Anda di halaman 1dari 23

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/317087523

PERANAN KAUNSELOR DALAM PENERAPAN DAN PEMUPUKAN NILAI-NILAI


MURNI MELALUI PROGRAM KAUNSELING TERHADAP REMAJA DI SEKOLAH:
SATU WADAH BERSEPADU ANTARA GURU DAN KAUNSELOR* *

Conference Paper · August 2002

CITATIONS READS
2 39,184

2 authors:

Roslee Ahmad Mohamed Sharif Mustaffa


USIM | Universiti Sains Islam Malaysia Universiti Teknologi Malaysia
88 PUBLICATIONS 1,004 CITATIONS 74 PUBLICATIONS 405 CITATIONS

SEE PROFILE SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Roslee Ahmad on 24 May 2017.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PERANAN KAUNSELOR DALAM PENERAPAN DAN PEMUPUKAN
NILAI-NILAI MURNI MELALUI PROGRAM KAUNSELING
TERHADAP REMAJA DI SEKOLAH: SATU WADAH
BERSEPADU ANTARA GURU DAN KAUNSELOR**

ROSLEE AHMAD & MOHAMED SHARIF MUSTAFFA, Ph.D


Jabatan Pendidikan Sosial, Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

ABSTRAK

Peranan kaunseling di Malaysia adalah membentuk pembangunan insan yang


sihat dikalangan guru dan pelajar dari segi mental, rohaniah, emosi dan
tingkahlaku. (Aminah dan rakan-rakan, 1994). Fungsi kaunselor di sekolah bukan
sekadar menjalankan perkhidmatan kaunseling secara professional kepada
pelajar bahkan turut membantu guru dalam usaha pemupukan dan penyuburan
nilai-nilai murni di sekolah. Usaha berterusan ini boleh dilakukan melalui
ceramah, kursus, program seminar, kem-kem motivasi, bengkel dan latihan
dalam kumpulan pelajar yang dikenalpasti di sekolah. Dalam melaksanakan
aktiviti-aktiviti ini, kaunselor turut berperanan menerapkan nilai-nilai murni secara
langsung atau tidak langsung kepada pelajar. Antara nilai-nilai murni yang boleh
diterapkan dalam aktiviti-aktiviti ini ialah nilai keberanian, hormat-menghormati,
kerjasama, semangat bermasyarakat, berdaya saing dan sebagainya. Justeru
itu, dalam dunia pendidikan masa kini, penerapan dan penghayatan nilai dalam
pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja terletak di bahu guru malahan
kaunselor disekolah secara melalui program dan aktiviti tersebut. Hal ini jelas
diterangkan melalui pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia (2002) yang

*
Kertas kerja Peringkat Kebangsaan di bentangkan di Wacana Pendidikan dan
Pembangunan Manusia pada 20 Ogos 2002 di Dewan Senat, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi. Anjuran Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Wacana Pendidikan dan Pembangunan
Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002
menjelaskan peranan kaunselor di sekolah meliputi bidang perkhidmatan,
membantu jawatankuasa kurikulum sekolah, membantu pendidikan kerjaya
pelajar dan program yang sesuai bagi perkembangan diri pelajar. Justeru itu,
timbul persoalan apakah bentuk-bentuk program yang sesuai dilaksanakan dan
bagaimanakah proses penerapan nilai dapat dibentuk dalam program-program
tersebut? Penulis berasakan tiba masanya peranan dan perkhidmatan kaunselor
di sekolah diperbincangkan semula dari aspek nilai-nilai murni. Isu-isu ini begitu
penting diperbincangkan pada masa kini memandangkan peningkatan masalah
gejala sosial remaja di Malaysia. (Mohd Sofian dan rakan-rakan, 2002). Justeru
itu, satu wadah dan kaedah bersepadu perlu dicetus, difikir, digarap dan
digemblengkan bersama antara kaunselor dan guru dengan tujuan mencapai
kata sepakat untuk membanteras gejala sosial remaja yang dihadapi pada masa
sekarang dan pada masa akan datang.

PENGENALAN

Remaja merupakan komponen penduduk yang penting dalam sesebuah


negara.Di samping merupakan pelapis yang akan menggantikan golongan
dewasa, mereka juga bakal mengambilalih semua urusan negara dari segi
politik, sosial, ekonomi dan keselamatan negara. Sebahagian mereka akan
menjadi pemimpin negara, bekerja dalam bidang profesional dan ada juga yang
menjadi tenaga pekerja yang mahir di dalam dan di luar negara. Oleh sebab
kepentingan ini, maka golongan ini tidak boleh dipinggirkan. Memang benar,
golongan remaja sering dikaitkan dengan karenah dan masalah. Mungkin
disebabkan faktor biologi dan usia mereka di antara 12 hingga 21 tahun yang
tidak matang, (Ibrahim, 1997) Justeru itu, golongan remaja ini perlu diberi
perhatian supaya perkembangan mereka dari segi fizikal, rohani, emosi dan
intelektual dapat berkembang dengan seimbang sekaligus dapat memberi
sumbangan yang positif terhadap kemajuan negara.

2
Wacana Pendidikan dan Pembangunan
Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002
Definisi Remaja

Menurut Ibrahim (1997) remaja dapat ditakrifkan sebagai anak muda yang
berumur 12 sehingga 21 tahun, mengalami proses perkembangan menjadi
dewasa, mulai matang, boleh berfikir sendiri untuk membezakan nilai yang baik
atau buruk dan mengalami proses pemantapan fizikal, intelek, rohani dan emosi.
Menurutnya lagi, remaja juga boleh dianggap sebagai golongan yang ‘akil baligh’
yakni cukup umur untuk berkahwin apabila timbul cinta berahi.

JENIS-JENIS SALAHLAKU REMAJA

Masalah sosial yang melanda masyarakat bukan saja terkena kepada orang
dewasa tetapi melibatkan para remaja. Di bandar-bandar bezar yang cepat
membangun, masalah ini lebih ketara. Penulis mendapati masalah remaja
bertambah seiring dengan pesatnya perkembangan industrialisasi dan
urbanisasi. Masalah besar yang dihadapi remaja adalah masalah salahlaku iaitu
perbuatan yang menyimpang daripada amalan biasa dalam masyarakat.
Salahlaku remaja dapat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu salahlaku biasa dan
salahlaku luarbiasa.

i. Salahlaku biasa
Salahlaku biasa ialah tingkahlaku menyimpang daripada yang biasa terdapat
dalam masyarakat yang dilakukan oleh remaja normal akibat daipada tekanan
sosial. Ia terjadi kerana tiga sebab:
a. Keadaan diri yang tidak mendapat latihan dan kawalan disiplin sehingga
tidak sanggup mengikut norma hidup biasa. Contohnya ialah
perhubungan seks bebas dan homoseksual.
b. Keadaan keluarga yang kucar kacir dan tidak harmonis yang
menyebabkan timbulnya rasa kecewa. Contoh salahlaku jenis ini ialah lari
dari rumah, berpeleseran, mencuri dan penyalahgunaan dadah.

3
Wacana Pendidikan dan Pembangunan
Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002
c. Keadaan sekeliling yang merangsang keinginan diri untuk mengikut gaya
dan meniru sesuatu kumpulan. Contoh paling jelas ialah merokok,
berkelahi antara kumpulan, gangsterisme.

ii. Salahlaku luarbiasa


Seseorang yang melakukan salahlaku luarbiasa sebenarnya menderita sakit
jiwa berpunca daripada tekanan sosial yang hebat yang tidak dapat
diatasinya. Salahlaku kategori ini terbahagi kepada tiga jenis:
1. Salahlaku neurotik, iaitu salahlaku yang timbul akibat daripada
penderitaan kerana gangguan mental yang menyebabkan pengidapnya
sentiasa merasa terancam, takut, bimbang, bersalah dan berdosa.
Remaja neurotik memiliki rasa rendah diri yang mendalam dan suka
mengasingkan diri. Keadaan ini boleh meletus menjadi histeria.
2. Salahlaku psikopatik, iaitu salahlaku yang terjadi akibat daripada
kekalutan mental sehingga tidak dapat mengintegrasikan dirinya.
Pengidapnya mempunyai sikap yang selalu berkonflik dengan norma-
norma sosial; sangat egoistik, fanatik, kasar dan suka menyakiti hati orang
lain. Remaja psikopatik akan merasa puas jika dapat menganggu,
mencetuskan perkelahian dan melihat orang lain menderita.
3. Salahlaku cacat normal, iaitu salahlaku disebabkan sakit mental atau sakit
jiwa sehingga pengidapnya tidak mampu mengenal, memahami dan
mengendali tingkah lakunya. Pengidapnya tidak memiliki harga diri atau
sikapnya sangat dingin, dia selalu melakukan tindakan antisosial. Remaja
yang melakukan salahlaku ini biasanya tidak siuman.

Justeru itu, satu wadah bersepadu diantara peranan dan tanggungjawab


kaunselor dibantu oleh guru sekolah adalah perlu bagi menjamin disiplin dan
tingkahlaku golongan remaja ini terpelihara. Oleh yang demikian, penyemaian
nilai-nilai murni terhadap golongan remaja adalah perlu bagi membentuk remaja

4
Wacana Pendidikan dan Pembangunan
Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002
yang mempunyai keseimbangan dari segi intelektual, rohaniah, fizikal dan
peradaban sesuai dengan kehendak Islam.

PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI

Penerapan nilai-nilai murni melalui pendidikan adalah untuk melahirkan insan


yang baik dan berakhlak mulia. Ini dijelaskan oleh Wan Zahid (1994) iaitu
bertujuan untuk,

1. menanam kesedaran, kesefahaman, keyakinan dan kesyukuran


dikalangan pelajar.
2. menanam semangat cintakan nilai-nilai suci.
3. menghormati kebaikan dan membenci keburukan.
4. membentuk sikap positif dan berguna kepada agama, bangsa, dan
bertanggungjawab.
5. menghapuskan sikap negatif dalam kehidupan, dan sewaktu menjalankan
tangungujawab.
6. menjalankan amanah dengan dedikasi.
7. meningkatkan hasil produktiviti.
8. berusaha mencapai kecemerlangan.
Antara program kaunseling yang menekankan nilai-nilai murni secara langsung
dan tidak langsung kepada pelajar adalah seperti berikut;

PROGRAM-PROGRAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1. Program Ceramah Motivasi

Menurut Ibrahim Mamat (2001) remaja perlu sedar tentang tujuannya hidup
dimukabumi ini. Penghidupannya dibumi ini ialah sebagai khalifah dan peranan
khalifah ialah menjadi penguasa dimukabumi ini untuk mentadbir seluruh alam

5
Wacana Pendidikan dan Pembangunan
Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002
semesta ini. Kesedaran tentang konsep ini jelas sebagaimana daripada firman
Allah swt bermaksud:

“Ingatlah ketika TuhanMu berfirman kepada para malaikat:


“Sesungguhnya Aku hendak menjadi seorang khalifah di muka bumi”.
(al-Baqarah, 30)

Menurut Nor Anisah (1988) remaja perlu ditekankan dengan konsep dan tujuan
penghidupannya dimukabumi ini supaya mereka sedar akan tangungjawab
mereka. Asas ini menekankan bahawa manusia mempunyai tujuan hidup yang
perlu disesuaikan dengan segala kegiatan dan keperluannya. Kepada manusia
diingatkan bahawa hidup ini dari Allah dan kemudian akan kembali kepada Allah.
Oleh itu, ianya hendaklah berjalan selari dengan tujuan Allah yang
menjadikannya. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan (taat)
kepadaku”.
(Al-Zariat: 56)
Mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan erti hidup sesuai dengan
kehendaknya. Segala gerak kerja yang dilakukan oleh remaja dalam kehidupan
sesuai dengan petunjuk dan aturan Ilahi baik dalam kehidupan individu seperti
makan, minum, melakukan aktiviti permainan, dan sebagainya. Semuanya
mempunyai tujuan yakni hanya kepada Allah swt semata-mata. (Johari Alias,
1994).

Di samping itu, kaunselor juga seharusnya menanam konsep kendiri yang positif
terhadap diri remaja. Konsep kendiri ini mencakupi aspek jasmani dan psikologi.
Amer Shakir (2001) seseorang yang sentiasa mendapat perhatian, mengalakkan
usaha-usaha dan memujinya akan mendorong orang itu membentuk dirinya ke
arah konsep kendiri yang positif. Adalah dipercayai golongan remaja dari segi
psikologi dan emosinya merupakan golongan yang sentiasa berubah dari segi

6
Wacana Pendidikan dan Pembangunan
Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002
emosi, agresif, bertingkah laku sukar dijangka dan peka terhadap masalah dan
perubahan sekeliling. (Ibrahim, 1999). Justeru remaja seperti individu yang lain,
mempunyai kepercayaan, prinsip dan nilai-nilai dalam diri yang tersendiri.
Menurut Habibah dan Noran Fauzaiah (2002) mereka mempunyai hak dan
keistimewaan dalam menyatakan pendapat-pendapat tertentu dan kaunselor
mempunyai kesan yang bermakna ke atas pembinaan konsep kendiri mereka .
Di sekolah, segala tindak tanduk rakan-rakan dan guru-guru boleh memberi
kesan ke atas keyakinan diri remaja, harapan, harga diri, sikap dan motivasi.
Penulis percaya remaja yang sering mendapat perhatian, diberi pujian dan
dorongan akan mempunyai konsep kendiri yang positif dalam hidup khususnya
dari segi tingkah laku mereka. Antara ciri-ciri tingkah laku yang diperlihatkan
remaja mempunyai konsep kendiri yang positif ialah berpuas hati dengan dirinya,
peramah, mudah berkawan, berpuas hati dengan pencapain, tahu menghargai
sesuatu yang dilakukan dan bersedia untuk memuji orang lain.

Penerapan Nilai-Nilai Murni

Penulis berpandangan remaja yang telah dapat mengenal diri, mengetahui


konsep kendiri, tahu harga diri, mengetahui kekuatan dan kelemhan diri dan
matlamat hiudp akan menjalani penghidupan dengan sempurna. Ini jelas
menurut Abdul Aziz Ismail (2000) yang menyatakan sifat-sifat personaliti individu
yang hatinya tenang dan damai dalam hiudp ialah insane yang sentiasa berubat,
takut kepada Allah s.w.t. redha qada dan qadar Allah s.w.t. dan mengingati mati.
Justeru itu, jelas peranan kaunsleor disini ialah bersedia menanam dan
memupuk usaha mengenal diri, mewujudkan konsep kendiri terhadap remaja
dan yang penting membentuk matlamat hidup remaja dalam setiap program
motivasi. Kita tidak mahu remaja masakini yang menjadi tonggak harapan
Negara menjelang Wwasan 2020, hilang arah dan tujuan hidup. Justeru mereka
harus disedarkan, ditanam dan dibekalkan dengan suatu iltizam dan semangat
jatidiri yang utuh dan kental melalui penerapan nilai-nilai yang luhur dalam diri
mereka (Tajul Ariffin, 1993). Ini jelas dapat dilihat daripada 16 nilai-nilai murni

7
Wacana Pendidikan dan Pembangunan
Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002
KBSM yang diterapkan dalam setiap matapelajaran. Justeru, peranan kaunselor
adalah sebagai guru yang memastikan semua nilai murni itu diserapkan secara
langsung atau tidak lasung kepada pelajar dengan hati yang ikhlas, jujur, telus
dan terbuka.

2. Program Kemahiran Belajar

Program ceramah meliputi ceramah teknik belajar perlu dianjurkan kaunselor


untuk meningkatkan prestasi akademik seperti ceramah teknik belajar bagi
peperiksaan UPSR, PMR, SPM STPM dan sebagainya. (Azri Aziz, 1995). Hal ini
jelas termaktub dalam Kementerian Pendidikan Malaysia (2002) yang
menjelaskan peranan guru kaunseling adalah merancang, melaksana,
mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif
untuk peperiksaan seperti PMR, SPM dan STPM. Di Malaysia banyak pusat
kecemerlangan minda dan motivasi peperiksaan telah ditubuhkan berikutan
kesedaran ibu bapa dan para pendidik terhadap pentingnya motivasi kepada
anak-anaak mereka. Penubuhan Excell Training yang ditubuhkan Dato’ Dr.
Fadzillah Kamsah bersama rakan-rakan dalah bertujuan membeei kesedaran
dalam pelajaran dan meningkatkan motivasi kepada individu dan kelompok.
Perkhidmatan perundingan ini melipiti gologan pelajar sekolah, IPT, sektor
awam, pekerja swasta dan profesional.

Penerapan Nilai-Nilai Murni

Program teknik belajar dapat membentuk kesedaran dalaman dan berupaya


meningkatkan motivasi pelajar bagi menghadapi peperiksaan. Peneraan nilai
murni yang dimaksudkan disini ialah nilai kejujuran, keyakinan dii, bersungguh-
sungguh, keberanian dan sebagainya. Pelajar yang mempunyai nilai kejujuran
dan keihklasan dalam diri tentu tidak akan meniru semasa peperiksaan, nilai
kejujuran dan keikhasan dalam diri terbentuk secara tanpa disedari, walaupun

8
Wacana Pendidikan dan Pembangunan
Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002
tiada pengawas peperiksaan. Baginya, konsep keredaan semasa menjawab
kertas peperiksaan telah ada dalam dirinya (Syeikh Mustafa, 1996). Penerapan
nilai-nilai ini secara langsung diharapkan dapat menghapuskan niat pelajar yang
hadir ke sekolah untuk tujuan lulus peperiksan semata-mata. Situasi ini pernah
dijelaskan Tajul Aiffin (1992) yang melahirkan kebimbangan terhadap pelajar
lewat tahun 80-an yang menjadikan peperiksaan sebagai ukuran kejayaan masa
depan, sebaliknya kurang menghayati nilai dalam sistem persekolahan. Maka
disinilah peranan kaunselor bersama-sama guru menerapkan dan membina nilai-
nilai di kalangan pelajar.

3. Program Pencegahan Dadah, Rokok dan Alkohol

Peranan kaunselor di sekolah dalam usaha memastikan para pelajarnya


menjauhi amalan pengambilan dadah haruslah berusaha menyusun dan
membentuk program pencegahan dadah, rokok dan alkohol. Antaranya adalah
usaha mengalakkan para pelajar sekolah terlibat aktif dalam persatuan pelajar
ataupun pasukan pakaian seragam.

Kaunselor sekolah juga perlu mengadakan program dan aktiviti-aktiviti berikut


yang dirasakan sesuai untuk mengalakan remaja sekolah mempunyai kesedaran
terhadap penggunaan bahaya dadah. Antaranya seperti kem jaya diri, Kolokikum
membina Ketahanan diri, Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR), Sekolah
Anak didik, Skim Lencana Anti Dadah (SLAD), Kursus Pendidikan Pencegahan
Dadah PIBG/Guru, Program Pembimbing Rakan Sebaya dan Program Lima
Minit.

Menurut sumber Agensi Dadah Kebangsaan (2001) dibawah unit ko-kurikulum,


Kementerian Pendidikan Malaysia, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah pun
ditubuhkan dengan tujuan untuk;

9
Wacana Pendidikan dan Pembangunan
Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002
i. Memastikan penyertaan pelajar dalam aktiviti ko kurikulum (pelajar
diwajibkan mengambil dua daripada tiga bidang: Sukan dan
Permainan, Kelab dan Persatuan, Pasukan pakaian seragam).
ii. Mengadakan dari semasa ke semasa pertandingan, peraduan menulis
esei, poster dan logo anjuran kementerian dengan kerjasama agensi
agensi luar dan pihak swasta.
iii. Menggiatkan Kelab bimbingan dan kaunseling di sekolah dan
dimaktab perguruan dan
iv. Menubuhkan Kelab Anti Dadah di sekolah dan di maktab perguruan.

Projek-projek khas mencegah dadah di kalangan pelajar yang diuruskan oleh


Bahagian Sekolah melalui Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama
Jabatan Pendidikan Negeri adalah seperti berikut;

(i) Kem Jaya Diri: Kem ini khas untuk pelajar-pelajar bermasalah dengan
dadah. Penekanan diberi terhadap nilai-nilai murni keagamaan dan moral,
disiplin diri, memahami potensi diri, berkomunikasi dan menyelesaikan
masalah.

(ii) Kursus Kesedaran Pelajar : Bertujuan menanamkan sikap membenci


dadah dan memahami akibat dadah pada diri, keluarga, masyarakat,
ekonomi negara dan keagamaan.

(iii) Skim Lencana Anti Dadah : Skim ini diikuti oleh pelajar yang menyertai
pasukan-pasukan seragam di sekolah seperti Pengakap, Pandu Puteri, St John
Ambulance, Bulan Sabit Merah dan Puteri Islam. Skim ini bertujuan untuk
mengadakan sekumpulan pelajar yang boleh menyebarkan mesej anti dadah,
menolong rakan rakan yang mungkin terlibat, seterusnya aktif dalam aktiviti-
aktiviti pencegahan dadah. Skim ini telah dilancarkan pada 28 Mac 1986 oleh
Menteri Pendidikan dan kini meliputi seluruh negara.

10
Wacana Pendidikan dan Pembangunan
Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002
Dengan adanya penerapan nilai-nilai terhadap program pencegahan dadah,
rokok dan alkohol dapat menimbulkan kesedaran, kefahaman dan sifat benci
remaja ini terhadap gejala ketagihan dadah. Dadah, rokok, alkohol dan pelbagai
lagi jenis bahan-bahan ketagihan dianggap satu benda yang jijik dan merbahaya
kepada mereka, tidak membawa sebarang faedah dan lebih diyakini lagi ialah
bahan-bahan ini merosakkan sistem tubuh sehingga menjejaskan kesihatan diri
mereka. (Azri, 1997).

Penerapan Nilai-Nilai Murni

Penerapan nilai-nilai murni ini sebenarnya telah dilama diterapkan kepada


golongan remaja. Usha membasmi dadah di sekolah bukan sahaja terletak
dibahu para pendidik, kaunselor, ibu bapa bahkan seluruh komuniti masyarakat.
Ibu bapa harus bijak mendekati anak-anak remaja. Mereka seharusnya
meluangkan masa bersama anak, memberi galakkan kerja-kerja berfaedah,
membina keyakinan diri, memberikan didikan agama atau moral, memberi pujian
dan berlaku adil dari segi layanan (Agensi Dadah Kebangsaan, 2001).
Penerapan nilai-nilai terhadap program pencegahan dadah, rokok dan alkohol
dapat menimbulkan kesedaran, kefahaman dan sifat benci remaja terhadap
gejala ketagihan dadah. Dadah, rokok, alkohol dan pelbagai bahan ketagihan
lain perlu dianggap ‘bahan jijik’ yang membahayakan kesihatan diri dan tidak
memberi sebarang faedah (Abdul Ghafar, 1988).

4. Pengendalian Bimbingan Kerjaya

Kementerian Pendidikan (2002) peranan kaunselor tuut mencakupi penyediaan


program bimbingan kerjaya kepada pelajar. Kaunselor yang prihatin
perkembangan kerjaya perlu minitikberatkan 5 langkah iaitu:

i. Kesedaran dan minat kerjaya


ii. Perancangan kerjaya

11
Wacana Pendidikan dan Pembangunan
Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002
iii. Perlaksanaan (Penggunaan inventori minat kerjaya)
iv. Sumber maklumat dan pemilihan kerjaya pelajar
v. Masa depan kerjaya pelajar

Suradi (1998) menggariskan 5 langkah kaunselor untuk mendorong pelajar


menentukan kerjaya iaitu:
i. Kaunselor perlu mengarahkan guru sekolah mengenalpasti masalah
kerjaya yang dihadapi pelajar.
ii. Kaunselor perlu melibatkan setiap guru menyediakan senarai lengkap
tentang pekerjaan yang khusus yang mempunyai hubungan dengan
mata pelajaran yang diajar.
iii. Menyediakan bahan-bahan bertulis dan alat pandang dengar tentang
kumpulan pekerjaan.
iv. Melibatkan guru-guru dalam projek hari kerjaya, lawatan ke pusat
pernigaan dan perindustrian dengan melibatkan pelajar.
v. Melibatkan guru dalam kajian susulan yang sistematik bagi pelajar
sekolah sama ada yang berjaya atau tercicir.

Penerapan Nilai-Nilai Murni

Peranan kaunselor di sini adalah menerapkan nilai-nilai yang mendorong pelajar


memilih kerjaya yang mengutamakan nilai-nilai luhur bukannya berasaskan
pekerjaan yang tersohor. Falsafah pemilihan kerjaya yang kongruen antara minat
dan nilai ini telah pun dinyatakan beberapa tokoh kerjaya seperti Ann Roe dan
Ginzberg dalam Muhd Mansor (2001) yang menyatakan pentingnyan aspek nilai
dalam pemilihan pekerjaan. Justeru itu, jika seseorang pelajar itu memilih kerjaya
kedoktoran mislanya, dia menjadi seorang doktor yang mempunyai nilai disipilin
yang tinggi, kejujuran, keikhlasan ingin menolong dan sebagainya. Pendek kata,
nilai materialistik dipinggirkan kerana niat bekerja adalah untuk menolong
bukannya mengutamakan kepentingan dan faedah diri. Adalah perlu kaunseling
kerjaya mnengikut pendekatan dan panduan agama Islam supaya kesan

12
Wacana Pendidikan dan Pembangunan
Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002
kaunseling tersebut tidak menjejaskan aqidah, syariat dan akhlak umat Islam
sepanjang tempoh proses kaunseling tersebut, disamping memberikan natijah
pahala. Ini sebabkan jika proses kaunseling yang dilalui hanya kaunseling biasa.
Kaunselor dirujuk merupakan kaunselor yang lebih bermatlamat dan materialistik
mungkin dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi tetapi
dibimbingi akan memberikan kesan yang buruk diakhirat kelak. (Yosree, 2002).

5. Bimbingan Individu dan Kelompok

Matlamat bimbingan individu dan bimbingan kelompok yang sempurna antara


kaunselor dengan klien adalah untuk membantu klien ke arah mengenal diri,
memahami diri, melihat kelemahan diri dan menggunakan seluruh potensi ke
arah kesempurnaan kendiri selepas mendapat celik akan daripada proses
kaunseling itu (Rogers, 1961). Matlamat dan proses kaunseling individu dan
bimbingan kelompok itu sendiri mendorong kaunselor membantu klien secara
jujur., ikhlas dan penerimaan tanpa syarat (Muhd Mansur, 2000). Dalam Islam
perbuatan menolong orang yang dalam kesusahan ada dinyatakan hadis. Abu
Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasululllah s.a.w. pernah bersabda yang
bermaksud:

“Barangsiapa yang lapangkan kesempitan dunia saudaranya yang Islam,


nescaya Allah akan melapangkan baginya kesempitan akhirat dan barangsiapa
yang meringankan seseorang yang berada dalam kesempitan, maka Allah akan
meringankan ke atasnya di dunia dan akhirat. Allah tetap membantu seseorang
hamba, selagi hamba itu membantu saudaranya yang Islam”

Penerapan Niali-Nilai Murni

Justeru itu, nilai-nilai positif seperti tolong-menolong, keikhlasan, kejujuran, rasa


simpati merupakan ciri-ciri yang perlu ada pada kaunselor untuk menolong klien.
Nilai-nilai ini jika dilihat lebih spesifik dalam pelaksanaan bimbingan kelompok

13
Wacana Pendidikan dan Pembangunan
Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002
menampakkan kepentingan. Misalnya pelaksanaan kaunseling kelompok banyak
mempunyai nilai-nilai positif. Seseorang kaunselor yang bijaksana tentu
memainkan peranan penting kerana berjaya mewujudkan perkongsian
pengalaman, idea dan permasalahan bagi mengurangkan permasalahan ahli-ahli
kelompok sehingga mewujudkan rasa simpati rakan-rakan dalam kelompok
kepada ahli kelompok yang bermasalah (Zuraidah, 1999). Justeru, program
kaunseling kelompok dapat menerap dan memupuk nilai-nilai positif sesama ahli-
ahli yang dirundung masalah tadi. Antara nilai-nilai yang boleh diterapkan
kaunselor dalam sesi kaunseling kelompok ialah empati, simpati, hormat-
menghormati dan sebagainya.

6. Pembentukan Kem Ibadah

Terdapat sesetengah aktiviti dan program yang dianjurkan oleh kaunselor di


sekolah meliputi kem-kem perkhemahan pelajar. Kem-kem perkhemahan pelajar
pada masa kini semakin diminati oleh para pelajar. Di situ para pelajar akan
didedahkan dengan kursus-kursus yang bersesuaian seperti kursus disiplin,
kursus peningkatan akhlak dan sahsiah diri, motivasi diri, dan sebagainya. Di
samping itu, mereka turut didedahkan dengan aktiviti dan program yang
berbentuk ibadah. Program ibadah ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu
ketahahan fizikal dan aktiviti ibadah. Program seperti perkhemahan, jungle
tracking dan menempuh halangan seperti sungai, mendaki bukit, masuk hutan
belantara dan sebagainya merupakan aktiviti-aktiviti lasak yang dapat mengasak
ketahanan minda, fizikal dan emsoi remaja. Manakala aktiviti ibadah pula pelajar
diminta berzikir, menghafal surah-surah lazim, disiplin dalam perlaksanaan solat,
qiamullail, mengerjakan sunat tahajud dan sebagainya yang merupakan aktiviti-
aktiviti yang dapat mengisi kerohanian diri pelajar. Ketua komander dan fasilitator
boleh meminta remaja supaya mempunyai disiplin dalam pengurusan diri
khususnya dalam penjagaan solat di sepanjang program. Selesai sahaja kem
ibadah pendek situ, diharap remaja dapat menghayati dan mengamalkan

14
Wacana Pendidikan dan Pembangunan
Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002
kehidupan ke arah kemantapan iman dan taqarub kepada Allah s.w.t.
(mendekatkan diri kepada Allah sw.t.).

Penerapan Nilai-Nilai Murni

Program dan aktiviti ini bukan sahaja menyihatkan dan mencergaskan badan
malah minda pelajar. Program ini dipercayai turut menyemai sikap
bertanggungjawab, yakin diri, amanah dan menyelesaikan masalah sendiri
dalam keadaan genting. Contoh aktiviti mendaki bukit bukan sahaja melahirkan
pelajar yang cergas fizikal, bahkan melahirkan pelajar bertanggungjawab
memikul amanah kerana semua ahli perkhemahan telah diberi tugas masing-
masing. Jika ahli-ahli tidak menjalankan tugas dan amanah yang diberi,
perjalanan aktiviti akan terganggu yang boleh menimbulkan kecelakaan ketika
perkhemahan itu.

Aktiviti ibadah seperti berzikir, qiamullail, menghafal surah-surah lazim, disiplin


dalam mengerjakan solat dan sebagainya merupakan aktiviti yang dapat
menerapkan nilai-nilai positif dalam diri remaja. Misalnya aktiviti qiamullail dapat
melatih remaja disiplin tentang masa, melatih kesabaran diri, mengawal emosi
dan rasa taubat dalam diri. Ini kerana remaja diarah mengerjakan solat qiamullail
secara berjemaah dengan tujuan mendapatkan keredaan dan rasa taubat
dengan kesalahan yang pernah dilakukan dalam hidup.

Aktiviti masuk hutan dan perkhemahan juga memupuk sifat-sifat prihatin,


kepekaan dan budaya menyayangi alam sekitar daripada kegiatan pencemaran.
Kaunselor perlu menyemai dan mengingati remaja supaya mengamalkan nilai-
nilai menajga dan mengutamakan kebersihan ketika berkhemah dan berada di
hutan. Perkara penting adalah remaja perlu bertafakur melalui pemberian
pancaindera yang dianugerahkan Allah sw.t supaya berfikir, merasa, merenung
dan insaf bahawa alam semesta adalah ciptaan Allah s.w.t.(As Sheikh Ahmad,
2000). Ini jelas daripada ayat berikut bermaksud:

15
Wacana Pendidikan dan Pembangunan
Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002
“Sesungguhnya tentang kejadian langit dan bumi, berlaku perselisihan malam
dan siang, terdapat bukti-bukti bagi oarng yang berfikir. Mereka yang mengingati
Allah sambil berdiri, duduk dan berbaring dan memikirkan tentang kejadian itu”.
(Ali Imran, 190-191)

Remaja yang bertafakur ini sudah tentu wujud suatu kesedaran dalam diri,
meningkatkan keimanan, mewujudkan penciptaan manusia sebagai insan yang
kerdil di muka bumi dan diharapkan meperoleh hikmah supaya berupaya
memacu diri menjadi insan yang soleh di muka bumi (Abdul Aziz Mohd Zin,
2001). Secara keseluruhan, program perkhemahan dapat memantapkan daya
tahan mental dan fizikal remaja dengan nilai-nilai luhur seperti berdisiplin,
kesabaran menempuh rintangan, tolong-menolong, kerjasama, taat dengan
perintah ketua dan bersyukur kepada Pencipta.

KESIMPULAN

Menjelang Tahun 2020, menjadi harapan kita semua supaya Malaysia menjadi
sebuah negara maju dan makmur dari segi politik, sosial dan ekonomi. Aspek
yang penting adalah kemajuan pembangunan kejiwaan dan psikologi yang harus
dimiliki remaja kerana pada tahun 2020 mereka yang akan menentukan jatuh
bangunnya pembangunan sesebuah negara. Maka suatu wadah bersepadu
perlu dihayati kaunselor bersama para pendidik dan ibu bapa supaya setiap
permasalahan remaja dapat ditanggani secara berhemah dan bijaksana. Norlida
(1999) menyatakan kausnelor merupakan golongan profesional yang perlu
menghayati nilai-nilai murni berteraskan aqidah Islam dalam kehidupannya.
Sebagai kaunselor muslim, sifat-sifat kaunselor Islam merujuk kepada Rasulullah
s.a.w. sebagai model kaunselor yang terunggul dan profesional. Adalah
diharapkan kaunselor muslim dan bukan muslim dapat menjadikan Rasulullah
s.a.w. sebagai model kaunselor sepanjang zaman.

16
Wacana Pendidikan dan Pembangunan
Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002
RUJUKAN

Abdul Ghafar Taib. 1988. Dadah, Sstrategi dan Kawalan di Sekolah-Sekolah.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Aziz Ismail. 1998. Membina Minda dan Peribadi Muslim. Siri Motivasi
Remaja. Kuala Lumpur: Penerbit Al Hidayah.

Abu Bakar Nordin. 1994. Reformasi Pendidikan Dalam Menghadapi Cabaran


2020. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Abdul Aziz Mohd Zin. 2001. Metodologi Dakwah. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.

Agensi Dadah Kebangsaan. 2001. Kenali dan Perangi Dadah. Kuala Lumpur:
Kementerian Dalam Negeri.

Al Ghazali. 1992. Bimbingan Mukmin. Kuala Lumpur: Victory Agencie.

Ali Yacob. 1995. Perkhidmatan Kaunseling di Tanah Suci. Kajang. Selangor:


Makruf Publisher.

Amer Shakir Zainol. 2001. Membina Kendiri Unggul Berkarisma. Kuala Lumpur:
Penerbit Ilmu Jelatek.

Aminah Hashim dan Arthur P.Liyod. 1994. Bimbingan dan Kaunseling di


Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

As Syeikh Ahmad Ridha’ Hasbullah. 2000. Taqarrub. Mendekatkan Diri Kepada


Allah s.w.t. Kuala Lumpur : Hidayah.

17
Wacana Pendidikan dan Pembangunan
Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002
Asmah Bee Mohd Noor dan Iran Herman. 1995. Membina Kesejahteraan
Remaja. Kajang, Selangor: Penerbit Teknoedar.

Azri Aziz. 1995. Teknik Ingatan untuk Pelajar. Siri Pelajar Cemerlang. Kuala
Lumpur: Quantum Learning Publishers.

Fadhilah Abdul Alim dan Muhamad Abdul Shahbudin. 1999. Asas-Asas


Pembentukan Akhlak Mulia. Kempas, Johor: Penerbit Jahabersa.

Habibah Alias dan Noran Fauziah. 2002. Psikologi Personaliti. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibrahim Mamat. 1997. Memimpin Remaja Sekolah. Kuala Lumpur: Penerbit


Kumpulan Budiman.

Johari Alias. 1994. Nilai-nilai Islam 5. Membina Peribadi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2002. Tugas dan Tanggungjawab Kaunselor.


http://members.tripodasia.com.my/skkamil1/bk.html. Di akses pada 1 Mei 2002.

Mohd Sofian Omar, Aminuddin Yusof dan Borhan Yusof. 2001. Kokurikulum
peranan dan implikasi. Kuala Lumpur: Siri Pengajian Pendidikan Utusan.

Muhd Mansur Abdullah. 2000. Kaunseling, Teori, Proses dan Kaedah. Edisi
Kedua. Petaling Jaya, Selangor: Siri Kemasyarakatan Fajar Bakti.

Muhd Mansur Abdullah. 2001. Kaunseling dalam Sektor Industri. Kuantan,


Pahang. HUG Publisher.

18
Wacana Pendidikan dan Pembangunan
Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002
Nik Aziz Nik Pa. 1994. Penghayatan Wawasan Pembangunan Negara. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Norlida Md Top. 1999. Persepsi Pelajar Tingkatan 5 yang Mengikuti Aliran


Teknik di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Terhadap Penghayatan Nilai
Murni Diri dan Kaunselor. Tesis Sarjana Pendidikan Bimbingan Kaunseling.
Fakulti Pendidikan UTM, Johor.

Rogers, Carl. 1961. On Becoming A Person. Boston: Huoghton Mifflin Company.

Suradi Salim. 1996. Bimbingan dan Kaunseling. Siri Pengajian Pendidikan


Utusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Syeikh Mustafa Al Ghayani. 1996. Bimbingan Membina Minda dan Jiwa Remaja
Cemerlang. Selangor: Pustaka Ilmi.

Tajul Ariffin Nordin. 1990. Pendidikan. Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur:
Nurin Enterprise.

Tajul Ariffin Nordin. 1993. Perspektif, Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. 1993. Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian.
Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Yosree Ikhwan. 2002. Kaunseling Kerjaya Menurut Perspektif Islam. Kertas kerja
sarjana Bimbingan dan Kaunseling. April 2002. Fakulti Pendidikan UTM, Skudai,
Johor.

Zuraidah Abdul Rahman. 2001. Pengenalan Kaunseling Kelompok. Kuala


Lumpur: Utusan Publication.

19
Wacana Pendidikan dan Pembangunan
Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002
Tugas dan Tanggungjawab Kaunselor

Peringkat : Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah/Rendah

Jawatan : Pegawai Bimbingan dan Kaunseling Sekolah (DG3/DG6)

1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan


Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan
perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu
bapa dan bekas pelajar.
3. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori
pelajar.
4. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling
kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling
kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan
pelajar secara optimum.
6. Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling
individu secara profesional dan beretika.
7. Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk
semua pelajar.
8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti
pemilihan matapelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM,
SPVM dan STPM.
9. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti
pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.

20
Wacana Pendidikan dan Pembangunan
Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002
10. Merancang, menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang
melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.
11. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti
perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan
Kaunseling, kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.
12. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti
konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi-
agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses
pendidikan dan perkembangan pelajar.
13. Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen, pendekatan dan
sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan
profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos
perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
15. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling.
16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi
menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
17. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan
siapa sahaja yang memerlukannya.
18. Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi
luar yang berkaitan.
19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum
sekolah.
20. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah.
21. Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah
22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar
seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan
sebagainya.

21
Wacana Pendidikan dan Pembangunan
Manusia, UKM, Bangi pada 20 Ogos 2002

22

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai