Anda di halaman 1dari 9

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,

DURIAN DAUN,
75400 MELAKA

KERJA KURSUS
SEMESTER 2 TAHUN 2023

NAMA PELAJAR: NUR A’ISYATULHUMAIRA’ BINTI


MOHAMAD IKHSAN
ANGKA GILIRAN: 2022142380040
NOMBOR KAD PENGENALAN: 951211-01-6672

KUMPULAN/UNIT: PDP PI2


KOD DAN NAMA KURSUS: MPUD2062D
NAMA PENSYARAH: ABDUL RAZAK BIN ABDUL RAHMAN
TARIKH HANTAR: 30 MAC 2023
Pengakuan Pelajar Menerima Maklum Medium:-
Balas Daripada Pensyarah

Tanda Tangan: Tarikh:30.3.2023

Untuk Kegunaan Pemeriksa Sahaja


Markah Selepas
NO. MARKAH Moderasi
TUGASAN
Pemeriksa Pemeriksa Pemeriksa
1 2 3 Markah dalam 100 %

JUMLAH

1
ISI KANDUNGAN HALAMAN
1.0 Pengenalan : Definisi Tanggungjawab Sosial…………………….…..3
2.0 Konsep Kelestarian Etika Dan Peradaban Di Malaysia……………...4
3.0 Cabaran Bagi Keterlestarian Etika & Peradaban Di
Malaysia………………………………………………………………………5
4.0 Peranan Penting Guru Dalam Mendukung Tanggungjawab
Sosial Bagi Menangani Cabaran Kelestarian Etika Dan Peradaban Di
Malaysia……………….………………………………………………………….6
5.0 Kesimpulan………………………………….……………………………….8
6.0 Penutup……………………………….………………………………………9

2
1.0 PENGENALAN : DEFINISI TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Kehidupan manusia tidak terlepas daripada isu yang berkait dengan kegiatan
sosial dan masyarakat. Manusia tidak boleh lari dari bergaul dan membuat perhubungan
rasmi ataupun sebaliknya dengan insan lain dimana didalamnya diterpkan dengan nilai etika
dan peradaban. Rakyat Malaysia sangat beruntung kerana mempunyai pelbagai jenis
bangsa dan kaum dalam sesebuah negara, ini bermakna kita sepatutnya lebih hebat dalam
mengaplikasikan ilmu tentang etika dan peradaban kerana kita belajar dari bermacam
sumber jenis etika dan peradaban sesuatu kaum tersebut.
Manusia juga tidak terlepas dari tanggungjawab sosial kepada manusia yang lain.
Dalam hal ini, kita tidak boleh mengira jenis kaum dan bangsa mahupun umur.
Tanggungjawab sosial itu sendiri bermaksud kemampuan refleksi seseorang individu
terhadap pandangan hidup yang dipegang tentang keadilan dan kebaikan demi
kesejahteraan hidup bersama masyarakat dan keluarganya. Etika dan peradaban ini boleh
berlaku didalam keadaan yang rasmi atau tidak rasmi. Kebiasaan nya, dalam kalangan
masyarakat melayu kaya dengan pelbagai jenis etika terutama nya ketika istiadat
meminang, berkahwin sehinggalah kepada hal yang lebih besar iaitu etika yang berkait
dengan urusan rasmi seperti etika didalam sesuatu majlis yang besar dan melibatkan orang-
orang kenamaan dan etika didalam istiadat diraja.

Individu yang menghayati dan mandarah-daging kebertanggungjawaban sosial


dalam dirinya, akan sentiasa memerhati, memikir, mengkaji, menganalisis, mencari
penyelesaian dan bertindak untuk memastikan keadilan dan kebaikan sentiasa ditegakkan
didalam kalangan masyarakat. Pemikiran nya akan berterusan memproses perkara yang
boleh menaiktaraf kan kehidupan manusia dari segi nilai etika dan peradaban mereka.

3
2.0 KONSEP KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA
Sejarah Malaysia yang semakin moden kini merupakan kesinambungan dari sejarah
peradaban yang telah bermula sejak seawall masihi lagi iaitu sebelum terbentuknya Tanah
Melayu dan Malaysia Moden. Tanah Melayu dikenali sebagai kawasan yang luas terbentang
dengan nama nya sebagai ‘Malay Archipelago’. Malaysia telah merdeka pada Tarikh 31
Ogos 1957 namun sebahagian besar peradaban yang hidup dikalangan pelbagai kaum di
Malaysia kini adalah pembawaan dari peradaban yang bermula sejak berates tahun dahulu.
Menurut Nik Fuad dan Noraein (2007), kelestarian atau kemapanan adalah
terjemahan dalam bahasa Inggeris iaitu ‘sustainability’. Dalam bahasa latin dikenali
‘sustinere’ (daripada bawah) dan ‘tenere’ (tahan). Keterlestarian secara umum bermaksud
keupayaan mengekalkan sesuatu; memastikan kewujudan; atau ‘memanjangkan’. Menurut
Nik Fuad dan Noraein (2007) juga, kehidupan yang mapan bermaksud penghidupan yang
bermakna, produktif dan bertanggungjawab dengan mengimbangi keperluan ekonomi,
budaya dan alam sekitar; untuk memenuhi keperluan hari ini tanpa menjejaskan keperluan
generasi akan datang.
Justeru itu, dapat lah dirumuskan bahawa keterlestarian etika dan peradaban
bermaksud suatu usaha berkaitan etika, adab dan nilai-nilai baik yang bersifat lokal dan
global oleh masyarakat Malaysia yang dilakukan secara sedar, konsisten dan berterusan.

4
3.0 CABARAN BAGI KETERLESTARIAN ETIKA & PERADABAN DI MALAYSIA
Sugguhpun keterlestarian etika dan peradaban telah pun bertapak lama semenjak
beratus tahun dahulu, namun terdapat pelbagai cabaran yang mendatang dan baharu yang
perlu diatasi dengan penyelesaian yang bersesuaian dengan zaman tersebut. Antara aspek
cabaran yang boleh disimpulkan adalah seperti cabaran politik, cabaran ekonomi, cabarn
sosial, cabaran psikologi, cabaran pembangunan karakter, cabaran globalisasi, cabaran
alam sekitar serta cabaran sains dan teknologi.
Jika kita mengkaji, politik mempunyai kuasa besar dimana ia bukan hanya mampu
menjatuhkan sebuah kerajaan yang kuat tetapi mampu melemahkan seluruh struktur dan
elemen kuasa dan pentadbiran sesuatu pentadbiran negara. Antara cabaran yang purata
setiap zaman perlu hadapi dan mencari penyelesaian nya adalah seperti pembinaan budaya
politik dan demokrasi ke arah yang matang, kebebasan bersuara dan pembinaan
masyarakat sivil, kesedaran tentang sejarah dikalangan masyarakat dan kearah
mewujudkan sebuah negara bangsa.
Seterusnya dalam aspek cabaran sosial pula dikatakan manusia yang mempunyai
kepercayaan beragama mempunyai sumbangan yang besar terhadap tamadun manusia.
Contoh yang kita boleh lihat seperti ajaran dan nilai-nilai Islam dapat diringkaskan kepada
prinsip umum yang mengamalkan segala kebaikan dan mencegah dari melakukan
kejahatan. Selain itu, terdapat kelahiran konsep-konsep umum yang lahir daripada budaya
masyarakat melayu akan disesuaikan dengan amal kebaikan dalam ajaran islam.
Pada masa kini, kehidupan masyarakat masih berpegang kuat kepada nilai-nilai
yang sejagat merangkumi pelbagai aspek kehidupan termasuklah hidup berdisiplin, rajin
bekerja, semangat kejiranan, menjaga kebersihan, memupuk budaya ilmu menerusi
penyelidikan, penulisan dan rajin membaca, mengembalikan maruah bangsa, berdikari,
kepimpinan melalui teladan, bersih, cekap dan amanah dan lain-lain lagi. Dapatan daripada
itu, antara cabaran yang boleh kita lihat adalah tentang isu-isu berkaitan integriti di pelbagai
sektor awam dan swasta kebiasaan nya amat menyentuh kepada soal sensitiviti seperti
aspek kaum dan bangsa. Selain itu, terdapat cabaran dalam mengukuhkan perpaduan
antara etnik dan integrasi nasional disebabkan seperti yang kita maklum bahawa rakyat di
Malaysia merangkumi kepelbagaian etnik dan agama.
Cabaran dalam aspek sosial bukan sahaja menyentuh dalam bab perpaduan dan
kemasyarakatan, malah terdapat cabaran dalam menjadikan bahasa melayu sebagai
bahasa ilmu dan pemersatu rakyat. Cabaran lain yang memberi impak besar jua adalah
seperti berlaku penyebaran budaya barat yang sangat mudah masuk ke dalam kehidupan
sosial rakyat di Malaysia kerana kekuatan pengaruhnya sehingga merantau antarabangsa.
Semua ini berpunca dari masalah rakyat yang kurang dalam penghayatan agama dan
kurang mengaplikasikan dalam kehidupan sosial mereka dan ini sebenarnya menjadi
cabaran terbesar dalam aspek sosial nagara Malaysia.
Bukan itu sahaja, negara menerima cabaran dalam membanteras ekstremisme
dalam bentuk perbuatan dan pemikiran termasuklah cauvinisme dan perkauman di
Malaysia. Disebabkan terdapat ekstremisme dalam perkauman, terdapat permasalahan juga
dalam masa depan belia, peningkatan kesihatan rakyat serta peranan intelektual masing-
masing dalam pencerdasan rakyat. Ini semua berkaitan dengan cabang bagi cabaran
Negara Malaysia dalam menerapkan etika dan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia.

5
4.0 PERANAN PENTING GURU DALAM MENDUKUNG TANGGUNGJAWAB SOSIAL
BAGI MENANGANI CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA

Apakah ciri-ciri guru sebagai contoh teladan kepada pelajar bagi penerpan etika dan
peradaban dalam sahsiah murid?. Pada pendapat saya, tanggungjawab dan peranan guru
tidak hanya terhad kepada penyampaian ilmu sahaja, tetapi juga meliputi pembentukan
sahsiah murid-murid. Tingkah laku guru adalah pandangan aspek utama kepada murid-
murid. Oleh itu, guru haruslah mempunyai sifat-sifat yang terpuji yang boleh menjadi teladan
kepada murid-murid untuk dicontohi. Dalam perkara ini, tidak salah jika guru merendahkan
diri untuk meminta pertolongan daripada murid agar murid memahami bahawa ketinggian
darjat seseorang tidak menghalang untuk mengaplikasikan etika dan peradaban dalam
melestarikan tanggungjawab sosial. Menurut Rush dan Althoff (1971), kerangka teori kajian
tentang peranan guru sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan kaum di
sekolah disesuaikan daripada idea tentang personaliti individu. Antara contoh
tanggungjawab sosial dalam menerpakan etika dan peradaban yang boleh diaplikasikan
oleh guru adalah banyakkan sikap sabar dan tidak cepat melenting, bersikap adil pada
murid dan berlapang dada menerima pendapat murid-murid.

Menurut Amlah Salleh, Zahara Aziz, Zuria Mahmud dan Abd. Aziz Mahyuddin (2010)
menegaskan bahawa ibu bapa hari ini meletakkan kejayaan pelajar amat bergantung
kepada akademik semata-mata dan faktor ini telah diterima pula sebagai penanda aras
kepada pencapaian dan kecemerlangan masa depan seseorang pelajar. Menurut (Hussein,
2008) pula, Implikasi dari itu sistem pendidikan lebih terdorong ke arah berorientasikan
peperiksaan daripada membentuk kecemerlangan pelajar secara holistik seperti yang
termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. Jelas disini, guru perlu bijak dalam mengatur
perancangan pembelajaran agar akademik dan pembentukan etika dan peradaban dalam
sahsiah murid dapat berjalan seiring. Walaupun perlu mengejar silibus akademik, guru boleh
selitkan tentang ilmu akhlak dan sahsiah dalam bentuk yang ringkas dan mudah dihadam
oleh murid supaya mereka senang untuk mengaplikasikan dalam kehidupan seharian
mereka dan membawa kepada masyarakat umum.

Selain itu, guru perlu memberikan kesedaran kepada pihak ibubapa tentang
kepentingan etika dan peradaban dalam sahsiah anak muda kini. Ibubapa sendiri perlu
memberikan Kerjasama yang baik kepada guru untuk peneguhan sikap beretika dalam
kehidupan sosial mereka supaya pembelajaran tentang etika dan peradaban ini berterusan
dalam kehidupan harian mereka. Ini kerana ia memberi impak yang besar dan boleh
memberi kesan kepada orang lain. Contohnya menurut (Samat, 2004), pelajar sekolah elit
seperti yang berlaku ke atas lapan orang pelajar tingkatan lima telah disingkir dari Kolej
Melayu Kuala Kangsar dan kejadian membuli ke atas pelajar junior di Sekolah Tunku Abdul
Rahman. Selain itu, pada tahun 2004 pernah berlaku di mana 200 buah sekolah telah
disenarai hitam oleh pihak polis berikutan penglibatan 100,000 orang murid dalam pelbagai
kes salah laku disiplin dan jenayah. Sikap kurang kesedaran tentang penerapan etika dan
peradaban dikalangan anak-anak menajdikan tingkahlaku mereka menjadi liar dan tiada
bimbingan ke arah perkara yang baik.
Guru juga perlu memberikan komitmen dalam mempunyai keperibadian yang
konsisten dengan falsafah Pendidikan iaitu sentiasa ingin menjadi guru yang baik, selalu
ada usaha memajukan diri dari segi bab ilmu, serta berdaya saing dalam mengembangakn

6
intelek pelajar sehingga mampu mewujudkan sikap keterujaan pelajar untuk belajar.
Menurut Fox (1964), mengajar bukan boleh dibuat sambil lewa. Bak kata orang dahulu, jika
sesuatu perkara kita sampaikan dengan sepenuh jiwa, aura perkara tersebut mudah sampai
kepada pihak yang mendengar dan semestinya mudah diikuti dan diamalkan. Justeru itu,
selain penyampaian ilmu dengan sepenuh jiwa dan komited dalam keperibadian mulia, guru
juga perlu pastikan murid menerima apa yang disampaikan dan tidak jemu mengulanginya
jika ia masih belum dapat difahami oleh murid.

Fenomena negara Malaysia, memandang guru sebagai insan yang sangat mulia.
Justeru itu, guru perlu mempunyai kesedaran akan tanggungjawab nya menyebar dan
membina pemikiran serta sikap yang betul terhadap etika dan peradaban dalam kalangan
masyarakat supaya nilai etika tersebut terlazimi dalam kehidupan seharian masyarakat dan
dapat dicontohi oleh generasi muda yang bergelar murid. Usaha menjunjung tinggi budaya
ilmu, nilai-nilai moral, akhlak dan integriti merupakan tugas utama guru di sekolah sebagai
contoh teladan dan pembimbing bagi masyarakat. Perlunya kepada sikap tiada pilih kasih
antara kaum dan bangsa serta menghidupkan semangat perpaduan dalam kelompok etnik
pelbagai dikalangan murid supaya terhasil etika dan peradaban dalam sahsiah serta akhlak
murid. Implikasi nya, terhasil kesepaduan nasional seperti yang di sasarkan oleh Negara
Malaysia.

Selari dengan pembangunan modal insan dan masyarakat minda kelas pertama
yang disasarkan oleh negara Malaysia, guru perlu memahami slogan ini terlebih dahulu dan
melakukan tindakan pantas mengenainya. Jika pemahaman yang tepat berkaitan perkara
ini tersebar meluas, sahsiah dan tingkahlaku yang baik sahaja akan terhasil daripada diri
mereka kerana mereka mempunyai pemikiran yang berkemajuan dan sikap yang progresif
dalam memajukan diri sendiri untuk menghadapi fasa kehadapan. Secara amnya, menurut
Shertzer danStone (1991). bimbingan yang diberikan guru biasa ialah pemberian nasihat,
panduan dan pertolongan kepada pelajar yang memerlukannya. Seperti yang kita tahu,
Malaysia mempunyai kekayaan dari segi etnik dan bangsa nya. Terdapat percampuran
kaum dan bangsa didalam satu sesi persekolahan dan ini merupakan satu cabaran juga
bagi seorang guru dalam menerapkan etika dan peradaban dalam masyarakat yang
berbilang kaum.

Di antara kaum-kaum ini pula terdapat perbezaan penempatan kawasan seperti


bandar, luar bandar, estet, kampung, petani dan kampung nelayan. Atas kesedaran ini,
Malaysia telah merangka Rukun Negara pada tahun 1970 yang dijadikan dasar Pendidikan,
kewarganegaraan, pembangunan dan perkembangan masyarakat. Justeru itu, melalui
tanggungjawab sosial, guru perlu berfikiran kratif dan liberal untuk menjadikan murid-murid
berjiwa merdeka, yakin dengan kemampuan diri sendiri dan tidak terpengaruh dengan
pengaruh orang terdahulu yang membezakan kedudukan dan taraf diantara kaum. Atas
kesedaran ini, Malaysia telah merasangka Rukun Negara pada tahun 1970 yang dijadikan
dara Pendidikan, kewarganegaraan, pembangunan dan perkembangan masyarakat.

7
5.0 KESIMPULAN
Kelestarian penerapan Etika dan Peradaban melalui tanggungjawab sosial yang
dilaksanakan oleh guru-guru mampu memberikan impak besar dalam kesepaduan nasional
di Malaysia. Ini kerana fasa kehidupan pendidikan masyarakat Malaysia amat
mengutamakan pendidikan di dalam kehidupan. Maka guru adalah insan pertama yang
memberikan nya tentang ilmu di pusat pendidikan seperti sekolah. Guru juga merupakan
insan yang menjadi contoh ikutan murid-murid kerana kemuliaan kedudukan seorang guru
tersebut. Tindakan yang di lakukan oleh seorang guru dalam melaksanakan tanggungjawab
sosial tidak dinafikan merupakan suatu proses panjang untuk membina dan membangunkan
etika dan peradaban. Namun, peracayalah, dengan akar dan tradisi yang telah terbina sejak
ratusan tahun yang lalu, serta keunikan yang terdapat di Malaysia, guru mampu
merealisasikan matlamat tersebut.

8
6.0 RUJUKAN
1) Amlah Salleh at.all (Julai 2017), Bil. 4, Isu 3, KOMPETENSI GURU DALAM
MEMBENTUK SAHSIAH PELAJAR SEKOLAH
2) Samat (2004), Jurnal Kepimpinan Pendidikan
3) Rush dan Althoff (1971), Akademika 88(2), Julai 2018:95-108, Peranan Guru
Sebagai Agen Sosialisasi dalam Membentuk Perpaduan Kaum di Sekolah
4) http://mikepjeduworld.blogspot.com/2012/10/peranan-guru-sebagai-agen-
sosialisasi.html
5) Shertzer danStone (1991), Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

Anda mungkin juga menyukai