Anda di halaman 1dari 25

CTU 241

SEMPURNA AKHLAK SEMPURNA IMAN

KUMPULAN :

CEEC110E1DISEDIAKAN OLEH:

MUHAMMAD NAZMIE FITRI BIN SAMSOL  (2022665424) ADAM HAIKAL BIN


SHAMSUDDIN  (2022676224)  KHAIRIL AMALUDDIN BIN KHAIRUL  (2022662482)

NAMA PENSYARAH:

MOHD HUEFIROS EFIZI BIN HUSAIN

MARKAH PENULISAN KERTAS KERJA

Pengenalan Objektif Kajian Literatur Metodologi, Dapatan Rumusan & Rujukan Jumlah
& Perbincangan Etika

4 Markah 4 Markah 8 Markah 16 Markah 4 Markah 4 Markah 40

MARKAH PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

Gaya Pembentangan Kerja Berpasukan Pemikiran Kreativiti Profesionalisme Jumlah


Kritis

4 4 4 4 4 20

SEMESTER: OKT - FEB 20

PENGAKUAN KEASLIAN KERJA


Saya KHAIRIL AMALUDDIN BIN KHAIRUL, No pelajar 2022662482. Saya
ADAM HAIKAL BIN SHAMSUDDIN, No pelajar 2022676224. Saya
MUHAMMMAD NURNAZMIE FITRI BIN SAMSOL, No pelajar
2022665424

Mengakui bahawa semua hasil kerja di dalam tugasan yang bertajuk SEMPURNA
AKHLAK SEMPURNA IMAN

Adalah semua hasil tugasan yang saya serahkan adalah hasil kerja saya sendiri, tidak
meniru dan plagiat dari mana-mana sumber dan tidak mencuba untuk memplagiat dari
mana-mana hasil kerja. Saya sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar perakuan
yang dibuat boleh dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib ACIS”

Pengakuan ini dibuat pada :

2 DISEMBER 2022

Tandatangan:
PENGHARGAAN

Assalamualaikum, bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat
kami menyelesaikan kajian kami yang telah diusahakan selama ini yang bertakjuk
sempurna akhlak sempurna iman.

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu penting yang banyak
membantu kami sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Terutama sekali kepada Mohd
Huefiros Efizi bin Husain kerana beliau telah banyak membimbing kami untuk
menyiapkan tugasan ini serta memberi semangat kepada semua pelajar.

Seterusnya, terima kasih juga kepada mahasiswa/mahasiswi Pasir Gudang yang


terlibat dan banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini

Tak lupa dan tak bukan kepada rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas
pulas dalam menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali,terima kasih terhadap pihak-pihak yang telah membantu kami secara
langsung ataupun tidak dalam menyempurnakan kajian ini. Semoga kajian ini dapat
membantu semua pihak dalam mengurangkan masalah remaja yang kurang berakhlak.
ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGENALAN 
1-2

 
3-5
PERMASALAHAN KAJIAN
PERSOALAN KAJIAN
OBJEKTIF KAJIAN
KEPENTINGAN KAJIAN
 

 
KAJIAN LITERATUR 6-14
METADOLOGI KAJIAN  
DAPATAN KAJIAN

 
RUMUSAN 15-19
RUJUKAN
1.0 PENGENALAN
  
                 Akhlak merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan kita.Akhlak berasal
daripada perkataan Al Khuluq.Al Khuluq bermaksud tabiat atau tingkah laku.Menurut
Imam Al Ghazali,akhlak merupakan gambaran tentang keadaan dalam diri manusia yang
telah sebati dan daripadanya terbit tingkah laku secara mudah dan senang tanpa
memerlukan pertimbangan atau pemikiran.Akhlak sangat penting bagi seseorang kerana
akhlak juga merupakan cermin diri kita terhadap sesama manusia. 

Selain itu,Iman pula merupakan ketaatan kita kepada Allah terhadap perintahnya
dan larangannya.Iman ialah kepercayaan ,keyakinan dan kepercayaan kepada
Allah,Nabi,Kitab dan sebagainya.Sebagai umat yang beragama Islam kita semestinya
diwajibkan mengetahui dan mempercayai 6 Rukun Iman iaitu Percaya kepada
Allah,Percaya kepada malaikat,Percaya kepada Kitab-kitab,Percaya kepada
Rasul,Percaya kepada Hari Kiamat dan Percaya kepada Qadha’ dan Qadar.Iman juga
tidak dapat diwarisi oleh seseorang walaupun ia merupakan keluarga kiat.Hal ini kerana
iman hanya terbentuk dari kepercayaan seseorang dan ketaatan kepada Allah.

Namun pada zaman kini,ramai golongan remaja kini kurang mempunyai akhlak
dan iman yang sepurna.Hal ini kerana, banyak remaja pada masa kini lebih leka dengan
kehidupan di dunia dan tidak mengingati hari kiamat.Remaja lebih gemar
berlepak,merokok,berjudi,dan sebagainya.kita dapat lihat remaja juga kurang sopan
terhadap orang yang lebih tua seperti ibubapa dan orang yang berada disekeliling.Meraka
lebih gemar meninggikan suara di hadapan orang tua kerana pendapat mereka di tolak
oleh orang tuannya.Selain itu,remaja juga tidak sopan dan tidak menghormati orang yang
lebih muda.Hal ini kerana mereka berfikir mereka lebih tua dan meraka juga lebih
berpengetahuan tanpa mereka sedar yang meraka salah.Hal ini dapat  menunjukkan
remaja pada zaman kini mereka mempunyai akhlak yang kurang sempurna. 
Selain itu,remaja pada masa kini lebih gemar berhibur seperti bermainan video
game secara berlebihan sehingga meninggalkan solat 5 waktu.Hal ini dapat menunjukkan
bahawa remaja tidak takut akan azab daripada Allah.Remaja juga lebih meminati idola-
idola mereka daripada Rasullullah.Hal ini menyebabkan remaja kurang melakukkan
sunah-sunah yang dilakukkan oleh Rasullullah.
 
                 
2.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Dewasa ini, Tindakan segelintir pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
yang melakukan perbuatan biadab dengan menconteng baju sekolah dengan cacian,
memaki guru dan melempar buku sekolah ke dalam sungai bukan sahaja menconteng
arang di muka sendiri bahkan turut mencemarkan nama baik keluarga dan sekolah.
Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja moden semakin menjadi-jadi akibat terlalu
meniru perlakuan tidak bermoral yang dipaparkan dalam gajet. Berakhirnya SPM bukan
bermaksud tamatnya episod suka duka dalam menuntut ilmu, sebaliknya pelajar akan
berdepan lebih banyak dugaan dan pengalaman dalam proses menuntut ilmu di masa
akan datang. Remaja perlulah memenuhi dada mereka dengan sebanyak mungkin ilmu
pengetahuan untuk dipraktikkan dalam urusan pentadbiran nanti. Ini kerana pemimpin
yang berilmu dapat membantu masyarakat dan negara melalui kebolehan berfikir secara
kritis dan inovatif. Ini menunjukkan bahawa remaja jangan sesekali hilang rasa hormat
terhadap orang lain dalam diri masing-masing. Berita juga menunjukkan bahawa
sebanyak 70% remaja berkelakuan tidak berakhlak. Oleh itu, berilah pendedahan awal
kepada anak-anak anda yang masih kecil tentang akhlak.
3.0 PERSOALAN KAJIAN

Masalah akhlak ini sering berlaku di kalangan remaja sehingga menjadi perbualan dan
percakapan masyarakat akan punca berlakunya masalah ini.Antara persoalan yang
diajukan ialah:

1.Apakah punca berlaku keruntuhan akhlak remeja ?


2.Apakah pandangan islam terhadap keruntuhan akhlak ?
3.Langkah untuk mengekang keruntuhan akhlak remaja di Malaysia ?

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian masalah buli di kalangan mahasiswa dijalankan berdasarkan objektif-objektif


berikut:

1.Menghuraikan punca keruntuhan akhlak remaja

2.Menjelaskan pandangan islam


3.Mengemukakan langkah untuk mengekang keruntuhan akhlak remaja di Malaysia

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN

1.Kajian ini dapat menyedarkan remaja bahawa akhlak itu penting dalam diri

2.Kajian ini dapat membantu remaja untuk sentiasa berakhlak kepada semua orang

3.Memberi Remaja refleksi keatas perkara perkara yang dilakukan

4.Menjadi salah satu punca remaja dapat memperbaiki iman mereka


6.0 KAJIAN LITERATUR

Dalam era globalisasi ini, gejala remaja tidak berakhlak sering berlaku dalam
kalangan masyarakat. Perkongsian di media sosial tentang kes remaja tidak berakhlak
terhadap ibubapa, guru, ataupun orang tua telah banyak berlaku. Tetapi kes ini menjadi
titik persoalan sampai bilakah gejala yang kurang sihat ini akan berlaku dalam
masyarakat kita terutamanya di rumah yang merupakan tempat dimana mereka sendiri
membesar. Kes ini bukan sahaja melibatkan dosa dengan seseorang malah dengan Allah
juga kerana islam ataupun nabi tidak pernah mengajar kita untuk menjadi orang yang
tidak berakhlak.

Selain itu, masalah ini berlaku disebabkan ibubapa yang tidak mendidik anak
mereka sejak kecil lagi bak kata pepatah ‘Bagaimana acuan begitulah kuihnya’. Kes ini
dipandang remeh oleh ibubapa kerana mereka tidak memikirkan tentang kesan yang
berlaku kepada anak mereka pada masa akan datang. Tambahan pula, pihak sekolah perlu
membuat program tentang kepentingan akhlak dalam kehidupan seharian supaya pada
masa akan datang mereka akan lebih berakhlak mulia kepada masyarakat sekeliling. Oleh
itu, Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi menerangkan tentang mengapa kes ini semakin
berleluasa dan punca remaja kurang berakhlak.

Sudah terang lagi bersuluh, bahawa kebanyakan ibubapa dan pihak sekolah tidak
mengambil serius tentang kes ini walaupun sudah jelas kes ini sudah berleluasa di mana-
mana. Hal ini disebabkan mereka mengaggap kes ini remeh dan tidak mengambil cakna
tentang akhlak remaja. Sebagai contoh, mereka tidak membuat sebarang Tindakan bagi
mengatasi kes ini.Tambahan,mereka hanya menyalahkan antara satu sama lain dan tidak
menegur remaja yang kurang beradab atas alasan tidak mahu menjaga tepi kain orang
ataupun mereka hanya berfikir bahawa remaja perlu berubah dengan sendiri tanpa
bantuan dari sesiapa.Jika mereka tidak membuat tindakan yang betul kes ini terus
berulang dan berlaku memberi kesan yang negatif kepada remaja dan masyarakat pada
jangka masa yang lama pada masa akan datang kepada negara.Maka,semua pihak
menggambil memainkan peranan yang penting sepertti berat sama dipikul,ringan sama
dijinjing untuk membendung sifat ini daripada berluluasa dan dijadikan amalan dalam
kehidupan seharian,jika tidak pelbagai masalah yang akan berlaku sekiranya masalah ini
tidak dapat di bendung kerana mempunyai masalah dalam akhlak.
Di samping itu,punca remaja kurang berakhlak ini kerana pengaruh media massa
yang merupakan satu cabaran utama dalam diri remaja.Pada zaman yang serba moden
ini,media massa merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian.Media massa
mempunyai kebaikkan namun media massa juga mempunya lebih banyak
keburukkan.Hal ini kerana,remaja akan terpengaruhi oleh video-video yang di muat naik
di media massa sehinggakan meraka ingin mencuba membuat perkara-perkara
tersebut.Sebagai contoh,remaja kini lebih obsess akan bintang-bintang artis yang terkenal
sehingga sanggup menghabiskan beribu-ribu duit semata-mata hanya mahu melihat
konsert yang diadakan.Selain itu,sifat semulajadi remaja yang sentiasa ingin mecuba
sesuatu sesuata yang baru.Walaupun pada awalnya niat mereka hanyalah untuk
mencuba,tetapi lama-kelamaan mereka akan ketagih dan terus terjebak dalam aktiviti
haram itu.

Tambahan, kebanyakkan ibubapa pasti tidak mahu anak mereka sendiri menjadi
seorang yang tidak berakhlak kerana ini menunjukkan imej terhadap keluarga dan orang
sekeliling remaja tersebut. Selain dari ibubapa pasti masyarakat semestinya tidak
mengingini kes ini berleluasa kerana kes ini boleh dijadikan sebagai imej negara
kebanyakkan negara lain mungkin bertanya bagaimana masyarakat Malaysia di didik.
Oleh itu, ibubapa dan pihak tertentu perlu bekerjasama untuk membendung masalah ini
dari terus berleluasa. Setiap ibubapa perlulah terapkan sifat berakhlak mulia dalam diri
anak-anak sejak kecil supaya mereka akan menjadi remaja yang sentiasa berakhlak mulia.
Justeru, pihak sekolah juga perlu membuat program yang mengatakan betapa pentingnya
akhlak dalam diri masing-masing. Hal ini kerana akhlak penting dalam diri seseorang.
Antara langkah-langkah yang boleh memupuk iman dalam diri remaja ialah
ibubapa boleh memarahi dan merotan anaknya ketika anaknya tidak solat.Hal ini dapat
memberikan peringatan dan pengarajaran kepada remaja untuk tidak meninggalkan solat
dan berusaha untuk solat diawal waktu.Sebagai contoh,remaja akan takut akan di rotan
oleh ibubapa meraka akan mengerjakan solat dan tidak akan berani meninggalkan
solat.Kesannya,akan banyak terlahirnya remaja yang akan beriman dan beribadat kepada
Allah dan secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan sihat.

Menurut kata Datuk Idris Ahmad (Utusan Malaysia,21 Ogos 2022) berkata
“Cukup-cukuplah hiburan melalaikan.Insaf dan renungi musibah wabak Covid-
19.Kembalilah kita semua kepada Tuhan”.Sehubungan dengan itu,remaja perlulah
berazam dalam diri utuk tidak melakukkan maksiat dan meninggalkan larangan Allah
SWT dengan erti kata lain remaja perlu lebih bertakwa dan beriman kepada Allah.Hal ini
dapat menjaga hubungan kita kepada Allah kerana kita telah melakukkan perintahnya
serta mentaatinya.Sebagai contoh,remaja perlulah berzikir kepada Allah supaya dapat
membersihkan hati dan mengingati diri kepada Allah.Kesannya,remaja dapat
mendekatkan diri kepada Allah dan dapat mengelak dari musibah.

Selain itu,remaja perlulah memperbanyakkan membaca Al-Quran kerana Al-


Quran merupakan mujizat dan panduan hidup dalam diri setiap umat muslim.Di dalam
Al-Quran terdapat banyak cara,pengarajaran serta sejarah-sejarah terdahulu yang dapat di
jadikan iktibar serta dapat merubah hidup kearah yang lurus.Sebahagian ayat Al-
Quran,mampu menggetarkan hati dan membuatkan seseorang menangis akan segala dosa
dan kesalahan yang pernah dilakukkannya lalu memberikan ketenangan hati
kepadanya(Yadim, 1 March 2018).Sepertimana firman-Nya yang bermaksud:
“Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi
ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya)
al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka)
melainkan kerugian jua.” (al-Isra: 82)
Terdapat seribu satu cara untuk membendung masalah ini dari terus berleluasa tetapi
hanya sifat dalam diri yang mahu ataupun tidak.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa kes ini boleh diatasi dengan pelbagai langkah dan
sifat ambil peduli setiap orang bagi masalah ini tidak terus berleluasa. Sekiranya kita
mahukan negara yang maju seperti negara yang lain, kita perlulah memastikan bahawa
masalah ini tidak akan timbul lagi di masa hadapan. Oleh itu kita perlu bekerjasama
untuk membendung masalah ini dari terus menjadi amalan kepada anak-anak muda
zaman sekarang.
7.0 METADOLOGI KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan metodologi kaedah kuantitatif, dan


hasil dapatan kajian diperolehi menerusi borang soal selidik dengan responden sebanyak
40 orang. Segala soalan di atas dipilih oleh pengkaji bagi menentukan data yang ingin
dikaji adalah yang berkaitan dengan buli di kalangan mahasiswa/mahasiswi. Pengkaji
telah bertanyakan soalan-soalan mengenai akhlak di platform google form . Antara soalan
yang difokuskan adalah berkaitan contoh seseorang yang berakhlak mulia dan adakah
anda pernah melakukan perkara yang tidak berakhlak.

DAPATAN KAJIAN

Dalam dapatan kajian yang dijalankan, bahagian ini membincangkan analisa data dan
memaparkan hasil penemuan kajian yang telah dilakukan daripada soal selidik yang telah
diisi responden. Data yang telah dimasukkan diproses bagi mendapatkan statistik seperti
nilai peratusan.
DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan hasil kajian, sebanyak 80% responden yang disoal selidik diajar akhlak
dengan baik sekali semasa mereka kecil kerana mereka mengetahui contoh seseorang
yang berakhlak dan beriman.
 
Hampir 60% mengaku pernah melakukan perkara yang tidak berakhlak . 

 
90% Responden mengetahui kewajiban menunaikan Solat Fardhu 5 waktu sehari
semalam . 
 
60% responden merasa bersalah dan ingin bertaubat apabila tidak sengaja meninggalkan
solat fardhu . 

Berdasarkan hasil kajian, sebanyak 60% mengaku mereka pernah melakukan perkara
yang tidak berakhlak. Sebagai contoh, membuang sampah merata tempat, meninggikan
suara kepada orang tua dan disebaliknya
Rumusan dari dapatan kajian melalui google form. 
Pada pendapat kami , topik berkenaan akhlak dan iman merupakan satu topik yang umum
sebagai seorang muslim. Seseorang muslim seharusnya diberikan pendedahan yang
meluas berkaitan akhlak dan iman . Para responden yang menyatakan jawapan diatas
dipilih secara rawak dikalangan remaja dan masyarakat. Hasil dari kajian melalui google
form ini mendapati iman seseorang boleh naik dan turun. Iman sesorang individu tidak
dapat dinilai dari mata kasar. Setiap manusia tidak lari dari melakukan kesilapan dan
kekhilafan tetapi semuanya bergantung dengan pengakhiran sesorang individu. Pintu
taubat sentiasa terbuka bagi mereka yang mecarinya. Allah SWT sentiasa menerima
taubat hambanya. Segelintir Responden yang tidak rasa bersalah apabila meninggalkan
solat fardhu haruslah segera membuat refleksi diri dan bertaubat kepada Allah SWT.
Sesungguhnya Solat Fardhu itu adalah tiang agama kita sebagai seorang muslim. Selain
itu, bagi mereka yang pernah bersifat kurang ajar dengan orang yang lebih tua mahupun
bukan islam, haruslah memohon kemaafan kerana dosa dengan individu tidak dapat
diaampunkan oleh Allah SWT sebaliknya harus diperoleh dari orang yang kita sakiti.
Kesimpulan dari kajian melalui google form ini mendapati masih ada responden yang
imannya berada ditahap yang membimbangkan. Semoga dengan kajian ini dapat kita
meningkatkan keimanan kita kepada Allah SWT.

RUMUSAN
Pengaruh media massa pembentukan akhlak mulia adalah sangat penting dalam
membentuk perbuatan manusia dan apa sahaja yang lahir daripada remaja itu sendiri.
Kesannya boleh membawa sifat mulia yang ada itu dalam jiwa hendaklah berterusan.
Sebernanya, perbuatan remaja mempunyai hubungan yang erat dengan sifat dan
pembawaan yang ada di dalam hatinya, menunjukkan bahawa kaedah yang tepat dalam
memulihkan tingkah laku remaja dan mewujudkan cara hidup yang sejahtera. Remaja
terlebih dahulu memikirkan sesuatu itu sesuai atau sebaliknya dan sesuai dengan sifat-
sifat yang ada dalam jiwanya. Islam menekankan agar manusia berpegang kepada norma-
norma akhlak dan mencintai akhlak yang baik serta berusaha melaksanakannya dalam
kehidupannya sehingga setiap muslim sentiasa berakhlak baik dan pengaruh akhlak juga
jelas kelihatan dalam amal perbuatannya. Bukan itu sahaja,beberapa pihak seperti ibu
bapa dan kerajaan haruslah mengambil tahu dan masuk campur dalam menangani hal ini
bersama. Sehubungan itu, kepentingan akhlak dalam kehidupan manusia adalah suatu
tuntutan mutlak.

RUJUKAN

Berikut merupakan antara cara yang telah kami rujuk dan dapatkan idea untuk
melaksanakan tugasan ini:

 Laman web

https://www.yadim.com.my/v2/3-kaedah-7-cara-tingkatkan-iman/

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/08/cukuplah-hiburan-lalai-kembali-kepada-
tuhan-idris/

https://m.liputan6.com/hot/read/4580193/pengertian-iman-dan-rukun-iman-dalam-ajaran-
islam-yang-wajib-diketahui
http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/05/pengertian-akhlak.html?m=1

https://www.iium.edu.my/kkk/pdf_tazkirah/TINGKATKAN%20IMAN
%20TANGGUNGJAWAB%20BERSAMA.pdf

 Google Form

Anda mungkin juga menyukai