Anda di halaman 1dari 15

PENILAIAN AKHIR SEMESTER II

SESI 2021/2022

INSTITUT PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN KEUSAHAWANAN

TUGASAN PENILAIAN AKHIR


SEMESTER II SESI 2021/2022
BIPW 2132
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

MOHAMMAD ALIFFUDDIN
NAMA PENUH PELAJAR
BIN MD SHAHIRI
& FOTO

NO MATRIK BS 01202005

PROGRAM / FAKULTI BEKG

SEKSYEN 2021/2022

DR NOR FAZILAH BT AB HAMID


NAMA PENSYARAH
EN. ALI HAFIZAR BIN MOHAMMAD RAWI

TARIKH HANTAR 16 JUNE 2022


Soalan 1:

Pembentukan etika dan peradaban seseorang individu itu lazimnya dipengaruhi oleh keluarga,
rakan, pengalaman hidup dan lain-lain. Pada pandangan anda bagaimanakah pengaruh
rakan-rakan membentuk nilai etika dan peradaban diri anda?

Kemukakan lima (5) pandangan berserta contoh.


(15 markah)
1.0 PENGENALAN

Kehidupan manusia pada hari ini adalah berdasarkan kepada peredaran zaman. Kehidupan
zaman moden ini telah menjadi lebih kompleks di mana selain daripada keperluan asas, kepentingan
wang ringgit dan kebendaan telah menjadi pertaruhan hidup dalam segenap masyarakat. Manusia
tidak pernah puas dengan apa yang dimilikinya maka mereka sanggup mempertaruhkan etika semata-
mata utuk mengejar impian dan mengecapi kehidupan materialistik mereka yang menjadi keutamaan
hidup zaman ini. Menurut Wikipedia, ‘etika’ yang juga dikenali sebagai falsafah moral merupakan
satu cabang falsafah yang membabitkan menyusun, mempertahankan dan mencadangkan kelakuan
yang betul dan salah. Ia merujuk kepada tingkah laku moral manusia dan bagaimana untuk bertindak
dalam keadaan tertentu. Etika berasal daripada perkataan Yunani iaitu ‘ethos’ yang bermaksud
‘watak’. Etika merupakan piawaian yang berasaskan betul dan salah terhadap perbuatan atau tingkah
laku seseorang dalam melaksanakan kewajipan manusia.Etika berkait rapat dengan nilai-nilai moral
yang menjadi pegangan seseorang individu atau kumpulan masyarakat dalam menentukkan perbuatan
atau tingkah laku masing-masing. Kehidupan yang beretika akan memastikan manusia melaksanakan
kewajipan hidup yang memberi faedah kepada diri sendiri dan juga masyarakat. Sebagai contoh,
seseorang itu dikatakan beretika apabila bertindak jujur, menunjukkan belas kasihan dan kesetiaan
manakala perbuatan seperti mencuri, membunuh, menipu dan memfitnah menunjukkan sikap tidak
beretika. Seseorang itu dianggap mempunyai etika selagi perbuatannya tidak menyimpang dari
norma-norma sosial, peraturan, undang-undang, dan nilai-nilai moral yang boleh memudaratkan diri
sendiri dan orang lain.
2.0 PENEMUAN DAN PERBINCANGAN HASIL KAJIAN
2.1 PENGARUH RAKAN

Etika seseorang individu adalah berbeza berbanding dengan individu lain. Hal ini kerana
pembentukkan etika individu dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti isi dibawah:

Yang pertama adalah faktor pengaruh rakan. Pengaruh rakan adalah faktor lain yang
menentukkan etika seseorang. Pengaruh rakan ini dapat diteliti dan dilihat di peringkat sekolah
ataupun di tempat kerja. Etika seseorang individu biasanya dipengaruhi oleh tingkah laku rakan
mereka sama ada dari segi positif ataupun negatif. Jika rakan sekerja mempunyai nilai moral yang
baik seperti jujur, bertanggungjawab dan rajin maka ia akan membantu membentuk etika dan jati diri
yang baik. Jika seorang individu mempunyai rakan yang selalu ponteng sekolah, malas membuat
kerja rumah, vandalisme dan terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral maka kemungkinan
perbuatan negatif ini akan menjadi ikutan rakan-rakan yang lain.

Selain itu juga, rakan merupakan individu berpengaruh yang menentukan tingkah laku
seseorang dalam kehidupan seharian. Kualiti hubungan dan pengaruh rakan yang baik akan
membantu ke arah masa depan yang lebih baik manakala rakan yang tidak baik akan membawa
kepada kehancuran dalam kehidupan. Sebagai contoh, kanak-kanak yang meingkat dewasa biasanya
dipengaruhi oleh rakan-rakan pergaulan seharian mereka sama ada di sekolah atau sebagainya.
Sekiranya mereka berkawan dengan rakan-rakan yang mempunyai etika yang baik maka ia akan
menjadi ikutan yang baik kepada kanak-kanak tersebut. Jika rakan mereka terlibat dengan perkara
seperti berlumba haram atau membuli maka kanak-kanak tersebut kemungkinan melakukan perkara
yang sama. Hal ini mendatangkan impak negatif yang besar terhadap negara dan juga masyarakat
umum. Dalam konteks kerja pula, rakan yang mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi akan menjadi
pendorong kepada kita untuk melakukan kerja dengan penuh bertanggungjawab dan berintergriti.
Rakan yang bermasalah di tempat kerja boleh mempengaruhi seseorang bertindak melakukan
perbuatan seperti pecah amanah, salah guna kuasa, bekerja sambil lewa dan sebagainya yang boleh
membawa kesan buruk kepada kerjaya.

Seterusnya, tingkah laku seseorang individu itu biasanya boleh dinilai dengan melihat siapa
rakan-rakan mereka. Ini kerana kelakuan individu menunjukkan nilai peribadi yang sebenar. Hal ini,
kita sering menghabiskan masa yang agak lama bersama rakan berbanding dengan keluarga. Di
tempat kerja, kita menghabiskan sekurang-kurangya 8 jam bersama rakan sekerja manaka di sekolah
pula kanak-kanak bersama rakan sebaya mereka sekurang-kurangya 5 jam sehari. Oleh yang
demikian, adalah penting untuk memastikan kita memilih rakan yang mempunyai nilai-nilai positif
yang dapat mendorong kita ke arah pembentukkan masa depan yang lebih baik.
2.2 PENEMUAN 2 (Kes Remaja Lari Dari Rumah)

Kes remaja lari dari rumah telah menjadi masalah yang berleluasa di kalangan masyarakat
kita hari ini. Masalah lari dari rumah di kalangan anak-anak dan pelajar sekolah semakin hari semakin
meruncing dan sukar dibendung. Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan dari tahun 2017 hingga
September 2021, kes orang hilang dicatatkan sebanyak 10,545 dan ianya melibatkan remaja berumur
bawah 18 tahun. Mereka yang berumur 18 tahun keatas mencatatkan bilangan sebanyak 6074 kes.

Antara salah satu punca penyebab masalah ini berlaku ialah disebabkan terpengaruh dengan
rakan sebaya. Kebanyakan daripada remaja adalah mudah terpengaruh dengan kelakuan atau perangai
rakan karib mereka tanpa memikirkan kesan baik dan buruknya. Remaja masa kini lebih suka
berfoya-foya dan mementingkan kesoronokkan dan terikut-ikut perbuatan rakan yang sedemikian.
Mereka sanggup melarikan diri dari rumah semata-mata untuk mengecapi kebebasan dan menentukan
kehidupan sendiri. Walaupun ibu bapa memberi kebebasan dengan kawalan tertentu supaya anak-
anak tidak terjebak dengan perbuatan yang tidak diingini namun keinginan untuk kebebasan ekstrem
menyebabkan mereka melarikan diri dari rumah. Sebab utama remaja melarikan diri ialah cinta dan
mengikuti kekasih.

Saya telah melihat perkara ini berlaku kepada saudara terdekat apabila anak perempuan
berusia 15 tahun lari dari rumah mengikut kekasih. Ibu bapa gadis ini berpendidikan tinggi dan
sentiasa menekankan disiplin di kalangan anak-anak mereka. Namun cinta dan janji-janji manis
kekasih telah mengaburi mata remaja ini sehingga sanggup meninggalkan ibu bapa untuk bersama
kekasih yang tidak dikenali. Dia telah mempercayai teman lelakinya dan melarikan diri semata-mata
untuk mengecapi kehidupan mewah yang dijanjikan oleh temannya.

Remaja hari ini cenderung untuk mempunyai kekasih di alam persekolahan. Antara puncanya
ialah filem-filem berunsur cinta dan perhubungan melalui rangkaian sosial di internet yang
membolehkan mereka berkawan tanpa batasan. Rakan karib turut menjadi dorongan kepada remaja
untuk bercinta. Pemikiran yang kurang matang menyebabkan remaja terpengaruh dengan desakan
rakan. Tanggapan bahawa rakan ialah sebahagian daripada kehidupan menyebabkan mereka jarang
meluahkan masalah kepada ibu bapa. Emosi yang rapuh, tiada ketahanan diri dan gagal menangani
rintangan hidup menyebabkan mereka mengikut kehendak rakan sebaya. Akibat dari nasihat atau
penyelesaian yang salah mereka sanggup melarikan diri dari rumah dan terjebak ke perbuatan tidak
bermoral dan membinasakan hidup sendiri.
2.3 PENEMUAN 3 (Sokongan Di Tempat Kerja)

Rakan merupakan salah satu faktor yang mampu meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja
dalam sesebuah organisasi. Dalam sesebuah organisasi juga, etika profesional menjadi penanda aras
bagi kumpulan tertentu dalam mengukur prestasi dan kualiti kerja agar dapat dijalankan mengikut
panduan atau prosedur yang telah ditetapkan. Kebanyakkan tugasan yang perlu diselesaikan dalam
sesebuah organisasi yang dilakukan selalunya memerlukan kerjasama dari pihak tertentu ataupun
rakan sekerja. Kerjasama hanya mampu dicapai apabila rakan kerja mempunyai moral, standard dan
etika yang tinggi seperti bertanggungjawab, berdedikasi, berdisiplin, dan tekun.. Persefahaman antara
rakan dan budaya etika amat penting di dalam organisasi untuk mencapai objektif dan matlamat yang
ditetapkan.

Di jabatan kerajaan, etika perkhidmatan awam menjadi keutamaan. Pegawai kerajaan


haruslah mempunyai etika yang tinggi seperti bersih, cekap, amanah dan berakauntabiliti serta
mampu melahirkan organisasi yang bertanggungjawab dan dipercayai rakyat. Sebagai pegawai
kerajaan yang bertugas di bidang perancangan bandar, saya bertanggungjawab bertemu orang awam,
perunding, pemaju dan agensi-agensi swasta yang hadir ke pejabat untuk mendapatkan maklumat
berkaitan pembangunan baru yang akan dilaksanakan. Pengalaman saya mendapati bahawa adalah
sukar untuk memuaskan setiap pihak kerana mereka mempunyai pandangan berbeza terhadap jabatan
kerajaan. Orang ramai masih mempunyai perspektif negatif terhadap perkhidmatan awam seperti
lembap, tidak cekap, tidak responsif dan tidak professional dalam menjalankan tugas.

Pegawai kerajaan sering menjadi sasaran kepada tohmahan, fitnah dan tekanan akibat
daripada sikap segelintir orang awam. Ini menyebabkan tekanan secara mental dan emosi kepada
kebanyakkan pegawai kerajaan yang boleh menyebabkan mereka melanggar nilai dan etika
perkhidmatan awam yang digariskan. Walaupun pegawai kerajaan perlu mematuhi etika
perkhidmatan tetapi sebagai manusia biasa mereka boleh bertindak di luar kawalan kerana tidak dapat
menghadapi tekanan. Dalam hal inilah, dorongan dan nasihat rakan amat penting untuk memastikan
saya sentiasa bersedia menghadapi rintangan kerja dan bertindak mengikut nilai-nilai peribadi dan
etika yang baik walaupun dalam keadaan tertekan. Di samping itu, bimbingan dan sokongan rakan
penting bagi mengekalkan persahabatan yang erat. Rakan yang baik meningkatkan kesedaran dan
memberi komitmen serta kerjasama bagi memastikan sesuatu kerja itu dapat dilaksanakan dengan
baik dan mempunyai mutu pencapaian yang tinggi. Etika yang baik di kalangan rakan sekerja turut
menyumbang kepada daya saing yang sihat yang akan meningkatkan produktiviti jabatan.
2.4 PENEMUAN 4 (VANDALISME)

Vandalisme ialah perbuatan merosakkan atau memusnahkan harta benda awam atau harta
orang lain. Perbuatan merosakkan kemudahan awam ini dilakukan oleh golongan yang tidak
bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri. Vandalisme yang biasa dilakukan ke atas harta
awam ialah merosakkan telefon awam, merosakkan lampu di taman awam, menyembur cat ke atas
papan tanda nama jalan dan nama taman, memecahkan papan tanda jalan, melukis grafik di dinding
bangunan dan lain-lain.

Daripada pemerhatian saya, kebanyakkan daripada vandalisme dilakukan oleh remaja secara
berkumpulan. Vandalisme biasanya dipengaruhi oleh rakan dan dilakukan atas dorongan untuk
mengekalkan persahabatan sesama lain. Perbuatan ini dilakukan oleh kebanyakkan remaja yang
kesunyian dan tiada hala huju semata-mata untuk mengecapi keseronokan. Antara sebab lain remaja
melakukan vandalisme ialah mereka berasa keseorangan dan kesepian dan perbuatan ini bertujuan
untuk menarik perhatian orang ramai. Ada pula golongan yang merasakan dirinya tidak bermakna
dan tidak puas hati serta melepaskan geram terhadap masyarakat dengan memusnahkan kemudahan
awam.

Vandalisme bukanlah perbuatan jenayah di bawah peruntukkan undang-undang namun ia


disebut sebagai satu bentuk jenayah di sisi moral. Walaubagaimanapun, vandalisme memberi kesan
yang besar kepada masyarakat. Sebagai contohnya, perbuatan merosakkan papan tanda nama jalan di
taman-taman perumahan sentiasa menyukarkan kita untuk mencari jalan untuk menghadiri rumah
saudara mara atau sesuatu majlis keramaian. Saya pernah terlewat ke mesyuarat yang penting kerana
papan tanda nama jalan telah dirosakkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Perbuatan menulis perkataan tidak senonoh dan melakar grafik lucah di tempat awam bukan
sahaja mencemarkan tempat tumpuan ramai malah ia memberi imej buruk negara kepada pelancong
asing. Kesan kepada golongan muda pula, mereka mungkin terpengaruh untuk melakukan perbuatan
jenayah seperti rogol, mencabul kehormatan dan seks rambang. Pihak berkuasa pula perlu
membelanjakan jumlah wang yang banyak untuk membaik pulih bangunan yang terlibat dengan
perbuatan vandalisme. Salah satu perbuatan vandalisme yang paling ketara ialah merosakkan telefon
awam yang biasanya menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk pedalaman kerana tidak dapat
menggunakan telefon di waktu kecemasan.

Sekiranya difikirkan secara mendalam, vandalisme boleh mengugat keharmonian negara


akibat dari masalah perkauman. Sebagai contohnya, keadaan ini boleh boleh berlaku apabila remaja
Melayu menconteng bangunan milik orang Cina dan timbul perbalahan dan pergaduhan yang
berakhir dengan ketegangan kaum. Akhirnya, ia boleh menganggu perpaduan antara penduduk
berbilang kaum di negara ini yang sekaligus mengancam keselamatan dan kestabilan negara.
2.5 PENEMUAN 5 (BUDAYA LEPAK)

Faktor persekitaran ialah salah satu punca yang menyebabkan berlakunya gejala budaya lepak
di kalangan remaja. Kebanyakkan daripada penduduk yang tinggal di bandar besar menetap di
kediaman seperti pangsapuri kos rendah, sederhana rendah atau sederhana. Saya pernah menetap di
pangsapuri kos rendah dan banyak melihat bagaimana remaja-remaja terlibat dengan budaya lepak
dan merempit. Kebanyakkan daripada pangsapuri ini mempunyai keluasan yang kecil sebagai
contohnya, saiz minima pangsapuri kos rendah yang ditetapkan ialah 700kp dilengkapi 3 bilik tidur
dengan 2 bilik air (berdasarkan Manual Garispanduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor).
Rumah sebegini menjadi sempit dan tidak selesa jika didiami oleh keluarga yang mempunyai anak
yang ramai.

Di samping itu, ketiadaan kawasan rekreasi dalam pangsapuri menyebabkan tiada tempat
untuk remaja berekreasi. Oleh yang demikian, golongan remaja sering menghabiskan masa melepak
bersama rakan di kompleks membeli-belah, kedai permainan video dan sebagainya. Apabila melepak
maka mereka lebih terdedah untuk melakukan perbuatan yang tidak bermoral seperti menghisap
dadah, merempit, pergaulan bebas dan masalah ‘bohsia’ serta seks rambang. Perbuatan sebegini yang
dilakukan untuk keseronokkan akan membentuk tingkah laku negatif yang bertentangan dengan etika
dan akhirnya mereka terjerumus dengan pelbagai masalah kelakuan dan sosial yang menjejaskan
kehidupan mereka. Jadi, faktor situasi yang menyebabkan keadaan ini berlaku ialah keadaan
persekitaran hidup remaja tersebut.

2.6 PENEMUAN 6 (PENGARUH RAKAN-RAKAN YANG BERTENTANGAN DENGAN


NILAI MURNI ATAS FAKTOR SITUASI)

Dalam keadaan tertentu, seseorang individu yang diepngaruhi oleh rakan-rakan boleh
bertindak dengan membuat keputusan yang bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat yang boleh
menyebabkan berlakunya perkara yang tidak di ingini. Ia merujuk kepada faktor paksaan di mana
tindakan diambil sama ada bagi mempertahankan diri atau membetulkan keadaan. Salah satu contoh
yang ketara berkaitan unsur paksaan boleh dikaitkan dengan tugas pihak berkuasa seperti polis. Sejak
kebelakangan ini, isu polis menembak mati individu sering menjadi perbualan hangat. Berdasarkan
undang-undang tindakan menembak penjenayah tidak menjadi kesalahan namun ia adalah
bertentangan dengan norma-norma masyarakat. Dalam hal ini, pekara tersebut boleh boleh menjadi
atas faktor desakan rakan untuk membuat keputusan. Oleh sebab itu, polis menjadi sasaran
masyarakat apabila berlaku kejadian menembak mati seseorang. Namun, tindakan tersebut boleh
dikaitkan dengan faktor situasi. Sebagai contohnya, apabila pemandu kereta tidak berhenti di sekatan
jalan dan cuba melanggar anggota polis, tembakan dilepaskan untuk mempertahankan diri dan juga
disebabkan desakan rakan sekerja. Akibatnya pemandu tersebut mungkin terkorban terkena
tembakan. Dalam situasi ini, pihak polis terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri
dan desakan rakan sekerja tersebut.

Secara realitinya, anggota polis memahami prosedur yang membenarkan mereka melepaskan
tembakan namun dalam keadaan sebegini mereka terpaksa melepaskan tembakan demi keselamatan
dan adanya unsur serangan penjenayah dan juga desakan rakan sekerja. Kebiasannya tembakan tidak
dilepaskan jika tiada keperluan atau desakan rakan sekerja atasan yang boleh mengancam
keselamatan nyawa. Pada pandangan masyarakat pula, tindakan polis menembak mati pemandu ini
dianggap kejam kerana masih ada ruang untuk mengejar dan menahan suspek selain melepaskan
tembakan yang boleh membunuh. Tetapi dari sudut pihak polis, tindakan melanggar sekatan
kemungkinan terlibat dengan unsur jenayah dan terpaksa melepaskan tembakan untuk
mempertahankan diri. Bagi masyarakat ia merupakan perbuatan tidak berperikemanusian tetapi dari
sudut undang-undang, polis menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan dari serangan
penjenayah.
3.0 KESIMPULAN

Pada zaman malaysia menjadi Negara sedang membangun atau Negara dunia ketiga banyak
perubahan yang belaku tidak kira sama ada dari segi pembangunan, kemajuan teknologi, sikap
manusia pada era globalisasi kini juga turut berubah. Kebanyakan manusia pada masa kini lebih
bersifat materialistik iaitu lebih mementingkan duit atau kebendaan semata-mata daripada sifat
kemanusiaan. Nilai etika dan moral semakin lama semakin lenyap mengikut peredaran masa.
Semakin maju Negara semakin kurang nilai etika dan moral dalam diri masyarakat Malaysia. Hal ini
kerana pada masa kini banyak kes jenayah seperti pembunuhan, rompakan, dan sebagainya berlaku
tanpa ada sifat kemanusiaan. Sehubungan itu, setiap masyarakat perlulah menanamkan nilai etika dan
moral dalam diri mereka supaya negara menjadi aman damai dan sejahtera. Seterusnya pembangunan
negara akan terus maju selaras dengan sikap masyarakat yang beretika dan bermoral tinggi. Apabila
setiap masyarakat mengamalkan etika dan moral yang betul maka kes jenayah yang semakin
berleluasa di Malaysia ini akan berkurangan dari semasa ke semasa.

4.0 LAMPIRAN

 http://oneprssmkkb.blogspot.com/2013/02/matlamat-visi-misi-ikrar-etika.html
 http://sainspokoksenaubk.blogspot.com/p/apa-itu-pembimbing-rakan-sebaya.html
 https://www.coursehero.com/file/p23sltlo/42-Pengaruh-Rakan-Rakan-sebaya-merupakan-
satu-lagi-faktor-yang-mempengaruhi/
 https://hellodoktor.com/keibubapaan/remaja/kesihatan-mental-remaja/pengaruh-rakan-
sebaya/
 https://core.ac.uk/download/pdf/11786598.pdf
Soalan 2:

Nilai-nilai kepimpinan berkait rapat dengan etika, moral dan akhlak individu atau pemimpin.
Bincangkan lima (5) nilai-nilai kepimpinan berserta contoh yang wajib dimiliki oleh pemimpin di
Malaysia.

(15 markah)
1.0 PENGENALAN

Banyak kualiti pemimpin dalam kitaran sejarah yang boleh dijadikan contoh untuk anda
semua di luar sana. Namun, ada juga pemimpin yang menggunakan taktik yang salah ketika
memimpin organisasinya. Jadi, anda perlu lebih berhati-hati dalam menilai seseorang pemimpin
untuk dijadikan tauladan. Apa yang menariknya, terdapat beberapa ciri atau kualiti yang perlu ada
pada seorang pemimpin, yang menjadikan seseorang pemimpin itu dihormati dan disenangi ramai.
Berita baiknya ialah setiap ciri dan sifat kepemimpinan ini dapat dipelajari melalui latihan dan perkara
yang dilakukan berulang kali.

Pemimpin hebat menemukan keseimbangan antara pandangan perniagaan, prestasi, dan


watak. Mereka mempunyai visi, keberanian, integriti, kerendahan hati dan fokus bersama dengan
kemampuan merancang strategi dan menjadi pemangkin kerjasama di antara pasukan mereka.
2.0 HASIL KAJIAN
2.1. PEMIMPIN HARUS MEMPUNYAI VISI

“Usahawan yang berjaya bukan sahaja ada VISION yang besar, tetapi ada LEADERSHIP
yang efektif.” – Datuk Wira Dr Azizan Osman. Pemimpin yang hebat mempunyai visi. Mereka dapat
melihat masa depan kumpulan atau organisasi mereka. Mereka mempunyai idea yang jelas dan
menarik tentang tujuan mereka melakukan apa jua sekalipun, apa yang ingin mereka capai dan
cemerlang dalam perancangan strategik. Kualiti ini membezakan mereka dengan pengurus.
Mempunyai visi yang jelas mengubah individu menjadi jenis orang yang istimewa. Kualiti visi ini
mengubah “pengurus transaksional” menjadi “pemimpin transformasional.” Walaupun seorang
pengurus menyelesaikan tugasnya, pemimpin yang hebat memanfaatkan emosi pekerjanya.

2.2. PEMIMPIN MEPUNYAI KEBERANIAN

Keberanian adalah merupakan salah sifat pemimpin yang baik. Keberanian dalam kepimpinan
bermaksud seorang pemimpin itu bersedia mengambil risiko dalam mencapai matlamat anda tanpa
jaminan kejayaan. Sebagai contoh di dalam setiap alam perniagaan, akan terdapat naik, turun, untung
dan rugi dimana melibatkan risiko diluar jangakaan anda sendiri. Hal ini, sifat keberanian adalah satu
sifat yang perlu ada dalam setiap pemimpin.

2.3. PEMIMPIN YANG BERINTERGRITI

Intergriti merupakan salah satu sifat yang sukar didapati dalam pemimpin di Malaysia pada
masa kini. Hal ini kerana, banyak diantara pemimpin di Malaysia terpalit dengan isu rasuah malah
terdapat juga pegawai – pegawai yang berkhidmat dalam kerajaan terlibat dalam isu seperti pecah
amanah dan lain lain. Jika seseorang pemimpin tiada sifat integriti, maka kredibiliti seorang
pemimpin tu akan tercalar, dimana pemimpin itu tidak akan dipercayai dan akan mengundang
masalah kepada orang bawahannya. Integriti juga menggambarkan moral seseorang individu.

2.4. PEMIMPIN YANG MERENDAH DIRI/BERHATI BAIK

Pemimpin yang hebat adalah mereka yang kuat dan tegas tetapi juga Merendah diri dan
memiliki hati yang baik tidak bermaksud anda lemah atau tidak yakin pada diri sendiri. Sebenrnya,
mereka mempunyai keyakinan diri dan kesedaran diri untuk mengenali nilai orang lain tanpa rasa
terancam. Ini adalah salah satu sifat pemimpin yang baik kerana ia memerlukan seseorang pemimpin
itu untuk turunkan egonya. Hal ini juga bermaksud, seseorang pemimpin tersebut bersedia untuk
mengakui jika terdapat kesalahan yang dilakukan. Sebagai seorang pemimpin tidak semestinya beliau
mampu mencari kesemua solusi bagi setiap permasalahan, oleh itu disini lah perlu adanya sifat
merendah diri pada orang bawahan atau staf bagi mencari penyelesaian.
2.5. PEMIMPIN PERLU RANCANGAN STRATEGIK

Pemimpin perlu cemerlang dalam perancangan strategi. Ini satu lagi kekuatan dalam
kepimpinan yang amat penting. Mereka memiliki kemampuan untuk melihat ke depan, untuk
menjangka dengan tepat tentang perubahan industri dan pasaran mengikut peredaran masa.

Pemimpin yang mahir tentang perancangan strategi mempunyai kemampuan untuk


menjangka trend jauh lebih awal daripada pesaingnya. Mereka terus memikirkan, “Berdasarkan apa
yang terjadi hari ini, ke manakah pasaran akan pergi? Di manakah kemungkinannya dalam tiga bulan,
enam bulan, satu tahun, dan dua tahun?” Mereka melakukan ini melalui perancangan strategi yang
teliti.

Kerana daya saing yang meningkat, hanya pemimpin dan organisasi yang dapat menjangka
pasaran masa depan dengan tepat yang dapat bertahan. Hanya pemimpin yang berpandangan jauh
dapat memperoleh “kelebihan untuk berada di depan.”

2.6. PEMIMPIN YANG FOKUS

Pemimpin sentiasa memberi tumpuan kepada keperluan syarikat dan keadaan. Pemimpin
memberi tumpuan kepada hasil, pada apa yang mesti dicapai oleh mereka sendiri, oleh orang lain,
dan oleh syarikat. Pemimpin yang hebat menumpukan pada kekuatan, pada diri dan orang lain.

Mereka yang fokus mampu mencapai matlamat dan objektif sesebuah organisasi. Pemimpin
yang fokus akan memastikan organisasi berada dalam keadaan terbaik dalam memenuhi permintaan
pelanggan di pasaran yang kompetitif. Masa mereka juga digunakan dengan baik, dalam memastikan
prestasi syarikat kekal cemerlang.
3.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, ditunjukkan kewujudan kesan dalam setiap hubungan atau perkaitan
yang dikemukakan. Nilai-nilai pekerja, sikap dan tingkah laku kepimpinan dan kepemimpinan
memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan motivasi kerja dan prestasi pekerja.
Nilai-nilai kerja, sikap pekerja dan tingkah laku kepimpinan boleh disesuaikan untuk menghasilkan
impak yang kuat terhadap motivasi pekerja. Kajian ini sangat penting bagi mengukur prestasi
sesebuah organisasi secara menyeluruh dari segi nilai teras yang diamalkan.

Pengukuran prestasi mengikut acuan sendiri adalah lebih tepat dan bermakna dalam
menggambarkan sistem pengurusan prestasi sesebuah organisasi. Tambahan, paduan nilai-nilai teras
dalam menyerlahkan pemimpin dan kepemimpinan, pekerja dan hasil kerja (produktiviti)
sememangnya berperanan besar dalam mencapai kecemerlangan organisasi yang diinginkan dan
lestari.

Bertolak dari kepercayaan sedemikian, isu kepimpinan merupakan agenda penting bagi sektor
swasta dan sektor awam baik di negara maju atau negara membangun. Isu ini menjadi bertambah
runcing kerana persekitaran yang sentiasa berubah dan perubahan merupakan cabaran berterusan
yang perlu dihadapi dan ditangani oleh pemimpin-pemimpin dalam semua sektor.

4.0 LAMPIRAN
 https://maghfirahpustaka.id/empat-sifat-nabi-sifat-yang-mesti-ada-pada-diri-para-
pemimpin/
 https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2016/11/217290/3-ciri-utama-
perlu-ada-pada-pemimpin
 https://uniprof.wordpress.com/2007/12/31/karisma-seorang-pemimpin/
 https://www.idntimes.com/life/career/peter-eduard/pemimpin-yang-baik-c1c2
 https://www.kompas.com/skola/read/2021/02/04/184516269/ciri-ciri-
kepemimpinan-yang-baik-dan-kurang-baik?page=all

Anda mungkin juga menyukai