Anda di halaman 1dari 24

KAUNSELING KELOMPOK

KULIAH 2
MATLAMAT KAUNSELING KELOMPOK

Menurut Ida Hartina Ahmed Tharbe (2006), matlamat Kaunseling kelompok


adalah;
 Belajar mempercayai dan menghormati orang lain
 Mencapai kesedaran kendiri dan membentuk identiti tersendiri
 Mengenalpasti ciri-citi yang sama antara ahli
 Menghargai dan menghormati keunikan setiap individu
 Meningkatkan penerimaan kendiri, keyakinan diri dan penghargaan kendiri di kalangan ahli
 Meningkatkan sensitiviti perasaan dan keperluan individu lain
 Belajar mengambil risiko bagi mencapai sesuatu matlamat yang diingini
 Meningkatkan penguasaan kendiri dan sikap bertanggungjawab di kalangan ahli
 Belajar membuat pilihan hidup yang tepat ataupun yang bersesuaian
 Mencari alternatif yang perlbagai bagi menyelesaikan sebarang konflik peribadi
 Membuat perancangan alternative yang berkesan dan teratur dengan bantuan ahli-ahli lain
 Belajar konfrantasi individu lain dengan diplomasi dan berkesan
 Mempelajari kemahiran social yang bersesuaian
JENIS-JENIS KELOMPOK

1. KELOMPOK PSIKOPENDIDIKAN
2. KELOMPOK KAUNSELING
3. KELOMPOK PSIKOTERAPI
4. KELOMPOK PENYELESAIAN MASALAH
5. KELOMPOK T
6. KELOMPOK BIMBINGAN
7. KELOMPOK KERJA / TUGASAN (Task Group)
1. KELOMPOK PSIKOPENDIDIKAN
 Gibson & Mitchell (2008) menyatakan kelompok psikopendidikan menekankan kepada
perkembangan kemahiran kognitif dan tingkah laku dalam kelompok yang mengajar
kedua-dua kemahiran ini.
 Gladding (2008) berpendapat kelompok psikopendidikan direka untuk kegunaan
Pendidikan terutama di sekolah awam dan banyak digunakan di sekolah, hospital, agensi
kesihatan mental dan universiti.
 Fokus kepada mengajar mereka yang berhadapan dengan risiko ancaman atau proses
perkembangan kendiri seperti persaraan atau mengajar kemahiran upaya diri kepada
mereka yang berhadapan dengan risiko krisis hidup
 Matlamatnya menekankan kepada pendidikan dan pengetahuan dan kurang kepada
kesedaran kendiri serta pemahaman kendiri individu.
 Jumlah kumpulan psikopendidikan berbeza mengikut seting dan bergantung kepada
jenis aktiviti yang akan dijalankan (Corliss & Corliss, 2009).
 Bagi kumpulan besar, jumlah ahli terdiri daripada 20-40 orang yang menjalankan
aktiviti perbincangan dan latihan kemahiran.
 Manakala, bagi kumpulan kecil, jumlahnya terhad daripada 10-12 orang .
 Masa yang diperuntukkan untuk satu sesi dalam kumpulan selalunya antara 50 minit
hingga 2 jam dan perlu berjumpa sekurang-kurangnya seminggu sekali.
 Jumlah sesi yang dikendalikan dipengaruhi oleh tujuan perjumpaan dan kebanyakan
sesi secara puratanya diadakan dari 8- 10 kali (Gladding, 1999).
 Perbincangan dalam kumpulan psikopendidikan maklumat peribadi, social, vokasional
dan Pendidikan.
 Aktiviti dalam kelompok boleh dipelbagaikan tetapi sering dipersembahkan dalam
bentuk latihan yang tidak mengancam atau perbincangan kumpulan (Gladding, 2002).
 Memberi fokus kepada topik dan tidak kepada individu
 Contohnya, bengkel motivasi pelajar SPM, bengkel kemahiran menjawab peperiksaan,
ceramah AIDS/HIV, teknik belajar, teknik menguruskan tekanan dan sebagainya
Langkah –langkah yang terlibat dalam kelompok psikopendidikan yang berbentuk kemahiran
hidup seperti;
 memahami kebaikan dan faedah kemahiran dalam kehidupan.
 Memahami, melaksanakan serta menggunakan komponen tingkah laku.
 Mencari situasi kemahiran yang boleh diamalkan.
 Menilai cara kemahiran diaplikasikan.
 Meneruskan latihan sehingga kemahiran dapat dikuasai.
 Meminta rakan-rakan untuk memberi sokongan.
 Membantu rakan-rakan untuk mempelajari kemahiran.
2. KELOMPOK KAUNSELING

 Kelompok Kaunseling bersifat pencegahan, pertumbuhan dan pemulihan.


 Fokus utama kelompok Kaunseling ialah perubahan tingkah laku setiap individu dan
perkembangan serta perubahan yang berlaku dalam kelompok.
 Keutamaan diberikan semasa interaksi ahli untuk penyelesaian masalah.
 Kelompok ini menekankan dinamika kelompok dan perhubungan yang berbentuk
interpersonal.
 Tajuk yang sering dibincangkan dalam kelompok Kaunseling adalah bersifat
perkembangan atau situasi seperti pendidikan, sosial, kerjaya dan peribadi.
 Gibson & Mitchell (2008) menjelaskan kelompok kaunseling merupakan proses
penyesuaian diri dengan menggunakan pengalaman-pengalaman dalam kelompok
sebagai penggalak perkembangan diri ahli-ahli.
 Mohd Mansur & Siti Nordinar Mohd Tamin (1998) mengatakan kaunseling
kelompok merupakan proses pemulihan dan mempercepatkan masalah individu itu
diputus atau diatasi Bersama kelompoknya.
 Kebaikan utama kelompok kaunseling ialah interaksi interpersonal, tindak balas dan
sumbangan pengalaman ahli-ahli dari semasa ke semasa semasa sesi kelompok
dijalankan.
 Ia memfokuskan kepada proses interpersonal dan strategi dalam menyelesaikan
masalah serta mempunya matlamat untuk membawa perubahan kepada pemikiran,
perasaan dan tingkah laku ahli.
3. KELOMPOK PSIKOTERAPI

 Kelompok ini akan menangani masalah kehidupan individu untuk penyesuaian yang
bersifat kronik. Kelompok ini bersifat penyembuhan dan menekankan bantuan kepada
individu yang mengalami masalah yang serius.
 Terapi kelompok menyediakan pengalaman dengan individu yang membuat
penyesuaian serius, masalah emosional atau keperluan perkembangan. Terapi kelompok
berbeza daripada kelompok kaunseling berdasarkan jangka masa dan masalah individu
yang terlibat.
 Zuraidah Abdul Rahman (1999) pula mengatakan kelompok terapi
menyediakan pengalaman-pengalaman yang mendalam bagi individu yang
menghadapi masalah penyesuaian diri, emosi dan masalah-masalah
perkembangan diri yang serius.
 Salah satu contoh kelompok psikoterapi ialah kelompok yang mengendalikan
masalah penderaan. Individu yang mengalami penderaan seringkali menghadapi
kesukaran membentuk perhubungan yang selesa dengan orang lain.
Contoh terapi Kelompok Psikoterapi ialah;
 Klien yang diagnosis sebagai mempunyai kecelaruan emosi
 Remaja dalam pusat pemulihan
 Individu yang mempunyai masalah kecelaruan pemakanan atau penagihan dadah
 Individu yang didera secara seksual
4. KELOMPOK PENYELESAIAN
MASALAH
 Ahli-ahli kelompok penyelesaian masalah mempunyai kesedaran untuk membetulkan
kesilapan dengan lebih kerap dan meningkatkan motivasi individu.
 Keberkesanan kelompok ini bergantung kepada beberapa tahap iaitu mengenalpasti atau
menyedari masalah, menganalisis masalah, membuat keputusan, menerima serta
melaksanakan keputusan yang telah dibuat.
 Kelompok penyelesaian masalah antara kelompok yang ahli-ahlinya mempunyai
kesedaran untuk memperbetulkan kesilapan dengan lebih kerap dan meningkatkan
motivasi individu.
6. KELOMPOK ‘T’

 Menurut Mohd Mansur & Siti Nordinar (1989) kelompok ini diambil sempena
daripada peringkat awal perkataan latihan (training) iaitu T. National Training
Laboratories (NLT) telah mengadakan latihan perhubungan manusia di Berthel, Maine
pada tahun 1950-an.
 Kelompok ‘T’ lahir daripada kelompok latihan dan mewakili aplikasi latihan makmal.
 Mengikut Gibson & Mitchell (2008) Kelompok ‘T’ merujuk kepada satu usaha untuk
membentuk satu masyarakat kecil yang persekitaran dibentuk khusus untuk
pembelajaran.
 Dalam kelompok ini mereka dapat melihat kesan pengaruh tingkah laku ahli kelompok
yang lain. Selain itu, ahli-ahli yang terlibat didapati dapat belajar dengan berkesan.
 Kelompok ‘T’ merupakan satu kelompok yang memfokuskan kepada cara kelompok
berfungsi serta mendidik peserta-peserta menjadi lebih bertanggungjawab terhadap
perkara yang dipelajari, cara belajar dan berfungsi dengan baik serta mengetahui langkah
masing-masing dalam kelompok mahupun masyarakat.
7. KELOMPOK BIMBINGAN
 Kelompok bimbingan mengikut Gibson & Mitchell (2008) merupakan aktiviti
kelompok yang memberi fokus penyediaan maklumat atau pengalaman melalui satu
aktiviti kelompok yang terancang.
 Tujuan kelompok bimbingan bersifat Pendidikan, vokasional, peribadi, kerjaya dan
pendekatan memberi pertolongan.
 Kelompok bimbingan memberi maklumat yang tepat supaya ahli-ahli dapat membuat
perancangan dan keputusan yang wajar.
 Biasanya dijalankan di sekolah atau di institusi pengajian bagi membantu proses
membimbing pelajar
 Contohnya, perkembangan konsep kendiri, perkembangan kerjaya, kemahiran belajar,
disiplin kendiri pelajar, hubungan interpersonal dan sebagainya.
8. KELOMPOK KERJA / TUGASAN
(Task Group)
 Gibson & Mitchell (2008) menjelaskan kelompok kerja dibentuk untuk memenuhi
keperluan organisasi melalui kerja-kerja kelompok.
• Gladding (2002) menjelaskan kelompok kerja tidak memberi fokus kepada perubahan
individu sebaliknya lebih menekankan pencapaian dalam menyelesaikan sesuatu tugasan
 Proses yang berlaku dalam kelompok ini melibatkan penyelesaian masalah, dengan ahli
memberi tumpuan kepada tugasan yang ditetapkan, brainstorming, dan mencapai kata
sepakat serta melaksanakan pelan tindakan untuk mencapai matlamat
 types of tasking groups: volunteer groups, mission groups, task forces, committees, planning groups, community
organizations, discussion groups, and learning groups
 Unlike other groups examined here, task/work groups do not focus on changing individuals
Hulse-Killacky, Killacky dan Donigan (2001) menjelaskan ciri-ciri berkesan bagi kumpulan kerja
seperti berikut;
 Kumpulan mempunyai matlamat yang jelas
 Terdapat keseimbangan di antara proses dan isi kandungan
 Wujudnya budaya yang dikenalpasti dan menghargai perbezaan
 Wujudnya hubungan kerjasama, kolaborasi dan saling hormat-menghormati
 Konflik akan ditangani sekiranya wujud
 Maklum balas diberikan dengan cepat dan jelas
 Isu-isu semasa ahli kelompok dibincangkan
 Ahli kelompok dijemput untuk menjadi sumber yang aktif
 Ahli-ahli kelompok diberi masa untuk merefleksi kerja-kerja mereka
PERBEZAAN KELOMPOK KERJA, PSIKOPENDIDIKAN,
KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI
Jenis Fokus Seting Saiz Jangka masa sesi
kelompok

Kerja (task Meningkatkan keberkesanan matlamat Hampir kesemua seting. Komposisi yang bagus Masa bergantung kepada tugas
group) pembentukan kelompok. ialah 12 orang atau tetapi kebanyakkannya bermula
kurang. dari setengah jam kepada 2 jam.

Psiko- Maklumat yang tepat akan membentuk Hospital, agensi Purata 20 – 40 orang. 50 minit hingga 2 jam. Purata sesi
pendidikan makna dan kemahiran yang berkaitan. kesihatan mental, seting 8-10 kali.
pendidikan dan agama.

Kaunseling Pencegahan, perkembangan, dinamik Sekolah, university, Dewasa ; 8-12 orang 20 – 90 minit secara purata. Lebih
interpersonal dan kelompok. agensi kesihatan mental. Kanak2 ; kurang 8 lama untuk orang dewasa.
orang.
Jenis kelompok Fokus Seting Saiz Jangka masa sesi

Psikoterapi Masalah kehidupan yang bersifat Hospital, klinik kesihatan Bergantung samada 60 – 120 minit. Pertemuan
peribadi dan interpersonal. Peringkat mental dan agensi kelompok tertutup atau berlangsung beberapa bulan
kritikal, pemulihan dan perkhidmatan sosial. terbuka. hingga beberapa tahun.
rekonstruktif.
22
23
TUGASAN
HURAIKAN JENIS-JENIS KELOMPOK DIBAWAH
 Kelompok sokongan (support group)
 Kelompok bantu diri (self help group)
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai