Anda di halaman 1dari 4

Salah seorang ahli Teologi, ahli falsafah, dan sufi terbesar dalam Islam ialah al-

Ghazali. Beliau dilahirkan pada 450 H/1058 M di kota Ghazalah dekat Tus,
Khurasan, Iran Utara. Namanya diambil sempena tempat kelahirannya. Nama
lengkapnya ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Tusi al-Ghazali.
Dalam bidang keilmuan, pertama sekali beliau mendalami ilmu fikah, kemudian
mempelajari secara mendalam ilmu kalam dan falsafah. Setelah mencapai
keharuman nama sebagai seorang sarjana, pada 1091 al-Ghazali dilantik
menjadi guru besar hukum oleh Nizam al-Mulk (1018-1092), perdana menteri
Sultan Maliksyah (1072-1092) dari Kerajaan Saljuk, di Madrasah Nizamiyah di
Baghdad. Beliau sempat mengajar di perguruan itu selama 4 tahun dan dalam
tempoh itulah beliau menulis karyanya Maqasid al-Falasifah (Maksud Ahli
Falsafah) dan Tahafut al Falasifah (Kecelaruan Ahli Falsafah).

HUJJATUL ISLAM

Al-Ghazali dilihat sebagai pembela kebenaran Islam yang terbesar sehingga


digelar hujjatul Islam (hujjah al-Islam) atau pembela Islam. Hingga sekarang
orang Islam tetap tekun membaca karyanya yang terbesar, Ihya’ ‘Ulum al-Din
(Menghidupkan Kembali Ilmu Agama). Al-Ghazali sangat berpengaruh dalam
Islam, sehingga tidak menghairankan jika ada yang mengatakan bahawa beliau
adalah salah seorang tokoh terpenting setelah Nabi Muhammad s.a.w., ditinjau
dari segi pengaruh dan peranannya dalam menata dan mengukuhkan dajaran
keagamaan.

- advertisement -

HALAQAH

Pada 1095 al-Ghazali meninggalkan Baghdad dan mengembara dari satu


tempat ke tempat lain kerana kehidupannya tergoncang oleh krisis kepercayaan
dan keraguan. Pada mulanya beliau pergi ke Damsyik, lalu ke Hebron dan
Baitulmuqaddis, kemudian ke Makkah dan Madinah. Beliau menjalani kehidupan
zuhud (asketisme) dengan mengembara selama 10 tahun. Setelah itu, beliau
kembali ke Nisabur pada 1106 untuk mengajar di Madrasah Maimunah
Nizamiyah. Tidak berapa lama kemudian, beliau meninggalkan Nisabur, pergi ke
Tus, dan mendirikan halaqah (sekolah calon sufi) di tempat kelahirannya ini.
Beliau mengasuh halaqah ini sehingga ke akhir hayatnya. Perjalanan intelektual
dan spiritual dalam menemukan kedamaian batin dan mengikuti jalan sufi
dicurahkannya dalam autobiografinya al-Munqiz min al-Dalal (Pembebas
daripada Kesesatan).

TASAWUF –SYARIAT

Al-Ghazali dipandang paling berjasa dalam mendamaikan tasawuf dan syariat


sehingga tasawuf dapat diterima oleh sebahagian besar umat Islam. Beliau juga
berjasa mengembangkan dan menyebarkan aliran Asy’ariyah yang dianut oleh
majority Ahli Sunnah Wal Jamaah.

KRITIKAN TERHADAP AHLI FALSAFAH

Al-Ghazali mengkritik ahli falsafah dan akhirnya memilih tasawuf sebagai jalan
menuju Tuhan. Dalam kritikannya terhadap ahli falsafah menerusi Tahafut al-
Falasifah, beliau mengatakan bahawa ada tiga pendapat ahli falsafah yang telah
membawa mereka kepada kekufuran, iaitu: alam ini adalah kadim, dalam erti
tidak bermula dalam waktu; Tuhan tidak mengetahui bahagian sekecil-kecilnya
dalam segala kejadian alam ini; dan tidak ada kebangkitan jasmani pada hari
kiamat.

-Al-Ghazali mencapai kepuasan dan menemukan dirinya dalam dunia mistik


(tasawuf). Ternyata krisis hidupnya bukan bererti ragu, tetapi berbalik arah dari
dunia ke dalam batin. Al-Ghazali berkata, “Pada akhirnya saya sampai kepada
kebenaran, bukan menerusi jalan akal budi serta pengumpulan bukti,
melainkan  menerusi cahaya yang dipancarkan oleh Allah S.W.T. ke dalam
jiwaku”.

-Karya terbesar al-Ghazali Ihya’ ‘Ulum al-Din diterjemahkan dalam pelbagai


bahasa, termasuk bahasa Melayu.

-Selain mahir berbicara, al-Ghazali juga sangat produktif menulis. Beliau


sempat menulis lebih daripada 228 buku atau risalah tentang pelbagai disiplin
ilmu; falsafah, kalam, logic dan tasawuf.

AL-GHAZALI

1058 – Lahir di Ghazalah dekat Tus, Khurasan, Iran Utara.

1077-1085 – Berguru dengan al-Juwaini (m. 1085 M), ahli fikah serta kalam,
guru besar Madrasah Nizamiyah.

1090-1094 – Belajar falsafah.

1091 – Mengajar di Madrasah Nizamiyah Baghdad.

1095 – Mengalami konflik batin, krisis kepercayaan, dan sakit parah.


1095-1105 – Meninggalkan Baghdad, melakukan pengembaraan rohaniah dan
menjalani hidup zuhud.

1106 – Kembali di Nisabur dan mengajar di Madrasah Maimunah Nizamiyah

1108 – Meninggalkan Nisabur dan mendirikan sekolah sufi di Tus.

1111 – Meninggal dunia di Tus

Anda mungkin juga menyukai