Anda di halaman 1dari 23

ASAS KAUNSELING

KELOMPOK

OLEH:
ROSLI BIN MOHAMAD
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
IPG
KTHO
DEFINISI UMUM
Kelompok boleh didefinisikan sebagai beberapa
orang individu yang bergabung untuk kepentingan
kelompok dari segi minat, tujuan dan fungsi. Jika
definisi ini mahu dijuruskan kepada kaunseling
kelompok maka ciri utama yang dapat dilihat ialah
dari segi interaksi ahli-ahli yang mempunyai
fungsi dan matlamat atau objektif tertentu
DEFINISI UMUM
Jika kelompok ditakrifkan secara umum ianya boleh
melibatkan juga Kelompok Bimbingan, Kelompok Terapi,
Kelompok-T, Kelompok Sensitiviti, Kelompok Encounter,
Kelompok Mini, Kelompok Proses Dinamika, Kelompok
Dalam dan Kelompok Luar dan Kelompok Sosial(Gibsan &
Mitchell,1996)
Penggunaan interaksi kelompok untuk memfasilitasi
pemahaman kendiri dan memfasilitasi perubahan tingkah
laku individu



DEFINISI KHUSUS
Gibsan dan Mitchell(1981) ;
Kaunseling kelompok sebagai satu proses dalam
membantu klien menyesuaikan dirinya dengan hal-
hal sehari-harinya mengenai perkembangan dan
membaiki perkembangan itu sama ada pembaikan
terhadap tingkah laku, hubungan peribadi, nilai-nilai
diri, sikap dan pemilihan kerjayanya di samping
membina kemahiran-kemahiran dalam hal-hal
berkenaan.
DEFINISI KHUSUS
Dyer dan Vriend(1973);
Satu pertolongan sosial dan psikologi dimana secara
keseluruhan tujuannya merubah tingkah laku yang
mencegah seseorang individu berperanan dan
berpengalaman baik dan sempurna di samping
membolehkan individu itu mendapat perubahan baru
dalam tingkah laku serta perdampingan dirinya
dengan alam semula jadi
DEFINISI KHUSUS
Carl Rogers(1970)Kaunseling kelompok sebagai
orientasi permasalahan dan pemulihan proses di mana
seseorang dirasionalkan kembali mengikut kehendak
ramai. Seperti juga halnya dengan kaunseling individu,
ia lebih tepat bagi mereka yang mengalami kesukaran,
ketidakpuasan hati atau mereka yang negatif tingkah
lakunya
DEFINISI KHUSUS
Gazda(1978) Kaunseling Kelompok hanya baik
disarankan kepada mereka yang bermasalah
secara terus-terusan atau sekejap sahaja
dalam mana dikatakan bahawa maklumat-
maklumat yang diperolehinya sendiri gagal
membantunya mengatasi masalah itu.
ASAS KAUNSELING KELOMPOK
Semasa penubuhan kelompok perkara-perkara
utama yang perlu diberi tumpuan ialah ciri-ciri
kelompok yang hendak dibentuk. Pakar-pakar
kaunseling kelompok seperti Gladding(1995), dan
Corey(1981) memberi tumpuan khusus kepada
tahap penubuhan kaunseling kelompok kerana apa
yang dibentuk dan komposisi permulaan ini akan
menentukan perjalanan dan keberkesanan
kelompok.

PERKARA-PERKARA UTAMA
PENUBUHAN KELOMPOK
1.Jenis Kelompok:
-Kelompok Bimbingan
-Kaunseling Kelompok
-Kelompok Terapi
-Kelompok-T
-Kelompok Sensitiviti
-Kelompok Encounter
-Kelompok Maraton
-Kelompok Mini
-Kelompok Proses dan Dinamika
-Kelompok Dalam dan Kelompok
Luar
-Kelompok Jaringan Sosial
KELOMPOK BIMBINGAN
Kelompok Bimbingan biasanya digunakan untuk
penyebaran maklumat, khususnya untuk
pelajar-pelajar di sekolah atau di institusi
pengajian tinggi.
Topik yang hendak disampaikan pilihan
kaunselor
Contoh-contoh tajuk: Pengurusan masa,
menghadiri temuduga, kemahiran belajar,
pemilihan kerjaya , persediaan peperiksaan,
pendidikan pencegahan dadah dan sebagainya
KELOMPOK KAUNSELING
Fokus Kelompok Kaunseling ialah
individu.
Ahli kelompok 5 hingga 10 orang dan
tidak mempunyai struktur
Peranan kaunselor mewujudkan
suasana rasa selamat bagi ahli-ahli
berbincang dengan tidak merasakan diri
tertekan atau terancam oleh ahli-ahli
yang lain.
KELOMPOK KAUNSELING
Perkara yang dibincangkan adalah perkara
yang dirasakan selesa untuk dikongsi
seperti hal yang berkaitan
keluarga,hubungan interpersonal, konsep
kendiri,kesulitan peribadi dan sebagainya
Isi perbincangan melibatkan perluahan
perasaan dan setiap ahli kumpulan
mempunyai peluang untuk didengari oleh
ahli termasuk kaunselor.
KELOMPOK PSIKOTERAPI
Kelompok jenis ini adalah yang pertama
sekali menggunakan kaedah teraputik
Joseph Hershy Pratt merupakan bapa
Kelompok Psikoterapi:
Hubungan antara psikologikal dengan
fizikal pada diri pesakit batuk kering
(Joseph) begitu rapat sekali.Beliau
menekankan kepada usaha melayani
pesakit itu dahulu daripada menangani
penyakit.
KELOMPOK PSIKOTERAPI
Kelompok ini khusus tentang
orang-orang sakit jiwa atau
terganggu perasaannya sehingga
menjadi tidak normal atau kurang
siuman akibat daripada tingkah
laku dan fikirannya yang sudah
tidak rasional lagi
Kelompok ini mengambil masa
yang lebih lama dan masalah
yang dibincangkan adalah
masalah peribadi yang mendesak,
mendalam dan tenat
Sambungan
2. Tujuan Penubuhan
Kelompok:
-Membaiki sikap serta perlakuan klien
yang tidak berkesan atau tidak
mendatangkan faedah
-Mencegah serta memulih-Corey(1990)
-Berorientasikan masalah yang spesifik,
sama ada masalah itu masalah
pembelajaran kerjaya, sosial atau emosi
Sambungan.
3.Jumlah dan Ciri-ciri Ahli
Kelompok:
-Loeser(1957) dlm Ohlsen (1977)
merumuskan seramai 4 atau 8 klien adalah
ideal.
-Hansen(1976) berpendapat antara 7 hingga
8 orang atau dari 5 hingga 10 kerana
bilangan ahli yang kecil tidak menjadi
kelompok.
-Jesteru itu boleh dikategorikan kepada 3
1. Kelompok kecil (4 6 orang)
2. Kelompok sederhana (7 12 orang)
3. Kelompok besar (lebih 12 orang)

Sambungan.
-Jantina Ohlsen(1970) bersetuju supaya kanak-
kanak lelaki dan perempuan itu diberi layanan
sama rata supaya membolehkan mereka
menyedari perbezaan perkembangan psikologi.
Gadza (1979) lebih suka mereka dilayan cara
berasingan.
Dye(1968) bersetuju dgn Mahler (1969)
percampuran jantina dalam satu kelompok itu
baik, cuma bagi sesetengah judul atau tajuk
sahaja yang perlu diubahsuai dan dibuat
persediaan lain. Masalah disiplin adalah lebih
baik dan berkesan kalau diberi layanan kepada
satu jantina tetapi bagi masalah-masalah sosial
boleh dijalankan dalam satu kelompok
Sambungan.
4.Masa, jangka masa, tempat perjumpaan: kekerapan
banyak bergantung kpd objektif kelompok, pengalaman
kaunselor dan jenis ahli .

5.Tanggungjawab dan kepakaran ketua(kaunselor)
-Kaunselor sebagai ketua dalam kelompok ini, tidak
gentar dicabar, mengakui dirinya dengan memberi dan
menerima maklumbalas, mendengar dan merespon
dengan jujur dan tepat dan mengambil risiko bertujuan
menggerakkan ahli-ahli.

KELEBIHAN KELOMPOK
George dan Cristiani (1981) menyenaraikan
kebaikan-kebaikan kaunseling kelompok:
-Kaunselor boleh memberikan khidmat lebih
berkesan, klien lebih ramai.
-Boleh menyediakan hubungan sosial antara
peribadi untuk menyelesaikan masalah-
masalah antara peribadi

KELEBIHAN KELOMPOK
-Klien berpeluang melatihkan diri dengan tingkah laku
baru
-Membolehkan klien meletakkan masalahnya dalam
tanggapan dan memahaminya bahawa ada persamaan
dan kelainan dengan orang lain
-Klien menjadi sistem pembantu dan pendorong yang
baik kepada ahli-ahli yang lain
-Klien dpt mempelajari kemahiran komunikasi antara
peribadi
-Klien berpeluang memberi dari Cuma menerima
semata-mata
KEKURANGAN KELOMPOK
Ahli-ahli yang bermasalah:
-Monopoli/membolot
-Dingin/bermusuh
-Mendiamkan diri
-Tidak hadir
-Kelakar/lucu: biasanya sembunyikan
masalah di sebalik kegembiraan
-Membosankan: bercakap perkara selamat
-Lempar salah: mengarahkan perhatian negatif kepada
individu lain
-Mengkritik
-Ramah mesra
KEKURANGAN KELOMPOK
Kaunselor yang
kurang kredebiliti:
-Gaya Kepimpinan;
*Gaya Autoritarian
*Gaya Demokratik
*Gaya Laissez-Fair
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai