Anda di halaman 1dari 13

KAUNSELING KELOMPOK

PERANCANGAN KELOMPOK
Perancangan kelompok
Peranan ketua kelompok
o Merancang jenis kelompok yang akan dilaksanakan, seting,
jangka masa sesi akan berlangsung, cara menilai ahli-ahlinya.
o Kesemua perkara di atas sangat penting dalam melancarkan
perjalanan sesuatu kelompok.
o Sekiranya ketua kelompok tidak memberi perhatian kepada
perkara-perkara di atas, keberkesanan kelompok akan tergugat.
PREPLANNING
Four additional decisions to be made when establishing a group
include the following:
 For how many sessions will the group meet?
 When will the group meet?
 Who should the members be?
 How will the members be screened?
1. Tujuan Kaunseling kelompok

o Faktor utama yang perlu diambil kira dalam perancangan awal kelompok
ialah kejelasan tujuan atau matlamat yang ingin disampaikan oleh
kumpulan tersebut.
o Sekiranya kumpulan ingin berjaya, matlamatnya mestilah bersesuaian
dan bermakna kepada semua ahlinya. Jika tidak, mereka
berkemungkinan besar akan menarik diri.
o Contoh: satu kelompok psikopendidikan yang berfokus kepada kerjaya
mungkin menarik minat pelajar-pelajar sekolah menengah tetapi bukan
pelajar sekolah rendah kecuali jika pengisiannya diubah bersesuaian
dengan kehendak pelajar sekolah rendah.
2. Umur & Seting

o Kelompok yang bekerja dengan ahli-ahli yang berbeza umurnya, seperti kanak-
kanak, remaja atau warga emas memerlukan gaya kepimpinan yang berbeza.
o Seting juga mempengaruhi keberkesanan kelompok.
o Tempat sesi yang dijalankan perlulah selesa dan tidak diganggu oleh bunyi bising.
o Sesi perlu dirancang dengan rapi kerana kejayaan sesuatu kelompok banyak
bergantung kepada ahli-ahlinya yang merasa selamat dalam persekitarannya.
o Susunan kerusi dan tempat sesi Kaunseling dijalankan perlulah selesa dan tidak
berbau.
3. Masa

o Corey & Corey (2010), biasanya sesi kaunseling akan dijalankan sebanyak 2 jam dalam
setiap minggu dan akan dijalankan dari 4 – 15 minggu.
o Terpulang juga kepada ahli kumpulan samada ingin mengambil masa pendek iaitu 30- 45
minit terutamanya apabila ahli kumpulan ialah kanak-kanak yang mudah merasa bosan
atau klien yang mempunyai tumpuan perhatian yang pendek.
o Manakala kelompok kaunseling orang dewasa lebih sesuai selama dua jam dalam satu
sesi. Ini kerana mereka mempunyai pemikiran yang luas dan masa satu jam yang
diperuntukkan tidak mencukupi bagi mereka.
o Anggaran masa sesi kelompok tidak boleh terlalu panjang dan tidak terlalu pendek. Sesi
yang berjalan lebih dari dua jam mungkin menyebabkan ahli-ahli merasa penat dan
hilang minat.
o Waktu yang sesuai menjalankan sesi kaunseling adalah satu jam setengah hingga dua
jam
4. Saiz kelompok
o Neukurug (2007) menjelaskan saiz kelompok selalunya bergantung kepada tujuan
dan jenis kelompok.
o Kelompok bantu diri dan psikopendidikan mempunyai jumlah ahli yang besar.
o Saiz yang sesuai untuk kelompok kaunseling dan terapi sekitar 5 hingga 15 orang.
o Saiz kelompok bergantung kepada jenis klien samada kanak-kanak, orang dewasa
dan remaja (Andrew, 1992).
o Saiz ahli kelompok amat mempengaruhi keaktifan kelompok dan dinamika
kelompok.
o Ahli kelompok yang ramai contoh 10 orang boleh menyebabkan wujudnya dua
kelompok kecil iaitu satu kelompok aktif satu kelompok pasif.
5. Komposisi kelompok

o Posthuma (2002) mengatakan ketua kelompok perlu mengambil kira


factor jantina, focus masalah, dan tahap kefungsian dalam menentukan
komposisi ahli kelompok.
o Satu lagi komponen yang memberi kesan kepada dinamika kelompok
bergantung ahli-ahlinya samada homogenous(seragam) atau
heterogenous (pelbagai).
o Faktor-faktor lain yang memberi kesan seperti kesepadanan antara
matlamat ahli dengan matlamat kumpulan, tahap komitmen ahli-ahli,
keterbukaan ahli, sikap ahli-ahli kepada kepemimpinan dan autoriti serta
sikap ketua keatas ciri-ciri ahli.
6. Struktur kelompok
o Struktur kelompok merujuk kepada seting fizikal dan juga interaksi dalam
kelompok.
o Keduanya memberi kesan kepada kejayaan atau kesejahteraan kelompok
samada objektif individu atau kelompok tercapai.
o Susun duduk seting dalam kelompok amat penting kerana kebanyakan
kelompok menggunakan bentuk bulatan.
o Dalam susun duduk ini, kesemua ahli boleh mempunyai hubungan
langsung kepada setiap ahli (Yalom, 1995).
7. Hak ahli
o Ahli kelompok mempunyai hak untuk dihormati dan dilindungi sekiranya
kelompok ingin berjalan dengan baik.
o Mengikut Ethical Guidelines For Group Counsellors (ASGW, 1989), setiap
ahli kelompok perlu diberitahu bahawa penyertaan mereka dalam kelompok
ini secara sukarela dan boleh meninggalkan kelompok sekiranya mahu.
o Ahli kelompok mempunyai hak untuk menolah arahan atau cadangan ketua
atau ahli-ahli lain.
o Mereka akan ditanya secara adil dan dilindungi daripada ancaman fizikal
dan psikologikal.
o Ahli juga berhak mengetahui perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan.
8. Kerahsiaan

o Semasa proses penapisan pra kumpulan, ketua kelompok sepatutnya


menekankan kepada bakal ahli kelompok bahawa kerahsiaan dijangkakan
daripada semua ahli kelompok untuk meningkatkan kepercayaan,
kejelekitan dan perkembangan (Corey, 2011).
o Ketua kelompok juga harus menegaskan bahawa beliau akan
memastikan kerahsiaan isu dalam kelompok terjaga.
9. Penggunaan Teknik kelompok

o Corey (1997) percaya bahawa latihan sangat berkesan apabila


difokuskan dalam kumpulan yang mempunyai matlamat.
o Dalam memilih latihan dalam kelompok, ketua kelompok perlu mempunyai
rasional dan menyesuaikan latihan kepada keinginan mereka.
o Kelompok boleh memasukkan banyak jenis latihan seperti penulisan,
pergerakan, struktur, dyads, pusingan dan pergerakan.
o Satu latihan digunakan dalam satu kumpulan.
KESIMPULAN
 Always plan
 Have a back-up plan in mind in case things don’t go as
expected.
 Be flexible during a session--Do not become a slave to the
plan.
 Stick to the plan unless something comes up that is equal to
or better than what you had planned.

Anda mungkin juga menyukai