Anda di halaman 1dari 5

Alat-alat Berfikir

Alat-alat berfikir merupakan alat yang dapat membantu kita menggunakan minda dengan
lebih bijak dan berkesan. Alat-alat ini menjadikan pemikiran kita lebih tersusun, luas,
jelas dan kita tidak terburu-buu melakukan sesuatu. Keterampilan berfikir secara kritis
dan kreatif dapat diwujudkan dengan bantuan alat-alat berfikir ini.

Alat-alat berfikir membolehkan kita melihat sesuatu fakta, isi dan konsep secara visual
dan holistik. Kita dapat juga meninjau hubungan antaranya di dalam satu rangka teratur.

Kajian-kajian menunjukkan bahawa alat-alat ini mengukuhkan cara pemikiran sambil


merangsangkan pembelajaran yang bermakna. Ia membantu murid dan guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

 Alat-alat berfikir ialah instrumen yang membantu kita erfikir dan mengurus
proses pemikiran secara visual dan terkawal
 Alat-alat ini digunakan untuk membolehkan kita berfikir secara mendalam dan
berkesan mengenai sesuatu kemahiran berfikir. Alat ini tidak berfungsi tanpa
kemahiran berfikir yang relevan
 Alat-alat ini terdiri daripada pelbagai corak/jenis
 Alat-alat berfikir ialah
- Soalan dan penyoalan
- Peta minda
- Pengurusan Grafik
- CoRT1
Soalan dan Penyoalan

AKTIVITI

Bahan Kerja Pembinaan Inovatif Pecaform

Masalah cuaca, kekurangan pekerja, peralatan dan pembuangan sisa bahan pembinaan
menjadi sebahagian daripada perkara menyulitkan dan tidak dapat dielakkan kontraktor
pembinaan dalam menjalankan projek mereka.

Kini, masalah itu dijangka tidak lagi menjadi perkara merunsingkan berikutan penemuan
baru dalam bidang pembinaan yang mengetepikan penggunaan bahan asas pembinaan,
iaitu kayu untuk dijadikan tapak cerucuk dan asas bangunan untuk dimasukkan simen.

Sehubungan dengan itu, industri pembinaan mendapat faedah besar dengan pengenalan
sistem yang diperkenalkan sebuah syarikat pembinaan bahan asas pembinaan di Subang,
membabitkan pelaboran bernilai lebih RM2.5 juta.

ICT Pecaform Sdn. Bhd. (Pecaform) memberikan jawapan kepada masalah yang sering
dihadapi industri pembinaan selama ini dengan penyediaan bahan kerja pembinaan asas
yang inovatif dan endah alam untuk kerja tapak dan pembinaan.

Pecaform adalah jejaring besi bersilang untuk membentuk petak empat segi tepat dan
ditutupi dengan lapisan “polietilena” yang berwarna kuning.

Panjang dan lebar Pecaform bergantung kepada permintaan pelanggan tetapi saiznya
paling panjang boleh mencecah antara 5.5 meter hingga 6 meter.

Teknologi yang dibawa dari Jerman ini diyakini akan menjana industri pembinaan negara
yang sedang berkembang begitu pesat, di samping memberikan kontraktor pembinaan
alternatif menjimatkan kos dan meningkatkan teknologi pembinaan yang mereka
gunakan selama ini.

Kontraktor tidak perlu lagi terikat dengan pelbagai masalah pembinaan konvensional
seperti kekurangan buruh mahir dan masalah mendapatkan kayu dan papn lapis yang
digunakan sebagai penghalang untuk kerja asas pembinaan.

Pecaform menyediakan cara pembinaan pantas dan menjimatkan kos berikutan


penyelesaian tiga aspek utama pembinaan yang menyelamatkan kontraktor daripada
masalah kelewatan dan denda lewat.

Pengarah Urusan Pecaform berkata penggunaan bahan asas pembinaan yang


diperkenalkan itu bertindak sebagai perubahan daripada penggunaan kayu dan papan
lapis yang digunakan secara meluas dalam sektor pembinaan di rantau Asia selama ini.
Katanya, penggunaan bahan asas Pecaform meluputkan masalah yang merungsingkan
kontraktor untuk membina struktur asas pembinaan berikutan masalah ketiadaan tukang
kayu mahir.

“Penggunaan Pecaform menjamin kepantasan pembinaan struktur asas dan memerlukan


bilangan pekerja yang sedikit kerana Pecaform hanya memerlukan beberapa orang
pekerja sahaja untuk memasangnya, dan ini turut menjimatkan kos kontraktor
berkenaan,” katanya.

Kerja pemasangan Pecaform begitu mudah kerana ia ringan hanya membabitkan kerja
meletakkan acuan plastik Pecaform di tapak pembinaan yang sudah diukur dan direka
bentuk mengikut kemahiran pembeli di kilang.

Beliau berkata, kontraktor tidak lagi perlu mengambil masa yang lama untuk terikat
dengan pelbagai halangan seperti cuaca buruk ketika mengendalikan kerja asas dan
pemasangan cerucuk di tapak pembinaan.

Penggunaan Pecaform juga membuka dimensi baru dalam bidang pembinaan asas kerana
ia digunakan sebagai bahan kekal, tertanam bersama bahan konkrit lantas dapat
mengurangkan masalah pencemaran di kawasan pembinaan berbanding penggunaan kayu
atau papan lapis yang terpaksa dibuka dan dibuang selepas simen konkrit kering.

Namun demikian, Pecaform boleh juga digunakan berulang kali sehingga emapt kali dan
tidak sukar untuk ditanggalkan kerana ia tidak melekat dengan simen.

Beliau erkata, Pecaform adalah hasil kajian dan penyelidikan mendalam selama beberapa
tahun di Jerman.

Pecaform juga dapat digunakan secara meluas kerana ia sesuai untuk pelbagai jenis
pembinaan berikutan kesesuaian dan ia mudah dibentuk tidak kira sama ada bulat atau
bersegi, sesuai dengan kehendak dan keperluan di tapak pembinaan.

Menurut beliau, ketahanan dan kepelbagaian penggunaannya menampilkan Pecaform


sebagai plihan untuk digunakan bagi pembinaan pengadang dan tiang tapak bangunan,
timbunaqn tertutup, penyambung sendi pembinaan, cerucuk dan pelbagai aplikasi lagi.

Sistem Pecaform memathui standard antarabangsa dan dapat digunakan oleh pelbagai
industri tidak kira kecil atau besar.

“Bagi menjamin mutu Pecaform, pakar dari Jerman dibawa masuk ke Malaysia untuk
memberi bantuan dari segi kemahiran teknologi di kilang kami di Subang,” katanya.

ICT Pecafrom adalah pemegang lesen tunggal untuk membekalkan produk teknologi
pembinaan yang inovatif di dua belas negara di benua Asia seperti Malaysia, Thailand,
China, Loas, Myanmar, Vietnam, Kampuchea, Filipina, Indonesia, Singapura, Brunei dan
Taiwan.
Kaji soalan-soalan berdasarkan bahan bacaan di atas. Soalan-soalan ini dibahagi kepada
dua kategori, A dan B.

Kategori A:
1. Apakah perkara-perkara yang menyulitkan kerja pembangunan mengikut kenyataan
penulis?
2. Apakah kegunaan kayu dalam pembinaan asas?
3. Bagaimanakah pengenalan Pecaform ke dalam industri pembinaan dapat
menyelesaikan masalah pembinaan asas bangunan?
4. Mengapakah kerja pemasangan Pecaform dikira mudah?
5. Bagaimanakah kita yakin sistem Pecaform boleh dipercayai?
6. Apakah faedah menggunakan pecaform jika dibandingkan dengan penggunaan kayu?

Kategori B:
1. Selain perkara yang disebut oleh penulis, apakah masalah yang dihadapi oleh
kontraktor pembinaan dalam menjalankan projek mereka?
2. Yang manakah masalah yang paling berat? Mengapakah anda berpendapat demikian?
3. Mengapakah pengenalan Pecaform begitu bermakna dalam industri pembinaan?
4. Pada pandangan anda, adalak Pecaform pemilihan yang sempurna kepada masalah
yang dinyatakan? Mengapakah anda berpendapat sedemikian?
5. Adakah industri pembangunan di Malaysia sesuatu yang dapat membanggakan kita?
Mengapakah anda berpendapat sedemikian?

Soalan-soalan juga merupakan sejenis alat berfikir. Soalan bergantung kepada


situasi/konteks/isi kandungan. Ia boleh digelar sebagai Pengurusan Lisan.

Bandingkan dan bezakan kedua-dua kategori soalan di atas untuk memahami


kegunaannya dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran. Gunakan pengurusan lisan
dan pengurusan grafik di bawah.

Pengurusan Lisan
 Apakah persamaan yang terdapat antara kedua-dua kategori?
 Apakah perbezaan yang terdapat antara kedua-dua kategori?
 Apakah persamaan dan perbezaan yang dianggap penting?
 Berasaskan persamaan dan perbezaan ini, apakah rumusan yang dapat anda buat?
PERSAMAAN DAN PERBEZAAN

Soalan-soalan Kategori A Soalan-soalan Kategori B

PERSAMAAN

PERBEZAAN

Dari segi

ARAS

SKOP

FOKUS

POLA PERSAMAAN DAN PERBEZAAN YANG PENTING

KESIMPULAN

Anda mungkin juga menyukai