Anda di halaman 1dari 21

JABATAN ILMU PENDIDIKAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU


KHAS, 56000 KUALA LUMPUR

EDUP3023 & EDUP3013


Penulisan Akademik

Nama Pelajar SARA KHALEEDA BINTI HASLAN

Angka Giliran 2020172340312

No Kad Pengenalan 011014020162

Kumpulan / Unit G1.4

Kod Kursus EDUP3023 DAN EDUP3013


➢ PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Nama Kursus ➢ FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI
MALAYSIA

1. DR. LIZA ISYQI BINTI ABDUL RAMLI


Nama Pensyarah
2. MOHAMMAD AQSA BIN HJ. HUSSIN
Tarikh Hantar 06 NOVEMBER 2020

Pengesahan Pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: ________________________ Tarikh: __________________

1
RUBRIK PEMARKAHAN
Penulisan Akademik

EDUP 3023: PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


PETUNJUK PEMARKAHAN
AMAT
GRED CEMERLANG CEMERLANG KEPUJIAN LULUS GAGAL

MARKAH [72 – 80] [60 – 71] [40 – 47] [40 – 47] [0 -39]

MARKAH : 80 WAJARAN: 40%


RUBRIK

KOMEN PENSYARAH

EDUP 3013: FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA


PETUNJUK PEMARKAHAN
AMAT
GRED CEMERLANG CEMERLANG KEPUJIAN LULUS GAGAL

MARKAH [56 – 60] [46 – 55] [36 – 45] [30 – 35] [0 -29]

MARKAH : 60 WAJARAN: 30%


RUBRIK

KOMEN PENSYARAH

2
PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dari-Nya, maka
saya telah dapat menyiapkan tugasan kerja kursus bagi subjek EDUP 3023 Dan EDUP 3013
dengan jayanya. Insyaallah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada
saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat rujukan dan di masa hadapan.
Saya, Sara Khaleeda Binti Haslan ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada (NAMA PENYSRAHA), pensyarah bgi subjek ini kerana
tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar cara – cara membuat kerja
kursus mengikut kriteria yang ditetapkan. Mereka turut membantu menyemak dan membuat
teguran agar memperoleh hasil yang cemerlang. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya dan rakan-rakan atas bantuan dan sokongan dalam
menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan
kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan
motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit.
Akhir kata , saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini.

3
ISI KANDUNGAN

PROFIL KANAK-KANAK ............................................................................................................ 5- 6


HASIL DAPATAN ....................................................................................................................... 7- 10
JADUAL SKOR............................................................................................................................... 11
ANALISIS DAPATAN..................................................................................................................... 12
PENULISAN AKADEMIK ........................................................................................................ 13- 19
BAHAN-BAHAN RUJUKAN.................................................................................................... 20- 21

4
PROFIL KANAK-KANAK

NAMA : Nur Dayana Qistina Binti Mohd Azlan


JANTINA : Perempuan
BANGSA : Melayu
AGAMA : Islam
BIL. ADIK BERADIK :3
ANAK KE :2
NAMA BAPA : Mohammad Azlan Bin Hazizan
UMUR BAPA : 37 Tahun
PEKERJAAN BAPA : Pemandu lori
NAMA IBU : Noorzahanisa Binti Ishak
UMUR IBU : 35 Tahun
PEKERJAAN IBU : Suri Rumah
ALAMAT : No 68 Lorong 2 ½ Kampung Tengah 06600 Kuala Kedah

5
NAMA : Umairah Binti Jefriee
JANTINA : Perempuan
BANGSA : Melayu
AGAMA : Islam
BIL. ADIK BERADIK :6
ANAK KE :6
NAMA BAPA : Jefriee Bin Abdul Manaf
UMUR BAPA : 53 Tahun
PEKERJAAN BAPA : Pengarah Pegawai Kesihatan Majlis Daerah Kuala Selangor
NAMA IBU : Zilawati Binti Sapawi
UMUR IBU : 48 Tahun
PEKERJAAN IBU : Guru
ALAMAT : No.45 Jalan Harapan 4B/KU7 Tmn. Sg. Kapar Indah 42200
Kapar, Selangor

6
HASIL DAPATAN

Bahagian A : Kemahiran Motor Kasar

Dayana Umairah
Jumlah Nilai 3+ 3 + 3 + 3 + 3 + 3 +3 X 100 % = 2+3+3+3+2+3+2 X 100 % =
21 21
Peratus 21 X 100 % = 100 % 16 X 100 % = 80 %
21 21

Bahagian B : Kemahiran Motor Halus

Dayana Umairah

Jumlah Nilai 3+3+3+3+3+3+3+3+3+2 X 100% = 3+3+3+3+3+3+3+3+3+2 X 100% =


30 30

Peratus 29 X 100% = 97 % 29 X 100% = 97 %


30 30

Rumusan B

Dayana Umairah

Jumlah Nilai 3 X 100% = 3 X 100% =


4 4
Peratus 75 % 75 %

Bahagian C : Pemerhatian dan Tumpuan

Dayana Umairah

Jumlah Nilai 3+3+3+3+3+3+3+3+2 X 100% = 3+3+3+3+3+2+2+1+1 X 100% =


27 27
Peratus 26 X 100% = 96 % 21 X 100% = 78 %
27 27

7
Bahagian D : Merancang dan Menyusun Atur

Dayana Umairah

Jumlah Nilai 3+3+3 X 100% = 3+2+1 X 100% =


9 9

Peratus 9 X 100% = 100 % 6 X 100% = 67 %


9 9

Rumusan D

Dayana Umairah

Jumlah Nilai 3 X 100% = 2 X 100% =


4 4
Peratus 75 % 50 %

Bahagian E : Persepsi dalam bentuk & angka visual

Dayana Umairah
Jumlah Nilai 3+3+3+3 X 100% = 3+3+3+3 X 100% = __________ %
12 12
Peratus 12 X 100% = 75 % 12 X 100% = 100 %
12 12

Rumusan E

Dayana Umairah
Jumlah Nilai 3 X 100% = 3 X 100% =
4 4

Peratus 75 % 75 %

8
Bahagian F : Memori

Dayana Umairah

Jumlah Nilai 3+3+3+2+3+3+3+3+3+3+3 X 100% = 3+3+3+3+3+2+2+2+2+2+2 X 100% =


33 33

Peratus 32 X 100% = 97 % 27 X 100% = 82 %


33 33

Rumusan F

Dayana Umairah

Jumlah Nilai 3 X 100% = 3 X 100% =


4 4
Peratus 75 % 75 %

Bahagian G : Pemahaman Bahasa Lisan

Dayana Umairah
Jumlah Nilai 3+3+3+3+3+3+3 X 100% = 3+3+3+3+3+3+3 X 100% =
21 21
Peratus 21 X 100% = 100 % 21 X 100% = 100 %
21 21

Bahagian H : Pemerolehan Kemahiran Akademik

Dayana Umairah
Jumlah Nilai 3+3+3+3+3+3+3+3+3+3+3+3 X 100% = 3+3+3+3+3+3+3+2+2+2+2+2 X 100%
36 36

Peratus 36 X 100% = 100 % 31 X 100% = 86 %


36 36

9
Bahagian I : Mempelajari Perkara Baru

Dayana Umairah

Jumlah Nilai 3+3+3+2+2 X 100% = 3+3+3+2+2 X 100% =


15 15

Peratus 13 X 100% = 87 % 13 X 100% = 87 %


15 15

Bahagian J : Penyelesaian Masalah

Dayana Umairah

Jumlah Nilai 3+3+3+3+3+3+3+3+2+2 X 100% = 3+2+2+2+1+1+1+1+1+1 X 100% =


30 30
Peratus 28 X 100% = 93 % 15 X 100% = 50 %
30 30

Rumusan J

Dayana Umairah

Jumlah Nilai 3 X 100% = 2 X 100% =


4 4

Peratus 75 % 50 %

10
JADUAL SKOR

Bahagian Gaya Pembelajaran Skor %


(Peratusan Persetujuan Responden)
D DAYANA UMAIRAH

A Kemahiran Motor Kasar 1 100 % 80 %

Kemahiran Motor Halus 97 % 97 %


B
Rumusan B 75% 75 %

C Pemerhatian dan Tumpuan 96 % 78 %

Merancang dan Menyusun Atur 100% 67 %


D
Rumusan D 75 % 50 %

Persepsi dalam Bentuk & Angka Visual 75 % 100 %


E
Rumusan E 75 % 75 %

Memori 97 % 82 %
F
Rumusan F 75 % 75 %

G Pemahaman Bahasa Lisan 100 % 100 %

H Pemerolehan Kemahiran Akademik 100 % 86 %

I Mempelajari Perkara Baru 87 % 87 %

Penyelesaian Masalah 93 % 50 %
J
Rumusan J 75 % 50 %

11
ANALISIS DAPATAN

Graf histogram Dayana

Peratusan Persetujuan Responden


120

100

80

60

40

20

Graf histogram Umairah

Peratusan Persetujuan Responden


120

100

80

60

40

20

12
PENULISAN AKADEMIK

Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak berlaku secara berterusan tetapi setiap
individu mengalami perkembangan yang berbeza-beza. Menurut UNICEF, sebanyak 7.6 juta
kanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun mati di seluruh dunia manakala lebih 200 juta
kanak-kanak hidup tetapi tidak mencapai potensi yang selengkapnya. Keupayaan kognitif
merujuk kepada sejauh mana seseorang berfikir, memahami, mengingat, menyelesaikan
masalah dan belajar. Faktor yang mempengaruhi kepelbagaian perkembangan fizikal dan
kognitif kanak-kanak ialah faktor persekitaran dan faktor baka.

Faktor persekitaran terdiri daripada keluarga, rakan sebaya, sekolah, pengaruh media
dan kebudayaan setempat. Kanak-kanak yang diasuh dengan baik dari segi faktor ini akan
mengalami perkembangan emosi, tingkah laku dan potensi yang sempurna. Perbezaan ini
dapat dilihat melalui soal selidik yang dilakukan. Dayana mempunyai seorang ibu sebagai suri
rumah jadi, ibunya banyak menghabiskan masa di rumah dan Dayana akan mendapat sepenuh
perhatian daripada ibunya manakala bagi Umairah pula, ibunya seorang yang bekerjaya. Jadi,
ibu dan bapanya jarang meluangkan masa bersamanya kerana sibuk dengan tugasan kerja.
Mengikut soal selidik yang dilakukan, Umairah mempunyai kesukaran dalam mengikuti arahan
atau gagal dalam menyiapkan tugasan sekolah tidak seperti Dayana yang tidak mempunyai
masalah sedemikian. Seperti yang telah dinyatakan, Umairah tidak mendapat perhatian yang
mencukupi dan ibu bapa tidak terlalu tegas terhadapnya mungkin kerana dia merupakan anak
bongsu. Tidak seperti Dayana yang mendapat sepenuh perhatian daripada ibunya dan atas
sebab Dayana pula merupakan seorang kakak kepada adik lelakinya. Dayana berkemungkinan
merasa seperti mempunyai tanggungjawab sebagai seorang kakak sulung. Melalui jawapan
dari soal selidik, Dayana dikatakan akan bertanggungjawab ke atas kesalahan yang dilakukan
sendiri manakala sebaliknya bagi Umairah.

Dari segi perkembangan fizikal, kedua-dua kanak-kanak boleh dikatakan tidak


mempunyai masalah dalam perkembangan kawalan anggota dan gerakan badan kanak-kanak.
Mereka dapat mengawal pergerakan badan mereka seperti kawalan motor kasar untuk
menunggang basikal, berlari dan menangkap bola. Begitu juga dengan kawalan motor halus
mereka. g

Keadaan persekitaran kanak-kanak memainkan peranan yang amat penting dalam


menentukan bagaimana kanka-kanak ini boleh menggunakan bakat atau kebolehan mereka.
Sebagai contohnya, Dayana dikatakan minat dalam sukan. Jadi sebagai seorang ibu bapa,
mereka seharusnya menyokong minat Dayana supaya bakatnya dapat dikembangkan. Begitu
juga Umairah yang minat melukis figura, mungkin terdapat di dalam baka keluarganya. Umairah
13
mempunyai seorang kakak yang belajar dalam bidang seni dan ini menunjukkan bahawa
Umairah mempunyai baka yang minat dalam bidang lukisan.

Setiap kanak-kanak mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing di mana


kelemahan dan kekuatan mereka juga dipengaruhi oleh persekitaran dan baka. Dayana
dilahirkan dalam persekitaran sosial yang ekonominya agak tidak stabil jika dibandingkan
dengan kehidupan Umairah di mana dia mempunyai ibu bapa yang berkerjaya. Jadi, dinyatakan
bahawa kelemahan Dayana ialah dia mempunyai kesukaran dari segi kognitif iaitu mengambil
masa yang agak lama untuk memahami sesuatu subjek. Namun, ini tidak bermakna Dayana
tidak boleh meningkatkan perkembangan kognitifnya. Walhal bagi Umairah pula, dia
mempunyai kognitif yang bijak kerana mempunyai baka ibu dan bapanya yang baik. Tetapi,
disebabkan oleh faktor persekitarannya di mana ibu bapanya yang tidak tegas dan adik-beradik
yang tinggal di asrama telah menyebabkan dia malas untuk belajar dan terlalu manja. Hal ini
merupakan satu kekuatan yang tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja. Jika kanak-kanak ini
diberikan perhatian yang mencukupi daripada ibu, bapa dan adik-beradik yang lain,
kemungkinan kanak-kanak ini lebih cenderung ke arah pembelajaran dengan keadaan keluarga
yang mampu memberi bahan bacaan yang mencukupi.

Walaupun mereka dilahirkan dalam persekitaran yang berbeza, namun perkembangan


fizikal mereka sihat dan baik. Mereka mendapat makanan yang seimbang, berzat dan
mencukupi. Badan manusia yang tidak mencukupi zat akan menghalang aktiviti fizikal dan
kognitif mereka. Tulang mereka akan menjadi rapuh dan mereka akan mempunyai antibodi
yang lemah di mana mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit. Menurut soal selidik
yang dijalankan, kedua-dua orang kanak-kanak dilihat mampu melakukan aktiviti-aktiviti fizikal
dengan baik dan mempunyai perkembangan kognitif yang sihat.

Tokoh Jean Piaget telah menyatakan teori tentang perkembangan kognitif kanak-kanak.
Jean Piaget menyatakan bahawa kognitif berkembang melalui peringkat yang berbeza sejak
lahir hingga akhir remaja. Kedua-dua kanak-kanak iaitu, Dayana dan Umairah berada di tahap
operasi konkrit. Piaget menamakan peringkat ini operasi konkrit atas sebab kanak-kanak
berfikir secara konkrit terhadap sesuatu perkara atau peristiwa. Mereka tidak dapat berfikir
secara abstrak. Dalam kajian yang dilakukan oleh Piaget, pada tahap ini, kanak-kanak dapat
memberi tumpuan kepada kuantiti dan perubahan bentuk luaran sesuatu objek. Sebagai
contohnya, jika mereka ditanyakan soalan seperti 1kg bulu pelepah dan 1kg batu bata, yang
manakah paling berat? Mereka akan menjawab dengan bahawa batu bata lebih berat daripada
bulu pelepah tanpa berfikir secara abstrak atau secara logik bahawa kedua-duanya adalah

14
berat yang sama. Hal ini kerana mereka melihat abstrak atau luaran objek dimana batu bata
lebih berat daripada bulu pelepah.

Pada peringkat ini juga, mereka boleh melakukan proses kebolehbalikan dimana
mereka boleh mengenali objek atau nombor boleh diubah atau diterbalikan. Sebagai
contohnya, jika mereka diberi dua plastisin dalam bentuk silinder, mereka akan menjawab
kedua-duanya dalam jumlah yang sama. Jika satu silinder tersebut dileperkan, mereka masih
akan menjawab bahawa kedua-duanya mempunyai nilai yang sama. Mereka akan memberi
sebab bahawa walaupun bentuk diubah, tetapi nilainya masih sama.

Selain itu, menurut teori Arnold Gesell tentang teori kematangan yang dipengaruhi oleh
baka dan persekitaran dapat dilihat dalam diri Dayana. Disebabkan Dayana dilahirkan dalam
keluarga yang tidak begitu kaya dan di luar bandar, di mana persekitaran sosial dan budaya ini
akan menggalakkan Dayana unuk bersifat sejawarnya. Dayana dapat dilihat lebih matang
daripada Umairah. Hal ini kerana Dayana merupakan seorang kakak dan sedar akan
tanggungjawabnya kepada adiknya. Ibu Dayana tegas kepadanya dan mengajarnya untuk
melakukan kerja rumah serta kerja sekolah tanpa alasan serta tahu menguruskan waktunya.

Perkembangan fizikal dan kognitif juga memberi kesan kepada keseimbangan modal
insan kanak-kanak. Menurut Kamus Dewan, ‘modal’ bermaksud sesuatu yang digunakan untuk
mencapai sesuatu yang lain manakala ‘insan’ ialah manusia atau dijelaskan sebagai makhluk
yang dicipta oleh Tuhan. Menurut perspektif Islam, modal insan ialah bagaimana seseorang
insan berpotensi melalui akal, hati dan jasmani yang menjadi sumber kekuatan mengurus diri
dan sistem. Modal insan bermaksud manusia yang mampu mengimbangkan pembangunan
fizikal dan berteraskan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang merangkumi nilai, etika dan
minda yang progresif serta kesedaran budaya yang tinggi. Menurut bekas Perdana Menteri
Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau modal insan sebagai meningkatkan keupayaan
pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara. Di samping memupuk masyarakat minda kelas
pertama, penekanan juga diberikan dalam memupuk masyarakat yang berbudaya dan memiliki
moral yang tinggi.

Modal insan kanak-kanak dipengaruhi oleh perkembangan fizikal dan kognitif di mana
dapat membentuk mereka menjadi seorang manusia yang berkualiti dan sempuna. Jika kanak-
kanak mengalami perkembangan yang positif, ini akan membentuk moral seperti individu yang
bertanggungjawab, beretika, berbudi pekerti, bersopan santun, dinamik dan sebagainya. Tetapi
sebaliknya jika kanak-kanak mengalami perkembangan yang negatif. Sebagai contohnya,
persekitaran yang melingkari kehidupan kanak-kanak memberi kesan yang mendalam bagi

15
pembentukan modal insan kanak-kanak. Oleh itu, individu yang berinteraksi secara lansung
dengan kanak-kanak seperti ahli keluarga, guru dan jiran perlu mewujudkan perhubungan yang
baik kepada kanak-kanak. Jika kanak-kanak membesar dalam keluarga yang melakukan aktiviti
tidak bermoral seperti aktiviti jenayah dan menagih dadah, kanak-kanak akan menjadikan
perkara tersebut sebagai kebiasaan dalam kehidupan hariannya. Seperti sedia maklum, aktiviti-
aktiviti seperti ini dapat mempengaruhi tingkah dan kesedaran laku kanak-kanak apabila
mereka terlibat dalam gejala-gejala negatif tersebut. Mereka akan mula mula hilang kawalan
kendiri seperti mengabaikan penampilan diri, prestasi akademik merosot dan kegagalan
mengawal emosi.

Di sini kita dapat lihat perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak dapat memberi
kesan kepada modal insan kanak-kanak. Modal insan bukan sahaja memiliki sifat dan
keterampilan yang berkualiti, malah menolak sifat penting diri dan mempunyai asas pedoman
yang kukuh (Sidek Baba, 2005). Kanak-kanak perlu mempunyai perkembangan positif kerana
nilai modal insan ini dapat mencorakkan hala tuju negara Malaysia yang kini ke arah mencapai
wawasan untuk menjadi negara yang maju dan holisitik.

Guru boleh menggunakan perkembangan fizikal dan kognitif untuk diaplikasikan dalam
persediaan pengajaran dan pembelajaran. Kanak-kanak aktif belajar apabila mereka
berinteraksi dengan orang lain dan menggunakan objek di persekitaran mereka (Kamii &
DeVries, 1978; Piaget, 1952). Semasa guru melakukan proses pengajaran dan pembelajaran,
sangat penting guru mengetahui peringkat perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak
supaya dapat menyediakan aktiviti yang bersesuaian. Untuk membantu perkembangan kognitif
kanak-kanak untuk peringkat operasi konkrit, guru perlu menggunakan bahan maujud ataupun
bahan pembelajaranyang bersifat konkrit. Pada tahap ini guru perlu tahu bahawa mereka
menggunakan logik induktif dengan cukup baik tetapi lemah dalam logik deduktif. Dalam
pembelajaran induktif, murid tidak diajarkan secara langsung tetapi sebaliknya mereka
digalakkan mencari, meneliti dan mempelajari sendiri. Pada akhir, mereka perlu
mengemukakan satu rumusan tentang pembelajaran tersebut.

Dalam pengajaran dan pembelajaran juga, guru perlu mengaplikasikan pembelajaran


berpusatkan pelajar. Piaget menggalakkan pelajar memainkan peranan penting dan dan guru
hanya fasilitator. Kanak-kanak digalakkan untuk meneroka dan mendapatkan maklumat secara
sendirinya melalui interaksi dengan persekitaran. Sebagai contohnya, dalam subjek Sains, guru
akan membahagikan mereka ke dalam beberapa kumpulan dan dibawa melawat ke zoo. Murid
akan diberikan senarai nama haiwan seperti kelawar, gajah dan ikan paus untuk dikaji dan
diperhatikan . Seterusnya, mereka perlu menyatakan hasil pemerhatian mereka seperti

16
persamaan antara haiwan-haiwan seperti mamalia, melahirkan anak dan berdarah panas. Akhir
sekali mereka perlu merumuskan pembelajaran tersebut. Sebagai contoh rumusan seperti
mamalia tidak semestinya hidup di darat sahaja dan terdapat mamalia yang terbang dan hidup
di dalam air.

Ledakan era globalisasi ini meletakkan Malaysia dalam pelbagai cabaran pendidikan.
Antara isu cabaran pendidikan yang dihadapi ialah isu moral dan tingkah laku pelajar menjadi
semakin ketara dalam kalangan pelajar sekolah dan merupakan satu kebimbangan. Tingkah
laku kanak-kanak yang negatif akan menjejaskan keberkesanan dalam proses penyampaian
pelajaran dan pembelajaran tidak kira kepada diri sendiri atau orang lain. Malah, Malaysia
menghadapi cabaran pendidikan dalam kelemahan sistem pendidikan berfikir aras tinggi. Guru
sepatutnya sebagai pembimbing bukan seperti ‘spoon feeding’ yang hanya memberi impak sifat
kebergantungan dalam diri pelajar (Muhammad Affrini Azim Zahari, 2015). Bukan itu sahaja,
tanggapan dan pemikiran tertutup masyarakat kepada pencapaian remaja juga menjadi isu
kepada dunia pendidikan. Pemikiran tentang pencapaian remaja berdasarkan bilangan A boleh
menyekat kemahuan pelajar dalam menguasai kemahiran dan membantutkan pertumbuhan
ekonomi negara dalam sektor kemahiran seperti kemahiran teknologi maklumat.

Kanak-kanak yang lahir dalam persekitaran yang negatif dan membawa kearah
pekembangan yang tidak sempurna seperti kanak-kanak tersebut lahir dalam keluarga yang
berpecah belah dan tidak mendapat kasih sayang yang mencukupi serta dalam sosial budaya
yang negatif. Hal ini dilihat dapat memberi kesan kepada pembentukan moral kanak-kanak dan
membawa kepada gejala lepak, merokok dan buli di mana semakin berleluasa dan menjadi
kebimbangan sejagat. Bukan itu sahaja, menurut Jurupulih Perubatan Cara Kerja, Hospital
Universiti Sains Malaysia (USM), Siti Norhayati Mohd Noor, beliau mengatakan bahawa tingkah
laku negative juga boleh berlaku akibat daripada persekitaran di sekolah yang terlalu padat,
terlalu menekankan kepada peperiksaan, pembelajaran yang membosankan, tidak menarik
perhatian dan pembelajaran yang tidak mempunyai objektif yang jelas. Selain daripada faktor
persekitaran, faktor baka juga menjadi pengaruh kepada moral dan tingkah laku pelajar. Jika
kanak-kanak mewarisi baka yang jenis pendiam, kanak-kanak juga akan menghadapi masalah
dalam pembelajarannya. Ini akan menyekat perkembangan kognitifnya untuk mengetahui lebih
banyak perkara. Ini membuktikan bahawa bukan sahaja ibu bapa yang patut memberi perhatian
yang penuh kepada pembentukan moral dan tingkah laku pelajar, malah guru dan komuniti
sekeliling juga perlu memainkan peranan masing-masing.

17
Semasa di sekolah, guru merupakan penjaga kepada kanak-kanak. Di sekolah, guru
perlu menerapkan nilai-nilai moral dan nilai yang baik supaya dapat membantu kanak-kanak
mencari kebenaran kepada perbuatannya. Sebagai contoh, gejala buli. Kanak-kanak pada
dasarnya masih membesar dan masih terkial-kial mencari identiti sendiri. Dalam mencari identiti
diri, mereka akan melakukan kesilapan. Begitu juga dalam perbuatan buli ini, mereka
sebenarnya hanya tersilap langkah dan menganggap perbuatan mereka ialah betul. Guru boleh
mengambil penyelesaian program-program intervensi untuk mengubah kelakuan pembuli.
Kanak-kanak ini akan dikumpulkan dalam satu ruang sunyi dalam bilangan yang kecil.
Perhatian perlu diberikan kepada individu yang memerlukan perhatian seperti pembuli dan
mangsanya. Program seperti ini dapat menyedarkan pembuli kesan kebinasaan dan kecedaran
kepada mangsanya. Pembuli juga akan berasa seperti diambil berat dan mendapat perhatian
serta meluahkan perasaan yang terbuku di dalam hatinya kerana mempunyai seseorang untuk
mendengar dan berkongsi masalah yang dihadapinya. Bukan itu sahaja, program ini juga dapat
meningkatkan kemahiran komunikasi dengan rakan sebaya.

Di samping itu, sebagai ibu bapa kita tidak seharusnya meletakkan sepenuh
tanggungajwab kepada guru. Mentaliti ibu bapa pada zaman sekarang terlalu bersifat ambil
mudah dan tidak mahu melibatkan diri secara langsung dalam perkembangan sahsiah
mahupun akademik anak-anak mereka. Anak yang hadir dalam kehidupan kita merupakan
tanggungjawab yang tidak boleh dipandang remeh dan mereka bagaikan sehelai kain putih, ibu
bapalah yang perlu mencorakkan keperibadian mereka. Sabda Rasul S.A.W “Ajarilah anak-
anak kamu dan keluarga kamu kebaikan dan lengkapkanlah mereka dengan adab susila..”
Riwayat Abd Razzak dan Said Mansur. Jadi ibu bapa perlu menerapkan ilmu-ilmu agama dan
nilai-nilai moral dalam diri dan setiap saat kehidupan anak-anak. Bukan itu sahaja, ibu dan bapa
perlu menjadi contoh kepada pembentukan moral anak-anak. Kita dapat lihat pada hari ini,
ramai dalam kalangan ibu bapa yang menunjukkan perbuatan yang tidak baik yang boleh
mempengaruhi perkembangan anak-anak seperti perlakuan menghisap rokok, minum
minuman keras, bersikap ganas dan sebagainya.

Akhir sekali, kegagalan kita dalam menghadapi gejala sosial ini boleh mengundang
kepada kejatuhan keamanan dan kesejahteraan masyarakat serta menjejaskan perpaduan
bangsa dan membantutkan perkembangan ekonomi, politik dan sosial negara. Seorang penyair
Arab, Shauqey Bek yang menyebut bahawa keunggulan bangsa kerana akhlaknya. Jika runtuh
akhlak mereka, maka runtuhlah mereka. Oleh itu, masyarakat mempunyai peranan yang
penting dalam membentuk personaliti anggotanya. Oleh itu, mereka perlu menjadi telinga dan
mata terhadap gelagat anak-anak muda kita. Dalam erti kata lain, masyarakat perlu lebih
proaktif dan prihatin terhadap apa yang berlaku dalam komunitinya. Bukan itu sahaja,

18
masyarakat juga perlu menjadi masyarakat yang berminda kelas pertama. Dalam perbentangan
Rancangan Malaysia ke-9(RMK9), Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, perdana
menteri pada masa itu menyatakan tentang usaha pembentukan masyarakat mind akelas
pertama di mana merujuk kepada masyarakat yang berdaya saing, memiliki moral yang kuat,
berintegriti, berminda terbuka dan sebagainya. Pada pendapat saya, masyarakat sepatutnya
peka dan mengambil tahu perkara positif atau negatif yang berlaku dalam komuniti sejagat
supaya kanak-kanak dapat membesar dalam suasana yang aman dan bebas dari gejala sosial
seperti melepak dan mencuri. Masyarakat juga perlu berfikiran terbuka tentang kecemerlangan
ditentukan oleh bilangan A. Berusaha untuk bilangan A yang banyak itu perlu tetapi bilangan A
yang banyak itu tidak menjamin apa-apa dalam kehidupan. Jangan dipandang rendah anak
yang tidak mendapat bilangan A yang banyak kerana pada zaman sekarang, kemahiran itu
lebih penting daripada teori. Menurut Dr Rizal, skill akan dipandang lebih berharga dari degree,
kongsi beliau di Neuroversiti. Tetapi jika anak muda mempunyai kedua-duanya iaitu kelebihan
mempunyai kemahiran dan ijazah, pastinya hal tersebut lebih baik.

Kesimpulannya, untuk memastikan anak-anak muda mempunyai persekitaran yang


baik untuk perkembangan fizikal dan kognitifnya, semua pihak perlu menjalankan
tanggungjawab masing-masing untuk membantu mereka menghadapi cabaran dalam
kehidupan di dunia tanpa sempadan ini. Strategi dan perancangan mestilah dijalankan segera.
Kerjasama semua pihak dapat membantu perkembangan anak-anak muda dan menyelesaikan
masalah yang bakal menentukan hala tuju negara. Hal ini kerana remajalah harapan pemimpin
masa depan kelak. Jika kita gagal mengekang permasalahan seperti ini akan mengakibatkan
pewaris kita pada masa hadapan lemah dan tidak mampu bersaing dalam arus persona
globalisasi maju kini.

19
BAHAN-BAHAN RUJUKAN

Abdul Aziz, A. (2018, March 29). KELUARGA MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU KANAK-
KANAK. Dimuat turun pada Oktober 23, 2020, daripada
http://www.kk.usm.my/index.php/news-media/858-keluarga-mempengaruhi-tingkah-
laku-kanak-kanak

Annalee, H. (Producer). (2016, October 31). PIAGET'S CONCRETE OPERATIONAL STAGE -


AP PSYCHOLOGY [Video]. Dimuat turun pada Oktober 22, 2020, daripada
https://www.youtube.com/watch?v=FEQTuFMHvRc

Azimah. (2020, June 17). 'Zaman ni kemahiran lagi penting. Tak pakai pun ijazah'. Sinarplus.
Dimuat turun pada November 4, 2020, daripada
https://sinarplus.sinarharian.com.my/fyi/zaman-ni-kemahiran-lagi-penting-tak-pakai-pun-
ijazah/

Davidson. (Producer). (2010, June 24). Concrete Operations (Davidson Films, Inc.) [Video].
Dimuat turun pada Oktober 22, 2020, daripada
https://www.youtube.com/watch?v=UNmUjRf0ekQ

Early Childhood Development: A Statistical Snapshot - Building better brains and sustainable
outcomes for children. (2020, January 08). Dimuat turun pada Oktober 21, 2020, daripada
https://data.unicef.org/resources/early-childhood-development-statistical-snapshot/

Idris, D. (2018, February 7). Masyarakat benteng pencegah penularan wabak sosial.
BHOnline. Dimuat turun pada 27 Oktober, 2020, daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2018/02/385626/masyarakat-benteng-
pencegah-penularan-wabak-sosial

Ismail, A. (2006). PEMBENTUKAN MINDA KELAS PERTAMA BERDASAR PERSPEKTIF


PSIKOLOGI (KOGNITIF), 1-2. Dimuat turun pada November 04, 2020, daripada
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/24195/Article__4.PDF

Jong, B. (2011, March 10). KONSEP INDUKTIF. Dimuat turun pada October 22, 2020, daripada
https://jongbatu.wordpress.com/2011/03/10/konsep-induktif/

Jrkv. (1970, January 01). PEMBANGUNAN MODAL INSAN. Dimuat turun pada Oktober 30,
2020, daripada http://jrkvcrew.blogspot.com/2014/10/pembangunan-modal-insan.html

20
Mansor. A. (2013, December 03). Implikasi. Dimuat turun pada Oktober 22, 2020, daripada
https://nurulatiqahmansor.wordpress.com/implikasi/

Remaja Cermin Bangsa. (2011, February 10). Dimuat turun pada November 04, 2020,
daripada https://cenyum.wordpress.com/2011/02/10/remaja-cermin-bangsa/

21

Anda mungkin juga menyukai