung.

8.4 Ancaman
Ancaman ialah sebarang kemungkinan yang melibatkan faktor-faktor luaran
yang boleh menganggu pergerakan dan kemajuan sesuatu organisasi. Sesuatu
perubahan persekitaran luaran juga boleh memberi ancaman kepada organisasi.
Ancaman yang dapat dilihat dalam kelab ini adalah penubuhan kelab persatuan lain
yang baru. Penubuhan kelab lain itu memerlukan ahli yang baharu. Ditakuti bahawa
kempen yang dilakukan oleh kelab baharu tersebut dapat menarik minat murid
seterusnya murid atau ahli kelab Doktor Muda ini ingin menarik diri daripada kelab
ini.

Peruntukan dana yang diberikan oleh pihak sekolah semakin lama semakin
berkurang oleh kerana kemerosotan ekonomi pada masa kini. Perkara ini juga
menjadi salah satu ancaman kepada Kelab Doktor Muda ini dalam menjalankan
sesuatu program dan semestinya ahli-ahli kelab perlu kreatif dalam mencari dana
mereka yang tersendiri untuk menjayakan juga program tahunan yang telah
dirancangkan dalam mesyuarat bersama ahli. Oleh itu, mereka boleh mendapatkan

10
sokongan kewangan dengan menjalin kerjasama melalui pihak PIBG, ibu bapa dan
juga agensi-agensi NGO.

Di samping itu, persaingan yang hebat daripada Kelab Doktor Muda antara
sekolah-sekolah turut memberi ancaman kepada Kelab Doktor Muda Sekolah
Kebangsaan Meru Raya kerana kedudukan sekolah yang berada di kawasan Bandar
menyebabkan berlakunya ramai saingan hebat daripada sekolah lain. Ancaman ini
menyebabkan pencapaian agak ketinggalan berbanding dengan sekolah-sekolah
yang lain di peringkat kebangsaan.

9.0 Cadangan
Bagi melancarkan aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Doktor Muda ini terdapat beberapa
cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah kewangan yang
dialami oleh persatuan. Masalah yang sering dihadapi ialah ibu bapa tidak memberi
sokongan dari aspek kewangan. Bagi mengelakkan isu kutipan wang daripada pihak
persatuan disebarkan ke laman sosial, pihak sekolah boleh berkolaborasi dengan pihak
PIBG sekolah untuk mengeluarkan surat berkaitan pengutipan wang yuran ahli dan dana
untuk menjalankan aktiviti persatuan. Hal ini kerana PIBG merupakan platform
permuafakatan antara ibu bapa dan sekolah. Oleh itu, konflik dengan ibu bapa dapat
dielakkan.

Bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru dalam menguruskan


persatuan dan pengetahuan mengenai kesihatan maka kursus dalam perkhidmatan boleh
dianjurkan oleh guru penolong kanan. Melalui kursus-kursus ini maka guru lebih kompetan
dalam menguruskan kewangan persatuan serta melatih murid dalam membudayakan
kesihatan betul. Akhir sekali, hubungan baik dengan penaja luar seperti NGO Kesihatan dan
orang politik dilihat sebagai pelaburan yang lumayan. Hal ini kerana, Kelab Doktor Muda
tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang banyak apabila penaja sudah menaja ahli.

10.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya penjanaan sumber kewangan bagi sesebuah persatuan di sekolah
rendah perlulah diambil berat oleh guru persatuan kerana dapat melancarkan pelaksanaan
sesuatu aktiviti yang dirancang. Wang adalah faktor penting sebagai penggerak aktiviti yang
dapat memberi khidmat dan kebajikan terhadap ahli-ahli persatuan (Omardin, 1997).
Penjanaan dana yang berterusan merupakan suatu kelebihan dalam sesebuah persatuan

11
supaya segala aktiviti dapat dijalankan dengan lancar. Penjanaan dana yang berterusan dan
tersusun akan melancarkan perjalanan persatuan tersebut.

11.0 Rujukan

Akta Pendidikan 1996 : Semua pindaan hingga April 1997: Akta 550. (1997). Kuala Lumpur:
Diterbit & dicetak oleh MDC Penerbit Pencetak.

Johnson, G., Scholes, K.,& Sexty, R.W (1989) Exploring Strategic Management.
Scarborough, Ontario: Prentice Hall.

Glass, N.M (1991): Pro-active management : How to improve your management


performance. East Brunswick, NJ; Nichols Publishing.

Omardin Ashaari (1997). Prinsip Pengajaran Mikro. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Zakaria Kasa, Soaib Asimirin, Abdul Rasid Jamian, & Yahya Othman. (2001). Persepsi
Pelatih Terhadap Latihan Mengajar. Suara Pendidik (23), 20-30.

12
12.0 Lampiran

13

Anda mungkin juga menyukai