Anda di halaman 1dari 21

CTU 101- FUNDAMENTALS OF ISLAM

TAJUK :
PERANAN DAN KEBERKESANAN AKTIVITI DAKWAH BADAN
BUKAN KERAJAAN TERHADAP ORANG ASLI

KUMPULAN :
BA1111B
Nama Ahli Kumpulan No.Pelajar

MUHAMMAD FAHMI BIN FAUZI 2022971415

MUHAMMAD HAFIY DANISH BIN 2022744279


HABIBULLAH
AN FAKEIHAH BINTI MOHD APANDI 2022791767

NUR AIN ADINA BINTI WAN MOHAMAD 2022102411


FAIZAL

DIPLOMA PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN (BA1111B)


FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
Cawangan Negeri Sembilan
Kampus Rembau

MAC 2022 - OGOS 2022

1
PERAKUAN KERTAS KERJA / ULASAN ARTIKEL BERTULIS

Saya dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang saya
serahkan adalah hasil kerja saya sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana
sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang
sepatutnya. Saya sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar atau disyaki melanggar
perakuan yang dibuat, ianya akan menjejaskan penilaian markah tugasan kertas kerja ini.
Nama Pelajar : MUHAMMAD FAHMI BIN FAUZI
No.Pelajar : 2022971415
Tandatangan :

Tarikh : 13/5/2022

Saya dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang saya
serahkan adalah hasil kerja saya sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana
sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang
sepatutnya. Saya sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar atau disyaki melanggar
perakuan yang dibuat, ianya akan menjejaskan penilaian markah tugasan kertas kerja ini..
Nama Pelajar : MUHAMMAD HAFIY DANISH BIN HABIBULLAH
No.Pelajar : 2022744279
Tandatangan :

Tarikh : 13/5/2023

Saya dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang saya
serahkan adalah hasil kerja saya sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana
sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang
sepatutnya. Saya sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar atau disyaki melanggar
perakuan yang dibuat, ianya akan menjejaskan penilaian markah tugasan kertas kerja ini.
Nama Pelajar : AN FAKEIHAH BINTI MOHD APANDI
No.Pelajar : 2022791767
Tandatangan :

2
Tarikh : 13/5/2022

Saya dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang saya
serahkan adalah hasil kerja saya sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana
sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang
sepatutnya. Saya sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar atau disyaki melanggar
perakuan yang dibuat, ianya akan menjejaskan penilaian markah tugasan kertas kerja ini.
Nama Pelajar : NUR AIN ADINA BINTI WAN MOHAMAD FAIZAL
No.Pelajar : 2022102411
Tandatangan :

Tarikh : 13/05/2022

3
ISI KANDUNGAN KERTAS KERJA/ ULASAN ARTIKEL
PERKARA MUKA SURAT

MUKA DEPAN 1

PERAKUAN 2-3

ISI KANDUNGAN 4

1.0 PENGENALAN 5-6

2.0 OBJEKTIF KAJIAN 7

3.0 KAJIAN LITERATUR


• 1. DEFINISI TAJUK
• 2. DEFINISI MELALUI SOSIAL 8-9
• 3. DEFINISI MELALUI DAKWAH

4.0 METODOLOGI 10

5.0 DAPATAN & PERBINCANGAN


• 5.1 DAKWAH KEPADA MASYARAKAT ORANG ASLI:
TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN PERKIM PAHANG &
NGO YAYASAN AL-KHALIFAH
• 5.2 CARA BADAN BUKAN KERAJAAN MEMERDEKAKAN
MINDA ORANG ASLI 11 - 17
• 5.3 PERBEZAAN SOSIOBUDAYA MASYARAKAT ORANG
ASLI
• 5.4 KEPENTINGAN DAKWAH BADAN BUKAN KERAJAAN
TERHADAP ORANG ASLI

6.0 RUMUSAN 18

7.0 RUJUKAN 19 - 20

8.0 LAMPIRAN 21

4
1.0 PENGENALAN

Aktiviti berdakwah bermaksud aktiviti yang dilakukan bersama-sama dengan masyarakat.


Aktiviti berdakwah juga dapat memupuk sifat belas kasihan antara rakyat dan rakyat yang
susah. Hal ini dikatakan demikian kerana, terdapat golongan yang sangat memerlukan bantuan
seperti gelandangan, orang miskin, orang asli dan sebagainya.Golongan tersebut tidak
mempunyai rumah, makanan dan pakaian yang secukupnya. Kita juga perlu memberikan
perhatian lebih terhadap golongan yang sebegitu supaya mereka akan lebih berasa selamat
dengan masyarakat sekeliling. Janganlah kita sebagai rakyat hanya memandang serong
terhadap golongan itu.

Selain itu, kita juga perlulah membantu taraf hidup serta memperkenalkan ajaran islam di
kalangan mereka. Bangsa ini bukan sahaja memerlukan bimbingan secara terus, malah selama
ini bangsa ini yang telah berevolusi lebih lama daripada bangsa Melayu memerhati dan menilai
orang Melayu dengan imej Islamnya. Hal ini dikatakan demikian kerana, golongan orang asli
tidak tahu tentang Pendidikan, budaya dan bangsa kita. Kita haruslah memberikan tunjuk ajar
dan contoh yang baik untuk mereka.

Dengan itu, rakyat dan rakyat telah menubuhkan pelbagai persatuan badan bukan kerajaan
antaranya NGO, PERKIM, JAKIM dan sebagainya. Ini kerana dapat memudahkan kerjakerja
pengagihan bantuan yang diperlukan. Persatuan badan bukan kerajaan ini bukan ditubuhkan
daripada kerajaan atau ahli politik. Namun ia ditubuhkan oleh masyarakat. Badan bukan
kerajaan ini tercetus daripada pengalaman,idea dan semangat perjuangan antara rakyat dan
rakyat. Tambahan pula badan bukan kerajaan ini juga merupakan organisasi berdaftar,
kumpulan masyarakat, persatuan professional, kesatuan sekerja, organisasi amal yang
tujuannya adalah untuk memperbaiki kesejahteraan anggota mereka dan di dalam bidang-
bidang yang mereka wujud.

Badan bukan kerajaan ini juga memberikan fokus yang sangat mendalam. Antaranya,
menyediakan peluang pendidikan, memberi sumbangan dan membantu orang yang
memerlukan daripada bencana. Masyarakat yang menyertai persatuan ini bersifat kebajikan
dan tidak mementingkan keuntungan. Namun, terdapat segelintir persatuan yang melakukan
sesuatu perkara hanya kerana pangkat dan hanya mahukan nama semata-mata.

5
Pada umumnya, peranan NGO adalah sebagai pembekal maklumat kepada delegasi kerajaan
terutama dalam membawa isu-isu asas dan masalah persekitaran (Sachdev, 2007). Namun
begitu, semakin hari, menurut Mingst dan Snyder (2004) NGO juga telah berupaya berfungsi
memperkenalkan idea-idea baru di samping melobi untuk perubahan dasar bagi sesebuah
negara.

6
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif kajian adalah untuk mentakrifkan konsep dakwah dan menyatakan jenis-jenis
usaha yang dilakukan oleh NGO bukan kerajaan dalam menjalankan dakwah di kalangan orang
asli. Selain itu, untuk mengenalpasti masalah yang dialami oleh masyarakat orang asli dalam
mendapatkan ilmu pengetahuan serta halangan dari menerima pengetahuan tentang ajaran
agama. Seterusnya, untuk menyenaraikan tanggungjawab dan peranan yang dimainkan oleh
beberapa Badan bukan kerajaan dalam menjalankan aktiviti dakwah serta kepentingan
menunjukkan akhlak serta contoh yang baik kepada masyarakat orang asli dan juga masyarakat
di luar sana. Akhir sekali, untuk menerapkan nilai murni atau unsur yang positif dalam dapatan
kajian.

7
3.0 KAJIAN LITERATUR
1. DEFINISI TAJUK

1. Definisi Dakwah Melalui Pendidikan dan Kebajikan.


Menurut Razaleigh Muhamat @ Kawangit (2014:2) Pendekatan dakwah ini dilakukan melalui
Pendidikan kerana pendidikan membawa hala tuju manusia kearah fitrah insani.Matlamat
Pendidikan dalam islam adalah tidak terkeluar daripada tujuan asal manusia dijadikan di muka
bumi ini sebagai khalifah Allah dan untuk mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat.

Menurut A.Hasjmy (1974: 230) Dalam pendekatan dakwah perubahan positif manusia kepada
ketauhidan adalah berdasarkan pengajaran dan Pendidikan sebagaimana dituntut dalam surah
al-Alaq.Ianya ditegaskan bagi membasmi buta ilmu yang boleh membuka minda dan hati
manusia kepada keEsaan Allah. Pembangunan aqidah manusia haruslah dipandu dengan ilmu
melalui Pendidikan.

Kamus Dewan (2007:110) mendefinisikan kebajikan dengan sesuatu yang membawa kebaikan.
Dalam Bahasa Inggris kebajikan disebut ‘welfare’ (Oxford Fajar 2000:2155) yang memberi
maksud kebajikan dengan melakukan kebaikan untuk kesejahteraan (Webster’s New
Twentieth Century Dictionary 1972: 2077).

Contoh Rujukan Ayat Al-Quran


Firman Allah bermaksud: ‘‘Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat
kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa
(maksiat).’’ (Al-Maidah 5:2).

Contoh kisah pada zaman Rasulullah:


Peringkat awal dakwah Rasulullah s.a.w di Makkah adalah secara rahsia selepas diperintah
oleh Allah untuk menyampaikan risalah Islam. Rumah Rasulullah dijadikan markas tarbiah
sepanjang period sebelum hijrah ke Madinah dan menjadi pusat Latihan dan pengkaderan yang
efektif sehingga melahirkan mujahid dakwah yang amat komited serta mampu menyambung
perjuangan baginda selepas kewafatannya.
Oleh itu,dapat dinyatakan bahawa pendekatan dakwah melalui Pendidikan sangat penting
dalam membina akidah Islam terhadap sasaran.Melalui Pendidikan yang berdasarkan kepada
al-Quran dan al-Sunnah, ianya dapat memberi keyakinan yang kukuh terhadap Allah.
8
2. DEFINISI MELALUI SOSIAL
Kajian mendapati bahawa PK yang bertugas sebagai pendakwah membimbing Orang Asli
muslim di perkampungan Orang Asli melalui kelas-kelas bimbingan yang diadakan
menggunakan pendekatan komunikasi dakwah secara al-hikmah bersama mereka. Bentuk
komunikasi yang digunakan ialah komunikasi lisan dan bukan lisan. Walau bagaimanapun
komunikasi lisan digunakan secara meluas dengan diringi komunikasi bukan lisan sebagai
pelengkap dan penyempurnaan komunikasi lisan. Pendekatan komunikasi dakwah secara
alhikmah yang digunakan dalam kajian ini menggunakan kerangka konsep pendekatan
komunikasi dakwah secara al-hikmah adalah menggunakan pandangan al-Bayanuni (2010) dan
Muhammad Natsir (1978). Pendekatan tersebut adalah mengutamakan sesuatu perkara yang
paling penting terutama daripada sudut topik dan mesej komunikasi yang digunakan ketika
berinteraksi di dalam kelas bimbingan, menerangkan sesuatu mesej dalam proses komunikasi
secara bertahap dan tidak sekaligus, berkomunikasi mengikut aras dan tahap pemikiran Orang
Asli dan berkomunikasi dengan memfokuskan kepada emosi dan akal fikiran mereka. Jika
dilihat daripada aktiviti sebelum pengislaman, aktiviti ziarah telah diadakan. Semasa berziarah
sasaran diajak berfikir tentang Islam, mengetahui masalah sasaran, mengadakan aktiviti gotong
royong dan kelas motivasi. Selepas sasaran memeluk Islam pula, banyak aktiviti yang telah
dilakukan seperti mengadakan ceramah agama, kelas fardhu ain, majlis berkhatan, majlis
berbuka puasa, bantuan hari raya, majlis korban, aktiviti gotong royong, bantuan kepada warga
tua dan menghulurkan zakat dan bantuan pakaian terpakai dan makanan.

3. DEFINISI MELALUI DAKWAH


Kajian melalui dakwah ini dapat melahirkan keyakinan dan pergantungan yang bulat terhadap
Allah. Kerohanian yang tinggi melalui hubungan yang kuat dengan Allah melahirkan sifat-sifat
yang diperlukan oleh pendakwah dari keyakinan terhadap pertolongan serta bantuan dan
perlindungan Allah, kepada sifat sabar dalam menghadapi karenah sasaran dan segala bentuk
halangan yang dilakukan oleh mereka, sifat tawadhu’, zuhud, lemah lembut, ikhlas dan lain-
lain lagi yang merupakan sifat yang akan memudahkan usahanya serta dapat menarik sasaran
menerima dakwah.4 Dalam usaha dakwah terhadap Masyarakat Orang Asli di Malaysia juga
terdapat banyak masalah dan halangan yang mungkin boleh melambatkan penerimaan Islam
oleh mereka. Halangan-halangan tersebut boleh dikategorikan kepada tiga halangan besar iaitu
halangan dari pendakwah, halangan dari sasaran serta halangan dari luar. Di sini akan
dibicarakan halangan tersebut satu persatu

9
4.0 METODOLOGI
4. Pengumpulan Data
Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah dengan menggunakan artikel-
artikel dan jurnal. Kami memanfaatkan penggunaan internet untuk mendapatkan maklumat
tambahan dari laman sesawang yang berkaitan untuk dijadikan sebagai bahan rujukan. Ia boleh
diakses dan didapati dalam talian yang telah dibuat oleh penulis-penulis yang mengupas tajuk
yang lebih kurang sama dengan kami.

4.1 Reka Bentuk Kajian


Objektif kajian ini adalah untuk menentukan keberkesanan aktiviti dakwah serta peranan yang
dimainkan oleh beberapa Badan-badan Bukan Kerajaan dalam menyampaikan dakwah
terhadap orang asli. Kajian ini juga untuk melihat peratusan orang asli dari beberapa buah suku
kaum yang telah Berjaya memeluk islam melalui usaha yang telah dilakukan.

4.2 Identifikasi Masalah


Dengan keadaan dan tempat tinggal masyarakat orang asli yang serba kekurangan serta tidak
mendapat keperluan dan penyampaian ilmu yang mencukupi, sedikit memberikan cabaran
kepada NGO. Mereka memerlukan penelitian melalui sifat dan kebaikan yang ditunjukkan oleh
NGO yang datang untuk berdakwah dan menyampaikan ajaran Islam. Selain itu, Masyarakat
orang asli juga tidak didedahkan terhadap cara-cara melakukan ibadah tertentu dan juga
beberapa amalan yang diajarkan oleh Islam dalam kehidupan seharian mereka.

4.3 Penyelesaian Masalah


Pelbagai aktiviti serta beberapa buah masjid telah didirikan untuk masyarakat orang asli.Tidak
kurang juga ilmu agama yang disampaikan melalui Pendidikan terang-terangan mahupun
kebajikan dan kebaikan yang ditunjukkan kepada mereka. Di samping itu, Latihan amali,
kursus-kursus dakwah dan kelas fardhu ain juga diadakan bagi membantu mereka untuk belajar
dan mengingati cara-cara untuk melakukan ibadat.

4.4 Tempat Kajian


Kajian dijalankan menggunakan internet dari kediaman atau tempat tinggal masing-masing.

4.5 Waktu Kajian


Kajian dilakukan bermula pada bulan April 2022.
10
5.0 DAPATAN & PERBINCANGAN

5.1 DAKWAH KEPADA MASYARAKAT ORANG ASLI: TANGGUNGJAWAB DAN


PERANAN PERKIM PAHANG & NGO YAYASAN AL-KHALIFAH
PERKIM adalah singkatan bagi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Bahagian Pahang.
PERKIM telah ditubuhkan pada 19 Ogos 1960 oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putera
al-Haj selaku Perdana Menteri Malaysia yang pertama ketika itu dan beliaulah merupakan
Yang Dipertua PERKIM yang pertama.PERKIM mempunyai lima matlamat utama
penubuhannya iaitu dakwah, pelajaran, kebajikan, kerjasama dalam bidang agama islam dan
lain-lain seperti kegiatan yang dilakukan untuk memajukan agama Islam. Terdapat 11
cawangan PERKIM di seluruh Negeri Pahang antaranya ialah PERKIM Cawangan Daerah
Kuantan, Pekan, Maran, Temerloh, Lipis dan Cameron Highlands.

Pendekatan dakwah yang diambil oleh PERKIM Pahang dalam pendidkan terbahagi kepada
dua bahagian iaitu dakwah melalui pendidkan formal dan tidak formal.Pendekatan dakwah
melalui Pendidikan formal dilakukan selepas sasaran memeluk agama islam.Bagi
mengukuhkan amalan solat Muallaf masyarakat Orang Asli, program solat berjemaah turut
diadakan di perkampungan tertentu pada tiap-tiap malam jumaat bersama penduduk
kampung.Akhir sekali, Muallaf orang Asli juga didedahkan dengan Pendidikan yang lain
seperti mendidik mereka untuk memasak dan membina kemahiran dengan mengadakan kelas
masakan dan kraftangan.

Manakala,pendidikan secara tidak formal pula diadakan sebelum masyarakat orang asli
memeluk agama islam. PERKIM banyak menggunakan logik akal dalam setiap pertemuan
dengan mereka supaya mereka dapat memikirkan kebenaran agama Islam. Dengan
menggunakan cara tersebut pendakwah telah mendidik sasaran supaya menggunakan akal
mereka untuk membuat perbandingan antara agama islam dengan agama lain.

Contohnya, Pendidikan formal telah diperluaskan dengan mengadakan beberapa program


dakwah seperti ceramah agama dan latihan amali mengenai ibadat. Selain itu, kelas fardhu ain
dan kursus-kursus dakwah juga turut diadakan seperti di kampung Orang Asli Sg.Gapoi,
Bentong. Bagi pendidikan tidak formal pula, pihak PERKIM Pahang telah mewujudkan
Kampung Bimbingan. Antara kampung yang terpilih ialah Kg. Sungai Mas, di Kuantan, dan
juga Kg. temetong di Lipis.Di kampung tersebut akan ditempatkan seorang guru agama untuk
11
mengajar penduduk kampung dengan dipantau oleh pegawai dakwah PERKIM (Berita Harian
1989;17).

Yayasan Al-Khalifah (YAK) adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang didaftarkan
di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan
pada 16 November 2006. Fokus utama Yayasan ini adalah untuk melaksanakan misi
kemanusiaan & dakwah kepada Komuniti Orang Asli di Malaysia.

Terdapat pelbagai program yang telah dijalankan oleh Yayasan ini pada tahun 2019.Antaranya
ialah Seminar Dakwah Orang Asli Kebangsaan 2019 dan Program Mega Ramadhan & Syawal
2019. Program ini juga dikenali sebagai Ihram Project 2019 dan telah memberikan sumbangan
terkumpul berbentuk tunai & barang-barangan yang dinilaikan mencecah RM 40K.Program ini
telah dijalankan selama tempoh satu dan setengah bulan bermula dari April. Selain itu, melalui
Pengislaman 2019 terdapat 65 saudara baru Orang Asli dengan Kerjasama JAKIM,Jabatan
Agama Islam Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri & NGO yang terlibat terutamanya di
negeri Kelantan, Pahang dan Perak.

Seterusnya, beberapa buah surau telah didirikan antaranya ialah surau Kg Kuala Suma,Pos
Bihai, Gua Musang, Kelantan yang didirikan dengan kos sebanyak RM15K dan projek ini telah
dibekalkan tenaga solar sebagai sumber elektrik. Selain itu, surau Pos Titom,Kuala Lipis,
Pahang didirikan dengan kos sebanyak RM25K dan menjadi umpama surau pertama di
kawasan tersebut.Seterusnya, Surau Kg Lambok Gua Musang, Kelantan bersama pembinaan
projek bekalan Sistem Air Bersih Terawat Software yang melibatkan kos sebanyak RM70K
dan ditaja penuh oleh Bank Simpanan Nasional.Akhir sekali, sebuah madrasah bernama
Madrasah Darussalam, Kg Bersah, Sungai Siput Utara, Perak telah diwujudkan.Pelbagai
aktiviti seperti Kelas Fardhu Ain ‘Sayyid Khalifa`,aktiviti imarah bulan Ramadhan yang
berlangsung selama sebulan dan juga perlantikan tahunan imam,bilal dan pengurusan Orang
Asli.

Contohnya, YAK telah menarik dan melibatkan banyak kaum OA dalam program ini iaitu
sebanyak 13 suku kaum orang asli sepanjang tahun 2019. Yak telah berprogram bersama 13
dari 18 suku kaum Orang Asli iaitu antaranya Terniar, Semai, Bateq, Kensiu, Kintak, Jakun,
Temuan, Kanaq, Jahai dan Jahut. (Yayasan Khalifah- 26 Februari 2020).

12
5.2 CARA BADAN BUKAN KERAJAAN MEMERDEKAKAN MINDA ORANG ASLI
Pada era globalisasi ini, kita sebagai rakyat sering dikejutkan dengan berita tentang kesusahan
orang asli. Ini kerana mereka tidak mampu untuk meminta bantuan daripada sesiapa. Golongan
seperti orang asli ini sering dipandang serong oleh masyarakat kini pada zaman dahulu. Hal ini
dikatakan demikian kerana, golongan orang asli ini tidak mempunyai akal fikiran yang cekap
serta kurang didikan yang secukupnya. Oleh itu, pada masa kini terdapat banyak perubahan
seperti adanya persatuan yang telah membantu golongan ini. Maka golongan ini dapat
menjalani kehidupan yang sempurna. Terdapat beberapa cara badan bukan kerajaan yang dapat
memerdekakan minda orang asli.

Cara badan bukan kerajaan memerdekakan minda orang asli ialah dengan menyumbang kepada
keamanan dan ketenangan yang dinikmati negara sehingga kini. Ini kerana, golongan seperti
orang asli ini sangat memerlukan ketenangan untuk mereka hidup supaya mereka tidak
mempunyai gangguan seperti berperang antara satu sama lain. Maksud menyumbang
keamanan dan ketenangan adalah memberikan mereka tempat tinggal yang selesa supaya
mereka akan berasa seronok tinggal di kawasan yang aman dan damai. Kesannya jika kita tidak
menyumbangkan keamanan dan ketenangan dengan betul, maka mereka akan merasa tidak
dipedulikan. Oleh itu, kita haruslah menjaga hubungan antara masyarakat dan golongan orang
asli.

Selain itu, cara badan bukan kerajaan memerdekakan minda orang asli adalah berusaha
mengumpulkan sumbangan untuk didermakan bagi membantu masyarakat Orang Asli suku
kaum. Hal ini dikatakan demikian kerana, golongan orang asli ini tidak mempunyai bekalan
yang secukupnya. Mereka juga memakai pakaian yang sama pada setiap masa hanya makan
mengikut ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Sumbangan yang dapat
didermakan untuk golongan orang asli ini ialah bekalan makanan, pakaian, air bersih dan ubat-
ubatan. Kesan yang dapat diambil adalah kita haruslah mempunyai sifat belas kasihan dengan
orang yang susah dan memerlukan. Ini kerana jika kita membantu seseorang yang dalam
kesusahan, maka kita juga akan dibalas dengan bermacam perkara. Oleh itu, kita perlulah
belajar untuk membantu sesiapa sahaja ketika memerlukan.

Akhir sekali, cara badan bukan kerajaan memerdekakan minda orang asli ialah menyediakan
kemudahan dan pengangkutan. Hal ini dikatakan demikian kerana, di kawasan tempat tinggal
golongan orang asli ialah di hutan dan pondok. Oleh itu, badan bukan kerajaan mencadangkan
13
untuk menyediakan kemudahan dan pengangkutan awam untuk memudahkan mereka
melakukan kerja-kerja. Contoh kemudahan yang akan disediakan ialah klinik, sekolah,
motosikal, basikal dan sebagainya. Tambahan pula, kanak-kanak juga dapat belajar di sekolah.
Kanak-kanak juga sangat penting untuk mempunyai ilmu yang tinggi dan klinik juga dapat
memudahkan mereka merawat penyakit yang berlaku.

Kesimpulannya, cara memerdekakan minda orang asli ini merupakan salah satu potensi untuk
merapatkan hubungan antara rakyat dan golongan orang asli. Hal ini dikatakan demikian
kerana, orang asli juga mempunyai akal fikiran yang bijak dan mereka juga dapat membantu
sesama kaum. Harapan saya, saya harap cara ini dapat digunakan semula untuk masa dan
generasi yang akan datang.

5.3 PERBEZAAN SOSIOBUDAYA MASYARAKAT ORANG ASLI


Faktor perbezaan sosiobudaya masyarakat mereka adalah salah satu usaha dakwah kepada
masyarakat Orang Asli.Oleh kerana itu,usaha dakwah kepada masyarakat Orang Asli
memerlukan proses dakwah yang berpanjangan.Dalam melaksanakan misi dakwah kepada
golongan masyarakat Orang Asli ini terdapat permasalahan yang timbul antaranya adalah oleh
kerana tidak mendapat pendidikan secara formal terutama bagi golongan tua,kebanyakan
mereka mempunyai tahap pemikiran yang rendah dan buta huruf. Disebabkan itu,mereka
kurang berfikir dan menyukarkan mereka untuk memahami apa yang disampaikan oleh
pendakwah.Sehubungan dengan itu, berdakwah kepada masyarakat Orang Asli ini tidak
semudah berdakwah kepada kaum-kaum yang lain yang mempunyai tahap pemikiran
tinggi.Mesej dakwah sukar disampaikan kepada mereka oleh kerana keadaan tersebut.

Antara cabaran dalam menyampaikan dakwah kepada mereka adalah dengan melihat taraf
hidup dan kemiskinan Orang Asli.Sumber alam adalah tempat Masyarakat Orang Asli
bergantung mencari rezeki. Terdapat juga masyarakat orang asli yang beranggapan program-
program yang bertemakan islam itu dianjurkan adalah bertujuan untuk memaksa mereka untuk
memeluk islam.Di dalam kajian telah menunjukan bahawa terdapat beberapa faktor yang
menyebabkan Orang Asli memeluk islam antaranya ialah perkahwinan,imbuhan,keturunan dan
juga pergaulan. Dengan pegangan kuat ajaran nenek moyang mereka,masyarakat Orang Asli
lebih selesa hidup dengan cara mereka.Secara tidak langsung ini boleh menyebabkan
penyukaran usaha dakwah yang dijalankan kepada mereka.

14
Antara salah satu pendekatan perlu dirangka untuk menarik minat mereka adalah terhadap
mesej Islam yang disampaikan. Dengan tidak tertumpu kepada program mega,pendekatan
dakwah mesti dipelbagaikan. Sebaliknya,konsep dakwah bi al-hal perlu sentiasa diadakan dan
harus dilaksanakan. Sebagai contoh program ziarah-menziarahi,beramah mesra dan program
turun padang diadakan sekerap yang boleh sehinggalah masyarakat Orang Asli mengenali dan
menjalinkan hubungan. Selain itu,pendakwah juga dapat menyampaikan penerangan mengenai
islam dalam erti kata sebenar.Penyampaian dakwah sama ada secara dakwah bi al-hal dan bi
al-lisan dijalankan secara berterusan bagi mempromosikan Islam di Negeri Sembilan ternyata
pendekatan ini dapat diterima oleh masyarakat terbabit kerana tiada paksaan untuk mereka
memeluk Islam. Melalui dakwah secara bersemuka ini banyak membantu Orang Asli
mengenali dan seterusnya menerima Islam secara sukarela.

Satu gambaran umum tentang masyarakat Orang Asli adalah kemiskinan dan kualiti hidup
yang rendah. Penekanan aspek pembangunan ekonomi Orang Asli dilihat mempunyai
kepentingan dalam usaha pembangunan masyarakat Orang Asli.Hal ini kerana,kemahiran
ekonomi moden tidak mempunyai oleh mereka.Dengan itu mereka menghadapi kesulitan
dalam memajukan kegiatan-kegiatan ekonomi dan tidak mempunyai peluang di samping
aktiviti-aktiviti pembangunan ekonomi yang kurang mendapat pertimbangan sebagai
‘beneficence’.Saluran utama ekonomi atau arus pembangunan harus membawa masuk
Komuniti Orang Asli seperti mana yang dilakukan kepada masyarakat bumiputera dan bukan
bumi putra yang lain.Kemasukan komuniti Orang Asli ke dalam saluran utama ekonomi dan
melalui penerimaan ianya akan memberikan potensi menikmati faedah-faedah pembangunan
dan akan memberikan peluang kepada Komuniti Orang Asli.

Selain itu,dalam meningkatkan ekonomi masyarakat Orang Asli adalah salah satu usaha dalam
Jabatan Kemajuan Orang Asli ini,mengutamakan fitrah semulajadi manusia yang di
peruntukkan Allah sumber ekonomi daripada alam dan program pembangunan ekonomi yang
sistemnya memelihara. Antara aktiviti-aktiviti dan program-program yang dijalankan ialah
aktiviti pembangunan tanah, perusahaan dan industri kecil, pembelian jentera pertanian,
ternakan dan bimbingan keusahawanan.Peningkatan pendapatan Orang Asli dari tahap
kemiskinan kepada tahap diatas tahap kemiskinan adalah tujuan program -program ini
dijalankan.

Orang asli dibahagikan kepada 19 sub golongan dan bagi tujuan pentadbiran, pihak JAKOA
telah membahagikan golongan tersebut kepada 3 kumpulan iaitu Negrito atau Semang, Senoi,

15
& Melayu Proto. Pembahagian ini dilakukan berdasarkan rupa fizikal, bahasa, & adat yang
diamalkan oleh setiap golongan. Selain itu, bangsa Kensiu, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendriq &
Bateq tergolong dalam kaum Negrito manakala bangsa Temiar, Semai, Semoq Beri, Che wong,
Jahit & Mah Meri tergolong dalam kaum Senoi. Sementara bangsa Temuan, Semelai, Jakun,
Orang Kanak, Orang Kuala, & Orang Seletar tergolong dalam kaum Melayu Proto.

5.4KEPENTINGAN DAKWAH BADAN BUKAN KERAJAAN TERHADAP ORANG


ASLI

Majoriti orang Asli masih lagi menganut agama animisme atau agama yang dianuti turun
temurun dari nenek moyang mereka. Hanya sekitar 8% mereka yang menerima dakwah dan
menjadi penganut agama Islam. Keadaan ini menunjukkan bahawa perkembangan dakwah
Islamiah dari jumlah penganut adalah tidak menggalakkan atau memberangsangkan. Antara
faktor yang menyumbang kearah itu, ia merupakan masalah besar yang menghalang gerakan
dakwah islamiah dalam kalangan orang Asli. Faktor ini ditambah pula dengan sikap mereka
yang terhutang budi dengan orang Cina yang menjalankan perniagaan dan terpengaruh dengan
cara hidup mereka yang suka berjudi. Faktor pendidikan yang rendah juga turut menyumbang
kepada penerimaan mereka kepada dakwah islamiah. Taraf pendidikan yang rendah ini
memberi kesan kepada sikap mereka untuk berfikir secara rasional dan menerima sesuatu yang
baharu. Dengan kata lain, kejumudan fikiran dan kedangkalan ilmu pengetahuan dilihat
menjadi penyebab kepada halangan mereka menerima dakwah dan sekaligus tidak berminat
terhadap program-program penerangan yang bercorak keilmuan.

Orang Asli masih lagi mempunyai sikap yang negatif terhadap ajaran Islam. Keadaan ini,
menurut Halim Mokhtar (2002: 44), disebabkan latar belakang pendidikan yang rendah.
Dengan ini pemikiran mereka tidak terbuka dengan perkembangan semasa dan tidak mendapat
pendedahan tentang agama Islam. Malah mereka masih lagi terhimbau dan terpengaruh dengan
pandangan Tok Batin tentang sejarah pahit yang dialami oleh nenek moyang mereka mengenai
perbuatan salah laku orang Melayu terhadap mereka. Di samping itu terdapat beberapa faktor
lain yang turut menyumbang kepada sikap mereka terhadap agama Islam, iaitu:

Berpegang teguh dengan ajaran kepercayaan nenek moyang. Ini merupakan kepercayaan
keturunan dan keluarga. Apabila memeluk agama Islam telah memberikan gambaran yang
negatif seperti akan hilang status Orang Asli dan takut dipanggil Mah Jobo’ (atau orang
Melayu) sekiranya meninggalkan agama nenek moyang mereka. Dalam kes tertentu Tok Batin

16
yang agresif akan memberikan tekanan kepada yang memeluk Islam dengan dipinggirkan dan
dipulau dalam kampung tersebut. Keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa keluar dari
kampung tersebut sekiranya ingin terus menganut agama Islam.

Berdasarkan kepada perbahasan di atas, apabila diteliti sememangnya JAKIM telah memberi
sumbangan yang besar di dalam perkembangan dakwah Orang Asli di Malaysia masa
kini.Pelbagai program dan bantuan kepada masyarakat Orang Asli dilaksanakan semata-mata
untuk memberi bimbingan dan sokongan dalam memahami serta mendalami ajaran Islam yang
disyariatkan oleh Allah S.W.T ini, tetapi minat mereka kepada agama Islam masih tidak begitu
kelihatan dan tidak banyak berubah.Meskipun menampakkan beberapa kejayaan dalam usaha
dakwah kepada golongan tersebut,namun masih tidak boleh dibanggakan lagi.Sehingga kini
belum banyak terdapat tanda-tandayang memperlihatkan peningkatan dalam penghayatan
ajaran Islam. Keadaan ini menunjukkan bahawa usaha-usaha dakwah tersebut masih belum
mencapai matlamat sebagaimana yang dikehendaki. Ini berdasarkan kenyataan yang dibuat
yang mengatakan sungguhpun pelbagai aktiviti telah dilaksanakan kepada masyarakat ini,
apabila dilihat dari sudut kualiti dalam penghayatan ajaran Islam dalam kalangan mereka yang
telah beragama Islam,rata-ratanya masih di tahap minima. Malah ada dikalangan mereka yang
menganggap agama Islam hanya sebagai ‘label’ rasmi status agama dalam konteks hubungan
dengan masyarakat luar.Sedangkan hakikatnya mereka masih terus menjalani kehidupan
dengan berlandaskan kepercayaan animisme yang diwarisi sejak turun temurun.

Dakwah badan bukan kerajaan dapat mengeratkan silaturahim antara orang asli kerana aktiviti
yang dijalankan bersama dapat mengakrabkan hubungan sesama masyarakat.Hal ini demikian,
dapat memberi masyarakat orang asli lebih bersosial dan berpikiran luas terbuka.
Kesimpulannya, masyarakat orang asli akan menerima ajaran islam dan menerima dakwah
daripada badan bukan kerajaan terhadap orang asli.

17
6.0 RUMUSAN

Berdasarkan dapatan kajian ini, Cabaran berdakwah kepada masyarakat Orang Asli yang tidak
menerima dakwah Islamiah kerana pegangan agama dan kepercayaan menuntut pendakwah
agar menyusun strategi dan pendekatan dakwah yang lebih berkesan kepada mereka. Ini
memerlukan sokongan dan bantuan pihak-pihak berwajib yang mempunyai kepentingan
kepada penduduk orang Asli. Dengan mempelbagaikan program yang bersifat kemasyarakatan
atau dakwah boleh menarik minat mereka kepada agama Islam, apatah lagi program-program
seperti itu mempunyai kepentingan dari segi memenuhi keperluan asas mereka. Sememangnya
pada hari ini terdapat perkembangan yang positif terhadap usaha dakwah yang dilakukan
seperti wujudkan perkampungan 100% Islam yang mempunyai masjid dan mendapat
kebenaran untuk berkhotbah menggunakan bahasa Orang Asli dan terdapat beberapa kampung
lain turun mendapat kebenaran untuk menunaikan solat jumaat. Sememangnya pada hari ini
terdapat perkembangan yang positif terhadap usaha dakwah yang dilakukan seperti wujudkan
perkampungan 100% Islam yang mempunyai masjid dan mendapat kebenaran untuk
berkhotbah menggunakan bahasa Orang Asli dan terdapat beberapa kampung lain turun
mendapat kebenaran untuk menunaikan solat jumaat. disampaikan tidak terus dipandang sepi
oleh golongan sasaran. Ini kerana telah banyak peruntukan kewangan dibelanjakan, begitu juga
banyak masa dan tenaga telah dicurahkan semata mata untuk menyebarkan dakwah Islamiah
dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Oleh yang demikian usaha untuk membentuk sebuah
masyarakat berlandaskan perintah Allah bukanlah satu usaha yang mudah. Usaha yang
bersungguh-sungguh dan berterusan perlu digembeling agar matlamat yang diharapkan akan
tercapai, iaitu lahirnya masyarakat yang bertaqwa kepada Allah.

18
7.0 RUJUKAN

Geraldine Tong. (2019). NGO Kumpul Sumbangan Bantu Orang Asli Kuala Koh.

https://www.malaysiakini.com/news/478971

Aktivis Bersatu Malaysia. (2019). Apa Itu NGO?

https://www.facebook.com/aktivisbersatu.my/posts/apa-itu-ngopertubuhan-bukan-kerajaan-
atau-ngo-adalah-organisasi-yang-ditubuhkan-/754664171621448/

Afiezy Azaman. (2019). Syarikat korporat, NGO, dan masyarakat desa tingkat bantuan
kepada Orang Asli.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/syarikat-korporat-ngo-dan-masyarakat-digesa-
tingkat-bantuan-kepada-orang-asli-216995

Razaleigh Muhamat Kawangit. (2014). Dakwah Kepada Muallaf Orang Asli:


Tanggungjawab dan Peranan Perkim Pahang.

https://www.researchgate.net/publication/301887172_DAKWAH_KEPADA_MUALLAF_O
RANG_ASLI_TANGGUNGJAWAB_DAN_PERANAN_PERKIM_PAHANG

Yayasan Al-Khalifah. (2021). Laporan Program/Aktiviti yang dijalankan NGO Yayasan Al-
Khalifah sepanjang tahun 2020.

https://www.yayasanalkhalifah.com/2021/01/laporan-programaktiviti-yang-dijalankan.html

Asmadi Bin Abdul Rahman. (2020). Cabaran Pelaksanaan Dakwah terhadap Masyarakat
Orang Asli oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

https://scholar.google.com.my/scholar?q=dakwah+terhadap+orang+asli&hl=en&as_sdt=0&a
s_vis=1&oi=scholart#d=gs_qabs&t=1652271696520&u=%23p%3Dn45tlg-0QJIJ

Dr Norma Mansor. (2014). NGO Penuhi Keperluan Sosial Rakyat.

https://www.bharian.com.my/kolumnis/2014/11/15982/ngo-penuhi-keperluan-sosial-rakyat

Haris Fadilah Ahmad. (2021). NGO bantu penduduk orang asli Bateq Taman Negara.

19
https://www.kosmo.com.my/2021/07/31/ngo-bantu-penduduk-orang-asli-bateq-taman-
negara/

Inspirasi Orang Asli. (2021). Organisasi yang Bekerjasama Dengan Orang Asli di Malaysia

https://www.wikiimpact.com/organisasi-yang-bekerjasama-dengan-orang-asli-di-malaysia-2/

Ismail Naim Abdullah. (2019). Kepentingan Aspek Pengetahuan Dan Kemahiran


Dalam Dakwah Terhadap Masyarakat Orang Asli.

https://scholar.google.com.my/scholar?q=dakwah+terhadap+orang+asli&hl=en&as_sdt=0&a
s_vis=1&oi=scholart#d=gs_qabs&t=1652272180704&u=%23p%3Dxl5hRHc7DJgJ

Engku Ahmad Zaki. (2017). Aktiviti Dakwah JAKIM terhadap masyarakat Orang Asli;
Pelaksanaan dan Cabarannya.

https://scholar.google.com.my/scholar?q=dakwah+terhadap+orang+asli&hl=en&as_sdt=0&a
s_vis=1&oi=scholart#d=gs_qabs&t=1652272262896&u=%23p%3D3YxHieAi4QEJ

Wikipedia. (2021). Non-governmental organization

https://en.wikipedia.org/wiki/Non-governmental_organization

Harakahdaily. (2021). Kenapa ramai yang tubuhkan NGO?

https://harakahdaily.net/index.php/2021/09/17/kenapa-ramai-yang-tubuhkan-ngo/

Kurniawati Kamarudin. (2018). Merdekakan Minda Orang Asli.

https://www.bernama.com/bm/rencana/news.php?id=1632183

Zulkefli Bin Aini. (2019). Amalan Komunikasi Dakwah Semasa Kelas Bimbingan Fardu
Ain Orang Asli Muslim di Selangor

http://www.ijlgc.com/PDF/IJLGC-2019-17-12-04.pdf

20
8.0 LAMPIRAN

21

Anda mungkin juga menyukai