Anda di halaman 1dari 12

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

CAWANGAN KEDAH

HBU 121: KESATRIA NEGARA

HBU121 DIPLOMA (2D)


LATIHAN DALAM KUMPULAN

NAMA KUMPULAN: WARIS PEWIRA (GROUP 3)

SLOGAN: ANAK MUDA PEWARIS BANGSA

PREPARED FOR
ENCIK AHMAD SUKRI BIN YAHYA

DATE OF SUBMISSION
21 NOVEMBER 2020
LATIHAN DALAM KUMPULAN

NAMA-NAMA AHLI WARIS PEWIRA:-

BIL NAMA PENUH NO MATRIK KOS

1 NUR IFFA HANNANI BINTI 2019243322 AD111


HAMDAN

2 FARAH NAJWA BINTI SABRI 2019237514 AM110

3 NUR SYAHILLA BINTI JAFFRI 2019421066 AM110

4 NUR AMANI BINTI BAHRIN 2019260368 BA111

5 NUR QURRATU'WADHIHAH 2019240082 BA111


BINTI AMALILASMAR

6 NURUL NAJWA BINTI MOHD 2019244462 BA111


AMIN

7 MUHAMMAD AL-HAFEZ BIN MAT 2019454642 BA118


RONI

8 NUR SHAFIEKA BINTI FIKRUL 2019485638 BA118


ANUAR

9 NOOR SHAFIKAH BINTI ABD 2019233914 BA119


MANAF

10 NUR ALLYA NATASYA BINTI 2019215574 BA119


RODSHIDI

11 HUMAIRATUL ZAQQIRA BINTI 2019666224 CS110


ABDUL RAHIM

12 NUR NADIAH BINTI ZAHARI 2019815654 IM120

13 SITI NUR LIYANA BINTI 2019226476 AM110


ZAMZURI

14 NURLAILA BINTI DEWAN 2019237138 AC110


LATIHAN DALAM KUMPULAN

PENDAHULUAN

Patriotisme seringkali dikaitkan dengan cintakan negara yang merupakan satu


semangat atau nilai yang perlu diamalkan dalam lapisan masyarakat khususnya
generasi muda. Di samping itu, nilai-nilai murni yang merupakan sebahagian
daripada nilai patriotisme perlulah dihayati dan diamalkan dengan sebaik mungkin
untuk menjamin kemajuan negara dan pembentukan generasi yang berakhlak mulia.
Maka, sangat wajar bagi generasi masa kini memupuk semangat patriostisme
sebagai pegangan yang utama dan dijiwai dalam jiwa segenap masyarakat Malaysia
untuk pencapaian negara dalam era pasca medenisme atau dikenali sebagai
masyarakat majmuk.

Pada masa ini, ramai generasi muda mempunyai semangat patriotik yang sangat
rendah dalam dirinya. Ini telah menjadi satu kebiasaan dalam kalangan generasi
muda yang dilahirkan selepas kemerdekaan. Kesedaran patriotik dalam diri mereka
semakin berkurangan dari semasa ke semasa dan ini akan menyebabkan
masyarakat perlu diberikan pendedahan dan keperluan yang lebih mendalam dalam
patriotisme. Mereka sekadar mengetahui takrif patriotik kerana mudah ditemui dan
difahami dari akhbar dan iklan di media elektronik tetapi tidak menerapkan nilai-nilai
murni yang di didik.

Punca kekurangan semangat nasionalisme dalam kalangan generasi muda ini


adalah kerana mereka mempunyai kehidupan yang selesa, tidak seperti
pahlawan-pahlawan yang telah berjuang untuk membebaskan negara daripada
penjajah sepertimana Tok Janggut, Datuk Bahaman, Datuk Maharaja Lela dan
lain-lain lagi yang terpaksa melaluinya.Menurut Saifuddin (2002), generasi muda hari
ini hendaklah sentiasa memupuk semangat setia dan cinta akan negara serta
semangat patriotisme dan tidak melakukan sesuatu yang boleh merugikan bangsa
dan negara.Negara memerlukan generasi yang berdisiplin dan produktif kerana ia
menjadi kemudi pembangunan dan kepimpinan negara pada masa akan datang.

PERATURAN 3K

KETERLIBATAN

Keterlibatan boleh ditakrifkan sebagai perihal terlibat. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat dasar ini merupakan suatu gagasan umum mengenai segala aspek sebagai

2
LATIHAN DALAM KUMPULAN

contoh belia dalam masyarakat. Keterlibatan juga dapat dijelaskan berdasarkan


perilaku seseorang individu. Sebagai contoh yang boleh saya berikan adalah
keterlibatan para pelajar mahupun para pelatih dalam aktiviti yang dianjurkan oleh
pihak universiti. Banyak aktiviti yang dilaksanakan yang memerlukan keterlibatan
peserta. Sebagai contoh, aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang ditekankan
kepada para pelatih yang mengambil subjek HBU121. Aktiviti seperti ini dilakukan
adalah untuk melatih kita untuk bekerjasama dan juga terlibat sama dalam aktiviti
berkumpulan. Setiap para pelatih dapat berkongsi buah fikiran sesama mereka
dengan menyertai aktiviti sebegini. Ini dapat memberikan impak yang positif dalam
diri setiap individu.

Seterusnya, keterlibatan dalam aktiviti Latihan Dalam Kumpulan ini dapat melahirkan
modal insan yang holistik dan seimbang. Pelbagai nilai-nilai murni yang dapat kita
terapkan dalam diri setiap individu. Antara nilai murninya yang dapat kita contohi
adalah nilai kepimpinan. Nilai kepimpinan sangat dititikberatkan kepada generasi
masa hadapan adalah kerana mereka merupakan bakal-bakal pemimpin negara
pada masa akan datang. Dengan keterlibatan dalam aktiviti seperti ini, kita dapat
mengukuhkan nilai perpaduan diantara setiap kaum mahupun di setiap para pelajar.
Bagi mewujudkan negara yang aman dan makmur, perpaduan merupakan salah satu
factor penting.

Selain keterlibatan pelajar dalam aktiviti universiti, pelajar juga perlu bergiat aktif
dalam hal hal politik. Kajian oleh Junaidi et al. (2013) menyatakan penglibatan
mahasiswa dalam politik kampus secara asasnya adalah sebagai satu platform untuk
mereka mengasah bakat dan sahsiah kepimpinan. Hasil kajian pada tahun 2013
adalah seiring dengan apa yang berlaku dalam area politik negara, dimana
kebanyakkan ahli politik negara sudah didedahkan dengan suasana politik kampus
sewaktu tempoh pengajian mereka. Golongan mahasiswa yang terlibat secara
langsung dalam politik kampus mempunyai aspirasi untuk meneruskan penglibatan
politik mereka ke peringkat yang lebih tinggi lagi selepas tamat pengajian di universiti
kelak.

Kajian telah mengenalpasti faktor dalaman yang mempengaruhi keterlibatan


mahasiswa dalam PRK. Beberapa permasalahan yang berlaku dalam kampus seperti
tiada bekalan air, masalah capaian Internet, dan harga makanan yang mahal menjadi
dorongan kepada beberapa mahasiswa untuk terlibat dalam politik kampus.
Mahasiswa lebih Nampak dan memahami setiap permasalahan yang berlaku dalam

3
LATIHAN DALAM KUMPULAN

kampus.. Dengan ini, MPP yang dilantik semasa PRK berperanan menjadi perantara
pelajar dengan pihak pentadbiran universiti. Mahasiswa yang memegang jawatan
dalam MPP mempunyai banyak tanggungjawab dan berharap agar masalah dalaman
yang timbul di kampus dapat diselesaikan.

Oleh itu, setiap mahasiswa di mana mana universiti perlulah terlibat dalam aktiviti
aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti. Ini bagi memudahkan sikap
tanggungjawab dan bekerjasama antara kumpulan dalam dipupuk dalam diri
mahasiswa.

KETERBUKAAN

Keterbukaan dalam erti lain bermaksud menerima pendapat orang lain.


Keterbukaan sangat penting apabila kita bekerja secara berkumpulan. Hal ini kerana,
sikap keterbukaan ini akan membantu melicinkan proses membuat keputusan. Selain
itu, keterbukaan juga penting dalam mendapatkan idea yang bernas. Sebagai contoh,
sebuah negara telah berperang dan negara tersebut mempunyai tawanan perang.
Negara ini telah bermesyuarat untuk mendapatkan pandangan daripada pihak-pihak
tertentu. Satu pihak mengatakan mereka perlu membunuh tawanan perang dan satu
pihak lagi berpendapat mereka perlu membebaskan tawanan perang dengan syarat
mereka perlu mengajar anak-anak kecil perkara yang baik dalam tempoh-tempoh
tertentu. Contoh ini dapat membuktikan jika negara tersebut memilih untuk
membunuh maka mereka tidak akan memperoleh ilmu untuk diberikan ke[ada
anak-anak kecil di negara tersebut. Dengan sifat keterbukaan, jelas bahwa keputusan
yang dibuat bagi mengatasi masalah lebih baik.

Selain itu, keterbukaan juga mampu membaikkan keadaan. Hal ini demikian
kerana, tiada pihak akan tersinggung sekiranya hanya seorang individu dapat
memberi cadangan. Perkara ini seterusnya memberikan impak yang positif kepada
sesebuah organisasi untuk berkembang dengan lebih maju. Sikap mementingkan diri
juga dapat dikurangkan dan ini mampu menimbulkan suasana yang sihat di dalam
sesebuah komuniti. Dengan suasana yang baik organisasi tersebut mampu bekerja
dengan efektif dan memberi manfaat kepada orang lain.
Sikap keterbukaan dapat ditakrifkan sebagai kesediaan untuk menerima atau
memberi pendapat dan bersedia untuk dikritik serta mudah membuat suatu
pembaharuan.

4
LATIHAN DALAM KUMPULAN

Pengamalan peraturan ini sangatlah dititikberatkan dalam setiap kelompok


masyarakat dengan tidak menghakimi pendapat orang lain bagi mencapai
kesepakatan dan toleransi antara seseorang individu dan individu yang lain.Hal ini
kerana dalam kehidupan sehari-hari pasti akan berlaku perbezaan pendapat yang
tidak mampu dihindari kerana setiap orang mempunyai persepsi yang
berbeza-beza.Sikap ini juga penting dalam proses untuk menghasilkan satu
keputusan yang terbaik dan sebulat suara.

Misalnya,dalam menyelesaikan tugasan dalam berkumpulan sebagai seorang pelajar


jika didapati seseorang individu itu tidak menyelesaikan tugasannya dengan
sempurna atau berlaku pencanggahan pendapat maka ahli yang lain perlulah
berbincang atau membantu tanpa menghukuminya seperti membimbing dan memberi
tunjuk ajar yang mudah difahami dan jelas.

Tambahan pula,individu yang memupuk sikap ini dapat menjadi seseorang yang
berjaya dalam kehidupannya kerana bukan sahaja dapat menyumbang idea dan
menerima pandangan orang lain malah ia juga mudah untuk menyesuaikan diri
dengan persekitaran yang baru.

Tuntasnya, setiap individu mempunyai hak dalam memberi cadangan. Sifat


keterbukaan perlu diterapkan kepada semua generasi. Ini bukan sahaja memberikan
impak positif terhadap organisasi tertapi juga mampu membaiki hubungan antara
organisasi. dengan ini jelaslah bahwa sikap keterbukaan sangat penting dalam
organisasi terutama dalam membuat keputusan yang berpandangan jauh dsn bernas.

KERJASAMA

Kerjasama bermaksud memberi kerjasama serta bantuan sepenuhnya semasa


melakukan aktiviti secara berkumpulan. Kerjasama adalah salah satu perkara yang
amat penting dalam berkumpulan. Hal ini kerana, sikap bekerjasama ini dapat
meringankan beban terhadap sesuatu kerja atau tugas yang diberikan. Selain itu,
dengan bekerjasama mereka dapat berkongsi maklumat, memberikan motivasi atau
pendapat mereka , serta membantu membuat keputusan yang lebih baik. Di samping
itu, di dalam sebuah kumpulan semestinya akan ada ahli-ahli yang mempunyai
pelbagai jenis bakat dan kebolehan. Keupayaan kreativiti ahli kumpulan sering
membawa kepada hasil terbaik jika disatukan bersama-sama. Apabila setiap
kemahiran itu digabung dalam sesi brainstorming, pasukan itu dapat menjana daya

5
LATIHAN DALAM KUMPULAN

kreativiti bersama dan meningkatkan lagi peluang mendapatkan penyelesaian atau


hasil terbaik.

Selain itu, nilai kerjasama dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan
semua kaum di Malaysia. Malaysia dikenali sebagai satu negara yang mempunyai
kaum yang berbilang bangsa iaitu kaum Melayu, Cina, India, Iban dan banyak lagi.
Perpaduan antara kaum sangat penting dalam menjamin keharmonian dan
keamanan negara. Justeru itu, nilai kerjasama merupakan salah satu nilai penting
yang perlu dipraktikkan oleh semua kaum tanpa mengira bangsa, umur mahupun
pangkat. Semangat perpaduan antara kaum dapat dipupuk melalui aktiviti harian
dalam kehidupan. Sebagai contoh, semua kaum bersatu padu dalam melaksanakan
aktivti gotong royong bagi membersihkan kawasan perumahan atau tempat awam. Ia
dapat mengeratkan hubungan sesama kaum serta mewujudkan persekitaran yang
baik. Seterusnya, kerjasama dalam melaksanakan sesuatu majlis juga dapat
mewujudkan semangat patriotisme dalam kalangan kaum. Contohnya, semua kaum
bekerjasama dalam menyambut Hari Kemerdekaan bagi menjayakan majlis
sambutan kemerdekaan tersebut. Malah, ianya dapat melahirkan rasa hormat serta
dapat mengenang jasa semua pejuang yang bertungkus lumus beruang untuk
memerdekakan negara Malaysia. Ia juga dapat memupuk semua kaum untuk
memupuk semangat cinta akan negara.

Justeru itu, nilai kerjasama perlu dipraktikkan oleh semua orang dalam semua aktivti
yang dilakukan dalam kehidupan harian. Kerjasama juga memainkan satu peranan
yang penting dalam memupuk semangat patriotisme yang merupakan salah satu
impak yang besar kepada negara bagi menjamin kemakmuran dan keamanan negara

LIRIK LAGU TANGGAL 31 OGOS – SUDIRMAN

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia

6
LATIHAN DALAM KUMPULAN

Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara


Ramai-ramai menyambut hari Merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara


Ramai-ramai menyambut hari Merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Mari kita seluruh warga negara


Ramai-ramai menyambut hari Merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !


Merdeka !.

7
LATIHAN DALAM KUMPULAN

LAMPIRAN SOALAN KUIZ NEGARA (NO 3)

PERLEMBAGAAN

Perlembagaan merupakan sesebuah organisasi atau negara yang menjelaskan


bentuk, struktur, kegiatan, sifat dan peraturanya yang utama. Perlembagaan juga
lazim dipakai dalam baku Malaysia, ia datangnya daripada pengimbuhan lembaga.
Perkataan perlembagaan ini mula dipakai dalam tujuan merasmikan perlembagaan
persekutuan tanah melayu 1948.

Perlembagaan juga digunakan dalam bentuk undang-undang penting, yang biasanya


dikeluarkan oleh seorang penguasa lalu digunakan secara meluas dalam
penggubalan undang-undang berkanun. Ia juga merupakan prinsip-prinsip asas yang
menentukan cara sesebuah negeri itu diasaskan dan diperintah. Sebagai contoh
penguasa yang mengunakan perlembagaan ialah raja, sultan, badan-badan kerajaan,
persatuan-persatuan sukarela, parti-parti politik dan syarikat-syarikat sektor awam
mahupun swasta.

Selain itu, perlembagaan juga berkait dengan cara keputusan awam dicapai dan
kuasa agihan antara institusi kerajaan, sama ada di pusat ataupun pada peringkat
tempatan. Perlembagaan juga akan menetapkan had-had kewibawaan kerajaan dan
cara-cara pemilihan serta pelantikan pemerintah seperti yang termaktub dalam
undang-undang.

Akhir sekali, kewujudan perlembagaan ini adalah untuk menyelaraskan


pemerintahan sesebuah negara dan ia juga berperanan sebagai garis panduan
pembentukan undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat.
Perlembagaan juga bermatlamat untuk memberikan jaminan dan perlindungan
kepada rakyat

PERJUANGAN

MAKSUD PERJUANGAN

8
LATIHAN DALAM KUMPULAN

Perjuangan mempunyai makna yang sangat besar iaitu satu usaha yang gigih dan
sanggup berkorban untuk capai matlamat, objektif dan hala tuju dalam sesuatu
perkara. Perjuangan mempunyai dasar dan prinsip yang jitu dan bukan sekadar
semangat, tetapi juga sebagai kefahaman yang jelas, keikhlasan dan kesungguhan.

Kepentingan perjuangan

Antara kepentingan perjuangan ialah untuk mencipta masyarakat yang lebih terbuka
untuk mendapatkan kebahagiaan perseorangan bagi menjamin kemerdekaan negara
dan membebaskan akal dan fikiran. Dengan kata lain, perjuangan itu adalah satu
semangat untuk melahirkan sesuatu yang batu terutama dalam patriotisme. Selain itu,
perjuangan juga boleh mewujudkan dan melahirkan satu identiti baru kepada negara
yang dijajah iaitu seseorang yang berani dan bersatu padu untuk menentang musuh.

Kaitan perjuangan dalam patriotisme

Perjuangan dan patriotisme mempunyai kaitan antara satu sama lain iaitu perjuangan
dalam memupuk patriotisme dalam diri masyarakat. Antaranya ialah perjuangan
untuk membina nilai persefahaman dan penyatuan antara manusia serta perjuangan
pelaburan yang strategik ke arah keselamatan negara. Sebagai contoh untuk
perjuangan dalam mencapai nilai persefahaman antara kaum. Hal ini dapat dilihat
dalam usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan. Seperti tema-tema
kemerdekaan yang berkaitan dengan perpaduan kaum. Contohnya, nasionalisme
teras perpaduan.

Contoh perjuangan dalam pasukan

Antara contoh perjuangan pasukan yang dapat dilihat dalam permainan seperti
Pertandingan Bina Model Bangunan Bersejarah dapat memupuk semangat
perjuangan antara kumpulan-kumpulan untuk bersaing serta dapat melihat kerjasama
antara ahli kumpulan. Antara syarat- syarat permainan ialah, ia terbuka kepada
semua orang dengan syarat 5 orang dalam satu pasukan dan setiap pasukan harus
memilih satu jenis bangunan bersejarah yang berlainan. Peralatan yang dibenarkan
hanya straw, tanah liat, mancis dan penutup botol minuman. Sebagai contoh, Kota A
Famosa dan ia dibina dengan menggunakan mancis. Hal ini dapat menunjukkan
semangat perjuangan sekaligus kerjasama dalam kalangan ahli pasukan untuk
menghasilkan satu model yang menarik.

9
LATIHAN DALAM KUMPULAN

5 PERKARA YANG SAYA TAHU ATAU PELAJARI

1. Mendapat pengetahuan tentang perlembagaan negara

 Sepanjang latihan dalam kumpulan dilaksanakan, kami mempelajari dan


mendapat banyak pengetahuan tentang Perlembagaan negara.
 Contohnya, kami mempelajari tentang raja sebagai ketua negara, Islam
agama rasmi negara dan lain-lain.

2. Dapat memupuk semangat dan perasaan cinta kepada negara

 Setelah mempelajari dan melakukan perlbagai aktiviti yang berkaitan dengan


negara, semangat dan perasan cinta kepada negara membuak-buak di
dalam diri.
 Sebagai contoh, sewaktu menyanyikan lagu patriotik negara.

3. Melahirkan semangat berpasukan

 Sewaktu menjalani Latihan Dalan Kumpulan, kami mendapati bahawa kami


sekumpulan menjadi rapat dan mempunyai semangat berpasukan.
 Contohnya, kami sekumpulan akan saling membantu setiap ahli kumpulan
yang mempunyai masalah dalam sesuatu perkara

4. Memperbaiki kemahiran berkomunikasi

 Contohnya, apabila ditetapkan untuk berada di dalam satu kumpulan,


kebanyakkan daripada ahli kumpulan tidak mengenali sesama sendiri.
Selepas melakukan aktiviti bersama, kami mendapati bahawa semua ahli
kumpulan telah menjadi rapat dan selesa melakukan aktiviti bersama.
 Oleh kerana ini, kemahiran berkomunikasi dalam diri ahli kumpulan menjadi
lebih baik.

5. Mempelajari tentang negara melalui cara yang menarik

10
LATIHAN DALAM KUMPULAN

 membuatkan peserta berasa sangat teruja dan seronok untuk mempelajari


tentang negara.
 Contohnya, aktiviti mengenai lagu patriotik, kuiz tentang negara dan bnyak
lagi.

KESIMPULAN

Nilai patriotisme adalah nilai penting yang perlu diterapkan dalam diri seorang
warganegara Malaysia. Negara Malaysia yang menjalankan pemerintahan secara
demokrasi dimana rakyat mempunyai kuasa memilih pemimpin yang berwibawa
untuk menerajui negara dalam masa lima tahun sebelum pilihan raya seterusnya
dijalankan. Kewujudan Raja Berperlembangaan di Malaysia mampu mengawal
segala tindakan yang dilakukan oleh pemimpin negara dan dapat membuahkan
sesuatu keputusan yang baik untuk rakyat.

Peraturan 3K yang telah ditetapkan iaitu keterlibatan, keterbukaan dan


kerjasama dapat memberi kesan kepada pemikiran pelajar-pelajar. Keterlibatan
membawa maksud semua pelajar perlu mengambil bahagian dalam tugasan yang
diberikan. Keterbukaan pula bermaksud menerima pandangan orang lain dan
meraikan perbezaan pendapat yang pastinya akan membawa kepada satu keputusan
akhir yang bagus. Akhir sekali, kerjasama bermaksud memberi kerjasama dan
bantuan serta sokongan kepada ahli kumpulan agar tugasan yang diberikan dapat
disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan.

Aktiviti yang disediakan iaitu aktiviti perlawanan antara kumpulan dapat memberi
kesan kepada pelajar. Antara kesannya, sewaktu aktiviti dijalakan, semua ahli
kumpulan akan bekerjasama dan saling membantu dalam memastikan kumpulan
masing-masing menjuarai aktiviti tersebut. Penglibatan ketua kumpulan memainkan
peranan penting kerana tanpa ketua, anak buahnya pasti terumbang-ambing. Aktiviti
ini juga dapat memberikan gambaran positif kepada diri sendiri dan orang lain
seterusnya kita dapat mengamalkan sikap kerjasama dan tolong-menolong dalam
kehidupan harian.

11

Anda mungkin juga menyukai