Anda di halaman 1dari 4

0 tip berfikiran positif

Posted on June 26, 2016 ·

Hari ini zsharer telah menerima email 10 tips berfikiran positif daripada staff utm dan zsharer suka pada tip
yang ke dua – berkawanlah dengan orang yang berfikiran positif. Jika kita dikelilingi oleh orang yang positif
kita akan sentiasa ceria dan memandang masalah serta dugaan yang diterima dengan lebih positif dan produktif.
Kita akan berfikir dugaan itu adalah benda yang terbaik berlaku dalam hidup kita dan bukannya yang paling
teruk berlaku dalam kehidupan kita kerana tuhan lagi maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Berikut adalah 10 tips berfikiran positif yang boleh memberikan anda nafas baru untuk anda meneruskan
urusan dalam hidup.

1. Kenalpasti pemikiran negatif yang ada dalam diri


sebelum ia menjadi akar umbi. Jika anda rasa mood anda
kembali suram, berhentilah daripada berfikiran tentangnya
sebelum anda tunduk kepada mereka. Kawal emosi anda,
jangan biarkan emosi mengawal anda., 
 
2. Berkawanlah dengan orang yang berfikiran
positif. Secara tidak langsung, anda juga akan berfikiran
positif! 
 
3. Orang yang berfikiran negatif boleh menjangkiti orang
lain. Jadi, jauhkanlah diri anda daripada orang yang selalu
berfikiran negatif, 
 
4. Bersenam dan makan makanan seimbang. Jika anda
nampak hebat dari segi LUARAN, sudah tentu dalamannya
juga hebat dan bagus, 
 
5. Rajinkan diri untuk mengemas dan menyusun barang –
barang anda. Anda perlu dikelilingi barang – barang yang
anda suka dan membuatkan anda rasa hebat. Contohnya
gambar keluarga, buku kegemaran, gambar seni dan apa
sahaja yang bermakna buat diri anda, 
 
6. Jika ada seseorang memberitahu bahawa ANDA TIDAK
BOLEH MELAKUKAN SESUATU, maka ambillah ia
sebagai cabaran untuk anda membuktikan bahawa anda
boleh melakukannya. Jika anda berjaya menunjukkan pada
mereka bahawa ia boleh dibuat, anda mungkin menjadi
inspirasi atas kejayaan tersebut, 
 
7. Apabila anda merasa kecewa dengan kehidupan anda atas
segala nasib malang yang menimpa, anda harus mengingatkan
diri bahawa semua ini adalah DUGAAN daripada
Tuhan yang menguji kita. Yakin bahawa pasti ada HIKMAH
di sebalik setiap apa yang berlaku, 
 
8. Jadilah sukarelawan dengan melibatkan diri dengan kerja
– kerja kebajikan. Keadaan ini akan menyedarkan kita
bahawa ada manusia lain yang hidup dengan beban dan
masalah yang lebih besar daripada kita, dan mereka
mampu menempuhinya. Ini akan menyebabkan anda
TERKESAN DARI SEGI EMOSIONAL DAN
KEROHANIAN, ketika membantu mereka, 
 
9. Belajar untuk menghilangkan tekanan. Masalah yang
kecil akan kelihatan sangat besar jika anda selalu dalam
keadaan tertekan. Dengan itu, jauhkan diri anda dari tekanan
dan hadapi setiap situasi dengan fikiran yang tenang, dan tips
terakhir, 
 
10. Teruskan berfikiran positif. Memulakannya adalah
mudah, namun mengekalkannya adalah cabaran untuk anda.
Jadikan ia TABIAT anda untuk sentiasa berfikiran positif
sehingga ia menjadi sebahagian daripada hidup anda.
 
Oleh itu, diharapkan 10 tips ini dapat anda manfaatkan,
supaya kita sama – sama lebih berjaya dan mencapai
kesihatan dalam minda.  

MORAL : Anda adalah apa yang anda fikirkan. Justeru,


jangan biarkan persekitaran mempengaruhi hidup anda,
namun anda yang perlu mempengaruhi persekitaran.Jadi,Jom
Jadi Positif!

Tips Menjadi Individu Positif


Dalam dunia yang mencabar ini, anda tidak berseorangan dalam menempuhi isu-isu kesihatan mental.
Malah masalah kesihatan mental boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Apabila kita mengalami tekanan
dalam kehidupan, ianya bukan sahaja akan mempengaruhi minda dan emosi, malah mempengaruhi tingkah
laku dan daya tindak kepada individu di sekeliling kita. Sebagai salah satu usaha untuk mengekang tekanan
besar berlaku kepada diri kita adalah dengan berfikiran positif. Berfikiran positif dapat mengelak diri kita
daripada dibelenggu dengan isu-isu yang lebih komplek di kemudian hari. Berikut adalah tips mudah yang
boleh diamalkan untuk membantu diri menjadi lebih positif dalam kehidupan seharian.
 
1. Amalan Pemikiran Positif
Langkah pertama untuk anda bersikap positif adalah mengamalkan pemikiran positif. Elakkan diri anda
daripada berfikir secara negatif yang hanya boleh membawa anda ke arah negatif. Amalkanlah pemikiran
positif tentang dunia sekeliling anda. Untuk mengamalkan langkah ini, sediakan jurnal dan tuliskan
perkara-perkara positif yang membawa anda kegembiraan atau perkara yang anda syukuri setiap hari.
Ingatlah bahawa pemikiran positif dan pandangan positif akan membantu menimbulkan emosi yang
positif.
 
2. Memberikan Pujian Pada Diri
Pujilah diri dan sayangilah diri anda. Memuji diri sendiri dapat membantu anda berasa lebih yakin dan
melahirkan emosi positif. Elakkan daripada menjadi terlalu tegas terhadap diri anda sendiri. Ingatlah
bahawa dalam perjalanan hidup, kita pasti akan melakukan kesilapan. Kesalahan dapat membuahkan
pengajaran yang bermakna, jadi pujilah diri anda yang sentiasa berusaha memperbaiki diri anda menjadi
orang yang lebih baik sepanjang kehidupan anda.
 
3. Memberi Penghargaan Kepada Diri
Memberi penghargaan kepada diri sendiri dapat membantu anda mengurangkan tekanan dan stres dalam
kehidupan seharian dan membantu menimbulkan emosi yang lebih positif dalam diri. Sebagai contoh
memberi penghargaan kepada diri adalah seperti membeli makanan yang anda gemari setelah
menyelesaikan tugas sukar. Perjalanan hidup adalah perjalanan yang sukar dan berduri,  jadi pastikan anda
memberi penghargaan kepada diri sendiri kerana berjaya menempuhi hari dengan penuh ketabahan dan
kesungguhan. 
 
Menjadi orang yang berfikiran positif dapat membantu anda menyelesaikan isu-isu kecil di sekeliling anda.
Tiada jalan pintas untuk kita menjadi seperti mana yang kita mahukan, namun bukanlah mustahil untuk
mencapainya. Mulakan langkah mudah supaya anda mampu untuk mengorak lebih banyak langkah
kejayaan dalam hidup anda. Langkah pertama anda adalah Berfikirlah secara Positif! Boleh buat bukan?

Anda mungkin juga menyukai