Anda di halaman 1dari 18

MINGGU 2

DINAMIK KELOMPOK
• Dinamik wujud dalam apa jua kelompok yang disertai oleh
individu, dan memberi impak terhadap ahli kelompok secara
langsung atau tidak langsung (Bion, 1959; Yalom & Leszcz,
2005).

• Ahli yang biasa bekerja dalam kumpulan vs. Ahli yang biasa
bekerja sendiri  apakah impak terhadap dinamik kelompok
dan antara ahli? (within & between)
• Dinamik kelompok (atau dikenali juga sebagai proses
kelompok) merujuk kepada sikap dan interaksi ahli serta
pemimpin kelompok.
• Manakala faktor yang boleh mempengaruhi dinamik sesebuah
kelompok dikenali sebagai tenaga terapiutik (therapeutic
forces).
• Dinamik kelompok yang paling penting untuk diperhatikan
adalah siapa bercakap dengan siapa dan kekerapan setiap
ahli bercakap.
Rajah 1. Corak interaksi optimal
Sumber: Gladding (2016)
• Pemimpin perlu menyesuaikan kemahiran dengan keadaan
dinamik kelompok. Contohnya;

Dinamik Kelompok Kemahiran Pemimpin


Terdapat beberapa ahli mendominasi Pemimpin boleh ubah corak dinamik
perbincangan pada peringkat awal dengan menggunakan kemahiran
kelompok. cutting-off dan drawing-out.
Ahli cuma bercakap kepada pemimpin Pemimpin galakkan setiap ahli untuk
atau kepada ahli yang terpilih sahaja bercakap dan bertegur sapa dengan
dan bukan kepada keseluruhan semua ahli kelompok bagi membina
kelompok. kejelekitan.
• Kesenyapan berupaya memberi pengaruh negatif terhadap dinamik
kelompok terapi atau kaunseling jika ia berlarutan terlalu lama.

• Namun, jika pemimpin melaksanakan kelompok tugasan atau


kelompok bersifat pendidikan, kesenyapan tidak semestinya
memberi kesan negatif kerana ahli kelompok ini selalunya kurang
terkesan akibat kesenyapan.

“Apakah teknik yang boleh pemimpin gunakan untuk menggalakkan


ahli yang senyap atau kurang memberi respon?”
• Selain itu, corak interaksi ahlipemimpinahlipemimpin
adalah perlu dielakkan.
• Pemimpin perlu menggalakkan corak interaksi ahliahli
tanpa perlu melalui pemimpin.
• Pemimpin perlu mengelak dari memberikan respon sejurus
selepas setiap ahli memberikan komen.
• Pemimpin juga perlu berwaspada jika wujud perkara berikut
yang boleh merisikokan ahli kelompok;
i. Ahli membentuk sub-kumpulan dalam kelompok
ii. Ahli bertengkar sesama sendiri
iii. Ahli merendahkan cadangan orang lain
iv. Ada ahli berkongsi isu dan ahli lain memberikan nasihat
Faktor Dinamik Kelompok
• Tenaga terapiutik adalah salah satu perkara yang dapat
mempengaruhi dinamik sesebuah kelompok. Antara tenaga
terapiutik yang sering dibincangkan adalah 11 faktor
terapiutik yang disenaraikan oleh Yalom (2005).

• Faktor terapiutik ini dipercayai penting untuk menjadikan


kelompok tersebut produktif.
1. Instillation of hope (harapan terhadap kehidupan)
2. Universality (kesedaran bahawa isu yang dialami turut
dialami orang lain)
3. Imparting of information (mendapatkan maklumat tentang
hidup yang sihat)
4. Altruism (memberi kepada ahli lain)
5. Corrective recapitulation of the primary family group
(peluang merasai dinamik seperti yang dialami pada zaman
awal kanak-kanak)
6. Development of socialization techniques (belajar tentang
kemahiran sosial)
7. Imitative behavior (mengikut t/laku positif ahli lain)
8. Interpersonal learning (belajar berinteraksi dengan ahli lain)
9. Group cohesiveness (hubungan rapat antara ahli)
10. Catharsis (luahan perasaan yang belum pernah ditunjukkan)
11. Existential factors (bertanggungjawab atas kehidupan
sendiri)
• Selain daripada Yalom, Jacobs et. al (2016) juga
menyenaraikan 15 tenaga terapiutik yang berfungsi sebagai
positif (terapiutik), neutral atau negatif (anti-terapiutik).

15 Therapeutic Forces by Jacobs et. al (2016)

11. Member’s
1. Clarity of purpose 6. Adequacy of setting
commitment
2. Relevance of purpose 7. Time of day for leader & 12. Level of trust among
for members members members
13. Members’ attitude
3. Size of the group 8. Leader’s attitude
toward leader
14. Leader’s experience &
4. Length of each session 9. Closed or open group
readiness
10. Voluntary or non- 15. Co-leadership
5. Frequency of meetings
voluntary membership harmony
• Jika sesebuah kelompok berjaya dikendalikan sehingga
mencapai matlamat, maka kebanyakan tenaga terapiutiknya
adalah positif atau neutral.
• Namun, jika kelompok yang dikendalikan gagal, maka terdapat
tenaga terapiutik yang bersifat negatif dalam kelompok
tersebut.
• Untuk mendapat penjelasan lebih lanjut tentang tenaga
terapiutik ini, sila rujuk Jacobs et al. (2016)*.

*Jacobs et. al. (2016). Group counseling: Strategies and skills (8th ed.). Cengage:
Boston, USA.
Proses dan Kandungan Kelompok
• Proses merangkumi peringkat kelompok, dinamik kelompok
dan tenaga terapiutik.
• Kandungan pula merujuk kepada tujuan atau tugasan
kelompok tersebut.
• Pemimpin perlu memberi fokus yang seimbang antara proses
dan kandungan kelompok.
• Ketidakseimbangan boleh berlaku jika salah satu terlalu
difokuskan atau kedua-duanya tidak dapat digabungjalinkan.
• Bagi memandu pemimpin untuk lebih memahami proses dan
kandungan kelompok, soalan berikut boleh digunakan:

1. Siapa saya? (Intrapersonal)


Soalan berkaitan proses 2. Siapa saya dengan anda? (Interpersonal)
3. Siapa kita sebagai kelompok?
1. Apa yang perlu kami lakukan?
Soalan berkaitan kandungan 2. Apa yang perlu kami lakukan untuk
mencapai matlamat?
Rajah 2. Gambaran proses dan kandungan kelompok yang simbang
Sumber: Hulse-Killacky, et. al (1994)
Rajah 3. Gambaran proses dan kandungan kelompok yang tidak simbang
Sumber: Hulse-Killacky, et. al (1994)
• Situasi tidak seimbang 1: Pemimpin terlalu fokus terhadap apa
yang sedang berlaku dalam kelompok dan memastikan semua ahli
memberi respon sehingga ahli kelompok tidak memperoleh
makna mendalam daripada perbincangan yang berlaku.
• Situasi tidak seimbang 2: Pemimpin fokus untuk membantu isu
individu sehingga terlupa menggalakkan interaksi antara ahli
untuk sama-sama mendengar dan membantu.

“Pada pandangan anda apa yang boleh dilakukan untuk


mengembalikan keseimbangan antara proses dan kandungan
kelompok bagi 2 situasi di atas?”

Anda mungkin juga menyukai