Anda di halaman 1dari 3

Kertas Jawapan EDUP tugasan individu

2(a) Terangkan elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) terbahagi kepada sebelas(11) pecahan elemen yang


masing-masing berperanan dalam membantu dan menyokong perkembangan pendidikan negara.
Namun FPK tersebut hanya akan dilihat sebagai tulisan di atas kertas semata-mata sekiranya kita
tidak memahaminya dan mendalaminya. Oleh itu adalah penting untuk kita memahami elemen-
elemen FPK tersebut bagi membantu memantapkan lagi tahap pendidikan negara.

Antara elemen tersebut ialah pendidikan sebagai suatu usaha yang berterusan. Elemen
tersebut benar kerana sememangnya pendidikan sudah bermula sejak kecil lagi tidak kira samaada
dalam aspek pendidikan formal mahupun tidak formal seperti penerapan sahsiah,moral dan ilmu
keagamaan. Bukan itu sahaja, pendidikan tersebut juga akan berterusan sehingga je akhir hayat. Hal
ini kerana fakta umum yang kita tahu iaitu ilmu di dunia tidak pernah habis dipelajari, kerana kita
yang menentukan seberapa banyak ilmu yang hendak dipelajari. Oleh itu tidak hairanlah apabila
elemen ini dijadikan sebagai salah satu Hasrat utama FPK. Seterusnya, memperkembangkan potensi
individu. Hal ini difokuskan kepada kebolehan pendidikan dalam mengembangkan lagi potensi
seseorang dalam sesuatu perkara khususnya dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi pada zaman
yang semakin mencabar ini. Hal demikian selaraslah dengan cabang-cabang pendidikan yang banyak
yang boleh dikembangkan lagi potensinya dan secara tidak langsung juga mampu menjadi sumber
pendapatan. Contohnya, ilmu perniagaan yang boleh mengembangkan potensi seseorang dalam
dunia perniagaan. Jelaslah bahawa pendidikan juga mampu mengembangkan potensi seseorang
samaada dalam aspek unsur intelek, jasmani,emosi dan rohani. Dengan perkembangan potensi
individu tersebut elemen falsafah pendidikan seterusnya iaitu perkembangan yang lebih bersifat
menyeluruh dan bersepadu.

Seterusnya, elemen FPK juga ada menekankan tentang pembentukan insan yang seimbang
dan harmonik. Keseimbangan dan keharmonian yang dikatakan tersebut ialah seorang yang berilmu
pengetahuan, bertenaga mahir, kepercayaan kepada Tuhan, fizikal yang sihat dan cergas,berakhlak
mahir,kematangan emosi dan sosial serta mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram. Bukan itu
sahaja, kesimbangan dan keharmonian tersebut juga mempengaruhi beberapa elemen FPK lainnya
seperti kepercayaan kepada Tuhan.

Berdasarkan enam(6) elemen FPK lainnya, ianya lebih kepada difokuskan kepada rakyat
untuk membantu alam pemantapan serta perkembangan pendidikan. Enam elemen tersebut
termasuklah rakyat Malaysia yang berketerampilaan. KOnteks berketerampilan dalam hal ini ialah
rakyat yang berilmu dan berkemahiran yang sentiasa menyumbang serta mempunyai rasa
tanggungjawab dalam memajukan negara agar menjadi sebuah negara yang maju dan cekap. Selain
itu, rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Elemen ini merupakan saranan FPK agar rakyat
memiliki sikap suka membaca, cintakan ilmu pengetahuan dan menggunakannya untuk manfaat diri
dan orang lain. Seterusnya, rakyat Malaysia yang berakhlak mulia. Rakyat Malaysia mestilah
menerapkan nilai moral seperti bersopan santun,berdisiplin dan bersepadu dalam kehidupan
seharian. Dengan cara tersebut kita tahu tentang nilai baik yang harus diamalkan dalam kehidupan
seharian dan perlakuan buruk yang harus dipinggirkan.

Elemen seterusnya ialah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Semua rakyat mestilah
faham serta sedar tentang wujudnya tanggungjawab masing-masing terhadap Tuhan,bangsa dan
negara dan melaksanakannya dengan cekap dan amanah tanpa melanggar mana-mana peraturan
dan undang-undang. Dengan demikian, kita dapat memajukan diri,keluarga,masyarakat dan
seterusnya negara. Di samping itu, rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri
juga menjadi salah satu elemen dalam falsafah pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan perkembangan
potensi individu dalam elemen FPK sebelumnya, rakyat akan memiliki jiwa yang tenteram untuk
berfikir dan akhirnya mampu mengenal pasti keperluannya sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan
negara.

Akhirnya, rakyat Malaysia yang dapat memberikan sumbangan. Melalui ilmu pendidikan dan
kemahiran yang ada pada rakyat, rakyat boleh menggunakannya untuk mempertingkatkan atau
memantapkan lagi pembangunan negara dalam aspek-aspek tertentu seperti ekonomi,
pembangunan infrastruktur negara, kemajuan sosiologi atau kemasyarakatan dan semestinya aspek
pendidikan dalam negara.

Kesimpulannya, elemen-elemen falsafah pendidikan negara tersebut sememangnya sangat


membantu dalam mencapai sebuah negara yang maju dalam hampir semua aspek. Namun demikian
falsafah tersebut haruslah dipikul dan diusahakan oleh rakyat bersama dengan sedaya upaya agar
mampu mendapatkan hasil yang berlipat ganda dan membawa kebaikan kepada individu,keluarga
masyarakat dan negara.
2(b)

Sebagai seorang guru, adalah penting untuk kita menyelaraskan atau mentransformasikan
sistem atau kaedah pendidikan agar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK). Hal ini
demikian bagi memenuhi objektif dan matlamat pendidikan negara serta mencapai tahap
pendidikan semaksimum yang boleh untuk kebaikan bersama. Antara cara seorang guru
mentransformasikan sistem pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah
dengan lebih memfokuskan kepada elemen-elemen yang boleh memberikan kesan menyeluruh
dalam pendidikan. Hal tersebut termasuklah elemen yang mampu membentuk insan atau murid
yang berpegang kepada agama, berupaya mengembangkan potensi diri dan mampu menyumbang
dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara. Antara contoh transformasi yang boleh
dibuat ialah dengan memperbanyakkan inisiatif dalam pendidikan yang berkaitan dengan
keagamaan masing-masing. Dengan cara berikut kita dapat membentuk seorang murid yang taat
dengan ajaran agamanya selaras dengan dasar atau elemen yang terdapat dalam FPK. Selain itu,
sebagai seorang guru kita juga boleh mendidik murid dengan kadar akademik dan kemahiran yang
seimbang dan bukan akademik semata-mata. Hal tersebut boleh dicapai dengan
mentransformasikan sistem pendidikan yang kebanyakkannya memisahkan akademik dan
kemahiran sedangkan apabila seorang murid mempunyai kedua-duanya dalam satu masa, mereka
mampu menyerlahkan lagi potensi dalam diri mereka. Oleh itu, seorang guru mestilah bijak dalam
menyusun atau mentransformasikan sistem atau kaedah pendidikan agar mampu membantu murid
dalam penyerlahan potensi dalam diri mereka.

Kesimpulannya, peranan guru dalam mentransformasikan sistem pendidikan selaras dengan


Falsafah Pendidikan Kebangsaan sememangnya sangat digalakkan kerana perkara tersebut mampu
membantu negara dalam memaksimumkan pencapaian pendidikan negara dengan melahirkan
murid yang berkebolehan dan fleksibel selaras dengan elemen-elemen di dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Anda mungkin juga menyukai