Anda di halaman 1dari 2

CARA MENGATASI TEKANAN

Terdapat pelbagai cara untuk kita mengatasi tekanan . Disini akan dihuraikan beberapa cara
yang dapat diamalkan untuk mengatasi tekanan . Langkah yang pertama adalah kita perlu
bijak mengamalkan pengurusan masa seperti melakukan tugasan mengikut masa yang
telah ditetapkan , dengan erti kata mudah membuat jadual masa supaya kita dapat
laksanakan tugas-tugas dengan betul dan tidak membuat dalam keadaan tergesa-gesa
kerana ia akan membuatkan diri kita tekanan jika kita tidak mengamalkan pengurusan masa
dengan tepat . Jadinya disini kita perlulah bijak dalam mengatur jadual harian dan
menetapkan matlamat kehidupan kita .
Selain itu , kita perlulah menghadkan komitmen tugasan harian seperti melakukan tugasan-
tugasan yang penting dan tunda kepada tugasan yang tidak penting bagi kita seperti
bermain permainan atas talian , menggunakan media social berlebihan , itu semua bukan
tugasan yang penting dalam harian kita . Utamakan tugasan-tugasan yang penting dahulu
supaya ia tidak memberi kesan tekanan terhadap diri kita . Dengan cara seperti ini ia
mampu meringankan bebanan kita dan dapat memberikan kita lebih masa peribadi untuk
relaks jika kita siap melaksanakan tugas yang penting .
Seterusnya , selesaikan segera kerja-kerja anda yang tertangguh dan kenali situasi diri anda
seperti tahu masalah yang anda hadapi dan tahu bagaimana cara untuk anda mengatasi
masalah tersebut dengan jalan penyelesaian yang sewajarnya . Kita tidak boleh selesaikan
dalam keadaan marah kerana waktu itu emosi yang mengawal diri kita , jika kita membuat
keputusan mengikut emosi , setiap masalah itu tidak akan selesai . Jika kita tidak tahu
bagaimana cara untuk kita atasi masalah berikut , kita boleh bertemu dengan seseorang
untuk meminta bantuan daripadanya .
Di samping itu juga , ambil masa untuk diri anda relaks supaya ia dapat tenangkan fikiran
daripada masalah yang membelenggu dalam fikiran .Jika seseorang mempunyai masalah
atau sedang emosi dengan seseorang kita boleh lakukan seperti contoh tarik nafas dan
rehatlah selama 15 minit hingga 20 minit dalam suasana dan keadaan yang tenang kerana
persekitaran juga mempengaruhi fikiran kita . Oleh itu , ia dapat mendatangkan aura-aura
yang positif disekeliling kita
Antara langkah yang seterusnya pula ialah , menjalinkan hubungan yang positif seperti
merapatkan hubungan dan bergaul dengan orang yang dapat memberikan manfaat kepada
diri kita serta nasihat dan kata-kata semangat seperti jika kita menghadapi tekanan atau
mempunyai masalah dia dapat membantu kita . Dengan menjalinkan hubungan yang positif
ia dapat mempengaruhi diri kita dengan keadaan sekeliling yang baik .
Pada waktu yang sama kita mestilah kekal aktif seperti membuat sebarang aktiviti fizikal
yang anda suka , seperti melakukan aktiviti secara dalam atau secara luar itu bergantung
kepada seseorang individu itu kerana setiap individu mesti mempunyai aktiviti yang
disukainya . Dengan melakukan aktiviti kita dapat mengeluarkan aura-aura negatif dalam diri
kita serta dapat melegakan tekanan yang ada difikiran kita . Seterusnya pula ialah kita perlu
berfikiran positif seperti mana kita perlu fokus kepada perkara-perkara yang positif dalam
kehidupan . Ini kerana ia akan memberikan perasaan yang positif tentang masa depan . Jika
kita asyik berfikir yang bukan-bukan ia dapat memberikan kesan kepada diri kita dan masa
depan kita disebabkan pemikiran kita .
Selain itu juga kita hendaklah melakukan aktiviti kegemaran kerana dengan melakukan
aktiviti yang diminati fikiran kita akan menjadi tenang melalui aktiviti yang dilakukan .
Selepas melepaskan tekanan kita akan lebih fokus untuk matlamat kehidupan seperti
memikir tentang masa , mengatur jadual harian dengan lebih efektif dan dapat keluar
daripada masalah yang ada dihadapi oleh individu tersebut . Apabila mengamalkan aktiviti
yang disukai ini kita juga akan lebih fokus dan tidak tersasar dari lembah kehidupan sebenar
kita .
Akhir sekali , mengamalkan diet yang seimbang dapat membantu kita daripada tekanan
dengan mengikut Piramid Sihat Malaysia . Jika kita tidak mengawal cara pemakanan ia
dapat menyebabkan tekanan seperti contoh , mengambil makanan secara berlebihan boleh
menyebabkan kenaikan berat badan dan mudah mendapat penyakit seperti kolestrol ,
kencing manis dan sebagainya disebabkan cara pengambilan makanan yang tidak betul .
Dengan mengamalkan diet yang seimbang , ia akan membekalkan nutrient-nutrien penting
yang diperlukan oleh tubuh badan kita untuk menguruskan tekanan dan ia juga dapat
mengekalkan tekanan darah yang sihat . Oleh itu , kita semua perlu bijak mengawal tekanan
, jangan sampai ke tahap yang kritikal .

Anda mungkin juga menyukai