Anda di halaman 1dari 24

ASAS KAUNSELING

KELOMPOK

OLEH:
MOHD MOHTARI BIN MESRON
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
IPG
KTHO

DEFINISI UMUM
Kelompok

boleh didefinisikan sebagai beberapa


orang individu yang bergabung untuk kepentingan
kelompok dari segi minat, tujuan dan fungsi. Jika
definisi ini mahu dijuruskan kepada kaunseling
kelompok maka ciri utama yang dapat dilihat ialah
dari segi interaksi ahli-ahli yang mempunyai
fungsi dan matlamat atau objektif tertentu

DEFINISI UMUM

Jika kelompok ditakrifkan secara umum ianya boleh


melibatkan juga Kelompok Bimbingan, Kelompok Terapi,
Kelompok-T, Kelompok Sensitiviti, Kelompok Encounter,
Kelompok Mini, Kelompok Proses Dinamika, Kelompok Dalam
dan Kelompok Luar dan Kelompok Sosial(Gibsan &
Mitchell,1996)
Penggunaan interaksi kelompok untuk memfasilitasi
pemahaman kendiri dan memfasilitasi perubahan tingkah laku
individu

DEFINISI KHUSUS
Gibsan

dan Mitchell(1981) ;
Kaunseling kelompok sebagai satu proses dalam
membantu klien menyesuaikan dirinya dengan halhal sehari-harinya mengenai perkembangan dan
membaiki perkembangan itu sama ada pembaikan
terhadap tingkah laku, hubungan peribadi, nilai-nilai
diri, sikap dan pemilihan kerjayanya di samping
membina kemahiran-kemahiran dalam hal-hal
berkenaan.

DEFINISI KHUSUS

Dyer dan Vriend(1973);


Satu pertolongan sosial dan psikologi dimana secara
keseluruhan tujuannya merubah tingkah laku yang
mencegah seseorang individu berperanan dan
berpengalaman baik dan sempurna di samping
membolehkan individu itu mendapat perubahan baru
dalam tingkah laku serta perdampingan dirinya
dengan alam semula jadi

DEFINISI KHUSUS

Carl Rogers(1970)Kaunseling kelompok sebagai


orientasi permasalahan dan pemulihan proses di mana
seseorang dirasionalkan kembali mengikut kehendak
ramai. Seperti juga halnya dengan kaunseling individu,
ia lebih tepat bagi mereka yang mengalami kesukaran,
ketidakpuasan hati atau mereka yang negatif tingkah
lakunya

DEFINISI KHUSUS
Gazda(1978)

Kaunseling Kelompok hanya baik


disarankan kepada mereka yang bermasalah
secara terus-terusan atau sekejap sahaja
dalam mana dikatakan bahawa maklumatmaklumat yang diperolehinya sendiri gagal
membantunya mengatasi masalah itu.

ASAS KAUNSELING KELOMPOK


Semasa

penubuhan kelompok perkara-perkara


utama yang perlu diberi tumpuan ialah ciri-ciri
kelompok yang hendak dibentuk. Pakar-pakar
kaunseling kelompok seperti Gladding(1995), dan
Corey(1981) memberi tumpuan khusus kepada
tahap penubuhan kaunseling kelompok kerana apa
yang dibentuk dan komposisi permulaan ini akan
menentukan perjalanan dan keberkesanan
kelompok.

PERKARA-PERKARA UTAMA
PENUBUHAN KELOMPOK
1.Jenis

Kelompok:

-Kelompok Bimbingan
-Kaunseling Kelompok
-Kelompok Terapi
-Kelompok-T
-Kelompok Sensitiviti
-Kelompok Encounter
-Kelompok Maraton
-Kelompok Mini
-Kelompok Proses dan Dinamika
-Kelompok Dalam dan Kelompok
Luar
-Kelompok Jaringan Sosial

KELOMPOK BIMBINGAN

Kelompok Bimbingan biasanya digunakan untuk


penyebaran maklumat, khususnya untuk
pelajar-pelajar di sekolah atau di institusi
pengajian tinggi.
Topik yang hendak disampaikan pilihan
kaunselor
Contoh-contoh tajuk: Pengurusan masa,
menghadiri temuduga, kemahiran belajar,
pemilihan kerjaya , persediaan peperiksaan,
pendidikan pencegahan dadah dan sebagainya

KELOMPOK KAUNSELING
Fokus

Kelompok Kaunseling ialah


individu.
Ahli kelompok 5 hingga 10 orang dan
tidak mempunyai struktur
Peranan kaunselor mewujudkan
suasana rasa selamat bagi ahli-ahli
berbincang dengan tidak merasakan diri
tertekan atau terancam oleh ahli-ahli
yang lain.

KELOMPOK KAUNSELING

Perkara yang dibincangkan adalah perkara


yang dirasakan selesa untuk dikongsi
seperti hal yang berkaitan
keluarga,hubungan interpersonal, konsep
kendiri,kesulitan peribadi dan sebagainya
Isi perbincangan melibatkan perluahan
perasaan dan setiap ahli kumpulan
mempunyai peluang untuk didengari oleh
ahli termasuk kaunselor.

KELOMPOK PSIKOTERAPI

Kelompok jenis ini adalah yang pertama


sekali menggunakan kaedah teraputik
Joseph Hershy Pratt merupakan bapa
Kelompok Psikoterapi:
Hubungan antara psikologikal dengan
fizikal pada diri pesakit batuk kering
(Joseph) begitu rapat sekali.Beliau
menekankan kepada usaha melayani
pesakit itu dahulu daripada menangani
penyakit.

KELOMPOK PSIKOTERAPI
Kelompok

ini khusus tentang


orang-orang sakit jiwa atau
terganggu perasaannya sehingga
menjadi tidak normal atau kurang
siuman akibat daripada tingkah
laku dan fikirannya yang sudah
tidak rasional lagi
Kelompok ini mengambil masa
yang lebih lama dan masalah yang
dibincangkan adalah masalah
peribadi yang mendesak,
mendalam dan tenat

Sambungan
2. Tujuan Penubuhan Kelompok:
-Membaiki sikap serta perlakuan klien
yang tidak berkesan atau tidak
mendatangkan faedah
-Mencegah serta memulih-Corey(1990)
-Berorientasikan masalah yang spesifik,
sama ada masalah itu masalah
pembelajaran kerjaya, sosial atau emosi

Sambungan.

3.Jumlah dan Ciri-ciri Ahli Kelompok:


-Loeser(1957) dlm Ohlsen (1977)
merumuskan seramai 4 atau 8 klien adalah
ideal.
-Hansen(1976) berpendapat antara 7 hingga
8 orang atau dari 5 hingga 10 kerana
bilangan ahli yang kecil tidak menjadi
kelompok.
-Jesteru itu boleh dikategorikan kepada 3
1. Kelompok kecil (4 6 orang)
2. Kelompok sederhana (7 12 orang)
3. Kelompok besar (lebih 12 orang)

Sambungan.
-Jantina Ohlsen(1970) bersetuju supaya kanakkanak lelaki dan perempuan itu diberi layanan
sama rata supaya membolehkan mereka
menyedari perbezaan perkembangan
psikologi.Gadza lebih suka mereka dilayan cara
berasingan.Dye(1968) bersetuju dgn Mahler
(1969) percampuran jantina dalam satu
kelompok itu baik, Cuma bagi sesetengah judul
atau tajuk sahaja yang perlu diubahsuai dan
dibuat persediaan lain. Masalah disiplin adalah
lebih baik dan berkesan kalau diberi layanan
kepada satu jantina tetapi bagi masalahmasalah sosial boleh dijalankan dalam satu
kelompok

Sambungan.
4.Masa, jangka masa, tempat
perjumpaan: kekerapan banyak
bergantung kpd objektif kelompok,
pengalaman kaunselor dan jenis ahli
5.Tanggungjawab dan kepakaran
ketua(kaunselor)
-Kaunselor sebagai ketua dalam kelompok
ini, tidak gentar dicabar, mengakui dirinya
dengan memberi dan menerima
maklumbalas, mendengar dan merespon
dengan jujur dan tepat dan mengambil
risiko bertujuan menggerakkan ahli-ahli.

JENIS KAUNSELING KELOMPOK


Berstruktur:

1. Tahap membina hubungan


2. Tahap penerokaan
3. Tahap membuat keputusan
4. Tahap pelaksanaan
5. Tahap menamatkan sesi
kaunseling
*Tidak berstruktur :
Tidak mengikut tahap-tahap tersebut

KELEBIHAN KELOMPOK
George

dan Cristiani (1981)


menyenaraikan kebaikan-kebaikan
kaunseling kelompok:
-Kaunselor boleh meberikan khidmat
lebih berkesan, klien lebih ramai.
-Boleh menyediakan hubungan
sosial antara peribadi untuk
menyelesaikan masalah-masalah
antara peribadi

KELEBIHAN KELOMPOK

-Klien berpeluang melatihkan diri dengan


tingkah laku baru
-Membolehkan klien meletakkan
masalahnya dalam tanggapan dan
memahaminya bahawa ada persamaan
dan kelainan dengan orang lain
-Klien menjadi sistem pembantu dan
pendorong yang baik kepada ahli-ahli
yang lain
-Klien dpt mempelajari kemahiran
komunikasi antara peribadi
-Klien berpeluang memberi dari Cuma
menerima semata-mata

KEKURANGAN KELOMPOK
Ahli-ahli yang bermasalah:
-Monopoli/membolot
-Dingin/bermusuh
-Mendiamkan diri
-Tidak hadir
-Kelakar/lucu: biasanya sembunyikan
masalah di sebalik kegembiraan
-Membosankan: bercakap perkara
selamat
-Lempar salah: mengarahkan perhatian
negatif kepada individu lain
-Mengkritik
-Ramah mesra

KEKURANGAN KELOMPOK
Kaunselor

yang
kurang kredebiliti:
-Gaya Kepimpinan;
*Gaya Autoritarian
*Gaya Demokratik
*Gaya Laissez-Fair

SEKIAN TERIMA KASIH


1.

2.

Rujukan:
Kaunseling Teori,Proses dan
Kaedah,Muhd.Mansur Abdullah.Fajar
Bakti 1985.
Bimbingan Dan Kaunseling Untuk
Sekolah Rendah Dan menengah,Tan
Chee Yee.Kum.Budiman Sdn.Bhd.1996

Anda mungkin juga menyukai